Bil: 31 / 2001

20
Berita Ukur P ENGLIBATAN JUPEM dalam arus pembangunan negara khususnya dalam pembukaan rancangan tanah seperti Rancangan Tanah FELDA memang tidak dapat dinafikan. Dalam hubungan ini, sempena Sambutan Hari Peneroka yang diadakan pada 10 November 2001 bertempat di Bandar Ketengah Jaya, Paka, Terengganu, JUPEM turut mengadakan ruang pameran bersama jabatan/agensi lain di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi serta pihak swasta. Majlis perasmiannya disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. Dalam pameran ini, JUPEM mempamerkan peralatan dan teknologi yang digunakan bagi kerja- kerja ukur dan pemetaan di antaranya Sistem Ukur Tanah Berkomputer (Computer Assisted Land Surveying System-CALS), Sistem Pemetaan Berkomputer (Computer Assisted Mapping System-CAMS), Sistem Pemetaan Laju (Fast Mapping System-FMS), Sistem Pemetaan Tematik Berdigit (Digital Thematic Mapping System-DTMS) dan lain-Iain lagi. Selain itu, pameran ini juga memperincikan pembentukan Pangkalan Data Ukur Kadaster dan Topografi Berdigit yang dihasilkan oleh JUPEM bagi memenuhi keperluan semasa ke arah pelaksanaan Sistem Infrastruktur Tanah Kebangsaan. Bersambung m/s 17 Berita Ukur SUARA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA Berita Ukur JUPEM Sebar Maklumat Melalui Pameran JUPEM Sebar Maklumat Melalui Pameran BIL:31 2001 ISSN 0128-0414

Transcript of Bil: 31 / 2001

Page 1: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

P ENGLIBATAN JUPEMdalam arus pembangunannegara khususnya dalam

pembukaan rancangan tanahseperti Rancangan Tanah FELDAmemang tidak dapat dinafikan.Dalam hubungan ini, sempenaSambutan Hari Peneroka yangdiadakan pada 10 November 2001bertempat di Bandar KetengahJaya, Paka, Terengganu, JUPEMturut mengadakan ruang pameranbersama jabatan/agensi lain dibawah Kementerian Tanah danPembangunan Koperasiserta pihak swasta. Majlis

perasmiannya disempurnakanoleh YAB Perdana MenteriMalaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathirbin Mohamad.

Dalam pameran ini, JUPEMmempamerkan peralatan danteknologi yang digunakan bagikerja- kerja ukur dan pemetaan diantaranya Sistem Ukur TanahBerkomputer (Computer AssistedLand Surveying System-CALS),Sistem Pemetaan Berkomputer(Computer Assisted MappingSystem-CAMS), SistemPemetaan Laju (Fast Mapping

System-FMS), Sistem PemetaanTematik Berdigit (Digital ThematicMapping System-DTMS) danlain-Iain lagi. Selain itu, pameranini juga memperincikanpembentukan Pangkalan DataUkur Kadaster dan TopografiBerdigit yang dihasilkan olehJUPEM bagi memenuhi keperluansemasa ke arah pelaksanaanSistem Infrastruktur TanahKebangsaan.

Bersambung m/s 17

Berita UkurSUARA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

Berita UkurJUPEMSebar Maklumat Melalui PameranJUPEMSebar Maklumat Melalui Pameran

BIL:31 2001 ISSN 0128-0414

Page 2: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

Persepsi ini mempunyai pengaruh yang besar dalam reaksi kitaterhadap seseorang. Selain itu, persepsi juga dibentuk melaluibeberapa faktor utama seperti latarbelakang keluarga,kedudukan ekonomi, pendidikan serta pergaulan. Di sampingitu, pengalaman juga merupakan penuymbang penting dalamproses pembelajaran seseorang. Pengalaman akan menjadisia-sia sekiranya seseorang itu gagal memanfaat danmenjadikannya sebagai ikhtibar dalam kehidupan.

RENCANA PENGARANGSidang PengarangSidang Pengarang

PenaungDato’ Hamid Ali,

DIMP, KMN, PMC, PJC

PenasihatChia Wee Tong, JSM, KMN

PengerusiDr. Abdul Kadir Taib,SDK, KMN

Ketua PengarangMohd Shariffudin Adnan

PengarangRamli Nor

Sukeri Miskon

Ketua Rekabentuk/PencetakMuhammat Puzi Ahmat, KSD

Makluman

Semua pendapat dan buah fikiran dalamBerita Ukur ini tidak semestinya pendapatrasmi Pentabiran Jabatan. SidangPengarang Berita Ukur mengalu-alukansumbangan dari pembaca.

Segala bahan-bahan hendaklahdikemukakan melalui Ketua Jabatan dandialamatkan kepada:

PengerusiPenerbitan Berita Ukur

Tingkat 4,Bangunan UkurJalan Semarak

50578 Kuala LumpurTel: 03-26170800

Fax: 603-26933618

RENCANA PENGARANG

Renungan

2

PERSEPSI ialah bagaimana seseorang itu mentafsirkansesuatu perkara yang dilihat berdasarkan kepadapengalaman, kepercayaan dan nilai peganganannya.

Sebagai contoh, kita akan terus menganggap seseorang itusebagai sombong atau garang apabila kita mentafsirkandaripada sifat luarannya yang berbadan tegap, berkulit gelap,bermisai dan rupa paras yang menggerunkan. Mungkin jugakita akan lebih banyak membuat tafsiran yang lain terhadapnya.Tafsiran yang kita berikan ini seterusnya akan mempengaruhitutur kata dan tindakan kita terhadapnya. Walau bagaimanapunjika kita mempunyai pengalaman berjumpa dengan orang yangmempunyai sifat-sifat yang serupa tetapi orang itu mudah mesradan penyayang, anggapan awal kita tadi mungkin akan berubah.Tindakan kita terhadapnya juga akan turut berubah dan lebihpositif.

Dalam pada itu, kepercayaan kepada Pencipta serta adat resamturun temurun juga mempunyai pengaruh yang kuat terhadappersepsi. Justeru itu, kelompok yang mempunyai pegangankepercayaan kepada Pencipta yang sama mungkin mempunyaipandangan yang berbeza apabila melihat sesuatu keadaan atauseseorang kerana dipengaruhi oleh kepercayaan adat resamturun temurun. Apabila kita membuat sesuatu persepsi,seringkali kita tersasar dalam membuat persepsi terhadapseseorang. Keadaan itu pula disebabkan kerana kita mudahterpengaruh dengan sesuatu yang menonjol serta lebihcenderung bergantung pada tanggapan pertama (firstImpression). Pada masa yang sama kita sering menyangkabahawa orang lain itu sama seperti kita dan cenderungmenerima tanggapan negatif serta mudah menyalahkan pihakyang lemah.

Ketidaktepatan dalam membuat persepsi akan memberi kesandalam hubungan sesama manusia. Kaedah terbaik yang bolehkita laksanakan adalah kita perlu dan sentiasamempertingkatkan kualiti dalam mengawal diri agar persepsiyang kita lahirkan lebih tepat dan sentiasa cuba mengislahkanhubungan sesama manusia dan Pencipta agar lebih berkualiti.

