BIL-61 JANUARI - MAC 2019upknkelantan.com/download/fajar_islam_januari_mac2019.pdfMengekang Gejala...

16
Kelantan lestarikan Seni Silat Melayu Kelantan Pelopor Sukan patuh syariah (Siri 1) MS 5 MS 7 Kesultanan Pattani: Pembangun Tamadun Ilmu Nusantara MS 13 BIL-61 JANUARI - MAC 2019 EDISI PERCUMA PENGURUSAN IHTIRAFI TUNJANG KESEJAHTERAAN

Transcript of BIL-61 JANUARI - MAC 2019upknkelantan.com/download/fajar_islam_januari_mac2019.pdfMengekang Gejala...

Page 1: BIL-61 JANUARI - MAC 2019upknkelantan.com/download/fajar_islam_januari_mac2019.pdfMengekang Gejala Sosial dan Aktiviti Maksiat Fokus ketiga pula ialah menangani gejala sosial dan aktiviti

Kelantan lestarikanSeni Silat Melayu

Kelantan Pelopor Sukan patuh syariah (Siri 1)

MS 5 MS 7

Kesultanan Pattani: Pembangun TamadunIlmu Nusantara

MS 13

slam BIL-61 JANUARI - MAC 2019

EDISI PERCUMA

PENGURUSAN IHTIRAFI TUNJANG KESEJAHTERAAN

Page 2: BIL-61 JANUARI - MAC 2019upknkelantan.com/download/fajar_islam_januari_mac2019.pdfMengekang Gejala Sosial dan Aktiviti Maksiat Fokus ketiga pula ialah menangani gejala sosial dan aktiviti

Sidang PengarangPENAUNGYB DATO’ HJ MOHD NASSURUDDINB. HJ. DAUDPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta

PENASIHATHJ. MUHAMAD AZMI BIN NORPengarah Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan

PENYELARASNAZMAN BIN CHE IBERAHIMTimbalan Pengarah Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan

PENGARANGNORZANA BINTI RAZALYPenolong Pengarah Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan

SUSUN ATURAHMAD KARIEMULLAH BIN SAIPUL [email protected]

WARTAWANNIK AZMAN NIK [email protected]

CHE MAZIAH BINTI [email protected]

PENGARANG TAMUDR. MOHD FADLI GHANI

JURUFOTOMOHD ASRI HAMATABDUL AZIZ BIN [email protected] KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB)

PENGEDARUNIT EDARAN UPKN

PERCETAKANPUSTAKA AMAN PRESS SDN. BHD4200-A Simpang Tiga Telipot, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu KelantanFaks: 609 748 7064 Email: [email protected]

ALAMAT SURAT MENYURATURUSETIA PENERANGAN KERAJAANNEGERI KELANTANPejabat Setiausaha KerajaanTingkat Atas, Blok 7 Kompleks Kota Darulnaim15503 Kota Bharu Bandar Raya Islam,Kelantan DarulnaimTel 09-7483529(DL), 09-7481957 samb, 7810Faks: 09-7433529

KEBERKATAN | KEMAKMURAN | KEBAJIKAN

Merakyatkan Membangun Bersama Islam

Gagasan ini adalah tema Amanat Tahun Baharu 2019 bertepatan dengan aspirasi Kerajaan Negeri Kelantan bagi menjadikan para penjawat awam negeri berkhidmat dengan penuh dedikasi dan beriltizam demi memastikan kelestarian tadbir urus negeri secara patuh syariah.

Mukaddimah ucapan menggarisbawahi sifat hafiz dan alim; kombinasi personaliti mukmin profesional berkepakaran dan berintegriti serta dipercayai bagi mencapai objektif di atas.

Ihtirafi, bermakna profesional. Pengurusan Ihtirafi merujuk kepada tadbir urus profesional dan cemerlang bercirikan:

(a) Hawariyyun: Pendukung setia perjuangan suci.(b) Kafa’ah: Pekerti mulia dan integriti sebagai asas sahsiah.(c) Wafa’ Bil ‘Uqud: Keterujaan untuk mencapai piawaian

yang terbaik. (d) Himmatul ‘Amal: Mengejar peningkatan kualiti dan cita-

cita dalam profesion.(e) Hafazah: Memelihara dan meningkatkan imej kerjaya.Pengurusan Ihtirafi menitikberatkan penghayatan tugas sebagai

penjawat awam yang melaksanakan peranan penting sebagai mendukung perjuangan mulia gagasan Kerajaan Negeri iaitu dasar Membangun Bersama Islam berprinsipkan Ubudiah, Masuliah dan Itqan (UMI). Maka, taklif sebagai penjawat awam adalah ibadah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT kelak.

Hawariyyun: Pendukung setia perjuangan suci Hawariyyun wajib bertindak sebagai penyokong dan pendukung kuat yang taat setia tanpa berbelah-bahagi kepada perjuangan suci yang menjulang dustur Ilahi dengan melaksanakan tugas dan tanggungjawab penuh dedikasi dan komited. Di samping turut menjadi penasihat terbaik kepada saf kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dalam melaksanakan dasar dan program kepada

“Pengurusan Ihtirafi Tunjang Kesejahteraan”

Amanat Menteri Besar

JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 2019 JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 20192 32 3

Page 3: BIL-61 JANUARI - MAC 2019upknkelantan.com/download/fajar_islam_januari_mac2019.pdfMengekang Gejala Sosial dan Aktiviti Maksiat Fokus ketiga pula ialah menangani gejala sosial dan aktiviti

rakyat.

Kafa’ah: Pekerti mulia dan integriti sebagai asas sahsiah

Kafa’ah (setara) di mana sahsiah dan personaliti menjadi aset yang saling berhubungkait. Misalnya, disiplin dan kesantunan kepada penjawat awam dalam isu melibatkan solat dan tabiat. Walau serajin mana pun bekerja, jangan sampai solat lewat atau terus diabaikan. Begitu juga setinggi mana pun pangkat, kekalkanlah sifat berhemah dan berhikmah.

Demikian juga tatarias kaum wanita, usahlah menghias diri demi menjaga keterampilan sehingga melanggar perintah Allah SWT dalam bab menjaga aurat. Perkara ini mungkin dianggap remeh oleh segelintir pihak, tetapi sebagai sebuah kerajaan yang meletakkan Islam sebagai dasar, isu ini besar kerana melibatkan keberkatan dalam pentadbiran. Pakaian ketat, berwangian yang keterlaluan dan bertabaruj, insya Allah tidak berlaku dalam Kompleks Kota Darul Naim.

Sebagai penjawat awam, sudah tentu banyak berurusan dengan masyarakat. Maka kita perlu memberi khidmat dengan penuh tanggungjawab, sopan, dedikasi dan terbaik kepada pelanggan. Di sinilah definisi kafa’ah dapat difahami dan diterjemahkan melalui ilmu taksir; jika kita tidak suka orang lain berbuat negatif kepada kita, jangan lakukan perkara yang sama kepada mereka.

Wafa’ Bil ‘Uqud: Keterujaan untuk mencapai piawaian yang terbaik

Ciri ketiga dalam Pengurusan Ihtirafi adalah keterujaan dalam diri untuk mencapai piawaian Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicators (KPI) berdasarkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang telah ditetapkan oleh jabatan masing-masing. Kita tidak mahu sasaran dan piawaian itu hanya sekadar di atas kertas, tetapi hendaklah diterjemahkan dengan pencapaian terbaik.

