Bil: 50 / 2011

41
Berita UKUR 1 Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 50 JANUARI - JUN 2011 ISSN 0128-0414 Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 50 JANUARI - JUN 2011 ISSN 0128-0414 BERITA UKUR J awatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) telah ditubuhkan bagi menyelaras kegiatan berkaitan penentuan nama- nama geografi di Malaysia setelah Malaysia menganggotai United Nations Group of Experts on Geographical Names (UNGEGN). Sebagai salah sebuah negara anggota, Malaysia telah diberi penghormatan pada tahun 2011 untuk menjadi tuan rumah kepada Seminar on Geographical Names dan 18 th Divisional Meeting of United Nations Group of Experts on Geographical Names bagi kawasan Asia Tenggara dan Barat Daya Pasifik (UNGEGN ASEPSW). Program yang berlangsung selama 2 hari pada 21-22 Februari 2011 itu, telah diadakan di Crowne Plaza Mutiara Hotel, Kuala Lumpur dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah diberi peranan untuk menjadi penganjur kepada program ini. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup telah merasmikan majlis tersebut, mewakili Y.B. Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri NRE. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada JUPEM kerana berjaya menganjurkan seminar dan mesyuarat tersebut. Menurutnya lagi, pihak Kerajaan akan sentiasa memastikan sistem infrastruktur yang lengkap disediakan bagi menyokong dan menggalakkan penggunaan nama geografi yang standard seperti yang telah dicadangkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (United On Geographical Names And 18 th Divisional Meeting Of United Nations Group Of Experts On Geographical Names Nations). Sebelum itu, YBhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para peserta program. Antara aktiviti yang diadakan pada program tersebut ialah seminar dan pembentangan beberapa kertas kerja oleh negara-negara ahli UNGEGN ASEPSW mengenai nama-nama geografi. Seramai 182 orang peserta yang terdiri daripada anggota-anggota JKNG, Unit Perancang Ekonomi Negeri, pihak berkuasa tempatan, IPTA dan agensi-agensi yang berkaitan telah menghadiri seminar tersebut. Sementara itu dalam sidang akhbarnya, Y.B. Tan Sri Joseph Kurup menyatakan bahawa Kerajaan bercadang untuk menamakan pulau-pulau yang masih tidak mempunyai nama yang terdapat di perairan Malaysia. Ini termasuklah entiti-entiti geografi seperti batuan (rocks), beting pasir (sandbanks) dan rabung (ridges) yang terletak di luar pesisir pantai yang kebanyakannya terdapat di negeri Sabah. Menurutnya lagi, pulau-pulau dan entiti ini perlu diberikan nama secepat mungkin sebelum negara-negara asing menuntut hak ke atasnya. Tindakan ini adalah signifikan memandangkan sesebuah negara itu boleh menuntut hak sempadan perairannya sehingga 200 batu nautika dari sesebuah pulau termasuklah sumber-sumber ekonomi yang ada di sekitar kepulauan tersebut. Seminar

Transcript of Bil: 50 / 2011

Page 1: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 1

Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Bil : 50 JANUARI - JUN 2011 ISSN 0128-0414

Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Bil : 50 JANUARI - JUN 2011 ISSN 0128-0414

BERITA UKUR

Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG) telah ditubuhkan bagi menyelaras

kegiatan berkaitan penentuan nama-nama geografi di Malaysia setelah Malaysia menganggotai United Nations Group of Experts on Geographical Names (UNGEGN). Sebagai salah sebuah negara anggota, Malaysia telah diberi penghormatan pada tahun 2011 untuk menjadi tuan rumah kepada Seminar on Geographical Names dan 18th Divisional Meeting of United Nations Group of Experts on Geographical Names bagi kawasan Asia Tenggara dan Barat Daya Pasifik (UNGEGN ASEPSW). Program yang berlangsung selama 2 hari pada 21-22 Februari 2011 itu, telah diadakan di Crowne Plaza Mutiara Hotel, Kuala Lumpur dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah diberi peranan untuk menjadi penganjur kepada program ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup telah merasmikan majlis tersebut, mewakili Y.B. Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri NRE. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada JUPEM kerana berjaya menganjurkan seminar dan mesyuarat tersebut. Menurutnya lagi, pihak Kerajaan akan sentiasa memastikan sistem infrastruktur yang lengkap disediakan bagi menyokong dan menggalakkan penggunaan nama geografi yang standard seperti yang telah dicadangkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (United

On Geographical Names And 18th Divisional Meeting Of United Nations Group Of Experts On Geographical Names

Nations). Sebelum itu, YBhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para peserta program. Antara aktiviti yang diadakan pada program tersebut ialah seminar dan pembentangan beberapa kertas kerja oleh negara-negara ahli UNGEGN ASEPSW mengenai nama-nama geografi. Seramai 182 orang peserta yang terdiri daripada anggota-anggota JKNG, Unit Perancang Ekonomi Negeri, pihak berkuasa tempatan, IPTA dan agensi-agensi yang berkaitan telah menghadiri seminar tersebut.

Sementara itu dalam sidang akhbarnya, Y.B. Tan Sri Joseph Kurup menyatakan bahawa Kerajaan bercadang untuk menamakan pulau-pulau yang masih tidak mempunyai nama yang terdapat di perairan Malaysia. Ini termasuklah entiti-entiti geografi seperti batuan (rocks), beting pasir (sandbanks) dan rabung (ridges) yang terletak di luar pesisir pantai yang kebanyakannya terdapat di negeri Sabah. Menurutnya lagi, pulau-pulau dan entiti ini perlu diberikan nama secepat mungkin sebelum negara-negara asing menuntut hak ke atasnya. Tindakan ini adalah signifikan memandangkan sesebuah negara itu boleh menuntut hak sempadan perairannya sehingga 200 batu nautika dari sesebuah pulau termasuklah sumber-sumber ekonomi yang ada di sekitar kepulauan tersebut.

Seminar

Page 2: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 2

Dalam melaksanakan pelbagai tugasan harian yang semakin mencabar, sudah tentu kita akan menghadapi rintangan dan cabaran yang memerlukan kita sentiasa dalam keadaan sabar. Namun begitu, bebanan kerja yang kadang-kadang amat berat menyebabkan kita berada dalam kedaaan yang tidak terurus sehingga boleh menyebabkan tekanan atau stress.

Sebagai warga JUPEM yang sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah, sudah tentu kita tidak mahu perasaan tekanan yang berlebihan ini menganggu urusan pekerjaan kita seharian. Oleh itu, salah satu cara yang sesuai untuk menangani persekitaran kerja ini ialah dengan mengamalkan senyuman. Amalan budaya senyum ketika menjalankan tugasan harian perlu diterapkan oleh setiap penjawat awam selari dengan amalan budaya mesra pelanggan dan berbudi bahasa terutamanya para petugas barisan hadapan yang berurusan secara langsung dengan orang ramai. Ia sekaligus dapat memuaskan hati orang ramai dan pelanggan serta memastikan perkhidmatan awam sentiasa disenangi. Bagi memastikan amalan ini dapat dipraktikkan secara menyeluruh, Kerajaan telah menggariskan langkah-langkah ke arah meningkatkan perkhidmatan agensi-agensi Sektor Awam yang mesra pelanggan melalui Usaha-Usaha Memantapkan Amalan Senyuman Dalam Penyampaian Perkhidmatan Sektor Awam.

Kajian-kajian yang dilakukan oleh para saintis mendapati bahawa amalan senyum dan ketawa merupakan senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang tubuh badan sekaligus memberikan manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon lain. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Selain itu, senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan secara tidak langsung ia merangsang proses penyembuhan sesuatu penyakit. Dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyuman itu merupakan satu sedekah dan sebagai penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Kepada warga JUPEM, senyuman ini tidak memerlukan modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang boleh memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah.

Oleh itu, saya berharap semua warga JUPEM dapat menghayati dan mengamalkan budaya senyum dan berbudi bahasa ini dengan penuh keikhlasan. Senyuman ini juga merupakan satu ibadah dalam kerja kita kerana ia juga akan merapatkan silaturahim antara warga JUPEM dan juga dapat memberi prestasi kerja yang lebih memberangsang dan akan menaikkan nama Jabatan amnya dan perkidmatan Kerajaan umumnya.

Sumbangan anda adalah dialu-alukan bagi menjadikan penerbitan Berita Ukur lebih luas dan padat:-Sidang Pengarang

PenasihatY. BHG. DATO’ PROf. SR DR. ABDUL KADIR BIN TAIB

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

PengerusiAHMAD fAUzI BIN NORDIN, KMN, JSM

Timbalan Ketua Pengarah Ukur danPemetaan Malaysia

Ketua PenyuntingSR HAJI RAMLI BIN NOR

Timbalan Ketua PenyuntingSR AMRAN BIN ABU RASHID

PenyuntingSR NORAzMEL BIN ABD. KARIMROSMARTINI BT. ABD. RAHMANWAN SAfINAH BT. WAN AzLAN

Pengarang/JurugambarSURANI BIN LEGIMEN

MOHAMAD ROSLI BIN MURSIDIfARIHAN BIN AMzAH

MOHD zAKARIA BIN GzAzALI HASANUL ARIffIN BIN MOHD. NOR

Ketua Rekabentuk/PercetakanMUHAMMAT PUzI BIN AHMAT, KSD

Makluman Semua pendapat dan buah fikiran dalam Berita Ukur ini tidak semestinya pendapat rasmi Pentadbiran Jabatan. Sidang Pengarang Berita Ukur mengalu-alukan sumbangan dari pembaca.

Segala bahan-bahan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan dialamatkan kepada:

PengerusiPenerbitan Berita UkurTingkat 13, Bangunan Wisma JUPEMJalan Semarak50578 Kuala LumpurTel : 03-26170800 Faks : 603-26170990

RenunganDaripada Abu Hurairah r. a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

“Lihatlah kepada orang yang lebih daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu; ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah.”

Detik Sejarah JUPEM

Peta kadaster pertama yang dihasilkan di Semenanjung Tanah Melayu adalah pada tarikh 25 Mei 1885 yang memaparkan butiran plot tanah dalam kawasan Gunong Pulai, Johor

Page 3: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 3

Seminar Nama-Nama Geografi Peringkat Negeri Sabah telah diadakan pada 11 April 2011 di

Le Meridian Hotel, Kota Kinabalu Sabah. Seminar selama sehari anjuran Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bersama Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS). Majlis dirasmikan oleh Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri NRE. Antara tetamu yang hadir bersama ke seminar itu ialah Y.B. Datuk Sukarti Wakiman; SUK Negeri Sabah, YBrs. Sr Ahmad fauzi bin Nordin; Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, YBhg. Datuk Haji Osman bin Haji Jamal; Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, YBhg. Dato’ Mohd Noor bin Isa; Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan) JUPEM dan tetamu kehormat lain.

Seminar ini dianjurkan bertujuan memberikan pendedahan lanjut kepada peserta-peserta dari Negeri Sabah mengenai aktiviti-aktiviti nama-nama geografi yang telah dan sedang giat

dijalankan khususnya di Negeri Sabah di samping dapat bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dalam perkara yang berkaitan dengan nama-nama geografi. Selain dari seminar yang dibentangkan oleh beberapa ahli panel, aktiviti pameran juga turut diadakan bagi membolehkan peserta seminar serta orang ramai mendapatkan maklumat dan pengetahuan berkaitan kepentingan nama-nama geografi di Malaysia khususnya di Sabah.