Menyangka buruk terhadaporang lain, bukan sahaja burukakhlak bahkan berdosa.Risikonya di dunia adalahperkelahian jika diketahui olehorang yang disangka buruk itu.Tabiat ini juga hendaklahdibuang dengan memaksa jiwasendiri supaya tunduk kepadaperaturan Allah S.W.T.

Page 3: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

K E ARAH meningkatkan kelancaranpentadbiran sesebuah organisasi, satumedan perlu disediakan khusus sebagai

saluran kepada perbincangan dan bertukarpendapat dalam mencetuskan idea-idea positifyang membina untuk dimanfaatkan secarabersama. Dalam hubungan ini, JUPEM telahmengadakan Persidangan Pengarah-PengarahUkur pada 11 - 12 Oktober 2001 di KotaKinabalu, Sabah.

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Y. Bhg. Dato’Hamid Ali telah merasmikan persidangan selamadua hari ini yang dihadiri oleh Pegawai PengurusanTertinggi, semua Pengarah Ukur Negeri dan KetuaSeksyen. Dalam ucapan alu-aluannya, Y. Bhg.Dato’ Hamid Ali, Ketua Pengarah Ukur danPemetaan telah menyatakan bahawa persidanganini harus dijadikan medan untuk mengemukakanpendapat dan pandangan positif untuk dikongsibersama. Langkah ini secara langsung akan dapatmeningkatkan kualiti dalam perkhidmatan.

Sebanyak 13 kertas kerja berbentuk teknikal danbukan teknikal telah dibentang dan dibincangkan.Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan juga selakupengerusi persidangan ini telah menyeru agarsemua ahli dapat mengambil bahagian dan peluangdengan memberikan ulasan atau pandangan yangmembina ke atas kertas kerja yang dibentangkan.Menurutnya, langkah ini dapat membantu danmembolehkan sesuatu keputusan yang akan

PersidanganPengarah-Pengarah Ukur 2001

3

dilaksanakan itu adalah suatu keputusan yang diambilsecara kolektif dan menyeluruh.

Kertas kerja yang dibentangkan merupakanpenemuan baru, inovasi atau pengalaman hasil kajiandari sesuatu proses kerja yang dilaksanakan ke arahpeningkatan kualiti dalam perkhidmatan. Setelahdibincang dan dibahaskan, beberapa resolusi dankeputusan telah dicapai untuk dilaksanakan.Sementara itu, beberapa resolusi masih memerlukantindakan susulan sebelum dapat dilaksanakanwalaupun secara dasarnya telah dipersetujui.

Sementara itu, pada 12 Oktober telah diadakan MajlisDialog antara JUPEM dan PEJUTA. Bersempenadengan majlis ini, dua kertas kerja telah dibentangkaniaitu Impact on Recent Amendments of the National

Land Code (NLC) on theSurveying Profession olehPengarah Ukur Bahagian(Penyelarasan Kadaster) TuanHaji Che Abdullah Md. Rejab danA Way Forward for the SurveyingProfession oleh EncikTeo Chee Hai, Naib PresidenPEJUTA.Dalam aturcara yangberasingan, Ketua Pengarah Ukurdan Pemetaan telah membuatkunjungan hormat ke PejabatKetua Menteri Sabah, YAB DatukChong Kah Kiat.

Page 4: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

JABATAN Ukur dan PemetaanMalaysia (JUPEM) danKementerian Tanah dan

Pembangunan Koperasi telahdiberi penghormatanuntuk menganjurkan BengkelPenggunaan Sistem PelayaranSatelit Sejagat atauGlobal Navigation SatelliteSystems - GNSS selama 4 harimulai 20 - 24 Ogos 2001. Bengkelini adalah yang pertama daripadalima siri yang dianjurkan secarabersama oleh ProgramAplikasi Angkasa PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu (UnitedNations Programme on SpaceApplications) dan KerajaanAmerika Syarikat.

Bengkel yang berjayamengumpulkan lebih 200 orangpeserta dari 55 buah negara initelah disempurnakanperasmiannya oleh YB Dr. TanKee Kwong, Timbalan MenteriTanah dan PembangunanKoperasi Malaysia pada 20 Ogos2001bertempat di Hotel Mandarin,Kuala Lumpur. Turut hadir adalahDatuk Professor Dr. MazlanOthman, Director Office For Outer

Space Affairs, United Nations,Vienna. Beliau juga adalah bekasKetua Pengarah Bahagian SainsAngkasa (BAKSA), Kementerian,Sains dan Teknologi.

Penganjuran bengkel ini adalahuntuk memberi maklumatberkaitan keupayaan danpenggunaan GNSS dalampelbagai disiplin. Pelbagai kertaskerja telah dipilih dandibentangkan bagi menerangkanstatus pelbagai sistempenentududukan danpenggunaan GNSS. Aplikasi lain

termasuk aplikasi yang berkaitandengan pengurusan bencana,pengawalan alam sekitar,pertanian, pemeliharaan sumber,isu-isu keselamatan persekitaranyang berkaitan denganpengangkutan udara, air dan daratserta penggunaan GNSS dalampengumpulan data-data SistemMaklumat Geografi. GNSS jugaboleh digunakan dalam banyakaplikasi pada masa akan datang.

Secara konvensional, penentuansesuatu titik dipermukaan bumimemerlukan keadaan salingnampak dan terhad kepada waktusiang hari dan terhad kepada jarakdekat sahaja. Masalah-masalahini menyebabkan kerja-kerjapengukuran sesuatu titikmelibatkan banyak masa dantenaga. Teknik penentuankedudukan moden menggunakanSistem Pelayaran Satelit Sejagattelah mula digunakan oleh pihaktentera dalam navigasi danpenentuan kedudukan senjata.GNSS membolehkan penentuankedudukan sesuatu titik dibuatdi mana-mana permukaan bumitanpa terhad seperti dalamkaedah konvensional.

Kini terdapat 27 buahsatelit yang dikawal olehpihak Amerika Syarikatyang dikenali sebagaiGlobal PositioningS y s t e m - G P S .Satelit-satelit inimengelilingi bumi diketinggian lebih kurang20,000 km daripermukaan bumimembolehkan penentuankedudukan di buatmenggunakan satu alatpenerima pada bila-bilamasa. Pihak Russia jugamempunyai sistem satelit

Workshop On The Used OfGlobal Navigation Satellite System (GNSS)

4

Page 5: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

yang sama seperti pihak Amerika Syarikat dandikenali sebagai ‘Global Navigation SatelliteSystem - GLONASS’. Sistem-sistempenentududukan ini telah terbukti keupayaannyauntuk memberikan kejituan, ketepatan, danperkhidmatan yang berterusan terutama bagi tujuanpengukuran dan navigasi.

