BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering...

28
BIL. /2006 ISSN 028/02 PERCUMA egawai luar RISDA merupakan barisan paling hadapan dalam organisasi RISDA. P Mereka adalah orang pertama yang akan berhadapan dengan pelanggan utama RISDA iaitu masyarakat pekebun kecil,’ kata Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Kata beliau “Segala buruk baiknya terletak kepada pegawai-pegawai luar. Merekalah sebagai penentu imej organisasi RISDA serta sebagai duta kepada masyarakat pekebun kecil.” Beliau berkata demikian semasa menghadiri Konvensyen Pegawai Luar Risda di Tiara Beach Resort, Port Dickson pada 8 Januari lalu. Konvensyen tersebut telah dihadiri seramai ,300 orang Pembantu Pertanian RISDA (PPR) dari seluruh negara. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini merupakan yang terbesar pernah diadakan sejak penubuhan RISDA. Hadir sama ialah Ketua Pengarah RISDA, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Pengarah-pengarah Bahagian dan semua Pengarah RISDA Negeri. Menurut beliau lagi, segala amanah dan tanggungjawab yang telah diberi hendaklah dipikul dengan seikhlasnya dan seterusnya dapat melaksanakan hasrat murni kerajaan membantu masyarakat luar bandar keluar daripada kemelut kemiskinan. YB Dato’ Seri Abdul Aziz yakin dan percaya pegawai luar RISDA sentiasa prihatin dalam usaha membantu membangunkan masyarakat pekebun kecil supaya mereka berdaya saing di samping dapat memperkukuhkan ekonomi dan seterusnya memastikan kesejahteraan pekebun kecil. Tugas dan tanggungjawab RISDA tidak sahaja tertumpu kepada pembangunan tanam semula tetapi skopnya telah diperluaskan kepada pembangunan ekonomi tambahan, pembangunan ekonomi komersial, pembangunan institusi dan pembangunan ahli isi rumah. Segala perancangan tersebut memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pegawai luar agar lebih bersedia disamping melengkapkan diri dalam semua bidang tugas. Dalam majlis itu, YB Dato’ Seri Abdul Aziz mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurusan RISDA yang telah mengambil inisiatif mengadakan konvensyen ini sebagai satu forum penambahbaikan kepada anggota- anggotanya terutama pegawai-pegawai luar dalam melaksanakan program pembangunan masyarakat pekebun kecil. Pada akhir majlis, YB Dato’ Seri Abdul Aziz telah melancarkan e-Tanam Semula (e-TS) iaitu satu program yang bertujuan untuk memudahkan pekebun kecil memohon bantuan tanam semula serta menyemak status permohonan melalui internet. YB Dato’ Seri Abd Aziz melihat inovasi menjahit ‘tulang belut’ pada baju kurung. Oleh: Azhari Abd. Aziz.

Transcript of BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering...

Page 1: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

BIL. �/2006 ISSN 0�28/0��2 PERCUMA

egawai luar RISDA merupakan barisan paling hadapan dalam organisasi RISDA. P

Mereka adalah orang pertama yang akan berhadapan dengan pelanggan utama RISDA iaitu masyarakat pekebun kecil,’ kata Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Kata beliau “Segala buruk baiknya terletak kepada pegawai-pegawai luar. Merekalah sebagai penentu imej organisasi RISDA serta sebagai duta kepada masyarakat pekebun kecil.” Beliau berkata demikian semasa menghadiri Konvensyen Pegawai Luar Risda di Tiara Beach Resort, Port Dickson pada 8 Januari lalu. Konvensyen tersebut telah dihadiri seramai �,300 orang Pembantu Pertanian RISDA (PPR) dari seluruh negara. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini merupakan yang terbesar pernah diadakan sejak penubuhan RISDA. Hadir sama ialah Ketua Pengarah RISDA, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Pengarah-pengarah Bahagian dan semua Pengarah RISDA Negeri. Menurut beliau lagi, segala amanah dan tanggungjawab yang telah diberi hendaklah dipikul dengan seikhlasnya dan seterusnya dapat melaksanakan hasrat murni kerajaan membantu masyarakat luar bandar keluar daripada kemelut kemiskinan. YB Dato’ Seri Abdul Aziz yakin dan percaya pegawai luar RISDA sentiasa prihatin dalam usaha membantu membangunkan masyarakat pekebun kecil supaya mereka berdaya saing di samping

dapat memperkukuhkan ekonomi dan seterusnya memastikan kesejahteraan pekebun kecil. Tugas dan tanggungjawab RISDA tidak sahaja tertumpu kepada pembangunan tanam semula tetapi skopnya telah diperluaskan kepada pembangunan ekonomi tambahan, pembangunan ekonomi komersial, pembangunan institusi dan pembangunan ahli isi rumah. Segala perancangan tersebut memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pegawai luar agar lebih bersedia disamping melengkapkan diri dalam semua bidang tugas.

Dalam majlis itu, YB Dato’ Seri Abdul Aziz mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurusan RISDA yang telah mengambil inisiatif mengadakan konvensyen ini sebagai satu forum penambahbaikan kepada anggota-anggotanya terutama pegawai-pegawai luar dalam melaksanakan program pembangunan masyarakat pekebun kecil. Pada akhir majlis, YB Dato’ Seri Abdul Aziz telah melancarkan e-Tanam Semula (e-TS) iaitu satu program yang bertujuan untuk memudahkan pekebun kecil memohon bantuan tanam semula serta menyemak status permohonan melalui internet.

YB Dato’ Seri Abd Aziz melihat inovasi menjahit ‘tulang belut’ pada baju kurung.

Oleh:Azhari Abd. Aziz.

Page 2: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

2

PENAUNGDato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ali

Ali Nordin bin Wahiduddin

PENASIHATHj. Hanafi bin Idris

KETUA PENGARANGHjh. Azizah bt. Said

PEN. KETUA PENGARANGAzizah bt. Mohamad

SIDANG PENGARANGHjh. Rodiah bt. SelamatZainal bin Abd. RahimBahaman bin Baharom

Noor Aslinda bt. MarzukiNasri bin Rahmat

PENTADBIRANZaaziah bt. Aziz

PEMBACA PRUFHjh. Robiyah bt. Hj. Ismail

Siti Fairus bt. Ayeop

SUMBANGAN ARTIKELAhli PENYINAR & Individu

PENGEDARAN/PENYELARASBahagian Pengembangan &

Kesejahteraan RakyatIbu Pejabat RISDA

REKABENTUK & PERCETAKAN OLEH:

SIERRA FOCUS SDN BHDNO. 28M, Lorong Tambi Dua

off Jalan Brunei 55�00 Pudu

Kuala Lumpur

SIDANG PENGARANG

http:/www.risda.gov.my

ama ada secara sedar atau tidak, insan di dunia ini sentiasa hidup dalam pencarian. Setiap awal tahun semua orang berazam untuk mencari ketenangan, mencari kebahagian dan mencari kepuasan. Bagi S

Rencana

Pengarang

seorang pengembara, gunung-ganang sentiasa didaki, hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang pengumpul harta atau hartawan ia akan bekerja siang dan malam semata-mata untuk bahagia dengan harta kekayaannya. Bagi seorang penghibur akan sentiasa mengadakan pertunjukan hiburan di sana sini semata-mata untuk mencari kepuasan hidup. Begitulah seterusnya setiap orang sentiasa mencari yang diinginkannya. Begitulah juga RISDA, sejak lebih tiga dekad penubuhannya, sentiasa melakukan penambahbaikan programnya demi kesejahteraan pekebun kecil. Kemajuan yang dibawa oleh RISDA adalah menyeluruh bermula dari individu pekebun kecil itu sendiri sehinggalah kepada kelompok masyarakat yang besar. Kesemua program yang dirangka menjurus kepada peningkatan pendapatan dan kesejahteraan hidup pekebun kecil mengikut kecenderungan masing-masing. Bermula dengan menanam semula menggunakan benih berkualiti, menanam tanaman selingan, menjalankan projek ternakan hinggalah kepada aktiviti ekonomi desa. Terpulanglah kepada pekebun kecil untuk mencorak kehidupan mereka. Amanat Pengurusan RISDA 2006 yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah RISDA, YBhg Dato’ Hj Abd Rahman Ali pada 22 Disember 2005 penuh dengan strategi ke arah mencapai matlamat RISDA. Tujuh inisiatif telah digariskan iaitu, pembangunan individu cemerlang, pembangunan keluarga sejahtera, pembangunan masyarakat beridentiti dan berdaya tahan, penyediaan infrastruktur berkualiti, pembangunan ekonomi mampan, penyediaan sistem penyampaian berkesan dan pengwujudan rangka institusi kerja yang responsif. Kaedah mengurangkan miskin tegar dan miskin adalah secara holistik. Mereka akan diberi latihan perubahan sikap, diikuti dengan bantuan yang bersesuaian seperti dalam Model Bisnes Strategik RISDA dan program KKLW. Bagi memastikan keberkesanannya, pemantauan yang berterusan akan dibuat sama ada melalui Sistem Maklumat Pekebun Kecil atau melihat sendiri di lapangan. Semoga dengan usaha dan kerjasama semua pihak matlamat RISDA untuk mambasmi kemiskinan tegar di kalangan pekebun kecil menjadi realiti.

Page 3: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

3

PengarangANUGERAH DESA CEMERLANG

KG. LAKLOK, MACHANG,JOHAN KELANTAN

Oleh: Mohd. Zahidi Hj. Ibrahim.

Timbalan Menteri Kewangan YB Dato’ Dr. Awang Adek Husin telah merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2005. Majlis tersebut diadakan di Dataran Kg. Laklok, Machang, Kelantan. Seramai 3,000 orang dianggarkan hadir termasuk dif-dif kehormat, kakitangan agensi kerajaan dan peserta kampung-kampung yang bertanding. Antara dif kehormat yang hadir ialah YBhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman Ali, Ketua Pengarah RISDA, En. Ali Nordin Wahiduddin, Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Operasi), Tuan Hj. Shukry Mohd. Salleh, Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, YB Dato’ Sazmi Miah, Ahli Parlimen Machang selaku Setiausaha Parlimen Kementerian Alam Sekitar Malaysia, Tuan Hj. Omar Paimin, Pengarah RISDA Negeri Kelantan, pengarah-pengarah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ketua- Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Kelantan dan pemimpin-pemimpin tempatan. Ketibaan YB Dato’ Dr. Awang Adek disambut dengan perarakan bunga manggar dan persembahan silat. “Kejayaan sesuatu kampung Gerakan Daya Wawasan (GDW) antaranya bergantung kepada kepimpinan

yang aktif, terbuka dan sifat ingin melihat kepada perubahan. Untuk tahun-tahun yang akan datang kita harapkan agar lebih banyak lagi kampung-kampung yang turut serta dalam Program Anugerah Desa Cemerlang ini.” Demikian antara ucapan Timbalan Menteri Kewangan dalam majlis tersebut. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kampung yang berjaya sama ada di peringkat jajahan atau negeri. Terdahulu Ketua Pengarah

RISDA menyatakan bahawa program ini merupakan kemuncak kepada perancangan dan pembangunan kampung-kampung yang dipimpin oleh Pengerusi JKKK/GDW serta disokong kuat oleh AJK dan penduduk setempat. Beliau seterusnya menyarankan agar kampung-kampung yang berjaya tidak berhenti setakat itu saja, sebaliknya terus berjaya dan menjadi contoh dan ikutan kepada kampung-kampung lain. Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, dalam ucapannya menyatakan bahawa kampung yang berjaya kali ini hendaklah bersedia untuk bertanding di peringkat kebangsaan yang lebih mencabar. Beliau berharap kampung dari Kelantan akan menjadi johan diperingkat kebangsaan nanti. YB Dato’ Dr. Awang Adek turut menyampaikan hadiah kepada kampung-kampung yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga. Sebanyak 36 buah kampung dari seluruh jajahan di Kelantan menyertai program ini. Johan Peringkat Jajahan mendapat hadiah bernilai RM�4,000 manakala Peringkat Negeri sebanyak RM 50,000. Timbalan Menteri Kewangan turut dibawa melawat gerai pameran dan majlis berakhir pada pukul �.00 tengah hari.