Dalam ucapan perasmiannya, Y.B. Timbalan Menteri NRE menyatakan bahawa seminar ini adalah susulan daripada seminar nama geografi peringkat Asia Tenggara dan Barat Daya Pasifik yang diadakan di Kuala Lumpur pada 21 Februari lepas. Beliau juga berharap seminar ini akan menjelaskan proses yang perlu dilaksanakan dalam perkara ini agar wujud kesedaran kepada semua pihak baik di jabatan Kerajaan Negeri, wakil rakyat, pemimpin masyarakat, ahli akademik mahupun golongan pelajar. Beliau juga mengharapkan agar seminar ini akan memberikan sumbangan besar kepada pembangunan Negara dalam jangka masa panjang.

Semasa sidang akhbarnya, Y.B. Timbalan Menteri NRE menyatakan mengikut statistik JUPEM, Malaysia mempunyai 878 buah pulau dan 510 entiti geografi luar pesisir seperti batuan, terumbu, permatang, tompok dan alur. Pulau-pulau dan entity geografi yang telah dinamakan pula perlu diwartakan supaya tidak mudah dituntut oleh negara lain. Beliau juga berkata tindakan mewartakan pulau-pulau yang telah dinamakan amat signifikan kerana sesebuah negara boleh menuntut sempadan perairan sehingga 200 batu nautika dari pulau terbabit, termasuk sumber ekonomi di persekitarannya. Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I JUPEM, Sr Ahmad fauzi bin Nordin pula berkata kesemua 182 pulau yang tidak bernama di Sabah kini telah dinamakan dan akan dimaklumkan kepada Kabinet negeri sebelum dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri. Sabah mempunyai jumlah pulau terbanyak iaitu 394 buah dan merupakan antara negeri yang paling aktif menamakan pulau serta entiti geografi lain, katanya lagi.

Seminar Nama-Nama Geografi Peringkat Negeri Sabah

Page 4: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 4

Pegawai dan Kakitangan J U P E M Terima Pingat

i) Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 4 Jun 2011

BIL. NAMA PEGAWAI JAWATAN PINGAT DITERIMA1 YBhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Ketua Pengarah Ukur dan Pingat Jasa Negara Kadir bin Taib, DSDK, SDK, KMN Pemetaan Malaysia (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk

2 Sr Tan Ah Bah, AMN Pengarah Ukur Seksyen Kesatria Mangku Negara Ehwal Persempadanan (K.M.N.)

3 Sr Ahmad Azman bin Ghazali Ketua Pen. Pengarah Ukur Ahli Mangku Negara Seksyen Ehwal Persempadanan (A.M.N.)

ii) Sambutan Ulang tahun Keputeraan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman ke 83 pada 16 Jan 2011

BIL. NAMA PEGAWAI JAWATAN PINGAT DITERIMA

1 Sr Hj. Mohammad Yunus Pengarah Ukur dan Ahli Mahkota Kedah bin Md. Yusof, PPT Pemetaan Kedah (A.M.K.)

iii) Sambutan Ulang tahun Keputeraan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada 14 Januari 2011

BIL. NAMA PEGAWAI JAWATAN PINGAT DITERIMA1 Tn. Syed Mohammed Timbalan Pengarah Ukur Ahli Setia Negeri Sembilan bin. Syed Abd. Rahman Negeri Sembilan (A.N.S.) 2 En. Emary bin Jalani (P.J.K.) Juruteknik Ukur, J22 Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)

3 En. Mustafa bin Othman Pekerja Rendah Awam, R4 Pingat Khidmat Masyarakat Cemerlang (P.M.C.)

Seluruh warga JUPEM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pegawai dan kakitangan

Jabatan yang telah dikurniakan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Ulang tahun Keputeraan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman dan Ulang tahun Keputeraan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan

Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Berikut merupakan senarai pegawai dan kakitangan yang menerima pingat kebesaran. Pengurniaan pingat kepada pegawai dan kakitangan JUPEM adalah sebagai menghargai sumbangan dan jasa kepada masyarakat selain perkhidmatan cemerlang yang telah mereka berikan sepanjang tempoh bertugas.

Page 5: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 5

Segmen PANORAMA terbitan RTM (Radio Televisyen Malaysia) mengenai kerja-kerja

pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia-Thailand sempena Sambutan Ulang Tahun 125 Tahun JUPEM telah disiarkan untuk tontonan umum pada 17 Mac 2011 (Khamis) di saluran RTM1 jam 9.30 malam.

Sesi rakaman penggambaran ini telah diadakan pada 6-7 Disember 2010 di dua tempat berlainan iaitu di Kedah dan Kelantan. Penggambaran dibahagikan kepada dua, iaitu kaedah penentuan sempadan darat yang dijalankan di Durian Burung, Kedah manakala penentuan sempadan sungai di sekitar kawasan Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang Kelantan. Ia melibatkan pegawai dan kakitangan dari Seksyen Topografi Semenanjung dan Seksyen Geodesi, Bahagian Geospatial Pertahanan, Royal Thai Survey Department (RTSD) dan juga krew-krew penggambaran. Segmen PANORAMA ini kemudian telah diulang siar di RTM1 pada 7 April 2011 atas permintaan ramai yang ingin mengetahui peranan JUPEM dalam kerja-kerja penentuan sempadan antarabangsa antara Malaysia dengan negara-negara jiran.

Dalam SegmenJUPEM

Panorama

Page 6: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 6

Sempena tahun baru 2011, Majlis Amanat KPUP telah diadakan pada 10 Januari 2011

bertempat di Dewan Ukur, JUPEM yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi dan kanan jabatan, Pengarah-pengarah Ukur Negeri, Bahagian dan Seksyen serta kakitangan jabatan di Ibu Pejabat JUPEM.

Dalam ucapan amanatnya, YBhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, melahirkan rasa kesyukuran kepada Ilahi kerana perhimpunan kali pertama pada tahun 2011 ini dapat dijalankan dengan jayanya. Beliau juga mengucapkan selamat kembali kepada kakitangan yang telah selamat dari menunaikan ibadat haji selain ucapan tahniah di atas pelantikan dan kenaikan pangkat pegawai-pegawai kanan jabatan. Seterusnya beliau mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada kakitangan jabatan dan berharap agar permulaan tahun baru ini akan memberikan semangat dan iltizam kepada kakitangan jabatan untuk terus meningkatkan kualiti dan tahap perkhidmatan jabatan selaras dengan gagasan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Dalam memenuhi hasrat kerajaan mencapai tadbir urus yang baik, akauntabiliti dan peningkatan integriti diri perlu dipertingkatkan oleh setiap kakitangan disamping penerapan nilai dan peribadi asas seperti yang digariskan dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam. Kefahaman mengenai prinsip utama tadbir urus yang baik perlu

Amanat KPUP 2011 digarap dan diartikulasikan demi mencapai hasrat menjadikan JUPEM sebagai sebuah perkhidmatan yang lebih bermutu, efisien dan responsif terutama kepada para pelanggan

Mengimbas kembali pencapaian pada tahun 2010, YBhg. Dato’ KPUP menyatakan keyakinan beliau di atas prestasi dan kemajuan yang dilaksanakan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan. Namun begitu, ia perlu dinilai kembali supaya peningkatan yang lebih efektif akan dapat dilaksanakan kelak. Pencapaian-pencapaian yang terdahulu perlu dikongsi bersama dan dijadikan panduan pada masa yang akan datang. Antaranya Sambutan 125 Tahun JUPEM yang gilang-gemilang telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri bersekali dengan pelancaran sistem e-Kadaster. Beliau mengucapkan syabas kepada pegawai dan kakitangan jabatan yang memberikan kerjasama padu dalam menjayakan program tersebut.

Mengenai e-Kadaster pula, ia merupakan satu transformasi berganda dalam kerja-kerja ukur kadaster yang lebih fleksibel tanpa pengurangan kualiti yang ditetapkan. Penggunaan aplikasi secara web-based membolehkan pengguna sistem membuat urusan ukur kadaster lebih efisien sekaligus mencapai matlamat menyiapkan urusan Permohonan Ukur dalam tempoh 2 bulan berbanding 2 tahun sebelumnya. Melalui projek ini juga, Pangkalan Data Kadaster Digital Kebangsaan (NDCDB) yang mempunyai ciri-ciri Survey Accurate Coordinate, hormogenous dan GIS ready telah dibangunkan di setiap JUPEM

Page 7: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 7

negeri dan boleh diintergrasikan dengan data-data seperti pemetaan, imej setelit, peta utiliti serta lain-lain maklumat GIS bagi tujuan perancangan pembangunan negara. Untuk menuju ke arah pelaksanaan Spatially Enabled Government menjelang 2014, JUPEM akan melaksanakan projek Multipurpose kadaster yang akan menggantikan konsep single purpose kadaster sedia ada.

Di samping itu, JUPEM juga telah berjaya menggondol beberapa anugerah seperti Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan bagi Jabatan Kerajaan, anugerah inovasi sempena Hari Inovasi NRE selain memperolehi persijilan amalan 5S. Penerimaan anugerah ini sekaligus telah melonjakkan nama JUPEM ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi tahun 2011 ini dan sempena bermulanya Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), beberapa program dan projek baru akan dilaksanakan oleh JUPEM ke arah meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan sedia ada. Antara projek yang akan dilaksanakan adalah seperti ‘Projek Penandaan, Pengukuran dan Penyelenggaraan Sempadan Antarabangsa (Darat dan Maritim) Malaysia Dengan Negara-Negara Jiran’; ‘Projek Multipurpose Cadastre – Memperkasakan NDCDB (Pangkalan Data Ukur Kadaster Kebangsaan)’ dan ‘Projek ICT Enterprise Intergrated System Bagi JUPEM (IEIS)’ yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM50 juta. Pelaksanaan RMK-10 ini akan menggunakan pendekatan berasaskan outcome base yang menghubungkaitkan dasar dan pelaksanaan

program RMK-10 dengan Bidang Keberhasilan Utama (Key Result Area) (KRA). Selain perancangan pembangunan fizikal, program pembangunan modal insan juga mestilah dipertingkatkan seiring dengan pembangunan fizikal. Pembentukan imej pekerja yang cemerlang dapat ditingkatkan melalui pembelajaran yang berterusan. Menurut beliau lagi, walaupun PTK tidak lagi menjadi syarat kenaikan pangkat kakitangan awam, budaya pembelajaran yang berterusan perlulah sentiasa diamalkan oleh setiap kakitangan bagi meningkatkan tahap kompetensi individu dan jabatan yang akan menjadikan JUPEM lebih cemerlang. Budaya inovasi di dalam perkhidmatan awam juga perlu dipupuk dan dipertingkatkan selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan perkhidmatan awam lebih cekap dan berkesan terutamanya sistem penyampaian maklumat kepada pelanggan. Penubuhan Unit Inovasi di JUPEM akan menjadi penaung dan penyelaras kepada aktiviti-aktiviti Inovasi dan membantu pengurusan inovasi bagi mewujudkan pembentukan budaya serta menerajui program pembudayaan inovasi secara bersistematik di JUPEM.

Di akhir ucapannya, beliau melahirkan rasa gembira dan bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas semua kejayaan dan pencapaian JUPEM sepanjang tahun 2010 dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JUPEM di atas segala sokongan dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti JUPEM.

Berita UKUR 7

Page 8: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 8

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang bagi tahun 2010 pada 21 Jun 2011 bertempat di The Legend Hotel, Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan terhadap manifestasi komitmen dan itizam warga JUPEM yang telah menunjukan prestasi yang cemerlang sepanjang tahun 2010. Seramai 403 orang pegawai JUPEM dari pelbagai

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010peringkat jawatan dan gred menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Selain daripada menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Awam, Jabatan turut memberi penghargaan Anugerah Khidmat Setia dan Anugerah Khas KPUP kepada pegawai-pegawai jabatan.