JUPEM telah menggunakan GNSS sejak 1989dengan bantuan kepakaran dari Sweden untukmenubuhkan jaringan kawalan GNSS. Sebanyak238 stesen di Semenanjung Malaysia dan 171stesen di Sabah dan Sarawak telah dibina dandicerap dengan penerima jenama Ashtech LX II.Tahap kejituan yang dicapai adalah jauh lebih tinggidaripada cara lama iaitu penigasudutan(triangulation).

Lanjutan daripada kejayaan ini, JUPEM telahmewujudkan jaringan geodetik utama (Zero OrderGeodetic Network) dengan menggunakan teknologiGNSS mulai 1998. Stesen tetap pertama yang dapatmemberi kawalan geodetik berkejituan tinggi dinegara ini telah dibina pada 19 Ogos 1998 diKuantan, Pahang. Ketika ini, terdapat 17 buahstesen tetap telah dibina yang dikenali sebagaiMalaysia Active Satellite Station - MASS yangberoperasi secara berterusan selama 24 jamsehari.

Seterusnya, JUPEM akan menaiktarafstesen-stesen ini bagi membolehkanpenentududukan berkejituan sentimeter dicapaisecara ‘real-time’. Melalui sistem ini pengguna akandapat menghubungi pusat pemprosesan untukmenerima pembetulan perbezaan secara langsung.JUPEM juga telah mengenalpasti projek-projek baruyang boleh menggunakan teknologi GNSS sepertikerja-kerja pemetaan, kadaster, sektorpengangkutan dan lain-lain.

Penganjuran bengkel ini telah berjaya menarikramai perwakilan dari negara-negara luar dansecara tidak langsung membantu memajukan sektorpelancongan serta menaikkan imej negara. Parapeserta bengkel juga diraikan dalam majlis jamuanmakan malam di samping dihiburkan denganpersembahan kebudayaan masyarakat Malaysia.Sepanjang bengkel ini, penganjur telahmenyediakan ruang pameran yang disertai oleh 14buah syarikat terkemuka yang mempamerkanperalatan dan perisian ukur dan pemetaan.

5

Page 6: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

J AWATANKUASA BersamaSempadan AntarabangsaMalaysia-Thailand telah

mengadakan mesyuarat ke 20pada 1 - 3 Ogos 2001 di PulauPinang. Dalam mesyuarat ini,perwakilan Malaysia diketuai olehY. Bhg. Prof. Datuk Dr. Nik Mohd.Zain Haji Nik Yusof, KetuaSetiausaha Kementerian Tanahdan Pembangunan Koperasimanakala perwakilan Thailanddiketuai oleh General SampaoChoosri, Supreme Commanderof Royal Thai Armed Forces.

Sempadan AntarabangsaMalaysia - Thailand adalahditentukan mengikut perjanjianyang telah ditandatanganibersama oleh Kerajaan British danSiam pada 10 Mac 1909.Mengikut perjanjian ini,sempadan antarabangsaMalaysia -Thailand ditentukanmengikut dua kaedah iaitu‘watershed’ dan ‘thalweg’.

Dalam perkembanganselanjutnya, satu MemorandumPersefahaman berkaitan denganpengukuran bersama bagiSempadan Antarabangsa ini telahditandatangani oleh KerajaanMalaysia dan Thailand pada 8September 1972. Pengukurandan penandaan sempadansepanjang 551.5 km ini telahdimulakan pada 6 Julai 1973 dantamat pada 26 September 1985.Sementara itu, pada 1993kedua-dua negara telah bersetujupada dasarnya untukmenjalankan pengukuran danpenandaan tetap dan kekalSempadan AntarabangsaMalaysia - Thailand di sepanjang95 km di Sungai Golok.

Kerja-kerja peringkat awalan bagiyang dijalankan oleh PasukanUkur Bersama meliputipenggambaran udara,penyediaan jalor peta,sambungan datum datar/tegakdan ukuran titik kawal disepanjang Sungai Golok yang

dimulakan pada tahun 1999 telahpun diselesaikan.

Di mesyuarat ini, ke dua-dua belahpihak telah bersetuju dengankemajuan ukuran yang telahdijalankan oleh Pasukan UkurBersama Sempadan AntarabangsaMalaysia - Thailand di SungaiGolok sepanjang 13 km( Kg. K Jambu/Ban Kua Lo Ta )Tanda Sempadan ‘B’ di muaraSungai Golok.

Mesyuarat juga dimaklumkandengan kemajuan yang dijalankanoleh Pasukan Ukur Bersama bagipembinaan dan penyelenggaraan‘single barrier’ di SempadanAntarabangsa Malaysia - Thailandantara BP 13/16 dan BP 15CKawasan Keutamaan IV (BP8C - BP 16) di Padang Besar, Perlis.

Mesyuarat juga bersetuju dengangaris panduan yang dicadangkanbagi mendokumentasikan sejarahpengukuran SempadanAntarabangsa Malaysia-Thailand.

Garis Panduan Bagi Mendokumentasikan SejarahPengukuran Sempadan AntarabangsaMalaysia-Thailand Dipersetujui

6

Page 7: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

J AWATANKUASA BersamaPenandaan dan PengukuranSempadan Antarabangsa

Malaysia (Sabah dan Sarawak)dan Indonesia (Kalimantan Timurdan Barat) telah mengadakanmesyuarat ke 27 pada 29 - 31Oktober 2001 di Kota Kinabalu,Sabah.

Mesyuarat kali ini adalah mengkajikemajuan yang dicapai dalamkerja-kerja penandaan danpengukuran SempadanAntarabangsa Malaysia (Sabahdan Sarawak) - Indonesia(Kalimantan Timur danKalimantan Barat) bagi tempoh 15Jun 2000 hingga 5 April 2001.

Perwakilan Malaysia diketuai olehY. Bhg. Prof. Datuk Dr. Nik ZainHaji Nik Yusof, Ketua SetiausahaKementerian Tanah danPembangunan Koperasimanakala perwakilan Indonesiadiketuai oleh Yang Terhormat Dr.Ir. S. Nurbaya MSc, SeketarisJenderal, Departemen DalamNegeri, Indonesia. Turut serta dimesyuarat ini adalah Ketua

Pengarah Ukur dan Pemetaan,Y.Bhg. Dato’ Hamid Ali, pegawaikanan JUPEM, KementerianTanah dan PembangunanKoperasi, Kementerian Luar,Jabatan Peguam Negara danlainnya.

Dalam tempoh tersebut iaitudaripada 15 Jun 2000 hingga 5April 2001, Pasukan UkurBersama telah berjayamenjalankan kerja-kerja ukuransiasatan, tanam pastian danpenyelenggaraan bagi sub-sektordari tanda sempadan A 2 hinggaA 768 bagi Kawasan KeutamaanI (A - B) sepanjang 46.6 km diSektor Sabah ñ Kalimantan Timur.Sementara itu Pasukan UkurBersama dari SektorSarawak - Kalimantan Barat telahberjaya melaksanakan kerja-kerjaukuran siasatan, tanam pastiandan penyelenggaraan sepanjang68.778 km.

