Bil 5/2011 Edisi MEI103.8.163.254/.../NF2bUjlwNjFeBIgUKk1gSzEOOCOorwJ5.pdfGolongan Sasar (PPPGS: KPI...

16
Bil 5/2011 Edisi MEI

Transcript of Bil 5/2011 Edisi MEI103.8.163.254/.../NF2bUjlwNjFeBIgUKk1gSzEOOCOorwJ5.pdfGolongan Sasar (PPPGS: KPI...

Page 1: Bil 5/2011 Edisi MEI103.8.163.254/.../NF2bUjlwNjFeBIgUKk1gSzEOOCOorwJ5.pdfGolongan Sasar (PPPGS: KPI Menteri Tahun 2010). Di bawah program ini, peserta dibekalkan dengan peralatan

Bil 5/2011 Edisi MEI

Page 2: Bil 5/2011 Edisi MEI103.8.163.254/.../NF2bUjlwNjFeBIgUKk1gSzEOOCOorwJ5.pdfGolongan Sasar (PPPGS: KPI Menteri Tahun 2010). Di bawah program ini, peserta dibekalkan dengan peralatan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian2

Madu ditempatkan di dalam bahagian khusus di perut lebah yang disebut perut madu yang terpisah dari perut besar lebah. Nektar yang di hisap madu mengandungi 60% air dan lebah perlu menurunkannya kepada 20% atau lebih rendah lagi untuk menghasilkan madu. Penurunan kadar air ini melalui proses fisikal dan kimia. Proses fisikal penurunan kadar air mula terjadi saat lebah menjulurkan lidahnya (proboscis) untuk memindahkan madu dari perut madu ke sarang lebah, kadar air terus diturunkan di sarang melalui putaran sayap-sayap lebah yang mensirkulasikan hawa ke dalam sarang lebah. Sedangkan proses kimianya terjadi di dalam perut lebah di mana enzim invertase mengubah sukrosa (disakarida) menjadi glukosa dan fruktosa yang keduanya merupakan monosakarida.

Lebah madu juga menghasilkan lilin, propilis dan susu madu (royal jelly). Terdapat pelbagai jenis lebah yang boleh diternak dan mengeluarkan madu dengan banyak serta berpotensi untuk dipasarkan. Lebah madu yang

didapati dari hutan tebal di kawasan tropika seperti Sabah merupakan pilihan utama bagi para penggemar madu lebah. Sabah berpotensi tinggi untuk menjadi pengeluar madu lebah utama di Malaysia dengan adanya saiz kawasan hutan dan ladang-ladang yang luas. Kudat adalah daerah pengeluar madu lebah bermutu tinggi dan terbesar di Sabah. Di anggarkan lebih daripada 500 orang terlibat dengan projek ternakan lebah madu. Menyedari potensi ini, PPK Kudat telah mengambil inisiatif untuk memberi peluang kepada 33 peserta miskin tegar yang berdaftar di dalam sistem eKasih bagi melaksanakan projek menternak lebah madu di bawah Program Peningkatan Pendapatan Golongan Sasar (PPPGS: KPI Menteri Tahun 2010). Di bawah program ini, peserta dibekalkan dengan peralatan menternak dan menuai selain diberi kursus berkaitan penternakan lebah madu.

JanaPendapatan Tambahan

Penternakan Lebah Madu

Madu lebah merupakan sejenis makanan yang mempunyai nilai

permakanan yang tinggi. Menurut sejarah Islam, penggunaan madu lebah dalam perubatan sangat masyhur dan bertepatan dengan Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud; madu itu penawar (Syifa) bagi manusia.

Oleh : Pn. Arzilinna Bt. Ahmad Kamal,Bhgn. Pembangunan Usahawan Peladang, LPP Ibu Pejabat.

Page 3: Bil 5/2011 Edisi MEI103.8.163.254/.../NF2bUjlwNjFeBIgUKk1gSzEOOCOorwJ5.pdfGolongan Sasar (PPPGS: KPI Menteri Tahun 2010). Di bawah program ini, peserta dibekalkan dengan peralatan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 3

PPK Kudat dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Desa (KPD) telah menganjurkan Kursus Ternakan Lebah Madu Fasa I pada 13 hingga 15 Julai 2010 dan Fasa II pada 9 hingga 10 Ogos 2010. Melalui kursus ini, peserta didedahkan teknik-teknik memerangkap lebah madu supaya bersarang di tempat yang disediakan oleh penternak, penjagaan dan menuai madu lebah. Di akhir kursus peserta yakin dapat memulakan penternakan lebah madu di kawasannya sendiri

tanpa sindrom takut disengat lebah dan menjanjikan pendapatan yang baik. Peserta juga di bawa melawat ladang ternakan lebah madu yang berjaya.

Dalam tempoh empat bulan sejak dilaksanakan, projek tersebut telah memberi pendapatan tambahan berjumlah RM17,125 kepada 33 peserta dengan julat pendapatan antara RM350 hingga RM825 sebulan. Kebanyakan peserta mampu menghasilkan antara 1 hingga 3 kg madu lebah dalam satu haif, daripada 4 hasil tuaian dalam setahun.

Encik Frenle bin Lukin, 45 tahun salah seorang peserta dari Kampung Longgom Besar, Kudat mula menternak lebah madu dengan kapasiti 100 haif. Dengan kemahiran teknikal yang diperolehi, beliau mampu memperolehi pendapatan tambahan daripada projek ini. Pendapatan dijangka mencecah RM2,000 sebulan apabila tiba musim bunga. Di daerah Kudat musim bunga

atau pengeluaran manisan biasanya berlaku pada bulan Februari hingga Mei. Madu tulen hasil usaha Encik Frenle dipasarkan melalui KPD pada kadar RM15 satu kilogram bagi gred A dan RM13 sekilogram bagi gred B. Petani yang mempunyai 7 orang anak ini mengusahakan projek lebah madu dalam hutan peliharaan miliknya seluas 1 ekar. Beliau bersyukur dapat memperolehi pendapatan tambahan daripada projek ternakan lebah madu di samping mengusahakan tanaman

lain. Pada ketika ini Encik Frenle mempunyai 100 haif di mana setiap haif boleh mendapat 5-6 kg madu lebah. Hasil tertinggi dalam tempoh empat bulan pertama pernah dicapai ialah 8.3 kg dalam satu haif.

