Bil 25 (31/10/2016)

6
25 BILANGAN 28/10/2016 Unit Komunikasi Korporat, JPM MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN 1438H “UKHWAH ISLAMIAH ASAS PENYATUAN UMMAH” TAHNIAH! Kontinjen Jabatan Perdana Menteri telah berjaya meraih Naib Johan Keseluruhan untuk acara perarakan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1438H yang telah diadakan pada 2 Oktober 2016 bertempat di Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dengan tema “Ukhwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”. Turut berangkat menyerikan program ini adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta kehadiran YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri. LAWATAN RASMI SULTAN BRUNEI KE MALAYSIA Keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha telah disambut oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan isteri, Menteri-menteri Kabinet dan YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara sempena Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-20 antara Malaysia dan Brunei. Rundingan pemimpin tahunan yang telah diadakan di Bangunan Perdana Putra ini merupakan acara terpenting dalam kalendar hubungan dua hala bagi Malaysia dan Brunei dan juga platform peringkat tertinggi bagi perbincangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa.

Transcript of Bil 25 (31/10/2016)

Page 1: Bil 25 (31/10/2016)

25BILANGAN

28/10/2016

Unit Komunikasi Korporat, JPM

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN 1438H “UKHWAH ISLAMIAH ASAS PENYATUAN UMMAH”TAHNIAH! Kontinjen Jabatan Perdana Menteri telah berjaya meraih Naib Johan Keseluruhan untuk acara perarakan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1438H yang telah diadakan pada 2 Oktober 2016 bertempat di Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dengan tema “Ukhwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”. Turut berangkat menyerikan program ini adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta kehadiran YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri.

LAWATAN RASMI SULTAN BRUNEI KE MALAYSIAKeberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha telah disambut oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan isteri, Menteri-menteri Kabinet dan YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara sempena Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-20 antara Malaysia dan Brunei. Rundingan pemimpin tahunan yang telah diadakan di Bangunan Perdana Putra ini merupakan acara terpenting dalam kalendar hubungan dua hala bagi Malaysia dan Brunei dan juga platform peringkat tertinggi bagi perbincangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa.

Page 2: Bil 25 (31/10/2016)

25BILANGAN

28/10/2016

Unit Komunikasi Korporat, JPM

MAJLIS PENYERAHAN BAHAN-BAHAN BACAAN HASIL DARIPADA KEMPEN DERMA BAHAN-BAHAN BACAAN PROGRAM ‘TAKE A BREAK... READ!@PUTRAJAYA 2016: A BOOK ALIVE’ (TABR #ABOOKALIVE)

LAWATAN KERJA TYT ROBERT MUGABE, PRESIDEN ZIMBANWE KE MALAYSIA PADA 7 OKTOBER 2016 DI BANGUNAN PERDANA PUTRA, PUTRAJAYA.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr Ali Hamsa pada 27 September 2016 di Dewan Taklimat ICU, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Sebanyak 130,000 bahan-bahan bacaan hasil daripada sumbangan penjawat awam; kementerian/jabatan/agensi kerajaan dan orang perseorangan serta syarikat-syarikat penerbitan berjaya dikumpul menerusi Kempen Derma Bahan Bacaan TABR #abookalive yang telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr Ali Hamsa pada 4 April 2016.

Hadir sama di acara penyerahan bahan-bahan bacaan tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM yang juga Penaung Program TABR, YBhg. Tan Sri Othman bin Haji Mahmood dan Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri, YBhg. Datuk Seri Iskandar Mohd Kaus selaku Penasihat Program.

LAWATAN RASMI TYT DR. HASSAN ROUHANI, PRESIDEN REPUBLIK ISLAM IRAN PADA 7 HINGGA 8 OKTOBER 2016 KE MALAYSIA

Page 3: Bil 25 (31/10/2016)

25BILANGAN

28/10/2016

Unit Komunikasi Korporat, JPM

PERSIDANGAN TAHUNAN AGAMA “MENYEMAI KASIH DI DUNIA, MENUAI CINTA DI SYURGA”“Menyemai Kasih Di Dunia, Menuai Cinta Di Syurga” adalah tema Persidangan Tahunan Agama bagi tahun 2016 anjuran Biro Agama dan Biro Kebajikan, PUSPANITA Kebangsaan dengan sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pusat Pungutan Zakat dan Yayasan Wakaf Malaysia yang telah diadakan pada 11 Oktober 2016 bertempat di Dewan Seri Endon, PUSPANITA, Putrajaya.

Antara topik yang dibincangkan dalam persidangan ini ialah perbezaan antara jihad dan sesat, Konsep Wassatiyah Ke Arah Membentuk Ummah Yang Unggul dan LGBT dari sudut perubatan dan agama. Selain itu, ia juga membincangkan mengenai isu-isu perkahwinan dan perceraian, bantuan guaman yang disediakan oleh Kerajaan serta topik sihir dan simptom-simptomnya.

PROGRAM SEMINAR PENDIDIKAN GENERASI MUDA “TEKNIK-TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN” SIRI KEEMPATPuspanita Kebangsaan telah mengadakan Program Seminar Pendidikan Generasi Muda “Teknik-Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan” Siri Keempat pada 9 Oktober 2016 bertempat di Dewan Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya. Seminar ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara merangkap Penasihat Puspanita dan YBhg. Puan Sri Datuk Rohani Abdullah, Yang DiPertua Puspanita.