Dalam mesyuarat ini,k e d u a - d u a P e n g e r u s iJawatankuasa BersamaPenandaan dan Pengukuran

Sempadan Antarabangsa antarakedua-dua negara telahmenandatangani MemorandumPersafahaman yang dikenalisebagai ‘MemerandumPersefahaman Kota Kinabalu2001’ meliputi jarak 12.184 kmSempadan AntarabangsaMalaysia (Sarawak) danIndonesia (Kalimantan Barat).

Bagi tahun 2002, mesyuarat telahbersetuju untuk melaksanakanukuran siasatan, tanam pastiandan penyelenggaraan sepanjang29.3km bagi Sektor KalimantanBarat - Sarawak. Bagi Sektor,Kalimantan Timur - Sabah pula,mesyuarat telah bersetujumelaksanakan kerja di KawasanKeutamaan I (A - B) dengan jarak21.5 km dan di KawasanKeutamaan II (B - C) denganjarak 15.6 km. Ukuranpenyelenggaraan bersama iniakan dilaksanakan oleh 4Pasukan Ukur yang terdiri dari 2pasukan bagi setiap sektor.

‘Memorandum Persefahaman KotaKinabalu 2001’ Dimeterai

7

Page 8: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

PENGURUSAN cekap danteratur memungkinkankejayaan sesuatu yang

dirancang dapat dicapai danmemenuhi matlamatnya. Dalamhubungan ini, JUPEM telahmengadakan mesyuaratpengurusan pada 6 - 7 Disember2001 bertempat di Hotel Regent,Kuala Lumpur bertujuan untukmendapatkan maklum balasberkaitan dengan kemajuanaktiviti yang telah ditetapkan.

JUPEM Kaji Prestasi Kemajuan Aktiviti

8

Mesyuarat yang dipengerusikanoleh Ketua Pengarah Ukur danPemetaan Malaysia, Y. Bhg. Dato’Hamid Ali membincangkanpencapaian dan kemajuan aktivitisepanjang tahun 2001. Kemajuanyang dibincangkan meliputi aktivitiukur geodetik, pemetaan,pengukuran hakmilik, dan jugapersempadanan di peringkatnegeri dan antarabangsa yangtelah ditetapkan matlamatnya. Disamping itu, perkara-perkara yangberkaitan dengan pengurusan

sumber manusia, kewangan,projek pembangunan dan lain-lainjuga turut dibincangkan.

Melalui kaedah ini, pihakPengurusan Tertinggi JUPEMdapat menganalisis pencapaiansebenar di sampingmengenalpasti kejayaan dankelemahan yang perlu diperbaiki.Pengarah-Pengarah UkurBahagian juga membentangkanperancangan dan menetapkanmatlamat kemajuan aktivitibahagian masing-masing.

Dalam pada itu, Ketua PengarahUkur dan Pemetaan telahmemperincikan cabaran-cabaranyang sedang dan akan dihadapiserta langkah-langkah positifyang harus diambil dalammelaksanakan aktiviti yangdirancang dapat berjalan denganlancar dan mencapaimatlamatnya.

Page 9: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

PERKEMBANGAN mutakhirberkaitan denganperubahan atau pindaan

sesuatu akta yang sering dijadikanrujukan dalam kerja-kerjaseharian harus difahamipelaksanaannya denganmenyeluruh. Dalam hubungan ini,JUPEM bersama Bahagian UkurTanah, Pertubuhan JuruukurMalaysia (ISM) telahmenganjurkan SeminarPerundangan Tanah pada 29September 2001 bertempat diDewan Ukur, Ibu Pejabat, JalanSemarak, Kuala Lumpur.

Y. Bhg. Dato’ Hamid Ali, KetuaPengarah Ukur dan Pemetaantelah mempengerusikan seminarini dan mendapat sambutan yangmenggalakan dan berjayamanarik lebih 200 orang peserta.Ketika ini, Kementerian Tanah danPembangunan Koperasi sedangmengkaji dan mengemaskinibeberapa peruntukan dalamKanun Tanah Negara (KTN)selaras dengan kepesatanpembangunan negara dan situasisemasa.

Seminar kali ini menampilkanpenceramah yang terlibat secaralangsung dengan perkembangandan masalah perundangan tanahmasakini.Ceramah yang bertajuk‘Amendments To National LandCode and Strata Title Act:Implication To Land and PropertyDevelopment’ disampaikan olehTuan Hj. Yidis Abdullah, KetuaPengarah Tanah dan Galian,Kementerian Tanah danPembangunan Koperasi.

Seminar ini telah memperincikanpermasalahan dan pindaan terkiniterhadap undang-undang tanahdalam meningkatkan mutuperkhidmatan dan pentadbirantanah di Malaysia. Semasa sesisoal jawab, banyak persoalan

telah diutarakan olehpeserta khususnyaperkara-perkara yang melibatkantafsiran cabutan daripadabeberapa peruntukan dalamKanun Tanah Negara dan lain-lainAkta di samping amalan yangdipraktikkan di Pejabat TanahDaerah. Selain mendapatpendedahan dan pengalamanbaru, seminar ini juga dapatmengeratkan lagi hubunganantara kakitangan JUPEM danahli-ahli ISM.

Seminar Perundangan Tanah

9

Page 10: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

SINOPSIS

Pada lazimnya Permohonan Pecah BahagiBangunan Berperingkat (selain daripada RumahKos Rendah) boleh dikemukakan untuk diprosesdi mana terdapat juga ‘Blok Sementara’ (ProvisionalBlock) pada skim tersebut. Blok Sementara ini bolehjadi suatu blok bangunan yang sedang dibina atausuatu blok bangunan yang wujud dalam PelanBangunan yang diluluskan oleh Pihak BerkuasaTempatan. Maka permohonan tersebut bolehdiproses mengikut seksyen 10 A Akta HakmilikStrata 1985. Bagaimanapun dalam seksyentersebut tidak terdapat peruntukan yangmembolehkan pembinaan bertingkat bangunansecara berperingkat atau pewujudan LantaiSementara (Provisional Floor/s) dikeluarkanHakmilik Strata meskipun pelan bangunan tersebuttelah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.Tujuan kertas ini adalah untuk mengemukakan hasildari satu Kes Kajian yang melibatkan pembinaanbangunan bertingkat secara berfasa di manaperuntukan sediada dalam seksyen 10 A AktaHakmilik strata (1985) tidak merangkumi keperluanini. Oleh sebab itu, adalah dicadangkan supayaseksyen tersebut wajar dipinda bagi memenuhikeperluan semasa.

PENGENALAN

Tanah merupakan salah satu komponen yang amatpenting untuk meneruskan aktiviti kehidupan harianmanusia. Negeri Pulau Pinang sebagai salahsebuah negeri yang pesat membangun, keperluanuntuk menyediakan tapak projek perumahan adalahterhad disebabkan oleh harga tanah yang tinggi dikawasan bandar. Dengan sebab itu,kecendurungan pemaju-pemaju perumahan untukmembina bangunan-bangunan pangsapuri sertapusat-pusat perniagaan bertingkat (multilevelstoreys) adalah menjadi pilihan utama untuk

mengatasi masalah kos tanah yang tinggi di sampingmemilih lokasi strategik di tengah-tengah bandar.

