Bil: 46 / 2009

32
1 BeritaUKUR Januari-Jun 2009 sesi cerapan dengan alat ukur Total Station. Semasa lawatan ke Seksyen Penawanan Data, JUPEM, beliau diberi taklimat khas melalui paparan poster dan bahan- bahan data-data pemetaan serta peralatan yang terdapat di Seksyen Penawanan Data, Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur. Beliau juga diberi penerangan berkenaan proses penawanan data-data dari foto udara untuk menghasilkan lembar-lembar peta untuk kegunaan ketenteraan dan orang awam dalam projek pembangunan negara. Beliau menghabiskan masa hampir tiga jam meninjau aktiviti ukur dan pemetaan dilapangan dan Pusat Pemetaan Berkomputer di bangunan CAMS, sebelum berangkat pulang ke Putrajaya pada sebelah petang. Sesungguhnya lawatan ke jabatan ini amat bermakna kepada beliau dan juga pihak JUPEM. Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah melakukan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat JUPEM, Jalan Semarak Kuala Lumpur pada 27 Mei 2009. Lawatan ini adalah antara lawatan rasmi beliau ke semua agensi yang bernaung di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri NRE bagi menggantikan Y.B. Dato’ Senator Maznah Mazlan yang bertukar jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia. Ketibaan beliau ke JUPEM disambut oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali serta pegawai JUPEM yang lain. Manakala sesi taklimat berkenaan aktiviti ukur dan pemetaan diadakan di Wisma JUPEM yang disampaikan oleh Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali . Selepas sesi taklimat beliau di bawa ke perkarangan bangunan CAMS untuk Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 46 JANUARI - JUN 2009 ISSN 0128-0414 LAWATAN TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)

Transcript of Bil: 46 / 2009

Page 1: Bil: 46 / 2009

1 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

sesi cerapan dengan alat ukur Total Station. Semasa lawatan ke Seksyen Penawanan Data, JUPEM, beliau diberi taklimat khas melalui paparan poster dan bahan-bahan data-data pemetaan serta peralatan yang terdapat di Seksyen Penawanan Data, Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur. Beliau juga diberi penerangan berkenaan proses penawanan data-data dari foto udara untuk menghasilkan lembar-lembar peta untuk kegunaan ketenteraan dan orang awam dalam projek pembangunan negara.

Beliau menghabiskan masa hampir tiga jam meninjau aktiviti ukur dan pemetaan dilapangan dan Pusat Pemetaan Berkomputer di bangunan CAMS, sebelum berangkat pulang ke Putrajaya pada sebelah petang. Sesungguhnya lawatan ke jabatan ini amat bermakna kepada beliau dan juga pihak JUPEM.

Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam

Sekitar telah melakukan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat JUPEM, Jalan Semarak Kuala Lumpur pada 27 Mei 2009. Lawatan ini adalah antara lawatan rasmi beliau ke semua agensi yang bernaung di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri NRE bagi menggantikan Y.B. Dato’ Senator Maznah Mazlan yang bertukar jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Ketibaan beliau ke JUPEM disambut oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali serta pegawai JUPEM yang lain. Manakala sesi taklimat berkenaan aktiviti ukur dan pemetaan diadakan di Wisma JUPEM yang disampaikan oleh Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali . Selepas sesi taklimat beliau di bawa ke perkarangan bangunan CAMS untuk

Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Bil : 46 JANUARI - JUN 2009 ISSN 0128-0414

LAWATANTIMBALAN MENTERI

SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)

Page 2: Bil: 46 / 2009

Pengurusan TertinggiDATO’ PROF. DR. ABDUL KADIR BIN TAIB

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

AHMAD FAUZI BIN NORDIN,KMN,JSMTimbalan Ketua Pengarah Ukur dan

Pemetaan Malaysia

HASAN BIN JAMIL,AMNPengarah Ukur Bahagian (Pemetaan)

HAJI MUHAMED KAMIL BIN MAT DAUD,KMNPengarah Ukur Bahagian (Kadaster)

Ketua PenyuntingAHAMAD BIN ZAKARIA

Timbalan Ketua PenyuntingAMRAN BIN ABU RASHID

PenyuntingMUHAMMAD HUSAINI BIN YA’COB

MURDINAH BT. ABDUL RAHIMWAN SAFINAH BT. WAN AZLAN

Pengarang/JurugambarZULKEFLE BIN ABU BAKAR

SURANI BIN LEGIMENMOHAMAD ROSLI BIN MURSIDIMOHD ZAKARIA BIN GZAZALI

Ketua Rekabentuk/PercetakanMUHAMMAT PUZI BIN AHMAT,KSD

Makluman

Semua pendapat dan buah fikiran dalam Berita Ukur ini tidak semestinya pendapat rasmi Pentadbiran Jabatan. Sidang Pengarang Berita Ukur mengalu-alukan sumbangan dari pembaca.

Segala bahan-bahan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan dialamatkan kepada:

PengerusiPenerbitan Berita Ukur

Tingkat 13, Bangunan Wisma JUPEM

Jalan Semarak50578 Kuala Lumpur

Tel : 03-26170800Faks : 603-26170990

Renungan

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : “ Seorang pengembara hendaknya mengucapkan salam kepada pejalan kaki dan pejalan kaki mengucapkan salam kepada orang yang duduk dan jamaah yang beranggota lebih sedikit mengucapkan salam kepada jamaah yang beranggota lebih banyak ”(Riwayat Abu Hurairah r.a.)

Detik Sejarah JUPEMUkuran bersama Sempadan Antarabangsa Malaysa – Thailand telah dimulakan pada tahun 1973. Manakala ukuran bersama Sempadan Antarabangsa Malaysia – Indonesia bermula pada tahun 1975.

Kesibukan merupakan penyebab kebanyakan di antara kita lupa akan kepentingan bersenam. Warga JUPEM harus meluangkan masa untuk melakukan senaman di samping menikmati kesegaran udara yang bersih kerana ini dapat memulihkan tahap kesihatan dan kecergasan. Justeru, warga JUPEM digalakkan bersenam tiga kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi.

Mengapa bersenam itu penting? Bersenam amat penting untuk tubuh badan kita kerana dengan bersenam perjalanan darah dalam badan akan bertambah baik. Lemak-lemak di dalam badan juga boleh dibakar dengan berkesan sekali melalui aktiviti senaman. Warga JUPEM juga disaran agar selalu menekankan tentang pentingnya perjalanan darah supaya menjadi lancar. Oleh itu telah menjadi tanggungjawab warga JUPEM untuk mencari masa untuk bersenam.

Warga JUPEM perlu sentiasa bersyukur kepada tuhan kerana telah mengurniakan tubuh badan yang cantik dan sihat. Sehubungan dengan itu, menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa menjaga dan mengekalkan tahap kesihatan agar tidak menjejaskan tugas seharian di tempat kerja sekiranya kesihatan kita terganggu.

Tahun 2009 amat sibuk buat warga kerja JUPEM, tugas yang tidak pernah habis di pejabat, balik lambat membuatkan masa untuk bersenam semakin terhad, itu tidak termasuk masa untuk bersama keluarga, oleh itu carilah masa untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk membolehkan warga JUPEM sentiasa sihat dan cergas bagi melaksanakan perkhidmatan di jabatan dengan lebih progresif dan cemerlang. Bak kata pepatah, ”Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Ramai penduduk di negara kita masih tidak sedar kepentingan bersenam ini jelas daripada peratusan penduduk Malaysia yang bersenam rendah iaitu hanya 31 peratus, berbanding 40 peratus di kalangan penduduk di negara maju seperti Australia, Amerika Syarikat dan Kanada. Tahukah anda, penyebab utama kematian di Malaysia adalah disebabkan sakit jantung? 55 peratus penduduk Malaysia meninggal dunia disebabkan oleh penyakit jantung. Angka ini menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Hasil kajian juga menunjukkan 70 peratus rakyat Malaysia tidak bersenam menyebabkan mereka boleh terdedah kepada pelbagai penyakit kronik. Oleh itu, salah satu cara untuk untuk mengurangkan risiko penyakit seperti sakit jantung, dengan amalan bersenam. Bak kata pepatah, “mencegah lebih baik dari mengubati” Oleh itu, seharusnya senaman dijadikan amalan hidup kita sebagai warga JUPEM.