Sasaran dan KPI kerja itulah akad dan perjanjian dengan jabatan yang melambangkan maruah kita sebagai penjawat awam. Jika kita gagal untuk mencapai KPI yang ditetapkan, itu menunjukkan kita masih belum cemerlang dan itqan dalam melaksanakan tugasan. Maka, hendaklah kita sentiasa berkeinginan dan berusaha sehabis daya untuk melaksanakan tugasan kerana itu adalah perjanjian dan kehormatan diri kita sebagai penjawat awam. Inilah yang dimaksudkan dengan Al-Wafa’ bil ‘Uqud.

Himmatul ‘Amal: Mengejar peningkatan kualiti dan cita-cita dalam profesion

Ciri keempat pula ialah mengejar peningkatan kualiti dan cita-cita dalam profesion. Jika tadi kita meletakkan sasaran untuk dicapai dalam kerja dan tugasan, maka peringkat seterusnya adalah usaha untuk meningkatkan lagi kualiti dan cita-cita melebihi daripada sasaran yang diletakkan. Sebagai contohnya, jika sasaran dalam sebulan adalah menyelesaikan 10 fail, bagi pekerja yang profesional tentunya akan meningkatkan lagi prestasinya pada bulan berikutnya dengan lebih lagi. Peningkatan kualiti ini bertepatan dengan hasrat Himmatul ‘Amal iaitu untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan masyarakat.

Kita boleh berhujah bahawa walau seberapa banyak kerja kita buat, gaji kita tetap sama. Namun sebagai penjawat awam yang diterapkan dengan Ubudiah, Masuliah dan Itqan selama 28 tahun ini, kita sedar bahawa kerja kita ini bukan hanya semata-mata kerana gaji dan upah, tetapi sebagai ibadah kepada Allah kerana berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat. Gaji di akhirat inilah yang kurang difahami oleh segelintir penjawat awam. Selain itu, kepuasan kerja adalah satu perkara yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Hafazah: Memelihara dan meningkatkan imej kerjaya

Sebagai penjawat awam, kita hendaklah sentiasa memelihara dan meningkatkan imej profesion dari semasa ke semasa. Sebagaimana kita memelihara imej dan penampilan diri kita supaya sentiasa kemas dan cantik, begitu jugalah kita mesti memelihara imej profesion kita sebagai penjawat awam supaya dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat. Kita tidak lagi mahu orang melabel penjawat awam adalah kelompok yang membuat kerja secara malas, sambil lewa, banyak menghabiskan masa bersembang, tidak mesra dan pelbagai persepsi lagi. Tanggungjawab kita untuk membersihkan persepsi negatif ini sebagai satu hafazah dengan membuktikan kecekapan dan ketelusan kita melaksanakan tugas.

Prinsip hafazah yang paling penting ialah kita hendaklah memastikan tiada penjawat awam negeri yang terlibat dengan amalan rasuah, duit kopi, duit upah atau apa sahaja istilah yang wujud melibatkan pemberian wang atau upah oleh pihak ketiga untuk mempercepatkan urusan atau menyalahguna kuasa

JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 2019 JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 20192 32 3

Page 4: BIL-61 JANUARI - MAC 2019upknkelantan.com/download/fajar_islam_januari_mac2019.pdfMengekang Gejala Sosial dan Aktiviti Maksiat Fokus ketiga pula ialah menangani gejala sosial dan aktiviti

yang ada. Tidak kira dari sebawah-bawah jawatan sehinggalah kepada pihak pengurusan tertinggi, takutlah untuk terlibat dengan amalan jijik ini kerana sudah pastinya mereka yang terlibat ini akan terhina baik di dunia mahu pun di akhirat.

Kelima-lima ciri pengurusan ihtirafi ini hendaklah kita sama-sama fahami dan amalkan sebagai penjawat awam di Negeri Kelantan. Apa yang kita hasratkan daripada Pengurusan Ihtirafi ini adalah supaya ia menjadi tunjang kepada kesejahteraan rakyat Negeri Kelantan hasil daripada pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri yang cekap dan profesional.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua penjawat awam negeri untuk menjadikan Pengurusan Ihtirafi sebagai asas untuk mencapai 3 fokus utama Kerajaan Negeri pada penggal ini.

Mencipta Peluang Pekerjaan Fokus pertama yang melibatkan sasaran untuk

mencipta peluang pekerjaan melalui pembangunan industri hiliran hasil daripada sumber asli yang dimiliki oleh negeri. Contoh kepada pencapaian fokus ini adalah melalui projek pembinaan Kilang Simen Bersepadu di Chiku 7, Gua Musang yang dijangka akan membuka 966 peluang pekerjaan di mana 50 peratus daripada pekerja adalah anak tempatan Gua Musang. Saya berharap selepas ini lebih banyak lagi projek untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan dapat diwujud dan dilaksanakan.

Kebersihan, Keceriaan dan Penghijauan NegeriFokus kedua pula mengenai peri pentingnya

kebersihan dan keceriaan serta penghijauan negeri. Saya mengucapkan syabas kepada usaha-usaha dan kempen yang telah dilaksanakan untuk mencapai fokus kedua ini. Namun perkara ini perlu lebih dipergiat dan diperkasakan lagi. Saya amat berharap, mulai tahun ini kita akan dapat memacu pembangunan negeri berdasarkan Dasar Pembangunan Mapan. Benar, bukan mudah untuk membentuk sesuatu budaya dalam masyarakat, namun langkah permulaan ini diharapkan dapat memastikan impak kejayaan yang hebat pada kemudian hari.

Mengekang Gejala Sosial dan Aktiviti MaksiatFokus ketiga pula ialah menangani gejala sosial

dan aktiviti maksiat. Kerisauan kita amat ketara apabila melihat anak muda terlibat dalam perkara ini. Semua pihak terbabit dalam soal penguatkuasaan

dan pembangunan insan mestilah mengambil langkah proaktif dan drastik dalam menangani perkara ini. Kita semua sebagai penjawat awam mesti mengambil peranan masing-masing dalam mengukuhkan budaya tegur-menegur bagi membasmi masalah kebejatan moral. Budaya ini akan secara langsung dan tidak langsung dapat menghindarkan masyarakat daripada kancah maksiat dan seterusnya mewujudkan persekitaran kehidupan yang lebih baik dan harmoni.

Kita juga telah meletakkan sasaran untuk melaksanakan dua perkara yang besar dalam tahun 2019 iaitu pertamanya untuk mengadakan pertandingan kebersihan dan keceriaan di antara PBT sebagaimana yang pernah disebutkan dalam dewan ini pada September yang lalu. Perkara keduanya adalah pengaktifan dan penjenamaan semula program Desa Takwa yang pernah dilaksanakan pada suatu masa dahulu. Ini akan merancakkan kempen membudayakan kebersihan dan keceriaan di peringkat perbandaran negeri, seterusnya menjadikan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri yang bersih dan indah. Di peringkat desa pula, dengan program Desa Takwa nanti akan dapat membina satu komuniti dan masyarakat yang dapat menterjemahkan ajaran dan cara hidup Islam yang sejahtera serta penuh dengan keberkatan berasaskan kejiranan yang baik berpaksikan kepada iman dan takwa kepada Allah SWT.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan tentang kemudahan jalur lebar secara percuma oleh Kerajaan Negeri kepada penduduk sekitar bandar Kota Bharu melalui Infra Quest Sdn Bhd yang dipasang di 10 lokasi strategik yang menjadi tumpuan orang ramai. Kemudahan Wi-Fi percuma ini disediakan selama 24 jam. Kemudahan ini diharapkan akan dapat memangkin pembangunan negeri dan juga sebagai satu kemudahan kepada para pelancong .