Dalam keadaan ekonomi yang kurangmemberangsangkan, terdapat juga pemaju-pemajuberhasrat mengurangkan kos keseluruhan projekpembinaan bangunan bertingkat denganmengurangkan bilangan tingkat bangunan berbandingdengan Pelan Bangunan yang telah pun diluluskanoleh pihak berkuasa tempatan. Dalam hal ini pihakpemaju besar kemungkinan mengambilkira sumberkewangan projek tersebut serta permintaan pasaransemasa. Justeru, pihak pemaju tiada pilihan samadameneruskan projek pembinaan mengikut pelan yangtelah pun diluluskan atau dibatalkan sahaja projektersebut jika pembinaannya belum lagi dimulakan.

Oleh sebab pembatalan projek keseluruhan akanmerugikan semua pihak khususnya 142 syarikatberkaitan sektor binaan, adalah disyorkan supayapembangunan berperingkat bangunan bertingkatmerupakan salah satu langkah bijak yang perlu

Cadangan Pewujudan Lantai SementaraDalam Mengemukakan Permohonan Pecah BahagiBangunan

(Petikan Kertas Kerja Persidangan Pengarah-Pengarah Ukur 2001)Oleh,

Encik Marzuki Mohd. Kassim, AMNPengarah UkurPulau Pinang

10

Jadual di atas menunjukkan permohonan yangditerima oleh JUPEM Pulau Pinang dari JUBL bagisektor pecah sempadan dan pecahbahagi bangunan

Tahun PermohonanBiasa

PermohonanStrata

8,019

10,168

10,026

7,858

8,976

6,085

2,776

5,425

10,480

12,995

10,993

6,299

Bil.Skim

24

78

67

104

161

110

1995

1996

1997

1998

1999

2000

Page 11: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

diserapkan dalam pembangunan perperingkat danseterusnya mencari jalan bagi pemprosesanpermohonan bagi tingkat-tingkat sementara(Provisional Floor/s).

LATAR BELAKANG

Jabatan Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang telahmenerima satu permohonan Pelan Strataberhubung dengan Fail Ukur PUBLPP(B)12-2001di mana Pelan Bangunannya MPSP/40/5-31/746B.2 yang telah diluluskan oleh Majlis PerbandaranSeberang Perai pada 29 Mei 1997.

Mengikut Pelan Bangunan tersebut kelulusanadalah untuk binaan satu blok bangunan ( M l )tujuh tingkat dan sepuluh tingkat pusat perniagaandiatas lot 5645, Mukim 2 Bandar Seberang Jaya,Daerah Perai Tengah. Permohonan Pecah BahagiBangunan yang diterima adalah untuk tujuh tingkatdan dua tingkat sahaja. Baki lapan (8) tingkat iaitudari tingkat 3 hingga 10 belum lagi dibina dandijangka untuk pembangunan di masa hadapan.

Memandangkan kesemua unit-unit petak telah pundijual dan Sijil Kelayakan Menduduki (63/1/2000)telah pun dikeluarkan oleh Majlis PerbandaranSeberang Perai pada 20 September 2000 ke atasbangunan bagi pembinaan semasa maka pihakpemaju berkewajipan untuk mengemukakan PelanStrata Pecah Bahagi Bangunan selaras dengankeperluan seksyen 8 AHS 1985.

Sekiranya permohonan ini diteruskan danselanjutnya didaftarkan Dokumen Hakmilik Strata,maka peluang untuk pemaju membina baki tingkat3 hingga 10 sepertimana diluluskan dalam pelanbangunan asal akan tertutup dengan sendirinya.Menyedari hakikat ini pihak pemaju sudah tentutidak berminat untuk meneruskan pembangunanpada skim tersebut pada masa akan datang.

1 1

CADANGAN PENYELESAIAN

Daripada kes kajian di atas, jelas menunjukkanbahawa kemudahan untuk memproses pecah bahagibangunan berperingkat serentak dengan BlokSementara (Provisional Block) tidak merangkumitingkat-tingkat sementara (Provisional Floor/s)diadakan pada bangunan Ml yang telah pun diluluskandalam pelan bangunan asal.

Dengan ini, adalah dicadangkan supaya diwujudkanjuga Lantai Sementara sama seperti Blok Sementarabagi yang akan didirikan atau dalam prosespembinaan. Ini boleh dilakukan dengan memasukkanperkataan Provisional Floor/s selepas perkataanProvisional Block yang terdapat dalam Akta HakmilikStrata 1985(Act 318) serta pindaannya Akta (A753)1990 dan Akta (A951 ) 1996.

Seksyen-seksyen 10A, 15 hingga 16 dan seksyen 19hingga 22 di mana terdapat perkataan ProvisionalBlock ditambahkan dengan perkataan ProvisionalBlock/Floor atau Blocks /Floors.

KESIMPULAN

Dengan mewujudkan Lantai Sementara dalamperuntukan Akta Hakmilik Strata 1985, diharapkanbahawa di samping memenuhi keperluanpembangunan semasa bangunan bertingkat(Multilevel Storeys), turut memantapkan lagi prosedurpecah bahagi bangunan dan permohonan HakmilikStrata secara berfasa mengikut tingkat-tingkatbangunan yang siap dibina dengan mengambil kirauntuk pembangunan masa hadapan pada skimtersebut.

Page 12: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

MENGAWAL mutu kerjaharus dijadikan agendautama ke arah

menjadikan sebuah organnisasiitu mencapai sesuatupengiktirafan. Ini akan dapatdirealisasikan dengan adanyaaktiviti Kumpulan Meningkat MutuKerja (KMK) yang digerakkan disemua cawangan. Dalamhubungan ini, JUPEM telahmenganjurkan Konvensyen KMKpada 5 - 6 November 2001bertempat di Allson Klana Resort,Seremban, Negeri Sembilan.

Perasmian Konvensyen KMK KeV yang dianjurkan oleh JUPEMsejak tahun 1994 disempurnakanoleh Ketua SetiausahaKementerian Tanah Dan

Pembangunan Koperasi, Y. Bhg.Prof. Datuk Dr. Nik Mohd. Zain Hj.Nik Yusof. Dalam ucapanperasmian, beliau telah menyeruagar ahli-ahli KMK akan terusberusaha untuk mencaripenyelesaian, penambahbaikanterhadap masalah, kaedah danproses kerja di organisasimasing-masing. Kegiatan KMKjuga telah dikenalpasti sebagaisalah satu mekanisme yangpraktikal dalam meningkatkankualiti dan produktiviti jabatan.

Terdahulu daripada itu, TimbalanKetua Pengarah Ukur danPemetaan, Y. Berusaha. EncikChia Wee Tong, mewakili KetuaPengarah Ukur dan Pemetaanjuga selaku Pengerusi Jawatan

penanda aras dalam meningkatkanprestasi masing-masing.