Majlis telah dirasmikan oleh Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyatakan bahawa majlis ini adalah sebagai pemangkin untuk memotivasikan kecemerlangan penjawat awam yang lain, lebih-lebih lagi dalam arus perdana pembangunan negara hari ini yang semakin berdaya saing. Dalam menghadapi arus perubahan yang semakin pantas ini, penjawat awam tidak boleh lagi berada di dalam zon selesa dan bekerja seperti kebiasaan, tetapi perlu berganjak ke arah transformasi budaya kerja cemerlang yang lebih agresif untuk bersaing secara global dalam memberi nilai-nilai tambahan kepada jabatan dan kementerian keseluruhannya.

Beliau turut berbangga dengan pencapaian cemerlang JUPEM di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik sepanjang tempoh 126 tahun penubuhannya serta merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada warga JUPEM yang telah terpilih menerima APC. Para hadirin juga telah dihiburkan dengan persembahan menarik oleh kumpulan Koir JUPEM.

Berita UKUR 8

Page 9: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 9

Bagi merealisasikan kecemerlangan diri di kalangan Kumpulan Pegawai Kanan di

sesebuah organisasi, adalah penting bagi kumpulan ini mempunyai rangsangan minda ke arah mencapai tahap integriti yang lebih tinggi terhadap amanah, tanggungjawab dan tugas mereka. Selain itu, kumpulan ini juga perlu diberi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kecekapan pengurusan dan peningkatan produktiviti diri.

Penganjuran program-program seperti peningkatan kendiri diadakan bertujuan membantu Kumpulan Pengurusan Tertinggi ini untuk meningkatkan jati diri dan seterusnya imej organisasi yang lebih ceria, bergaya dan berkeyakinan tinggi sejajar dengan peningkatan kualiti perkhidmatan sesuatu organisasi atau jabatan. Sehubungan dengan itu, JUPEM telah menganjurkan Program Transformasi dan Team Building bagi kumpulan Pengurusan Tertinggi yang telah diadakan pada 7-9 Januari 2011 bertempat di Colmar Tropicale Resort, Bukit Tinggi, Pahang. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib.

Program ini melibatkan semua pegawai kanan JUPEM dari gred 48 dan ke atas dengan objektif membincangkan langkah-langkah untuk pemerkasaan sistem penyampaian sedia ada serta membentuk pegawai yang dapat bekerjasama secara menyeluruh dan berkesan dalam satu pasukan. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini ialah pembentangan kertas kerja dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti secara berkumpulan.

Program Transformasi Dan Team Building Pengurusan Tertinggi JUPEM

MOU JUPEM - UTM

Kerjasama antara JUPEM dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah terjalin sejak

sekian lamanya. Perkongsian ilmu dan maklumat antara kedua-dua jabatan kerajaan dan institusi pengajian awam ini lebih tertumpu kepada hal dan bidang yang berkaitan dengan ukur dan pemetaan.

Bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala ini, satu majlis menandatangani MOU (Memorandom of Understanding) di antara JUPEM dan UTM telah diadakan pada 29 April 2011 bersamaan 25 Jamadil Awal 1432H bertempat di Tingkat 15 Wisma JUPEM, Jalan Semarak Kuala Lumpur. Dalam majlis itu, JUPEM telah diwakili oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib manakala UTM telah diwakili oleh Prof. Dr. Alias bin Abdul Rahman, Dekan fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, UTM. Majlis juga telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari JUPEM dan UTM.

Antara perjanjian yang telah dipersetujui dalam majlis itu adalah:

i. Kerjasama dalam menjalankan kajian; ii. Latihan sumber manusia; iii. Perkongsian sumber/maklumat; iv. Penganjuran acara (seminar, persidangan, wokshop dan lain-lain); dan v. Lain-lain bentuk kerjasama yang dipersetujui oleh kedua belah pihak

Page 10: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 10

Dalam mesyuarat itu, beberapa isu telah disentuh antaranya:

• Prestasi Perbelanjaan Mengurus Tahun 2010 serta Perbelanjaan Keseluruhan Pembangunan RMK9• Amalan 5S telah berjaya dijalankan di Ibu Pejabat dan telah menerima pensijilan bersama-sama dengan NRE pada 28 Julai 2010. Ini diikuti dengan JUPEM Selangor, Kedah dan Johor pada bulan November dan Disember 2010.• Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 akan diperluaskan ke semua negeri pada tahun 2011. Negeri-Negeri perlu bersedia untuk dihubungi pada bila-bila masa oleh Seksyen Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan yang bertindak sebagai urus setia. • PTK telah dimansuhkan mulai tahun 2011. Walaubagaimanapun, satu kaedah lain akan diwujudkan bagi menggantikannya. • Semua pegawai dan kakitangan JUPEM dikehendaki mengemas kini lima (5) modul perisian HRMIS iaitu rekod perjawatan, rekod peribadi, profil perkhidmatan, pengisytiharan harta dan pengurusan prestasi • Diwujudkan AKRAB di setiap JUPEM negeri bagi memberi perkhidmatan membimbing dan membantu rakan sekerja dalam meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.• Mengambil langkah keselamatan terhadap peta terhad yang dilengkapi dengan cip logo JUPEM/digital watermark bertujuan untuk menghindari daripada sebarang usaha plagiat/ ciplakan peta tanpa keizinan.• Mengambil langkah keselamatan terhadap peralatan ukur seperti EDM perlu dipasang dengan cip keselamatan bertujuan memantau pergerakan keluar masuk peralatan tersebut disamping mengelakkan kecurian.

Dalam mesyuarat ini juga, Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster), Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan) dan Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan telah membentangkan Laporan Prestasi Tahun 2010 dan perancangan strategik untuk tahun 2011 Bahagian masing-masing. Dua Kertas Kerja turut dibentangkan dalam mesyuarat ini iaitu ‘Cadangan Nama-nama Baru bagi Jawatan di JUPEM Negeri‘ dan ‘Kertas Teknikal Penetapan Titik Tengah Semenanjung Malaysia‘.

Bagi meningkatkan kecemerlangan dan melicinkan pengurusan jabatan, Mesyuarat

Pengurusan JUPEM Bil. 1 Tahun 2011 telah diadakan pada 10 hingga 11 Januari 2011 di Tingkat 15, Wisma JUPEM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Sidang selama 2 hari ini juga dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan, Pengarah-Pengarah Ukur Bahagian dan Seksyen serta Pengarah-Pengarah Ukur Negeri.

Mesyuarat PengurusanBilangan 1 Tahun 2011

Page 11: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 11

Sistem interaksi antara kumpulan pengurusan dan warga pekerja sokongan perlulah

diberikan perhatian demi mencapai matlamat ke arah pembentukan sesebuah organisasi yang cemerlang dan berdaya saing. Tanpa kerjasama yang kukuh antara kedua-dua belah pihak ini pasti akan merencatkan perjalanan pentadbiran dan aktiviti sesebuah organisasi itu. Mengambil kira kepentingan itu, satu majlis dialog bersama Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah diadakan pada 9 Mac 2011 bertempat di Dewan Ukur, Ibu Pejabat JUPEM. Majlis dialog ini melibatkan YBhg. Dato’ KPUP, TKPUP I dan II dan kakitangan Kumpulan Sokongan II (Gred 1-16) yang bertugas di pelbagai seksyen di Ibu Pejabat JUPEM.

Seramai 152 orang kakitangan telah menghadiri majlis dialog tersebut. Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada kumpulan ini berinteraksi secara terus dengan pihak pengurusan tertinggi untuk membincangkan apa-apa permasalahan dan keluhan mengenai pengurusan jabatan dan persekitaran kerja serta melontarkan idea dan pandangan bagi memperbaiki kelemahan yang ada. Selain daripada itu, majlis seumpama ini juga mampu mengeratkan lagi hubungan antara pihak pengurusan dan golongan pekerja. Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ KPUP berharap agar majlis seumpama ini akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dan beliau merancang untuk mengadakan forum atau dialog seperti ini dengan melibatkan kumpulan kakitangan yang lain termasuk dari JUPEM negeri.

Majlis Dialog Bersama KPUP

Berita UKUR 11

Page 12: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 12

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah berjaya dipersijilkan dengan MS ISO 9001:2008

daripada SIRIM QAS International Sdn.Bhd. bagi skop Pengurusan dan penerbitan Peta Topografi dan Perkhidmatan Ukur Kadaster Untuk Penyediaan Pelan Hak Milik Tanah. Perakuan pensijilan ini berkuatkuasa dari tarikh 9 April 2011 sehingga 8 April 2012.

Senarai JUPEM Negeri dan Seksyen-seksyen di Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur yang termasuk di dalam skop pensijilan tersebut ialah:

Ibu Pejabat JUPEMSeksyen Perkhidmatan Pemetaan Seksyen Topografi Semenanjung Seksyen Pangkalan Data Seksyen Penawanan Data Seksyen KartografiSeksyen Percetakan Peta

JUPEM NegeriJUPEM WPKL/PutrajayaJUPEM SelangorJUPEM MelakaJUPEM PerlisJUPEM WP LabuanSeksyen Topografi SarawakSeksyen Topografi Sabah

Kerja keras dan komitmen oleh kakitangan JUPEM di setiap peringkat selama ini telah membuahkan hasil dengan kejayaan menerima pengiktirafan ini. Oleh itu, warga kerja JUPEM perlu berusaha lebih lagi untuk mengekalkan standard persijilan itu sepanjang masa.

Tahniah kepada semua warga JUPEM atas kejayaan menerima pensijilan MS ISO 9001:2008 pada tahun ini. Penganugerahan ini juga telah menjadikan jabatan setanding dengan agensi kerajaan atau swasta yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa disamping berjaya menaikkan lagi imej jabatan di kalangan pelanggan-pelanggan JUPEM dan organisasi lain pada amnya.

PensijilanMS ISO 9001:2008

Page 13: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 13

Kongres Ukur ke-11 Peringkat Asia Tenggara (11th SEASC 2011) dan Kongres Jurukur Antarabangsa

kali ke-13 (13th ISC 2011) telah diadakan pada 22 – 24 Jun 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Kongres ini adalah anjuran bersama ISM (Institute of Surveyors Malaysia), AFLAG (Asean Federation of Land Surveying and Geomatics) dan RICS Asia (Royal Institute of Chartered Surveyor) dengan kerjasama JUPEM, PEJUTA dan beberapa agensi lain. Dengan tema ‘INNOVATIVE TOWARDS SUSTAINABILITY’, kongres ini diadakan bertujuan mengetengahkan inisiatif bagi tujuan menggalakkan penumpuan, perkongsian dan penggunaan teknologi yang inovatif serta pengetahuan dan inisiatif lain bagi menjalin kerjasama baru. Ia juga bertujuan mengenal pasti saluran yang berpotensi bagi penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam bidang berkaitan untuk kepentingan profesyen dan juga kepada masyarakat ke arah mencapai pembangunan yang mapan.

Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Y.B. Dato Sri Douglas Uggah Embas. Antara tetamu lain yang turut hadir ialah Y.B. Timbalan Menteri NRE, YBhg. Dato’ KSU NRE, YBhg. Dato’ TKSU NRE, YBhg. Datuk Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Presiden ISM.

