Bidalan

10
1.0 Pendahuluan Tiga komponen utama tatabahasa ialah fonologi, sintaksis dan semantik. Fonologi adalah ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi bahasa. Sintaksis ialah pengkajian tentang ayat dan semantik pula berkaitan dengan pengkajian tentang makna. Pengkajian makna pada peringkat semantik hanya terhad kepada maklumat linguistik sahaja. Menurut Speber dan Wilson, pengkajian makna pada peringkat semantik belum dapat memberikan makna sepenuhnya sebagaimana yang dihajati oleh penutur. Pengkajian makna seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu penginterpretasian makna yang melibatkan faktor bukan linguistik. Ilmu pragmatik juga akan memberikan makna yang lebih sempurna. Kombinasi antara kedua-dua faktor linguistik dan bukan linguistik ini benar-benar dapat membantu pengkajian makna yang lebih berkesan. Seterusnya, Bahasa Melayu amat bergantung kepada konteks, bagi kita memperoleh makna sebenar sesuatu ujaran, konteks mestilah ditentukan secara pragmatik melalui proses-proses pemilihan rujukan, pengayaan dan penyahtaksaan. Kajian semantik dan pragmatik begitu luas termasuklah puisi Melayu. Puisi Melayu dalam pelbagai genre yang diwarisi oleh masyarakat Melayu hari ini tidak terhitung banyaknya. Warisan ini merupakan pusaka bangsa Melayu yang mengandungi nilai peradaban yang sangat tinggi, unik dan sangat luar biasa. Keanekaragaman genre dan bentuknya pula memberi gambaran bahawa, masyarakat Melayu zaman silam hidup dengan latar kehidupan yang sangat harmonis, rukun dan beretika. Rakaman kelembutan komunikasi, hubungan jiran tetangga kemanisan mendidik anak dan apa sahaj yang melatari kehidupan mereka dapat dikesani dan ditelurusi dengan penuh bermakna di dalam puisi-puisi tersebut. Rakaman ini juga menampilkan citra masyarakat Melayu yang tinggi nilai moral, menghargai budi, menyanjung pemimpin dan halus dalam teguran. Dengan sifatnya yang begitu, menjadikan puisi-puisi warisan ini dengan amat cepat memesrai masyarakat Melayu dan masyarakat lain hari ini tanpa mengira batas budaya dan peringkat usia. Malah, puisi-puisi tetap utuh 1

Transcript of Bidalan

Page 1: Bidalan

1.0 Pendahuluan

Tiga komponen utama tatabahasa ialah fonologi, sintaksis dan semantik. Fonologi adalah

ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi bahasa. Sintaksis ialah pengkajian tentang ayat

dan semantik pula berkaitan dengan pengkajian tentang makna. Pengkajian makna pada

peringkat semantik hanya terhad kepada maklumat linguistik sahaja. Menurut Speber dan

Wilson, pengkajian makna pada peringkat semantik belum dapat memberikan makna

sepenuhnya sebagaimana yang dihajati oleh penutur. Pengkajian makna seharusnya

melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu penginterpretasian makna yang melibatkan faktor

bukan linguistik. Ilmu pragmatik juga akan memberikan makna yang lebih sempurna.

Kombinasi antara kedua-dua faktor linguistik dan bukan linguistik ini benar-benar dapat

membantu pengkajian makna yang lebih berkesan. Seterusnya, Bahasa Melayu amat

bergantung kepada konteks, bagi kita memperoleh makna sebenar sesuatu ujaran, konteks

mestilah ditentukan secara pragmatik melalui proses-proses pemilihan rujukan,

pengayaan dan penyahtaksaan. Kajian semantik dan pragmatik begitu luas termasuklah

puisi Melayu. Puisi Melayu dalam pelbagai genre yang diwarisi oleh masyarakat Melayu

hari ini tidak terhitung banyaknya. Warisan ini merupakan pusaka bangsa Melayu yang

mengandungi nilai peradaban yang sangat tinggi, unik dan sangat luar biasa.

Keanekaragaman genre dan bentuknya pula memberi gambaran bahawa, masyarakat

Melayu zaman silam hidup dengan latar kehidupan yang sangat harmonis, rukun dan

beretika.