Sebahagian daripada pekebun kecil yang hadir.

Timb. Menteri Kewangan YB Dato’ Dr. Awang Adek menyampaikan ‘mock up’

cek kepada Pengerusi JKKK Kg. Laklok.

Y Bhg Dato’ Hj. Abd Rahman Ali menerangkan sesuatu kepada YB Dato’ Dr. Awang Adek semasa lawatan beliau ke gerai pameran RISDA.

PERISTIWA

Page 4: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

4

Timbalan MenteriLawat KRIS Melaka

Oleh : Azhari Abd Aziz.

RISDA telah diberi tanggungjawab dan diamanahkan untuk memajukan masyarakat pekebun kecil. Bagi melaksanakan amanah itu, RISDA merealisasikannya seperti yang terkandung dalam Lima Teraju. Memajukan mereka (pekebun kecil) bukan sahaja dari segi ekonomi malah sehingga kepada kepentingan pendidikan seisi keluarga. Matlamat pendidikan ini telah menarik minat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) YB Datuk Dr. Tiki Lafe untuk datang sendiri melawat Kolej RISDA Melaka (KRIS) pada 6 Disember lalu. Kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua Pengarah RISDA, Pengurus Besar KRIS, Pengarah RISDA Negeri Melaka serta lain-lain pegawai kanan. Turut hadir ialah ADUN Kawasan, Datuk Nawawi Ahmad dan Ketua-ketua Agensi Negeri di bawah KKLW. Kolej RISDA yang ditubuhkan pada tahun �999 merupakan wahana untuk menimba serta meningkatkan ilmu bukan sahaja kepada pekebun kecil malah kepada generasi kedua iaitu anak-anak pekebun kecil. KRIS kini menawarkan berbagai kursus dengan jumlah pelajar mencecah

600 orang terdiri daripada anak-anak pekebun kecil serta kakitangan RISDA. Dr. Tiki melahirkan rasa kagum terhadap usaha RISDA dan kewujudkan kolej ini sekurang-kurangnya dapat

membantu anak-anak masyarakat luar bandar menimba ilmu dengan kadar pembiayaan yang mampu dan seterusnya mencerahkan peluang pekerjaan untuk mereka. Beliau juga berharap agar pihak pengurusan KRIS memantapkan visi dan misi bersesuaian dengan slogannya, `Menjana Kecemerlangan Tanpa Batasan.’ `Usaha ke arah itu perlu diambil perhatian agar kolej ini dapat menarik minat dan berterusan menjadi pilihan pertama golongan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terutama kepada anak-anak pekebun kecil,’ kata beliau semasa ucapan balas. Pada akhir lawatan, beliau mengucapkan syabas kepada Ketua Pengarah serta pengurusan RISDA keseluruhannya yang telah berjaya memainkan peranan dalam proses membantu golongan pekebun kecil ke arah pemantapan pendidikan. `Hanya dengan pendidikan sahaja, golongan ini dapat memajukan diri serta keluarga mereka dan seterusnya bersedia untuk keluar dari kepompong kemiskinan,’ tambah beliau lagi.

Y Bhg Dato’ Hj. Abd. Rahman Ali (kanan) Ketua Pengarah RISDA menyambut ketibaan YB Dato’ Dr. Tiki Lafe.

Dato’ Dr. Tiki Lafe melihat peralatan yang digunakan untuk tujuan analisis tanah.

PERISTIWA

Page 5: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

5

Timbalan MenteriLawat KRIS Melaka

MEMPERKASAKAN PEKEBUN KECILKE ARAH KEMISKINAN SIFAR Oleh:

Hajah Robiyah Ismail.

- Amanat Pengurusan 2006

Memperkasakan Pekebun Kecil Ke Arah Kemiskinan Sifar adalah tema Amanat Pengurusan RISDA 2006 yang telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Hj Abd Rahman Hj Ali, Ketua Pengarah RISDA pada 22 Disember 2005 di Hotel Pearl International, Kuala Lumpur. YBhg Dato’ Hj Abd Rahman menegaskan tahun 2006 merupakan tahun pertama bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) dan fasa kedua Wawasan 2020. RISDA perlu memantapkan strategi untuk mencapai matlamat wawasan negara. Amanat yang disampaikan hendaklah dijadikan asas dan panduan dalam melaksanakan gerak kerja pembangunan pekebun kecil 2006. Ujar beliau lagi, kerajaan menumpukan kepada pembangunan `soft infrastructure’ termasuk membangunkan keupayaan modal insan, sistem pengurusan dan organisasi. Untuk menghapus kemiskinan tegar, meningkatkan keupayaan sektor pertanian dan menjadikan luar bandar yang maju, menarik dan menguntungkan. tujuh inisiatif telah digariskan iaitu pembangunan individu cemerlang, pembangunan keluarga sejahtera, pembangunan masyarakat beridentiti dan berdaya tahan, penyediaan infrastruktur berkualiti, pembangunan ekonomi mampan, penyediaan sistem penyampaian berkesan dan pengwujudan rangka institusi kerja yang responsif. Ringkasnya RISDA akan terus membawa pembangunan menyeluruh

di luar bandar dengan melakukan penambahbaikan program yang sedia ada. Kerajaan telah menilai semula dasar pembangunan negara dan telah membuat beberapa pengubahsuaian. RISDA terlibat secara langsung dalam pengstrukturan semula sektor pertanian yang mahukan penglibatkan koperasi sebagai sektor ekonomi ketiga dalam memperkasakan ekonomi luar bandar. Koperasi Pekebun Kecil (KPK) Daerah dan NARSCO akan diberi keutamaan melaksanakan operasi harian ladang-ladang RISDA iaitu kerja-kerja pembangunan tanah seperti penyelenggaraan kawasan, bekalan input dan sebagainya. Usaha ini secara tidak langsung memberi faedah kepada pekebun kecil dengan menggariskan KPK memberi dividen tahunan sebanyak �0% kepada ahli-ahlinya. Peranan PROTAC melalui skim insurans yang dikhaskan kepada

keluasan tanah yang terhad aktiviti ekonomi tambahan diperlukan untuk pekebun kecil memperoleh pendapatan yang disasarkan menjelang tahun 20�0 iaitu RM2,000 sebulan sekeluarga. Keutamaan diberikan kepada pekebun kecil dalam kategori miskin dan miskin tegar. Mulai tahun 2006, semua program RISDA perlu melibatkan JKKK atau pemimpin tempatan bagi memastikan RISDA mendapat kerjasama dan sokongan JKKK dalam semua projek yang dilaksanakan. Langkah ini bertujuan untuk memastikan tiada pekebun kecil terutama kategori miskin dan miskin tegar terus tercicir dalam program pembangunan yang disediakan. Amanat Pengurusan RISDA 2006 menjurus kepada kesejahteraan pekebun kecil. Jika jalinan kerjasama yang erat antara pekebun kecil dan RISDA berterusan matlamat memperkasakan pekebun kecil ke arah kemiskinan sifar dan objektif RISDA agar pekebun kecil memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan sekeluarga akan menjadi realiti, Insya-Allah! Lebih 800 orang telah hadir dalam majlis tersebut. Antaranya Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Pentadbiran & Korporat), Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Operasi), semua Pengarah Bahagian, Pengurus Besar Anak Syarikat, Pegarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah/Pegawai RISDA Jajahan serta pegawai/kakitangan RISDA dan anak syarikat.

pekebun kecil yang dikenali sebagai Skim Khairat Pekebun Kecil yang penyertaan had umur sehingga 75 tahun serta bayaran premium serendah RM�2. Skim insuran ini dapat membantu pekebun kecil serta ahli keluarganya jika berlaku kemalangan. Ianya akan dipasarkan melalui KPK. Memandangkan purata pekebun mempunyai

Ketua Pengarah RISDA menyampaikan Amanat

Pengurusan 2006.

Pengarah RISDA Negeri Melaka, Tuan Hj. Abas menerima buku Amanat Pengurusan 2006.

AMANAT PENGURUSAN

Page 6: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

6

KOPERASI

KENAIKAN harga komoditi getah sekarang sudah menampakkan kesan positif kepada industri perladangan getah negara. Selaras dengan itu taraf hidup pekebun kecil juga telah berubah menjadi lebih progresif dan sejahtera. RISDA salah sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) diamanahkan untuk membantu pekebun kecil merealisasikan cabaran membentuk masyarakat pekebun kecil yang berdaya saing. Melalui Koperasi Pekebun Kecil (KPK), banyak kemudahan dapat disalurkan dan secara tidak langsung matlamat serta hasrat kerajaan dapat dicapai. YB Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin, Menteri KKLW berkata demikian sewaktu merasmikan Kursus Kesedaran dan Kepimpinan Koperasi Pekebun Kecil Peringkat Negeri Kelantan di Pasir Mas pada 3 Disember 2005 lalu. Turut hadir YBhg Dato’ Hj Abd Rahman Ali (Ketua Pengarah RISDA), En. Ali Nordin Wahiduddin (Timbalan Ketua Pengarah Operasi), Tn Hj Omar Paimin (Pengarah RISDA Negeri Kelantan) dan pegawai-pegawai kanan serta anak syarikat RISDA. Menurut beliau lagi, harga getah terus meningkat dan tidak mustahil boleh mencapai pada tahap harga RM�0 sekilogram menjelang tahun 2020 nanti. Harga getah dipengaruhi oleh permintaan dunia yang menerima kembali getah asli setelah kurang permintaannya sejak berlaku Perang Korea pada tahun �953 yang lalu.

Walaupun harga getah kini stabil, beliau menasihati pekebun kecil agar lebih berhati-hati jika ingin menukar kepada tanaman lain. Peranan Koperasi Pekebun Kecil (KPK) juga penting dalam memajukan industri getah melalui penglibatan aktif ahli-ahlinya. `Setiap koperasi perlu berpandangan jauh, mengubah hala tuju organisasi itu agar berdaya maju dan dapat bersaing dengan organisasi lain dalam memperkayakan bidang perniagaan mereka. Perkara paling penting untuk kejayaan itu bermula daripada Ahli Lembaga dan Pengurus Koperasi. Mereka perlu mendalami ilmu pengurusan dan kewangan dan perlu mendapat latihan di agensi yang berkaitan,’ kata beliau di hadapan lebih �000 orang ahli KPK yang hadir. Seramai �93,262 orang ahli KPK seluruh negara dapat mengecapi kemudahan yang telah disalurkan oleh kerajaan melalui RISDA. Di Kelantan

terdapat 6 buah KPK dengan keahlian 40,�08 orang. Jumlah tersebut merupakan bilangan teramai setakat ini dengan jumlah saham terkumpul melebihi �.2 juta. YB Dato’ Seri Abdul Aziz menyarankan agar semua ahli, Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan berpakat membuat pelaburan dalam bidang perladangan terutama getah dan sawit. Jika usaha ini dilaksanakan beliau yakin KPK Negeri Kelantan dapat menikmati keuntungan yang memberangsangkan. Pada akhir ucapan beliau menasihatkan semua ahli koperasi dengan satu ungkapan, `Koperasi tak akan berjaya jika rumahtangga kucar-kucir, koperasi tak akan berjaya kalau anak-anak tak tentu hala tetapi koperasi akan berjaya jika ada pakatan baik antara keluarga dan masyarakat.’ Terdahulu YBhg Dato’ Hj Abd Rahman Ali, Ketua Pengarah RISDA mengingatkan supaya semua ahli KPK dapat bekerjasama untuk kebaikan koperasi mereka dan secara tidak langsung keuntungan yang diperoleh dapat dikongsi bersama. Menurut beliau lagi, koperasi boleh dijadikan salah satu dana awal untuk menyalurkan sumber bagi mengatasi sebarang kesulitan termasuk tanam semula bagi ahli-ahli mereka. Selain itu beliau berharap agar koperasi terus maju di bawah pentadbiran yang bijaksana. Jalinkan perhubungan sesama ahli, pengurusan dan ahli lembaga supaya perjalanan koperasi seiring dengan

KESEDARAN & KEPIMPINAN

TERAS KEJAYAAN KPK

Oleh: Mohd Zakri Hussin.

