bidang 6_nilai berkaitan dengan demokrasi

9
BAB 6 Negara Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Rakyat diberi kebebasan untuk berucap, bergerak, berpersatuan dan menyuarakan pendapat, namun mestilah mengikut batasan tertentu. Antara kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia ialah kebebasan bersuara, kebebasan beragama dan kebebasan untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti. Rakyat Malaysia bebas untuk menjalankan aktiviti mereka namun mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi

Transcript of bidang 6_nilai berkaitan dengan demokrasi

Page 1: bidang 6_nilai berkaitan dengan demokrasi

BAB 6

Negara Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Rakyat diberi kebebasan untuk berucap, bergerak, berpersatuan dan menyuarakan pendapat, namun

mestilah mengikut batasan tertentu. Antara kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia ialah kebebasan bersuara, kebebasan beragama dan kebebasan untuk melibatkan diri

dalam sebarang aktiviti.Rakyat Malaysia bebas untuk menjalankan aktiviti mereka namun mestilah mematuhi peraturan dan

undang-undang yang telah ditetapkan.

Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi

Page 2: bidang 6_nilai berkaitan dengan demokrasi

6.1 Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

Definisi

Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada

Ciri-ciri

1. Kita hendaklah memahami kepentingan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan sama ada di rumah, sekolah dan di tempat kerja.

2. Seseorang itu juga mesti mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan itu. Ia bertujuan untuk memastikan masyarakat hidup dalam keamanan dan kesejahteraan.

3. Kita juga harus memahami kesannya jika tidak mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

4. Hukuman akan dikenakan kepada sesiapa yang melanggar undang-undang dan peraturan.

Page 3: bidang 6_nilai berkaitan dengan demokrasi

6.2 Kebebasan bersuara

Definisi

Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

Ciri-ciri

1. Kebebasan bersuara terkandung dalam Perlembagaan Malaysia iaitu setiap warganegara bebas untuk menyuarakan pendapat, berhimpun dan berpersatuan namun mesti mengikut batasan-batasan tertentu.

2. Kebebasan bersuara merupakan hak untuk berucap di tempat awam mengikut adab dan peraturan di Malaysia.

3. Semua individu bebas untuk memberikan pendapat tanpa mengira jantina.

4. Kita haruslah menyuarakan pendapat dan pandangan yang wajar dan tidak menyentuh isu-isu sensitif.

5. Had kebebasan bersuara adalah penting bagi memelihara keamanan dan keharmonian negara kita.

Page 4: bidang 6_nilai berkaitan dengan demokrasi

6.3 Kebabasan BeragamaDefinisi

Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia

Ciri-ciri

1. Kebebasan beragama bererti kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang siperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

2. Kebebasan beragama penting bagi masyarakat yang berbilang kaum di negara kita.

3. Setiap rakyat harus mengamalkan kebebasan beragama mengikut lunas-lunas yang ditetapkan.

4. Perlembagaan Malaysia yang membenarkan kebebasan beragama telah menyatupadukan masyarakat majmuk di negara kita.

5. Setiap individu perlu bertolak ansur dan saling mamahami amalan pelbagai agama dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Page 5: bidang 6_nilai berkaitan dengan demokrasi

6.4 Penglibatan Diri dalam Pembangunan NegaraDefinisi

Kebebaan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan

negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan

Perlembagaan Malaysia

Ciri-ciri

1. Rakyat Malaysia bebas untuk melibatkan diri dalam pelbagai

aktiviti asalkan tidak melanggar undang-undang dan Perlembagaan

Malaysia serta tidak mengganggu ketenteraman dan keselamatan

negara.

2. Di sekolah, setiap pelajar disarankan supaya bergiat aktif dalam

aktiviti kokurikulum supaya mendapat pengalaman dan

pengetahuan bagi perkembangan mental dan fizikal serta jati diri

yang positif.

Page 6: bidang 6_nilai berkaitan dengan demokrasi

3. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang berwawasan di samping pemupukan perpaduan dikalangan masyarakat di negara kita.

4. Penglibatan diri dalam aktiviti kokurikulum juga menggambarkan warga sekolah yang bergiat cergas menjamin kejayaan bagi sesebuah sekolah.

5. Selain itu, pelajar juga perlu menjauhkan diri daripada aktiviti yang tidak sihat, malah digalakkan untuk menyertai aktiviti pertubuhan dan sukarela.

Page 7: bidang 6_nilai berkaitan dengan demokrasi

6.5 Sikap KeterbukaanDefinisi

Bersedia memberi dan menerima pandangan pembaharuan dan kritikan

selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia

Ciri-ciri

1. Sikap keterbukaan adalah sikap tidak keterlaluan dalam membuat

pertimbangan dan tindakan sama ada dari segi pemikiran,

pertuturan dan perbuatan serta bersedia menerima pandangan yang

sesuai dengan nilai dan norma masyarakat.

2. Orang yang bersikap terbuka akan dapat menerima pandangan,

teguran dan kritikan daripada orang lain.

3. Setiap teguran akan dijadikan panduan untuk memperbaiki diri.

4. Mereka juga akan dapat mengawal perasaan dan emosi dalam

setiap situasi. Mereka akan berfikir dahulu sebelum menyuarakan

sesuatu pendapat.

5. Pendapat atau pandangan tersebut akan disampaikan secara sopan

Page 8: bidang 6_nilai berkaitan dengan demokrasi

5. Pendapat atau pandangan tersebut akan disampaikan secara sopan

dan berhemah.

6. Nilai keterbukaan ini harus diamalkan walau di mana sahaja bagi

membentuk masyarakat yang harmoni.

Page 9: bidang 6_nilai berkaitan dengan demokrasi

SMK Perempuan LikasSabah