Amalan senaman perlu dilakukan dengan betul bagi mengelakkan kecederaan. Senaman yang teratur membantu memanjangkan jangka hayat setiap warga JUPEM. Oleh itu, mulakan program senaman anda perlahan-lahan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa supaya semua warga JUPEM menjadi lebih sihat dan cergas bagi menyumbangkan perkhidmatan yang lebih produktiviti, kreatif dan cemerlang.

Sumbangan anda adalah dialu-alukan bagi menjadikan penerbitan Berita Ukur lebih luas dan padat - Sidang Pengarang

Page 3: Bil: 46 / 2009

Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bilangan 1 tahun 2009 telah diadakan pada 19 Februari 2009 di

Wisma JUPEM Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dalam mesyuarat tersebut, beliau menyarankan kepada warga JUPEM melalui pengarah-pengarah JUPEM supaya memanjat syukur ke hadrat Illahi di atas limpah kurniaNya dipanjangkan umur dapat melangkah ke tahun baru 2009, walaupun masih dalam kemelut kegawatan ekonomi.

Beliau juga mengambil peluang merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua warga JUPEM yang telah bertungkus lumus dan bekerja keras pada tahun 2008 dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Alhamdulillah hasil usaha dari semua warga JUPEM telah menaikkan imej organisasi jabatan, dalam usaha JUPEM untuk menjadi sebuah agensi yang berketerampilan dan berwibawa. Beliau berharap tradisi budaya kerja yang diamalkan warga JUPEM selama ini akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Oleh itu, warga JUPEM perlu merenung dan bermuhasabah apa yang telah dilaksanakan dan pencapaian sebelum ini. Apa yang telah dilalui perlu dijadikan asas dan pedoman serta iktibar untuk terus bergerak menuju ke arah kecemerlangan pada tahun 2009 dan tahun-tahun seterusnya.

Di akhir ucapan pembukaan mesyuarat, beliau berharap agar tahun ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya dan tahun akan datang akan lebih baik dari tahun ini. Selain agenda berkenaan pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 3/2008, agenda utama antaranya ialah Pembentangan Laporan Prestasi Tahun 2008 bagi Bahagian Pemetaan oleh Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan dan Kadaster, Encik Ahmad Fauzi bin Nordin dan Pengarah Ukur Bahagian Kadaster Tuan Haji Muhamed Kamil bin Mat Daud.

Manakala sesi perbincangan SKT Bahagian Pemetaan diadakan pada pukul 12.30 tengah hari dan perbincangan SKT Bahagian Kadaster pula diadakan pada pukul 3.30 petang di Bilik Mesyuarat Mutiara, Wisma JUPEM, Kuala Lumpur. Sempena berlangsung mesyuarat pada kali ini, pihak pengurusan juga sudi meluangkan sedikit masa di penghujung mesyuarat bagi menghargai jasa kakitangan JUPEM yang akan bertukar ke jabatan lain dan telah bersara dengan menyampaikan ucapan terima kasih dan penyampaian sijil penghargaan serta cenderahati kenang-kenangan dari pihak jabatan.

Mesyuarat Pengurusan JUPEM

PERTUKARAN PERSARAAN3 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Page 4: Bil: 46 / 2009

4 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Majlis solat sunat gerhana dan cerapan sempena gerhana matahari 2009 telah diadakan pada

26 Januari 2009, pukul 2.30 petang bertempat di perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan. Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Masjid Wilayah Persekutuan, Planetarium Negara, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Universiti Malaya.

Perasmian majlis disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM. Program ini juga dapat mengingatkan kita tentang kebesaran tuhan supaya kita menjadi insan yang lebih bertakwa dalam menghadapi tanggungjawab dan cabaran ketika memikul tanggungjawab di dunia.

Manakala, taklimat Fenomena Gerhana Matahari dari perspektif astronomi disampaikan oleh Dr. Azhari bin Mohamed, Pengarah Seksyen Geodesi, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Manakala Y.Bhg. Tan Sri Sheikh Ismail bin Muhamad, Imam Besar Masjid Negara menyampaikan khutbah beliau dengan tajuk Fenomena Gerhana Matahari dari perspektif Islam.

JUPEM turut menghantar 12 orang pegawai untuk tujuan kerja-kerja cerapan di samping memberi ceramah sempena majlis solat sunat gerhana dan cerapan matahari 2009. Seksyen Geodesi JUPEM telah membekal sebanyak lima alat ukur untuk orang ramai melihat kejadian gerhana separa ini iaitu dua teleskop Meade LX200 dan tiga alat total station yang dilengkapi

dengan penapis cahaya matahari.Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T. tidak berlakunya gerhana kerana kematian atau kelahiran (kemunculan) seseorang, maka apabila berlakunya gerhana, hendaklah melakukan solat sunat gerhana dan berdoalah kepada Allah sehingga berakhirnya gerhana”. Bagi mengingati gerhana matahari pada hari tersebut solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Solat sunat gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 Al-Fatihah, 4 ruku’

dan 4 sujud :Fenomena yang jarang-jarang berlaku iaitu gerhana matahari separa yang boleh dilihat melalui teleskop bercermin gelap dan cermin mata gelap yang mampu menapis sebahagian cahaya matahari yang kuat. Agensi Angkasa Negara (Angkasa), menyatakan bahawa Gerhana Matahari Anulus akan berlaku pada tarikh tersebut selama 3 jam 46 minit bermula dari lautan India ke sebelah Barat Indonesia. Kejadian gerhana matahari yang bermula pada 4.30 petang dan berakhir pada jam 7.30 malam telah disaksikan oleh sebahagian penduduk di dunia terutamanya penduduk Indonesia dengan gerhana matahari berbentuk cincin.

Penduduk Malaysia berpeluang melihat gerhana matahari separa pada kira-kira pukul 4.30 petang apabila bulan mula menyentuh cakera matahari. Keadaan ini dikenali sebagai ’sentuhan pertama’ iaitu permulaan gerhana matahari separa.”

Gerhana Matahari di Malaysia 2009

Page 5: Bil: 46 / 2009

5 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) baru selesai menjalankan kerja-kerja ukur dan pemetaan

bagi menentukan kedudukan titik tengah Semenanjung Malaysia di antara Kampong Bongsu dengan Kampong Sungai Kepung, Mentakab Pahang. Penentuan kedudukan titik tengah Semenanjung Malaysia oleh JUPEM ini akan dimaklumkan kepada kerajaan negeri setelah kerja-kerja pengukuran dimuktamadkan untuk tindakan seterusnya.

Penemuan dan penentuan titik tengah itu, akan menjadi sejarah negara, khasnya negeri Pahang, kawasan itu juga dapat dibangunkan sebagai kawasan pelancongan dengan mendirikan monumen atau batu tanda bagi menunjukkan di mana letaknya titik tengah di Semenanjung Malaysia untuk pengetahuan pelawat-pelawat di masa akan datang.

Titik Tengah Semenanjung Malaysia

Keratan akhbar tempatan pada 27 Mei 2009 menunjukkan peta berkenaan penemuan atau kedudukan titik tengah Semenanjung Malaysia

RALATPembetulan Berita Ukur Bil. 45, Julai - Disember 2008, mukasurat 6, Mesyuarat Persediaan Ke-2 , Kerja-kerja Ukuran Bersama Malaysia-Singapura;1. Pulau Batu Puteh (bukan Pulau Batu Putih)2. Batuan Tengah (bukan Terumbu Karang Tengah)3. bagi menjalankan kerja-kerja pengukuran hidrografi secara bersama Malaysia-Singapura mengenai isu persempadanan di sekitar Batu Puteh dan Batuan Tengah. (perenggan akhir, baris ke 2 hingga akhir)4. senarai pegawai JUPEM dan agensi lain yang terlibat;

BIL. NAMA JAWATAN ORGANISASI

3. Cik Haznah binti Md. Hashim (bukan Encik Haznah bin Md. Hashim) Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Luar Negeri

15. Dr. Azhari bin Mohamed (Encik Soeb bin Nordin - tidak hadir) Pengarah Ukur Seksyen JUPEM

Page 6: Bil: 46 / 2009

6 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Kadir bin Taib kerana

telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Beliau telah mula memangku jawatan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia pada 8 Jun 2009. Kemudian beliau dilantik secara hakiki sebagai Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia pada 17 Jun 2009 serentak dengan pelantikan Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan). Warga JUPEM merakamkan ucapan tahniah kepada beliau dan berharap JUPEM terus cemerlang di bawah pentadbiran baru.

