Bidang Morfologi

42
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU AKUAN HASIL PELAJAR SAYA AKUI KARYA INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI KECUALI NUKILAN DAN RINGKASAN YANG TIAP-TIAP SATUNYA TELAH SAYA JELASKAN SUMBERNYA.Tanda tangan : ………………………… Nama Penuh : MOHD YAZID BIN ABDUL HAMID No. K/Pengenalan : 780330-08-5909 Tarikh : 4 APRIL 2013 KANDUNGAN MOHD YAZID HAMID (BM04) Page 1

Transcript of Bidang Morfologi

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

AKUAN HASIL PELAJAR

SAYA AKUI KARYA INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI KECUALI NUKILAN DAN RINGKASAN YANG TIAP-TIAP SATUNYA TELAH SAYA JELASKAN SUMBERNYA.

Tanda tangan:

Nama Penuh: MOHD YAZID BIN ABDUL HAMID

No. K/Pengenalan: 780330-08-5909

Tarikh : 4 APRIL 2013

KANDUNGANBILPERKARAHALAMAN

1. 2.3.4.5.6.7.8.9.10Akuan Pelajar Penghargaan Soalan TugasanPendahuluanDefinisi FonolgiSintaksisFonemTranskripsi Bahasa

RfleksiBibliografi13455710253233

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan BMM3108 Fonetik dan Fonolgi Bahasa Melayu yang diberikan kepada saya pada masa yang telah ditetapkan.Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para Pensyarah Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu iaitu Puan Hasnah Binti Awang yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Penerangan dan taklimat yang diberikan oleh beliau banyak membantu saya dalam memberi penjelasan tentang fonetik dan fonologi terutama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain daripada itu beliau juga sanggup memberi penjelasan dengan lebih teliti sekiranya saya masih kurang memahami tentang sebutan huruf-huruf dengan betul. Beliau juga sedia memberi tunjuk contoh terutama dalam membuat transkripsi bahasa supaya ia dapat dibuat dengan mudah.Selain daripada itu, terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas saya dari kelas BM04 yang banyak membantu dan memberi maklumat kepada saya dari masa ke semasa. Melalui rakan-rakan jugalah saya dapat menambah pengetahuan dan membaikpulih hasil tugasan saya ini.Akhir sekali, terima kasih kepada keluarga saya yang banyak memberi sekongan kepada saya dalam mengharungi untuk mendapatkan segulung ijazah.

Sekian terima kasih.

PendahuluanBahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Semakin besar jumlah penuturnya, semakin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan semakin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Bidang morfo-sintaksis merupakan gabungan ilmu morfologi dan sintaksis yang berkaitan dengan pembentukan perkataan dan pembinaan ayat. Gabungan ilmu morfologi dan sintaksis menjadi inti penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa di dalam bilik darjah seterusnya penggunaannya yang meluas dalam kehidupan sehari-harian seseorang pelajar.

Definisi MorfologiMenurut Nik Safiah Karim (1996), beliau mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji tentang struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendifinisikan morfologi ialah satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi (pengimbuhan), terbitan, dan pemajmukan. Manakala Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) mendefinisikan morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukanya.

Buku Tatabahasa Dewan (2004) mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa (morfem), sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Kesimpulannya, yang saya faham tentang bidang morfologi ialah kajian tentang proses pembentukan kata yang akan melalui proses penyusunan morfem atau unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata sebagai prosesnya. Pengimbuhan juga membantu proses pembentukan perkataan. Melalui proses-proses tersebut akan menghasilkan pembentukan perkataan yang bermakna sebagai hasil yang dicapai dalam proses yang dilalui tersebut.