YB Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin semasa merasmikan Kursus Kesedaran & Kepimpinan Koperasi Pekebun Kecil.

Ketibaan menteri disambut dengan permainan ‘Kertuk’.

6

Page 7: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

7

PERISTIWA

KESEDARAN & KEPIMPINAN

TERAS KEJAYAAN KPK

AHLI ANRPC BERMINAT DENGAN PROJEKKAMBING BOER

Oleh: Hj. Kamaruddin Mohd. Shah.

PERSATUAN Negara-Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) yang terdiri daripada lapan negara pengeluar getah asli telah pun mengadakan Mesyuarat `Executive Committee’ yang ke-3� dan `General Assembly” yang ke-28 di Hotel Shangrila, Pulau Pinang pada �3 hingga �6 Februari 2006 yang lalu. Negara-negara terlibat ialah Thailand, Indonesia, Malaysia, Vietnam, India, Papua New Guinea, Sri Lanka dan Singapura. Malaysia telah menjadi tuan rumah mesyuarat tersebut. Majlis perasmian mesyuarat tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Peter Chin Fah Kui, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman Hj. Ali, Ketua Pengarah RISDA dan Encik Ali Nordin Wahiduddin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi). Tuan Hj. Kamaruddin Mohd. Shah, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik telah mewakili RISDA dalam mesyuarat tersebut. Selepas mesyuarat ahli-ahli yang terlibat seramai 50 orang telah dibawa melawat projek Pembakaan Kambing Boer Tg. Genting, Sintok, Kedah. Rombongan telah disambut oleh Encik Ali Nordin Wahiduddin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi). Taklimat projek telah disampaikan oleh Tuan Hj. Mohd.

Najib A.Samad, Pengarah Bahagian Peningkatan Ekonomi. Rombongan sangat berminat dengan program integrasi yang dijalankan oleh RISDA. Mereka sangat tertarik tentang penambahan pendapatan sebanyak RM358 sebulan seorang bagi peserta ternakan kambing dan tentang kandungan kolesterol yang rendah berbanding daging

lembu dan ayam iaitu 75mg untuk kambing Boer, 88mg untuk daging lembu dan 76mg untuk ayam. Rombongan turut dibawa melawat kandang kambing bagi melihat projek berkenaan secara dekat. Pada akhir lawatan pelawat telah diraikan dengan makan tengah hari dengan sajian sup dan kari Kambing Boer.

En. Ali Nordin Wahiduddin, Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Operasi) memberi penerangan kepada pelawat.

Ahli rombongan di Pusat Pembakaan Kambing Boer,

Sintok Kedah.7

Page 8: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

8

TEKNIK BIOJISIM DALAM PENANAMAN SEMULA SAWIT

TEKNOLOGI

Oleh : Hj. Fikri Ghani.

PENGGUNAAN teknik biojisim merupakan satu teknik baru dalam penanaman semula sawit. Teknik inovatif tanam semula sawit ini melibatkan pembakaran sifar dan anak sawit ditanam di kawasan timbunan sisa biojisim sawit yang diracik. Satu kajian adaptif sedang dijalankan oleh Pegawai RISDA Daerah Kluang /Mersing dan Unit Pemindahan Teknologi Bahagian Pengembangan & Kesejahteraan Rakyat yang melibatkan pekebun kecil sawit di Kampung Kaki Bukit, Nyior , Kluang pada akhir tahun 2005. Tanah milik En. Bakar Othman seluas 2.0234 hektar telah dipilih bagi menjayakan kaedah terbaru ini. Menurut PRD Kluang/Mersing En. Zulkefli Zaini, kajian ini mendapat kerjasama daripada pejabat MPOB Kluang yang telah membekalkan benih sawit PS � dan nasihat teknikal yang diperlukan dari semasa ke semasa. Selain daripada itu, pihak ESPEK Research and Agricultural Services (ERAS) juga akan memantau hasil kajian bersama Unit Pemindahan Teknologi BPKR yang telah memperuntukkan sebanyak RM7,000 bagi tujuan kajian tersebut. Bagi kaedah biojisim ini, batang sawit diracik dengan ketebalan empat hingga sepuluh sentimeter dan diatur di sekeliling lubang tanaman. Dalam kajian ini sistem pembajaan akan diaplikasikan secara penuh pada tahun pertama sahaja. Bagi tahun-tahun berikutnya pembajaan

hanya separuh daripada kadar biasa. Ini bermakna kos pembajaan akan berkurangan sebanyak 50% mulai tahun kedua dan tahun seterusnya dengan penggunaan kaedah biojisim semasa menanam semula sawit. M e n u r u t kajian yang telah dijalankan oleh MPOB, kaedah ini membolehkan anak sawit mengambil terus nutrien yang dibebaskan daripada

yang penting terutama nitrogen (N) dan kalium (K) bagi menggantikan baja kimia yang diperlukan untuk pembajaan dan penghasilan hasil sawit pada tahap potensi. Bagi tujuan kajian, sebanyak 224 anak sawit klon PS � telah ditanam dengan kaedah biojisim dan 76 ditanam tanpa biojisim. Kaedah kajian menggunakan Rekabentuk Blok Penuh Rawak (RCPD) dengan empat replikasi. Pengambilan data tampang (vegetative) akan dilakukan apabila sawit berumur satu tahun ditanam di ladang. Teknik biojisim dapat mengurangkan kos penyenggaraan kebun terutama dari segi pembajaan yang melibatkan kos yang tinggi dalam penanaman sawit.

proses pereputan dan mineralisasi biojisim sawit berkenaan. Keadaan ini dapat memberikan pertumbuhan yang memberangsangkan bagi anak sawit serta akan mencapai peringkat kematangan lebih awal berbanding kaedah penanaman sawit teknik lama. Mengikut kajian pihak ERAS yang dijalankan di Ladang RISDA Sg. Chales, Mersing Johor, proses pereputan biojisim ini mengambil masa �2 hingga �8 bulan. Ini akan memberikan kebaikan kepada pemuliharaan kesuburan tanah dari segi sifat fizikal dan kimia tanah kesan daripada sungkupan melalui pemuliharaan bahan karbon organik di bawah kawasan sungkupan. Sisa biojisim sawit ketika tanam semula telah menyumbang bekalan nutrien

Batang sawit diracik dan disusun dalam barisan. Batang sawit yang telah diracik disusun di kelilinglubang tanaman.

Page 9: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

9

TEKNIK BIOJISIM DALAM PENANAMAN SEMULA SAWIT

TEKNOLOGI

Rangsangan Gas Terus Diminati

Oleh: Mohamad Awang.

Pekebun kecil getah Daerah Baling mula diperkenalkan dengan teknologi rangsangan gas pada tahun �995 menggunakan alat rangsangan REACTORRIM. Disebabkan masalah bekalan gas dan peralatan yang mudah rosak, projek berkenaan tidak dapat diteruskan. Pada tahun 2003 pekebun kecil di Daerah Baling mula mengecapi pertambahan hasil getah setelah sekian lama bertungkus lumus dalam sektor berkenaan. Program Peningkatan Hasil Pekebun Kecil yang bermula pada tahun 2003 telah mula menampakkan hasil. Dengan peruntukan yang disediakan, seramai 46 orang pekebun kecil dengan keluasan 59.9468 hektar telah menggunakan Sistem Torehan Kekerapan Rendah (LITS) menggunakan teknologi RRIMFLOW. Daripada hasil getah yang tidak seberapa mereka mengorak langkah

ke arah pencapaian produktiviti getah yang disasarkan iaitu �500 kilogram sehektar setahun. Pekebun kecil Daerah Baling terus menikmati pertambahan hasil dengan mengamalkan LITS. Pada tahun 2004 telah diperkenalkan alat rangsangan LET-I SISTEM. Melalui peruntukan yang disediakan alat rangsangan Let-I Sistem telah berjaya menambat hati penduduk Kampung Teluk Petata, Mukim Kupang, Baling. Sebagai permulaan sembilan orang pekebun kecil dengan keluasan �7 hektar telah mengamalkan teknologi tersebut. Pada tahun 2005 Pegawai RISDA Daerah Baling telah menerima peruntukan di bawah Program Pengekalan Pengeluaran Getah (PPG) dan LITS. Peruntukan tersebut telah diagihkan kepada �22 pekebun kecil dengan keluasan �20 hektar. Semua

projek rangsangan secara kelompok ini. Bermula dari tahun 2004 PRD Baling telah menubuhkan ‘One Stop Centre’ bagi memudahkan peserta mendapat bekalan gas, bekalan baja, bekalan racun serta khidmat nasihat teknikal. PRD juga menyediakan jadual penyenggaraan kebun dari segi kawalan rumpai dan pembajaan. Peserta menunjukkan kegigihan dalam meneruskan projek tersebut dan mereka sedia mengeluarkan belanja sendiri bagi tujuan membeli racun rumpai, baja, bekalan gas dan alat ganti peralatan yang rosak. Sebagai pengiktirafan kepada peserta projek PRD telah menganjurkan pertandingan penghasilan di kalangan peserta. Antara kategori yang dipertandingkan termasuklah Hasil Tertinggi, Penorehan Terbaik dan Pengurusan Kebun Terbaik. Menurut En. Mohamad Isa Aziz, Naib Johan Hasil Terbanyak Tahun 2005 yang telah mengamalkan Sistem Torehan Kekerapan Rendah sejak bulan Jun 2004, beliau berkesempatan mengambil upah menoreh di kebun lain disamping menoreh di kebun sendiri. Kini pendapatan beliau telah meningkat dan melebihi RM2,000 sebulan sekeluarga. Disamping memberi khidmat nasihat secara berterusan Pembantu Pertanian RISDA menjalankan pemantauan berkala bagi memastikan peserta mengikut pengesyoran yang ditetapkan supaya memperoleh hasil yang setimpal.

input pertanian dan alat rangsangan telah dibekalkan kepada peserta. Teknologi rangsangan yang dipilih ialah G-Flex. Menurut En. Amran Kamarudin, Pembantu Pertanian RISDA, pengamalan teknologi rangsangan m e n u n j u k k a n peningkatan produktiviti getah yang amat ketara. Rekod pengeluaran produktiviti getah telah meningkat dari �000 kilogram sehektar setahun pada tahun 2002 kepada melebihi �,500 kilogram sehektar setahun pada tahun 2005. Malah terdapat peserta yang mencecah hasil melebihi 2,500 kilogram sehektar setahun. P e g a w a i RISDA Daerah (PRD) Baling telah m e n u n j u k k a n komitmen yang tinggi dalam mengekalkan

Penggunaan teknologi rangsangan serta amalan agronomi yang baik boleh meningkatkan produktiviti getah.