Dalam ucapan sulung beliau setelah secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dalam satu mesyuarat (Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) dan Pelan Integriti Nasional (PIN) Bilangan 2 Tahun 2009 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) yang dipengerusikan oleh beliau sendiri, pada 30 Jun 2009 di Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur beliau telah mengulas serba sedikit berkaitan corak atau hala tuju yang bakal dilaksanakan di JUPEM di bawah pentadbiran beliau antaranya ialah :

v Beliau memperkenalkan Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, En. Ahmad Fauzi bin Nordin yang baru dilantik secara rasmi serentak dengan perlantikan beliau sendiri. Manakala En. Hasan bin Jamil dilantik secara rasmi sebagai Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan yang baru.

v Menyarankan pegawai JUPEM agar mengambil langkah keselamatan bagi mengelakkan berlakunya pemalsuan dokumen rasmi kerajaan termasuk dokumen seperti sijil cuti sakit, keputusan PTK, kelulusan akademik contoh Ijazah Kedoktoran (Ph.D.) dan lain-lain dokumen rasmi jabatan.

v Mencadangkan mengadakan ujian air kencing setiap bulan sebagai langkah pencegahan penyalahgunaan dadah.

v Melaksanakan amalan 5S di JUPEM

v Menggalakkan kakitangan JUPEM menjalankan aktiviti riadah/sukan agar melahirkan pekerja yang sihat dan cergas supaya dapat memberi tumpuan lebih kepada bidang tugas. Aktiviti sukan boleh dilakukan di hujung minggu atau selepas waktu pejabat.

v Membuat analisis terhadap laporan-laporan jabatan seperti Laporan Aduan Pelanggan, Laporan Kepuasan Hati Pelanggan, Laporan Keterhutangan Serius, Laporan Kewangan, Laporan Tatatertib,

Laporan Piagam Pelanggan, Laporan Bajet dan lain-lain laporan yang berkaitan dengan jabatan. Tujuan analisis untuk membolehkan jabatan merangka strategik dan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menyelesaikan masalah yang berlaku.

v Pegawai-pegawai JUPEM perlu berani berubah, berintegriti dan berani melaporkan

Hari Pertama KPUP di JUPEM

6 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Page 7: Bil: 46 / 2009

7 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

kelemahan-kelemahan yang berlaku di jabatan dan mengamalkan sikap tegur-menegur bagi membaiki kelemahan serta mewujudkan kerjasama antara warga JUPEM.

v Pelaksanaan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) perlu disegerakan sebagaimana yang diarahkan oleh pihak kementerian. Tujuan SPAN dilaksanakan untuk mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan program-program pembaharuan perkhidmatan awam yang terkandung di dalamnya nilai-nilai murni dan seterusnya membangunkan strategik meningkatkan pengamalan nilai-nilai murni bagi meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan JUPEM.

v Mewujudkan suasana pengurusan yang harmoni dan mesra di antara pegawai yang memimpin dan kakitangan dipimpin.

v Mengadakan Perhimpunan Bulanan bersama Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan sekurang-kurangnya sebulan sekali.

v Kakitangan perlu diberi peluang melihat rekod perkhidmatan masing-masing.

v Pengarah Bahagian dan Seksyen Ibu Pejabat JUPEM dan JUPEM Negeri hendaklah memantau supaya kakitangan JUPEM tidak terlalu lama berada di kantin.

v Menjaga dan memelihara harta kerajaan daripada berlaku kerosakan dan kehilangan, ini kerana buat masa ini JUPEM mencatatkan rekod tertinggi kehilangan harta kerajaan berbanding agensi-agensi lain di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

v Mengaktifkan semula program Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) di jabatan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan di JUPEM.

v Beliau juga mengulangi saranan Perdana Menteri Malaysia (PM) iaitu :

a) Memastikan peranan penjawat awam terus releven dengan masyarakat berdasarkan perubahan semasa.

b) Berani berubah dan berintegriti ; dan

c) Perlu mendekati orang bawah dan pelanggan.

v Saranan kedua PM, Cabaran Jangka Pendek :

a) Mengutamakan impak / outcome berbanding kuantiti/input dalam pencapaian jabatan

b) Berusaha untuk keluar daripada kemelut kemerosotan ekonomi ; dan

c) Menangani kemiskinan masyarakat / kakitangan jabatan. (JUPEM mempunyai seramai 158 orang kakitangan dalam keterhutangan serius mengikut catatan rekod semasa)

v Saranan Ketiga PM, Anjakan Paradigma :

a) Kerajaan sebagai pemudahcara kepada sektor swasta untuk menjana ekonomi negara

b) Produktiviti berasaskan outcome / impak

c) Mengubah birokrasi yang menyusahkan kepada birokrasi yang memudahkan rakyat; dan

d) Pegawai kerajaan yang produktif, kreatif dan berinovasi.

Warga JUPEM harus mengubah minda agar lebih produktif, kreatif dan berinovasi di bawah pentadbiran Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan yang baru supaya JUPEM terus cemerlang dan gemilang dalam melaksanakan misi dan visi jabatan untuk menjana pembangunan negara.

7 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Page 8: Bil: 46 / 2009

Seminar Pelan Hak milik Dalam Sehari

Seminar Hak milik Dalam Sehari telah diadakan pada 17 Mac 2009 bertempat di Wisma LJT, Pusat Bandar

Melawati, Kuala Lumpur. Seminar ini dianjurkan oleh Lembaga Juruukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia(JUPEM) dan Pertubuhan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia(PEJUTA).

Seramai 40 orang peserta terlibat dalam seminar ini yang terdiri daripada kakitangan JUPEM, LJT dan Juruukur Tanah Berlesen Semenanjung Malaysia dan agensi-agensi lain seperti UTM, UiTM dan lain-lain.Satu pembentang kertas kerja telah diadakan sempena seminar itu.

Pembentangan kertas kerja itu telah dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Kadir bin Taib, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Manakala empat orang pembentang terdiri dari Tn. Hj. Muhamed Kamil bin Mat Daud, Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Y.Bhg. Dato’ Hj. Hanafi bin Mamat, Presiden Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah (PEJUTA),

En. Teo Chee Hai, Ahli Lembaga Juruukur Tanah Bertauliah (LJT) dan En. Amir Affendy bin Hamzah, Penasihat Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara telah membentangkan kertas kerja masing-masing di seminar itu.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dari semasa ke semasa sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dan Sistem Penyampaian perkhidmatan (Delivery System) kepada orang awam, sejajar dengan saranan kerajaan. Bagi menjayakan hasrat tersebut, JUPEM telah mengambil satu langkah proaktif untuk melaksanakan kerja-kerja penghasilan Pelan Suratan Hak Milik dalam masa sehari.

Sehubungan dengan itu, JUPEM bersama agensi lain mengadakan satu seminar ini, bagi membentangkan dan membincangkan cadangan tersebut yang melibatkan Pengamal-Pengamal Ukur Tanah di Semenanjung Malaysia.

Di akhir program itu, satu resolusi telah dicapai untuk diserahkan kepada pihak atasan untuk pertimbangan dan tindakan bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi pada waktu ini dalam pengurusan ukur tanah dan kerja-kerja teknikal di negara kita dalam bidang ukur tanah. Resolusi dibentangkan oleh Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Kadir bin Taib, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia kemudian diserahkan kepada Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia untuk dipanjangkan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia sebelum dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

8 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Page 9: Bil: 46 / 2009

9 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Majlis menandatangani Nota Serah Tugas, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Y.Bhg.