Akhirnya saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh penjawat awam Negeri Kelantan atas kejayaan cemerlang dalam pentadbiran dan pengurusan. Bermula daripada staf sokongan, kumpulan profesional dan pengurusan sehingga ke peringkat pengurusan tertinggi, semua pihak telah memainkan peranan yang penting dalam memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri berjalan dengan baik. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan dasar Membangun Bersama Islam dan merakyatkannya. Teruskanlah usaha ini sehingga Allah SWT mengurniakan keberkatan, kerahmatan dan kemenangan besar suatu hari nanti.

JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 2019 JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 20194 54 5

Page 5: BIL-61 JANUARI - MAC 2019upknkelantan.com/download/fajar_islam_januari_mac2019.pdfMengekang Gejala Sosial dan Aktiviti Maksiat Fokus ketiga pula ialah menangani gejala sosial dan aktiviti

Pertubuhan Gabungan Seni Silat Warisan Nusantara Kelantan (WARIS) telah mengumumkan resolusi pertubuhan mereka untuk memartabatkan Seni Silat Jatuh Negeri Kelantan sejak tahun 2011.

Aspirasi kesungguhan dan komitmen ini bertambah utuh apabila YB Mej. (B) Dato’ Haji Md. Anizam bin Ab. Rahman dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan secara serius mahu memartabatkan seni silat berkenaan di Kelantan.

Beliau yang mesra dipanggil Dato’ Mejar bukanlah susuk asing dalam arena persilatan negara kerana zaman remaja anak kelahiran Kampung Wakaf Raja, Bukit Yong dalam daerah Pasir Puteh ini sudah serasi dengan ilmu bela diri yang diminatinya semenjak kecil lagi.

Dato’ Mejar berpencak lincah dengan tari Seni Silat Tongkat dan mendalami ilmu tinju Muay Thai. Tok Hassan Salor, Ustaz Che Awang, Ustaz Hanafi, Abang Hassan Misai dan beberapa nama lain adalah antara nama-nama guru yang pernah mencurahkan ilmu kepadanya. Tidak terkecuali nama Abang Mat

Babong mengajar ilmu Silat Tongkat serta Mat Zain Keladang yang menjadi cikgu Muay Thai.

Maka, darah pendekar yang mengalir dalam diri Ahli Exco Kerajaan Negeri ini bersebati dengan hasrat WARIS untuk meneruskan legasi ilmu persilatan Kelantan. Meskipun direzekikan Allah SWT menjadi manusia bergelar dan berkedudukan terhormat, Dato’ Mejar sentiasa bersedia menyarung seragam silat dan turut sama berguling di gelanggang bagi menyahut cabaran kependekaran.

Perkembangan positif ini mengorak langkah ke arah penganjuran Seminar Seni Silat Jatuh bertempat di Sudara Beach Resort pada 7-8 Mac 2014. Kemudiannya Kerajaan Negeri di bawah Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) mulai mengatur pertandingan di setiap daerah dengan kerjasama Pertubuhan Seni Silat Tari Jatuh Kelantan (SETANJAK).

Bermula dari pada pertandingan silat yang pertama di Kota Bharu pada 7 April 2014, sebanyak sebelas kali pertandingan di daerah-daerah lain telah diadakan iaitu tiga pertandingan pada tahun 2014, tiga lagi pada tahun 2015 dan lima daerah lain pada 2016.

Kelantan lestarikan seni silat Melayuoleh Nazman Che Iberahim

JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 2019 JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 20194 54 5

Page 6: BIL-61 JANUARI - MAC 2019upknkelantan.com/download/fajar_islam_januari_mac2019.pdfMengekang Gejala Sosial dan Aktiviti Maksiat Fokus ketiga pula ialah menangani gejala sosial dan aktiviti

YB Dato’ Mejar sering berpencak di lokasi-lokasi pertandingan bagi meraikan anak-anak buah beliau. Apatah lagi dengan “Angin Tok Ddekar” yang sebati sekian lama di dalam jiwanya, pantang sahaja gendang dipalu, beliau terus teruja untuk membuka langkah seni tarinya. Antara rakan yang juga meminati silat adalah YM Tengku Azman bin Tengku Abdullah, sahabat sekelas di Kolej Sultan Ismail (SIC) pada tahun 1969 dan juga di Penang Free School (1970-1971).

Dapat bersilat dengan sahabat baiknya ini menjadi antara kegemaran YB Dato’ Mejar. Rakaman sejarah terukir apabila YB Dato’ dan YM Tengku bersilat di Hotel Al Ansar Kota Bharu pada 4 Mac 2017 setelah kali terakhir mereka bersilat pada 30 tahun lalu. Pada waktu itu persembahannya adalah seni silat asli atau pun silat pulut Kelantan.

YM Tengku Azman pernah menerima sijil perlantikan sebagai Penasihat SETANJAK daripada YB Dato’ Mejar dalam satu majlis dan ini menunjukkan minat yang mendalam mereka berdua dalam membangunkan dan melestarikan ilmu persilatan di negeri ini.

Pertubuhan WARIS sebenarnya muncul hasil daripada perbincangan antara Presiden Pertubuhan Seni Silat Lintau Kelantan iaitu Dr Kamal Shah dengan Setiausaha Pertubuhan Silat Seni Gayungman Segerak Kelantan iaitu Shafie Husin. Kerana banyak permohonan daripada pertubuhan silat sebelum ini untuk menyertai Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Kelantan tidak mendapat respon yang baik. Pada 30 Julai 2007 satu mesyuarat Jawatankuasa Penaja telah diadakan di Restoran Ukir Sri Anjung, Pulau Melaka, menyaksikan sembilan wakil pertubuhan silat negeri telah hadir dan mereka memilih Tuan Haji Rasdi Abdullah sebagai Pengerusi kepada pertubuhan baru, dikenali sebagai Pertubuhan Gabungan Seni Silat Warisan Nusantara Kelantan (PGSSWNK) dan singkatan mudahnya adalah WARIS. Pertubuhan ini akhirnya didaftarkan secara rasmi dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 9hb Febuari 2011 dengan nombor kelulusan 0570-11-KEL.

Sehingga kini pertubuhan ini terus maju dan berkembang selaras perkembangan masa. Bagi sesi 2017-2019, Encik Mohd Fauzi Abd Aziz diberi amanah untuk memimpin organisasi ini yang mana beliau juga mewakili Persatuan Seni Silat Teralak Tunggak Kelantan. Timbalan Pengerusi adalah Haji Mohd Nasir Hassan mewakili Silat Gayong Warisan. Kehebatan pertubuhan ini adalah terletak kepada senarai ahli jawatankuasa pertubuhan yang diwakili oleh pelbagai

kumpulan seni silat di Kelantan. Antaranya, Pertubuhan Seni Silat Lintau Asli Pasir Puteh, Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat, Pertubuhan Seni Silat Pesan Sakti, Pertubuhan Seni Silat Sekebun, Persatuan Seni Silat Tongkat Gayuman Gerakan 1, Pertubuhan Seni Silat Warisan Tengku Ngah, Pertubuhan Seni Silat Gayong Warisan, Pertubuhan Silat Seni Gayungman Segerak dan Pertubuhan Seni Silat Gayong Tiga Kalimah.