Tunjuk ajar menggunakan teknologirangsangan gas.

Page 10: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

�0

REM BERGERAK SERBA BOLEHINOVASI

Oleh : Sulaiman Chik.

Sesuatu inovasi sama ada teknikal ataupun pengurusan secara amnya membawa pelbagai kebaikan sama ada memudahkan kerja ataupun kos yang murah dan mampu dimiliki pengguna.

Sesuatu inovasi sama ada teknikal ataupun pengurusan secara amnya membawa pelbagai kebaikan sama ada memudahkan kerja ataupun kos yang murah dan mampu dimiliki pengguna.

INOVASI yang dipaparkan ini merupakan hasil ciptaan Encik Jamaluddin Mat Rais, Pembantu Tadbir Kewangan yang bertugas di Pejabat RISDA Daerah Raub, telah terbukti amat praktikal. Turut membantu En. Jamaluddin dalam menghasilkan inovasi ini ialah rakan sepejabatnya, Encik Ghazali Jusoh. Inovasi diberi nama Rem Bergerak Serba Boleh yang telah diguna pakai di ladang sejak Mac 2004 yang lalu. Rem Bergerak Serba Boleh merupakan sebuah kereta sorong (wheelbarrow) yang telah diubah suai. Pengubahsuaian paling ketara ialah penggunaan tayar hidup menggantikan tayar mati yang biasa terdapat pada kereta sorong. Rangka pemegang atau pelantar diperbuat daripada besi ringan dan

kos, guni terpakai boleh digunakan sebagai alternatif. Sebagai tambahan lain, alat penyambung disediakan untuk membolehkan ia ditarik oleh motosikal. Sesuai dengan nama Rem Bergerak Serba Boleh, inovasi ini boleh diguna pakai untuk pelbagai kegunaan. Antaranya amat praktikal dan mudah diguna semasa mengutip dan memunggah getah buku atau buah lerai sawit di ladang. Ia juga boleh dijadikan sebagai pelantar pam galas bagi memudahkan pam galas disangkut ke bahu. Oleh kerana ciptaan ini boleh ditarik menggunakan motosikal, secara tidak langsung menjadi alat untuk mengangkut beban berat melebihi kemampuan manusia. Bakul plastik pula boleh diguna untuk memuatkan getah buku, buah-

juga penggunaan bakul plastik. Ianya juga mempunyai beg diperbuat daripada kanvas berukuran 44sm x 30sm x 84sm dan berupaya menampung antara 60 hingga 75 kilogram getah basah. Untuk menjimatkan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi :

JAMALUDDIN BIN MAT RAISatau

GHAZALI BIN YUSOHPejabat RISDA Daerah Raub

No: 1, Jalan Cherah27500 Raub

Pahang Darul Makmur

Tel no : 09 - 355�077 / 09 - 355�666

buahan, buah sawit lerai dan sebagainya. Semasa dicipta pada tahun 2004, kos pembuatan dan pengubahsuaian Rem Bergerak Serba Boleh tidak melebihi RM300. Rem Bergerak Serba Boleh ini memberi pelbagai kemudahan, praktikal digunakan, menjimatkan masa dan tenaga serta memberi banyak manfaat yang sukar dinilai dalam bentuk wang ringgit.

Pencipta Rem Bergerak Serba Boleh mempamerkan salah satu cara penggunaan inovasinya.

Pencipta Rem Bergerak Serba Boleh mempamerkan salah satu cara penggunaan inovasinya.

Rem bergerak Serba Boleh sememangnya serba boleh kegunaannya.

�0

Page 11: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

��

RENCANA

FAKTOR PENGARUHI HARGA SKRAP DI LADANG

Urus niaga getah pekebun kecil dilakukan menerusi rantaian pemasaran yang melibatkan orang tengah seperti broker, pelesen tempatan dan `Super Dealer’ sebelum sampai di kilang untuk diproses menjadi SMR 20. Harga yang diterima oleh pekebun kecil akan ditentukan oleh harga getah SMR 20 f.o.b. (di atas kapal) pada hari berkenaan, ditolak kadar diskaun, ses dan lain-lain perbelanjaan seperti pengangkutan, susut berat serta margin keuntungan. Angka tersebut kemudiannya didarab dengan peratus kandungan getah kering (KGK). Kebiasaannya pihak pelesen `memainkan’ harga pada KGK antara 50 hingga 65 peratus. Berdasarkan contoh perkiraan KGK 50 peratus pekebun kecil mendapat RM5.92 sekilogram kering bagi skrap atau RM2.96 sekilogram basah. Pekebun kecil sewajarnya mendapat harga yang setimpal iaitu harga skrap kering sekurang-kurangnya pada kadar 80 hingga 85 peratus daripada harga f.o.b bagi SMR 20 yang dijual di pasaran antarabangsa. Untuk mendapatkan harga di

ladang yang lebih menarik getah skrap keluaran pekebun kecil hendaklah bermutu tinggi dan bersih. Getah skrap yang baik dapat mengeluarkan gred SMR bermutu seperti SMR �0, SMR 5 serta SMR GP dan seterusnya menawarkan harga di ladang yang lebih menarik. Rantaian pelesen perlu dipendekkan

Oleh : Norhayati Abd Gaffoor.

dengan menjadi `super dealer’ atau berurusan terus dengan pihak kilang memproses SMR. Kadar KGK juga mempengaruhi harga skrap. KGK bagi skrap yang disimpan satu hari ialah 50 peratus dan jika disimpan lebih daripada tujuh hari, boleh mencapai 60 peratus.

Pekebun kecil592 sen kering

atau296 sen basah

Rantaianpelesen50 senkering

Kilang SMR/Pengeksport70 sen keringtermasuk ses

Harga f.o.b7�2 senkering

Pelesen �

Pelesen 2

Pelesen 3

Nota : Harga basah berdasarkan 50% KGKHarga purata f.o.b bulan Februari 2006 ialah 712 sen sekilogram

Bagi memastikan pekebun kecil mendapat harga yang berpatutan, RISDA telah mengambil tindakan seperti berikut:-

i. Mewujudkan Unit Penghasilan dan Pemasaran Getah Serta Sawit dibawah Bahagian Tanam Semula dan Perladangan. Penubuhan unit ini bertujuan memantau harga getah atau sawit yang diterima oleh pekebun kecil. Tumpuan lebih diberikan kepada projek Tanam Semula Komersial, Tanam Semula Berkelompok, Mini Estet dan peserta pemantauan 3:3:�:3.

ii. RISDA juga menganggotai Jawatankuasa Kajian Harga LGM yang antara tugasnya memantau harga dan amalan-amalan perdagangan.

iii. Dalam usaha mendidik dan meningkatkan kemahiran pekebun kecil dari segi mutu dan produktiviti RISDA telah dan akan memantapkan aktiviti khidmat pengembangannya. Antara strategi yang telah dan akan dijalankan termasuklah menjalankan kursus kepada kumpulan

sasar, menjalankan kempen penerangan, penyebaran risalah, mengadakan pameran dan majlis pelancaran serta mengadakan Seminar Pekebun Kecil. RISDA telah dan akan menambah bilangan depo pembelian getah dibawah peruntukan PPG. Kawasan tumpuan adalah kawasan terpencil dengan tujuan untuk mengumpulkan hasil-hasil pekebun

kecil supaya diurus oleh KPK dan seterusnya menjual ke kilang memproses SMR. RISDA sedang berbincang untuk menjadikan KPK dan anak syarikatnya RSPSB sebagai `Super Dealer’ kepada MARDEC/FELDA dan jualan terus kepada kilang SMR dalam tempoh masa terdekat.

Jualan secara kelompok boleh mempengaruhi harga skrap.

Skrap disimpan lebih dari tujuh hari.

Carta Harga Skrap di ladang ke Harga SMR 20 f.o.b

����

Page 12: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

�2

PERISTIWA

Hayati Ikrar- Dato’ Haji Abd Rahman Ali

Oleh: Salamah Kosnin.

PEMANTAPAN prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik serta peningkatan integriti jentera pengurusan dan pentadbiran merupakan objektif utama Pelan Integriti Nasional (PIN) diperkenalkan. Justeru itu semasa merasmikan Hari Kualiti RISDA Negeri Selangor yang diadakan baru-baru ini, Dato’ Haji Abdul Rahman Ali, Ketua Pengarah RISDA menyeru semua kakitangan menghayati ikrar yang dilafazkan `Bekerja dengan penuh amanah, disiplin, integriti dan kualiti, kreatif, proaktif dan produktif’selaras dengan objektif dan strategi PIN’. Beliau juga mahu warga RISDA menjauhi gejala rasuah dan salah guna kuasa, meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian, mempercepatkan tindakan, meningkatkan kualiti dan mengurangkan kos agar perkhidmatan kita memberi kepuasan kepada pekebun kecil sebagai pelanggan kita.’ `Dengan usia RISDA yang menjangkau 32 tahun diharapkan kita sudah matang dalam segala pelaksanaan dan tindakan demi untuk memperkasakan masyarakat pekebun kecil.’ `Program Aktiviti Ekonomi

Tambahan (AET), Projek Integrasi Tanam Semula Getah (PITG) terus diberi tumpuan disamping program-program lain untuk memastikan teraju kita mencapai matlamat. Usaha membasmi kemiskinan tegar dan miskin juga perlu diberi perhatian agar tahun 2009 tiada miskin tegar dan miskin pula 0.5 peratus,’ ujar Ketua Pengarah lagi. `Peranan Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK), anak-anak syarikat dan Koperasi dalam menjana projek-projek yang melibatkan pekebun kecil wajar diberi perhatian. Beliau turut berpesan dari kisah bapa dan anak, `Bila kita dilahirkan kita menangis, dunia bergembira, harapan ayah untuk mu carilah kehidupan cara mana pun, apabila kamu meninggal, dunia akan bergembira, orang akan meratapi jasa baik, roh kita akan tenang, biarlah kita dikenang, bukan dihina.’ Dalam majlis tersebut beliau turut menyampaikan sijil dan Anugerah Khidmat Cemerlang tahun 2004, staf cemerlang tahun 2005, staf yang berkhidmat 25 tahun, pesara tahun 2005, pekebun kecil terbaik dan staf anak syarikat terbaik.

Tahniah... salah seorang penerima Anugerah Khidmat Cemerlang.

Terima kasih... atas khidmat yang dicurahkan.

PERISTIWAPERISTIWAPERISTIWA

�2

Page 13: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

�3

PERISTIWA

RISDA Agensi Mantap & Proaktif -MB Pahang

Oleh: LAIM.