Puan Leziah binti Matawas daripada Kampung Suangpai merupakan antara peserta wanita yang terpilih. Ibu kepada 4 orang anak ini dibantu oleh suaminya yang berkongsi minat mengusahakan projek ini sebagai pendapatan tambahan. Mereka sedar pendapatan penternak lebah madu terdedah kepada risiko cuaca hujan berterusan dan serangan tebuan yang menyebabkan koloni lebah spesis apis cerana meninggalkan gelodok dan haif. Peserta dan pegawai pemantau dariapada KPD dan PPK Kudat mengambil inisiatif mengurangkan risiko ini dengan mengambil langkah mengawal serangga perosak serta melakukan pengubahsuaian kepada struktur gelodok bagi memudahkan proses pemindahan lebah. Peserta yakin projek ini dapat mejana

pendapatan tambahan memandangkan kawasan Kudat amat sesuai untuk penternakan lebah madu dan yang seterusnya mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

PELAKSANAAAN PROJEK

Penternakan lebah madu ialah suatu kegiatan yang dapat dikendalikan secara kecil-kecilan sebagai hobi atau secara komersial. Madu adalah hasil daripada manisan bunga yang

diproses oleh lebah yang boleh didapati daripada pelbagai bunga. Berikut adalah beberapa faktor yang perlu dikaji sebelum menempatkan lebah di sesuatu kawasan.

1. Menentukan Masa Pengeluaran Manisan Dalam Setahun

Masa pengeluaran manisan atau musim bunga adalah masa lebah dapat mengmbil bunga untuk madu dan debunganya. Pada amnya, terdapat suatu jangkamasa dalam setahun bagi musim pengeluaran manisan atau musim bunga. Bagi daerah Kudat pula, musim pengeluaran berlaku pada bulan Februari hingga Mei. Pengusaha perlu mengenal pasti pokok-pokok yang dapat memberi penghasilan manisan yang berkualiti pada lebah, seperti pokok kelapa, akasia, buah-buhan, jagung dan pokok getah.

2. Pemilihan Lokasi

Salah satu faktor yang mempengaruhi penempatan haif /

Page 4: Bil 5/2011 Edisi MEI103.8.163.254/.../NF2bUjlwNjFeBIgUKk1gSzEOOCOorwJ5.pdfGolongan Sasar (PPPGS: KPI Menteri Tahun 2010). Di bawah program ini, peserta dibekalkan dengan peralatan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian4

toresan dimana kom madu yang matang dipotong daripada koloni dalam gelodok dihiris halus dan dibiarkan menitis dengan menggunakan peralatan torehan. v. Unjuran Pulangan Projek ini dijangka dapat memberikan pulangan bersih antara RM19,200.00 hingga RM 40,000.00 semusim dalam tempoh masa 6 hingga 8 bulan dengan harga pasaran madu lebah RM 8.00 hingga RM10.00 sekilogram.

Melihat kepada potensi dari projek ini, PPK Kudat akan meneruskan perlaksanaan projek ini memandangkan impak yang diterima adalah memuaskan. Disamping membantu golongan sasar menambah pendapatan, PPK turut merancang untuk mengembangkan projek ini ke arah komersial dan memberi nilai tambah. Permintaan yang sentiasa melebihi pembekalan menjadikan projek ini sebagai berdaya maju dan berdaya saing.

rumah lebah adalah kawasan yang terdapat tumbuhan dimana ia dapat memberikan pengeluaran manisan yang akan mempengaruhi hasil madu. Penempatan haif lebah perlulah ditempatkan di kawasan yang redup dan berhawa sederhana dimana ia perlu mempunyai pengaliran manisan supaya jarak penerbangan lebah adalah dekat. Haif juga perlu terlindung dari angin kencang dan perlu berdekatan dengan sumber air untuk memudahkan lebah mengambil air untuk menyejukkan rumahnya.

3. Peralatan Antara peralatan asas yang diperlukan adalah baju (overall), sarung tangan, pengasap, pahat pembersih, veil/topeng, pemberus lebah, haif, gelodok dan penggempar (extractor).

KAEDAH TERNAKAN LEBAH MADU

i. Mencari sarang lebah liar Tempat pertama yang perlu dicari perlulah terdapat unsur bunga untuk manisan. Kebiasannya mencari lebah perlu dijalankan di waktu pagi kerana ia aktif mencari makanan dan perhatikan tempat ia pulang. Dengan cara menanda arah kepulangan beberapa ekor lebah sesuatu kawasan dari beberapa sudut, maka jangkaan dapat dibuat tentang tempat terletaknya koloni lebah liar. Gelodok akan digunakan untuk memerangkap lebah agar koloni lebah ddapat membuat sarang atau kom di dalam gelodok tersebut.

ii. Pemeliharaan lebah kelompok yang batu ditangkap Kelompok yang baru ditangkap perlu diberikan jagaan hampir sama dengan tempat lamanya. Ini kerana, anak-anak lebah akan menggerakkan lebah pekerja untuk menjalankan aktiviti seperti biasa iaitu memberi makanan kepada anak-anak lebah dan mengerakkan yang lain untuk mencari makanan.

iii. Kawalan penyakit dan musuh lebah madu Antara musuh-musuh lebah adalah seperti burung, lipas, rama-rama, hama, tikus, semut dan kerengga, cicak dan tebuan. Sekiranya terdapat penyakit, maka haif tersebut perlu disingkirkan atau dihapuskan bagi mengelakkan penyakit merebak. Pembakaran patut dibuat untuk memastikan kuman mati dan menyelamatkan koloni-koloni yang lain.

iv. Pemungutan hasil ternakan madu lebah madu Madu hendaklah dituai setelah matang apabila sel- sel madu tetutup. Biasanya dipungut atau dituai pada penghujung musim pengeluaran manisan. Pemungutan hasil madu boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu pengekstrakan dan toresan. Pengekstrakan bingkai yang mengandungi kom madu yang matang dilakukan dengan menggunakan alat atau mesin pengekstrakan atau penggenpar tanpa merosakkan kom madu. Kaedah

Page 5: Bil 5/2011 Edisi MEI103.8.163.254/.../NF2bUjlwNjFeBIgUKk1gSzEOOCOorwJ5.pdfGolongan Sasar (PPPGS: KPI Menteri Tahun 2010). Di bawah program ini, peserta dibekalkan dengan peralatan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 5

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Namun atas semangat gigih dan tidak kenal erti penat lelah serta ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain, Fadzilah berusaha memperbaiki kelemahan diri bagi mengharungi cabaran dunia perniagaan. Atas kekentalan semangat dan kekuatan diri yang ada serta sentiasa mendapat dorongan keluarga, penat lelah selama ini akhirnya memperoleh kejayaan.

Kejayaan yang dikecapi hari ini bukannya mudah. Banyak cabaran dan dugaan ditempuhi untuk sampai ke tahap ini. Namun atas usaha gigih tidak kenal penat lelah dan kemahuan diri untuk berjaya telah mengatasi segala-galanya termasuk memotivasikan dirinya agar beliau turut tergolong sebagai usahawan tani yang cemerlang. Justeru apa yang diperoleh sekarang dirasakan berbaloi sekurang-kurangnya dijadikan ruang dan peluang mengubah kehidupan diri dan keluarga ke arah yang lebih baik.

