Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

25
BICARA TOKOH (32 tahun 7 bulan dalam perkhidmatan pendidikan) Pengalaman selaku penjawat awam; Cabaran-cabaran yang dihadapi khasnya yang berkaitan dengan isu-isu integriti; dan Cara menanganinya; serta pencapaian yang diperolehi Oleh : Hjh Khuzaimah binti Hj Sulaiman

Transcript of Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

Page 1: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

BICARA TOKOH (32 tahun 7 bulan dalam perkhidmatan pendidikan)

Pengalaman selaku penjawat awam; Cabaran-cabaran yang dihadapi

khasnya yang berkaitan dengan isu-isu integriti; dan

Cara menanganinya; serta pencapaian yang diperolehi

Oleh :

Hjh Khuzaimah binti Hj Sulaiman

Page 2: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

Sejarah selaku penjawat awam dalamperkhidmatan pendidikan :

Bil Jawatan Tempoh

1. Guru Pendidikan Islam 11 th 10 bl

2. Guru Penolong Kanan HEM 6 th 5 bl

3. Guru Penolong Kanan 1 1 th 0 bl

4. Pengetua DG48 6 th 5 bl

5. Pengetua Kanan DG54 2 th 7 bl

6.

7.

Pengetua Cemerlang JUSA C

Perunding Kanan IAB

2 th 3 bl

1 th 9 bl

Page 3: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

PESAN IBU KUNCI KEPADA PEMBINAAN INTEGRITI DALAM HATI DAN MINDA

1. Bersyukurlah kepada Allah kerana kamu dapat kerja kerajaan, ada gaji tetap dan akan dapat pencen sekiranya panjang umur.

2. Jangan sekali-kali lawan Guru Besar (hormati ketua), Jika lawan ketua kamu akan susah nanti. Berbincang kalau ada masalah. Cakap elok-elok, jangan sakitkan hati orang.

Page 4: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

PESAN IBU KUNCI KEPADA PEMBINAAN INTEGRITI DALAM HATI DAN MINDA

3. Jangan sesekali ponteng kerja, supaya halal setiap sen gaji yang kamu terima.

4. Jika kamu sakit atau kurang sihat, kalau masih terdaya ke sekolah, pergi… sebab murid kamu akan terbiar kalau tidak ada guru ganti. Kerja guru berbeza dengan kerja pegawai di pejabat, mereka mengadap fail, tapi kamu mengadap murid…

Page 5: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

PESAN IBU KUNCI KEPADA PEMBINAAN INTEGRITI DALAM HATI DAN MINDA

5. Buat baik dengan semua orang, walaupun orang itu berbuat jahat kepada kita. Sidikitpun tidak rugi kalau kita buat baik dengan orang, malah untung.

6. Emak tak ada harta kekayaan nak beri kamu, dengan kelulusan dan kerja yang kamu sudah dapat sekarang, itulah harta dari emak. Ingatlah, setiap harta yang kita miliki biar berkat.

Page 6: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

IMPAK MENGHAYATI PESAN IBU

Amanah dan tanggungjawab sebagai guru, tidak berani diabaikan sama sekali.

Rasa amat bersalah jika tidak masuk kelas tepat pada waktunya.

Pergi juga bekerja walaupun dapat MC. Berusaha sedaya upaya menyiapkan

tugasan supaya tidak melepasi tarikh yang ditetapkan, dengan itu tidak akan menyusahkan orang lain.

Page 7: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

IMPAK MENGHAYATI PESAN IBU

Belajar memahami, menghormati dan menghargai orang lain (pemimpin/rakan sejawat/staf sokongan/murid).

Tidak mudah terpengaruh dengan sikap negatif rakan sejawat.

Bersedia bekerja lebih masa tanpa rasa terpaksa, untuk memastikan matlamat yang disasarkan tercapai sepenuhnya.

Belajar bekerja sepasukan untuk mencapai matlamat bersama.

Page 8: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

4 kisah teladan zaman silam yang menyentuh hati, menjadi benteng :

Menjadi khadam 4 tahun kerana makan sebiji epal.

Khalifah Umar Al-Khatab dengan Pengembala Kambing.