Rakaman kelembutan komunikasi, hubungan jiran tetangga kemanisan mendidik

anak dan apa sahaj yang melatari kehidupan mereka dapat dikesani dan ditelurusi dengan

penuh bermakna di dalam puisi-puisi tersebut. Rakaman ini juga menampilkan citra

masyarakat Melayu yang tinggi nilai moral, menghargai budi, menyanjung pemimpin dan

halus dalam teguran. Dengan sifatnya yang begitu, menjadikan puisi-puisi warisan ini

dengan amat cepat memesrai masyarakat Melayu dan masyarakat lain hari ini tanpa

mengira batas budaya dan peringkat usia. Malah, puisi-puisi tetap utuh melandasi kaedah

pendidikan baik pada peringkat awal kanak-kanak hinggalah mendirikan rumah tangga

serta hal-hal keagamaan, kenduri kendara dan kematian. Segala-galanya mengungkap

1

Page 2: Bidalan

corak dan bentuk pemikiran dan falsafah hidup mereka yang tinggi nilainya dan

mengandungi makna yang dalam.

Tidak sedikit penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik dalam bidang puisi

Melayu tradisional, baik penyelidik luar alam Melayu mahupun dalam rumpun Melayu

sendiri. Nama-nama seperti R.O. Winstead, R.J.Wilkinson, I.V.Braginsky sudah tidak

asing lagi sebagai penyelidik yang sangat akrab dengan dunia puisi Melayu tradisional.

Dalam rumpun Melayu tidak pula asing dengan nama-nama seperti, Siti Hawa Salleh,

Harun Mat Piah, Abdul Rahman Kaeh, Mohd. Yusof Md. Nor, Jamilah Hj. Ahmad,

Hoessein Djajadiningrat, W.H.Hadi, A. Teeuw dan lain-lain lagi.

Hasil daripada pengelompokan karya puisi ini, terdapat tujuh jenis puisi yang

digolongkan sebagai puisi tradisional warisan asli masyarakat Melayu, iaitu pantun,

seloka, gurindam, teromba, mantera, talibun dan peribahasa berangkap.

Kelompok tesebut merupakan salah satu keistimewaan bahasa Melayu yang kaya

dengan bentuk-bentuk bahasa kiasan yang terdapat di dalamnya. Bentuk-bentuk ini

adalah sangat aktif digunakan dalam kehidupan seharian. Bahasa kiasan lama biasanya

akan lenyap dari penggunaan dan diganti dengan bahasa kiasan baru yang sama erti,

ataupun bentuk lama itu mendapat makna baru. Bahasa kiasan ialah ungkapan-ungkapan

yang maknanya tidak boleh diketahui daripada makna perkataan itu sendiri ataupun

daripada susunan tatabahasanya. Di dalam contoh-contoh di bawah, makna perkataan

yang dicondongkan di bawah tidak dapat diketahui daripada makna perkataan itu ataupun

daripada kedudukannya dalam ayat. Perkatan-perkataan itu adalah ungkapan kiasan.

a) Dia pergi menimba ilmu di UPSI

b) Mengapa perlu dikaitkan soal wang dengan kebahagiaan.

c) Kempen menghijaukan bumi.

d) Kamisah masuk bertanding menerusi cawangan Kampung Selamat.

2

Page 3: Bidalan

Makna setiap perkataan dicondongkan dalam contoh-contoh di atas tidaklah sama

dengan makna perkataan tersebut seperti yang terdapat di dalam kamus. Perkataan

menimba dalam contoh (a) bermakna “mencari” atau “belajar”. Di dalam budaya Melayu,

timba digunakan untuk mengambil air di perigi. Oleh itu terdapat persamaan dengan

perbuatan mengambil ilmu daripada sesuatu sumber tertentu.

Di dalam contoh (b) dikaitkan bermakna “dihubungkan”. Di dalam contoh (c)

menghijaukan bermakna “menanam pokok”. Di dalam contoh (d) menerusi bermakna

“sebagai ahli”. Dalam contoh- contoh di atas, makna ungkapan-ungkapan yang

dicondongkan diketahui oleh orang yang memahami budaya penggunaan bahasa Melayu.

Makna perkataan-perkataan itu tidak dapat difahami dengan melihat makna didalam

kamus. Dengan kata lain, makna perkataan itu dikiaskan menurut konteks budaya bahasa

Melayu. Bahasa kiasan tergolong ke dalam dua jenis iaitu peribahasa dan bukan

peribahasa. Kiasan yang sudah mantap dari segi bentuk bahasanya dan maknanya

distilahkan peribahasa manakala kiasan yang tidak mantap bentuk dan maknanya

diistilahkan bukan peribahasa.

Sebagai contoh bentuk Kacang lupakan kulit tidak boleh diubah kepada bentuk lain,

umpamanya Kulit dilupakan oleh kacang atau Lupanya kacang kepada kulit. Begitu juga

bentuk Dibakar tak hangus, direndam tak basah tidak boleh ditukar susunannya. Oleh

itu, kedua-dua bahasa kiasan tersebut peribahasa.