Semoga perjuangan WARIS dalam menghidupkan seni bela diri di negeri ini terus mendapat pertolongan daripada-Nya dan akan menarik minat lebih ramai golongan muda negeri ini untuk menyertainya. Teringat kata kata mutiara oleh Pak Chu Hussin, seorang guru silat masyhur yang pernah menyebut, “Silat Tari juga merupakan seni mempertahankan diri. Apabila bersilat tangan diangkat (nari) tetapi bila tangan ke bawah, di sinilah sama dengan buah mempertahankan diri”.

JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 2019 JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 20196 76 7

Page 7: BIL-61 JANUARI - MAC 2019upknkelantan.com/download/fajar_islam_januari_mac2019.pdfMengekang Gejala Sosial dan Aktiviti Maksiat Fokus ketiga pula ialah menangani gejala sosial dan aktiviti

Pertubuhan Awang Selamat Anak Kelantan atau dengan singkatan PASAK adalah sebuah pertubuhan NGO yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Pendaftaran Persatuan (ROS) Malaysia. Tujuan penubuhan PASAK berperanan untuk menjaga mitos kepahlawanan Awang Selamat Kelantan di kalangan rakyat Kelantan khususnya dan Malaysia amnya. Justeru itu, dalam menerapkan nilai-nilai sejarah kepada golongan belia dan generasi baharu (Gen X, Y, dan Z) pelbagai peringkat umur dalam konteks pemeliharaan sejarah dan mitos kenegerian. Pendekatan fungsi pertubuhan dibuat berperanan dalam usaha kesinambungan maklumat dalam pelbagai medium penyampaian moga ia “tidak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan” sejajar dengan arus permodenan pesat semasa.

Kini, jumlah keahlian PASAK sudah mencecah 5000 ribu seluruh negeri Kelantan. Sepanjang penubuhannya, berjaya mendapat kepercayaan Kerajaan Negeri Kelantan khususnya di bawah peruntukan Urusetia Pembangunan Belia dan Sukan serta Urusetia Keusahawanan Negeri Kelantan. Antara program yang menjadi kebanggaan adalah program kejuaraan / cabaran Mr. Awang Selamat patuh syariah yang pertama di Malaysia. PASAK telah mendapat kepercayaan Kerajaan Negeri Kelantan dalam mengendalikan penganjuran ini selama tiga

tahun bertutut-turut bermula pada tahun 2016, 2017 serta 2018. Pada tahun 2018 penganjuran Mr. Awang Selamat telah mendapat pengiktirafan kerajaan negeri Kelantan dalam kalendar tahun melawat negeri.

Matlamat adalah aspek penting yang menjadikan tunjang bagi sesebuah pertubuhan, PASAK bertanggungjawab bukan setakat memelihara warisan sejarah negeri Kelantan, malah sebagai pencetus perkara berikut. Antara peranan PASAK yang pertama adalah memperkenalkan dan memartabatkan sejarah mitos rakyat Kelantan berkaitan kemasyuran kepahlawanan Pendekar Awang Selamat yang seiring dengan mitos lagenda Puteri Saadong yang berkait rapat dengan susur galur pemerintahan negeri Kelantan. Kedua, dalam menghimpunkan peminat-peminat sejarah terutamanya mitos rakyat negeri Kelantan, termasyhur suatu ketika dahulu Pendekar Awang Selamat sebagai hulubalang pada tuanku Puteri Saadong.

Ketiga, adalah menerapkan nilai-nilai baik pekerti kepada ahli-ahli iaitu apa yang ada pada mitos Pendekar Awang Selamat dari segi kepahlawanan, jasmaninya dan nilai terbaik zaman dahulu kala diterap masuk ke era masa kini. Kemmpat, menarik minat golongan muda/belia yang berpeleseran terutamanya dalam

Kelantan Pelopor Sukan Patuh Syariah(Siri1)

oleh Che Maziah Mat

JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 2019 JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 20196 76 7

Page 8: BIL-61 JANUARI - MAC 2019upknkelantan.com/download/fajar_islam_januari_mac2019.pdfMengekang Gejala Sosial dan Aktiviti Maksiat Fokus ketiga pula ialah menangani gejala sosial dan aktiviti

memberi pendedahan aktiviti-aktiviti sihat di samping menanam minat mendalam kepada nilai sejarah mitos rakyat Kelantan. Terakhir adalah sebagai pemangkin utama dalam menghimpunkan kumpulan berkaitan dengan keistimewaan Pendekar Awang Selamat seperti dengan faktor kegagahan mereka yang terlibat dengan gymnasium dan sukan angkat berat manakala dengan kehandalan persilatan berkaitan dengan mereka yang terlibat dalam seni mempertahankan diri.

Misi dan visi utama PASAK ialah, untuk mengurangkan gejala tidak sihat serta kehidupan berpeleseran remaja di kalangan muda-mudi masa kini. Jika kita perhatikan sejak kebelakangan ini, statistik pihak berkuasa menunjukkan pembabitan remaja Kelantan masa kini dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melakukan perkara-perkara di luar batasan undang-undang seperti kesalahan lalu lintas, rempit, berfoya-foya, merokok dan lain-lain semakin menjadi-jadi sehingga ke tahap membimbangkan. Pelbagai pihak telah pun meuar-uarkan masalah remaja masa kini, tetapi yang pastinya kita perlu menterjemahkan kepada bentuk tindakan. Oleh kerana itu, PASAK terpanggil untuk membantu mengurangkan kadar kesalahan tingkah laku remaja masa kini dan sebagai orang tengah ataupun mentor untuk mengawal golongan ini.

Format mentor ini seterusnya akan digunakan sebagai pendekatan Presiden kepada Exco Tertinggi dan seterusnya kepada AJK tertinggi yang dilantik. Mengguna pakai pendekatan PASAK iaitu pertubuhan untuk remaja, ahli-ahli dari kalangan remaja , program untuk remaja dan dipimpin oleh remaja terutamanya golongan senior sebagai pemudah cara. Bagi memberi pendedahan dari segi maklumat sebenar iaitu secara tidak langsung tentang tertubuhnya PASAK (Fungsi serta Gerakan). Selain menarik minat mereka khususnya golongan remaja yang berminat kepada sejarah dan mitos kenegerian melayu Kelantan.

Mengadakan aktiviti-aktiviti berkaitan minat golongan muda masa kini seperti penganjuran Cabaran Bina Badan Cantik Mr. Awang Selamat Patuh Syariah. Program ini selalunya mendapat sambutan di luar jangkaan. Cabaran Mr. Awang Selamat adalah jolokan kepada suatu nama baru dalam dunia sukan bina badan patuh syariat,dan hanya ada di Negeri Kelantan sahaja dan belum lagi di buat di negeri-negeri lain di Malaysia. Cara berpakaian mestilah menutup aurat dengan berseluar di bawah paras lutut dan pusat yang tertutup dengan kain ala pakaian pendekar Awang Selamat yang perkasa suatu ketika dahulu. Walaupun begitu,

terdapat sesetengan pihak yang tidak bertanggungjawab pernah mencetuskan kontroversi terhadap penganjuran tersebut di media sosial walaupun menampilkan konsep ‘patuh syariah’ dalam aspek menutup aurat peserta. Kini cabaran Mr Awang Selamat bakal dipertingkatkan dari segi penganjuran dan hadiah memandangkan sambutan peserta sangat menggalakkan.