Menurut Frank Parker dalam bukunya,Linguistics For Non-Linguists, First Editionyang diterjemah oleh Raja Rahawani Raja Mamat, morfologi merupakan suatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan kata. Beliau menyatakan morphology itu berasal daripada bahasa Latin morphe yang membawa maksud bentuk. Abdullah Hassan dalam bukuLinguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayupula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005: 117). Dapatlah disimpulkan di sini bahawa ilmu morfologi ini merupakan bidang linguistik yang mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam bidang ini, morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata.Pengkajian dalam ilmu morfologi ini dapat dilihat sekurang-kurangnya dalam tradisi barat yang disusuli kembali sejak zaman Franz Bopp, seorang tokoh berbangsa Jerman. Beliau telah menghasilkan penulisan berkenaan dengan jenis akhiran pertuturan beberapa bahasa serumpun, termasuklah bahasa Jermanik yang diterbitkan pada tahun 1816. Kajian dalam bidang ini telah dibayangi oleh pengkajian dalam bidang fonologi dan sintaksis pada abad ke-20. Untuk memudahkan kita menguasai bidang morfologi ini, beberapa konsep penting dalam bidang ini haruslah difahami terlebih dahulu.

JENDELA SELATAN (BIL.11/APRIL 2005)Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan

Morfologi merupakan antara cabang linguistik yang mengkaji struktur pembentukan kata. Tatabahasa Dewan edisi baharu mendefinisikan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan edisi ketiga menjelaskan pengertian morfologi sebagai kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Hockett ( 1958 ) mendefinisikan morfologi sebagai unsur terkecil yang mengandungi makna dalam tuturan sesuatu bahasa. Kajian tentang morfologi bermula di Eropah pada awal kurun ke-19.

Berdasarkan takrif, kajian morfologi tertumpu kepada kata. Kata terbentuk daripada unsur yang dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu, serta tidak dapat dipecah-pecahkan lagi. Ada dua jenis morfem, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah morfem atau kata yang dapat berdiri sendiri sebagai satu kata yang utuh dan bermakna serta tidak dapat dipecahkan kepada unit yang lebih kecil lagi. Morfem terikat sebaliknya kerana bersifat tidak sempurna sekiranya tidak digandingkan dengan morfem bebas. Sesuatu perkataan dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Misalnya, bagi perkataan makan, terdiri daripada satu morfem, iaitu morfem bebas, manakala makanan terdiri daripada dua morfem, iaitu makan sebagai morfem bebas dan an sebagai morfem terikat. Oleh sebab itu, ada perbezaan yang jelas antara morfem dengan perkataan, iaitu semua perkataan ialah morfem tetapi tidak semua morfem itu menjadi perkataan. Perkataan berbentuk bebas, yang bermakna, dan dapat berdiri sendiri, misalnya kereta, kerusi, pengajar, dan kehakiman sedangkan awalan peng- dalam pengajar dan apitan ke--an dalam kehakiman menjadi morfem terikat dan bukanlah perkataan.

Tatabahasa Dewan edisi baharu menjelaskan bahawa proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Proses morfologi ialah suatu proses yang mengubah bentuk sesuatu morfem dan perubahan ini bertujuan untuk menambah sesuatu makna kepada morfem tersebut. Dalam kata lain yang lebih mudah, proses morfologi bermaksud cara sesuatu perkataan itu dihasilkan atau diterbitkan daripada bentuk dasarnya. Berdasarkan bentuk dan struktur kata baharu yang dihasilkan, proses morfologi itu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.

SINTAKSISCabang ilmu bahasa yang mengkajibentuk, struktur,danbinaanatau konstruksi ayat.Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi jugahukum-hukumyang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Ayat Ayat ialah binaan yang terdiri daripadaunsurayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i)Ahmad sedangdan bahagian (ii)membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentukklausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif(FA)danfrasa sendi nama (FS). Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.Subjek AyatPredikat AyatFrasa SubjekFrasa PredikatRumus Pola Ayat

Ahmadmengulangkaji tatabahasaFrasa NamaFrasa KerjaFN + FN

Cikguke sekolahFrasa NamaFrasa Sendi NamaFN + FS

Fatimahamat rajinFrasa NamaFrasa AdjektifFN + FA

Ah Chongseorang usahawanFrasa NamaFrasa NamaFN + FN

Frasa Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluasmenjadi dua perkataan atau lebih. Frasatidak bolehdipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaituFN, FK, FAdanFS Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitufrasa endosentrikdan frasaeksosentrik.