Datuk Hamid bin Ali kepada Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Kadir bin Taib yang memangku jawatan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah disempurnakan pada 5 Jun 2009 bertempat di Dewan Ukur, JUPEM Kuala Lumpur. Majlis penyerahan nota serah tugas itu, disaksikan oleh Pengarah Seksyen Pentadbiran dan Perkhidmatan JUPEM, En. Ja’afar bin Wahab.

Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Kadir bin Taib berjanji akan memberi sepenuh komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau yang bakal menjawat jawatan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan

Malaysia (KPUP) yang baru. Segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ada akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memajukan lagi JUPEM.

Pada majlis itu, Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Kadir bin Taib telah menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali sebagai menghargai khidmat cemerlang beliau sepanjang menjadi KPUP.

Nota Serah Tugas KPUP

Page 10: Bil: 46 / 2009

Kongres Juruukur Antarabangsa kali ke 11 telah diadakan pada 18 – 19 Jun 2009 bertempat di Crowne

Plaza Mutiara Hotel, Kuala Lumpur anjuran Pertubuhan Jurukur Malaysia (ISM). Majlis perasmian disempurnakan oleh tetamu kehormat Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad bekas Perdana Menteri Malaysia.

Kongres ini juga melibatkan pegawai-pegawai kanan JUPEM sebagai peserta dan pegawai JUPEM yang lain sebagai petugas di ruang pameran JUPEM.

Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad bekas Perdana Menteri Malaysia dijemput menyampaikan ucapan perasmian dan dialog khas bersama-sama peserta yang hadir. Beliau juga sempat melawat ruang pameran JUPEM serta diberi penerangan berkenaan aktiviti ukur dan pemetaan JUPEM oleh pegawai JUPEM Dr. Azahari bin Mohamed, Pengarah Ukur Seksyen Geodesi, JUPEM.

Manakala di akhir taklimat di ruang pameran JUPEM, Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah menyampaikan cenderahati dari JUPEM kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai kenang-kenangan.

Pelancaran 5S di Seksyen Pemetaan Utiliti

Bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut berkenaan pelancaran 5S peringkat Seksyen SPU warga JUPEM boleh mendapatkan majalah berita itu di seksyen berkenaan.

Tun Dr. Mahathir Melawat Ruang Pameran JUPEM

Majlis Pelancaran program 5S di Seksyen Pemetaan Utiliti (SPU), JUPEM telah diadakan pada 23 Mac

2009 bertempat di Bilik Mesyuarat SPU, Bangunan Ukur, Jalan Semarak Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Pengarah Ukur Seksyen (Pemetaan Utiliti), Encik Md. Zaki bin Ad. Wahid. Pada majlis pelancaran 5S, SPU itu, beliau telah menandatangani polisi dan objektif program 5S SPU sebagai simbolik pelancaran.

Amalan 5S bukanlah amalan bermusim yang perlu disempurnakan dalam masa yang singkat. Amalan 5S perlu juga dipraktikkan setiap masa dan seterusnya menjadi satu budaya yang sebati dalam setiap sanubari ahli dalam satu organisasi. Yang pasti perubahan positif pasti akan muncul sama ada dari aspek persekitaran kerja mahupun peribadi individu setiap warga JUPEM.

Dalam ucapan sempena pelancaran 5S di SPU, beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Pemandu Program 5S SPU dan beliau berharap warga SPU dengan iltizam yang tinggi bagi merealisasikan harapan dan impian untuk menjadikan persekitaran kerja yang produktif serta kondusif akan berjaya, itulah harapan beliau dan warga SPU.

10 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Page 11: Bil: 46 / 2009

11 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Penilaian Tahap Kecekapan(PTK) merupakan teras kepada Sistem Saraan Malaysia(SSM). Sehubungan

dengan itu PTK telah digubal untuk memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, peningkatan kemahiran dan penerapan ciri-ciri peribadi yang terpuji di kalangan kakitangan awam.

Bagi mencapai matlamatnya penambahbaikan telah dicadangkan untuk dilaksanakan dari modul-modul yang sedia ada. Ibu Pejabat JUPEM telah diberi tugas untuk tujuan itu, dengan mengadakan sesi penerangan kepada semua warga JUPEM. Pada 25 Febuari 2009 taklimat PTK telah diadakan di JUPEM W.P. Labuan berkaitan dengan format baru PTK yang akan dipraktikkan oleh semua JUPEM negeri termasuk JUPEM W.P. Labuan.

En. Tsalimy Abdullah dari Seksyen Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan, Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur antara pegawai yang ditugaskan menyampaikan taklimat PTK kepada kakitangan JUPEM W.P. Labuan. Selaras dengan hasrat itu kakitangan awam perlu mengubah minda, sikap dan cara bekerja sepertimana yang dilaksanakan melalui PTK.

Taklimat PTK

Page 12: Bil: 46 / 2009

12 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

International Seminar on Geodesy & GNSS Application telah diadakan pada 17 Februari 2009 bertempat di Bilik Seminar Geomatik Aras 4, FKSG, UTM Skudai, Johor anjuran UTM GNSS and Geodynamics Group, Faculty of

Geoinformation Science and Engineering, Universiti Teknologi Malaysia dan Aerospace & Transport Technologies Cluster Research Management Centre (RMC), Universiti Teknologi Malaysia

Pegawai dari JUPEM turut serta dalam seminar ini bersama-sama 63 peserta lain dari dalam dan luar negara. Manakala 15 orang pembentang kertas kerja dari beberapa agensi, termasuk En. David Chang pegawai JUPEM yang mewakili Dr. Azahari Mohamed, Pengarah Seksyen Geodesi, JUPEM membentangkan kertas kerja mereka masing-masing pada seminar kali ini.

Antara pembentang kertas kerja di seminar ini ialah :

Speakers 1Prof. Dr. Chris Rizos(UNSW, Australia)Title : The Contribution of GNSS CORS Infrastructure to the Mission of Modern Geodesy

Speakers 2En. David Chang(JUPEM, Malaysia)Title : The Impact of 2004 and 2005 Sumatran Earthquakes on the Geodetic Infrastructures in Malaysia

Speakers 3Assoc. Prof. Dr. Kwon Jay Houn(Univ. Of Seoul Korea)Title : The Strategies on the Development of Precision Geoid in Korea

Speakers 4Prof. Dr. Hassanudin bin Zainal(ITB lndonesia)Title : GPS Monitoring of Siope in Mountainous Area in Indonesia

Seminar Antarabangsa UTM 2009

12 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Page 13: Bil: 46 / 2009

13 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Speakers 5Prof. Dr. Abdul Majid bin Abd. Kadir(Info Geomatik (M) Sdn. Bhd. Malaysia)Title : Development of Survey Accurate Cadastral Database for Malaysia Speakers 6Dr. Samsung Lim(UNSW, Australia)Title : Monitoring Tropospheric Delay in Global Scale

Speakers 7Assoc. Prof. Kamaludin bin Mohd Omar (UTM, Malaysia)Title : 1 CM Geoid – From Dreams to True

Speakers 8Mr. Ronald (Sejong University of Space Geodesy Techniques in Korea.)Title : Development of Space Geodesy Techniques in Korea

Speakers 9Dr. Swarna Ravindra Babu(Wipro Technologies, India.)Title : GNSS System and Potential Benefits

Pembentangan kertas kerja oleh penceramah-penceramah jemputan khas dari pihak penganjur menyentuh topik-topik berkaitan dengan penyelidikan, pembangunan dan inovasi bagi dalam penggunaan peralatan yang berteknologi tinggi serta kejituan dalam penghasilan data-data atau isyarat berlaku sesuatu bencana seperti ancaman tsunami dan antara peralatan berkenaan ialah GPS, GNSS, GDM 2000,RTK.net dan perisian serta peralatan lain.