Bercakap pada sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Kempen Meningkatkan Produktiviti Getah Matang Negeri Pahang di Bentong, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Adnan Yaakob memaklumkan bahawa RISDA merupakan salah sebuah agensi kerajaan yang mantap dan proaktif di Negeri Pahang. YAB Dato’ Sri Adnan turut menjelaskan, program yang dilancarkan oleh RISDA bertujuan untuk meningkatkan hasil pengeluaran getah pekebun kecil. Beliau berharap agar pekebun kecil sentiasa menyambut baik, melibatkan diri dan sedia menerima usaha-usaha kerajaan seperti RISDA kerana mereka merupakan pemangkin ekonomi negara. Sementara itu semasa ditanya oleh pemberita, YB Senator Dato’

Abd. Raman Suliman, Pengerusi RISDA, memaklumkan program tersebut telah berjaya melahirkan pekebun kecil memperoleh penghasilan �500 kilogram sehektar setahun, bahkan ada yang mencapai sekitar �,800 hingga 2,000 kilogram sehektar setahun. Walau bagaimanapun purata produktivti getah pekebun kecil ialah �,300 kilogram sehektar setahun. Program seperti ini akan diteruskan. M a j l i s Pelancaran Kempen M e n i n g k a t k a n Produkitivti Getah Negeri Pahang telah diadakan di Dewan Majlis Bandaran Bentong pada 29 Disember 2005 dan dihadiri seramai 400 orang pekebun kecil dari seluruh Negeri Pahang. Dalam ucapan

aluan sebelum itu, Pengerusi RISDA menjelaskan dengan pelbagai program yang dilaksanakan untuk meningkatkan taraf kehidupan pekebun kecil, maka RISDA masih releven kepada penduduk luar bandar khasnya pekebun kecil getah. Beliau amat yakin RISDA Negeri Pahang akan dapat melaksanakan segala program yang dirancang kerana Kerajaan Negeri Pahang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama. Pengerusi RISDA seterusnya menegaskan pekebun kecil perlu mengubah sikap dan memainkan peranan aktif bagi memajukan diri mereka seterusnya membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan sejahtera. Dalam majlis tersebut Menteri Besar Pahang telah menyampaikan dividen bernilai RM2.3juta kepada peserta Tanam Semula Komersial (TSK) dan sebanyak RM3�,000 kepada peserta Mini Estet. Dividen tersebut adalah bagi tempoh Oktober hingga November 2005. Selain daripada itu bantuan input pertanian bernilai RM700,000 telah diserahkan kepada pekebun kecil peserta projek Lits dan PPG.

MB Pahang menyampaikan dividen.

Sebahagian daripada pekebun kecil yang hadir.

MB Pahang melawat gerai pameran dengan diiringi olehPengerusi RISDA dan Timb. Ketua Pengarah Operasi (dua dari kiri).

PERISTIWAPERISTIWAPERISTIWA

�3

Page 14: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

�4

Pelancaran e-TS oleh YB Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin, Menteri KKLW.

Peserta Kampung pelawat dari Felda Bukit Kuantan diberi taklimat semasa Projek Interaksi

Desa Cemerlang.

Mesyuarat Pengurus Koperasi Pekebun Kecil membincangkan hala tuju koperasi bagi tahun 2006.

Tuan Hj. Abas Mahmud (Pengarah RISDA Negeri Melaka) menyampaikan cenderamata kepada Puan Bini Chandi, Pegawai

dari Rubber Research Institute of India.

Page 15: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

�5

Pelancaran kempen Tanam Semula Negeri Pahang oleh YAB Dato’ Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang. Ketua Pengarah RISDA, menyambut ketibaan YB Dato’ Hj. Zainal Abidin

Osman sempena taklimat kepada beliau pada 2 Mac 2006 yang lalu.

Ketua Pengarah RISDA YBhg Dato’ Hj. Abd. Rahman Ali disambut oleh pekebun kecil sempena perasmian Kompleks Bersepadu

RISDA Pokok Sena, Kedah baru-baru ini.Salah seorang Pembantu Pertanian RISDA mengemukakan soalan kepada Pengurusan atasan RISDA semasa Sesi

Dialog sempena Konvensyen Pegawai Luar RISDA.

Sebahagian daripada peserta Kursus Pelan Tindakan & Pembangunan Kampung.

Page 16: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

�6

JEJAK JAYA

Lambang Kegigihan Kak Ramlah- Ahli PWPK Kampung Kundang, Kuala Langat

Oleh: Salamah Kosnin.

Tat Nanas, Bangkit Kelapa dan Kuih Baulu antara biskut raya yang begitu popular. Jika selama ini biskut-biskut tersebut hanya menjadi hidangan hari raya yang diraikan setahun sekali, namun dengan Lin Cookies, `order sahaja, bila-bila masa boleh sampai di depan mata.’ Lin Cookies yang diasaskan oleh Puan Hajah Siti Ramlah Amron yang kini berusia 5� tahun merupakan salah seorang penduduk Kg Kundang, Tanjung Sepat, Kuala Langat, kampung Gerakan Daya Wawasan yang pernah meraih tempat ke-3 dalam Konvensyen GDW Zon Tengah tahun 200� di samping menjadi johan Kampung Desa Cemerlang Daerah Kuala Langat baru-baru ini. `Lin Cookies’ jenama yang diangkat daripada nama `Linda Suhana’ yang merupakan puteri kedua Puan Ramlah atau lebih dikenali Kak Ram, mengharapkan impian lebih besar untuk maju dan berdaya saing dalam pembuatan biskut. Usaha beliau ini menepati ciri-ciri kampung berdaya wawasan yang mahukan penduduk kampung aktif dalam bidang perniagaan dan industri kecil sederhana. Beliau yang sebelum ini kakitangan KEMAS sanggup mengambil langkah berani meletak jawatan untuk mencapai impian bergelar usahawan yang berjaya.

Bermula secara kecil-kecilan pada tahun �989 dan bernaung di bawah Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) Kg Kundang menjadikan rumah beliau tempat menjalankan aktiviti memproses makanan ringan seperti kerepek pisang, kerepek ubi dan sambal pecal. `Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit,’ hasil keuntungan yang dikumpul membolehkan beliau mengorak langkah dengan biskut berbagai jenis. B e l i a u kemudiannya membina bengkel bersebelahan rumah beliau dan membeli peralatan yang lebih moden. Untuk menimba ilmu pengetahuan serta mendalami bidang yang diceburi Kak Ram giat menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh RISDA, MARDI dan Jabatan Pertanian. Kini setelah hampir �7 tahun bergiat dalam bidang pembuatan makanan, beliau mampu menggaji pekerja seramai �0 orang dan akan ditambah pada musim perayaan. Mereka terdiri daripada ahli PWPK dan anak jati Kg. Kundang. Lin Cookies secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada anak desa tempatan. Sebanyak 2,000 biji biskut pelbagai jenis dapat dihasilkan dalam sehari seperti Tat Nanas, Almond London, Mama Lett, Rosalinda, Bangkit Kelapa, biskut kacang, Choklat Chip dan lain-lain lagi. Kak Ram tidak malu menjual produknya di pasar malam atau pasar tani selain menyertai karnival jualan di kompleks beli-belah dan juga melantik wakil-wakil jualan di beberapa tempat. Perkara yang lebih membanggakan, Kak Ram telah berjaya memasarkan produknya bukan sahaja di sekitar Lembah Klang malah merentasi

sempadan Negeri Selagor seperti Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor. Beliau banyak menerima tempahan termasuk menyediakan hamper untuk majlis rasmi atau tidak rasmi sebagai hadiah atau cenderamata. Sebagai usahawan yang agak lama berjuang dalam bidang perniagaan ini sememangnya banyak cabaran dan rintangan yang terpaksa ditempuh oleh Kak Ram. Namun segala usaha gigih dan pahit maung yang perlu dilalui kini Kak Ram meniti jejak kejayaan dengan memperoleh pendapatan RM4,000 sebulan dengan cita-cita untuk menembusi tembok pasaraya Giant, Makro atau TESCO. Itulah iltizam beliau yang tidak pernah kenal erti putus asa. Semoga kejayaan Puan Ramlah menjadi contoh kepada pekebun kecil atau warga desa yang mengimpikan menjadi usahawan yang berjaya. Untuk maklumat lanjut dan tempahan hubungi beliau di talian 03-3�482053.

Pn. Ramlah (kanan) bersama pembantu beliau.

�6

Page 17: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

�7

JEJAK JAYA

PEKEBUN KECIL TAPAH DINOBATKAN AHLI KELAB 30 TAN

Oleh : Nadarajan a/l M. Vaithilingam.

KEMISKINAN tidak menghalang seorang insan daripada keluarga yang daif untuk mencapai kejayaan. Begitulah semangat dan kecekalan seorang anak pekebun kecil yang bernama Mat Jailani Arshad yang kini tinggal di Kg. Sg. Lesong, Simpang Empat, Kampar. Kehidupan yang susah serta pengalaman perit semasa kecil, mengusahakan kebun sawit dan getah secara mengambil upah bersama ayahnya telah membakar semangat beliau untuk menjadi seorang usahawan tani yang berjaya. Dengan keringat sebagai petani progresif, kini En. Mat Jalaini telah memiliki kebun sawit seluas 5 hektar. Di samping itu beliau juga gigih mengambil upah mengusahakan kebun individu lain seluas hampir 26 hektar bagi menambah pendapatan. Koperasi Peladang Kg. Temoh Perak dan Persatuan Peladang Simpang

Empat, Kampar menaruh kepercayaan kepada beliau dengan memajakkan ladang sawit seluas 27 hektar untuk beliau usahakan. Kesungguhan ini diikuti dengan minat beliau yang mendalam untuk meningkatkan pengetahuan dalam amalan agronomi sawit dan getah daripada agensi yang berkaitan. En. Mat Jalaini menitik beratkan pembajaan dan penyenggaraan kebun bagi mendapatkan hasil sawit yang tinggi. Baja sebatian jenis �2:�2:�7:2 digunakan dengan kadar 2.5 kilogram sepokok dan pembajaan dilakukan sebanyak tiga kali setahun. Beliau menggunakan baja tunggal berasaskan potash dengan 0.65 kilogram sepokok setahun pada pusingan pertama. Kawalan rumpai dilakukan sebanyak empat kali setahun manakala kawalan penyakit dan perosak dilakukan mengikut keperluan.

Sebagai peserta Tanam Semula Individu (TS�), En. Mat Jalaini merupakan salah seorang peserta Program Pemantauan Sawit. Beliau sentiasa mematuhi panduan dan khidmat nasihat yang diberikan oleh Pembantu Pertanian RISDA, En. Roslin Abd Rahman khususnya dalam aspek amalan agronomi sawit muda bagi memastikan kebun sawit beliau berjaya mencapai hasil yang diharapkan. Kini pendapatan beliau mencapai RM4,500 sebulan. Usaha gigih yang dicurahkan tidak sia-sia apabila beliau telah dipilih untuk menerima Anugerah Industri Sawit 2002 daripada Menteri Perusahaan Utama, YB Dato’ Seri Dr. Lim Kheng Yeik. Berkat tekun dan sabar beliau berjaya mencatatkan pengeluaran hasil sebanyak 30 tan sehektar setahun dan telah layak menjadi ahli Kelab 30 Tan.

En. Mat Jalaini menerima Anugerah Industri Sawit 2002 daripada Dato’ Seri Dr. Lim Kheng Yeik.