Binaan Ayat Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur. Perhatikan contoh di bawah:

SubjekSubjek

Bah. AyatUnsurBah. AyatUnsur

Ah Tianguru senaman

Tipahmembeli gula

Suara ketua pengawas ituserak-serak basah

Munainadymenoreh getah

Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Perhatikan ayat berikut:Pelajar itu membaca buku.

Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku). Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain. Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:Pelajartingkatan enamitu membaca buku. (tingkatan enammenjadipenerangkepada pelajar, iaitu subjek ayat)

Pola Ayat Dasar Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri. Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS) Lihat contoh berikut:Subjek AyatPredikat AyatFrasa SubjekFrasa PredikatRumus Pola Ayat

Jamilahpengurus sumber manusiaFrasa NamaFrasa NamaFN+FN

Atanbudak pandaiFrasa NamaFrasa AdjektifFN+FA

http://makalahdanskripsi.blogspot.com/2009/03/sintaksis.html

FONEM

Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti.Misalnya katabayangdanlayang.Bunyinya hampir sama.Yang berbeza hanya [b] dan [l].Tentulah bunyi-bunyi ini yang menyebabkan perbezaan erti itu.Oleh itu /b/ dan /l/ ialah fonem.Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /.

Bunyi-bunyi yang berbeza dalam pasangan kata yang berikut merupakan fonem-fonem yang berasingan.tabah-tapahtekak-tegaksabun-sabungbaru-baluwang-bangsiang-tiang

Pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi kedua-dua perkataan yang berpasangan itu mempunyai makna yang berlainan, dinamakanpasangan minimalataupasangan terkecil.Sekiranya pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang minimal tadi tidak berbeza maknanya, maka bunyi yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakanalofondari satu fonem.Keadaan ini disebut variasi ataukelainan bebas.Contoh:/faham/ - /paham/ dan /bilik/ - /bili?/.

Selain daripada pasangan minimal yang dinyatakan di atas , terdapat lagi beberapa contoh yang akan diperjelaskan untuk lebih memberi kefahaman yang mendalam. Contohnya perkataankayadanpaya. Kedua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza, hal ini disebabkan oleh fonemkdan p.

Fonem seperti apa yang kita harus fahami ialah unit yang terkecil yang dapat membezakan makna. Maka bunyi k dan p merupakan unit-unit terkecil itu yang dapat membezakan makna perkataan kaya dan paya. Maka bunyi k dan p boleh dikategorikan sebagai fonem yang membezakan makna. Oleh itu bunyi k dan p diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/.

FONEM BAHASA MELAYUFonem Vokal Bahasa MelayuTerdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu, iaitu /a/, /e/, / /, /i/, /o/, /u/.Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan. Vokal seperti di bawah boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:i Vokal hadapanii Vokal tengahiii Vokal belakangKedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah

Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa MelayuBerdasarkan kepada gambar rajah di atas dapat digambarkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah.Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal. Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:

Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang akan dibunyikan.Selain itu, bibir juga memainkan peranan yang tersendiri dalam penghasilan bunyi vokal. Menurut Adul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir boleh berbentuk seperti berikut: Hampar Separuh hampar Bundar Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar ataubundar dan separuh bundar.Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut:

Gambar rajah di atas menunjukkan keadaan kedudukan bibir semasa.Fonem Konsonan Bahasa Melayu

Terdapat25 konsonandi dalam bahasa Melayu seperti yang terdapat dalam jadual di bawah.Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa Melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

-dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).-dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).-dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).-satu konsonan hentian glotis. (?)-dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )-dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan geseran glotis bersuara ( h ).-satu konsonan getaran bersuara ( r ).-satu konsonan sisian bersuara ( I ).-empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n)-dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua bibir bersuara ( w ).-satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.Fonem Segmental Bahasa Melayu Sebanyak 36 fonem dalam bahasa Melayu, iaitu 27 fonem asli dan 9 fonem pinjaman (kesemuanya geseran). Daripada jumlah fonem asli ini, terdapat 6 fonem vokal, 18 fonem konsonan dan 3 fonem diftong.Fonem Vokal Bunyi vokal bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.Contoh vokal:i) Vokal [i]AwalTengah Akhir [ibu][pita][kiri][ipar][tidur][jari]ii) Vokal [e]AwalTengah Akhir [ekor][merah][tauge][ekar][keko ] [tauke]iii) Vokal [a]AwalTengahAkhir [alur][mata][sama][aku][baju][siapa]iv) Vokal [ ]AwalTengahAkhir [ mpat][t pat] -[ ma ][g ra ] - v)Vokal [u]AwalTengahAkhir [ubat][sudu][buku][ulat][pukat][biru]vi) Vokal [o]AwalTengahAkhir [otot][tokoh][koko][obor][kota][pidato]Bunyi bunyi konsonan dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:i) konsonan asli yang berasal daripada bahasa Melayu.ii)konsonan pinjaman yang dipinjam daripada bahasa - bahasa asing. Konsonan Asli bahasa Melayu Konsonan asli bahasa Melayu terdiri daripada 18 konsonan yang memang sedia ada dalam sistem bunyi bahasa Melayu.Berdasarkan cara pengeluaran dan daerah daerah artikulasi, konsonan konsonan asli bahasa dapat dibahagikan kepada tujuh jenis, iaitu:Letupan atau plosif Letusan atau afrikat Geseran atau frikatif Getaran atau tril Sisian atau lateralSengau atau nasalSeparuh vokal Konsonan Letupan Bunyi bunyi konsonan letupan dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu a. Konsonan letupan dua bibir :b. Letupan dua bibir tak bersuara [p]Awal Tengah Akhir [papan][bapa][gelap][paku][jumpa][redup]ii) Letupan dua bibir tak bersuara [b]:AwalTengahAkhir [bawa][tabah][azab][bakul][ubat][darab]b) Konsonan Letupan Gusi:i) Letupan gusi tak bersuara [t]:AwalTengahAkhir [tali][hitam][sakit][takut][k tat][tamat]ii) Letupan gusi bersuara [d]AwalTengahAkhir [duga][cadar][tekad][data][buda ][jasad]c) Konsonan Letupan Lelangit Lembut i) Letupan lelangit lembut tak bersuara [k]AwalTengahAkhir [kurus][pakat][kritik][kami][bakar][politik]ii) Letupan lelangit lembut bersuara [g]AwalTengahAkhir [gatal][segak][dialog][gulai][tagih][beg]d) Konsonan Letupan Glotis AwalTengahAkhir [kaka ][gaga ][adi ][sa at][p ti ][r ta ]Konsonan Geseran a) Konsonan Geseran Gusi [s]AwalTengahAkhir [suka][rasa][bebas][satu][jasa][atas]b) Konsonan Geseran Glotis [h]AwalTengahAkhir [hakis][mahal][titah][halia][jahat][tanah]Konsonan Getaran Gusi Bersuara [r]AwalTengahAkhir [rumah][marah][lapar][rambut][kurau][pagar]Konsonan Sisian Gusi Bersuara [l]AwalTengahAkhir [lancar][hala][kapal][lali][kulat][pukal]Konsonan Sengau a) Sengau dua bibir bersuara [m]AwalTengahAkhir [makan][lama][siram][mula][semut][talam]b) Sengau Gusi Bersuara [n]AwalTengahAkhir [nasi][benih][depan][nanas][kena][tahan]c) Konsonan Geseran Gusi lelangit Keras Tak Bersuara [ ]Contoh perkataan:[ arikat][ma arakat][ arat][mu kil]d) Konsonan Geseran Lelangit Lembut Tak Bersuara [x]Contoh perkataan:[xatam][baxil][xianat][tarix]Fonem Diftong Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu:i) Contoh [ai]:[hairan][badai][pandai][syaitan]ii) Contoh [au]:[aurat][pulau][daulat][lampau]iii) Contoh [oi]:[sepoi][sekoi][amboi][boikot]JENIS-JENIS FONETIKFONETIK ARTIKULASI / artikulatori Kajian dari segi gerakan alat-alat yang menghasilkan bunyi ( Rencana Linguistik Abdullah Hassan ) Mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan atu dikeluarkan oleh alat artikulasi ( alat-alat yang berfungsi ketika mengeluarkan bunyi bahasa) .Fonetik jenis ini sangat penting bagi ahli bahasa, peneliti bahasa atau pelajar kerana ianya memberikan kepandaian berucap kepada seseorang.Fonetik jenis ini menerangkan kedudukan alat artikulasi dan cara ianya berfungsi sewaktu menghasilkan bunyi bahasa.Mengikut kajian fonetik ini, bunyi-bunyi suara terhasil daripada proses berikut: ( Udara yang keluar daripada paru-paru akan lalu pada pita suara yang mana ianya boleh menentukan samada bunyi itu nyaring, kuat, perlahan dan sebagainya. Udara keluar melaui rongga iaitu rongga tekak, rongga mulut atau rongga hidung yang akan mewujudkan gema. Gema itu akan melalui jenis-jenis gangguan oleh alat artikulasi di rongga mulut .Hasil dari gangguan inilah wujudnya bunyi bahasa yang berlainan.Bunyi bahasa yang timbul adalah seperti jenis letupan, letusan, geseran, sengauan lain-lain lagi dan Juga dikenali sebagai fonetik pertuturan atau sebutan.FONETIK AUDITORIKajian dari segi pendengaran bunyi yang keluar dari mulut ( Rencana Linguistik- Abdullah Hassan ) Kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan. Ianya mengkaji bunyi bahasa sebagai sesuatu yang diterima oleh pendengar.Pendengaran bunyi itu adalah penting kerana ianya dapat menentukan jenis-jenis dan perbezaan di antara bunyi.Proses pendengaran mengikut kajian ini adalah : Gelombang udara masuk ke bahagian tengah telinga Gegendang telinga pendengar akan bergetar bersama tulang osikel Tulang osikel yang bergetar berfungsi menyampaikan getaran-getaran kepada cairan yang ada pada bahagian dalam telinga. Kemudian saraf-saraf auditori menghantar maklumat ke otak dan otak akan mentafsirkan maklumat itu sebagai bunyi .Pendengaran yang tepat adalah penting untuk menentukan jenis dan perbezaan antara bunyi-bunyi supaya bunyi dapat ditranskripsikan dengan tepat FONETIK AKUSTIKKajian yang mengkaji tentang sifat-sifat atau hakikat bunyi itu sendiri. Kajian dari segi sifat bunyi ( Rencana Linguistik- Abdullah Hassan ) Mengikut fonetik akustik, bunyi adalah gelombang-gelombang udara yang asalnya keluar dari paru-paru dan kemudiannya mengalami perubahan dimana perubahan itu disebabkan oleh gangguan yang dilakukan oleh alat-alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya.ALAT-ALAT PERNAFASANBadan manusia mempunyai sistem pernafasan yang bertujuan menyedut oksigen bagi pembersihan darah Selain daripada itu, ia juga berfungsi sebagai alat bagi mengeluarkan bunyi bahasa.