Majlis perasmian ini diserikandengan persembahan kumpulankoir dari Ibu Pejabat JUPEM KualaLumpur yang menyampaikanbeberapa buah lagu termasuklagu rasmi JUPEM (JUPEM keArah Jaya).

Konvensyen kali ini disertai oleh16 kumpulan dari semua JUPEMNegeri dan Seksyen-seksyenyang melibatkan lebih 200orang termasuk pemerhati.Kumpulan-kumpulan yang terlibatadalah seperti berikut:

KUNCI - SarawakPertumbuhan Kulat Pada AlatUkur

TERAS - PerlisKaedah MemudahkanPenggunaan ‘PALMTOP’ DalamPengukuran Kadaster

ANGGERIK BIRU - SelangorMengwujudkan Daftar LotBerkomputer

COPOINT - Seksyen CAMSSistem Rekod Titik Kawal Bumi

GLOBAL - SabahMasalah Pencatat Buku KerjaluarDi Projek Pengukuran danPenandaan SempadanAntarabangsa Malaysia-Indonesia

MUTIARA 3639 - Pulau PinangKe Arah MempercepatkanPengeluaran Pelan AkuiBerkonsepkan ‘Field To Finish’

POE-KAIZEN - Negeri SembilanKurangnya pendedahan DanPengetahuan Kepada SemuaBidang Kerja-Kerja Ukur DanPemetaan Di Kalangan Juruteknik

TERAS - PahangKelambatan MenyediakanSurihan Kerjaluar

Konvensyen KMK JUPEM 2001

1 2

P e n g a n j u rK o n v e n s y e nm e n y a t a k a nb a h a w aKonvensyen inim e r u p a k a nmedan bagipenggiat KMKj a b a t a nm e n c e t u s k a nidea-idea barud a np e n y e l e s a i a nmasalah kualitiuntuk dikongsib e r s a m aseterusnya dapatd i j a d i k a n

Page 13: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

REJA DOT COM - SeksyenKartografiKesulitan Menggambarkan(Visualize) Maklumat DalamPemetaan Tematik

CANDAT - TerengganuPermintaan Ukur (PU)Konvesional kepada PermintaanUkur (PU) Berdigit

PEKA - KelantanPenambahbaikan BatuSempadan Bagi MengurangkanMasalah Semasa Kerja Luar

JITU - JohorSistem Pengurusan Imej LembarPiawai (SPIL)

NADI - MelakaKesukaran MendirisiapkanKakitiga Melambatkan ProsesCerapan Data Di Lapangan

AYUN - KedahKesukaran Membawa Tripod KeTempat Kerja

TERAJU - PerakMengatasi Masalah TunggakanKerja Penyediaan JK dan PA DiCawangan CPS

AKRAB - W.P. Kuala LumpurMengadakan Satu Pusat KaunterFail

Panel Penilai konvensyen terdiridaripada Puan Lim Peng Joo dariInstitut Tadbiran Awam Negara(INTAN), Tuan Haji MuhamedKamil bin Mat Daud dari JabatanUkur Dan Pemetaan Malaysia(JUPEM), Tuan Haji Suhaimi bin

Md. Ali dari Lembaga Tabung Haji(LTH) dan Puan Normi bt. Awangdari Lembaga Kemajuan IkanMalaysia (LKIM). Konvensyen inijuga di dedahkan denganpersembahan KMK jemputan iaitukumpulan SINAR SAFE dariJabatan Kerja Raya, Tampin,Negeri Sembilan.

Berdasarkan kepada fakta danpenilaian, pihak penilai telahmemilih tiga kumpulan terbaiksebagai pemenang. KetuaPengarah Ukur dan PemetaanMalaysia, Y. Bhg. Dato’ Hamid Alitelah menyampaikan hadiahkepada pemenang-pemenangsebagaimana berikut:

JohanPEKA - Kelantan

1 3

Naib JohanCANDAT - Terengganu

REJA DOT COM - SeksyenKartografi

Upacara penutup disempurnakanoleh Ketua Pengarah Ukur danPemetaan Y. Bhg Dato’ Hamid Ali.Beliau telah melahirkan rasabangga di atas penglibatan danpenyertaan kakitangan dalammenjayakan Konvensyen KMK keV JUPEM ini. Menurutnya lagi,pihak pengurusan JUPEM akanmengambil perhatian kesesuaianidea-idea baru yangdipersembahkan untuk dijadikanasas sebelum dilaksanakansecara menyeluruh di JUPEM.

Page 14: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

U SAHA membangunkaninfrastruktur informasiserantau dan global

adalah usaha yang amat pentinguntuk dimanfaatkan dalammenyumbang kerjasamamenjalankan aktiviti lain berkaitandengan pendidikan, latihan,pemindahan teknologi dansebagainya. Dalam hubungan iniJabatan Ukur dan PemetaanMalaysia (JUPEM) telahmenganjurkan ‘PermanentCommittee On GIS Infrastructurefor Asia and the Pacific (PCGIAP)Working Group I and WorkingGroup III Workshops On RegionalGeodesy And Cadastre’. Majlisperasmian bengkel yang disertaioleh 130 peserta dari dalam negeridan 50 peserta dari luar negaraini disempurnakan oleh YAB TanSri Dr. Koh Tsu Koon, KetuaMenteri Pulau Pinang pada 11September 2001 bertempat diHotel Park Royal, Pulau Pinang.

PCGIAP adalah pertubuhanbukan kerajaan bagimeningkatkan taraf ekonomi,sosial dan alam sekitar denganmenggunakan GIS (GeographicInformation System) menurutAgenda 21 Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu.Penganjuran bengkel ini adalahuntuk memberi peluang kepadaahlinya berbincang ke atas kerjadan kajian mereka ke arahmembangun dan melaksanakaninfrastruktur informasi serantaudan global. Di samping itu,pakar-pakar dan peserta-pesertadapat bertukar fikiran danpengalaman dalammenyelesaikan masalah yangberhubung kait denganpembangunan datum serantaudan hal-hal berkaitan kadasterserta pentadbiran tanah.

Di dalam bengkel ini pakar-pakardari dalam dan luar negeridijemput untuk menyampaikankajian dan kertas kerja merekamengenai isu-isu yang berkaitan.Mereka terdiri daripada pakaryang bertugas di jabatan-jabatankerajaan, institusi pengajian tinggidan mereka-mereka yangberminat dalam mewujudkanrangka rujukan geodetik serantau,infrastruktur GIS dan kadaster.

Penubuhan rangkaian kawalangeodetik serantau ini adalahtermasuk melaksanakan kempencerapan GPS tahunan dalamProjek Geodetik RantauAsia-Pacific. Kerjasama dansumbangan negara-negaraanggota akan memudahkanusaha penubuhan satu datumgeodetik serantau bagi

Bengkel‘Permanent Committee On GISInfrastructure For Asia And ThePacific (PCGIAP) Working Group IAnd Working Group III OnRegional Geodesy And Cadastre’

1 4

Page 15: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

menyokong pembangunan GISserantau. Datum geodetik serantauini akan dihubungkan dengan datumgeodetik individu negara anggotamelalui penambahan titik kawalankepada ‘International TerrestrialReference Frame (ITRF) ’ yangmerupakan satu sistem koordinatyang jitu. Dengan pengwujudan satudatum geodetik ini, negara anggotaakan lebih mudah menguruskan asetdan sumber untuk pembangunankeperluan ekonomi dan sosialsemasa dan masa depan.

