BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN … Penyenggaraan Lebuhraya.pdf · sisa-sisa pepejal di...

download BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN … Penyenggaraan Lebuhraya.pdf · sisa-sisa pepejal di „sump‟ daripada memasuki ... seperti kecurian melalui penggunaan “Garis Panduan

If you can't read please download the document

Transcript of BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN … Penyenggaraan Lebuhraya.pdf · sisa-sisa pepejal di...

  • LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PEMANTAUAN TERHADAP PENYENGGARAAN LEBUHRAYA OLEH SYARIKAT KONSESI

    1

    BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS

    1 2/2015 PEMANTAUAN

    TERHADAP

    PENYENGGARAAN

    LEBUHRAYA OLEH

    SYARIKAT

    KONSESI

    Penyenggaraan

    Kamera Litar

    Tertutup (CCTV)

    Sebanyak 17 unit daripada 128

    CCTV di Pusat Pengurusan Dan

    Kawalan Trafik tidak berfungsi

    antaranya disebabkan kerja menaik

    taraf dan kerosakan akibat kejadian

    vandalism.

    Ketidakfungsian CCTV ini adalah disebabkan

    oleh kes vandalisme dan kerosakan sistem.

    Syarikat konsesi telah melaksanakan pembaikan

    ke atas kesemua CCTV tersebut. Untuk

    makluman, CCTV adalah bertujuan untuk

    memantau keadaan trafik di lebuhraya sahaja.

    Tarikh dikemaskini 21-11-2016

    2 Penyenggaraan

    Dan

    Pemotongan

    Rumput Secara

    Rutin Kurang

    Memuaskan

    Rumput tidak dipotong dan

    dibiarkan panjang melebihi 1 kaki di

    Lebuhraya SILK

    Kerja pemotongan rumput merupakan kerja rutin

    yang dilaksanakan di dalam kitaran yang tertentu

    mengikut keperluan dan berdasarkan garis

    panduan yang ditetapkan oleh Lembaga

    Lebuhraya Malaysia. Kitaran yang telah

    ditetapkan adalah di antara 2 minggu sehingga 6

    bulan, bergantung kepada lokasi. LLM sentiasa

    memantau perkara ini melalui Sistem HAQS.

    Tarikh dikemaskini 21-11-2016

    3 Penyenggaraan

    Saliran Air

    Terdapat penutup longkang

    mendatar di R&R Temerloh Timur

    yang rosak, tidak mengikut saiz dan

    diganti dengan penutup baru yang

    bersesuaian di LPT1 dan SDE

    ketika Lawatan Audit pada 4 Mei

    Sistem saliran dan longkang di reka bentuk

    dengan perangkap sampah bagi memerangkap

    sisa-sisa pepejal di sump daripada memasuki

    saliran atau sungai yang lebih besar di mana

    hujan yang lebat akan mengalirkan sampah

    masuk ke dalam sistem saliran. Konsep auditan

  • LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PEMANTAUAN TERHADAP PENYENGGARAAN LEBUHRAYA OLEH SYARIKAT KONSESI

    2

    BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS

    2016.

    yang digunakan di mana setiap bulan LLM akan

    membuat auditan secara rawak di tapak.

    Tanggungjawab syarikat konsesi adalah bagi

    memastikan lebuhraya sentiasa di dalam

    keadaan sempurna.

    Tarikh dikemaskini 21-11-2016

    4 Penyenggaraan

    Landskap Tidak

    Diuruskan

    Dengan Baik

    Lawatan Audit ke R&R Gambang

    Timur pada 5 Mei 2016 mendapati

    akar pokok tua yang menjalar telah

    memecahkan struktur longkang dan

    parit. Selain itu, lawatan Audit ke

    Hentian Sebelah Puchong pada 28

    April 2016 mendapati kabel lampu

    taman tidak dibaiki.

    Akar pokok tua yang menjalar telah

    memecahkan struktur longkang dan

    parit di R&R Gambang Timur telah

    dibaiki pada 4 Ogos 2016.

    Manakala kabel lampu taman di

    Hentian Sebelah Puchong telah

    dibaiki pada 29 Ogos 2016.

    Kerja-kerja landskap merupakan kerja-kerja

    penyenggaraan rutin yang dilaksanakan oleh

    syarikat konsesi dan mempunyai tempoh kitaran

    bulanan. Pihak LLM meminta syarikat konsesi

    untuk melaporkan prestasi kontraktor di dalam

    laporan penyenggaraan yang dikemukakan.