Rajah 1 : Alat pernafasanParu-paruDalam pengeluaran ujaran manusia, udara memainkan penting dan ia adalah unsur yang terpenting dalam menghasilkan bunyi bahasa. Paru-paru akan menyedut udara masuk ke dalam paru-paru apabila dada dikembangkan dan apabila dikempiskan maka udara terdesak keluar. Udara itu keluar melalui pipa rengkung yang lebih kurang 11 cm panjang dan 2 cm lebarnya dan terus ke rongga hidung atauRongga dan rengkungRonga rengkung terdiri daripada sembilan keping tulang rawan yang mempunyai bentuk seakan-akan kotak dan diberi nama kotak suara atau peti suara. Di sini letaknya halkum yang boleh bergerak ke atas atau ke bawah berdasarkan nada tinggi ataupun rendah.Peti suara ini sangat penting semasa penghasilan bunyi. Didalamnya terdapat pita suara atau glotis.. Ketiadaan peti suara menyebabkan seseorang itu bisu.Rongga tekakBermula dari rongga rengkung hingga ke rongga hidung, Panjangnya lebih kurang 15 cm. Rongga ini lebar diatas dan meruncing ke bawah. Rongga ini boleh diluaskan dan disempitkan. Lelangit lembut yang terletak di dalam rongga ini boleh diangkat untuk menutup rongga hidung atau diturunkan untuk membuka dan meluaskan ruang rongga supaya udara dapat melaluinya. Pergerakan seperti ini semuanya penting dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.Rongga HidungRongga hidung ialah ruang yang terdapat di atas rongga mulut dan dipisahkan dari rongga mulut oleh lelangit lembut. Rongga ini bermula dari rongga tekak hingga ke lubang hidung.ALAT-ALAT ARTIKULASIAlat artikulasi adalah alat ujaran yang boleh membuat penyempitan dan boleh bergerak semasa meghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat itu ialah : Kedua-dua bibir, tulang rahang, lidah, lelangit lembut, dan pita suara.

