Bhgian a (Kosong) 2014

download Bhgian a (Kosong) 2014

of 20

description

baik

Transcript of Bhgian a (Kosong) 2014

Slide 1

Bahasa MelayuPenulisanBahagian AOleh :CIKGU WONG MEE LENG27 JUN 2014Bahagian Amemindahkan maklumatlima ayatwajib ditulis nombormenepati bahan rangsanganmenepati arahanayat gramatisayat aktifsedang berlaku15 minit10 markahApa yang dinilai?5 ayat yang pertama sahajaIdea / isiTanda bacaStruktur ayatKata dan kosa kataejaanImbuhanBentuk-bentuk ArahanTulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

Gambar menunjukkan situasi persiapan Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolahTulis lima ayat yang lengkap berdasarkan suasana gambar di bawah

Ahmad menampalkan gambar tokoh-tokoh negara di bahagian hadapan dewan dengan berhati-hati.menampalkan gambar

Siti dan Mei Mei menggantungkan kain rentang yang bertulis Majlis Anugerah Kecemerlangan di atas pentas dengan waspada.menggantungkan kain rentang

Amirul dan Albert mengangkat sofa yang besar dan meletakkannya di hadapan pentas.mengangkat sofa

Siti dan Alia menyusun hadiah di atas meja yang terletak di bawah pentas supaya kemas.menyusun hadiah

Hani dan Maiza menyapu sampah di bawah pentas agar kelihatan bersih dan kemas.menyapu sampah

1. Ahmad menampalkan gambar tokoh-tokoh negara di bahagian hadapan dewan dengan berhati-hati.2. Siti dan Mei Mei menggantungkan kain rentang yang bertulis Majlis Anugerah Kecemerlangan di atas pentas dengan waspada.3. Amirul dan Albert mengangkat sofa yang besar dan meletakkannya di hadapan pentas.4. Siti dan Alia menyusun hadiah di atas meja yang terletak di bawah pentas supaya kemas5. Hani dan Maiza menyapu sampah di bawah pentas agar kelihatan bersih dan kemas.Kata NamaKata KerjaKata HubungKata AdjektifUntuk mengelakkan calon silap mematuhi arahan, setiap ayat mestilah mengandungi:Antara kelemahan calon yang dikesan adalah dalam memilih kata kerja.Calon didapati hanya menggunakan kata kerja umum sahaja yang menggambarkan penguasaan kata dan kosa kata yang terhad.Sebagai contoh, kata memotong digunakan untuk apa sahaja perbuatan memotong tanpa mengira konteks.Kelemahan calon yang lain adalah dalam memilih kata adjektif.Calon didapati hanya menggunakan satu jenis kata adjektif sahaja yang menggambarkan penguasaan kata dan kosa kata yang terhad.Hanya kata adjektif warna sahaja yang tidak boleh digunakan dalam Bahagian A. Walau bagaimanapun, sekiranya melibatkan sesuatu yang pasti warnanya (seperti lampu isyarat), kata adjektif ini boleh digunakan.Kata Adjektifsifatanukuranbentukwaktujarakcarapancainderaperasaanderia rasaderia pandangderia dengarderia bauderia sentuhSoalan BertemaCalon mesti menulis ayat bertepatan dengan tema berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.Calon dianggap tidak menjawab tugasan sekiranya ayat yang dibina tidak bertepatan dengan tema walaupun ayat tersebut bertepatan dengan bahan rangsangan.Calon turut dianggap tidak menjawab tugasan meskipun ayat yang dibina bertepatan dengan tema sekiranya ayat tersebut tidak bertepatan dengan bahan rangsangan.Panduan umum menulis ayatAyat majmukNamakan watakKata dan kosa kataPerkara tersuratPemberatan ayat1 isi dalam 1 ayatTulisan mudah dibacaSetelah selesai menulis ayat, semak semula kesemua ayat tersebut.8-15 patah perkataanApa yang hendak disemak?Ada lima ayat?Setiap ayat diberi nombor?Setiap ayat bermula dengan huruf besar?Setiap ayat berakhir dengan noktah?Setiap ayat ada kata nama, kata kerja dan kata adjektif?Setiap ayat menepati bahan rangsangan?Setiap ayat menepati arahan?Struktur ayat betul?Kata dan kosa kata tepat mengikut konteks?Imbuhan yang digunakan betul?