Lambang PASAK dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk iaitu corak luaran serta dalaman. Bentuk luaran iaitu perisai yang berbentuk kepala anak panah menghala ke bawah melambangkan simbolik momentum pemasangan PASAK di bumi Kelantan. Bagi tujuan melindungi warisan lelaki Kelantan yang gagah perkasa dan setia pada negara, bangsa dan agama selari dengan legasi Awang Selamat iaitu hulubalang Melayu Kelantan. Manakala corak dalaman pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu tersusun secara menegak dalam perisai tersebut. Manakala bahagian atas iaitu tulisan khat jawi PASAK menunjukkan penegasan PASAK dalam mengharmonikan seni dan aktiviti dengan syariat islam. Tulisan rumi PASAK ditulis dengan semua huruf besar menunjukkan akronim untuk PERTUBUHAN AWANG SELAMAT ANAK KELANTAN. Pada bahagian A yang menunjukkan singkatan “ANAK” pada tulisan PASAK itu ditulis dengan membentuk SHILOUETTE hulubalang Melayu yang juga membawa maksud anak-anak warisan Awang Selamat.

Manakala bahagian bawah, logo bendera Kelantan

JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 2019 JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 20198 98 9

Page 9: BIL-61 JANUARI - MAC 2019upknkelantan.com/download/fajar_islam_januari_mac2019.pdfMengekang Gejala Sosial dan Aktiviti Maksiat Fokus ketiga pula ialah menangani gejala sosial dan aktiviti

berada di bucu mata bawah perisai bermakna PASAK mula terpasak di negeri Kelantan iaitu bermula kecil di bawah dan mengembang hebat ke atas. Kombinasi warna iaitu merah sebagai warna latar belakang perisai PASAK. Warna putih pada setiap tulisan dan simbol. Warna simbolik bendera Kelantan mengambarkan kesucian dan keberanian ahli dalam menjaga warisan Awang Selamat dan bumi Kelantan.

Selain berkolaboratif bersama syarikat swasta iaitu “Rakan Pertubuhan Awang Selamat Anak Kelantan @ Rakan PASAK” dalam menjayakan latihan jasmani iaitu bersama syarikat New Fort Xtreme Sport Resources dalam rangkaian gimnasium New Fort Gym. Secara tidak langsung memberi kemudahan kepada ahli-ahli PASAK untuk beriadah. Di antara kemudahan yang disediakan untuk ahli-ahli seperti pusat latihan gimnasium di setiap bandar Pasir pekan, Pasir Mas, dan juga Rantau Panjang.

Pertubuhan bersekutu paling kuat bersama PASAK adalah Persatuan Silat Goyang Malaysia Cawangan Kelantan. Kesimpulannya, gejala berpeleseran yang tidak

berfaedah di kalangan remaja masa kini amatlah membimbangkan. Gejala negatif ini menular seterusnya berkaitan dengan perkara-perkara yang kurang baik seperti penyalah gunaan dadah, ubat batuk, pil khayal, pergaulan bebas serta lain-lain. Jadi, secara tidak langsung PASAK terpanggil dalam menunaikan kewajipan sosial khususnya selain menerap dan mempertahankan nilai-nilai sejarah kenegerian amnya. Segala bentuk program adalah satu usaha berterusan dan bermatlamat supaya boleh diperkembangkan ke peringkat akar umbi anak-anak muda bagi mengurangkan gejala negatif masa kini di kalangan semua peringkat umur amnya dan remaja khususnya.

JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 2019 JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 20198 98 9

Page 10: BIL-61 JANUARI - MAC 2019upknkelantan.com/download/fajar_islam_januari_mac2019.pdfMengekang Gejala Sosial dan Aktiviti Maksiat Fokus ketiga pula ialah menangani gejala sosial dan aktiviti

Buku Ruqyah Syar’iyyah tulisan Syaikh Abu Al-Barra’ Usamah bin Yasin Ma’ani adalah sebuah buku yang lengkap dengan kaedah-kaedah rawatan Islam.

Buku ini telah mendedahkan tentang pelbagai penyimpangan dalam masalah akidah berkaitan ruqyah syar’iyyah yang terjadi pada sebahagian kaum muslimin.

Modul Daurah Ruqyah Syar’iyyah bersama Syaikh Abu al-Barra’ terbahagi kepada 4 bab telah disusun dan diterjemahkan oleh pasukan Ruqyah Learning Center Indonesia ini memberi sumbangan sangat besar kepada para Peruqyah Syar’iyyah seluruhnya pada era ini.

Ruqyah Syar’iyyah telah dijadikan panduan yang memandu para peruqyah ke arah jalan yang lurus dalam memahami dan mengimplementasikan amalan ruqyah dalam kehidupan. Oleh itu, beberapa usaha telah

dilakukan untuk mengarahkannya sehingga

muncullah buku-buku ruqyah yang merujuk kepadanya. Apa lagi setelah dakwah ruqyah ini telah diterima oleh masyarakat luas secara terbuka.

Kini, bahan bacaan berkaitan ruqyah syar’iyyah, sudah banyak diterjemahkan dan dapat dinikmati secara bebas oleh siapa sahaja. Buku Daurah Ruqyah Syar’iyyah bersama Syaikh Abu al-Barra’ adalah sebahagian daripada usaha untuk lebih menyebarkan tentang ruqyah syar’iyyah tersebut.

Bahagian pertama menyentuh tentang perkara-perkara penting yang wajib diketahui berkaitan ruqyah syar’iyyah. Bahagian dua menghuraikan tentang kaedah-kaedah ideal Peruqyah untuk terapi dengan ruqyah syar’iyyah.

Manakala bahagian tiga menjelaskan tentang definisi sihir dan kaedah perawatannya. Bahagian empat pula adalah penjelasan mengenai permasalahan ‘ain dan hasad.

Tujuan penyelenggaraan buku ini adalah dalam usaha membersihkan segala penyimpangan dalam masalah akidah mengenai ruqyah syar’iyyah yang terjadi pada segelintir kaum muslimin.

Asas utama dalam menjalankan ruqyah ialah berusaha meluruskan kembali kesesatan yang dialami oleh peruqyah, khususnya tentang pandangan fizikal.

Penjelasan secara umum terhadap perubatan yang dilakukan oleh para tukang sihir, peramal, dukun dan peminta bantuan jin, dianggap ruqyah. Perundangan syari’e melihat bahaya aspek ini terhadap individu, keluarga dan masyarakat Islam lalu menjelaskan uslub dan wasilah-wasilah yang benar dalam ruqyah syar’iyyah yang berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta qias.

Selama daurah ini, peserta akan mendengar istilah yang akan sering diulang-ulang, yakni istilah “ruh-ruh jahat”. Makna daripada istilah tersebut juga digunakan oleh sebahagian ulamak terkemuka, seperti Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya “Majmu’ al-Fatawa,” dan Ibnul Qayyim dalam “Zaad al-Ma’ad”.

Ulasan Buku RUQYAH SYAR’ÍYYAH PANDUAN PERUKYAH ISLAMIK Oleh Nik Azman Nik Mustafa

JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 2019 JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 201910 1110 11

Page 11: BIL-61 JANUARI - MAC 2019upknkelantan.com/download/fajar_islam_januari_mac2019.pdfMengekang Gejala Sosial dan Aktiviti Maksiat Fokus ketiga pula ialah menangani gejala sosial dan aktiviti

Kelantan memiliki nilai sejarah yang cukup tinggi diwarisi daripada generasi terdahulu khususnya dari aspek geografi dan budaya yang unik.

Negeri berlokasi di pantai timur Semenanjung Malaysia ini terkenal dengan kawasan hutan yang malar hijau, tanah tinggi peranginan, pergunungan batu kapur, bandar, tasik, sungai dan pantai yang berpotensi dimajukan serta ada yang sudah mendapat pengiktirafan peringkat nasional dan antarabangsa.