�7

Page 18: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

�8

JEJAK JAYA

Ternakan Puyuh Pendapatan UtamaEn. Hairulizam bin Saat, 37 tahun, telah beristeri dan bapa kepada dua orang anak, lepasan SPM merupakan seorang penternak burung puyuh pedaging di Kg. Pt. Saniman, Ayer Baloi, Pontian, Johor. Beliau mula mengusahakan ternakan puyuh pada tahun �997 dengan modal permulaan RM300. En. Hairulizam memasarkan ternakan beliau di pasar malam sekitar Daerah Pontian dalam bentuk daging puyuh goreng. Menyedari permintaan daging burung puyuh amat tinggi dan menjamin pulangan yang lumayan, beliau mempergiatkan lagi usaha dengan menambah bilangan burung puyuh yang sedia ada. Kos pembesaran projek beliau iaitu pembinaan reban, membeli baka puyuh pedaging dan makanan menjangkau sebanyak RM50,000. Sebanyak RM20,000 merupakan bantuan kewangan RISDA melalui program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET). En. Hairulizam mempunyai �4 buah reban yang dibina dalam kebun sawit bantuan tanam semula RISDA seluas 2.428� hektar. Setiap reban menempatkan burung puyuh yang berusia berbagai peringkat. Ini bertujuan untuk memastikan bekalan yang berterusan kepada pelanggan. Setiap reban boleh menampung 7,500 ekor burung puyuh. Beliau dibantu oleh empat orang pekerja bagi menguruskan ternakan puyuh tersebut. Burung puyuh boleh dijual 35 hari selepas penetasan. Burung puyuh baka Perancis diperoleh daripada Institut Ternakan ayam (ITA) Johor Bahru. Makanan ternakan burung puyuh ialah dedak dan diberi dua kali sehari. En. Hairulizam mendapat khidmat nasihat seperti kawalan penyakit, pemakanan dan ubat-ubatan dari Jabatan Haiwan

dan Jabatan Pertanian melalui kursus-kursus yang ditaja oleh RISDA. Faktor kesempurnaan prasarana seperti tempat sembelihan sendiri dan sebuah lori banyak membantu dalam urusan pemasaran. Beliau masih mengekalkan pasar malam tempat menjual puyuh gorengnya selain menjadi pembekal daging puyuh segar kepada restoran-restoran sekitar Daerah Pontian dan Bandar Raya Johor Bahru. En. Hairulizam telah mendapat pengiktirafan dan telah dianugerahkan Penternak Jaya Peringkat Negeri Johor Tahun 2002. En. Hairulizam bercita-cita untuk mempelbagaikan produknya berupa nugget, puyuh berempah/madu dan menjadi pembekal utama

Oleh: Omar Othman.

Anak puyuh berumur kurang dari 10 hari ditempatkan di dalam gelung bagi mengekalkan suhu yang sesuai.

burung puyuh di Negeri Johor. Usaha gigih En. Hairulizam bukan sahaja menjamin keselesaan hidup kepada beliau sekeluarga tetapi memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Hasrat beliau kini adalah untuk mengembangkan lagi perniagaanya pada masa hadapan. Pada masa ini beliau mampu memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan. Pendapatan ini setimpal

dengan penat lelah beliau selama ini. Beliau berharap agar cita-cita untuk

mengembangkan projek pada masa akan datang akan berjaya dan menjadi pembakar semangat kepada generasi muda di kampungnya untuk bergiat dalam projek ternakan puyuh. Semoga hasrat dan cita-cita beliau akan

terlaksana. En. Hairulizam boleh dihubungi melalui talian

0�9-725�725.

Anak puyuh berumur antara10 hingga 20 hari.

�8

En. Hairulizam.

Page 19: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

�9

JEJAK JAYA

Ternakan Puyuh Pendapatan Utama PENTERNAK JAYA RISDA HULU TERENGGANUUsahakan Projek Lembu Fidlot Oleh :

Rohizan Abd. Rahman.

Berusia 58 tahun, masih sihat serta kuat bekerja. Beliau ialah En. Wahab Yusof, pesara jabatan kerajaan, anak jati Kuala Berang dan kini menetap di Kampung Telaga, Hulu Terengganu. Dengan wang simpanan yang ada beliau memulakan projek ternakan lembu fidlot dengan membeli tiga ekor lembu untuk dipelihara di kebun beliau. Bagi menambah pendapatan, beliau mengusahakan tanaman sawit milik ibu mertua beliau dan memperoleh pendapatan RM600 sebulan. En. Wahab memiliki kebun getah seluas 3.7 hektar di Bukit Tuman, Kg Telaga. Penorehan dijalankan oleh saudara beliau dan setelah dibahagi dua beliau memperoleh hasil RM�,500 sebulan. Sebelum mengusahakan tanaman sawit dan pokok getah belum berhasil, melalui bancian pada tahun 2002, En. Wahab Yusof tergolong dalam kategori pekebun kecil miskin. Atas kriteria tersebut pada tahun 2003 RISDA Hulu Terengganu telah meluluskan permohonan bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan berjumlah RM20,000. Peruntukkan tersebut digunakan untuk membesarkan kandang sedia ada, membeli �5 ekor lembu baka Brahman serta dedak untuk makanan lembu. Lembu dijual semula setelah digemukkan dalam tempoh satu hingga tiga bulan. Lembu tidak dipelihara lama bagi mengelakkan kos makanan dan lain-lain kos yang tinggi. En. Wahab menyembelih lembu yang diternak dan menjual daging segar di pasar. Pendapatan dari jualan tersebut

digunakan untuk membeli lembu-lembu bagi pusingan seterusnya. Pada setiap masa En. Wahab memastikan tidak kurang daripada �0 ekor lembu di dalam kandang. Selain daripada membeli baka-baka lembu di kampung, beliau juga membeli lembu dari Ladang ESPEK Gerdang dan Ladang ESPEK Ketengah. En. Wahab menjaga ternakannya dengan baik dan menyediakan jadual kerja harian. Setiap hari seawal jam 7.00 pagi beliau ke kandang, jauhnya satu kilometer dari rumah beliau. Kandang dibersihkan daripada najis, lembu-lembu dimandikan supaya segar dan mempunyai selera makan yang baik. Setiap ekor lembu diberi makan empat kilogram dedak dan anggaran tiga kilogram rumput sehari.

dengan kos yang rendah. Sehingga hari ini pencapaian beliau sangat membanggakan. Secara purata beliau menyembelih enam ekor lembu sebulan dengan pendapatan bersih sekitar RM�,000 sebulan. Pada musim cuti sekolah dan musim perayaan bilangan lembu yang dijual boleh mencecah sehingga �0 ekor. Atas kegigihan dan ketekunan yang ditunjukkan beliau telah menerima Anugerah Penternak Terbaik Daerah Hulu Terengganu pada tahun 2004. En. Wahab boleh dijadikan contoh untuk diikuti oleh pengusaha lain. Beliau amat bersyukur dan berterima kasih atas bantuan yang telah diberi oleh RISDA. Kini pendapatan bulanan beliau sekeluaraga jauh melepasi garis kemiskinan. Untuk tempahan dan keterangan lanjut, hubungi beliau di talian 0�9-963 6407.

S e t e l a h menyedari permintaan daging segar semakin bertambah, pengguna semakin ramai tetapi bilangan lembu lambat bertambah, En. Wahab bercita-cita untuk menjadikan bidang ini sebagai pekerjaan utama. Beliau melihat ternakan lembu fidlot mempunyai masa depan yang cerah. Perkara penting bagi beliau ialah sentiasa mendapatkan bekalan baka lembu dan mempelajari teknik penternakan supaya lembu cepat gemuk

En. Wahab menjual daging lembu segar di pasar.

Sebahagian daripada lembu ternakan En. Wahab. En. Wahab mengusahakan tanaman sawit bagi menambah pendapatan keluarga.

�9

Page 20: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

20

PERISTIWA

AGENDA RMKe-9 BASMI KEMISKINAN

PEKEBUN KECIL

AGENDA RMKe-9 BASMI KEMISKINAN

PEKEBUN KECIL

Seramai 87 orang Pembantu Pertanian RISDA Negeri Kelantan telah menghadiri Majlis Taklimat Pelan Tindakan Membasmi Kemiskinan Pekebun Kecil di Kolej RISDA Bukit Sireh pada 26 Januari 2006 yang lalu. Taklimat tersebut disampaikan oleh Pengarah RISDA Negeri Kelantan (PRN), Tuan Haji Omar Paimin. Modus Operandi pelan tindakan yang dibentang itu mempunyai tujuan khusus RISDA dalam mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan pekebun kecil. Beliau berkata, program yang diusahakan itu adalah program kerajaan yang menyeluruh dan perlu dijalankan

oleh semua agensi pembangunan. Agenda ini perlu ditangani terutama kepada kelompok miskin tegar dan miskin. Mengikut bancian yang dijalankan oleh pegawai luar RISDA pada tahun 2005,terdapat 800 orang golongan miskin tegar dan �776 orang termasuk dalam golongan miskin. Selaras dengan hasrat kerajaan menjelang tahun 2009 golongan miskin tegar perlu dikurangkan kepada kosong peratus manakala golongan miskin diturunkan kepada 0.5 peratus.Bagi mencapai matlamat tersebut PRN Kelantan telah mencadangkan supaya sasaran ditumpukan kepada pemilik dan pengusaha kebun sahaja. Selain daripada itu RISDA telah merangka satu pelan tindakan iaitu Model

Bisnes Strategik RISDA (MBSR) dalam usaha membantu golongan tersebut. Antaranya termasuklah program tanam semula, projek ekonomi tambahan, latihan untuk ahli isi rumah bagi mengubah minda serta sikap mereka dan program motivasi yang berterusan. RISDA akan memberi bantuan keusahawanan kepada mereka melalui sumber peruntukan yang berkaitan seperti Tanam Semula Getah ke Getah Integrasi (TSGGI),Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET),Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR),Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan sebagainya yang menjurus kepada meningkatkan ekonomi mereka. Bagi membantu mempertingkatkan industri getah bantuan Pengekalan Pengeluaran Getah (PPG) dan LITS juga disediakan. RISDA telah memperuntukkan bajet yang tinggi bagi belanja mengurus dan program pembangunan. Peruntukan ini disediakan semata-mata bagi meningkatkan taraf hidup dan membasmi kemiskinan di kalangan pekebun kecil. Walau bagaimanapun setiap program yang dijalankan perlu dikenal pasti, disusun dan pemantauan berkala perlu di perkemaskan bagi memastikan kejayaan projek dan pekebun kecil mendapat pulangan yang setimpal dengan usaha yang mereka telah curahkan. Pengarah RISDA Negeri Kelantan mencadangkan agar setiap Pegawai RISDA Jajahan dapat menubuhkan Jawatankuasa Membasmi Kemiskinan di peringkat jajahan dengan melibatkan jabatan-jabatan kerajaan, negeri dan agensi-agensi yang berkaitan seperti Pegawai Daerah (Pembangunan), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Pertanian, Kesedar dan Pembantu Penyelia Mukim. Dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak beliau yakin masalah ini dapat diatasi dengan mudah dan berkesan.

Sebahagian daripada kakitangan RISDA yang menghadiri taklimat Pelan Tindakan Membasmi Kemiskinan di kalangan Pekebun Kecil.

Oleh : Mohd Zakri Hussin.

