Bicara Guru Pendidikan Khas

download Bicara Guru Pendidikan Khas

of 4

Transcript of Bicara Guru Pendidikan Khas

  • 7/28/2019 Bicara Guru Pendidikan Khas

    1/4

    BICARA GURU PENDIDIKAN KHAS/ INKLUSIF 2

    SUKAR

    Bukanlah satu perkara mudah untuk mendapatkan bantuan ikhlas daripada guru yang tidak

    terlibat secara langsung dengan anak-anak istimewa ini dalam program inklusif.

    Tidak ada sesiapapun harus dipersalahkan apabila cadangan untuk program inkusif murid

    pendidikan khas ditolak mentah-mentah samada oleh pihak pentadbir mahupun guru-guru di

    aliran perdana,

    "Mereka yang dapat elaun RM 250 mengapa kita yang kena ajar murid-murid itu" Ini adalah

    persoalan yang penah aku dengar daripada rakan-rakan guru di aliran perdana. Kata-kata

    ini memang ada kebenarannya.

    PERANAN KITA

    Kita di sini termasuk saya perlu berperanan agar program inklusif boleh berjaya jika tidak

    sepenuhnya biarlah walaupun hanya sebahagian. Kita perlu melakukan sesuatu agar usaha

    membantu oleh guru-guru di aliran perdana dapat dilaksanakan dengan ikhlas tanpa

    memikirkan soal elaun.

    Banyak faktor mengapa program inklusif tidak dapat mencapai tahap yang diinginkan.

    Terdapat juga beberapa cadangan mengatasi yang inginku tuliskan disini.

    KURANG PENGETAHUAN.

    Guru di aliran perdana kurang atau langsung tidak ada pengetahuan tentang programinklusif. Oleh itu:

    1. Guru aliran perdana perlu diberi pendedahan tentang mengapakah perlu program inklusif

    kepada murid-murid bekerpeluan khas.

    Contoh:

    - Keperluan social

    - Keperluan untuk membina keyakinan diri- Keperluan untuk berdikari

  • 7/28/2019 Bicara Guru Pendidikan Khas

    2/4

    - Keperluan untuk diterima sama dalam masyarakat

    - Keperluan menguruskan diri

    - Keperluan belajar dengan guru lain selain daripada guru pendidikan khas sendiri.

    2. Guru di aliran perdana perlu diberi pendedahan

    tentang tugas lain guru pendidikan khas semasa

    ketiadaan murid kerana mengikuti progam inklisuf.

    Ini dapat mengelakkan prasangka yang tidak

    diingini berlaku.

    Contoh:

    -Menjalankan pengajaran individu untuk

    murid-murid yang severe samada dalam

    pengurusan diri mahupun pengurusan

    tingkahlaku.

    - Membina RPI

    - Membuat keceriaan kelas

    3. Pentadbiran dan guru-guru lain di aliran perdana perlu

    diberi pendedahan tentang pelaksanaan sebenar

    program inklusif. ( boleh dibuat dalam, bentuk kertas

    kerja dan dibentangkan semasa mensyuarat kurikulum)

    4. Guru pendidikan khas perlu sentiasa memantau

    perjalanan program inklusif ini dari segi:

    -Pencapaian murid

    -Kehadiran murid

    - Kesihatan murid

    -Tingkah laku murid

    -Masalah yang dihadapi oleh guru perdana apabila

    murid-murid ini diinklisufkan dan membantu untuk

    mengatasinya.

    5. Berikan penghargaan kepada guru-guru di aliran perdana yang terlibat juga pentadbiran yang memberi

  • 7/28/2019 Bicara Guru Pendidikan Khas

    3/4

    sokongan kepada pelaksanaan inklusif ini dengan

    cara:

    - Memberi sijil/surat penghargaan

    - Memberi cenderahati semasa sambutan hari guru atau

    hari penyampaian hadiah.

    -Merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru

    yang terlibat dalam majlis resmi sekolah.

    6. Guru di aliran perdana perlu diberi taklimat tentang

    tahap pencapaian murid di program pendidikan khas sebelum

    mereka mengajar anak-anak ini.

    7. Guru pendidikan khas perlu menyediakan laporan

    perkembangan pembelajaran murid dengan bantuan

    guru di aliran perdana . Selain daripada untuk diberi

    kepada ibubapa, laporan perlu dibentangkan dalam

    mesyuarat kurikulum supaya keberhasilan pelaksaan

    inklusif dapat dikerahui semua.

    MUGA TULISAN INI DAPAT SEDIKIT MEMBANTU PELAKSANAAN PROGRAM

    INKLUSIF DI SEKOLAH

    Fail Program Inklusif

    Jawatankuasa Program Inklusif, Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif,

    Jadual Waktu guru dan murid pendidikan khas yang terlibat,

    Biodata murid pendidikan khas yang diinklusifkan,

    Rekod kehadiran murid pendidikan khas ke kelas inklusif,

    Salinan surat menyurat pelaksanaan Program Inklusif,

    Laporan sebelum pelaksanaan, semasa pelaksanaan dan penilaian serta tindakan

    susulan,

  • 7/28/2019 Bicara Guru Pendidikan Khas

    4/4

    Rekod prestasi murid pendidikan khas,

    Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.