3

Page 4: Bidalan

2.0 Peribahasa

Sebagai pelahiran pantun, teromba, dan mantera, peribahasa juga memperlihatkan

keintiman masyarakat Melayu dahulu dengan alam sekitar. Pada saat alat-alat moden

seperti yang ditemui pada abad ke-20 ini belum meraka kenal, maka sungai yang airnya

mendesau dan bergelora, lembah yang dalam dan curam, gunung, harimau, buaya,

pendeknya semua alat yang banyak mereka pergunakan sehari-hari dan yang mereka

jumpai sehari-hari menimbulkn kesan-kesan perbandingan bagi kehidupan mereka

(Ghazali Dunia, 1992: 85).

Peribahasa Melayu merupakan satu puisi Melayu tradisional. Menurut Hanafi

Dolah & Shaiful Bahri Md. Razi (2003), peribahasa Melayu merupakan salah satu puisi

Melayu tradisional yang dimiliki oleh masyarakat tradisional. Oleh kerana ‘ketiadaan’

atau ‘kesamaran’ penulisnya maka ia menjadi milik bersama yang diturunkan dari satu

generasi ke satu generasi. Peribahasa yang terkandung dalam puisi Melayu tradisional di

aplikasikan dalam Pendidikan Moral di Sekolah ini merupakan daya kreativiti

berdasarkan pemikiran orang Melayu terutama dalam mendidik dan mengajar pemikiran

dan tingkah laku yang bermoral. Mendidik dan mengajar yang terdapat dalam peribahas

Melayu itu sendiri. Di samping itu, citra yang dilukiskan melalui kiasan, metafora,

perlambangan dan sindiran menerapkan nilai keindahan dengan susunan rapi baris-

barisnya serta adunan bunyi yang mengesani perasaan pendengarnya (Muhammad Haji

Salleh: 2000: 70). Peribahasa yang bertindak sebagai media masyarakat dalam

menyampaikan mesej tertentu melalui kiasan melambangkan betapa besar peranan genre

peribahasa ini dalam mencorakkan jati bangsa Melayu itu sendiri. Peribahasa juaga

berfungsi sebagai alat kawalan sosial dan pemantapan sesuatu sistem sosial dalam

kemasyarakatannya dan media yang mempamerkan kebijaksanaan penutur atau

pewarisnya (Mutiara Sastera Melayu Tradisional, 2003:256)

Peribahasa juga disebut dengan nama peribahasa berirama yang mempunyai

beberapa jenis sub kecilnya seperti bidalan, pepatah-petitih, perbilangan, perumpamaan,

lidah pendeta, kias ibarat, dan tamsil. Jenis peribahasa ini tidak tergolong dalam genre

puisi kerana strukturnya bukan merupakan ungkapan atau kata-kata berangkap, namun,

4

Page 5: Bidalan

dalam pustaka puisi Melayu tradisional terdapat sejumlah besar peribahasa yang wujud

dalam bentuk puisi (Mutiara Sastera Tradisional,2003:355) Dari segi bentuk, peribahasa

berangkap berangkap terbina dalam dua keratan yang sejajar, baik dalam sebaris atau

atau lebih. Tidak sebagaimana pantun, baris-baris dalam peribahasa tidak berkaitan antara

satu sama lain.

Peribahasa berangkap dua baris

Lulus angan dilakukan,

Lulus kaki dilangkahkan,

Biar bersimbah peluh di muka,

Jangan tersingkap kain basahan,

Bongkok kail penyangkut insang,

Bongkok kail penyangkut hutang,

Didalam manis ada pahitnya,

Didalam pahit ada mansinya,

Kalau puntung masih berapi,

Jangan dihembus-hembus juga.

5

Page 6: Bidalan

3.0 Bidalan

Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'.

Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat,

mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.

Kamus Dewan edisi keempat (2007), bidalan merupakan kata-kata yang sering

kali disebut dan yang mengandungi nasihat, peringatan dan sebagainya. Bidalan

termasuk dalam kiasan Melayu sejak dahulu lagi yang diamalkan dalam masyarakat

Melayu ketika dalulu yang tergolong dalam peribahasa Melayu tradisional namun pada

masa kini bidalan agak kurang di amalkan dalam kehidupan seharian. Bidalan juga

merupakan susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di

dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran. Unsur ini penting di

ketahui oleh masyarakat Melayu. Bidalan juga merupakan peribahasa yang berfungsi

sebagai nasihat seperti perumpaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.