Begitulah tuah seorang peladang nita, Puan Fadzilah bt. Badarsher dalam mengharungi kehidupan

sebagai usahawan tani bidang pemprosesan makanan sejuk beku. Beliau berusia 44 tahun merupakan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Beliau bernaung di bawah Unit Peladang Kota Aur.

“Saya memulakan perniagaan dari bawah, mengeluarkan produk roti canai segera secara kecil-kecilan. Inilah produk pertama yang saya hasilkan dan tidak sangka telah mendapat sambutan dari masyarakat. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana suami adalah pendorong utama kepada saya membabitkan diri secara sepenuh masa dalam perniagaan makanan sejuk beku ini” kata Fadzilah.

Fadzilah mula melibatkan diri dalam perniagaan sejak 10 tahun yang lalu dengan penghasilan roti canai segera yang beroperasi dari dapur rumah sahaja. Apabila permintaan terhadap produknya mula meningkat, dapur rumahnya bukan lagi tempat yang sesuai untuk menjalankan operasi pengeluaran dan berpindah ke ruang yang lebih besar di belakang

FadzilahGigih majukan perniagaan

produk makanan sejuk beku mendapat sambutan

Oleh: Rosly bin Abdul Rahman

Tindakan berani membuat keputusan untuk

mencuba nasib dalam perniagaan rupa-rupanya membuahkan hasil. Apatah lagi perniagaan yang diceburi adalah perniagaan makanan sejuk beku. Ini kerana perniagaan seumpama ini berkembang begitu pesat dan banyak produk-produk sejuk beku sama ada dikeluarkan oleh syarikat mahupun individu boleh didapati dengan mudah dalam pasaran dengan pelbagai jenama dan pembungkusan.

Page 6: Bil 5/2011 Edisi MEI103.8.163.254/.../NF2bUjlwNjFeBIgUKk1gSzEOOCOorwJ5.pdfGolongan Sasar (PPPGS: KPI Menteri Tahun 2010). Di bawah program ini, peserta dibekalkan dengan peralatan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian6

rumah untuk dijadikan bengkel pemprosesan makanan sejuk beku. Setelah perniagaan mula berkembang dengan tambahan pelbagai produk makanan sejuk beku, kini beliau mempunyai bengkel pemprosesan sendiri yang dibina berhampiran dengan rumahnya.

Menyingkap permulaan pembabitan beliau dalam perniagaan, Fadzilah berpeluang mengikuti kursus pemprosesan roti canai. Katanya, selepas tamat kursus beliau berbincang dengan rakannya untuk berkongsi bagi menjalankan perniagaan. Namun apa yang dirancang tidak kesampaian atas sebab-sebab tertentu. Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan secara bersendirian kerana yakin perniagaan makanan mempunyai potensi yang besar dan masa hadapan yang cerah.

“Untuk lebih berjaya, perniagaan mesti dikembangkan dan tidak boleh

bergantung kepada satu produk sahaja. Daripada mengeluarkan produk roti canai, saya mula membuat kajian terhadap produk-produk lain juga. Kini saya mempunyai 6 jenis produk yang telahpun memasuki pasaran”, tambah Fadzilah. Bagi mengorak langkah yang lebih tersusun dan bersistematik, beliau menubuhkan syarikat yang diberi nama Azali Frozen Food. Syarikat ini ditubuhkan dalam tahun 2002. Syarikatnya beralamat di 1171 Kota Aur, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Selain roti canai beliau mempunyai barisan produk yang kini diterima pelanggan seperti cucur badak, karipap, samosa, donut dan martabak mini. Bagi mengeluarkan kesemua produknya, beliau dibantu oleh 8 orang pekerja yang mahir dan faham tentang keperluan serta piawaian penghasilan produk-produk tersebut.

Katanya, karipap dan samosa dikeluarkan dalam tiga jenis inti

iaitu daging, ayam dan sardin. Sementara itu, martabak

mini merupakan produk terbaru keluarannya dan mula memasuki pasaran pada bulan Februari lalu. Sebagai usahawan, beliau tidak takut membuat pelaburan terutama dalam penyelidikan dan pembangunan

(RND) selama 6 bulan terhadap martabak mini tersebut bagi

mengenalpasti penerimaan pelanggan. Setelah berpuashati bahawa produk ini boleh diterima maka beliau memulakan pengeluaran dan seterusnya memasuki pasaran.

“Purata pengeluaran kesemua produk yang mampu saya hasilkan adalah antara 3,000 hingga 4,000 unit sehari. Ini tidak termasuk martabak mini di mana permintaannya cukup tinggi tetapi saya haya mampu mengeluarkan 500 unit sahaja. Permintaan sebenar untuk martabak mini ialah 1,000 unit sehari tidak dapat dipenuhi ketika ini. Dengan pekerja yang ada, saya tidak boleh buat apa-apa dan bercadang untuk menambah sekurang-kurangnya 4 orang pekerja lagi”, jelas Fadzilah.

Malah karipap dan samosa mempunyai tempahan tetap dari sebuah syarikat lain dengan menggunakan jenama syarikat tersebut. Jumlah yang diperlukan ialah 10,000 unit seminggu. Walaupun ditawarkan dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan harga jualan beliau, tetapi beliau tidak kisah kerana tempahan tersebut

melibatkan kuantiti yang besar dan masih menguntungkan.

mesti dikembangkan dan tidak boleh Katanya, karipap dan samosa dikeluarkan dalam tiga jenis inti

iaitu daging, ayam dan sardin. Sementara itu, martabak

mini merupakan produk terbaru keluarannya dan mula memasuki pasaran pada bulan Februari lalu. Sebagai usahawan, beliau tidak takut membuat pelaburan terutama dalam penyelidikan dan pembangunan

(RND) selama 6 bulan terhadap martabak mini tersebut bagi

mengenalpasti penerimaan pelanggan. Setelah berpuashati bahawa produk ini boleh diterima maka beliau memulakan pengeluaran dan seterusnya memasuki pasaran.

“Purata pengeluaran kesemua produk yang mampu saya hasilkan adalah antara 3,000 hingga 4,000 unit sehari. Ini tidak termasuk martabak mini di mana permintaannya cukup tinggi tetapi saya haya mampu mengeluarkan 500 unit sahaja. Permintaan sebenar untuk martabak mini ialah 1,000 unit sehari tidak dapat dipenuhi ketika ini. Dengan pekerja yang ada, saya tidak boleh buat apa-apa dan bercadang untuk menambah sekurang-kurangnya 4 orang pekerja lagi”, jelas Fadzilah.

