BIL. 21/ 22 Mac 2013 - 10 Jamadil Awwal 1434masjidabidin.org.my/s/Makalah Dakwah - Bil 21.pdf ·...

2
PILIHANRAYA PADA PANDANGAN ISLAM Oleh: Ustaz Wan Mohd Hazim Bin Wan Mohd Hashim Pegawai Masjid (Imam iii), Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman Menjelangnya pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi pelbagai persiapan telah diatur oleh semua pihak bagi merealisasikan sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang berkelayakan bagi mentadbir negara tercinta. Namun dalam kesibukan persiapan yang diatur untuk menyambut hari pilihanraya yang akan tiba, ada pula sesetengah pihak yang tidak mahu turut serta dalam menjayakan pilihanraya dengan alasan bahawa sistem pilihanraya ini tidak terdapat di dalam Islam dan tidak disebut oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran. Sememangnya, tidak terdapat perkataan pilihanraya atau mengundi secara spesifik di dalam al-Quran jika kita membaca keseluruhan ayat al-Quran yang berjumlah 6236 ini. Namun, pemahaman serta isyarat untuk memilih atau mengundi calon pemimpin ada termaktub di dalam ayat al-Quran melalui tafsiran ayat-ayat tertentu yang telah dikemukan oleh para ulama muktabar. Faham al-Quran Dengan Ilmunya Jika kita ingin memahami ilmu pembedahan mata kita tidak boleh hanya membaca buku ilmu pembedahan mata sahaja bahkan kita perlu juga merujuk kepada ilmu istilah-istilah perubatan, ilmu etika perubatan, ilmu tatacara penggunaan alat bedah dan sebagainya lagi kerana ianya saling berkaitan. Nah, begitu jugalah jika kita ingin memahami al-Quran secara baik kita perlu merujuk kepada ilmu-ilmu yang menjadi sumber kefahaman al-Quran itu sendiri seperti ilmu hadis, ilmu tafsir, ilmu bahasa arab, ilmu usul fiqh dan sebagainya. Kalaulah ilmu formula yang dicipta manusia pun sudah tidak dapat difahami dengan satu rujukan sahaja apatah lagi ilmu formula yang dicipta Pencipta manusia itu sendiri sudah tentu berbagai-bagai rujukan yang diperlukan. (Surah al-Hujurat: 11) Firman Allah s.w.t: Maksudnya: “ Katakanlah: sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat (ilmu-ilmu) Tuhanku, sudah tentu habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat (ilmu-ilmu) Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan lautan sebanyak itu juga. ” (Surah al-Kahfi: 109) Maksud Pilihanraya Perlu difahami secara jelas bahawa maksud utama pilihanraya adalah satu proses melantik pimpinan yang diyakini rakyat secara undian. Oleh yang demikian, pilihanraya atau mengundi memang tidak terdapat secara jelas dalam al-Quran tetapi ianya telah dihurai oleh Nabi Muhammad s.a.w menerusi hadis serta perbuatan baginda s.a.w. Antara lain Nabi s.a.w bersabda: ﻣﻦ ﻣﺎت وﻟﻴﺲ ﻓﻲ ﻋﻨﻘﻪ ﺑﻴﻌﺔ ﻣﺎت ﻣﻴﺘﺔ ﺟﺎﻫﻠﻴﺔMaksudnya: “ Sesiapa yang mati dalam keadaan tiada padanya suatu bai’ah (ikrar janji taat kepada pemimpin Islam) maka matinya seumpama dalam keadaan jahiliyyah. ” (Riwayat Muslim) BIL. 21/ 22 Mac 2013 - 10 Jamadil Awwal 1434

Transcript of BIL. 21/ 22 Mac 2013 - 10 Jamadil Awwal 1434masjidabidin.org.my/s/Makalah Dakwah - Bil 21.pdf ·...

