BIL 2/2010 KELUARAN FEBRUARI 2010 - pspns.webs.com 2010.pdf · Pengurusan Sisa Pepejal dan...

2
BIL 2/2010 KELUARAN FEBRUARI 2010 SEREMBAN , 25 JAN 2010 – Permulaan bagi tahun baru, PPSPPA Negeri Sembilan telah mengadakan perhimpunan bil 1/2010. Acara ini dimulakan dengan nyanyian lagu Sisa, Perbadanan, Negeri Sembilan dan Negaraku diiringi oleh koir dari Ibu Pejabat Negeri. Amanat Tahun Baru 2010 oleh Y.Bhg Datuk Haji Zaini Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah PPSPPA Negeri Sembilan iaitu En.Mohd Azhar Bin Abd Hamid. Y.Bhg Datuk Haji Zaini Mohd Nor, mengharapkan agar semua anggota terus melaksanakan tugas dengan penuh berkualiti dan lebih berintegriti. Setelah selesai mendengar ucapan tersebut,majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah Anugerah Pekerja Contoh Pada Bulan Januari bagi kategori anggota Datang Awal. Seterusnya penyampaian hadiah bagi kategori Audit 6’S, Star Rating dan Pengurusan Fail. Pemenang bagi kategori Audit 6’S dimenangi oleh cawangan Nilai manakala kategori Star Rating dan Pengurusan Fail dimenangi oleh Cawangan Kuala Pilah. Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini telah dianjurkan oleh Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Sembilan.

Transcript of BIL 2/2010 KELUARAN FEBRUARI 2010 - pspns.webs.com 2010.pdf · Pengurusan Sisa Pepejal dan...

Page 1: BIL 2/2010 KELUARAN FEBRUARI 2010 - pspns.webs.com 2010.pdf · Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah ... dan berakhir pada pukul

BIL 2/2010 KELUARAN FEBRUARI 2010

SEREMBAN , 25 JAN 2010 – Permulaan bagi tahun baru, PPSPPA Negeri Sembilan telah mengadakan perhimpunan bil 1/2010. Acara ini dimulakan dengan nyanyian lagu Sisa, Perbadanan, Negeri Sembilan dan Negaraku diiringi oleh koir dari Ibu Pejabat Negeri. Amanat Tahun Baru 2010 oleh Y.Bhg Datuk Haji Zaini Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah PPSPPA Negeri Sembilan iaitu En.Mohd Azhar Bin Abd Hamid. Y.Bhg Datuk Haji Zaini Mohd Nor, mengharapkan agar semua anggota terus melaksanakan tugas dengan penuh berkualiti dan lebih berintegriti. Setelah selesai mendengar ucapan tersebut,majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah Anugerah Pekerja Contoh Pada Bulan Januari bagi kategori anggota Datang Awal. Seterusnya penyampaian hadiah bagi kategori Audit 6’S, Star Rating dan Pengurusan Fail. Pemenang bagi kategori Audit 6’S dimenangi oleh cawangan Nilai manakala kategori Star Rating dan Pengurusan Fail dimenangi oleh Cawangan Kuala Pilah. Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini telah dianjurkan oleh Ibu Pejabat PPSPPA Negeri Sembilan.

Page 2: BIL 2/2010 KELUARAN FEBRUARI 2010 - pspns.webs.com 2010.pdf · Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah ... dan berakhir pada pukul

Pada 6 Februari 2010 (Sabtu),PPSPPA Negeri Sembilan telah untuk mengikuti Program Gotong-Royong Mega,

membanteras pembiakan nyamuk aedes dan pembersihan kawasan anjuran Kementerian Kesihatan dan Majlis

Perbandaran Seremban bersama dengan penduduk perumahan di Bukit Chedang Seremban 2 Negeri Sembilan.

Seramai enam anggota PPSPPA dari Cawangan Seremban/Port Dickson yang terdiri daripada Pengurus Cawangan, 4

anggota Pembantu Penguatkuasa dan seorang P/O telah mewakili PPSPPA Negeri Sembilan untuk menjayakan program ini.

Program Gotong-royong ini diadakan adalah bertujuan untuk membersihkan kawasan yang menjadi tempat pembiakan

nyamuk berikutan kes kematian 2 penduduk di taman berkenaan akibat denggi. Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi

dan berakhir pada pukul 12 tengah hari yang melibatkan 100 orang peserta yan dipecahkan kepada tiga zon.

08 – 11 FEB 2010 – Betempat di Jasin, Melaka, seramai 29 orang Pegawai penguatkuasa dan Pembantu Penguatkuasa dari PPSPPA Negeri Sembilan juga turut serta PPSPPA Melaka dan Johor telah menghadiri Kursus Peningkatan Kompentensi Penguatkuasa di Saujana Asahan dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan. Program yang dianjurkan ini adalah sebahagian daripada persediaan awal bagi menghadapi pelaksanaan Akta 672. Kursus ini juga bertujuan memperlengkapkan anggota perbadanaan dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan, di samping memperkukuhkan lagi displin dan intergriti anggota untuk menghadapi situasi sebenar kelak. Kursus ini telah dibimbing oleh jurulatih Markas 3 Divisyen Infrantri, Kem Terendak, Melaka. Majlis penutupan tamat kursus ini disempurnakan dengan acara penyampaian sijil dan upacara penurunan bendera.