Malah karipap dan samosa mempunyai tempahan tetap dari sebuah syarikat lain dengan menggunakan jenama syarikat tersebut. Jumlah yang diperlukan ialah 10,000 unit seminggu. Walaupun ditawarkan dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan harga jualan beliau, tetapi beliau tidak kisah kerana tempahan tersebut

melibatkan kuantiti yang besar dan masih menguntungkan.

Page 7: Bil 5/2011 Edisi MEI103.8.163.254/.../NF2bUjlwNjFeBIgUKk1gSzEOOCOorwJ5.pdfGolongan Sasar (PPPGS: KPI Menteri Tahun 2010). Di bawah program ini, peserta dibekalkan dengan peralatan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 7

dapat menyelesaikan banyak masalah terutama menyediakan stok produk makanan untuk edaran di pasaran. Dalam hal berkaitan, beliau turut memohon bantuan dari sebuah agensi kerajaan tetapi disebabkan ketiadaan peruntukan maka permohonan beliau masih belum dapat dipertimbangkan.

Apabila ditanya mengenai modal perniagaan yang telah dilaburkan sehingga kini, Fadzilah menjelaskan, “Keseluruhan modal yang digunakan untuk membangunkan perniagaan makanan ini telah mencecah RM200,000. Duit ini datangnya dari modal sendiri dan juga pinjaman. Saya perlu merancang dengan teliti melabur dalam perniagaan supaya tidak membebankan kemudian hari”.

Dalam aspek pemasaran, Fadzilah mengakui beliau perlu berusaha bersungguh-sungguh kerana sedar banyak cabaran yang bakal ditempohnya dalam perniagaan terutama bersaing dengan pengusaha yang telah lama berada dalam industri ini. Pada masa ini, beliau banyak menghantar produk keluarannya ke Pasar mini berdekatan dan lain-lain tempat di seluruh Pulau Pinang. Selain itu, pasaran produknya juga turut meliputi Negeri Kedah.

Tidak hanya Pulau Pinang dan Kedah, beliau berhasrat meluaskan pasaran sehingga ke Lembah Klang. Dari kajian pasaran yang telah dilakukannya, Fadzilah yakin bahawa produknya dapat diterima umum. Namun beliau amat gusar

kerana kerana tidak mampu untuk memasarkan sendiri dan memerlukan khidmat agen. Walau bagaimanapun, beliau masih belum menemui agen yang sesuai untuk memasarkan produknya di Lembah Klang. Selain Lembah Klang, beliau juga merancang untuk memasuki pasaran sehingga ke Kelantan. Ini kerana beliau yakin rakyat Kelantan boleh menerima produk keluarannya.

Fadzilah mempunyai kekangan untuk menambah kuantiti pengeluaran produknya pada masa ini kerana ketiadaan tempat penyimpanan yang lebih besar dengan apa yang beliau ada ketika ini. Beliau memerlukan bilik sejuk atau peti sejuk yang lebih besar bagi menyimpan produk keluarannya. Sekiranya ada, beliau

“Saya memulakan perniagaan dari bawah, mengeluarkan produk roti canai segera secara kecil-kecilan. Inilah produk pertama yang

saya hasilkan dan tidak sangka telah mendapat sambutan dari masyarakat. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana suami adalah pendorong utama kepada saya membabitkan diri secara

sepenuh masa dalam perniagaan makanan sejuk beku ini”

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 7

Page 8: Bil 5/2011 Edisi MEI103.8.163.254/.../NF2bUjlwNjFeBIgUKk1gSzEOOCOorwJ5.pdfGolongan Sasar (PPPGS: KPI Menteri Tahun 2010). Di bawah program ini, peserta dibekalkan dengan peralatan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian8

Fadzilah berkata, pinjaman terbaru yang diperolehinya adalah melalui pinjaman micro sebanyak RM30,000 dan daripada TEKUN sebanyak RM20,000. Sebahagian besar wang pinjaman ini digunakan untuk membina bengkel barunya. Selain itu beliau turut berterima kasih kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) kerana inilah agensi pertama yang telah memberikan pembiayaan secara geran ketika beliau mula menceburi bidang perniagaan makanan ini. Tidak dilupakan kepada PPK yang turut menyediakan pembiayaan kepadanya selain khidmat nasihat yang diterima.

Semangat keusahawanan yang kental dalam diri Fadzilah membuatkan beliau tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian ketika ini. Beliau masih berkira-kira untuk mengembangkan perniagaannya di masa hadapan.

“Saya berhasrat membesarkan perniagaan dengan menambah lagi barisan produk sedia ada. Sebelum menambah produk-produk baru, saya perlu menjalankan RND terlebih dahulu supaya produk yang dikeluarkan berkualiti dan memenuhi piawaian yang ditetapkan. Apa yang penting adalah penerimaa pelanggan terhadap produk-produk saya”.

Beliau juga turut gembira kerana berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan persekitaran. Beliau telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada seramai 8 orang ketika ini dan apabila perniagaan dapat dibesarkan, bila pekerja akan bertambah dari semasa ke semasa. Seterusnya, beliau berharap pekerjanya akan terus memberi komitmen yang tinggi dan fokus dalam melaksanakan tugas. Ini penting supaya penghasilan produk akan mencapai mutu yang diharapkan.

Fadzilah juga berharap agar beliau dapat mewujudkan kerjasama yang lebih erat bersama PPK Penaga. Selain bantuan dan khidmat nasihat daripada PPK yang diperoleh selama ini, banyak lagi perkara boleh dibincangkan bersama selepas ini. Di pihak PPK juga, penyampaian perkhidmatan kepada ahli menjadi keutamaan selain melaksanakan aktiviti-aktiviti lain.

Bagi Pengurus Besar PPK Penaga, Encik Muhamad Yusof bin Mohd. Noor, PPK merupakan sebuah institusi yang sentiasa membantu ahli-ahlinya berdasarkan kemampuan yang ada. PPK menyelaras 10 perkhidmatan kepada ahli dan dalam hal ini akan cuba membantu usahawan PPK bagi memajukan perniagaannya. Beliau berharap usahawan tani PPK Penaga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan mendapatkan kemahiran secukupnya kerana ini merupakan aspek yang penting dalam menguruskan sesebuah peniagaan.

Kata Encik Muhamad Yusof lagi, usahawan tani perlu mencari dan mengikuti kursus-kursus yang bersesuaian terutama dalam aspek pengurusan dan pembungkusan

untuk memastikan produk yang dihasilkan dapat memenuhi tahap kualiti, piawaian, keperluan pasaran dan kehendak pelanggan. Selain itu, aspek pembungkusan dan penjenamaan perlu diberikan perhatian kerana pembungkusan dan penjenamaan yang menarik akan membuatkan pelanggan berminat untuk membeli produk kita.

