bidang 3_nilai berkaitan dengan alam sekitar
Transcript of bidang 3_nilai berkaitan dengan alam sekitar
BAB 3
Nilai Berkaitan Dengan Alam SekitarEkosistem adalah satu sistem yang melibatkan tindak balas dan perhubungan antara haiwan,
tumbuhan dan manusia dengan alam persekitaran yang tidak bernyawa. Kitaran ini akan terancam
sekiranya berlaku gangguan atau kerosakan terhadap alam sekitar. Sebagai makhluk yang
diciptakan dengan sempurna, kita bertanggungjawab untuk memastikan alam sekitar sentiasa dalam
keadaan bersih dan sihat. Oleh itu, adalah penting bagi kita menguruskan alam ini dengan bijak agar keharmonian antara hidupan dengan alam sekitar
terpelihara.
3.1 Menyayangi dan Menghargai Alam sekitar
Definisi
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam
sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem
Ciri-ciri
1. Memahami akan kepentingan ekosistem untuk kesejahteraan
hidup.
2. Kita hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga ekosistem.
3. Mengamalkan sikap menjaga kebersihan alam sekitar.
4. Cara-cara menyayangi dan menghargai alam sekitar:
(a) Mengawal aktiviti pembalakkan.
(b) Mengawal pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai.
(c) Menanam pokok bagi mengekalkan kehijauan alam.
(d) Membuang sampah ke dalam tong kitar semula.
3.2 Keharmonian antara manusia dengan alam sekitarDefinisi
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia
dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan
alam sekeliling terpelihara.
Ciri-ciri
1. Mengetahui dan memahami kepentingan menjaga kebersihan
alam sekitar.
2. Mengamalkan sikap suka menjaga kebersihan persekitaran.
3. Memupuk sikap menjaga kebersiha alam sekitar seperti
mengamalkan kitar semula.
4. Melakukan aktiviti untuk mengekalkan keindahan dan kebersihan
alam sekitar seperti menanam bunga.
5. Menyedari bahawa manusia dan alam sekitar adalah saling
memerlukan untuk hidup yang sejahtera.
3.3 Kemampanan Alam Sekitar
Definisi
Pengkalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab
bersama untuk kesejahteraan hidup.
Ciri-ciri
1.Menjaga dan menguruskan alam sekitar dengan baik.
2.Mengetahui akan kesan aktiviti manusia terhadap flora dan fauna.
3.Menyedari dan memahami kesannya jika alam sekitar tidak
diuruskan dengan baik dan selamat.
4.Kita hendaklah mengetahui cara atau tindakan yang perlu diambil
bagi menjaga alam sekitar.
5.Hutan memberikan sumbangan yang besar kepada semua hidupan.
Oleh itu, manusia mestilah berganding bahu untuk menjaga sumber
hutan agar tidak musnah.
3.4 Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Definisi
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan
berusaha menyelesaikannya.
Ciri-ciri
1. Sentiasa peka dan prihatin terhadap masalah yang berkaitan
dengan alam sekitar.
2. Mengenal pasti kesan pencemaran alam terhadap kehidupan.
3. Mengambil berat akan isu-isu alam sekitar, malah berusaha untuk
menanganinya.
4. Memupuk sikap bekerjasama menjaga alam sekitar daripada
tercemar.
5. Turut melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan dengan
alam sekitar.
SMK Perempuan LikasSabah