Hasil dan rumusan bengkel ini akanmembantu PCGIAP membuat kajianserta membangun danmengendalikan satu infrastrukturgeodetik dan kadaster sebagai asaspenubuhan Sistem MaklumatGeografik serantau. Satu laporan darisetiap Kumpulan Kerja akandisediakan untuk tindakan LembagaEksekutif PCGIAP. Laporan inimeliputi tindakan-tindakan yang telahdiambil oleh KumpulanKerja dalam menyelesaikanperkara-perkara yang dibangkitkan,kemajuan telah dicapai dan kajiansemula ke atas pelan tindakan.Seterusnya laporan ini diedarkankepada negara-negara terlibat untuktindakan dan kebaikan serantau.

Dalam merealisasikan hasrat ini,JUPEM telah berusaha untukmempertingkatkan pentadbiran datakadasternya dengan mengadakanprogram pemodenan seperti SistemPengurusan Data Kadaster - SPDK.Sistem yang meliputi pengwujudandan pengurusan pangkalan datakadaster berdigit bagi seluruh negaratelah berupaya menyebarkandatanya menggunakan e-dagangmelalui Internet.

Para peserta bengkel juga diraikandalam majlis jamuan makan malamdi samping dihiburkan denganpersembahan kebudayaanmasyarakat Malaysia. Sepanjangbengkel ini, penganjur telahmenyediakan ruang pameran yangdisertai oleh 10 buah syarikatterkemuka yang mempamerkanperalatan dan perisian ukur danpemetaan.

1 5

Page 16: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

D I SAMPING menjalanirealiti kehidupanbiasa seperti

kesibukan tugas-tugasseharian, aktiviti kebajikandan sosial tidak harus diketepiatau dipinggirkan bagimenuntut komitmen yangmenjurus kepada peningkatankualiti dan produktiviti.

Atas kesedaran ini, pihakJUPEM Johor telahmenganjurkan satu programJamuan Makan Malam yangdiadakan pada 20 September2001 bertempat di Hotel NewYork, Johor Bahru. Programini mendapat sambutan yangmenggalakkan dari semuaperingkat kakitangan bersertakeluarga masing-masing.

Ketika menikmati hidangan yangdisediakan, kakitangan JUPEM Johorserta keluarga dihiburkan denganmengadakan persembahan nyanyian

dan kebudayaan. Seperkara yangmenarik perhatian adalah kakitanganJUPEM Johor bersama keluargatelah mempersembahkan tairanasli Johor iaitu Zapin Pekajang.Zapin Pekajang adalah di antarabeberapa tarian zapin yangterdapat di Negeri Johor. Dalamucapan aluan, Pengarah UkurJohor, Encik Samad Haji Abumelahirkan rasa bangga keranadalam era globalisasi, kakitanganJUPEM Johor berjayameneruskan kesinambunganwarisan bangsa. Di samping itubeliau menyeru agarsemua warga JUPEM Johormengeratkan lagi hubungansesama kakitangan yang menjanasemangat setiakawan dan jati dirike arah peningkatan kualiti kerjadan perkhidmatan.

Zapin PekajangMeriahkan Majlis Makan Malam JUPEM Johor

1 6

Page 17: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

Melalui pameran, JUPEM dapatmenyebarkan maklumat sertameningkatkan kesedaranmasyarakat tentang peranan danpentingnya data-data ukur sertamaklumat geografi dalamkehidupan. Data ukur danmaklumat geografi ini telahdijadikan asas untuk dikembangdan dipelbagaikan kegunaanyaoleh jabatan/agensi kerajaan sertaindividu menerusi beberapaperisian Sistem MaklumatGeografi (Geographic InformationSystem - GIS) yangdibangunkannya.

L IMA orang pegawai kanan dari GeneralDepartement Land Administration - GLDA,Vietnam, telah membuat lawatan rasmi ke

JUPEM pada 3 Disember 2001. Lawatan iniadalah sebahagian daripada rangka lawatankerjanya ke Malaysia di samping mengeratkanlagi persahabatan antara ahli yang terlibat dalambeberapa pertubuhan yang dianggotai khususnyaberkaitan dengan bidang ukur dan pemetaan.

Dalam lawatan ini, satu taklimat ringkas tentangJUPEM telah disampaikan oleh Pengarah UkurBahagian (Penyelarasan Kadaster), Tuan HajiChe Abdullah Mohd. Rejab di Bilik Persidangan,Bangunan CAMS. Turut hadir di majlis ini adalahY. Berusaha Encik Chia Wee Tong, TimbalanKetua Pengarah Ukur dan Pemetaan bersamapegawai kanan JUPEM yang lain.

Deligasi juga mengadakan perbincangan duahala menyentuh tentang kaedah teknologi yangdigunakan, perundangan, penyebaran maklumatdan hasil daripada perkhidmatan dan jualanmaklumat. Di samping itu, deligasi ini juga dibawamelawat ke Seksyen CAMS dan FMS sertaJUPEM W.P Kuala Lumpur bagi menyaksikankerja-kerja pemetaan dan pengurusan datakadaster dilaksanakan.

Bagi pembangunan rancangantanah, tanggungjawab JUPEMadalah bermula denganmenjalankan ukuran penandaantanah bagi kawasan yang dikenalpasti untuk tujuan pengwartaan.Seterusnya JUPEM akanmelaksanakan kerja-kerjapemetaan topografi denganmenggunakan teknikpenggambaran udara bagimembolehkan pihak FELDAmembuat pelan perancanganinfrastruktur dan pembangunan

kawasan. Akhirnya, JUPEM akanmenjalankan ukuran halus bagilot-Iot yang dikehendaki sepertiperumahan, pertanian dan industriuntuk tujuan penyediaan danpengeluaran Hakmilik Tanah.

Dari m/s 1

Pegawai Kanan GDLA Vietnam Lawat JUPEM

1 7

Page 18: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

Ketua Pengarah Ukur danPemetaan,Y. Bhg Dato’ Hamid Ali,dalam ucapan alu-aluannya telahmenyatakan bahawa aktiviti sukanyang dijalankan akan menjadipemangkin kepada pemupukansemangat berpasukan yang tinggi,di samping dapat meningkatkankualiti dalam perkhidmatan. Selainitu, beliau juga menyatakanbahawa Pesta Sukan Ukur iniakan dapat memperkukuhkansemangat perpaduan, sikapbekerjasama yang tinggi sertamenerapkan aspek persaudaraandan persahabatan dalam setiapgerak kerja yang dijalankan.

Semangat kesukanan yang tinggiakan melahirkan sifat dannilai-nilai murni yang harus dimilikioleh warga JUPEM.