Penghasilan bunyi-bunyi bahasaBibir Atas dan Bibir BawahBibir ialah organ yang menjadi sempadan paling luar dari rongga mulut. Merupakan kumpulan otot yang kenyal yang boleh diubah-ubah bentuk dengan menguasai otot-otot tersebut. Bibir tersebut boleh menjadi bundar, leper untuk mengeluarkan bunyi-bunyi yang berlainan.EpiglotisAnak tekak yang terdiri dari sekelompok otot yang berbentuk bujur daun yang boleh bergerak ke depan atau ke belakang untuk menutup rongga rengkung. Ianya juga boleh digerakkan untuk menyempitkan atau meluaskan rongga rengkung.Tulang RahangTulang rahang terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan bibir dan gigi. Mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup.LidahMerupakan alat artikulasi yang terpenting. Gerakan lidah ke daerah-daerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berbeza.Lidah di bahagikan kepada 5 bahagian penting iaitu :Hujung lidah, tengah lidah, depan lidah,belakang lidah dan akar lidah.Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama ada diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk membuat penyekatan terhadap udara yang keluar melalui rongga mulut.LelangitTerbahagi kepada 2 bahagian Iaitu :Lelangit keras : Terletak diantara gusi dan lelangit lembut. Lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi-bunyi.Lelangit lembut bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut dan merupakan bahagian lelangit yang paling belakang dalam rongga mulut. Lelangit lembut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka rongga tekak dan saluran rongga hidung. Pita suaraPita suara terletak dalam rongga rengkung. Dalam peti suara terdapat otot-otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara dapat dirapatkan dan direnggangkan. Ruang antara pita suara itu dipanggil glotis. Glotis boleh disempitkan, dikecilkan atau dirapatkan hingga tertutup sama sekali.GusiTerletak di antara gigi dan lelangit keras. Keadaanya cembung dan berfungsi sebagai daerah artikulasi. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti bunyi t, d, l dengan bantuan hujung lidah.Daerah ArtikulasiDaerah artikulasi ialah bahagian dalam rongga mulut yang tidak dapat bergerak atau digerakkan dalam penghasilan bunyi. Walau bagaimanapun daerah-daerah ini dapat disentuh oleh alat-alat artikulasi tertentu. Daerah-daerah ini ialah gigi bawah, gigi atas, gusi, lelangit keras, dan velum.Peranan udaraSetiap bunyi bahasa dihasilkan oleh alat ujaran yang berfungsi serentak dengan udara yang keluar dari paru-paru. Lazimnya bunyi-bunyi bahasa dihasilkan sewaktu udara keluar dari paru-paru, melalui rongga-rongga rengkung, tekak, mulut, dan hidungApakah bunyiBunyi adalah gelombang udara yang keluar daripada kedua belah paru-paru, seterusnya melalui pita suara, ke rongga tekak dan akhirnya keluar terus melalui rongga mulut atau rongga hidung.Semasa udara keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut, udara itu mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau mungkin tidak. Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya kita mendengarnya sebagai bunyi.Bunyi bahasaBunyi-bunyi yang terdapat di dalam segala bahasa di dunia ini.Bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam pertuturan.Ia merupakan bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam komunikasi Untuk tujuan kajian, bunyi-bunyi tersebut dianggap terpisah atau dipenggalkan menjadi unit-unit kecil yang dikenali sebagai bunyi penggalan atau fon. Contohnya : [p], [w] dan [a]. Bukan bunyi bahasaBunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia.Sehingga sekarang masih belum dapat dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa di dunia ini.Contoh : Bunyi batuk, bunyi berdehem, bunyi siulan, tiruan kepada bunyi binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orang menggigil dan sebagainya.