Program selama 3 hari ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti sesi ucaptama, sesi pembentangan kertas kerja teknikal, majlis makan malam, forum dan mesyuarat agung tahunan antara bahagian-bahagian di dalam ISM. Selain itu, para delegasi dan peserta yang menyertai kongres ini telah dibawa melawat ke beberapa tempat yang menarik di sekitar Kuala Lumpur. Sesi pameran juga telah diadakan dengan penyertaan peserta-peserta yang terdiri daripada pengeluar peralatan-peralatan ukur dan pemaju hartanah. JUPEM juga telah menghantar wakil untuk menyertai aktiviti pameran ini.

11th SEASC & 13th ISC 2011

Berita UKUR 13

Page 14: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 14

Majlis Perhimpunan Bersama KPUP kali kedua telah diadakan pada 20 Mei 2011 di Dewan

Ukur, Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur. Majlis telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dan kakitangan jabatan di Ibu Pejabat JUPEM.

Beberapa perkara menarik telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ KPUP antaranya budaya kerja cemerlang. Beliau memaklumkan bahawa JUPEM telah mengambil pendekatan urus tadbir secara berkesan dengan mengamalkan Budaya Kerja 1,3 dan 14 iaitu 1 hari untuk menyiapkan kerja yang memerlukan tindakan segera, 3 hari untuk menyediakan minit mesyuarat, dan 14 hari untuk urusan pembayaran bil-bil. Beliau seterusnya mengingatkan kepada pegawai yang berurusan dengan pihak pembekal agar segala urusan pembayaran hendaklah disegerakan sekiranya pembekal telah memenuhi syarat dan ini amat penting dalam menjaga nama jabatan disamping memastikan jabatan ini sentiasa mengamalkan tadbir urus yang proaktif dan sistematik serta

Perhimpunan Bersama KPUPmempunyai akauntabiliti dan integriti yang cemerlang.

Dalam melestarikan budaya akauntabiliti dan integriti yang cemerlang beliau merujuk kepada MY Integriti siri 2/2011 yang menyentuh tentang “Uruskanlah Perbelanjaan Dengan Bijak” bagi mengelakkan masalah keterhutangan serius dikalangan kakitangan awam. Manakala My Integriti siri 3/2011 pula menyebut “Gunakanlah Kad Touch n’ Go dan Kad Inden Minyak Yang Telah Disediakan Oleh Jabatan Untuk Tujuan Rasmi Dengan Penuh Amanah”, ini kerana penyalahgunaan kad-kad ini boleh disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab serta tidak jujur dan tidak amanah dan boleh juga dikenakan tindakan tatatertib.

Disamping mengamalkan budaya kerja cemerlang, beliau telah menarik perhatian semua kakitangan terhadap usaha Kerajaan untuk memantapkan amalan senyuman di dalam Perkhidmatan Awam. Senyuman merupakan permulaan bagi mewujudkan hubungan yang positif di antara penjawat awam dan pelanggan di dalam memberikan perkhidmatan. Ia boleh menyampaikan mesej kemesraan dan keceriaan. Amalan senyum semasa menyampaikan perkhidmatan bertujuan untuk memastikan setiap perkhidmatan yang diberikan memberi kepuasan dan kesan positif yang mendalam kepada pelanggan.

PTK yang menjadi isu dan perbualan hangat dikalangan penjawat awam turut disentuh dalam ucapan beliau. Menurutnya, Sistem 360 darjah akan menggantikan PTK bagi menilai prestasi penjawat awam. Melalui sistem ini, penilaian prestasi seseorang kakitangan itu bukan saja membabitkan seorang ketua kepada kakitangan bawahan, malah penilaian juga dibuat antara rakan sejawatan dan kakitangan bawahan terhadap ketua mereka. Ini kerana kerajaan berpendapat bahawa kejayaan sesebuah jabatan atau organisasi adalah atas kerja berpasukan dan bukan prestasi individu semata-mata. Bagaimanapun, sistem penilaian prestasi 360 darjah ini masih diperingkat pengenalan.Mengakhiri ucapan, beliau berharap agar jabatan ini akan terus menuju kejayaan penuh cemerlang, berinovatif dan berdaya saing serta akan terus unggul di dalam perkhidmatan awam serta mengucapkan terima kasih atas kehadiran warga JUPEM.

Page 15: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 15

Bagi kebanyakan jabatan dan agensi kerajaan, GIS telah menjadi salah satu aplikasi penting

yang mempunyai kapasiti untuk mengubah sesuatu keputusan dengan menggunakannya bagi penambahbaikkan dan streamline proses perniagaan disamping memastikan sumber yang berharga digunakan dengan sebaiknya.

YBhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib bercakap ketika ditemuramah oleh FutureGov Asia Pacific sempena FutureGov Forum Kuala Lumpur pada 29 Mac 2011 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Dalam temuramah itu, beliau menjelaskan bahawa Agensi Kerajaan telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab mengurus semua aset negara secara sistematik dan kolektif. Apabila ia dikumpulkan, maklumat-maklumat spatial yang mempunyai pelbagai tahap ini sangat penting dalam menyokong kerajaan untuk membuat perancangan sosio ekonomi.

Menurut beliau lagi, di peringkat nasional maklumat spatial begitu penting bukan hanya untuk keselamatan negara malah untuk pembangunan sosio ekonomi. Sebagai contoh, maklumat pemetaan utiliti yang lengkap

GIS – Enabled Decision Making in Malaysia’s Government Agencies

digunakan bukan hanya untuk menyediakan perkakasan kepada pembekal perkhidmatan bagi menguruskan hal berkaitan utiliti tetapi ia juga menjadi peralatan sebagai perkhidmatan berasaskan lokasi jika berlaku kecemasan. Agensi-agensi kerajaan memerlukan sistem pengurusan aset yang teratur bagi mencapai keberkesanan dalam perkhidmatan seperti utiliti, telekomunikasi dan penjagaan kesihatan. Perkara-perkara ini mampu ditangani dengan menggunakan sistem maklumat geospatial dan diintegrasikan dengan hal yang melibatkan keputusan kerajaan.

Dalam temuramah itu juga, YBhg. Dato’ KPUP turut menyentuh mengenai penggunaan Pangkalan Data Kadaster Digital Kebangsaan(NDCDB) di mana ketika ini ia digunakan untuk perancangan dan pembangunan infrastruktur di negara ini. Tambah beliau lagi, “Hari ini, maklumat spatial begitu penting kepada kebanyakan agensi-agensi kerajaan bagi membolehkan mereka membuat sesuatu keputusan yang lebih berkesan dan melaksanakan dasar. Ia juga memainkan peranan yang penting sebagai pendorong utama yang akan membantu Malaysia menuju sasaran sebagai sebuah negara membangun menjelang tahun 2020”.

Page 16: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 16

KonvensyenSistem Persekitaran Berkualiti (5S)

Tahniah !! JUPEM PahangBerita UKUR 16

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah berjaya menganjurkan Konvensyen Sistem

Persekitaraan Berkualiti (QE/5S) kali ke-2 pada 28 Jun 2011 di Dewan Ukur JUPEM. Konvensyen ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan pelaksanaan Amalan 5S dan membudayakannya secara menyeluruh di jabatan selaras dengan sasaran JUPEM menjadi agensi pertama mewajibkan semua organisasi dibawahnya memperolehi pensijilan 5S/QE sebelum Julai 2011 ini. Program ini juga merupakan satu platform

untuk membolehkan pengamal-pengamal 5S di jabatan ini bertukar-tukar pandangan dan idea bagi meningkatkan Amalan 5S ini agar terus cemerlang dan berkekalan. Antara objekif program ini diadakan ialah:

• Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selamat dan sistematik• Menghasilkan kualiti kerja, perkhidmatan dan produk yang tinggi• Membentuk disiplin dan semangat kerja berpasukan• Mewujudkan persaingan sihat antara peserta ke arah memantapkan Amalan 5S• Perkongsian idea ‘Best Practices”• Menilai impak hasil pelaksanaan Amalan 5S• Mengembangkan idea kreatif dan inovatif melalui aktiviti “Kaizen”

Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, YBrs. Sr Ahmad Fauzi bin Nordin dan telah dihadiri hampir 200 orang peserta dari semua JUPEM Negeri dan Bahagian dan Seksyen di Ibu Pejabat JUPEM. Sebanyak 11 kumpulan dari JUPEM Negeri dan Ibu Pejabat telah membentangkan pelaksanaan amalan 5S masing-masing yang diadili oleh juri jemputan dari MAMPU, MPC dan NRE. Keputusan keseluruhan bagi pembentangan dan impak pelaksanaan Amalan 5S terbaik jatuh kepada JUPEM Pahang, diikuti JUPEM Kedah dan JUPEM Selangor. Konvesyen ini juga telah menjemput wakil dari Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Putrajaya, Pn. Rozita binti Md. Rosli untuk berkongsi pengalaman BPP dalam pelaksanaan amalan 5S. BPP adalah pemenang Anugerah Kebangsaan 5S MPC (bagi Sektor Awam) tahun 2010.

Page 17: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 17Berita UKUR 17

selamat BERSARA

Majlis makan malam sempena meraikan persaraan pegawai-pegawai kanan JUPEM telah diadakan pada 10 Januari 2011 di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Tiga orang pegawai kanan yang bersara

wajib yang diraikan pada malam tersebut ialah Tuan Haji Muhammad Kamil bin Mat Daud (Pengarah Ukur Bahagian Kadaster), Encik Mohamed Azhari bin Mohamed zainudin (Pengarah Ukur dan Pemetaan Perak) dan juga Tuan Haji Mohamed bin Yunus (Pengarah Ukur dan Pemetaan Kelantan). Persaraan 3 orang pegawai kanan JUPEM ini amat dirasai oleh seluruh warga jabatan. Jasa dan pengorbanan mereka dalam menjulang nama JUPEM diperingkat nasional akan dikenang sepanjang masa

Tuan Haji Muhammad Kamil bin Mat Daud yang telah berkhidmat di JUPEM sejak tahun 1974, telah memulakan kerjayanya sebagai Pembantu Teknik di Pasir Mas, Kelantan. Selepas menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda, karier beliau terus berkembang dengan memegang jawatan sebagai Pengarah Ukur Negeri Sembilan, Pengarah Ukur Kelantan dan Pengarah Ukur W.P.Kuala Lumpur/Putrajaya. Berdasarkan pengalaman yang luas dalam ukur kadaster dan pemetaan, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Ukur Bahagian Kadaster pada tahun 2004 sehinggalah beliau bersara pada 19 September 2010.

Encik Mohamed Azhari bin Mohamed zainudin pula memulai kerjaya sebagai Juruukur di Jabatan Ukur W.P Kuala Lumpur pada tahun 1978. Berbekalkan kelayakan dan pengalaman yang luas, beliau pernah menjadi Pengarah Ukur Negeri Sembilan, Pengarah Ukur Johor, Pengarah Ukur Kedah, Pengarah Ukur Pahang dan seterusnya menerajui Jabatan Ukur Perak sehingga 23 September 2010 iaitu tarikh persaraan wajib beliau.

Page 18: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 18

Majlis turut mengundang dan meraikan pegawai-pegawai JUPEM yang telah bersara secara pilihan iaitu Tuan Haji Mohd Rozi bin Latip, Tuan Haji Amran bin Omar, Tuan Haji Rosli bin Wahab dan Encik fadzilah bin Che Ros. Warga JUPEM merakamkan ucapan selamat bersara dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai berkenaan yang telah banyak menaburkan jasa sepanjang berkhidmat dengan jabatan dan kerajaan.