Page 14: Bil: 46 / 2009

14 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua warga JUPEM yang menerima Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang(APC) 2008 dan Anugerah Khas Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia di atas prestasi mereka yang membanggakan. Majlis APC itu, telah berlangsung pada 29 Mei 2009 bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Y.Bhg. Dato’ Zoal Azha bin Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hadir menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JUPEM dan Anugerah Khas Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia bagi tahun 2008. Seramai tujuh orang kakitangan JUPEM terpilih sebagai penerima Anugerah Khas Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia manakala 391 pula menerima Anugerah Khidmat Cemerlang bagi tahun 2008.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JUPEM 2009

Anugerah ini bukanlah satu titik penamat kepada usaha peningkatan prestasi, malah kita sebagai kakitangan awam menganggap anugerah APC yang diterima sebagai amanah dan cabaran untuk warga JUPEM terus berusaha dengan lebih gigih lagi pada masa-masa akan datang.

Bagi mereka yang tidak terpilih pula tidak harus merasa rendah diri atau kecewa kerana pada keseluruhannya prestasi yang ditunjukkan oleh warga Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia pada tahun lalu amat cemerlang. Anugerah ini bukanlah satu kayu pengukur atau instrumen untuk membeza-bezakan prestasi seseorang, malah dari sudut positifnya, anugerah APC yang diberikan sebagai satu penghargaan di atas semangat tinggi dan komitmen kakitangan terhadap tanggungjawabnya.

Page 15: Bil: 46 / 2009

15 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Majlis bagi meraikan mantan KPUP, Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali diadakan pada 18 Jun 2009

bertempat di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur dengan ucapan persaraan, penyampaian cenderamata dan tayangan khas video berkenaan imbasan jasa perkhidmatan beliau sebagai kakitangan awam dan sejarah ringkas tentang kehidupan beliau yang di persembahkan khas sebagai kenang-kenangan untuk tatapan warga JUPEM.

Harapan dari semua warga JUPEM agar beliau terus berjaya setelah tamat perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Abdul Kadir bin Taib yang memangku jawatan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia turut hadir serta menyampaikan ucapan sempena dengan majlis meraikan mantan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali serta isteri dan anak beliau yang hadir pada malam itu.

Manakala perbarisan tabit hormat kepada mantan KPUP Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali telah diadakan pada 5 Jun 2009 jam 4.30 petang di hadapan perkarangan Bangunan Wisma JUPEM, Jalan Semarak Kuala Lumpur, selepas beliau mengetip kad perakam waktu yang terakhir menandakan tamat perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Beliau bersalaman dengan kakitangan JUPEM yang sedia menunggu untuk mengucapkan selamat bersara kemudian beliau terus menuju ke medan tabik hormat untuk memeriksa barisan anggota beruniform Pengawal Keselamatan JUPEM yang telah bersedia untuk menerima tabik hormat. Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali juga beruniform di mana sebagai KPUP beliau juga dianugerahkan Kol. Kehormat oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Majlis Persaraan Y.Bhg. Datuk Hamid

Page 16: Bil: 46 / 2009

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 43, Jemaah Kebajikan Islam, Jabatan Kerajaan, Kuala Lumpur

telah berlangsung pada 30 Mac 2009 bersamaan 3 Rabiulakhir 1430 bertempat di Dewan Ukur, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Kuala Lumpur. Perasmian mesyuarat agung dirasmikan oleh Yang Dipertua Jemaah Kebajikan Islam, Jabatan Kerajaan, Kuala Lumpur, Tuan Haji Muhammad Puzi bin Ahmat, KSD.

Penjualan peta elektronik E-Map Negeri Johor mendapat sambutan yang amat mengalakan

daripada pengunjung-pengunjung di kaunter dan ruang pameran JUPEM, sempena Karnival Pendidikan dan Pameran Buku Peringkat Daerah Muar 2009 yang berlangsung pada 26 hingga 28 Mei 2009 bertempat di Dewan Serbaguna Daerah Muar Johor. Karnival ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mislan bin Karmani, Pegawai Daerah Muar Johor. Karnival pendidikan ini, dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Muar Johor dengan kerjasama Syarikat Edaran Sumber (M) Sdn. Bhd.

Jualan E-Map Negeri Johor dengan harga RM5.00, kira-kira 250 keping e-Map Johor habis di jual dalam masa 3 hari karnival berlangsung.

Dalam masa tiga hari karnival ini berlangsung, sebanyak 250 keping E-Map Negeri Johor telah dijual dengan harga RM 5.00 sekeping. Antara produk-produk lain JUPEM yang dijual ialah peta-peta bercetak Negeri Johor dan peta-peta daerah negeri johor. Kebanyakan pembeli terdiri dari kalangan guru-guru sekolah sekitar Muar, Johor dan pegawai-pegawai kerajaan. Karnival ini mengandungi pelbagai program aktiviti pendidikan termasuklah jualan buku-buku dan pameran.

Mesyuarat Agung Tahunan Jemaah Kebajikan Islam 2009Jemaah Kebajikan kini mempunyai keahlian seramai 521 terdiri daripada warga JUPEM dan agensi lain yang terletak di sekitar Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Antaranya Seksyen Geodesi, JUPEM, Seksyen Kadaster JUPEM, Seksyen Kartografi (Tingkat 3 dan 6), JUPEM, Seksyen Topografi Semenanjung, JUPEM, Bahagian Pentadbiran dan Perkhidmatan, JUPEM, Seksyen Ehwal Persempadanan, JUPEM, Seksyen Foto Udara, JUPEM, Seksyen Percetakan Peta, JUPEM, Seksyen Pangkalan Data, JUPEM, Seksyen Perkhidmatan Pemetaan, JUPEM, Cawangan Topografi Wilayah Barat, Bahagian Kewangan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Seksyen Pemetaan Utiliti, JUPEM.

Manakala aktiviti yang dijalankan oleh Jemaah Kebajikan, antaranya ialah bekerjasama dengan agensi lain bagi memberi penerangan berhubung skim jariah atau skim takaful, mendatangkan amil dari masjid UTM untuk memberi khidmat dan kemudahan kepada warga JUPEM untuk melaksanakan ibadat iaitu membayar zakat fitrah dan menganjurkan majlis kesyukuran bertempat di Dewan Ukur, majlis diadakan di bulan Syawal.

Produk ini mudah tidak memerlukan sambungan internet dan cuma ianya perlu di war-warkan juga di demonstrasi kepada pelawat supaya pelanggan atau pengunjung di kaunter jualan peta JUPEM mengambil perhatian dan seterusnya mengetahui kepentingan menggunakan produk baru JUPEM itu.

E-Map Johor Laris di Muar

������� �������� �����

�����

���

��� ��������� �����

���������������������

16 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Page 17: Bil: 46 / 2009

Antara perbincangan dalam forum tersebut ialah berkaitan dengan kesedaran dan minat para peserta terutamanya warga pendidik dan pelajar terhadap kepentingan ilmu falak dalam kehidupan seharian kita seperti panduan untuk ibadat dan meningkatkan keimanan(kepercayaan) terhadap kekuasaan tuhan. Oleh itu, panel-panel dalam forum tersebut menyeru agar wakil-wakil sekolah dan maktab yang hadir berusaha menubuhkan persatuan astronomi di institusi masing-masing selepas menghadiri konvensyen ini nanti. Antara saranan yang diberi kepada peserta yang menghadiri forum tersebut ialah cadangan penubuhan persatuan atau kelab astronomi untuk menambah pengetahuan dan ilmu mengenai astronomi dan falak khususnya.

Skop konvensyen falak 2009 itu, merangkumi program berkaitan :

r Forum Falak

r Ceramah Falak

r Bengkel Falak

r Cerapan Malam

r Pameran Falak

Sementara itu JUPEM antara tujuh agensi yang dijemput mengadakan pameran sempena konvensyen falak 2009 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kesimpulannya objektif Konvensyen Falak peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran dan menarik minat peserta terutama warga pendidik dan pelajar terhadap ilmu falak serta memberi pendedahan kepada peserta terhadap aspek-aspek penyelidikan falak yang mempunyai hubung kait dengan ibadah dan kehidupan, menghilangkan keraguan peserta terhadap kaedah dan cara dalam penetapan hari-hari kebesaran Islam.

FORUM di Konvensyen Falak 2009

Konvensyen Falak Kuala Lumpur 2009 telah berlangsung pada 27 Jun 2009 bersamaan 4 Rejab

1430H bertempat di Kompleks Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara, Kepong Kuala Lumpur. Konvensyen Falak Kuala Lumpur 2009 dianjurkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Falak Outreach Services, Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kuala Lumpur dan Pusat Zon 1 Bahagian Pengurusan Kariah JAWI.