Page 1: BIL. 21/ 22 Mac 2013 - 10 Jamadil Awwal 1434masjidabidin.org.my/s/Makalah Dakwah - Bil 21.pdf · BIL. 21/ 22 Mac 2013 - 10 Jamadil Awwal 1434 Begitu juga kata-kata Sayyidina Umar

PILIHANRAYA PADA PANDANGAN ISLAM Oleh: Ustaz Wan Mohd Hazim Bin Wan Mohd Hashim

Pegawai Masjid (Imam iii), Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman

Menjelangnya pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi pelbagai persiapan telah diatur oleh semua pihak bagi merealisasikan sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang berkelayakan bagi mentadbir negara tercinta. Namun dalam kesibukan persiapan yang diatur untuk menyambut hari pilihanraya yang akan tiba, ada pula sesetengah pihak yang tidak mahu turut serta dalam menjayakan pilihanraya dengan alasan bahawa sistem pilihanraya ini tidak terdapat di dalam Islam dan tidak disebut oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran.

Sememangnya, tidak terdapat perkataan pilihanraya atau mengundi secara spesifik di dalam al-Quran jika kita membaca keseluruhan ayat al-Quran yang berjumlah 6236 ini. Namun, pemahaman serta isyarat untuk memilih atau mengundi calon pemimpin ada termaktub di dalam ayat al-Quran melalui tafsiran ayat-ayat tertentu yang telah dikemukan oleh para ulama muktabar. Faham al-Quran Dengan Ilmunya Jika kita ingin memahami ilmu pembedahan mata kita tidak boleh hanya membaca buku ilmu pembedahan mata sahaja bahkan kita perlu juga merujuk kepada ilmu istilah-istilah perubatan, ilmu etika perubatan, ilmu tatacara penggunaan alat bedah dan sebagainya lagi kerana ianya saling berkaitan. Nah, begitu jugalah jika kita ingin memahami al-Quran secara baik kita perlu merujuk kepada ilmu-ilmu yang menjadi sumber kefahaman al-Quran itu sendiri seperti ilmu hadis, ilmu tafsir, ilmu bahasa arab, ilmu usul fiqh dan sebagainya. Kalaulah ilmu formula yang dicipta manusia pun sudah tidak dapat difahami dengan satu rujukan sahaja apatah lagi ilmu formula yang dicipta Pencipta manusia itu sendiri sudah tentu berbagai-bagai rujukan yang diperlukan.

(Surah al-Hujurat: 11) Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “ Katakanlah: sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat (ilmu-ilmu) Tuhanku, sudah tentu habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat (ilmu-ilmu) Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan lautan sebanyak itu juga. ” (Surah al-Kahfi: 109) Maksud Pilihanraya Perlu difahami secara jelas bahawa maksud utama pilihanraya adalah satu proses melantik pimpinan yang diyakini rakyat secara undian. Oleh yang demikian, pilihanraya atau mengundi memang tidak terdapat secara jelas dalam al-Quran tetapi ianya telah dihurai oleh Nabi Muhammad s.a.w menerusi hadis serta perbuatan baginda s.a.w. Antara lain Nabi s.a.w bersabda:

من مات وليس في عنقه بيعة مات ميتة جاهلية Maksudnya: “ Sesiapa yang mati dalam keadaan tiada padanya suatu bai’ah (ikrar janji taat kepada pemimpin Islam) maka matinya seumpama dalam keadaan jahiliyyah. ” (Riwayat Muslim)

BIL. 21/ 22 Mac 2013 - 10 Jamadil Awwal 1434

Page 2: BIL. 21/ 22 Mac 2013 - 10 Jamadil Awwal 1434masjidabidin.org.my/s/Makalah Dakwah - Bil 21.pdf · BIL. 21/ 22 Mac 2013 - 10 Jamadil Awwal 1434 Begitu juga kata-kata Sayyidina Umar

Begitu juga kata-kata Sayyidina Umar r.a:

ال إسالم إال بجماعة وال جماعة إال بإمارة وال إمارة إال بطاعة Maksudnya: “ Tiada Islam kecuali dengan jemaah, tiada jemaah kecuali dengan imarah (kepimpinan/pemerintahan), tiada imarah (kepimpinan/pemerintahan) kecuali dengan ketaatan. ” Jika diteliti maksud bai’ah dan imarah di dalam hadis Nabi s.a.w dan kata-kata Sayyidina Umar r.a di atas, maka kedua-duanya adalah merujuk kepada firman Allah s.w.t dalam al-Quran iaitu:

Maksudnya: “ (Iaitu) mereka yang jika Kami berikan kekuasaan memerintah di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Hajj: 41) Dalam ayat di atas Allah s.w.t menyebut berkaitan kekuasaan untuk memerintah yang mana wajib ianya diserahkan kepada seseorang individu yang boleh menjadi pemimpin bagi memikul amanah memerintah. Justeru satu proses penentuan dan pemilihan bakal pemimpin perlu dilakukan. Jika dilihat dalam konteks negara kita pada hari ini tidak akan berlaku proses berkenaan melainkan dengan cara sistem pilihanraya yang telah diadakan turun temurun di negara ini. Maka oleh yang demikian apa sahaja cara yang dapat digunakan untuk melantik pemimpin boleh digunakan asal ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Di dalam hal ini ulama menyusun satu kaedah yang berbunyi:

ما ال يتم الواجب إال به فهو واجب Maksudnya: “Kewajipan yang tidak dapat disempurnakan kecuali dengan ‘sesuatu perkara’, maka ‘sesuatu perkara’ itu juga menjadi wajib sebagaimana kewajipan itu. ” Syarat Pilihanraya Meskipun cara terbaik dalam pemilihan pemimpin atau pemerintah adalah dengan syura sebagaimana zaman sahabat, namun untuk mengubah satu adat yang telah lama bertapak itu suatu yang memakan masa. Oleh itu ulama berpandangan sistem pilihanraya sebagaimana yang dilakukan pada hari ini dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu. Antara syarat yang diberikan oleh sebahagian ulama ialah: 1) Perlu ada manifesto dan kempen.

- Manifesto adalah penentu utama sama ada rakyat diharuskan untuk mengundi seseorang calon itu ataupun tidak. Manifesto diumpakan seperti perlembagaan calon dan parti yang bertanding.

2) Perlu ada proses pengundian secara adil. - Proses pengundian adalah diambil hukumnya sebagaimana hukum memberi

kesaksian. Oleh yang demikian, undi adalah merupakan kesaksian rakyat terhadap pemerintah yang akan dipilihnya samada memberi kebaikan untuk agama dan sosial atau sebaliknya.

3) Pilihanraya wajib berbentuk memudahkan bukan menyusahkan pengundi. - Pilihanraya umpama satu sistem penghakiman besar-besaran bagi memilih siapa

yang layak diberikan amanah memerintah negara. Justeru, proses pilihanraya bermula daripada kempen pendaftaran pengundi sehingga waktu mengundi mesti dipermudahkan kepada seluruh rakyat yang akan mengundi.

4) Waktu pilihanraya adalah waktu yang sesuai.

- Pilihanraya juga perlu dilakukan pada waktu yang memungkinkan semua rakyat dapat mengundi pada waktu tersebut. Tidak boleh dilakukan pilihanraya di waktu musim perayaan dan ibadah umat Islam seperti musim haji yang mana pada ketika itu purata besar pengundi sedang berada di luar negara bagi menunaikan ibadah haji.

MAKALAH DAKWAH دعوة ة ال مقال

Terbitan : Unit Dakwah & Informasi, Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman

MAKLUMAN! Makalah Dakwah adalah suatu penulisan ringkas berbentuk ilmiah yang diterbitkan dua minggu sekali di bawah Unit Dakwah & Informasi, Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman. Makalah Dakwah boleh didapati pada setiap hari Jumaat minggu pertama dan ketiga setiap bulan mengikut kalendar Masehi di dewan solat muslimin dan muslimat. Sebarang teguran daripada muslimin dan muslimat amatlah dialu-alukan bagi menambah baik pengurusan pengimarahan masjid.