    Tarikh dikemaskini 21-11-2016

  • LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PEMANTAUAN TERHADAP PENYENGGARAAN LEBUHRAYA OLEH SYARIKAT KONSESI

    3

    BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS

    5 Pembersihan

    Permukaan

    Jalan Dan

    Persekitarannya

    Pemeriksaan Audit mendapati sisa

    tanah dari kerja binaan jalan yang

    tidak dibersihkan di Lebuhraya

    LPT1. Ini boleh menyebabkan

    longkang tersumbat serta

    menjejaskan landskap.

    Kejadian adalah disebabkan oleh aliran air

    permukaan selepas hujan akibat daripada kerja

    pembaikan bahu jalan yang sedang

    dilaksanakan. Tindakan pembaikan telah

    dilaksanakan selepas siap kerja pembinaan.

    Tarikh dikemaskini 21-11-2016

    6 Kebersihan

    Sekitar Premis

    Kurang

    Memuaskan

    Perangkap lalat tidak disediakan

    dan peralatan dapur dibiarkan

    bersepah di tepi gerai di Lebuhraya

    SKVE dan LLB.

    Perangkap lalat telah disediakan di

    R&R SKVE dan peralatan dapur di

    R&R LLB telah dialihkan pada 4

    Ogos 2016.

    Kebersihan di sekitar premis adalah

    penyenggaraan rutin harian yang perlu

    dilaksanakan dari semasa ke semasa. Tahap

    kebersihan premis di R&R dipantau oleh

    Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa

    Tempatan. LLM akan memastikan syarikat

    konsesi mengkaji terlebih dahulu kesesuaian

    lokasi RSA yang baharu bagi memastikan

    keselesaan semua pihak. Syarikat konsesi perlu

    mematuhi garis panduan berkaitan sebelum RSA

    beroperasi.

    Tarikh dikemaskini 21-11-2016

    7 Kemudahan

    Tandas Tidak

    Disenggara

    Dengan Baik

    Peralatan tandas yang rosak

    antaranya disebabkan kejadian

    vandalisme belum diganti di

    Lebuhraya SKVE dan LLB.

    Penggunaan Hentian Sebelah yang sangat

    kurang oleh pengguna menyebabkan vandalisme

    ini mudah berlaku terutama kecurian bahan-

    bahan logam dan perkakasan sanitari.

  • LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PEMANTAUAN TERHADAP PENYENGGARAAN LEBUHRAYA OLEH SYARIKAT KONSESI

    4

    BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS

    Alat pengering tangan, bekas sabun

    dan penutup tandas yang rosak di

    R&R SKVE serta penutup bidet

    yang rosak di R&R LLB telah dibaiki

    pada 4 Ogos 2016.

    Perbincangan serta dialog juga telah diadakan

    bersama pihak PDRM Bukit Aman dan semua

    syarikat konsesi pada 18 hingga 19 Mei 2015.

    Perbincangan ini diadakan dari semasa ke

    semasa mengikut keperluan. LLM akan

    menambah baik senarai semak pemantauan

    sedia ada.

    Tarikh dikemaskini 21-11-2016

    8 Penyenggaraan

    Sistem

    Perparitan

    Sisa sampah, batu bata, pasir dan

    kelodak tidak dibersihkan dalam

    longkang di Lebuhraya LPT1, SDE

    dan PLUS.

    Longkang yang dipenuhi sisa

    sampah, batu bata, pasir dan

    berkelodak di Lebuhraya LPT1,

    SDE dan PLUS telah dibersihkan

    pada 4 Ogos 2016.

    Longgokan batu adalah berpunca daripada kerb

    dan tembok longkang yang dilanggar oleh

    kenderaan berat. Syarikat konsesi telah

    mengenal pasti kerosakan dan dalam tempoh

    pembaikan semasa sesi audit dijalankan. Selain

    itu, sump direka bentuk sebagai perangkap

    sampah atau mendapan tanah dan pasir.

    Penyenggaraan sump ini dilaksanakan secara

    berkala iaitu 4 bulan sekali.

    Tarikh dikemaskini 21-11-2016

    9 Penyenggaraan

    Aksesori

    Pemeriksaan fizikal mendapati

    peralatan dan kemudahan di taman

    permainan yang telah rosak dan

    usang di Lebuhraya LPT1 masih

    Penyediaan kemudahan permainan kanak-kanak

    di kawasan rehat dan rawat merupakan inisiatif

    syarikat konsesi dan tidak termasuk di dalam

    obligasi yang dinyatakan di dalam perjanjian

  • LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PEMANTAUAN TERHADAP PENYENGGARAAN LEBUHRAYA OLEH SYARIKAT KONSESI

    5

    BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS

    belum dibaiki serta membahayakan

    pengguna taman permainan.