Sempena Konvensyen Falak Kuala Lumpur 2009 satu forum bertajuk Perkembangan Dan Pendidikan Ilmu Falak telah diadakan, di mana Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel forum itu.

Berikut barisan ahli panel di forum tersebut :

Panel 1 :Dr. Azhari bin MohamedJabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

Panel 2 :Tn. Hj. Hanafiah bin Abdul RazakJabatan Mufti Negeri Johor

Perantara :Ustaz Mohd. Rizal bin RamliJabatan Mufti Negeri Selangor

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, S. S. Datuk Wan Zahidi bin Wan Teh. Manakala Majlis penutup disempurnakan oleh En. Sulaiman bin Wak, Pengarah Jabatan Pelajaran, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Peserta forum yang terlibat berjumlah lebih 80 orang peserta dari institut pendidikan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan kakitangan kerajaan dan swasta.

17 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Page 18: Bil: 46 / 2009

Kakitangan Awam yang baru dilantik dalam perkhidmatan kerajaan diwajibkan menghadiri

kursus induksi umum dan kursus induksi khusus sebagai satu syarat untuk pengesahan jawatan. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menganjurkan Kursus Induksi Khusus untuk kumpulan Sokongan I pada 31 Mac hingga 2 April 2009 bertempat di Hotel Plaza, Kuala Lumpur. Manakala kursus untuk Juruukur dan Pembantu Teknik diadakan pada 7 hingga 9 April 2009 bertempat di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.

Seksyen Perancangan Gunatenaga (PGT) telah memainkan peranan yang penting bagi mengendalikan semua kursus dan latihan bagi kakitangan JUPEM yang baru dilantik. Dengan adanya kursus ini kakitangan yang terlibat dapat diberi pendedahan awal berkenaan struktur, fungsi dan objektif JUPEM serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Program ini, bertujuan menjadikan semua kakitangan baru lebih bersedia dan memahami nilai-nilai murni serta etika kerja, di samping merapatkan silaturahim di antara warga JUPEM sendiri.

Peserta kursus perlu mengikuti sepenuhnya modul kursus seperti mana yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Di antara tajuk ceramah yang perlu disampaikan ialah Pengenalan Dasar-dasar Awam di Malaysia, Penerapan Nilai-nilai Murni dalam Perkhidmatan Awam, Perintah Am, Penubuhan

JUPEM Anjur Kursus Induksi Khusus

Keutuhan Pengurusan dalam usaha gerakan dan pemantapan keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia dan tajuk-tajuk berkaitan Bahagian Pemetaan dan Bahagian Kadaster.

Program lawatan ke JUPEM juga diatur supaya peserta mendapat maklumat dengan lebih jelas tentang fungsi dan struktur jabatan. Setiap peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan diminta membuat persembahan bagi memupuk semangat bekerja secara berkumpulan dan dapat menghasilkan kreativiti dan idea yang baru.

18 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Page 19: Bil: 46 / 2009

19 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Bagi meningkatkan pengetahuan kakitangan mengenai ancaman keselamatan dan risiko

keselamatan aset dan dokumen jabatan maka satu kursus keselamatan telah dianjurkan oleh JUPEM W. P. Labuan pada 31 Mac 2009 bertempat di Bilik Seminar Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan W.P. Labuan.

Penceramah yang dijemput khas dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan W. P. Labuan telah memberi taklimat kepada pegawai dan kakitangan JUPEM Labuan.

Seramai 44 orang kakitangan JUPEM W. P. Labuan telah terlibat dengan kursus itu. Kursus yang dianjurkan ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada kakitangan JUPEM tentang aspek keselamatan dokumen dan aset pejabat. Secara amnya aspek keselamatan merangkumi seluruh warga jabatan, dokumen atau maklumat, bangunan dan harta-benda(peribadi dan kerajaan) yang perlu sentiasa dipelihara bersama supaya terjamin dari segi keselamatannya.

Sebahagian daripada kakitangan JUPEM W.P. Labuan yang terlibat dengan Kursus Keselamatan

Kursus Keselamatan Dokumen dan Aset

Page 20: Bil: 46 / 2009

20 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Pada 26 Januari 2009 Gerhana Anulus telah berlaku selama 3 jam 46 minit bermula dari lautan India

ke sebelah barat Indonesia. Gerhana Anulus berlaku apabila kedudukan bulan di atas orbitnya dekat dengan matahari yang menyebabkan ianya tidak dapat menutup keseluruhan permukaan matahari kerana saiz matahari adalah lebih besar berbanding dengan saiz ketara bulan.

Gerhana Matahari Separa telah kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra bulan yang lebih luas meliputi Afrika Selatan, Madagascar, Australia kecuali Tasmania, India Selatan, Asia Tenggara dan Indonesia.

Cerapan Gerhana Matahari 26 Januari 2009Oleh : Dr. Azhari bin Mohamed

Seksyen Geodesi, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merangkap Exco Persatuan Falak Syarie Malaysia

Rajah lintasan Gerhana Matahari Anulus merentasi bumi pada

26 Januari 2009 (Warna Merah).

Lintasan Gerhana Matahari Anulus melalui Indonesia pada 26 Januari 2009

Rajah Gerhana Matahari di Lampung, Sumatera, Indonesia

GERHANA MATAHARI ANULUS

Page 21: Bil: 46 / 2009

21 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Secara amnya, Gerhana Matahari telah berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama bulan melintasi laluannya di antara matahari dan bumi menyebabkan matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya.

Pada 26 Januari 2009 rakyat Malaysia telah menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada kira-kira jam 4:32 petang apabila bulan menyentuh cakera matahari atau lebih dikenali sebagai ”sentuhan Pertama” iaitu permulaan gerhana matahari. Kebanyakan pemerhati tidak berupaya mengesan sentuhan gerhana pada masa ini disebabkan cahaya matahari yang terlalu terang. Gerhana hanya akan dapat dilihat apabila bulan menutupi matahari secara perlahan membentuk sabit sehingga kegelapan maksimum tercapai pada kira-kira jam 5:51 petang dan sentuhan terakhir pada kira-kira jam 6:59 petang.

GERHANA MATAHARI SEPARA DI MALAYSIA

Rajah Gerhana Matahari di Kuala Lumpur

Rajah Geometri Gerhana Matahari

Peratusan laluan Gerhana Matahari yang dapat dilihat di seluruh Malaysia pada 26 Januari 2009

21 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Page 22: Bil: 46 / 2009

Pada 26 Januari 2009 satu fenomena gerhana matahari telah dapat dilihat di Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dibantu oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang diwakili oleh Seksyen Geodesi telah mengadakan aktiviti Cerapan Gerhana Matahari

AKTIVITI CERAPAN GERHANA MATAHARI

di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan ianya turut disertai oleh hampir 500 orang. Aktiviti bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang.

Di antara fasa-fasa Gerhana Matahari yang berjaya dirakam

Pengarah Ukur Seksyen (Geodesi) bersama Imam Besar Masjid Negara, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Syaikh Hj. Ismail bin Hj. Muhammad dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Y. Bhg. Dato’ Hj. Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz mencuba cermin mata khas untuk melihat gerhana matahari tanpa menggunakan peralatan.

Antara pengunjung yang mencuba alat teleskop sambil diberi penerangan oleh pegawai yang bertugas sepanjang aktiviti cerapan Gerhana Matahari

Para pengunjung cuba untuk mendirikan telur semasa Gerhana Matahari berlaku.

22 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Page 23: Bil: 46 / 2009

23 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

dan lain-lain persembahan dan pameran. Karnival ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah Angkasawan Negara, Dr. Faiz Khaleed yang sudi menyampaikan ceramah berkenaan pengalaman beliau sebagai Angkasawan Negara. Selain itu, cerapan Langit Malam dengan menggunakan peralatan seperti teleskop juga diadakan untuk pengunjung karnival pada sebelah malamnya.