Page 21: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

2�

PERISTIWA

RISDA RANGKA STRATEGI TINGKATKAN USAHAWAN PEKEBUN KECIL

RISDA Negeri Kelantan telah mengadakan Bengkel Pembangunan Usahawan Pekebun Kecil dan Pelancaran Teman Usahawan Pekebun Kecil pada �� hingga �2 Disember 2005 yang lalu. Bengkel tersebut telah diadakan di PCB Resort, Kota Bharu dan dihadiri lebih �47 usahawan pekebun kecil Negeri Kelantan. YB Senator Dato’ Abdul Raman Suliman, Pengerusi RISDA, dalam ucapan perasmiannya berkata kerajaan sememangnya memberi penekanan dan perhatian serius untuk melahirkan ramai usahawan khususnya di kalangan bumiputera. Beliau berkata bengkel yang diadakan tepat pada masanya,

sesuai dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat dan destinasi pengeluaran produk halal yang bermutu. YB Senator Dato’ Abdul Raman Suliman menasihati peserta bengkel agar menanam semangat dan cita-cita yang tinggi untuk mengembangkan bidang yang diceburi. Mereka haruslah mempunyai ilmu dan pendidikan yang baik terutama dalam bidang perniagaan. Setiap usahawan perlu mengekalkan semangat kerjasama dan hapuskan sikap dengki sesama mereka. Bagi tahun 2006, berbagai kemudahan telah dirangka semata-mata untuk membangunkan usahawan di kalangan pekebun kecil. Selain itu,

RISDA akan terus memberi perhatian kepada pembangunan generasi kedua pekebun kecil agar pekebun kecil di negara ini memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM2000 sebulan sekeluarga menjelang tahun 20�0. Tn. Hj. Omar Paimin, Pengarah RISDA Negeri Kelantan dalam ucapannya menyatakan bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan pekebun kecil Negeri Kelantan mengenai peluang-peluang pembiayaan dan pemasaran yang disediakan oleh agensi berkaitan. Beberapa kertas kerja telah dibentangkan semasa bengkel berkenaan. Antaranya ialah Arah Hala Usahawan Pekebun Kecil Dalam RMKe-9, Tahap Piawaian Hasil Keluaran Usahawan, Peluang-Peluang Pembiayaan Kepada Usahawan Bumiputera Luar Bandar dan Peluang-Peluang Pemasaran Hasil Usahawan Bumiputera. Beberapa pengalaman usahawan yang telah berjaya turut dipaparkan. Bengkel selama dua hari tersebut turut diserikan dengan pameran yang mengetengahkan produk-produk keluaran usahawan pekebun kecil Negeri Kelantan.

Oleh : Mohd Zakri Hussin.

Pengerusi RISDA melawat gerai jualan. Antara produk yang dihasilkan olehusahawan pekebun kecil Kelantan.

Page 22: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

22

PERISTIWA

RISDA Johor Penyelaras Projek Interaksi Desa Cemerlang KKLW

Pengarah RISDA Negeri Johor telah dilantik sebagai Penyelaras Projek Interaksi Desa Cemerlang (PIDC) di Kg Pt Bugis, Muar (seliaan KEMAS) dan Kg Paya, Layang-Layang, Kluang (seliaan KEJORA). Kampung Peserta ialah Kg Felda Bkt Kuantan, Pahang seramai 40 orang melawat Kg Tuan Rumah (Kg Pt Bugis) dan Kg Singkir Darat, Yan, Kedah seramai 37 orang melawat Kg Tuan Rumah (Kg Paya). Kampung Peserta ialah kampung yang melakukan lawatan ke Kampung Tuan Rumah manakala Kampung Tuan Rumah berfungsi untuk menerima tetamu (Kampung Peserta) serta menguruskan aktiviti semasa lawatan kampung peserta. Peserta yang layak untuk menyertai projek ini terdiri daripada Ahli Parlimen (wakil), Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil), Pegawai Daerah, Pegawai (GDW) Negeri atau Daerah, Penggerak GDW, JKKK (GDW), usahawan berjaya, guru sekolah/KAFA/TABIKA, AJK surau/masjid, peserta PPRT berjaya, peladang/petani/penternak/nelayan berjaya, pesara kerajaan, Pertubuhan Persatuan Belia, Persatuan/Pertubuhan wanita serta Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG).

Menurut Pegawai Pengembangan Negeri, En Mohd Korip Md Amin, matlamat projek ini ialah untuk:-

i. Memberi pendedahan kepada penduduk kampung untuk saling membantu, berkongsi pengetahuan serta pengalaman bagi mencorakkan pembangunan kampung

ii. Menyokong usaha ke arah meningkatkan kerjasama, keupayaan pengurusan dan aktiviti pembangunan yang dijalankan bagi mewujudkan Kampung GDW contoh yang maju, menarik dan menguntungkan.

Pemilihan Kampung Peserta dibuat oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berdasarkan salah satu kejayaan seperti berikut:-

i. Menjadi johan, naib johan atau tempat ketiga dalam pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah atau Bahagian

ii. Pasukan bola sepak atau bola jaring yang mewakili negeri dalam Kejohanan Sukan GDW Peringkat Kebangsaan tetapi tidak memenangi sebarang hadiah

iii. Kampung GDW yang mendapat gred B dalam proses bancian yang dilaksanakan secara dwi tahunan

Manakala Kampung Tuan Rumah yang dipilih oleh KKLW ialah dari kalangan Kampung Gerakan Daya Wawasan (GDW) yang memenuhi mana-mana kriteria berikut:-

i. Johan dalam Anugerah Desa Cemerlang (Peringkat Negeri)

ii. Mendapat gred A dalam proses bancian gred yang dilaksanakan secara dwi tahunan

iii. Terserlah dan disahkan kewibawaan melaksanakan pelbagai aktiviti sosial setempat.

Kampung Peserta disyaratkan menginap di Kampung Tuan Rumah untuk tempoh tiga hari dua malam dan mengikuti semua aktiviti yang ditetapkan. Ahli rombongan Kampung Peserta ditempatkan di rumah Kampung Tuan Rumah yang bersama kategori dan jenis pekerjaan supaya perbincangan dapat dijalankan mengikut kefahaman yang sama. Antara aktiviti wajib yang perlu diikuti oleh kedua-dua pihak termasuklah acara sambutan menyambut tetamu, perbincangan perkongsian pengalaman menguruskan desa secara kolektif dan berkesan, taklimat Projek Kecil Ekonomi Kampung (milik JKKK), Khidmat Doktor Bersama Rakyat, Sukan Tradisional, ceramah agama mengenai membangunkan desa adalah suatu amanah besar dan persembahan kebudayaan. Pengurus Kampung Tuan Rumah diberi peluang mempromosikan kampung mengikut kreativiti masing-masing. Kampung Peserta bebas bersoal-jawab untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kampung Tuan Rumah. Projek ini diharapkan dapat memberi latihan secara ‘hands-on’ kepada Kampung GDW Cemerlang menguruskan kunjungan pelanggan secara profesional dan sekali gus mewujudkan dimensi baru dalam sektor pelancongan desa.

Ketibaan kampung pelawat disambut dengan persembahan silat.

Oleh: Hj Mohd Noor Albakry.

Page 23: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

23

KURSUS

RISDA Johor Penyelaras Projek Interaksi Desa Cemerlang KKLW

KURSUS PELAN TINDAKAN & PEMBANGUNAN KAMPUNG Oleh :

Hajah Azizah Said.

JAWATANKUASA Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah merupakan satu badan pentadbiran atau kabinet kerajaan yang berada di peringkat akar umbi. Institusi ini berfungsi sebagai pusat pentadbiran sesuatu kawasan, sebagai saluran untuk menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan kepada rakyat dan untuk mengumpul serta memproses permohonan dan maklumbalas penduduk tempatan berkaitan dengan pembangunan dan kebajikan. Justeru itu, pada akhir tahun 2005, seramai �02 orang ahli JKKK dari

24 buah kampung yang baru menyertai Gerakan Daya Wawasan (GDW) di bawah seliaan RISDA telah diberi Kursus Pelan Tindakan P e m b a n g u n a n Kampung (PTPK) sebagai persediaan awal untuk membentuk kampung yang maju, menarik dan m e n g u n t u n g k a n . Tenaga pengajar bagi kursus ini adalah dari Institut Kemajuan Desa (INFRA) dan kursus ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Kolej RISDA (KRIS). Peserta-peserta yang terlibat adalah terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Wakil Belia dan Beliawanis kampung berkenaan. Mereka yang mengikuti kursus ini adalah merupakan wakil bagi kampung baru GDW RISDA dari Negeri Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah dan Johor. Antara objektif utama Kursus PTPK adalah supaya ahli JKKK memahami peranan mereka dalam Falsafah dan Strategi Baru Pembangunan Luar Bandar dan Gerakan Daya Wawasan dan memperoleh kebolehan untuk merancang, melaksana serta menilai program pembangunan setempat. Siri pertama kursus tersebut

telah dilaksanakan pada 30 November hingga 3 Disember 2005 di Kuala Lumpur. Seramai 46 orang peserta dari Negeri Perak, Terengganu, Kelantan dan Johor telah terlibat. Penyampaian sijil kehadiran kursus telah disempurnakan oleh Pengarah INFRA iaitu Tn Hj Che Hassan bin Che Man @ Sulaiman. Siri kedua pula telah diadakan di Institut Latihan Lembaga Getah Malaysia, Sungai Buluh, Selangor pada 27 hingga 30 Disember 2005. Seramai 56 orang peserta dari Perak, Kedah dan Kelantan telah berjaya mengikuti kursus tersebut. Pengarah RISDA Negeri Selangor, Puan Wan Esah Ton Harun telah menyempurnakan penyampaian sijil pada akhir kursus tersebut.

Puan Wan Esah Ton Harun,Pengarah RISDA Negeri Selangor,

merasmikan majlis penutup Kursus Pelan Tindakan & Pembangunan Kampung.

Peserta Kursus Pelan Tindakan & Pembangunan Kampung bergambar kenangan.

Peserta kursus kusyuk mendengar ceramah.

Page 24: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

24

KURSUS

KURSUS PENGURUSAN GETAH MATANGKURSUS PENGURUSAN GETAH MATANGOleh: Abd Aziz Abd Majid.

Pada penghujung tahun 2005 RISDA Negeri Sembilan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Getah Matang kepada 64 orang pekebun kecil yang menerima bantuan LITS.

`Kursus ini merupakan kesinambungan kepada Kempen Peningkatan Produktiviti Getah Peringkat Negeri yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Razak Mansor pada awal Disember 2005. Pada modul kedua ini diadakan Kursus Teknologi khusus kepada penerima bantuan LITS dengan objektif mereka didedahkan kepada teknologi baru dalam melaksanakan Torehan Kekerapan Rendah (LITS) dengan berkesan.

Mereka akan diberi kefahaman dan latihan yang secukupnya melalui Kursus In-Situ. Melalui latihan ini mereka berpeluang melakukan sendiri kaedah dan teknik pemasangan peralatan dengan tepat. Melalui kursus In-Situ juga memudahkan Pembantu Pertanian RISDA berinteraksi dengan peserta projek bagi memperoleh maklum balas yang diperlukan. Tiga kertas kerja telah dibentangkan dalam kursus tersebut. Ceramah pertama mengenai pengurusan getah matang disampaikan oleh Pegawai RISDA Daerah Negeri Sembilan Barat, En. Nasarudin Malek. Ceramah kedua

`Meningkatkan Hasil Tanaman Getah Menggunakan Rangsangan.’ Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah RISDA Negeri, En. Sukiman Sulong. Beliau berharap pekebun kecil yang telah dipilih melalui program pemantauan 3:3:�:3 dapat memanfaatkan bantuan yang disalurkan sepenuhnya. Penemuan oleh LGM mengenai teknologi rangsangan sememangnya berkesan dan diamalkan secara meluas di seluruh negara. Ianya sangat berkesan dan mampu meningkatkan produktiviti getah sekiranya dijalankan mengikut peraturan yang disyorkan. Seterusnya En. Sukiman menyatakan usia bukan menjadi faktor penghalang untuk mengamalkan teknologi LITS sebaliknya kesungguhan dan keyakinan akan mempengaruhi kejayaan walau pun peserta terdiri daripada mereka berumur melebihi 55 tahun. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada golongan belia yang turut menghadiri kursus dan berkata, `Pekebun getah bukan lagi pekerjaan orang miskin sebaliknya ada di kalangan mereka yang memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan hasil daripada kebun getah yang diusahakan.’

mengenai sistem torehan yang dibentangkan oleh Pengurus RISDA Samallholders Plantation Sdn. Bhd. (RSPSB) Jempol, Puan Saadiah Jamaludin. Manakala penceramah jemputan, En. Ramli Osman, Pengarah LGM Wilayah Tengah telah membincangkan tajuk,

24

Page 25: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

25

KURSUS

Disuntik Semangat BaruPeserta 3:3:1:3

Oleh: Sayed Dol Syed Islam.