BERSARA pilihan dan PERTUKARAN

Encik Mohamed bin Yunus, beliau telah memulakan kariernya sebagai Juruukur Latihan pada tahun 1978 di Jabatan Ukur Terengganu. Pernah bertugas sebagai Pengarah Ukur Labuan, Pengarah Ukur Melaka, Pengarah Ukur Selangor dan jawatan terakhir beliau ialah di negeri kelahirannya sebagai Pengarah Ukur Kelantan. Beliau telah berkhidmat di JUPEM Kelantan sehingga 13 November 2010.

• Encik Abdul Hamid bin Che Amat (bersara pada 16 Januari 2011)• Tuan Haji Hisham bin Ibrahim (bersara pada 8 Mei 2011)• Tuan Haji Rohaizad bin Ismail (bersara pada 10 Mac 2011)

Manakala dua orang pegawai yang akan bertukar ialah:

• Encik Ja’apar bin Wahab (Pengarah Seksyen Pentadbiran dan Perkhidmatan yang bertukar ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ) • Brig. Jeneral Dato’ Pahlawan Mior Safian bin Saidin (Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan yang bertukar ke Kementerian Pertahanan, MINDEf)

Seramai lima orang pegawai JUPEM telah diraikan dalam satu majlis makan malam bertempat di Wisma LJT, Bandar Melawati, Selangor pada 29 April 2011. Tiga orang pegawai yang bersara secara pilihan ialah:

Page 19: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 19

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 15 Februari

2011 bersamaan 12 Rabiul Awal 1432H di Masjid Tuanku Mizan zainal Abidin, Putrajaya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Antara kenamaan yang hadir pada majlis tersebut ialah YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan isteri; YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin dan isteri; YABhg. Tun Datuk Sri Panglima Haji Sakaran Dandai; YABhg. Tun Muhammad Haniff bin Omar dan barisan menteri kabinet yang lain.

Dengan tema “1Malaysia 1 Ummah”, sambutan telah dimulakan dengan perarakan sejauh 2.4 km yang bermula dari Dataran Putra hingga ke Qiblat Walk, Masjid Tuanku Mizan. Perarakan yang diiringi dengan bacaan selawat ini telah disertai hampir 10,000 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, badan-badan berkanun, agensi swasta, pelajar sekolah, persatuan-persatuan NGO dan orang ramai. Kontinjen JUPEM seramai 80 orang turut menyertai perarakan yang disambut dengan penuh rasa keinsafan dan kesederhanaan. Pada majlis itu juga, Yang di-Pertuan Agong turut menyampaikan anugerah kepada beberapa orang penerima mengikut kategori masing-masing. Selain itu, beberapa aktiviti dan persembahan telah diadakan sepanjang majlis tersebut seperti persembahan khas oleh kumpulan kanak-kanak dari Program Realiti Adik-Adikku, deklamasi sajak, syair rakesh, nyanyian gabungan bahasa Arab dan Inggeris, bacaan rawi, nazam dan berselawat.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432H

“1Malaysia 1 Ummah”

Berita UKUR 19

Page 20: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 20

(Petikan dari temuramah bersama Sr Dr Azhari bin Mohamed, Pengarah Ukur Seksyen Geodesi, JUPEM sempena forum Isra’ Mikraj di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh Imam Masjid Bandar Baru Sentul)

Peristiwa Isra’ Mikraj berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke 11 daripada kerasulan

Nabi Muhammad s.a.w. iaitu setahun sebelum berlakunya Hijrah. Peristiwa yang luarbiasa ini telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w. di mana baginda telah melalui Isra’ dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi yang merentasi tujuh lapisan langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Peristiwa ini memberikan pengajaran dan iktibar kepada kita semua tentang kewajipan menunaikan solat 5 waktu sehari semalam yang telah dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. disamping menguji keimanan kita kepada Allah mengenai perkara ghaib. Daripada peristiwa ini juga kita boleh mengaitkannya dengan rahsia-rahsia alam dari perspektif Islam dan sains seperti kejadian langit dan penentuan dan ketetapan waktu-waktu solat.

Kejadian Langitfirman Allah SWT dalam Surah fussilat ayat ke-12 bermaksud “Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua hari dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui”. Ayat ini telah menjelaskan bahawa Allah telah menjadikan

Artikel : Membongkar Rahsia Alam Dalam

tujuh lapisan langit dalam masa dua hari. Merujuk kembali kepada teori-teori moden mengenai pembentukan alam semesta ini dari sudut sains juga, samada kajian dan penemuan oleh ahli-ahli sains akan menyokong kebenaran Al-Quran atau sebaliknya. Hasil penemuan oleh ahli-ahli sains Barat telah bersetuju bahawa alam semesta yang ada sekarang ini adalah terbentuk dari satu jisim yang sangat padu dan padat. Kira-kira 15 juta tahun yang dulu, akibat dari tekanan dari pusat jisim itu telah menyebabkan letupan yang amat kuat, juga dikenali sebagai Big Bang atau Letupan Besar yang telah menyebabkan kewujudan dan pembentukan objek-objek di angkasa seperti galaksi, kumpulan bintang, planet, asteroid dan sebagainya.

Teori Big Bang ini telah wujud sejak tahun 1930-an lagi hasil idea dan pemikiran ahli astronomi dari Belgium, George Lemaitre. Sebagai umat Islam, kita harus melihat kembali dalil-dalil dari Al-Quran yang mengaitkan kejadian-kejadian alam ini seperti Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya ayat ke 30 yang bermaksud “Dan apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu pada mulanya bersatu, kemudian kami (Allah) pisahkan antara kedua-duanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?”. Begitu juga Firman Allah dalam Surah Al-Dzariyat ayat ke 47 yang bermaksud “Dan langit Kami (Allah) bina dengan kekuasaan (Kami) dan Kami benar-benar meluaskannya” dan Surah Fussilat ayat ke 11 bermaksud “Kemudian Dia (Allah) menuju kepada penciptaan langit, dan langit ketika itu masih merupakan asap...”.

Isra’ Mikraj

Berita UKUR 20

Page 21: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 21

Bumi ini mempunyai daya tarikan graviti yang menyebabkan kita berada tetap di atas permukaan bumi dan tidak terapung-apung di udara. Sekiranya kita berada di luar lingkungan bumi, tarikan graviti adalah berkurangan. Tarikan graviti juga berperanan ‘memerangkap’ lapisan udara yang dikenali sebagai atmosfera dari terlepas ke angkasa lepas. Lapisan atmosfera adalah lapisan gas yang melitupi bumi dari permukaan tanah dan laut sehingga ke luar

Berita UKUR 21

angkasa. Lapisan selebar hampir 700km ini berfungsi untuk melindungi segala kehidupan di bumi dengan menyerap radiasi sinaran ultra-lembayung dari matahari. Ia juga bertindak sebagai satu medium untuk mengurangkan suhu ekstrem di antara siang dan malam. Hasil kajian ahli-ahli sains telah menunjukkan bahawa atmosfera bumi terdiri daripada gas-gas seperti nitrogen dan oksigen dan sedikit gas argon, karbon dioksida, wap air dan gas lain.

Gambarajah 1

Gambarajah 2 Gambarajah 3

Page 22: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 22

Bil. Nama Lapisan Ciri-ciri1 Troposfera

(Troposphere)- Lapisan atmosfera ternipis dan paling hampir dengan permukaan bumi

- Lapisan bermula dari permukaan bumi hingga lapisan tropopause dengan ketinggian 10-16 km

- Suhu berkurangan dengan pertambahan ketinggian altitud

- Lapisan paling ideal untuk kehidupan kerana campuran gas yang ideal

- Kehidupan terlindung dari pancaran radiasi2 S t r a t o s f e r a

(Stratosphere)- Bermula dari lapisan troposfera, ketinggian antara 10-16 km

- Suhu meningkat dengan altitud disebabkan kehadiran lapisan ozon pada ketinggian 25 km

- Molekul ozon menyerap sinaran ultra-lembayung (UV) dari matahari menyebabkan suhu meningkat pada aras ini dan pada masa sama melindungi bumi daripada sinaran UV

3 Ozonesfera (Ozonosphere)

- Berada pada ketinggian 50 kilometer

- Berfungsi menapis cahaya lampau ungu dari sinaran matahari yang merbahaya kepada kehidupan

- Berupaya menyerap radiasi UV-B (mengelakkan berlakunya kanser kulit, pemanasan global, kenaikan paras air laut, pencairan ais di kutub dsb)

- Secara semulajadi terhasil melalaui tindak balas cahaya ultra-lembayung (UV) dengan atmosfera bumi

4 Mesosfera (Mesosphere)

- Terletak di antara 50 km dan 89-85 km dari permukaan bumi

- Suhu berkurangan dari 18°C hingga 73°C

- Terdapat banyak zarah-zarah udara yang boleh mengakibatkan pergeseran dengan sebarang objek yang memasuki ruang angkasa bumi

- Kebanyakan meteor yang sampai ke ruang angkasa bumi biasanya terbakar di lapisan ini

5 Termosfera (Thermosphere)

- Bermula pada kedudukan 80 km di atas permukaan bumi hingga antara 500-1000 km di mana lapisan eksosfera bermula

- Mempunyai kandungan udara yang sedikit

- Fenomena angkasa yang dikenali sebagai aurora/tirai cahaya berwarna-warni berlaku di sini hasil tindak balas angin suria dengan medan magnet bumi

- Suhu tinggi sehingga mencapai hampir 2000°C6 Ionosfera

(Ionosphere)- Gas-gas pada lapisan ini ditemui dalam bentuk ion

- Lapisan ini penting untuk tujuan komunikasi iaitu bertindak memancarkan kembali liputan gelombang radio dari bumi kembali ke bahagian lain di bumi (sama seperti komunikasi satelit pasif yang menyebabkan radio dan siaran liputan tv dapat dilakukan untuk jarak yang jauh

7 Eksosfera (Exosphere)

- Lapisan teratas atmosfera bumi sekaligus sebagai sempadan antara atmosfera bumi dengan angkasa lepas

- Terletak antara 500-1000 km hingga kira-kira 10000 km dari permukaan bumi.

- Tiada udara atau gas pada lapisan ini

- Satelit yang mengorbit bumi berada di sini

Lapisan-lapisan atmosfera bumi mengikut perspektif sains yang terdiri daripada tujuh lapisan iaitu:

Page 23: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 23

Dari perspektif sains, lapisan-lapisan langit dinamakan mengikut fenomena yang terjadi di lapisan tersebut. Peralihan antara satu lapisan dengan lapisan yang lain berlaku secara bertahap kerana ia tidak mempunyai sempadan yang mendadak tetapi menipis secara perlahan-lahan dengan pertambahan ketinggian. Namun yang jelas, Al-Quran telah pun menceritakan dengan jelasnya mengenai kejadian bumi ini, pembentukan lapisan langit dan fenomena angkasa yang lain.

Penetapan Waktu-waktu Solat

Dalam peristiwa Isra’ Mikraj, Allah telah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya untuk menunaikan ibadat solat, 5 kali sehari semalam. Solat fardu yang lima iaitu Maghrib, Isyak, Subuh, zohor dan Asar perlu disempurnakan dengan syarat-syarat yang sah seperti menghadap ke arah kiblat dan menunaikannya pada waktu yang telah ditetapkan. Setiap umat Islam perlu mengetahui mengenai masa bermula dan berakhirnya waktu-waktu solat ini bagi memastikan kesempurnaan ibadat tersebut seperti Firman Allah dalam Surah An-Nisaa ayat ke-103 yang bermaksud “...Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang yang beriman”. Persoalannya, bagaimana kita dapat menentukan tanda-tanda masuknya waktu solat ini.