    Kemudahan permainan telah dibaiki

    pada 4 Ogos 2016.

    konsesi. Kerosakan yang berlaku kepada

    kemudahan ini adalah disebabkan oleh kes

    vandalisme yang kerap berlaku dan pihak

    syarikat konsesi mengeluarkan kos yang banyak

    bagi membaik pulih peralatan berkenaan.

    Bagaimanapun, LLM sentiasa memantau

    kerosakan peralatan di kawasan rehat dan rawat

    lain dan akan memastikan syarikat konsesi

    menukar peralatan yang telah rosak dan usang

    supaya lebih selamat dan kemas. Pada masa

    akan datang, sekiranya ada penemuan

    kerosakan baru, taman permainan tersebut akan

    ditutup sementara sehingga kerja pembaikan

    dilaksanakan.

    Tarikh dikemaskini 21-11-2016

    10 Permukaan

    Jalan Perlu

    Dibaik Pulih

    Segera

    Terdapat jalan yang bertakung

    dengan air dan turapan pada jalan

    yang tinggi di Lebuhraya LPT1 dan

    SDE

    Status setakat 3 Mac 2017, Syarikat konsesi

    telah melaksanakan kerja pembaikan turapan

    (overlay) kerosakan di permukaan jalan yang

    berlubang (pothole) dan kerja-kerja

    penyenggaraan di bahu jalan. Selain itu, Sistem

    TEAMS (Tollroads Evaluation And Monitoring

    System) telah digunakan di mana syarikat

    konsesi perlu melaksanakan analisis Pavement

  • LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PEMANTAUAN TERHADAP PENYENGGARAAN LEBUHRAYA OLEH SYARIKAT KONSESI

    6

    BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS

    Condition Assessment (PCA) turapan secara

    network level dan project level setiap tahun. Kerja

    pembaikan dirancang berdasarkan hasil daripada

    laporan ini. Denda penalti kepada syarikat

    konsesi yang gagal mematuhi keperluan yang

    ditetapkan di dalam perjanjian konsesi telah

    dibuat bagi 7 perjanjian:

    (1) Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Banting-

    Taiping) (WCE)

    (2) Lebuhraya East Klang Valley Expressway

    (EKVE)

    (3) Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE)

    (4) Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH)

    (5) Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE)

    (6) Lebuhraya Putrajaya-KLIA (MEX 2)

    (7) Lebuhraya Sambungan Duta-Ulu Kelang

    (DUKE Ext)

    Tarikh dikemaskini 13-03-2017

    11 Kerosakan

    Struktur

    Terdapat kerosakan pada jejambat

    di Lebuhraya LLB iaitu struktur

    tanah yang mendap dan tidak stabil.

    Tanah yang mendap telah ditambak

    Bagi kes mendapan tanah di jejantas pejalan

    kaki, ia berlaku akibat lokasi jejantas ini berada di

    kawasan tanah coastal alluvium yang

    menyebabkan berlakunya pemendapan

    (differential settlement) dan ianya tidak

  • LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 2/2015 - PEMANTAUAN TERHADAP PENYENGGARAAN LEBUHRAYA OLEH SYARIKAT KONSESI

    7

    BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS

    pada 4 Ogos 2016 untuk

    mengurangkan mendapan.

    menjejaskan kestabilan struktur utama jejantas

    berkenaan serta tidak membahayakan pengguna.

    Tarikh dikemaskini 21-11-2016

    12 Kerosakan

    Kabel Lampu

    Jalan

    Lampu jalan mengalami kerosakan

    disebabkan kecurian kabel di LLB

    dan LDP. Kerosakan lampu jalan

    dan taman di LLB telah dibaiki pada

    4 Ogos 2016. Manakala kerosakan

    kabel di LDP telah dibaiki pada 29

    Julai 2016.

    Kerosakan lampu jalan akibat daripada perbuatan

    vandalisme merupakan isu yang kerap berlaku di

    lebuhraya. Kelewatan pembaikan kerosakan ini

    berpunca dari vandalisme. Bagaimanapun,

    Bahagian Mekanikal & Elektrik LLM telah

    mewujudkan satu kaedah pembinaan yang

    mampu untuk mengelakkan kejadian vandalisme

    seperti kecurian melalui penggunaan Garis

    Panduan Pengurusan Vandalisma Bagi Kerja

    Pepasangan Mekanikal & Elektrikal. Syarikat

    konsesi juga bekerjasama dengan PDRM, PBT

    dan menambah kekerapan rondaan terutama di

    kawasan yang cenderung vandalisme.

    Tarikh dikemaskini 21-11-2016