Seramai 32 orang pekebun kecil peserta pemantauan 3:3:1:3 bagi kategori getah matang dari Pejabat RISDA Besut/Setiu telah diberi pendedahan dan

semangat baru melalui kursus motivasi peserta 3:3:1:3.

Pemantauan 3:3:�:3 ialah pemantuan yang perlu dijalankan oleh setiap pegawai luar RISDA terhadap tiga orang peserta kebun getah matang, tiga peserta getah muda, seorang peserta projek integrasi dan tiga orang pekebun kecil sawit. Kursus sehari yang bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 5.00 petang telah diadakan di Pejabat RISDA Daerah Besut/Setiu, Kg Raja pada 5 Disember 2005 lalu. Kursus ini dianjurkan oleh RISDA Terengganu dan Pegawai RISDA Daerah Besut/Setiu, En. Mohamad Ismail. Kursus ini diadakan dengan harapan peserta projek mendapat ilmu dan berusaha meningkatkan pengeluaran getah mereka. Selain daripada itu ia juga bertujuan untuk memberi pengetahun dan kesedaran kepada pekebun kecil getah agar mempraktikkan pengurusan kebun yang baik termasuklah mengamalkan teknologi rangsangan bagi meningkatkan produktiviti getah mereka. Modul kursus merangkumi pengurusan getah peringkat muda seperti penyediaan benih, cara menanam, penyelenggaraan kebun peringkat matang serta penorehan yang betul dan sistematik. Melalui tenaga pengajar berkaliber, Tn Hj Suhaimi Salleh dan Tn Hj Wan Mustapha (Kolej RISDA Kelantan) kursus ini telah dapat menarik minat semua peserta yang hadir dari awal hingga tamat kursus. Diharapkan kursus seperti ini dapat meningkatkan semangat dan motivasi diri peserta ke arah melahirkan pekebun kecil yang berkemahiran dan progresif dan seterusnya merealisasikan Objektif RISDA bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil kepada RM2,000 sebulan sekeluarga menjelang tahun 20�0. Semoga usaha ini menjurus kepada produktiviti getah sekurang-kurangnya �,800 kilogram sehektar setahun.

Seramai 32 orang pekebun kecil peserta pemantauan 3:3:1:3 bagi kategori getah matang dari Pejabat RISDA Besut/Setiu telah diberi pendedahan dan

semangat baru melalui kursus motivasi peserta 3:3:1:3.

Pemantauan dan semakan Buku Rekod Ladang Peserta 3:3:1:3 bagi memastikan

ketepatan maklumat.

Tn. Hj. Wan Mustapha (penceramah undangan) daripada KRIS Kelantan

memberikan ceramah kepada peserta kursus.

Page 26: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

26

PUSPANITA

Seiring, sejalan...Puspanita RISDA Bantu Tingkatkan Pendapatan Pekebun Kecil

Hakikatnya semasa menyediakan hamper hari raya baru-baru ini, Puspanita RISDA telah menempah kuih-muih daripada pengusaha-pengusaha pekebun kecil dari Negeri Selangor, Johor, Perak, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang. Pengusaha-pengusaha ini adalah hasil bimbingan RISDA sama ada melalui kursus-kursus yang dianjurkan ataupun menerima bantuan kewangan di bawah program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) ataupun Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil. Produk yang ditempah terdiri daripada berbagai jenis biskut, aneka

kerepek, makanan tradisional seperti dodol dan tidak ketinggalan serunding daging. Pihak pembekal hanya menyediakan tempahan bersekali dengan bekas ataupun balang. Bagi menghasilkan gubahan yang seragam, hiasan pada bekas dibuat oleh ahli Puspanita RISDA Ibu Pejabat. Dalam masa yang agak singkat, Puspanita melalui sokongan usahawan wanita telah berjaya menghasilkan �93 buah hamper. Kesemua hamper tersebut ditempah oleh anak syarikat RISDA dan orang perseorangan. Jumlah tempahan bernilai RM�7,000 dan pastinya sedikit sebanyak dapat membantu meningkat pendapatan keluarga pekebun kecil menjelang hari raya. Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan tidak hanya menunggu menjelang hari raya.

Pelbagai jenis hamper disediakan seperti Mawar, Seroja, Cempaka dan Melati

YBhg Datin Norayini (berdiri) turut serta dalam penyediaan hamper

Pn. Kamariah (kanan) dan Pn. Siti Ragemah

merupakan tulang belakang dalam penyediaan hamper

26

Dalam usaha menjalankan aktiviti menambah wang tabungnya, Puspanita RISDA tidak melupakan keluarga pekebun kecil. Puspanita RISDA dan beberapa Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) telah mengadakan persefahaman yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Oleh:Halimah Abdul Kadir

Page 27: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

27

RUANGAN AGAMA

Keikhlasan Dalam Pekerjaan- Syaitan tewas kepada mukmin yang ikhlas

dan sentiasa mencari keredhaanNya

Umat Islam sedia maklum bahawa pekerjaan ataupun amalan yang baik adalah `Ibadah yang dijanjikan

ganjaran baik di dunia dan akhirat.’

Prinsip keikhlasan dalam menunaikan suatu pekerjaan sangat dituntut dalam hidup kita sebagaimana tercatat dalam beberapa ayat Al-Quran antaranya bermaksud; `Dialah yang tetap hidup, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepada Nya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam’. Kita disuruh melaksanakan tugas kemanusiaan dengan penuh keikhlasan dan penumpuan kepada Allah sehingga ianya menjadi asas pengabdian diri kepadaNya. Perhambaan diri di antara makhluk dengan khaliqNya menjadi satu penghormatan, kemuliaan dan nikmat kepada manusia itu sendiri. Dengan cara ini terhindarlah manusia dari sistem perhambaan sesama manusia yang menjadi punca kehinaan dan kerosakan dalam masyarakat manusia. Keikhlasan menggambarkan kesempurnaan atau ketinggian iman seseorang muslim. `Orang yang mencintai, membenci, memberi dan menahan sesuatu kerana Allah, maka sesungguhnya ia mencapai kesempurnaan iman.’ Begitulah maksud ringkas yang dapat difahami daripada hadis Rasul yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi. Seorang mukmin yang bersifat ikhlas dalam memegang amanah dan tugas sama sekali tidak akan terlintas di hati mereka untuk mengkhianati tugas mereka kerana pengkhianatan tersebut bukan sahaja merosakkan pihak-pihak tertentu tetapi ianya juga akan merosakkan

dirinya sendiri. Sebagai seorang yang benar-benar beriman, merosakkan diri sendiri sememang dilarang oleh Allah. Islam menyuruh kita menjauhkan sifat yang buruk khususnya sifat sombong diri atau membesarkan diri sebagaimana maksud hadis berikut:-`Bahawa sesungguhnya apa yang paling Aku takutkan ke atas diri kami ialah syirik yang kecil, lalu mereka berkata (para sahabat); dan apakah dia syirik yang kecil wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah “iaitu bermegah-megah.” Kita mestilah mengetahui bahawa diri kita dan semua pemberian daripada Allah merupakan nikmat yang dipertanggungjawabkan ke atas diri setiap kita. Kenyataan ini dijelaskan dalam firmanNya yang bermaksud:-`Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat yang telah kamu nikmatinya.’FirmanNya lagi: `Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu, maka adalah ia daripada Allah’. Justeru itu kita dapat melihat pemberian nikmat daripada Allah pada seseorang itu berbeza-beza. Lantaran itu tidak sewajarnya perbezaan itu menjadi tali pengukur kepada kemuliaan atau kehinaan diri seseorang. Malah dengan nikmat yang berbeza-beza itu menjadi kekuatan dalam proses pembangunan umat Islam. Allah melarang kita bersikap negatif dalam menilai nikmat Allah yang sebenar sebagaimana firmanNya yang bermaksud; `Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendahkan puak yang lain kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain, dan janganlah kamu panggil-memanggil

dengan gelaran yang buruk.’ (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasiq”, amatlah buruk sebutan nama fasiq kepada seseorang sesudah ia beriman. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain.’ Bagi seseorang yang bijak dan cekap dalam bidang tertentu tidak wajar baginya merendahkan keupayaan orang lain. Malahan kita sentiasa dikehendaki berganding bahu dengan cara yang hikmah. Usah kita melonjak-lonjak dengan mendabik dada atas kejayaan yang dicapai sehingga kita lupa bahawa kejayaan itu adalah amanah dan dugaan daripada Allah di atas keteguhan iman kita. Ikrar lima kali sehari yang kita lafazkan hendaklah dihayati dengan lidah dan hati untuk mematuhi dasar tersebut sebagaimana yang dimaksudkan dari ayat berikut:-`Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam’. Kesimpulannya amalan positif, lebih-lebih lagi tuntutan Islam akan memberi kebahagiaan di dunia dan Insya-Allah tiket untuk masuk ke gerbang kebahagiaan yang berkekalan di akhirat kelak. Semoga kita sentiasa ikhlas dalam tugasan yang diamanahkan agar kita semua sentiasa mendapat keampunan, keredhaanNya dan sentiasa dalam pemelihraanNya. Insya-Allah.

Petikan Majalah Al-Islam.

Page 28: BIL. /2006 ISSN 0 28/0 2 PERCUMA...hutan belantara selalu diterokai, gurun pasir yang kontang sering dijelajahi, semuanya ini semata-mata untuk mencari ketenangan hidup. Bagi seorang

28

RISDA GAGAHTatkala pekebun kerdil minta dibelaKau dilahirkan dengan seribu harapanMoga pekebun kerdil sejahteraDimartabatkan menjadi wiraPendokong ekonomi negara

Kau membesar di alam pancarobaDuri onak engkau rentasiSuka duka silih berganti Adakala terpampang nama di dada akhbar Alangkah hiba tidak terperiKerana nila setitik rosak susu sebelangaNamun semangatmu kentalKau gagahi dugaan takdir IlahiMasih gigih membelai pekebun kerdilMenghulur bantuan tingkatkan hasil

Kini, tiga dekad berlalu pergiKau bertambah matang, bijaksana, berhemah tinggiMekar di era siber, globalisasi, liberalisasiKau berada di merata menabur bakti hingga ke senjaRamai pekebun kerdil menjadi sejahtera, wiraBakinya perlu terus dibela

Wahai RISDAUsah kau leka lantaran jaya yang diciptaUsah sengketa sesama kitaUsah iri hati bak pesanan Pak Menteri malam tadiAyuh kita berfikiran positifTingkatkan pengetahuan dan inovasiKekalkan semangat setiakawan bekerja sepasukanAyuh basmi kemiskinan di negara bertuahSemoga diberkati Allah, RISDA bertambah gagahMembawa Malaysia Cemerlang, Gemilang dan TerbilangInsya-Allah

Nukilan...Rakan Seperjuangan Dato’ Hj. Abd Rahman Hj. AliKetua Pengarah RISDASempena Hari Kualiti dan Amanat Pengurusan 200622 Disember 2005