Daripada Abdullah ibn Amru bahawa Rasulullah s.a.w.. bersabda, “Waktu Zohor bermula apabila gelincir matahari sehingga panjang bayang sesuatu objek sama panjang dengan objek tersebut. Waktu Asar bermula apabila panjang bayang sesuatu objek sama panjang dengan objek sekiranya matahari belum kekuningan.

Waktu Maghrib pula bermula apabila matahari kekuningan dan berakhir apabila hilangnya cahaya mega merah (syafak ahmar). Waktu Isyak pula bermula apabila hilang syafak ahmar sehingga tiga perempat malam manakala waktu Subuh bermula dari terbitnya fajar dan berakhir apabila terbit matahari”. Penentuan waktu solat ini adalah berkaitan dengan pergerakan matahari. Terdapat 2 keadaan untuk penetapan waktu solat iaitu bagi kawasan bumi yang mengalami keadaan normal dan juga kawasan bumi yang tidak normal.

Berdasarkan hukum-hukum fikah mengenai masuknya waktu solat ini, adalah menjadi tanggungjawab kepada ahli-ahli falak dan astronomi untuk menafsirkannya dengan menghitung kedudukan matahari semasa kelima-lima waktu tersebut. Berikut adalah tafsiran masuknya waktu solat mengikut Islam (hukum fikah, nas dari Al-Quran dan Hadis dan sepakat ulama fikah) dengan tafsiran mengikut perspektif sains dan astronomi:

Waktu Solat Tafsiran dari Sudut Agama Tafsiran dari Sudut Sains/Astronomi

zohor Apabila tergelincir matahariApabila keseluruhan matahari telah bergerak ke arah barat melintasi garisan utara-selatan (meridian samawi tempatan)

Asar Apabila sama bayang tiang dengan panjang tiang

Apabila bayang tiang adalah sama panjang dengan panjang tiang dicampur dengan bayang tiang ketika transit matahari(Transit matahari ialah keadaan matahari berada betul-betul 90°)

Maghrib Apabila matahari telah terbenam Apabila keseluruhan cakera matahari telah terbenam di ufuk barat dengan mengambil kira faktor biasan dan ketinggian tempat

Isyak Apabila mega merah (syafak) telah hilang

Apabila pusat matahari perlu berada pada kedudukan 18° di bawah ufuk barat

Subuh Apabila terbit fajar saddiq Apabila pusat matahari perlu berada pada kedudukan 20° di bawah ufuk timur

Page 24: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 24

Dapat disimpulkan di sini bahawa dalam penentuan waktu solat, terdapat saling hubung dan keakraban antara Al-Quran dan sains. Kita boleh menggunakan kaedah-kaedah falak untuk menafsirkan bila masuknya waktu solat dan pada masa yang sama, tuntutan dan kehendak syarak tidak diketepikan.

Bagi kawasan yang tidak normal seperti beraltitud tinggi dan kawasan kutub, kaedah penentuan waktu solat adalah berbeza. Kawasan-kawasan ini tidak mengalami matahari terbenam atau matahari terbit sehingga 6 bulan atau setahun. Jika kawasan ini tidak mengalami keadaan siang secara berterusan selama 6 bulan, adakah kita tidak perlu menunaikan solat zohor dan Asar sepanjang tempoh tersebut. Begitulah sebaliknya jika kawasan ini tidak mengalami malam secara berterusan 6 bulan, adakah solat Maghrib, Isyak dan Subuh juga boleh diabaikan. Terdapat cara penyelesaian jika keadaan ini berlaku iaitu dengan menggunakan jadual waktu solat bagi tempat-tempat yang normal bagi tempoh waktu tidak normal itu, ataupun menggunakan jadual waktu solat ketika mana mereka mengalami musim yang normal.

Bagaimana pula dengan penentuan waktu solat di angkasa lepas, seperti di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Sebagai pengetahuan, stesen tersebut akan mengalami kejadian siang dan malam sebanyak 16 kali kerana ia mengelilingi bumi dengan kadar kelajuan yang sangat tinggi iaitu 16 kali sehari semalam Adakah seseorang angkasawan yang berada di stesen itu perlu menunaikan solat sebanyak 80 kali dalam masa 24 jam (16 x 5 waktu). Sebagai jalan penyelesaian, kaedah penentuan solat di stesen ini adalah mengikut jadual waktu solat di tempat ia berlepas disebabkan keadaan kawasan yang tidak normal. Kaedah ini diambil kira setelah mencapai kata sepakat mengenai penyelesaian kepada pelaksanaan ibadat di angkasa lepas sempena Seminar Islam dan Kehidupan di Angkasa pada 25-26 April 2006 dengan kerjasama Agensi Angkasa Negara dan JAKIM.

Untuk menunaikan solat pula, ia dilakukan secara jama’ dan qasar dan tidak perlu diqada’. Bagi rukun

fi’li pula adalah dengan mengikat diri seseorang itu mengikut kesesuaian keadaan di stesen angkasa tersebut iaitu jika tidak boleh berdiri tegak, buat secara membongkok; atau secara duduk, atau secara berbaring mengiring di atas lambung kanan, atau isyarat mata bagi pergerakan solat. Sekiranya tidak dapat juga, gunalah isyarat hati seperti yang telah dipelajari dalam perkara asas Fardhu Ain mengenai pelaksanaan solat. Bagi mereka yang menggunakan pengangkutan udara seperti kapalterbang untuk menuju ke sesuatu destinasi, terdapat kaedah tertentu menunaikan solat ketika berada dalam penerbangan. Terdapat 2 pendapat mengenainya iaitu samada menggunakan jadual waktu solat tempat berlepas atau menggunakan jadual waktu solat bagi tempat di atas mana kapalterbang itu berada dengan mengambil kira faktor ketinggian. Cuma yang menjadi masalahnya, kapalterbang itu sendiri bergerak dengan kelajuan tinggi dan merentasi zon-zon masa dan pelbagai negara. Perkara ini masih lagi dibincangkan bagi mendapatkan penyelesaiannya.

Setiap kejadian alam ini mempunyai keunikannya tersendiri. Allah telah menganugerahkan manusia dengan akal fikiran untuk mereka mengkaji dan merungkai persoalan tentang kejadian-kejadian alam semesta ini. Tatkala sains digunakan sebagai rujukan dalam pengkajian ini, janganlah pula diketepikan ilmu ukhrawi yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadis kerana ia juga berfungsi sebagai panduan dan rujukan kepada umat manusia khususnya umat Islam sebagai meyakini dan tanda keimanan kepada Yang Maha Esa.

Berita UKUR 24

Page 25: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 25

Pengurusan keselamatan kebakaran perlu diberi perhatian oleh setiap kakitangan

bagi sesebuah organisasi atau jabatan. Tahap pengetahuan dan kemahiran mengenai keselamatan kebakaran perlu dipertingkatkan kepada semua kakitangan atau penghuni sesuatu bangunan. Penerapan budaya pencegahan kebakaran dan keselamatan di tempat kerja mahu pun di tempat tinggal dan premis-premis lain, mampu mengurangkan risiko dan kesan akibat berlakunya kejadian kebakaran.

Mengambil kira faktor ini, Ibu Pejabat JUPEM telah mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Keselamatan Kebakaran dan Demonstrasi Memadam Kebakaran pada 19-21 April 2011. Kursus selama 3 hari ini telah diisi dengan program ceramah pada hari pertama di Dewan Ukur, JUPEM manakala sesi praktikal merangkumi tatacara menyelamat dan kebombaan telah diadakan pada 2 hari berikutnya di Balai Bomba Jelatek, Kuala Lumpur. Seramai 30 orang pegawai dan kakitangan jabatan telah terlibat dalam program ini. Dengan tunjuk ajar dan bimbingan dari pegawai dan anggota bomba, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik memadam kebakaran selain panduan menyelamatkan mangsa kebakaran. Kursus dan latihan seperti ini banyak memberikan faedah disamping menambah pengetahuan kepada kakitangan jabatan agar sentiasa peka dan bersiap siaga sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Kursus Keselamatan Kebakaran Dan Demonstrasi Memadam Kebakaran

Berita UKUR 25

Page 26: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 26

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke 168 yang bermaksud “Wahai sekalian manusia,

makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu”. Isu makanan halal dan haram menjadi agenda yang begitu hangat diperkatakan di negara kita kini. Isu ini bukan hanya memberi kesan kepada umat Islam, malahan turut mendapat perhatian daripada penganut-penganut agama lain kerana pengusaha makanan di Malaysia terdiri dari pelbagai kaum. Sebagai umat Islam adalah menjadi kefardhuan kepada kita semua untuk memastikan makanan yang dimakan seharian adalah halal, iaitu bebas daripada sumber najis dan haram bermula dari proses penyediaan bahan mentah, proses pembuatan, penyimpanan,

Makanan Halal Dan Kepentingannya Kepada Kita

masakan, pengilangan, pembungkusan dan pengangkutan.

Menyentuh mengenai isu halal dan haram, ia TIDAK BOLEH DIAMBIL MUDAH!!! Ia merupakan perkara yang penting dan perlu diberikan penekanan kerana sebagai umat Islam, mencari yang halal itu dituntut oleh agama. Apa yang kita makan akan menjadi darah daging dan akan dihisab di akhirat kelak. Dalam konteks pemakanan amatlah wajar kita sebagai pengguna Islam mengambil langkah yang bijak dan lebih serius dalam hal pemilihan makanan baik untuk diri dan keluarga, agar mampu menjadi insan yang kamil serta muslim yang sejati.

Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Ibu Pejabat JUPEM Jalan Semarak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) telah menganjurkan seminar mengenai pemakanan halal bertempat di Dewan Ukur, JUPEM pada 4 Mei 2011. Sesi seminar bermula dengan ceramah pada sebelah paginya yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul fattah bin Yusof, Pegawai dari Bahagian Penyelidikan, Cawangan Kajian Syariah JAWI manakala sesi praktikal sembelihan halal yang dibimbing oleh pegawai dan kakitangan dari JAWI telah dijalankan sejurus selepas itu. Hampir 100 oang peserta telah menyertai praktikal sembelihan ayam yang dijalankan di perkarangan kantin lama. Sesi praktikal ini sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan dan teknik sembelihan yang betul mengikut hukum syarak kepada para peserta.

Page 27: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 27

Aspek keselamatan terutama keselamatan diri semasa menjalankan tugas harian perlu

dititikberatkan oleh setiap orang. Sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai pegawai di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang terlibat dengan kerja-kerja penggambaran fotografi udara, mereka juga turut terdedah kepada risiko pesawat udara jatuh ke laut atau darat semasa menjalankan tugas. Kebolehan mereka untuk bertindak secara positif semasa berlakunya insiden kecemasan amat penting bagi memastikan keselamatan diri mereka sendiri serta pegawai yang lain.

Bertempat di Kem Latihan Telok Nipah, Pulau Pangkor Perak, satu kursus Survival And Rescue Course telah diadakan pada 20-26 Februari 2011 bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran kepada pegawai-pegawai JUPEM untuk menghadapi situasi kecemasan ini. Aktiviti selama 7 hari ini telah dihadiri oleh 20 orang pegawai dan kakitangan dari Unit fotografi Udara, Cawangan Perolehan Data Bawaan Udara, Seksyen Penawanan Data JUPEM. Taklimat

dan sesi amali telah disampaikan oleh tenaga pengajar dari ACADEMY FOR SAFETY AND SURVIVAL (ASAS).