Transkripsi Bahasa

Simbol Vokal Bahasa Melayu

Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja.

HurufSimbol bunyi

a[a]

e (pepet)[e]

e taling[]

i[i]

o[i]

u[u]

Jadual 1: Simbol Vokal Bahasa Melayu

Simbol Konsonan

HurufSimbol bunyi

B[b]

C[]

D[d]

G[g]

H[h]

J[j]

K[k], [/], [Q]

L[l]

M[m]

N[n]

P[P]

Q[q]

R[r]

S[s] []

T[t]

V[v]

W[w]

X[z]

Y[Y]

Z[z]

Jadual 2: Simbol Konsonan

Simbol diftong

Huruf Gabungan VokalSimbol bunyi

Ai[ai]

Au[au]

Oi[oi]

Jadual 3: Simbol DiftongBerdasarkan senarai dalam jadual 1, 2, dan 3, kita dapati ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa Melayu.

Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap

Konsonan RangkapSimbol bunyi

Gh[7]

Ny[]

Ng[ ]

Sy[ ]

Th[q]

Dz[ ]

Akh[ x ]

Orang Parit Oder Pizza

Allo....good evenen, i want to oderYe laa Pizza laa , takkan nak oder mpoyak plakNi kan kedai pizza ?Cakap melayu le senangPayoh bebenorHaa.. dueAtte yang biase , yang biase le orang oderMana ghope ?Ten den ape?Ten krispi ?Apehal yang letak dalam tin tu ?Berkuwap le weiBoh dalam kotak biaseYang dalam kotak berlambak-lambakGheti ?Haa...dueDegrih?Alamat le khabor....degrih,degrihAlamat.. No tige puluh lime, sungai dueLambo kananYe le..dekat bote leYe..Lerghah haThank you