Selain agensi khusus Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan bidang Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Warisan, peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga cukup penting dalam mengenalpasti produk-produk warisan untuk dijadikan tarikan pelancong.

Usaha daripada pihak Kerajaan Negeri melalui agensi kerajaan berkaitan masih kurang terutamanya usaha mengenalpasti dan memulihara daerah Tumpat dan Kuala Krai yang menyimpan khazanah silam yang kaya dengan kisah-kisah sejarah masih belum dilakukan penyelidikan secara ilmiah dan bersungguh-sungguh sehingga banyak perkara

berkaitan sejarah dan warisan kita terlepas pandang.Contohnya, lokasi tenggelamnya istana Empayar

Kerajaan Chermin Jiddah di dasar danau Tok Uban, Pasir Mas berdekatan masjid Sultan Brunei atau pun rumah gedang kayu cengal tanpa sepucuk paku berhadapan Stesen Keretapi Pasir Mas yang menjadi pusat cetak wang Pokok Pisang pada era pendudukan Jepun di Kelantan masih belum digazetkan sebagai aset warisan sejarah negeri. Bayangkan kebanjiran pelancong Jepun ke tempat ini untuk melihat sendiri bagaimana datuk atau moyang mereka pernah menginap di rumah pusaka Melayu untuk menjalakan aktiviti percetakan wang yang digunakan oleh masyarakat tempatan ketika era pemerintahan negara matahari terbit itu pada sekitar tahun 1940-an.

Termasuklah penempatan asal penduduk, pusat pengajian tradisional, bangunan-bangunan bersejarah, sungai dan pelabuhan, dipercayai boleh dimajukan untuk muncul sebagai sumber produk pelancongan yang menarik dan menguntungkan pihak kerajaan dan rakyat Kelantan khususnya dan orang ramai amnya.

Pendekatan negara jiran, Thailand dan Indonesia

MUAFAKAT MAJUKAN TAPAK WARISAN NEGERI Oleh Nik Azman Nik Mustafa

Rumah Kelantan di Pulau Panjang, Kuala Besar Kota Bharu

JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 2019 JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 201910 1110 11

Page 12: BIL-61 JANUARI - MAC 2019upknkelantan.com/download/fajar_islam_januari_mac2019.pdfMengekang Gejala Sosial dan Aktiviti Maksiat Fokus ketiga pula ialah menangani gejala sosial dan aktiviti

Pelancongan Dunia, pelancongan di Mesir menyaksikan perkembangan paling pantas di Afrika Utara dengan kadar pertumbuhan 16.5 peratus, jauh di atas kadar purata 3.9 peratus. (Daily News Egypt, 2018).

Demikian juga di Kelantan, banyak tapak-tapak warisan di kebanyakan jajahan belum diterokai dan ada yang masih dalam penyelidikan. Kelak ia berpotensi dibangunkan dan seterusnya dipromosikan untuk dikunjungi dan dikenali lebih dekat oleh pelancong dalam dan luar negara.

Oleh itu, permuafakatan dan kerjasama antara pihak Kerajaan Negeri dengan pihak IPTA/IPTS dan badan-badan NGO khususnya Persatuan Sejarah, Kebudayaan dan Pelancongan hendaklah dipertingkatkan lagi. Sementara itu usaha yang berterusan hendaklah sentiasa diadakan bagi mencari kaedah yang lebih baik dalam membangunkan tapak-tapak warisan ini.

wajar dicontohi di mana mereka telah berusaha memulihara tapak-tapak warisan yang bukan sekadar untuk dipersembahkan kepada generasi kemudian, sebaliknya, dipromosikan secara meluas untuk tarikan industri pelancongan.

Mutakhir, tarikan utama pelancongan bukan lagi barang-barang kraftangan, tempat-tempat peranginan, produk-produk makanan, tetapi yang menjadi pilihan utama pelancong dunia adalah melawat tapak-tapak warisan dunia untuk mengetahui sejarah asal usulnya secara dekat dan terperinci.

Naluri manusia sentiasa berubah, selain manusia berdepan dengan cabaran perkembangan sains dan teknologi, manusia juga berdepan dengan nilai identiti dan jatidiri.

Dua kualiti diri tersebut melibatkan tampang fizikal dan aspek dalaman yang berkait rapat dengan personaliti, keturunan dan asal-usul sesuatu bangsa atau etnik. Bangsa yang kuat mengagungkan sejarah akan menjadi bangsa berjati diri kental kerana mereka kenal dan hargai sejarah bangsa mereka.

Mesir dan India terkenal dengan sejarah bangsanya telah mengambil peluang seluas-luasnya memajukan tapak-tapak warisan untuk dijadikan produk tarikan pelancong. Ternyata kedua-dua negara tersebut berjaya dalam usaha membangunkan tapak-tapak warisan dengan mencatat kadar kunjungan pelancong yang tinggi pada setiap tahun.

Buktinya, Menteri Pelancongan Mesir, Rania Al-Mashat mengakui pasaran Arab menyumbang 30 peratus daripada pasaran pelancongan yang penting bagi Mesir. Menurutnya, Saudi Arabia muncul pasaran teratas bagi negara yang terkenal dengan sejarah silam itu dan berdasarkan laporan Majlis

JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 2019 JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 201912 1312 13

Page 13: BIL-61 JANUARI - MAC 2019upknkelantan.com/download/fajar_islam_januari_mac2019.pdfMengekang Gejala Sosial dan Aktiviti Maksiat Fokus ketiga pula ialah menangani gejala sosial dan aktiviti

KESULTANAN PATTANI: PEMBANGUN TAMADUN ILMU NUSANTARAoleh Mohd Fadli Ghani

Pattani Darussalam adalah antara negeri Melayu yang mempunyai sejarah paling awal di Nusantara. Kemunculan kerajaan Langkasuka sejak tahun 200M, dikatakan kebanyakan sarjana berlokasi di Pattani hari ini. Beberapa sarjana terkemuka seperti Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, D.G.E Hall, Paul Wheatly dan John Braddle antara yang mengatakan bahawa Pattani adalah tapak kerajaan Melayu Langkasuka, di mana Jering dan Pujud adalah pusat kerajaannya.

Dalam sejarah Majapahit dirakamkan oleh babad Negara kertagama, telah mengatakan bahawa ketika Majapahit melanda Langkasuka pada Abad ke-14M, ibukota Langkasuka terletak di Djere (Jering). Sebelum beragama Hindu, Langkasuka pernah beragama Buddha kerana mereka dikuasai oleh Sriwijaya sejak 775M, di mana kesan-kesan agama Buddha masih terdapat di Yala sehingga kini. Bahkan, ketika negeri-negeri Melayu di utara (dari Ligor hingga Retchburi) dijajah oleh Siam Ayuttaya, Pattani mempunyai kedudukan setaraf dengan empayar Siam itu - sebagai negeri yang merdeka.

Beberapa pengkaji turut mengaitkan wilayah Pattani ini dengan kerajaan Melayu lama seperti Jawadwipa, Sampugita, Jawaka dan Melayur (kerajaan-kerajaan besar yang tercatat namanya pada prasasti-prasasti serta catatan China, Arab dan India), tetapi belum ada kajian yang serius untuk membongkarnya. Mewarisi kegemilangan ini, Pattani menjadi satu kuasa politik yang penting, khususnya di Semenanjung Tanah Melayu dan penguasaannya ke atas perdagangan di Laut China Selatan.