Kursus ini menggabungkan 4 kursus penting iaitu Sea Survival, Land/Jungle Survival; Emergency Response dan Bacis Rope And Rescue. Para peserta telah diperkenalkan dengan teknik-teknik pertolongan cemas, pengetahuan serta kemahiran keselamatan di air, peralatan survival di laut dan darat, kaedah mencari dan menyelamatkan (SAR), serta kemahiran menyelamatkan dengan tali dan pengusung.

Survival And Rescue Course For Aircraft Emergency Landing

Berita UKUR 27

Page 28: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 28

JUPEM Johor Terima Persijilan 5S

JUPEM Johor telah mencatat sejarah dengan kejayaannya memperoleh sijil amalan 5S daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) Wilayah Selatan. Majlis penyampaian Sijil Pengiktirafan 5S itu telah diadakan pada 21 Mac 2011 bertempat di Dewan Serbaguna JUPEM Johor. Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib kepada Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor, Sr Junaimee bin Dahlan. Dalam majlis itu juga, YBhg. Dato’ KPUP turut menyampaikan ucapan penghargaan dan menyarankan agar amalan 5S ini sentiasa diamalkan kerana ini merupakan teras utama bagi sesebuah jabatan mendapat penarafan lima bintang.

JUPEM Labuan Menjadi Rujukan Amalan 5S Beberapa Agensi/Jabatan

Kejayaan memperolehi pengiktirafan dari MPC kerana penerapan amalan 5S telah mendorong beberapa agensi dan jabatan kerajaan melakukan lawatan serta mempelajari kaedah yang digunakan oleh JUPEM Labuan dalam melaksanakan amalan 5S. Antara jabatan yang melakukan lawatan tersebut ialah:

• Jabatan Perkhidmatan Awam Cawangan Sabah• Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna• Kementerian Pendidikan Cawangan W.P.Labuan• Institut Latihan Perindustrian Cawangan W.P.Labuan

Lawatan ke JPJ17 februari 2011 – Seramai 8 orang kakitangan JUPEM W.P.Labuan telah mengadakan membuat lawatan sambil belajar di Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Labuan. Tujuan lawatan adalah untuk mempelajari pelaksanaan dan kaedah Sistem Star Rating (SSR).

Penyampaian sijil oleh YBhg. Dato KPUP kepada PU Johor.

Lawatan dari KPDNHEP Cawangan Labuan ke JUPEM Labuan.

Lawatan ke JPJ Labuan.

BERITA JUPEM NEGERI

Rangkuman

Page 29: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 29

Taklimat zakat oleh pegawai PPz.

Kursus Utiliti peringkat JUPEM Labuan.

Peserta kursus sedang mendirikan khemah.

Peserta berkumpul sebelum berlepas.

JUPEM Labuan Anjur Kursus Utiliti

15-17 Mac 2011 – Kakitangan JUPEM Labuan serta bebeberapa orang pegawai dari JKR (Cawangan Labuan), Perbadanan Labuan dan Jabatan Alam Sekitar (Cawangan Labuan) telah menyertai Kursus Utiliti bertujuan mendapatkan pendedahan dan maklumat mengenai pemetaan utiliti dan kaedah pengukuran yang dijalankan. Sesi ceramah telah disampaikan oleh pegawai dari Seksyen Pemetaan Utiliti, Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur.

Taklimat Berzakat

Taklimat mengenai kewajipan dan kepentingan mengeluarkan zakat telah diadakan pada 7 Mac 2011. Sesi penerangan telah disampaikan oleh pegawai dari Pusat Pungutan zakat Cawangan Labuan kepada kakitangan JUPEM Labuan.

JUPEM Perlis Anjur Kursus Pembangunan Modal Insan

29-30 Januari 2011 – Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Perlis telah mengadakan Kursus Pembangunan Modal Insan di Pulau Bunting, Yan, Kedah. Seramai 15 orang peserta terdiri dari kakitangan JUPEM Perlis telah menyertai kursus ini. Antara aktiviti yang diadakan semasa program ini ialah gotong-royong membersihkan kawasan masjid Sungai Yan dan tempat rekreasi.

Eksplorasi Orientering Kangar – Hatyai

5 - 6 Mac 2011 – Satu program berkonsepkan membaca peta negeri Perlis dan Selatan Thailand anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan JUPEM Perlis telah diadakan. Ia telah menarik minat 120 orang peserta menyertainya. Peserta dikehendaki mencari 10 check point bermula dari Kangar dan berakhir di Hatyai, Thailand. Hadiah wang tunai dan hamper juga disediakan kepada para pemenang yang berjaya menamatkan program itu.

Page 30: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 30

Fenomena gerhana bulan berlaku apabila bulan berada bersetentangan dengan bumi dan ia terlindung daripada matahari. Kejadian gerhana bulan hanya berlaku apabila bulan purnama di

mana bulan memasuki kawasan bayang umbra bumi.

Pada 16 Jun 2011 bersamaan 14 Rejab 1432H, penduduk bumi sekali lagi khususnya di Malaysia berpeluang untuk menyaksikan fenomena alam ciptaan Allah ini kerana kali terakhir ia berlaku adalah 10 tahun yang lepas. Mengikut perkiraan, fenomena gerhana bulan penuh ini akan bermula pada jam 1.25 pagi 16 Jun 2011 dan ia telah mengambil masa hampir 5 jam 34 minit sebelum berakhir.

Sempena berlangsungnya kejadian gerhana bulan penuh itu, Majlis Solat Sunat Gerhana Bulan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama JUPEM telah diadakan di Masjid Putra, Putrajaya. Beberapa aktiviti telah diadakan sempena majlis itu seperti solat Maghrib dan Isyak berjemaah, ceramah mengenai gerhana bulan dan cerapan langit malam sebelum bermulanya gerhana bulan penuh. Majlis telah diakhiri dengan solat sunat gerhana bulan, khutbah khas, qiamullail dan solat Subuh berjemaah.

Cerapan Gerhana Bulan Penuh

Kejadian Gerhana Bulan

Berita UKUR 30

Page 31: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 31

Kembara Bersama MEDIA Siri 1 tahun 2011 anjuran NRE bermula pada 25 hingga 27 februari 2011. Destinasi kembara pada kali ini di Institut Biodiversiti (IBD) dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan,

Kuala Gandah, Pahang. Upacara persediaan acara Flag Off di sempurnakan oleh YBhg. Datin Junaidah binti Kamarruddin, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan), Kementerian Sumber Asli dan

Alam Sekitar (NRE), mewakili Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)

Kembara bersama Media, NRE antaranya, bertujuan untuk membantu mempromosi aktiviti dan program NRE, dengan memberi peluang kepada pihak media massa bagi mendapatkan ‘first hand information’ mengenai aktiviti Kementerian amnya dan Jabatan khususnya. Sehubungan dengan itu, JUPEM dijemput bersama-sama Jabatan/Agensi di bawah naungan NRE serta media massa terdiri daripada wartawan Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, Kosmo dan NST termasuk jurufoto. Manakala jabatan lain yang turut

serta ialah Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan filem Negara (fINAS). Penganjuran program kembara ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara peserta yang menyertainya. Dalam menjayakan program ini, JUPEM tidak ketinggalan dengan menyediakan bas untuk peserta-peserta Kembara sebagai sumbangan dan sokongan serta kerjasama kepada NRE sebagai penganjur program ini.

Kembara Bersama MEDIA

Page 32: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 32

Ibu Pejabat JUPEM sering dilawati oleh delegasi luar negara dan kumpulan pelawat tempatan (agensi awam dan IPTA) untuk mengenali dan mempelajari dengan lebih dekat aktiviti dan perkembangan bidang ukur dan pemetaan di Malaysia disamping mengeratkan lagi hubungan baik dengan agensi/jabatan dari dalam dan luar negara.

Pelawat JUPEM

7 Februari 2011 – Seramai enam orang delegasi terdiri daripada 4 orang pegawai dari Jabatan Ukur Negara Brunei Darussalam dan 2 orang pegawai Soartech System Sdn. Bhd telah mengadakan lawatan JUPEM bertujuan untuk mendalami dengan lebih lanjut mengenai kemajuan sistem f2f yang telah diamalkan oleh JUPEM. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Sr Dr. Teng Chee Hua, Pengarah Ukur Seksyen Penyelarasan dan Dasar Kadaster.

8 Mac 2011 – Seramai 25 orang peserta Kursus Pengurusan Spatial Melalui Sistem Maklumat Geografi, INTAN membuat lawatan ke Seksyen Pangkalan Data dan Kartografi.

5 April 2011 - Lawatan kumpulan RICS (Royal Institute of Chartered Surveyor) Presidential Team & Malaysia Group ke Seksyen Penawanan Data

13 Januari 2011 – JUPEM telah menerima lawatan empat orang pegawai dari Directorate General Military Survey of Saudi Arabia. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan dan mengetahui perkembangan terkini JUPEM. Sesi lawatan meliputi Bahagian Geospatial Pertahanan, Sekyen Penawanan Data, Seksyen kartografi dan Seksyen Percetakan Peta. Penerangan secara ringkas telah disampaikan oleh Dr. Mohd Yunus bin Mohd Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Ukur dari Seksyen Pemetaan Utiliti.

Page 33: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 33

AKTIVITI PAMERANJUPEM telah menyertai beberapa siri pameran bertujuan memenuhi jemputan dari pihak luar di samping memperkenalkan dan mempromosikan jabatan dengan hasil/produk kepada para pengunjung dan masyarakat awam.

7 Mac 2011 - Pameran sempena program ‘Geomatic-Day 2011‘ anjuran Jabatan Sains Ukur dan Geomatik dan Pelajar Geomass UiTM, Shah Alam

4-5 Mei 2011 - Pameran sempena Festival Sains dan Teknologi Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Daerah Kota Tinggi, Johor di SMK Semenchu, Kota Tinggi, Johor

11 Mei 2011 – Pameran sempena Minggu Bidang Kemanusiaan di SMK Dato’ Mohd Said, Nilai, Negeri Sembilan

25-26 Mei 2011 – Pameran sempena Festival Sains dan Teknologi peringkat Negeri Johor di SMK Seri Kenangan, Segamat, Johor

20-22 Mei 2011 – Pameran sempena Malaysian Tourism Fair 2011 (MTf) di PWTC

Page 34: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 34

Makanan Sunnah dan Penyakit Anda

Kita seringkali didedahkan dengan pemakanan yang baik untuk kesihatan, namun kadangkala

kita terlupa bahawa ‘sumber makanan yang di sebut di dalam Al Quran dan Hadis adalah sumber pemakanan yang terbaik untuk tubuh badan kita’. Tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, keracunan makanan dan sebagainya.Justeru itu adalah tidak terlambat andainya kita mencuba serta mengamalkan pengambilan makanan sunnah sebagai satu alternatif bagi mengelakkan atau mencegah dari dihinggapi penyakit yang sering melanda manusia pada zaman yang serba moden ini.

