Bidang Tugas Penolong Kanan 1

11
NAMA : PN ROHANA BINTI MOHAMED NOR JAWATAN :PK.PENTADBIRAN SK CONVENT BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN) Menjalankan tugas Guru Besar semasa ketiadaannya. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar Bertanggungjawab kepada Guru besar dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. Membantu guru besar menyelia dan menilai proses pengajaran. Membantu guru besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)Kurikulum Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya. Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran. Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan. Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan. Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian. Pengurusan Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta staf sokongan. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat.

description

terima kasih

Transcript of Bidang Tugas Penolong Kanan 1

Page 1: Bidang Tugas Penolong Kanan 1

NAMA : PN ROHANA BINTI MOHAMED NORJAWATAN :PK.PENTADBIRAN SK CONVENT

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)

Menjalankan tugas Guru Besar semasa ketiadaannya. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar Bertanggungjawab kepada Guru besar dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. Membantu guru besar menyelia dan menilai proses pengajaran. Membantu guru besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)Kurikulum

Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya. Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran. Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan. Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan. Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian. PengurusanMembantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta staf sokongan. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat. Membantu merancang takwim sekolah. Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan. Menyelaras semua jenis kutipan yuran Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah. Menjadi penandatangani kedua cek sekolah. Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.

Pembangunan Diri Pelajar

Page 2: Bidang Tugas Penolong Kanan 1

Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan kebersihan sekolah. Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar. Mengadakan kursus kemahiran pelajar.

Pembangunan Organisasi.

Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat. Mengadakan kursus/latihan personal.

Pembangunan Kendiri. Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.

NAMA :PN AZIZAH BT RAMLI

Page 3: Bidang Tugas Penolong Kanan 1

JAWATAN : GURU BESAR SK CONVENT

TUGAS-TUGAS GURU BESAR:

A. Pentadbiran:

Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam

segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di

sekolah sebagaimana berikut:

1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua

kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.

2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua

kakitangan di bawah jagaannya.

3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan,

penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.

4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus

dalam jawatan.

5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian

kakitangan di sekolahnya.

6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas

kakitangan sekolahnya.

7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.

8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan

guru.

9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan

Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.

10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah

mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.

11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan

sempurna.

12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan

ditetapkan itu berjalan dengan lancar.

13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna

Page 4: Bidang Tugas Penolong Kanan 1

dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.

15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala

keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang

melibatkan guru dan kakitangan.

17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan

Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

B. Kewangan:

1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan

perbelanjaan pembangunan.

2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang

dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.

3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumber pendapatan

dilaksanakan dengan sempurna.

4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang dilakukan

oleh pihak sekolah.

5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaun dan

lain-lain bagi guru dan kakitangan.

6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa

dan Asrama serta Panjar Wang Runcit.

7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit akaun

sekolah secara teratur dan kemas.

8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar sekolah

yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja.

9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syarat yang

telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan dengan

teratur dan kemas kini.

11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit

Page 5: Bidang Tugas Penolong Kanan 1

dan sebagainya.

12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan sempurna

mengikut peraturan yang ada.

13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan

menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.

C. Pembangunan Fizikal Sekolah:

1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan

dengan cara yang baik dan teratur.

2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah

dari semasa ke semasa.

3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang

diadakan di sekolah.

4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan

pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.

D. Pembangunan Kakitangan:

1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan guru

untuk pengayaan dirinya.

2. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalam

perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya.

3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian di

peringkat yang lebih tinggi.

E. Mengajar:

1. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturan yang

telah ditetapkan bagi Guru Besar.

F. Kurikulum:

1. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur,

Page 6: Bidang Tugas Penolong Kanan 1

berkesan dan mengikut perancangan.

2. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh

Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan.

3. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum di sekolah

berjalan dengan sempurna.

4. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan menetapkan

guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan.

5. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk memastikan

keberkesanan pelaksanaannya.

6. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu.

7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu sebagai

usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah.

8. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-jawab

terhadap perkembangan dan kemajuannya.

9. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang

akademik.

G. Ko-Kurikulum:

1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-

pasukan unit pakaian seragam.

2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan

sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal.

3. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum

seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unit berunifom.

H. Hal Ehwal Pelajar:

1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa

pelaksanaannya berjalan dengan berkesan.

2. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yang praktikal

untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.

3. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar yang

cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademik dan sukan.

Page 7: Bidang Tugas Penolong Kanan 1

4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undang dan

Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil.

5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar, perkhidmatan

yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik, iaitu:- (Bimbingan dan

kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa, keselamatan, riadah dan sistem mentor

menti).

I. Pengawasan Dan Penyeliaan:

1. Menjadi tugas dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat penyelidikan terhadap

perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya.

2. Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran,

pengurusan, kewangan, pembangunan fizikal, kemajuan kakitangan pengajaran

pembelajaran, kurikulum, ko-kurikulum dan dalam hal ehwal pelajar.

3. Bertanggungjawab dalam memberi bimbingan kepada Penolong Kanan Pentadbiran,

Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KO serta Penyelia Petang dalam pelaksanaan

tugas-tugas mereka.

4. Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan guru dalam

melaksanakan tugas-tugas mereka.

5. Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan pengajaran

mereka agar ianya menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.

6. Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka yang akan dibuat

pada setiap hujung tahun.

Page 8: Bidang Tugas Penolong Kanan 1
Page 9: Bidang Tugas Penolong Kanan 1