Sejarah hebat ini, merekodkan Pattani mula menerima Islam sejak Abad ke-13M, kemudian bangkit menjadi sebuah kuasa politik Islam penting di kawasan utara dari abad ke-16M hingga abad ke-18M. Dua ciri utama kerajaan Islam di Pattani ialah peranan para ulama’ yang begitu menonjol dalam pentadbiran kerajaan, dan kemudian para ulama’ Pattani juga menjadi pemacu tamadun Melayu menerusi kegiatan keilmuan yang terbesar di

Nusantara, menggantikan Aceh (Perlak, Samudera-Pasai dan Aceh Darussalam).

Pattani dianggap sebagai Serambi Mekah dalam keilmuan Islam pada abad ke-16M hingga abad ke-19M. Fungsi keilmuan inilah Pattani mencipta nama sebagai sebuah kuasa politik Melayu terpenting di Nusantara.

Namun begitu, faktor itu jugalah yang menimbulkan kecemburuan besar kuasa-kuasa politik bukan Islam, menyebabkan berlakunya konspirasi di antara kerajaan Buddha Siam dan kuasa-kuasa penjajah Barat, akhirnya menghancurkan Pattani bermula dengan perang Musuh Pattani pada 1786M. Ulama’ besar Pattani, Sheikh Wan Ahmad Mohamad Zain al-Fathani menukarkan nama “Petani” yang bermaksud fitnah atau ujian, kepada “Fathani” yang bermaksud bijaksana, yang hari ini dieja dengan sebutan Siam sebagai “Pattani.”

Islam di Pattani: Kekeliruan yang belum dirungkaiPeranan Pattani terhadap perkembangan keilmuan

Islam terutama selepas abad ke-16M memang tidak dapat ditolak, tetapi yang masih menjadi persoalan ialah bilakah Islam mulai masuk ke Pattani. Kebanyakan pengkaji mengambil tahun pengIslaman Raja Phya Tu Nakpa atau Raja Anthira Wangsa sebagai permulaan masuknya Islam ke wilayah bekas Langkasuka itu. Namun, ia telah dipersoalkan oleh beberapa fakta lain yang menunjukkan kemungkinan Islam telah tiba lebih awal dari tahun 1457M.

Sehingga kini, belum ada satu kajian atau catatan yang membuktikan secara konkrit tentang hal tersebut. Salah satu faktornya ialah kerana banyak maklumat sejarah Pattani telah musnah akibat konspirasi penjajah Siam dan Inggeris sejak tercetusnya musuh Pattani pada 1786M. Beberapa perkara yang perlu diberikan pertimbangan dalam soal ini, antaranya:

I. Kedatangan pendakwah dari Arab sejak zaman Khulafa ar-Rasyidin

Berdasarkan satu sumber yang dikenali sebagai

JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 2019 JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 201912 1312 13

Page 14: BIL-61 JANUARI - MAC 2019upknkelantan.com/download/fajar_islam_januari_mac2019.pdfMengekang Gejala Sosial dan Aktiviti Maksiat Fokus ketiga pula ialah menangani gejala sosial dan aktiviti

“Bingkisan Anak Bani Jawi,” Pattani dikatakan telah didatangi oleh pendakwah Islam seawal 658M, iaitu pada zaman Khulafa ar-Rasyidin (632-662M) apabila Sheikh Abdul Samad dari negeri Rom telah datang ke Pattani untuk mengajar orang Melayu membuat bedil. Ini menunjukkan bahawa Islam telah tiba di Pattani pada pertengahan abad ketujuh Masehi.

Tidak ada sebarang bukti agama Islam telah disebarkan ketika ini. Ia adalah relevan jika dibandingkan dengan kedatangan Islam di Aceh, iaitu ketika kehadiran Sheikh Rukunuddin yang dikirim oleh Rasulullah SAW pada 628M, kedatangan Saidina Saad Abi Waqqas ke Guangzhou (Canton) pada 651M, iaitu pada zaman Saidina Othman bin Affan (644-656M) dan juga penemuan batu nisan Sheikh Mukaidin di Barus, Aceh yang bertarikh 670M.

II. Islam dari China dan bukti prasastisalah satu data penting tentang kedatangan Islam di

Pattani ialah kedudukan Pattani yang mengadap Laut China Selatan, iaitu wilayah yang menjadi tumpuan pelarian Islam dari Canton dalam rusuhan pada 877M. Mana menurut Syed Naquib al-Attas, para pedagang Arab dan Parsi di Canton telah berhijrah ke Nusantara. Q.S Fatimi ketika menghujahkan tentang kedatangan Islam dari China menyebutkan kedudukan batu-batu nisan di Pahang (1028M), Champa (1039M), Brunei (1048M) dan Leran, Jawa (1082M). Ini menunjukkan pelabuhan dan kerajaan sepanjang Laut China Selatan, termasuk Langkasuka (baca: Pattani) menjadi tumpuan mereka.

III. Kewujudan kerajaan Islam sekitar PattaniKewujudan beberapa artifak seperti dinar emas

Kelantan dan Batu Bersurat Terengganu, serta kronikal Melayu seperti Hikayat Merong Mahawangsa telah membuktikan wujudnya kerajaan Islam di sekitar Pattani seperti Kedah (1136M), Kelantan (1181M) dan Terengganu (1303M) sebelum abad ke-13M. Dikelilingi oleh kerajaan-kerajaan Islam ini, menunjukkan Islam telah bertapak kukuh di sekeliling Pattani sejak abad ke-12M lagi. Berkemungkinan besar Pattani telah menerima Islam ketika ini, seperti mana Kedah, Kelantan dan Terengganu. PengIslaman Raja Jawaka, sebuah kerajaan pecahan Langkasuka yang berpusat di Pattani sekitar 1253M adalah melengkapkan rangkaian ini.

IV. Islamnya Raja JawakaKewujudan kerajaan-kerajaan Melayu lama di selatan

Segenting Kra telah dicatat dalam pelbagai prasasti dan

juga kronikal Melayu, selain catatan China, India dan Arab. Antaranya termasuklah Langkasuka, Sampugita, Jawaka Dan Malayur, yang secara relatifnya berpusat di kawasan Pattani. Raja Jawaka, Raja Sakranta (1253-1267M) dikatakan beragama Islam dengan nama Raja Zainuddin, manakala puteranya, Raja Sang Tawal (1267-1318M) yang terkenal itu memakai nama Raja Abdullah sebagai nama Islamnya. Selepas tewas diserang Siam, mereka mendirikan kerajaan di Bukit Panau, Kelantan di mana putera Raja Sang Tawal, Raja Bharubasha (1335-1362M) yang bergelar Sultan Mahmud Shah adalah raja Kelantan pertama memakai gelaran sultan. Mereka adalah raja-raja Langkasuka menurut kebanyakan riwayat, termasuk oleh Mohamed Abdullah (Nakula).

V. Kedatangan ulama’-pendakwah sebelum abad ke-15M

Menurut Wan Mohd Saghir Abdullah, kehadiran ulama’-pendakwah ke Pattani berlaku lebih awal dari pengIslaman Phya Tu Nakpa pada 1453M. Sebagai contoh, dua ulama’ dari Pasai, Sheikh Safiyuddin al-Abbasi dan Sheikh Said Barsisa yang meng-Islamkan raja Pattani merupakan ulama’ sezaman dan bersahabat dengan Sheikh Gombak Abdul Mubin. Sedangkan Sheikh Gombak Abdul Mubin adalah anak kepada Sheikh Wan Abdul Jabbar, datuknya, Sheikh Wan Muhammad Arifin Shah adalah ulama’ pendakwah yang berdarah Arab dan bersaudara dengan Sheikh Muhammad Saman (Syed Thanauddin), iaitu adik kepada Syed Hussein Jamadil Kubra, ulamak-pendakwah yang tiba di Kelantan pada 1345M. Sheikh Wan Muhammad Arifin Shah terkenal dengan gelaran Tok Kelumpong di Pattani telah pun berdakwah di Pattani sejak pertengahan abad ke-14M, seabad lebih awal dari Islamnya Phya Tu Nakpa.