Walaupun Pesta Sukan Ukur inidiadakan secara sederhana,namun ia pasti akan membawakenangan manis kepada semuapeserta yang mengambilbahagian. Terdahulu daripada itu,Pengarah Ukur dan PemetaanSelangor, Encik Mohamed Yunusselaku Pengerusi JawatankuasaPengelola dalam ucapannya telahmenyatakan bahawa dengankerjasama semua pihak, Pesta

Sukan Ukur ke XXV telah dapatdilaksanakan dengan jayanya.

Acara ini disusuli denganmenaikkan Bendera Majlis SukanJabatan Ukur (MSJU) dinaikkanoleh Pasukan KESATRIA UiTMmenandakan bermulanya PestaSukan Ukur Ke XXV dan diikutilafaz ikrar sukan. Seterusnya YABMenteri Besar Selangor diiringioleh Ketua Pengarah Ukur danPemetaan untuk diperkenal danmenyampaikan cenderahatikepada ketua-ketua kontinjenyang mengambil bahagian.

Dari m/s 20

1 8

PERMAINAN JOHAN NAIB JOHAN KE TIGA

BOLA SEPAKSEPAK TAKRAWTENISPING PONGDAMAK LELAKIDAMAK WANITAKAROM LELAKIKAROM WANITABOLA JARINGBOLA TAMPARHOKIBADMINTONPERBARISAN

Brunei DSNegeri SembilanW.P KLW.P KLPerakPerakTerengganuPahangBrunei DSPerlisKedahBrunei DSJohor

JohorJohorTerengganuSelangorBrunei DSSelangorJohorPerakPerakPahangTerengganuJTU SabahSelangor

TerengganuKedahPerakKedahJTU SabahKedahPahangKedahPahangMelakaJohorTerengganuNegeri Sembilan

Page 19: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

Acara yang dipertandingkan

Sebanyak sebelas acara rasmi telahdipertandingkan kepada peserta lelaki dan wanitauntuk merebut piala-piala pusingan yang disediakan.Pertandingan diadakan di beberapa buahgelanggang utama sekitar Kampus UiTM, ShahAlam, Damansara dan Stadium Astroturf, KompleksSukan Pandamaran, Klang. Acara Damak Wanitamerupakan acara baru yang diperkenalkan musimini.

Jamuan Makan Malam (BBQ)

Semua peserta dari 17 kontingen telah diraikandengan Jamuan Makan Malam (BBQ) yangdiadakan di Laman Budaya, Shah Alam pada 21Oktober 2001 mulai jam 8:00 malam. Majlis BBQ inidimeriahkan dengan selingan muzik danpersembahan oleh Kombo Muzium NegeriSelangor, persembahan kebudayaan danlawak jenaka oleh Dato’ Jamali Shadat danHamid Gurhka. Di samping itu,kontinjen-kontinjen negeri juga turut membuatpersembahan.

Juara Keseluruhan

Setelah empat hari pertandingan belangsung,Kontinjen Perak telah mendahuluikontinjen-kontinjen lain dalam pungutan mata

dan telah melayakkannya untuk munculsebagai Juara Keseluruhan. Ketua PengarahUkur dan Pemetaan telah menyerahkan PialaPusingan Juara Keseluruhan kepada KetuaKontinjen Perak, Encik Chua Hock Swee.

Upacara Penutup

Pertandingan tarik tal i antaraPengarah-Pengarah Ukur Negeri danPegawai-Pegawai Kanan Ibu pejabat penutuptirai kepada acara yang dipertandingkan diPesta Sukan Ukur Ke XXV. Dalampertandingan yang diadakan di Staduim UiTMini, pasukan Pegawai-pegawai Kanan IbuPejabat telah muncul sebagai pemenang.

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan telahmenyampaikan pingat kemenangan dan PialaPusingan kepada ketua kontingen yang berjayadi upacara penutup. Kemuncak kepada acarapenutup ini adalah menurnkan BenderaKejohanan MSJU yang di lakukan olehPasukan KESATRIA UiTM, Shah Alam.Bendera Kejohanan tersebut kemudiannyadiserahkan kepada Pengarah Ukur Selangorsebelum diserahkan kepada Pengarah UkurMelaka, Encik Abdul Samad Bahari oleh KetuaPengarah Ukur dan Pemetaan. Melaka telahdipilih oleh MSJU untuk menganjurkan PestaSukan Ukur XXVI pada tahun 2003.

1 9

Page 20: Bil: 31 / 2001

Berita Ukur

PESTA Sukan Ukur Ke XXVtelah berlangsung selamaempat hari mulai dari

19 - 22 Oktober 2001 di ShahAlam, Selangor. Pesta sukan iniadalah lanjutan daripada PestaSukan Ukur Ke XXIV yangdiadakan di Pulau Pinang pada4 - 5 September 1999 yang lalu.

Sebanyak 17 kontinjen meliputisemua Jabatan Ukur danPemetaan Negeri termasukSabah, Sarawak, Labuan,Jabatan Tanah dan Ukur Sabahdan Jabatan Ukur Negara BruneiDarussalam telah menyetai pestaini. Kontinjen terlibat telahmenghantar peserta yangmelebihi 1400 orang kesemuanya.Peserta -peserta ditempatkan diKampus Universiti Teknologi Mara(UiTM), Shah Alam.

Upacara Perasmian

Upacara perasmian dimulakandengan lintas hormat oleh 17kontinjen yang mengambilbahagian. Perasmian PestaSukan Ukur XXV disempurnkanoleh YAB Dato’ Seri Dr. MohamadKhir Toyo, Menteri Besar Selangorbertempat di Staduim UiTM, ShahAlam,Pesta Sukan Ukur pada 20Oktober 2001 mulai jam 2:30

petang. Dalam ucapanperasmian, YAB Menteri BesarSelangor telah menyatakanbahawa penganjuran PestaSukan Ukur di BandarayaAnggerik Shah Alam ini sedikitsebanyak dapat membantuindustri pelancongan NegeriSelangor. Menurutnya lagi,sebagai kakitangan awam,pembabitan dalam aktiviti sukandapat memberi ketahanan darisegi mental dan fizikal serta dapatmenghasilkan kakitangan yangcergas, berkualiti, produktif dan

berwawasan.

Upacara perasmian dimeriahkandengan acara penerjunan olehPasukan Payung Terjun daripadaKelab Selangor Aero Sportdengan kerjasama Kenari Air.Pasukan ini telah melakukanbeberapa penerjunan yangmempunyai mesej tersendiri diantaranya penerjunan membawateks ucapan perasmian, BenderaKejohanan (MSJU) dansebagainya.

Bersambung ke m/s 18

Sumbangan anda adalah dialu-alukan bagi menjadikan penerbitanBerita Ukur lebih luas dan padat - Sidang Pengarang

Sumbangan anda adalah dialu-alukan bagi menjadikan penerbitanBerita Ukur lebih luas dan padat - Sidang Pengarang

PESTA SUKAN UKUR KE XXVPESTA SUKAN UKUR KE XXV

Disedia dan dicetak oleh JUPEM No.244 - 02