Page 9: Bil 5/2011 Edisi MEI103.8.163.254/.../NF2bUjlwNjFeBIgUKk1gSzEOOCOorwJ5.pdfGolongan Sasar (PPPGS: KPI Menteri Tahun 2010). Di bawah program ini, peserta dibekalkan dengan peralatan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 9

Sejarah Koperasi Pertanian Jepun

Sebelum perang dunia, koperasi di Jepun adalah berasaskan perindustrian. Dalam proses pembaharuan ekonomi dan pentadbiran, kerajaan

Jepun telah menoleh ke Eropah untuk mengambil model koperasi yang diasaskan oleh Mr. F.W Raiffeisen (1818-1888). Pada tahun 1900 maka tertubuhlah undang-undang koperasi pertama yang berasaskan perindustrian di Jepun. Satu enekmen berasaskan model Raiffeisen telah dibentuk yang terdiri dari 4 perkara asas koperasi masyarakat iaitu perkhidmatan kredit, pemasaran, perniagaan dan kepenggunaan dengan pengasas utamanya Mr.Shinagawa dan Mr. Hirata.

Selepas perang, koperasi diurus sendiri oleh peladang-peladang dengan tujuan untuk memajukan masyarakat luar bandar dalam bentuk koperasi serbaguna. Selepas perang juga peladang-peladang diberi pemilikan tanah dan koperasi diberi kebebasan agar dapat bergerak dengan lebih demokratik. Pada tahun 1947 barulah Koperasi berasaskan Pertanian di Jepun ditubuhkan dimana ahli-ahlinya terdiri daripada peladang, kumpulan peladang dan penduduk setempat yang tinggal di bawah pengendalian koperasi berkenaan. Pembentukan koperasi pertanian adalah himpunan ahli-ahli yang bernaung di bawah 4 kumpulan berikut:

i. Unit Peladang (Hamlet Based Group)

ii. Kumpulan Pengeluar (Commodity Wise Group)

iii. Persatuan Peladang Muda / Wanita (Youth / Women Association)

Lah i r Pe l adang P r og res i f

KOPERASI PERTANIAN (JA) DI JEPUN MASA KINI Abdul Razak Mat Yusuff (PPK Sungai Besar)

iv. Kumpulan Pengguna (Group of Members as Users for SpecificPurposes)

Pada asasnya keahlian Koperasi Pertanian di Jepun dibahagi kepada dua iaitu keahlian biasa dan ahli bersekutu. Keahlian biasa terdiri dari petani-petani tulen manakala ahli bersekutu terdiri dari mereka yang bukan peladang yang tinggal dikawasan pengendalian Koperasi Pertanian berkenaan.Kebanyakan ahli bersekutu menjadi ahli adalah untuk mendapat kemudahan dari aktiviti kebajikan dan insuran yang disediakan oleh koperasi pertanian mereka. Sehingga tahun 2008 ahli biasa berjumlah 4.830 juta orang dan ahli bersekutu berjumlah 4.670 juta orang.

Aktiviti-aktiviti JA

Koperasi Pertanian di Jepun yang juga dikenali sebagai JA (Japan Agricultural Co-Operative) telah ditubuhkan di setiap kawasan, negeri dan kebangsaan secara asasnya hampir sama dengan rangkaian Perubuhan Peladang (PP) di Malaysia yang mana antara objektifnya adalah untuk melindungi serta meninggikan taraf hidup ahi-ahlinya. Atas matlamat itu aktiviti-aktiviti asas yang disediakan adalah seperti berikut:

i. Bimbingan(Guidance) : Rakan ladang/ Pembimbing kearah taraf hidup yang lebih baik

ii. Perkhidmatan kredit : Simpanan/ Pinjaman

iii. Perniagaan Insuran : Hayat/Am Perniagaan Jual beli : Pembekalan barang barang pengguna dan pertanian

Page 10: Bil 5/2011 Edisi MEI103.8.163.254/.../NF2bUjlwNjFeBIgUKk1gSzEOOCOorwJ5.pdfGolongan Sasar (PPPGS: KPI Menteri Tahun 2010). Di bawah program ini, peserta dibekalkan dengan peralatan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian10

iv Pemasaran : Berasaskan produk pertanian

v. Gunasama : Pusat operasi gunasama antara ahli

vi. Pemprosesan : Berasaskan produk pertanian

vii. Kebajikan : Penjagaan kesihatan, khidmad perubatan dll.

Secara umumnya aktiviti-aktiviti JA juga adalah hampir sama dengan PP di Malaysia. Bezanya mereka lebih terkehadapan berbanding PP. Contohnya melalui aktiviti simpanan. Wang ahli yang disimpan di JA akan dilaburkan dalam Norin Chukin Bank iaitu antara bank swasta yang terbesar di Jepun. Dari bank-bank ini ahli-ahli dapat membuat pinjaman bukan setakat membeli mesin-mesin dan jentera kecil seperti pam air, mesin rumput malahan jentera-jentera berat seperti jentuai, lori, kontena dan pelbagai peralatan pertanian lain. Dari perkhidmatan insuran pula bukan sahaja disediakan khairat kematian malahan JA mereka menyedia insuran hayat dan am yang membolehkan mereka mendapat perkhidmatan dari hospital yang dimiliki JA sendiri. Begitu juga untuk pemasaran produk pertanian, mereka ada ratusan pasar segar, pasar borong dan mempunyai 1738 produk yang dikeluarkan oleh

JA yang dipasarkan melalui pasaraya A-Coop iaitu pasaraya kumpulan JA (JA Group).

Proses Penyatuan JA

Dari segi struktur organisasi, JA dibahagi kepada tiga bahagian iaitu Peringkat Daerah (Municipality Level), Peringkat Negeri (PrefectualLevel) dan Peringkat Kebangsaan (National Level). Pergerakan Koperasi Peladang di Jepun juga telah mengalami perubahan dimana kaedah pengecilan jumlah dan penyatuan telah dilaksanakan. Antara tujuan penyatuan adalah untuk meningkatkan kecekapan aktiviti perniagaan dan pengurusan kewangan. Pada tahun 1950 terdapat 13,314 buah JA. Pada tahun 1998 tinggal 1835 dan mutakhir 2010 digabungkan menjadi 719 buah. Keseluruhan JA tiga peringkat ini dipanggil Kumpulan JA (JA Group). Bagi peringkat negeri bilangan koperasi yang terlibat dengan aktiviti pertanian ialah 47 buah. Jepun mempunyai 47 buah negeri (prefecture) dan mereka membentuk satu koperasi diperingkat kebangsaan untuk tujuan penyeliaan dan bimbingan yang dikenali dengan JA Zen Chu. Bagi JA yang tumpuannya khusus dalam bidang ekonomi maka satu koperasi diperingkat kebangsaan ditubuhkan yang dinamakan JA Zen Noh (Ekonomi). JA Zen Noh

ditubuhkan pada tahun 1972 dengan gabungan JA Zen Hanren (Pemasaran) dan JA Zen Koren (Perniagaan).