VI. Catatan de Eredia tentang Islam di PattaniSeorang pengkaji dan penjelajah Sepanyol, Emanuel

Godinho de Eredia yang melawat Pattani pada akhir abad ke-16M, telah mendakwa bahawa Pattani terlebih dahulu menerima Islam berbanding Melaka. Menurut catatan de Eredia yang bertarikh 24 November 1613M, “Agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW, buat pertama kalinya dianut oleh penduduk Melayu Pattani, kemudian baharulah diterima oleh Parameswara di Melaka...”

VII. Sejarah Melayu mengatakan ada sultan Melayu di Kota Mahligai sebelum pembukaan Pattani

Menurut Sejarah Melayu, Kota Mahligai adalah

JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 2019 JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 201914 1514 15

Page 15: BIL-61 JANUARI - MAC 2019upknkelantan.com/download/fajar_islam_januari_mac2019.pdfMengekang Gejala Sosial dan Aktiviti Maksiat Fokus ketiga pula ialah menangani gejala sosial dan aktiviti

sebuah kerajaan Islam yang diperintah oleh Sultan Sulaiman Shah. Kerajaan ini telah diserang oleh Raja Cau Seri Bangsa dari negeri Siam. Setelah berjaya membunuh Sultan Sulaiman Shah, Cau Seri Bangsa memeluk Islam dan berkuasa di Kota Mahligai. Setelah itu, Raja Cau Seri Bangsa telah berpindah dan membuka kerajaan di Pattani, serta diberikan gelaran sebagai Sultan Ahmad Shah oleh Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka. Catatan Tun Seri Lanang ini menunjukkan kerajaan Islam telah wujud lebih awal sebelum berdirinya kerajaan Pattani.

Kesultanan Pattani: beberapa persoalan yang masih diperdebat

Kedudukan Pattani turut menjadi persoalan para pengkaji tentang salasilah kesultanannya. Pertama, berkait dengan asal-usul keturunan sultan-sultan Pattani sebelum mereka memeluk Islam. Kedua, siapakah Raja Pattani yang pertama memeluk Islam dan apakah nama Islamnya?. Kepelbagaian versi mempunyai kaitan dengan kemusnahan sumber-sumber sejarah Pattani ekoran serangan Siam pada 1786M. Dari sudut kronik Melayu, enam kronik yang mencatat tentang sejarah awal Pattani iaitu Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Raja Langkasuka, Hikayat Pattani, Cetera Negeri Patani, Sejarah Melayu dan Tarikh Pattani. Namun, data-data yang bersimpang-siur telah menyulitkan pengkaji dalam memahami kedudukan sebenar asal-usul kerajaan Pattani.

Untuk perbincangan awal, ditinjau dahulu persoalan tentang siapakah Raja Pattani yang terawal memeluk Islam. Terdapat tiga versi utama dalam hal ini, iaitu:

I. Phya Tu Nakpa dan pengIslamannyaVersi pertama mengatakan bahawa pengasas Pattani

ialah Raja Phya Tu Nakpa yang membuka kerajaan Pattani sekitar pertengahan abad ke-15M setelah memindahkan kerajaan dari Kota Mahligai. Kemudian baginda di-Islamkan oleh Sheikh Said Barsisa sekitar 1457M. Baginda bergelar Sultan Ismail Shah. Versi ini adalah berdasarkan Hikayat Pattani. Keturunan Raja Phya Tu Nakpalah yang membentuk dinasti raja-raja Islam di Pattani sehingga zaman Raja Kuning (1635-1649M).

II. Raja Anthira Wangsa: Adakah pengasas kesultanan Pattani?.

Versi kedua, menurut Cetera Negeri Patani,

mengatakan kerajaan Pattani dibuka oleh putera Raja Seri Wangsa, iaitu Raja Anthira Wangsa (Indera Wangsa) yang berpindah dari Kota Mahligai. Setelah mengasaskan kerajaan Pattani, Raja Anthira Wangsa telah diIslamkan oleh Sheikh Syafiyuddin dan bergelar Sultan Muhammad Shah, iaitu bapa kepada dinasti raja-raja Islam di Pattani yang berakhir dengan Raja Kuning (1635-1649M).

III. Versi Sejarah Melayu: Anak Raja Siam, Cau Seri Bangsa membuka negeri

Tun Seri Lanang dalam Silalatus Salatin (Sejarah Melayu) mengisahkan pembukaan negeri Pattani bermula dari tindakan seorang putera raja Siam, Cau Seri Bangsa menyerang Kota Mahligai yang diperintah oleh seorang raja Islam, Sultan Sulaiman Shah. Baginda bersumpah akan memeluk Islam jika berjaya menguasai Kota Mahligai. Setelah menguasai Kota Mahligai, baginda pun masuk Islam. Kemudian baginda berpindah membuka negeri di Pattani, sebelum mendapatkan daulat dari Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah. Sultan Melaka menamakan Raja Cau Seri Bangsa sebagai Sultan Ahmad Shah di atas nasihat Kadi Munawar.

IV. Versi keempat: Jalan keluar?Sesetengah pengkaji mengatakan bahawa raja-

raja Pattani adalah dari keturunan Raja Seriwijaya, Raja Jayawangsa yang memerintah sejak 750M. Hasil perkahwinan baginda dengan puteri Kedah dari keturunan Merong Mahawangsa, telah lahir Seri Wangsa yang dirajakan di Langkasuka Timur (Chaya). Putera Raja Seri Wangsa ini bernama Anthira Wangsa atau Indera Wangsa. Baginda yang memindahkan kerajaan dari Kota Mahligai ke Pattani sebelum membentuk Dinasti Seri Wangsa yang memerintah sehingga 1649M. Raja Anthira Wangsa dikatakan menurunkan generasi raja-raja Pattani selepasnya iaitu puteranya, Raja Andhiradha Wangsa dan cucundanya, Raja Andhiradha Seri Wangsa yang memerintah Pattani. Dari keturunan mereka lahirnya Phya Tu Nakpa sebagai Raja Pattani pada abad ke-15M. Menurut Hikayat Pattani, Phya Tu Nakpa atau nama asalnya Phya Tu Antara adalah putera raja yang berkerajaan di Kota Mahligai, Phya Tu Kerub Mahajana. Phya Tu Nakpa membuka Pattani dan di-Islamkan oleh Sheikh Said Barsisa dari Pasai.

JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 2019 JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 201914 1514 15

Page 16: BIL-61 JANUARI - MAC 2019upknkelantan.com/download/fajar_islam_januari_mac2019.pdfMengekang Gejala Sosial dan Aktiviti Maksiat Fokus ketiga pula ialah menangani gejala sosial dan aktiviti

PENGURUSAN IHTIRAFITUNJANG KESEJAHTERAAN

“Menjadikan para penjawat awam negeri bekerja dengan penuh

kecemerlangan dalam memastikan pembangunan negeri

berjalan dengan baik sesuai dengan tuntutan syarak”

JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 2019 JAMADILAWAL-REJAB 1440H |JANUARI-MAC 201916 PB16 PB