Ruang pameran JUPEM antara yang menjadi tumpuan pengunjung untuk mendapatkan pelbagai informasi. Di ruangan pameran JUPEM disediakan alat teleskop, jualan e-map negeri-negeri dan kemudahan kiraan tarikh lahir dalam hijrah dengan menggunakan perisian khas. Karnival ini telah berjaya memberi pelbagai infomasi terkini dan global juga mampu melahirkan satu masyarakat yang meletakkan pendidikan sebagai fokus kehidupan.

Karnival Pendidikan Melaka 2009 telah diadakan pada 2 hingga 5 April 2009 anjuran Melaka

International Trade Centre (MITC). Karnival ini diadakan bersempena sambutan ulang tahun perayaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang bertemakan “Pendidikan Cemerlang Melaka Gemilang”. JUPEM telah dijemput untuk sama-sama terlibat dalam aktiviti-aktiviti sempena dengan sambutan itu, bersama-sama 30 agensi pendidikan dan 70 agensi lain dalam menyediakan ruang-ruang pameran dan penerangan umum berkenaan peranan agensi masing-masing dalam perkembangan pengetahuan pendidikan berdasarkan bidang masing-masing.

Karnival Pendidikan Melaka 2009 ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Haji Mohd. Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka. Dalam ucapannya beliau ada menyatakan bahawa kehadiran para pengunjung dan pelancong akan dapat menyemarakkan lagi perkembangan ekonomi negeri dan mampu menyumbang kepada perkembangan pendidikan yang menjadi tunjang pembangunan negeri selari dengan hasrat negeri ini, ke arah Melaka Maju menjelang 2010.

Pelbagai jualan dan pameran seperti buku-buku pendidikan sama ada dari peringkat tadika hingga ke peringkat universiti mendapat tarikan pelawat-pelawat yang hadir. Karnival ini sebenarnya bermatlamat untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan budaya membaca dan bermaklumat disamping menyemai semangat keusahawanan di kalangan para pelajar serta ibu bapa supaya peka terhadap maklumat terkini dan cabaran global. Karnival ini juga berkonsepkan satu tempat pelbagai maklumat atau ‘one stop carnival’. Aktiviti lain yang dianjurkan sempena karnival ini, antaranya Pertandingan Paluan Kompang Formasi Sekolah Rendah dan Menengah, Pertandingan Mewarna Pra Sekolah dan Sekolah Rendah, Pertandingan Deklamasi Sajak dan Sayembara Puisi, Pertandingan Khat, Kaligrafi Cina dan Tamil, Pertandingan Tarian, Pertandingan Pakaian Tradisional

Datuk Seri Haji Mohd. Ali bin Rustam sedang melihat sesuatu pada teleskop Meade LX200

Karnival Pendidikan Melaka 2009

Page 24: Bil: 46 / 2009

INFO Kesihatan - Penyakit Chikungunya

1. Apa itu Penyakit Chikungunya ?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan

melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku ?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit ?

Ya, virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4.Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya ?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

5. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya ?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

6. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini ? w Demam panas mengejut w Sakit teruk pada sendi

w Ruam pada badan w Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari). Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

7. Adakah penyakit ini boleh membawa maut ?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun. 8. Apakah rawatan bagi penyakit ini ? Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

9. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit ?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

10. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

w Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong- royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong. w Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes. w Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

SUMBER : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

24 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Page 25: Bil: 46 / 2009

Taklimat Penambahbaikan bagi terbitan peta elektronik (e-Map) JUPEM, telah diadakan pada

16 Jun 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat, JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan, pegawai daripada Seksyen Kartografi Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur yang diketuai oleh Tuan Haji Ismail telah dijemput untuk memberi taklimat berkaitan penambahbaikan e-Map Wilayah Persekutuan Labuan kepada semua kakitangan JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan.

Taklimat Penambahbaikan e-Map penting bagi meningkatkan lagi kualiti supaya dapat menarik minat serta memberi kepuasan kepada pengguna produk ini. Tuan Haji Ismail telah menyampaikan taklimat berkenaan penambahbaikan e-Map yang telah

Taklimat Penambahbaikan Peta Elektronik JUPEMdilaksanakan oleh JUPEM dan penambahbaikan yang akan dilakukan pada masa akan datang.

Sebahagian daripada kakitangan JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan yang hadir dalam Taklimat Penambahbaikan e-Map memberi tumpuan ke atas taklimat yang disampaikan dan bersedia memberi maklumat atau idea untuk tujuan penambahbaikan produk JUPEM itu.

25 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Page 26: Bil: 46 / 2009

Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan telah diadakan pada 9 Mac 2009 bersamaan 6

Rabiulawal 1430 Hijrah bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Perarakan bermula dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mencemar duli hadir untuk meraikan sambutan pada tahun ini. Dalam titah ucapan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 2009 baginda mengingatkan rakyat agar mengambil perhatian terhadap perpaduan di negara kita yang menjadi tonggak kekuatan, kestabilan dan kemajuan negara ini.

Kontinjen JUPEM seramai 41 orang menyertai perarakan bersama kira-kira 100,00 peserta dari kontinjen jabatan kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, sekolah, institut pengajian tinggi awam dan institut latihan serta wakil masjid. Turut hadir sama Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi.

Tuanku Mizan Zainal Abidin turut berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada enam penerima iaitu Profesor Pendidikan di Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Dr. Sidek Baba, menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 1430 Hijrah yang pertama kali diperkenalkan bersama wang tunai RM 50,000.00 piala dan sijil penghargaan. Manakala seramai lima penerima Anugerah Maulidur Rasul pula ialah Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman, Pengarah Urusan Syarikat Laksamana Nusantara Sdn.

Bhd. Mortadha Lau Abdullah; Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia, Mohd. Yunus Pathi Mohd.; pelajar, Muhammad Ahmad Zahid dan kanak-kanak kurang upaya, Muhammad Haziq Samrat. Mereka menerima wang tunai RM 22,000.00, piala dan sijil penghargaan.

Manakala pada 9 Mac 2009 bersamaan 6 Rabiulawal 1430 seramai 50 orang kakitangan JUPEM W.P. Labuan telah menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 2009 yang dianjurkan oleh Perbadanan Wilayah Persekutuan Labuan. Sambutan ini serentak dengan perarakan Maulidur Rasul 2009 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 2009 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan ini telah diadakan di Dataran Labuan serentak dengan sambutan Jubli Perak 25 Tahun Wilayah Persekutuan Labuan.

Perarakan Maulidur Rasul Kebangsaan 2009

26 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Page 27: Bil: 46 / 2009

27 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Kakitangan yang bermotivasi merupakan aset kepada jabatan. Warga JUPEM perlu memiliki motivasi

yang tinggi supaya kakitangan jabatan ini berupaya menjalankan tugas pada tahap yang sebenar serta menghasilkan produktiviti yang tinggi.

Sehubungan dengan itu, JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan program-program yang dapat meningkatkan motivasi serta semangat warga kerja JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan. Antaranya pada 30 Januari 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan Kursus Motivasi khusus untuk kakitangan JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan.

Penceramah yang dijemput memberi ceramah motivasi adalah Ustaz Syahrizal dari Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Labuan. Kursus motivasi

ini, bertujuan untuk memberi pengajaran rohani dan jasmani kepada kakitangan JUPEM.

Pada keseluruhannya kursus ini dapat memberi kefahaman kepada kakitangan tentang konsep motivasi dalam pengurusan jabatan pada amnya. Program ini dapat juga membolehkan kakitangan memahami kehendak serta keperluan diri sendiri serta cuba memenuhinya, disamping mewujudkan suasana pekerjaan yang memberangsangkan ke arah kualiti kerja dan produktiviti. Kursus seumpama ini juga dapat meningkatkan lagi rasa tanggungjawab dan profesionalisme terhadap warga JUPEM.

Kursus Motivasi

27 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Page 28: Bil: 46 / 2009

28 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Seramai 40 orang pegawai dan kakitangan Seksyen Topografi Semenanjung, Cawangan Wilayah Utara,

Taiping telah menghadiri Program Kad Hijau CIDB pada 29 Mei 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama Tingkat 9 Wisma Persekutuan, Taiping. Program ini dijalankan susulan daripada cadangan oleh wakil pekerja dalam Mesyuarat Jawatan Khas Keselamatan dan Kesihatan bil. 1/2009 pada 5 Mac 2009 .