Orang Parit Oder Pizza

A l l o....g o o d e v e n e n, i w a n t t o o d e rY e l a a P i z z a l a a , t a k k a n n a k o d e r M p o y a k p l a kN i k a n k e d a i p i z z a ?C a k a p m e l a y u l e s e n a n gP a y o h b e b e n o rH a a .. d u eA t t e y a n g b i a s e , y a n g b i a s e l e o r a n g o d e rM a n a g h o p e ?T e n d e n a p e ?T e n k r i s p i ?A p e h a l y a n g l e t a k d a l a m t i n t u ?B e r k u w a p l e w e iB o h d a l a m k o t a k b i a s eY a n g d a l a m k o t a k b e r l a m b a k l a m b a kG h e t i ?H a a... d u eD e g r i h ?A l a m a t l e k h a b o r....d e g r i h , d e g r i hA l a m a t .. N o t i g e p u l u h l i m e , s u n g a i D u e Lambo kananY e l e .. d e k a t b ot e l eY e.. L e r g h a h h aT h a n k y o u

RefleksiSepanjang saya menajalan tugasan ini, banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi. Ilmu pengetahuan saya kian meningkat terutama dalam Fonolgi dan Fonetik Bahasa Melayu. Saya tidak nafikan yang saya adalah orang melayu, berketurunan melayu dan dari kecil menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi baik bersama keluarga mahupun bersama rakan-rakan. Maka adalah mustahil saya tidak memahami dan tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik.Tetapi adalah pada dasarnya, pada hakikatnya banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari dalam bidang Bahasa Melayu ini, banyak perkara yang masih belum saya ketehaui. Bahasa Melayu amat meluas, patutlah ia dianggap sebagai Bahasa Lingguafraca iaitu bahasa pertuturan dan bahasa komunikasi pada zaman era kegemilangan Melaka.Bahasa ini juga berkembang dari masa ke semasa dan ia menjadi di antara salah satu bahasa ilmiah.Berbalik kepada tugasan yang diberikan. Saya mula mengetahui dengan lebih mendalam lagi dalm fonolgi dan fonetik dalam Bahasa Melayu. Saya mula mengetahui cara sebutan dengan betul dan bagamana terhasil sesuatu bunyi yang bermula dengan sebutan huruf, perkataan dan seterusnya menjadi ayat. Agak sukar untuk memahami terutamanya dasi segi sebutan dan bunyi seperti letupan duar bibir dalam menyebut sesuatu huruf dan banyak lagi. Setelah membaca berulag kali barulah saya faham dengan lebih mendalam lagi.Begitu juga dengan kajian dalam membuat transkripsi satu lagu yang menggunakan loghat daerah. Saya terpaksa membacasetiap lirik lagu tersebut dan mengubahnya dalam satu bentuk simbol vocal dan konsonan. Saya terpaksa meniliti setiap huruf bagi memastikan simbol yang diletak tidak bercanggah dengan huruf tersebut.Memang saya tidak nafikan sepanjang menjalankan tugasan ini, banyak halangan serta perlbagai masalah yang dihadapi terutama dengan kekangan masa. Seperti yang sedia maklum, pada awal tahun ini banyak aktiviti-aktiviti sukan dijalankan di sekolah-sekolah dan saya tidak terkecuali terlibat dalam sukan ini baik dalam melatih murid mahupun membawa murid pergi bertanding di mana-mana bahagian. Jadi dengan aktiviti tersebut saya terpaksa mengagih masa dengan sebaik mungkin untuk menyiapkan tugasan ini. Tetapi Alhamdulillah dengan pengurusan masa yang baik dapt juga saya menyiapkan tugasan ini walaupun tidaklah sebaik yang mana tetapi ia dapat membantu saya menambah pengetahuan dengan lebih mendalam lagi.Apa yang saya harap, tugasan ini dapat dikongsi bersama dan memberi satu pandangan yang baik untuk setiap masyarakat terutama golongan pendidik atau ibu bapa dalam melihat perkembangan anal-anak mereka dengan lebih baik lagi.

Bibliografi

Abdullah Hassan. (1993) Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distributors Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa, dan Abdul Hamid Mahmod. (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka\Mangantar Simanjuntak. (1982). Aspek Bahasa dan Pengajaran. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise

Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor.(2006) Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna. Edisi Baharu :Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd

MOHD YAZID HAMID (BM04)Page 2