JA Oura Tatebayashi Sebagai Salah Satu Contoh Pergerakan

Koperasi Pertanian

JA Oura Tatebayashi ditubuhkan pada tahun 2008 melalui proses percantuman atau penyatuan antara JA Gunma Itakura dan JA Nishi Oura. Mempunyai ahli seramai 16,344 orang yang terdiri dari ahli biasa 10,573 orang dan ahli bersekutu seramai 5,771orang. Mereka mempunyai 22 pejabat cawangan dengan 307 orang pegawai. Purata saham seorang ahli ialah RM8235.00. Nilai seunit saham adalah RM20.00 dan saham maksima setiap orang tidak boleh melebihi 10,000 unit. Pegawai yang dibayar oleh JA terdiri dari Pengarah dan Juru Audit yang bekerja secara separuh masa dan sepenuh masa. Jumlah mereka adalah seramai 91 orang. Satu kelainan ialah mereka melantik Pengarah khas untuk tujuan melobi atau sebagai penghubung antara kerajaan tempatan dan negeri bagi menyampai hasrat dan mendapat peluang-peluang perniagaan. JA juga menggaji pekerja am seramai 419 orang dimana 24 orang adalah penasihat bahagian perladangan (Farm Guidance Officer). Mereka mempunyai 15 kumpulan pengeluar

Page 11: Bil 5/2011 Edisi MEI103.8.163.254/.../NF2bUjlwNjFeBIgUKk1gSzEOOCOorwJ5.pdfGolongan Sasar (PPPGS: KPI Menteri Tahun 2010). Di bawah program ini, peserta dibekalkan dengan peralatan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 11

sayuran dan buah-buahan dengan keahlian seramai 2400 orang,satu kumpulan peladang muda terdiri dari 187 orang ahli, satu kumpulan peladang wanita terdiri dari 187 orang ahli, empat kumpulan pengeluar bunga, dua kumpulan pengeluar padi, barli dan gandum dengan ahli seramai 223 orang serta pelbagai kumpulan pengeluar lain. JA Oura Tatebayashi menyediakan pelbagai kemudahan bagi kumpulan-kumpulan pengeluar dan persatuan. Antaranya enam buah bengkel kejenteraan, tujuh stesyen minyak, dua pusat jualan terus sayuran, pasar borong untuk ternakan, dua pusat pengumpulan,pusat sukan,dewan masyarakat dan lain-lain. Dari segi kedudukan kewangan pula untuk tahun 2009 mereka mempunyai aset bersih sebanyak RM552 juta dan pendapatan dari pemasaran sebanyak RM586 juta.Simpanan ahli- ahlinya berjumlah RM745 juta, deposit tetap RM630 juta dan pinjaman yang dikeluarkan bernilai RM955 juta.

Pasar Jualan Terus (Direct Sale Shop) JA Oura Tatebayashi

Pasar jualan terus (Chisan Chisyo) adalah satu usaha JA membantu peladang dan pengguna untuk memasarkan produk mereka bagi mendapatkan harga yang terbaik dan pengguna mendapat produk yang segar dan selamat atau dengan kata lain (local production, local

consumption). JA Oura Tatebayashi misalnya menyediakan pasar jualan terus yang dikenali sebagai ‘Pon Poko’(nama sejenis haiwan merupai rubah). Antara produk yang dipasarkan adalah produk segar hasil ladang seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan, ikan hiasan, kraftangan peladangnita dan produk proses industri asas tani. Seramai 257 ahli terlibat sebagai pengeluar , 55 vendor dan 2 pemborong sebagai pembekal kepada pasar ‘PonPoko’.

Di pasar ini terdapat 20 pekerja yang terdiri daripada 4 pekerja tetap dan 16 orang pekerja separuh masa. Premis akan dibuka kepada umum dari jam

9.30 pagi hingga 6.30 petang dan akan ditutup pada hari Isnin. Antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, peladang pembekal ini akan menghantar produk ke ‘PonPoko’. Mereka wajib memakai topi yang disediakan untuk membolehkan mereka dikenali dan masuk ke premis berkenaan mengikut jadual yang telah dipersetujui. Mereka kemudiannya menggunakan komputer yang disediakan untuk merekod maklumat dan meletakkan harga keluaran berdasarkan harga di pasar borong sebagai panduan. Antara syarat penentuan harga ialah peladang tidak boleh meletakkan harga terlalu rendah berbanding harga panduan. Peladang kemudiannya mencetak dan melekatkan tanda harga dengan sistem barcode dengan maklumat yang membolehkan sejarah pengeluaran dapat dijejaki melalui sistem pengesanan atau jejakan (traceability system).

Prestasi jualan akan dimaklumkan secara e-mail kepada peladang sebanyak 3 kali sehari iaitu jam 11 pagi, 3 petang dan 6 petang. Peladang akan menyemak e-mail melalui telefon bimbit masing-masing. Peladang akan menerima bayaran bersih dengan kekerapan dua kali sebulan setelah ditolak caj 2 yen bagi setiap helai barcode. Setiap peladang diminta mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Sekiranya

Page 12: Bil 5/2011 Edisi MEI103.8.163.254/.../NF2bUjlwNjFeBIgUKk1gSzEOOCOorwJ5.pdfGolongan Sasar (PPPGS: KPI Menteri Tahun 2010). Di bawah program ini, peserta dibekalkan dengan peralatan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian12

peladang melanggar peraturan sebanyak tiga kali, keahlian mereka akan dibatalkan.Walaupun pasar jualan terus ini baru dilaksanakan tetapi ianya telah menarik bilangan pengunjung pada tahun 2009 seramai 313,803 orang dengan nilai jualan RM 20 juta atau 489 juta yen.

Peranan JA Dalam Pengeluaran Dan Keselamatan Makanan Negara

Memandangkan tahap sara diri pengeluaran makanan di Jepun telah jatuh hampir 40% iaitu yang terendah diantara negara-negara maju maka kerajaan Jepun melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Perhutanan telah memberi tanggungjawab yang besar kepada JA untuk meningkat tahap sara diri pengeluaran makanan dari 40% pada tahun 1997 kepada 45% pada tahun 2010. Antara strategi-strategi yang telah dan sedang dilakukan adalah:

i Menyelamatkan penggunaan tanah dan penghijrahan tenaga kerja.

ii. Meningkatkan produktiviti melalui penyediaan prasarana pengeluaran makanan.

iii. Meningkatkan kualiti dan hasil melalui penggunaan teknologi baru.

iv. Mempromosikan hasil-hasil pengeluaran makanan bersandarkan peperluan pengguna.