Kad Pengenalan Personel Binaan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) adalah satu bentuk kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak binaaan di Malaysia. Kad ini juga dikenali sebagai Kad Hijau yang digunakan bagi pengenalan diri personel yang memasuki tapak binaan. Melalui kad ini seseorang personel ini dapat dikenalpasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya kerana pada kad ini, maklumat yang berkaitan akan dinyatakan.

Bagi petugas JUPEM terutamanya kakitangan kerja luar, kad ini penting bagi membolehkan mereka memasuki dan menjalankan kerja ukur dan pemetaan di tapak binaan. Selain itu, semua pemegang Kad Hijau yang sah

pendaftaran kadnya adalah mendapat perlindungan takaful 24 jam termasuk di luar waktu bekerja dan di mana- mana tempat diseluruh dunia mengikut terma dan syarat-syarat perlindungan takaful.

Ekoran daripada pentingnya kad ini dan permintaan daripada kakitangan Cawangan, program ini akan diteruskan bagi meliputi semua kakitangan Cawangan. Program selanjutnya akan dijalankan pada 28 September 2009 dan sesi ketiga pada 29 September 2009.

Peserta kursus yang terlibat diberi taklimat secara langsung berkenaan Kad Hijau CIDB itu. Tuan Stia bin Tuan Sulong, Ketua Penolong Pengarah Ukur Topografi, Wilayah Utara, JUPEM yang turut hadir pada sesi taklimat itu menerima Kad Hijau CIDB dan topi keselamatan pada peringkat permulaan dan seterusnya akan diperluaskan kesemua peringkat jabatan mengikut keperluannya.

Program Kad Hijau CIDB

Contoh Kad Hijau CIDB

Page 29: Bil: 46 / 2009

Kakitangan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diketuai oleh Pn. Hajah Azah bt. Wahab seramai 35 orang telah melawat ke Seksyen Percetakan Peta pada 21 Januari 2009 untuk mengenali dengan lebih dekat produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JUPEM.

Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor seramai 35 orang ke JUPEM pada 17 Jun 2009 telah menarik minat sebahagian mereka menceburi kerjaya ukur tanah selepas tamat SPM nanti.

Pada 18 Feb 2008 seramai 16 orang pelajar Sekolah Latihan Lembaga Juruukur Tanah (LJT) membuat lawatan sambil belajar ke Seksyen Percetakan Peta, Penawanan Data dan JUPEM WPKL.

Lawatan ke JUPEM oleh kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) pada 3 Mac 2009 banyak memberi pengetahuan dan pendedahan kepada mereka tentang peranan JUPEM dalam kerja-kerja pemetaan.

Pelajar-pelajar Politeknik Ungku Omar Ipoh jurusan Sijil Ukur Tanah, mendapat pengalaman yang berharga secara praktikalnya belajar fotogrammetri semasa berkunjung ke Seksyen Penawanan Data pada 31 Mac 2009.

Pegawai dari JUPEM WPKL menerangkan proses kerja ukur kadaster di Jabatan Ukur yang menggunakan sepenuhnya sistem komputer kepada pelawat dari Lembaga Pertanahan Nasional Republik Indonesia pada 25 Mei 2009.

Lawatan Ke JUPEM

29 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Page 30: Bil: 46 / 2009

30 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Sempena Karnival Pendidikan Melaka 2009 bertempat di MITC, Ayer Keroh, Melaka dari 2 hingga 5 April 2009, kanak-kanak sekolah dan orang awam mendapat pengetahuan yang berguna bidang kerja yang dijalankan oleh JUPEM.

Sekitar Pameran JUPEM

Lawatan sambil belajar dari pelajar-pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Melaka semasa pameran kerjaya JUPEM di ILP Pedas, N. Sembilan pada 8 – 9 April 2009

Dato’ Zoal Azha b. Yusof, KSU Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar diberi penerangan berkaitan proses kerja pendigitan stereo berkomputer di Seksyen Penawanan Data semasa pameran Map Asia 2009 pada 21-22 April 2009 di Hotel Equatorial Pulau Pinang.

Pengarah Ukur JUPEM Kedah, Tn. Hj. Mohammad Yunus b. Yusof menerangkan secara ringkas lot tanah yang telah siap di ukur yang terdapat dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia 2009 Peringkat Kebangsaan pada 7-9 Mei 2009 di Under Water World, Langkawi.

Lawatan Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir b. Mohamad semasa 11th International Surveyor’s Congress 2009 bertempat di Crowne Mutiara Plaza, Kuala Lumpur pada 18 - 19 Jun 2009

Cenderahati yang disampaikan oleh JUD Terengganu Selatan, En. Wan Ab Aziz b. Mohamad kepada Y.B. Dato’ Hj. Mohamed bin Awang Tera, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan Dan Koperasi Negeri sempena ‘Pameran Pekan Budaya Daerah Kemaman’ pada 23-27 Jun 2009.

Page 31: Bil: 46 / 2009

31 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan program Taklimat Keselamatan Kebakaran pada 29

April 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan. Semua kakitangan JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan telah terlibat secara langsung bagi mendengar taklimat keselamatan kebakaran dan mereka juga diberi peluang dalam sesi soal jawab tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa belaku kebakaran. Program ini anjuran JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan sebagai langkah persiapan jika belaku kebakaran di Kompleks Ujana Kewangan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P. Labuan telah dijemput untuk memberi pendedahan kepada kakitangan JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan berkenaan dengan langkah-langkah keselamatan kebakaran yang perlu diambil semasa belakunya bencana kebakaran di pejabat. Dalam sesi taklimat itu kakitangan JUPEM Labuan diberi panduan cara-cara penggunaan alat pemadam api dan langkah-langkah

Taklimat Keselamatan Kebakaran

yang perlu diambil oleh setiap kakitangan semasa berlakunya kebakaran. Pengarah Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan Labuan, En. Sr. Che Mohamad Bakri bin Omar, telah turut serta hadir dalam taklimat keselamatan kebakaran itu.

Peristiwa kebakaran bangunan kerajaan pernah belaku di Bangunan Wisma JUPEM, Jalan Semarak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dahulunya di kenali sebagai Bangunan Wisma Keramat, Jalan Gurney, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada sekitar tahun awal tahun 1990 ’an. Oleh itu warga JUPEM perlu mengambil perhatian terhadap langkah-langkah pencegahan atau tindakan yang perlu diambil oleh setiap kakitangan sekiranya berlaku kebakaran di bangunan tempat bertugas.

Page 32: Bil: 46 / 2009

32 BeritaUKUR Januari-Jun 2009

Hari Keluarga Seksyen Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan (S3P) dan Seksyen Perancang

Gunatenaga (PGT), JUPEM telah diadakan pada 14 hingga 15 Mac 2009 bertempat di Pantai Indah Seaview Resorts, Selangor. Turut hadir Pengarah Seksyen Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan, JUPEM, En. Ahamad bin Zakaria dan Ketua Penolong Pengarah Ukur, Seksyen Perancangan Gunatenaga, Y.M. Engku Mohd. Adlin bin Engku Habib.

Program ini diadakan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada semua kakitangan S3P dan PGT, beramah mesra dan saling kenal-mengenali sesama keluarga. Antara tujuan lain penganjuran Hari Keluarga ini ialah untuk memupuk perasaan muhibah antara

Hari Keluaraga S3P dan PGT

kakitangan S3P dan PGT serta keluarga mereka dengan memberi peluang untuk terlibat dengan pelbagai aktiviti sukan, rekreasi dan kebudayaan yang dianjurkan.

Pelbagai acara sukaneka telah diadakan, antaranya isi air dalam botol, tiup belon, lari mengendong anak kecil, boling padang, merebut gula-gula, membaling belon berisi air, lari membawa bola ping pong dalam sudu dan lain-lain acara bagi anak-anak dan kakitangan. Cabutan bertuah diadakan pada jamuan makan malam dan penyampaian hadiah kepada kakitangan disempurnakan oleh En. Ahamad bin Zakaria.