Bidang-bidang_linguistik

25
BIDANG LINGUISTIK

description

LINGUISTIK

Transcript of Bidang-bidang_linguistik

Page 1: Bidang-bidang_linguistik

BIDANG LINGUISTIK

Page 2: Bidang-bidang_linguistik

Linguistik teori (atau am) adalah berkenaan dengan rangka-rangka untuk memerihalkan bahasa-bahasa dan teori-teori individu dari segi aspek-aspek bahasa yang sejagat

Page 3: Bidang-bidang_linguistik

Linguistik teori sering dibahagikan kepada sebilangan bidang yang berasingan untuk dikaji secara tersendiri:

i. Fonetik ialah kajian bunyi-bunyi bahasa manusia.

ii. Fonologi atau fonemik ialah kajian pola-pola bunyi asas bagi seseuatu bahasa.

iii.Morfologi ialah kajian struktur dalaman bagi perkataan-perkataan.

Page 4: Bidang-bidang_linguistik

iv.Sintaksis ialah kajian bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayat-ayat yang bertatabahasa.

v.Semantik ialah kajian makna perkataan-perkataan semantik leksikal dan bagaimana perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayat-ayat yang bermakna.

Page 5: Bidang-bidang_linguistik

vi.Pragmatik ialah kajian bagaimana pengungkapan (baik secara literal, mahupun secara kiasan) digunakan dalam perbuatan-perbuatan komunikasi.

vii.Linguistik sejarah ialah kajian bahasa-bahasa yang hubungan sejarahnya telah diakui melalui persamaan dalam perbendaharaaan kata, pembentukan kata, dan sintaksis.

Page 6: Bidang-bidang_linguistik

viii.Tipologi linguistik ialah kajian ciri-ciri tatabahasa yang digunakan merentasi semua bahasa manusia.

ix. Stilistik linguistik ialah kajian gaya dalam bahasa-bahasa.

x. Analisis wacana ialah kajian ayat-ayat yang disusun menjadi teks.

Page 7: Bidang-bidang_linguistik

mengkaji bahasa-bahasa pada sesuatu ketika yang tertentu (biasanya kini)

mencari dan menghuraikan gambaran umum untuk bahasa-bahasa tertentu dan antara semua bahasa

mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

Page 8: Bidang-bidang_linguistik

Pengertian luas : linguistik terapan bermaksud penggunaan prinsip dan teori linguistik pada bidang pengetahuan yang lain.

Bidang yang boleh dikaitkan bidang linguistik komputer, matematik, terapi percakapan dan lain-lain.

Pengertian sempit: aspek linguistik yang dikaitkan dengan pengajaran/pedagogi bahasa

Page 9: Bidang-bidang_linguistik

Aplikasi linguistik dalam pengajaran bahasa dimulakan oleh Bloomfield melalui kaedah linguistik dalam pengajaran bacaan.

Pengetahuan linguistik tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak secara semula jadi dapat membantu dalam pengajaran bahasa – kaedah/pendekatan/teknik dicipta

Linguistik ini timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.

Page 10: Bidang-bidang_linguistik

Cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.

Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.

Page 11: Bidang-bidang_linguistik

Ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa.

Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.

Aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan

Page 12: Bidang-bidang_linguistik

Tergolong dalam linguistik diakronik

Kajian tentang perbedaan bahasa dalam dua waktu yang berbeda.

Mengamati dan menghuraikan perubahan dan pengekalan dalam sesuatu bahasa atau rumpun bahasa berasaskan perubahan masa.

Sejarah linguistik – kaji perkembangan ilmu linguistik dari zaman ke zaman

Linguistik sejarah – kaji perubahan bahasa dan sebab dan musabab perubahan dalam masa yang berbeza.

Page 13: Bidang-bidang_linguistik

Ahli linguistik sejarah ialah seorang paleontologis bahasa

Cara kajian : Berasaskan bukti yang ada daripada persada lama

dianalisis dengan prinsip linguistik sejarah

Merekonstruksikan bahasa yang sudah mati

Kaedah yang popular digunakan kaedah perbandingan, kaedah rekonstruksi dalaman dan kaedah glotokronologi atau leksikostatik

Kaedah glotokronolgi dan leksikostatik : kaji kadar pemupusan kosa kata dalam satu bahasa atau peratus pengekalannya

Page 14: Bidang-bidang_linguistik

Menyelidik, menganalisis,mengklasifikasikan dan memerikan perbedaan atau persamaan struktur beberapa bahasa.

Aspek hubungan persejarahan dan kekerabatan antara bahasa-bahasa itu diambil kira dalam mengenal pasti perbezaan dan persamaan strukturnya.

Page 15: Bidang-bidang_linguistik

Linguistik perbandingan (asalnya filologi

perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang berkenaan dengan pembandingan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.

“Perhubungan" membayangkan asal yang

sama atau bahasa proto, dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.

Page 16: Bidang-bidang_linguistik

Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.

Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.

Page 17: Bidang-bidang_linguistik

Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.

Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.

Page 18: Bidang-bidang_linguistik

Kaedah leksikal massa yang menafikan kebolehan untuk menentukan tarikh perkembangan-perkembangan, dan hanya bertujuan untuk menunjukkan bahawa bahasa-bahasa yang lebih kurang serupa.

Kaedah glotokronologi yang mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.

Page 19: Bidang-bidang_linguistik

Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan:

1. Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri.

2. Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman.

Page 20: Bidang-bidang_linguistik

3. Linguistik bezaan membandingkan bahasa-bahasa biasanya untuk tujuan membantu pembelajaran bahasa dengan mengenal pasti perbezaan-perbezaan yang penting antara bahasa asli dengan bahasa sasaran pelajar. Linguistik bezaan hanya terlibat dalam bahasa-bahasa kini

Page 21: Bidang-bidang_linguistik

Linguistik konteks ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

Page 22: Bidang-bidang_linguistik

•Sosiolinguistik

cabang ilmu linguistik yang mengkaji hubungan antara masyarakat dengan bahasa.

•Psikolinguistik

proses psikologi yang terjadi ketika berbahasa.

Page 23: Bidang-bidang_linguistik

Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif.

Psikolinguistik atau psikologi bahasa ialah kajian faktor-faktor psikologi dan neurobiologi yang membolehkan manusia memperoleh, menggunakan, dan memahami bahasa. Penglibatan-penglibatan singkat dalam bidang ini pada mula-mulanya merupakan usaha-usaha falsafah, diakibatkan sebahagian besarnya oleh kekurangan data-data yang padu tentang bagaimana otak manusia berfungsi.

Page 24: Bidang-bidang_linguistik

Linguistik konteks ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yang mengkaji interaksi-interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik.

Page 25: Bidang-bidang_linguistik

Psikolinguistik meliputi proses-proses kognitif yang membolehkan penjanaan ayat-ayat yang bertatabahasa dan bermakna dari segi perbendaharaan kata dan struktur bahasa, serta proses-proses yang membolehkan pemahaman pernyataan, perkataan, teks, dan sebagainya.

Psikolinguistik perkembangan mengkaji keupayaan bayi-bayi dan kanak-kanak untuk membelajari bahasa, biasanya melalui kaedah-kaedah uji kaji atau sekurang-kurangnya kaedah kuantitatif (dan bukannya pencerapan naturalistik seperti yang dilakukan oleh Jean Piaget dalam penyelidikannya terhadap perkembangan kanak-kanak).