Disamping perkara perkara yang berkaitan dengan empat strategi di atas perkara –perkara lain yang boleh diberi perhatian oleh Pertubuhan Peladang di Malaysia adalah:

i. Kelestarian Pemeliharaan Alam Sekitar

Penggunaan bahan-bahan kimia untuk mengawal perosak-perosak tanaman telah menyebabkan pencemaran yang serius di Jepun suatu masa dulu. Antara langkah yang dibuat sekarang ialah setiap peladang tidak dibenarkan membuang bahan buangan bertoksik atau membakar di tempat terbuka. Realiti yang berlaku di negara sekarang ini ialah kurangnya kesedaran dari peladang-peladang untuk menjaga alam sekitar. Sekiranya kita biarkan botol-botol racun ,beg-beg baja atau racun dan bahan kimia dibuang ke sungai maka sustu hari nanti mendapan bahan-bahan toksik ini akan memusnahkan kehidupan sungai dan memberi kesan kepada manusia. Rakyat Jepun telah melalui fasa ini dan sekarang mereka amat prihatin dalam penjagaan alam sekitar walaupun tiada pengawasan atau undang-undang oleh pihak berwajib. Disamping itu bagi memastikan penggunaan racun pada tanaman adalah selamat kerajaan Jepun menetapkan piawai kadar toksik pada tanaman mestilah tidak melebihi 0.01ppm.(Untuk produk pertanian yang diimpot kadar toksik mestilah tidak melebihi 0.03ppm).

ii. Pusat Ekonomi Perniagaan dan Pengurusan Ladang (Farm Management and Economic Business Centre)

Premis ini diwujudkan dengan peruntukan kewangan daripada JA dan sumbangan kerajaan. Ia merupakan tempat sehenti untuk membekalkan input ladang kepada ahli dan bukan ahli. Produk disusun dan diuruskan dengan teratur mengikut kategori seperti stor kimia, stor makanan ternakan, stor material rumah hijau dan stor peralatan pasca tuai dan lain-lain. Harga adalah berbeza antara ahli dan bukan ahli. Harga yang ditawarkan juga adalah murah kerana pembelian barang dibuat secara pukal dan dipesan terus daripada pengeluar atau pengilang. JA menyediakan ‘ElectronicAgricultureLibrary’ di kaunter bagi memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat berkaitan penyakit, serangga perosak, baja/racun yang bersesuaian, cara penggunaan baja/racun,kaedah penanaman dan sebagainya.Kebanyakan peladang di Jepun celik komputer.Tanpa bantuan pegawai JA mereka boleh mendapatkan maklumat terus dari perpustakaan elektronik yang disediakan di premis berkenaan. Dengan maklumat yang diperolehi, peladang boleh memesan terus produk yang dikehendaki di premis berkenaan.

iii. Keselamatan dan Kebolehpercayaan (Anzen dan Anshin)

Kesedaran terhadap keselamatan makanan mula tersebar apabila berlakunya penyakit lembu gila pada tahun 2001. Satu akta telah digubal pada tahun 2003 bagi memastikan setiap bahan makanan yang dikeluarkan adalah bersih dan selamat. Tanda nilai pada setiap keluaran pertanian oleh JA diletakan logo ‘Anzen’ (Safety) dan ‘Anshin’ (Reliability).Tanda nilai ini dikawal oleh undang undang sepertimana yang dibuat ke atas penggunaan racun untuk tanaman dan juga merangkumi undang-undang makanan (Japan Food Standard), peraturan melabel makanan dan sejarah pengurusan pengeluaran hasil pertanian. Melalui logo ini pengguna boleh mengesan atau menjejaki melalui sistem jejakan (traceability system) siapakah pengeluar produk ini kerana ianya mempunyai sejarah produk. Di Jepun hampir 98% JA telah mengamalkan merekod sejarah pengeluaran produk mereka dan rekod- rekod produk mereka disimpan oleh JA.

Page 13: Bil 5/2011 Edisi MEI103.8.163.254/.../NF2bUjlwNjFeBIgUKk1gSzEOOCOorwJ5.pdfGolongan Sasar (PPPGS: KPI Menteri Tahun 2010). Di bawah program ini, peserta dibekalkan dengan peralatan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 13

Salah satu laman web yang boleh dilayari untuk mengetahui bagaimana sejarah ‘rock-melon’ dikeluarkan boleh dilayari di laman web http:www.ja-kumamotosi.jp. Di pasaraya, sebiji ‘rock melon’ yang diletakkan berhampirannya gambar pengeluar dan jaminan logo Anzen Anshin jual dengan harga RM200 sebiji (5000 Yen) dan di sebelahnya pengeluar yang lain dengan harga RM280 sebiji (7000 Yen). Produk ini boleh dipercayai kerana pertamanya ianya dari biji benih yang berkualiti, keduanya telah diperiksa oleh satu badan piawaian yang berdaftar dan ketiganya didaftar di bawah satu badan pengeluar dan mempunyai rekod/sejarah pengeluaran. Bagi rakyat Jepun mereka lebih mementingkan keselamatan dan kepercayaan kepada barangan yang dibeli. Bagi mereka barang berkualiti semestinya mahal dan biarlah mahal asalkan ianya selamat untuk diri dan generasi akan datang. iv. Pendidikan Pertanian Dalam Pengambilan Pemakanan Harian

Di masa kini kerajaan Jepun sedang giat mempromosikan diet yang sihat dalam pengambilan makanan seharian. Walaupun dikalangan anak-anak muda Jepun lebih menggemari makanan segera tetapi menjadi tugas kerajaan bagi membantu peladang meningkatkan pendapatan melalui kempen memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu makanan mereka. Kerajaan juga melalui media cetak dan elektronik telah membuat kempen penggunaan diet yang sihat dan seimbang disekolah-sekolah dimana secara tidak langsung akan membantu peladang-peladang meningkatkan pengeluaran dan pendapatan mereka disamping melahirkan rakyat Jepun yang sihat dan cerdas.

Ketabahan dan Kegigihan Rakyat Jepun

Keadaan rupabumi Jepun yang bergunung ganang menyebabkan hanya 33 peratus sahaja tanahnya dapat diduduki dan 15 peratus dapat diusahakan dengan bidang pertanian. Dengan bilangan penduduk seramai 127 juta dan keperluan makanan yang tidak mencukupi menyebabkan 60 peratus sumber makanannya terpaksa diimpot. Disamping sumber tanah yang terhad dan cuaca yang

berubah-ubah bumi Jepun juga terdedah dengan gempa bumi kerana terletak di atas Lingkaran Api Pasifik. Gempa bumi yang berlaku pada 11 Mac 2011 yang lalu dengan diikuti Tsunami telah meranapkan lebih 4 juta rumah, lebih 10,000 penduduk kehilangan nyawa dan kerugian melebihi RM517 bilion. Keadaan ini lebih parah apabila berlaku pula kebocoran loji nuklear yang merupakan pembekal tenaga dan kesan radiasinya sudah pasti akan tempias bukan sahaja manusia tetapi juga kepada tanaman dan ternakan.