Turut diadakan Majlis Penyampaian Merdeka PUSPANITA sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan iaitu Pertandingan “Selfie & Wefie” Merdeka, “Merdeka Best-Dressed”, Seni Khat Merdeka, Suara “Smule” Merdeka dan Video Kreatif Merdeka yang telah diadakan pada 16 Ogos hingga 16 September 2016 yang lalu.

Page 4: Bil 25 (31/10/2016)

25BILANGAN

28/10/2016

Unit Komunikasi Korporat, JPM

PERHIMPUNAN BULANAN YBHG. TAN SRI TKSUK BAGI BULAN SEPTEMBER 2016Perhimpunan Bulanan Bersama YBhg. Tan Sri TKSUK bagi bulan September 2016 telah diurusetiakan oleh Bahagian Audit Dalam dan Unit Integriti pada 28 September 2016 bertemakan Akauntabiliti dan Integriti: Dulu, Kini dan Masa Hadapan. Dalam ucapannya, YBhg. Tan Sri telah menasihatkan agar warga JPM sebagai penjawat awam adalah bertanggungjawab untuk mengamalkan budaya tadbir urus yang baik dan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan berpaksikan kepada dua aspek utama ini iaitu Akauntabiliti dan Integriti.

Sempena perhimpunan tersebut juga turut diadakan ceramah mengenai Indeks Syariah yang disampaikan oleh Puan Nor Safina Bt Zainal, Ketua Unit Indeks Syariah Malaysia, JAKIM.

PROGRAM EKSPLORASI ILMU 2016 DAN MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BAHAN-BAHAN BACAAN PROGRAM TAKE A BREAK...READ!@PUTRAJAYA 2016 – A BOOK ALIVE

YBhg. Tan Sri Othman Hj Mahmood, TKSU (K) telah hadir dan merasmikan Program Eksplorasi Ilmu 2016 anjuran Unit Seranta FELDA, JPM dan turut menyempurnakan Penyerahan sumbangan bahan-bahan bacaan Program Take A Break...Read!@Putrajaya 2016 – A Book Alive kepada penduduk Felda Bukit Permai, Kulai, Johor pada 1 Oktober 2016 yang lalu.

Page 5: Bil 25 (31/10/2016)

25BILANGAN

28/10/2016

Unit Komunikasi Korporat, JPM

MESYUARAT PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM DAN PEGAWAI ADUAN JABATAN/AGENSI DI BAWAH JPM BIL 3/2016

Mesyuarat Pegawai Perhubungan Awam dan Pegawai Aduan Jabatan/Agensi Bil 3 pada kali ini telah diadakan di AlHijrah Big Studio (ABS), Cyberjaya pada 10 Oktober 2016 dan dipengerusikan oleh YBrs Tuan Haji Akbar bin Haji Samon, Setiausaha Bahagian, Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia. Selain membincangkan berkaitan penyelesaian aduan daripada Jabatan/Agensi, mesyuarat pada kali ini juga turut membincangkan mengenai penambahbaikan Pelan Komunikasi Aku Janji Kerajaan Persekutuan Jabatan/Agensi yang perlu diberi perhatian dari segi tindakan yang perlu diambil dari semasa ke semasa. Turut dibentangkan Pelan Tindakan Komunikasi dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mengenai manifesto yang telah dijanjikan dan Pelan Komunikasi terhadap Pengurusan Pensijilan Halal Malaysia oleh JAKIM.

PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN (MySIHAT) PMO Club telah menganjurkan Program Kempen Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan (MySihat) pada 5 Oktober 2016 bertempat di Kompleks A, Bangunan Perdana Putra dan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri.

Page 6: Bil 25 (31/10/2016)

25BILANGAN

28/10/2016

Unit Komunikasi Korporat, JPM

SESI BRAINSTORMING LAB LESTARI TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI 2016Sesi ini telah diadakan pada 10 Oktober 2016 bertempat di Dewan Makan, Aras 2, Blok B1, Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri yang melibatkan pegawai-pegawai kanan JPM di mana kumpulan ini akan merancang pelestarian pelan dan inisiatif-inisiatif transformasi perkhidmatan awam khususnya yang melibatkan perkhidmatan di Jabatan Perdana Menteri.

GOTONG-ROYONG PERDANA 2016..JOM REWANG EKSA!Gotong-royong Perdana ‘Jom! Rewang’ kembali lagi pada 7 Oktober 2016 mulai jam 9.30 pagi sebagai salah satu langkah ke arah persediaan bagi Audit Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang akan dijalankan oleh MAMPU pada 26 – 28 Oktober 2016. Antara pengisian program adalah Perasmian Program Jom Rewang, Pertandingan Tandas Terbaik dan Penyampaian Hadiah Kuiz Online EKSA.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE JPMSeramai 40 pelajar dan 2 pensyarah dari Taylor’s University, Petaling Jaya telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 29 September 2016. Peserta lawatan telah diberi taklimat mengenai organisasi dan peranan JPM dalam pembangunan negara oleh Puan Hjh. Nor Ani Rahli, Pegawai Perhubungan Awam, Unit Komunikasi Korporat, JPM dan juga taklimat khas dan sesi soal jawab mengenai isu-isu semasa bersama YBhg. Dato’ Shahlan bin Ismail, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.