Sehubungan kesedaran mengenai isu pemakanan dan penyakit, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam, Ibu Pejabat JUPEM telah menganjurkan program ceramah bulanan di Dewan Ukur pada 29 Mac 2011 bertajuk ‘Makanan Sunnah dan Penyakit Anda’. Seramai 250 pegawai dan kakitangan JUPEM hadir mendengar ceramah yang disampaikan oleh Prof Dr Ahmmad bin zonkapli. Kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang Holistik Terapi, Iridollogi dan Konsultansi Pemakanan dapat dikongsi bersama oleh warga JUPEM melalui ceramah yang disampaikan. Menyentuh

SEDUTAN CERAMAH BULANAN

mengenai pengambilan makanan sunnah, menurut beliau terdapat banyak keistimewaan dan kelebihan dari sudut kesihatan, antaranya:

• Menajamkan fikiran dan minda; • Mengaktifkan otak para pelajar; • Mencegah rasa mengantuk dan keletihan; • Penawar bagi keracunan makanan; • Membantu tumbesaran tulang; • Mencegah penyakit barah perut, osteoporosis; • Membantu denyutan jantung agar kembali normal; • Mengubati penyakit insomnia atau gangguan tidur; • Mengatasi masalah badan yang sering berpeluh; • Melembutkan perangai yang kasar; dan• Membentuk spritual muslim dan muslimah bagi kandungan ibu mengandung;

Antara 10 makanan sunah iaitu , delima, kismis, kurma, habbatus sauda’, za’faran, madu, zaitun, tiin, zam-zam dan garam.

Page 35: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 35

Taklimat KIK JUPEMDalam meningkatkan keberkesanan

penyampaian maklumat kepada orang awam, Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan penambaikkan perkhidmatan. Pengenalan kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang menggantikan Kumpulan Meningkat Kerja (KMK) adalah usaha Kerajaan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif kepada penjawat awam serta memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan keyakinan diri disamping mengasah bakat yang sedia ada. Berbeza dengan KMK, ahli-ahli KIK hanya terdiri dari kakitangan kumpulan sokongan dalam satu bahagian sahaja tetapi meliputi semua peringkat anggota.

Bagi memantapkan pengetahuan serta kemahiran dalam melaksanakan KIK, JUPEM dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menganjurkan Taklimat Kumpulan Inovatif dan Kreatif peringkat jabatan yang telah diadakan pada 29-31 Mac 2011. Program selama 3 hari ini telah diadakan di Empress Hotel Sepang, Selangor dengan penyertaan dari semua Bahagian dan Seksyen di Ibu Pejabat serta JUPEM Negeri yang terdiri daripada ahli dan ketua kumpulan.

Program ini telah dimuatkan dengan pelbagai maklumat mengenai KIK seperti konsep dan objektif, peranan dan tanggungjawab ahli, pelbagai teknik penyelesaian masalah, peralatan QC, aspek perancangan dan pelaksanaan projek ICC dan sebagainya. Para peserta juga telah diberikan tugasan secara berkumpulan dalam membincangkan sesuatu penyelesaian kerja

dengan mengikut langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh tenaga pengajar dari MPC. Taklimat ini secara amnya akan dapat memberikan pemahaman yang lebih terperinci tentang konsep IC/KIK dan cara penyelesaian sesuatu masalah disamping memupuk semangat kerjasama dan sifat tanggungjawab di kalangan ahli kumpulan. Taklimat ini juga sebagai persediaan kepada kumpulan-kumpulan KIK yang akan bertanding di peringkat jabatan yang akan diadakan kelak.

Berita UKUR 35

Page 36: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 36

Taklimat dan Bengkel SSR

Sistem Star Rating dilaksanakan bagi membuat penggredan kepada tahap prestasi

agensi Kerajaan ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan supaya berada pada tahap yang cemerlang dalam melaksanakan dasar, strategi dan amalan yang terbaik.

Sehubungan itu, JUPEM telah menganjurkan Taklimat dan Bengkel Sistem Star Rating (SSR) di Suria Cherating Beach Resort, Kuantan, Pahang pada 4 hingga 6 Mei 2011. Program selama tiga hari ini disertai 35 orang pegawai daripada JUPEM Negeri dan Seksyen/Bahagian di Ibu Pejabat JUPEM. Taklimat dan penerangan telah disampaikan oleh pegawai dari MAMPU yang juga bertindak sebagai fasilitator selama program itu dijalankan.

Program sebegini telah dapat memberikan pemahaman tentang SSR, prosedur pelaksanaan serta teknik menjalankan auditan kepada pegawai-pegawai JUPEM. Tujuan sistem SSR ini diwujudkan adalah untuk:

• Mewujudkan persaingan sihat di kalangan JUPEM Negeri dan seksyen untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan jabatan/seksyen;

• Menilai dan mengukur prestasi JUPEM Negeri dan seksyen supaya berada pada tahap yang cemerlang;

• Memberi pengiktirafan secara formal kepada JUPEM Negeri; dan

• Memberi publisiti yang meluas mengenai dasar, strategi dan amalan terbaik yang dilaksanakan oleh kerajaan/jabatan.

Berita UKUR 36

Page 37: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 37

Sambutan Hari Pekerja 2011Golongan pekerja adalah nadi utama dalam

menggerakkan sesuatu organisasi. Tanpa penglibatan yang menyeluruh dari kumpulan ini, sesuatu rancangan atau misi mungkin tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Menyedari kepentingan disamping menghargai penglibatan golongan ini dalam merealisasikan kemajuan negara, satu perhimpunan sempena sambutan Hari Pekerja 2011 Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 7 Mei 2011. Perhimpunan ini telah dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin. Turut hadir dalam sambutan itu ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam, timbalannya, Datuk Maznah Mazlan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman. Dalam ucapannya, YAB Timbalan Perdana Menteri merakamkan penghargaan dari pihak Kerajaan di atas sumbangan dan khidmat yang telah diberikan oleh warga pekerja dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Beliau juga menyatakan bahawa dalam usaha memacu pembangunan negara, Kerajaan telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Model Ekonomi Baru dan RMK-10 yang akan menjadi pemangkin dalam merealisasikan Wawasan 2020.

Sejajar dengan Malaysia yang sedang menuju ke arah transformasi ekonomi, peningkatan prestasi kerja golongan pekerja ini akan memastikan matlamat negara tercapai. Dengan tema PEKERJA MEREALISASI TRANSFORMASI NEGARA, ia diharap menjadi aspirasi kepada golongan pekerja dalam merealisasikan transformasi dan pembangunan negara. Setiap golongan pekerja perlu terus memperbaiki prestasi dan meningkatkan produktiviti melalui kemahiran yang tinggi, kerja yang berkualiti, berintegriti, proaktif, berinovatif dan kreatif.

Sebanyak 100 kontinjen dari perkhidmatan awam dan 70 dari swasta telah bersama-sama menghadiri sambutan ini. JUPEM juga telah menghantar kontinjen dengan penyertaan 50 orang pegawai dan kakitangan. Dalam majlis itu juga, beberapa orang individu dan badan/agensi telah menerima anugerah masing-masing sempena pencapaian yang telah ditunjukkan.

Page 38: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 38

Majlis Serah Terima Tugas YBhg. Brig Jen Dato’ Pahlawan Mior Safian bin Saidin, Pengarah

Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia kepada YBhg. Brig Jen Dato’ zaharin bin Din dari Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEf) telah berlangsung pada 24 Januari 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat BGSP, Bangunan Ukur, JUPEM Jalan Semarak Kuala Lumpur. Sehubungan itu, YBhg. Brig Jen Dato’ zaharin bin Din akan menggantikan tempat YBhg. Brig Jen Dato’ Pahlawan Mior Safian bin Saidin sebagai Pengarah BGSP yang baru.

YBhg. Brig Jen Dato’ Pahlawan Mior Safian bin Saidin telah mula berkhidmat di JUPEM pada 1 Disember 2007. Sebelum memegang jawatan Pengarah BGSP beliau adalah Pengarah Cawangan Pemetaan Pertahanan (CPP) sejak 2005 sehinggalah CPP distruktur semula menjadi BGSP. Warga JUPEM mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan beliau di JUPEM dan selamat menjalankan tugas di jabatan baru.

Ucapan tahniah juga dari warga kerja JUPEM kepada YBhg. Brig Jen Dato’ zaharin bin Din di atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia yang baru.

Majlis Serah Tugas Pengarah BGSP

Mesyuarat Agong PUSPANITA JUPEM telah diadakan pada 4 Mac 2011 bertempat di

Dewan Ukur, JUPEM. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Pengerusi PUSPANITA JUPEM, YBhg. Datin Normah binti Mohamad. Antara aktiviti yang dijalankan selain dari mesyuarat tersebut ialah penyampaian sijil penghargaan kepada AJK sesi 2009/2010, penyampaian hadiah kepada Ibu/Bapa Anak Cemerlang TAHUN 2010 dan penyampaian cenderamata kepada ahli persatuan yang sudah bersara dan berpindah. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib yang turut sudi untuk menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada para penerima.

PUSPANITA JUPEM Adakan Mesyuarat Agung

Page 39: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 39

Seksyen Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan telah mengadakan Taklimat

Pengemaskinian dan Penyediaan Dokumen Lengkap Manual Prosedur Kerja (MPK) bertempat di Cheringin Hills, Janda Baik, Pahang selama tiga hari bermula 22-24 April 2011. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan seksyen telah menghadiri program ini. Taklimat ini diadakan bertujuan untuk mempelajari kaedah dan teknik penyediaan secara lengkap sesuatu MPK. Pegawai dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, NRE telah dijemput untuk menyampaikan taklimat selama tiga hari itu.

Taklimat MPK Seksyen 3P

Pembangunan aspek kesihatan jasmani dan rohani seseorang itu perlu diberi perhatian

demi melahirkan insan yang mempunyai kekuatan dan kemampuan serta fikiran yang cerdas dalam melaksanakan tugas harian sama ada di pejabat, rumah atau di mana-mana sahaja. Menyedari kepentingan ini, Seksyen Penawanan Data (SPD) Ibu Pejabat JUPEM telah mengadakan aktiviti senamrobik. Program yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan SPD ini telah diadakan di Dewan Ukur dan disertai hampir 50 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan SPD sendiri. Selain dapat menyihatkan badan, ia juga dapat mengeratkan hubungan sesama kakitangan seksyen. Selain itu, dengan adanya aktiviti seperti ini, ia mampu membangkitkan semangat bekerjasama dan mencetuskan idea-idea bernas dikalangan kakitangan seksyen terutamanya menerapkan amalan 5S di pejabat.

Berita UKUR 39

SPD Anjur Senamrobik

Page 40: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 40

Menjelang Kejohanan Sukan NRE ke-4 yang akan berlangsung pada bulan Julai nanti,

satu kejohanan bowling tertutup peringkat JUPEM anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Ukur Wilayah Persekutuan (KSKUWP) telah diadakan pada 14 Mei 2011. Kejohanan yang telah diadakan di Ampang Superbowl, Ampang Point Selangor ini adalah sebagai pentas pemilihan pemain-pemain yang akan mewakili JUPEM dalam acara bowling pada Kejohanan Sukan NRE tersebut. Hampir 130 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang mewakili bahagian dan seksyen di Ibu Pejabat JUPEM dan juga dari JUPEM Negeri. Pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan dari JUPEM Terengganu

Sementara itu, pertandingan futsal antara seksyen peringkat Ibu Pejabat JUPEM telah diadakan pada 15 Mei 2011 di Pusat futsal Center Mart, Danau Kota Kuala Lumpur. Pertandingan anjuran KSKUWP ini juga diadakan bertujuan memilih pemain-pemain yang berkelayakan untuk mewakili JUPEM ke Kejohanan Sukan NRE itu. Johan pertandingan telah dimenangi oleh pasukan JUPEM WPKL/Putrajaya mengalahkan pasukan dari Seksyen Topografi Barat. Tempat ke tiga pula dimenangi oleh pasukan dari Seksyen Geodesi.

Pemilihan Pemain Ke SUKAN NRE

Berita UKUR 40

Page 41: Bil: 50 / 2011

Berita UKUR 41