Gadis miskin penjual susu kambing. Khalifah Umar Abdul Aziz dengan

pelitanya.1. Sh A. Kadir Jailani b Abu Saleh + Ummul Khair Fatimah bt Sh Abdullah(buta>tak lihat lelaki, pekak>tak dengar yg haram, bisu>tak sebut yg keji & mengumpat orang, kudung>tangan & kaki tak pernah melakukan maksiat atau yg haram)

3. Umar al-Khatab, ‘Ashim + (Asma’ =gadis miskin) = Laila + A.Aziz b Marwan = Umar A.Aziz

Page 9: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

ISU-ISU INTEGRITI DAN CARA MENANGANINYA (sekolah 1)

BULAN KE-3 BERTUGAS SEBAGAI GPK HEMISU 1 : Staf sokongan (PRA) PRA (tukang kebun dan tukang sapu)

enggan membantu penyelia asrama menyusun kerusi dan meja di dewan untuk tempat pendaftaran tingkatan 1 dalam masa cuti sekolah dua hari sebelum hari pendaftaran.

PRA marah-marah kepada penyelia asrama, sebab itu bukan tugas mereka.

Page 10: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

… sambungan Isu 1 Penyelia asrama mengadu dan meminta

saya arahkan PRA buat kerja berkenaan. Staf sokongan tiada siapa yang hirau :

keluar - masuk, buat kerja – tak buat kerja, bebas sesuka hati mereka.

GPK 1 yang baru naik pangkat menjadi Pengetua di sekolah lain belum berganti.

Pengetua tak pernah berada di sekolah sepanjang cuti persekolahan, surat dan apa-apa yang perlu ditandatangani, PAR pejabat akan hantar ke rumah beliau.

Page 11: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

Cara menangani Minta penyelia asrama beritahu semua

PRA berkenaan, saya hendak jumpa. Berkenalan dengan setiap individu yang

hadir secara baik, set minda sama taraf dengan mereka, tunjukkan keikhlasan/ tidak berpura-pura.

Nyatakan hasrat dengan jelas kenapa perlunya bantuan mereka.

Selepas selesai kerja pada hari itu, saya belanja makan nasi lemak dan makan bersama-sama dengan mereka.

Page 12: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

PENCAPAIAN :

Objektif pertemuan tercapai 100% Selepas peristiwa itu :

hubungan kami semakin akrab tugas hakiki mereka dijalankan dengan

baik dan tidak perlu diarah-arah lagi Sekolah semakin bersih dan ceria 1994 Johan 3K peringkat Negeri, tempat

ke-6 peringkat kebangsaan 2004 Johan 3K Kebangsaan kategori

kebersihan & kesihatan

Page 13: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

ISU-ISU INTEGRITI DAN CARA MENANGANINYA (sekolah 2)

BULAN KE-3 BERTUGAS SEBAGAI GPK 1ISU 2 : Akademik Tidak Terurus Guru-guru berada dalam zon selesa Aliran sains tulen batch pertama terabai Peralatan dalam makmal tidak lengkap,

Fizik, Kimia, Bio T5 belajar teori sahaja Pengetua yang bersara belum berganti Sekolah telah naik gred A, tetapi masih

belum mempunyai Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang

Page 14: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

Cara menangani

Mohon kepada Jabatan Pelajaran Negeri menempatkan GKMP dengan kadar segera

Semua guru dan semua ketua panitia diberi bimbingan khusus berkaitan dengan pengurusan matapelajaran dan pengurusan dalam bilik darjah berasas-kan pekeliling-pekeliling yang berkaitan.

Sebuah bilik gerakan diwujudkan.

Page 15: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

….sambungan Cara menangani Kursus Bina Semangat diadakan untuk

semua guru, di luar kawasan sekolah. Pemantauan terancang dilaksanakan

bagi buku rekod mengajar guru dan buku latihan murid.

Pencerapan dilaksanakan ke atas guru : mengajar dalam bilik darjah, makmal sains, bengkel dll.

Ibu bapa dijemput hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan anak mereka.