Bagaimanapun bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan

umpama. Menurut Abdullah Hassan, bidalan ialah pepatah atau peribahasa yang

berfungsi sebagai nasihat. Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti hendaklah,

jangan, biar, lebih baik, harus dan usah.

Menurut Muhammad Said (1992) pula dalam bukunya mengatakan bidalan itu

cakapan terus dan kiasan bercampur, kadang-kadang cakapan itu berlapis seperti contoh

‘kata’ iaitu kerbau dipegang talinya, manusia dipegang katanya. Perbezaan antara bidalan

dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap digunakan, mempunyai nilai, ilmu dan

pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran.

Pepatah juga merupakan perbilangan yang menggunakan kata bilangan.

Menurut Profesior Mohd. Taib Osman pula untuk memahami puisi Melayu lama

termasuk bidalan, kita mesti menyedari bahawa ada daya cipta yang terkandung padanya,

walaupun bentuk yang digunakan sudah ditentukan. Masyarakat Melayu lama adalah

masyarakat yang mempunyai lapisan kemsyarakatan dan cara hidup masing-masing

golongan itu mempunyai ciri-ciri perbezaan pula. Jelas, bidalan itu kata kiasan yang

6

Page 7: Bidalan

mempunyai makna yang tersirat dan menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan

dihayati. Ia juga menunjukkan betapa orang Melayu begitu kreatif untuk menyampaikan

sesuatu misalnya nasihat, kebijaksanaan, pengajaran atau isi hati dan perasaan jiwa

mereka. Bidalan juga memberi teguran dan pengajaran agar berhati-hati dalam

kehidupan supaya tidak menyesal kemudian hati.

Bidalan juga mempunyai peranan yang sama sebagaimana puisi-puisi warisan

Melayu yang lain baik dalam bahasa rasmi mahupun dalam kehidupan seharian mereka

seperti untuk menegur, menyindir secara halus atau mengkritik. Di samping itu,

peribahasa juga mendokong falsafah didaktisme yang tinggi dalam masyarakat Melayu

zaman silam. Malah dalam masyrakat Melayu hari ini bidalan terus berperanan sebagai

alat sindiran dan teguran yang amat praktikal dalam konteks mengkritik dan menegur

dengan redha yang halus.

Peribahasa bidalan juga tidak terkecuali diketengahkan dalam pendidikan di

sekolah sama ada pada peringkat sekolah rendah, menengah rendah, menengah atas

sehinggalah peringkat universiti. Bidalan harus diketahui oleh masyarakat kini agar tidak

pupus ditelan zaman. Langkah memasukkan dalam pemebelajaran merupakan langkah

yang cukup baik untuk terus menghidupkan peribahasa Melayu.

Terdapat banyak koleksi bidalan yang dimiliki oleh masyarakat Melayu.

Contoh bidalan:

1. Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahit- kerja yang dimulakan

hendaklah diselesaikan.

2. Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh- Jangan berasa diri bijak tetapi dihina

orang, biar bodoh asal bertanya, pasti akan berjaya.

3. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga- Kalau tidak mahir

dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.

4. Ada gula ada semut - orang akan berkumpul ditempat yang banyak

mendatangkan rezeki.

7

Page 8: Bidalan

5. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya - jangan disangka orang yang

pendiam itu atau tenang tidak berbahaya.

6. Ada udang disebalik batu - mempunyai niat sesuatu disebalik pertolongan yang

diberikan.

7. Alah bisa tegal biasa - pekerjaan susah akan menjadi senang jika selalu

dilakukan.

8. Baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalang - kita hendaklah merendah diri

dengan kelebihan yang dimiliki, bukan menjadi sombong.

9. Belum duduk sudah belunjur - membuat sesuatu kerja yang belum sampai

masanya.

10. Bumi mana tidak ditimpa hujan - setiap orang tentu pernah melakukan kesalahan.

11. Biar genting jangan putus - lebih baik rugi kecil, jangan rugi besar.

12. Besar periuk, besarlah keraknya - semakin besar pendapatan, semakin besar

perbelanjaannya.

13. Bertemu buku dengan ruas - seseorang yang bertemu lawan yang sama kuat.

14. biar tersengat, jangan tertiarap - lebih baik menanggung sedikit kesusahan

daripada terus menderita.

15. Biar lambat asalkan selamat - membuat sesuatu kerja dengan berhati  - hati

supaya sempurna.

16. Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga- Maksud lapis pertama

jelas dan maksud lapis kedua merujuk orang yangs edikit ilmu dan pengalaman

supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit.

8

Page 9: Bidalan

9