Selepas perang dunia kedua, ekonomi Jepun telah melonjak terutamanya dalam bidang perindustrian dan pertanian. Walaupun tanah pertaniannya terhad tetapi dengan ilmu dan kecanggihan teknoloji, mereka berupaya memajukan sektor pertanian hingga dapat mengeluarkan produk pertanian yang berkualiti dan mengekspot teknolojinya ke negara lain. Dengan semangat Samurai dan Kaizen JA mereka telah berjaya mempelbagaikan perkhidmatan dan memberi kesejahteraan hidup kepada ahli-ahlinya serta turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi sehingga negara mereka dapat duduk sebaris dengan negara-negara maju.

Harapan PP Masa Depan

Antara salah satu faktor kejayaan pergerakan Koperasi Pertanian (JA) di Jepun berjaya adalah kerana komitmen ahli-ahlinya terhadap JA. Antara sikap patriotik yang patut dipuji ialah mereka lebih mengutamakan produk tempatan walaupun produk yang diimpot lebih murah. Pertubuhan Peladang (PP) di negara kita juga boleh berjaya sekiranya ahli-ahli memberi sokongan dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh PP. Sekiranya setiap prinsip koperasi dipatuhi InsyaAllah dalam tempoh 10 ke 15 tahun lagi atau lebih singkat daripada itu kita percaya ahli- ahli PP di negara kita akan dapat mengecapi nikmat sepertimana yang dinikmati oleh ahli-ahli JA di Jepun masa kini. Oleh itu untuk mencapainya kita mestilah bermula daripada sekarang.

Penulis adalah peserta kursus ‘Capacity Building forMarketing,3-27November2010’diIDACAJepun

Page 14: Bil 5/2011 Edisi MEI103.8.163.254/.../NF2bUjlwNjFeBIgUKk1gSzEOOCOorwJ5.pdfGolongan Sasar (PPPGS: KPI Menteri Tahun 2010). Di bawah program ini, peserta dibekalkan dengan peralatan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian14

Kursus Kefahaman Perlaksanaan MS ISO 9001 : 2008

13 hingga 14 April 2011

Kursus ini diadakan secara 2 sesi bertempat di Dataran Bunga Raya, Aras 5, LPP Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Kursus ini diadakan untuk menyebarkan maklumat berkaitan dasar dan objektif kualiti serta keperluan Sistem Pengurusan Kualiti kepada anggota LPP. Seramai 293 orang kakitangan LPP peringkat Ibu Pejabat telah terlibat menghadiri kursus ini.

BeritaTransformasi Pertanian14

Program Transformasi

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian14

Page 15: Bil 5/2011 Edisi MEI103.8.163.254/.../NF2bUjlwNjFeBIgUKk1gSzEOOCOorwJ5.pdfGolongan Sasar (PPPGS: KPI Menteri Tahun 2010). Di bawah program ini, peserta dibekalkan dengan peralatan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 15

Lah i r Pe l adang P r og res i f

HARI PERHIMPUNAN PETANI, PENTERNAK DAN NELAYAN 2011

22 hingga 23 April 2011

Program ini diadakan bertujuan untuk menghimpunkan semua warga petani, penternak dan nelayan. Mereka dikumpulkan dari serata Negari dan dipertemukan di MAEPS, Serdang. Pelbagai aktiviti diadakan sempena perhimpunan ini seperti pameran, jualan, masak secara gotong-royong dan sukan rakyat. Disamping dapat bertukar pendapat dan idea, mereka juga dapat menambah ilmu dan mengeratkan silaturrahim di kalangan keluarga besar masyarakat peladang, penternak dan nelayan dalam negara.

Perasmian Program ini telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Program ini telah dihadiri oleh lebih dari 6 ribu orang.

Page 16: Bil 5/2011 Edisi MEI103.8.163.254/.../NF2bUjlwNjFeBIgUKk1gSzEOOCOorwJ5.pdfGolongan Sasar (PPPGS: KPI Menteri Tahun 2010). Di bawah program ini, peserta dibekalkan dengan peralatan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian16

Penaung :Dato’ Arpan Shah bin Satu

Penasihat :Haji Ramli bin SalikanHaji Mohd. Salim bin Haji Taha

Ketua Pengarang :Haji Md Zahari bin Abdullah

Penyunting :Azizan bin Haji OthmanAnnie Laily bt Arif

Edisi Internet :Haninah bt Abd. RahmanShahzunizam bin Zulkafli

Grafik :Kamaruzzan bin Hanif

Jurufoto :Ishak bin Abd. Rahman

Diterbitkan oleh :Lembaga Pertubuhan Peladang,Blok C, Pusat Bandar Damansara,50460 Kuala Lumpur.

Edaran Majalah Transformasi :Nik Mazri bin Mat YusofMohd Haniff bin Asim@HasyimNaharuddin bin Abdul RahmanWahyudi bin BaharudinAdnan bin IsmailShafrin Azhar bin Abd. Ghani

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari :Http://www.lpp.gov.my

Dicetak oleh :OMR Press Sdn. Bhd.Tel : 03-8024 6396

“ LAhiR PeLAdAng PROgResiF ”

Kursus Penghayatan Budaya Kerja Cemerlang

28 April 2011

Kursus ini telah diadakan di The Grand Season Hotel di mana para peserta terdiri daripada kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dari seluruh Negara. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan dan menanamkan semangat cintakan organisasi melalui amalan budaya kerja cemerlang. Diadakan secara tiga sesi berasingan iaitu :

i. Inovasi Budaya Kerja MOA dan Peranan serta Projek Kementerian di bawah National Key Economic Area (NKEA).

ii. Mengimbas kembali Era Penubuhan LPP/PP dan Arah Tuju LPP/PP

iii. Rasuah : Salah Guna Kuasa, Penyelewengan dan Pencegahan.

Paling memberi kesan kepada peserta kursus ialah kesudian Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid untuk berkongsi pengalaman beliau semasa menjadi Ketua Pengarah LPP yang pertama. Beliau sudi untuk menceritakan pahit manis pengalaman dalam menerajui LPP. Kursus ini telah dihadiri oleh 100 orang kakitangan LPP.

RALAT : Berita Transformasi Pertanian Edisi 4/2011 Skop Pendaftaran dalam Persijilan MS ISO 9001:2008 LPP• Bahagian Pengeluaran Ladang. - Pengurusan permohonan dan kelulusan projek pengeluaran bahan makanan asas.