Page 16: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

PENCAPAIAN :

Mendapat 4 orang GKMP serentak. Guru-guru keluar dari kepompong zon

selesa, mereka mula peka dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Bilik gerakan beroperasi dengan sewajar-nya, dokumen kemaskini dan teratur.

Menjadi Johan Pengurusan Akademik peringkat negeri 1995.

Keputusan peperiksaan PMR dan SPM meningkat.

Page 17: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

ISU-ISU INTEGRITI DAN CARA MENANGANINYA (sekolah 3)

BULAN KE-8 SEBAGAI PENGETUA

ISU 3 : Pengurusan Kewangan Tidak mengikut Prosidur

Sekolah gred A Laporan Audit bersyarat/berteguran Kutipan yuran sekolah/ yuran asrama/

sewa kantin tidak diurus dengan baik Terdapat guru tingkatan buat kutipan

yuran tidak serahkan ke pejabat

Page 18: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

… sambungan Isu 3

Pengurus kantin ‘semasa’ tidak bayar sewa sepanjang tahun sebelumnya, pengurus kantin 10 tahun dulu tidak bayar sewa hingga meninggal dunia

Kutipan yuran asrama bank in hanya 4 kali sahaja dalam setahun

Yuran asrama yang belum dikutip tidak ada apa-apa tindakan susulan

Pengetua tandatangan apa sahaja yang dikemukakan oleh kerani, tanpa soal.

Page 19: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

Cara menangani Teliti satu persatu teguran audit Semak semua dokumen pengurusan

kewangan khususnya yang berkaitan dengan teguran audit

Kenalpasti punca teguran Taklimat khas kepada semua guru yang

terlibat dengan kutipan wang Buat perbincangan khas dengan

pengurus kantin ‘semasa’ & kemukakan cadangan penyelesaian hutang sewa

Page 20: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

….sambungan Cara menangani Hantar surat peringatan hutang lapok

pengurus kantin terdahulu hingga 3 kali Mohon hapuskira hutang lapok Memastikan kerani kewangan menjalan-

kan tugas ikut prosidur sebenar Memastikan semua bayaran asrama yang

tidak dikutip sejak beberapa tahun diambil tindakan susulan

Memastikan pada akhir tahun kewangan ‘semasa’, teguran audit tidak berulang.

Page 21: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

PENCAPAIAN : Semua guru tingkatan tahu dan faham

prosidur kutipan wang yuran Kerani kewangan dapat kerjasama guru Permohonan hapuskira hutang lapok : lulus Yuran asrama tertunggak dapat dikutip

sepenuhnya Pengurus kantin ‘semasa’ menjelaskan

hutang dahulu dan bayar sewa ‘semasa’ Laporan audit tidak lagi bersyarat Naib Johan Anugerah Kualiti Pengurusan

Kewangan peringkat kebangsaan 2006

Page 22: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

Integriti Integriti adalah Kejujuran dan Keikhlasan

Jujur dan ikhlas dapat diungkapkan sebagai:

“Buat sesuatu dengan betul walaupun tidak ada sesiapa

yang nampak.”

Page 23: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

Agama Islam merangkumi 3 tingkat :

1. Islam: anda melakukan 5 Rukun Islam

2. Iman : anda percaya 6 Rukun Iman

3. Ihsan: (Islam + Iman)

“Anda beribadah* kepada Allah seolah-olah anda sedang melihat-Nya, jika anda tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat anda.”

(* beribadah/buat baik/buat yang betul/buat apa saja)

Page 24: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

Kesimpulan BicaraUntuk menjiwai integriti : sebagai individu : kita semestinya berpegang teguh kepada ajaran agama, menghayati nilai-nilai murni, mematuhi etika kerja, sentiasa bermuhasabah diri dan tidak hanya menyalahkan orang lain.sebagai pemimpin : kita dituntut menjadi teladan yang baik, beri arahan tidak ber- canggah dengan peraturan, jauhi “cakap tak serupa bikin” dan tidak malu minta bantuan orang lain yang mempunyai pengalaman dan kepakaran.

Page 25: Bicara Tokoh Pendidik 2010 (1)

Sekian, Terima Kasih

Selamat Maju Jaya