Ketiadaan Waktu & Realitas Takdir Tafsir Ilmiah Tentang Penciptaan. Indonesian. Bahasa Indonesia
BIL PERKARA MUKA SURAT PENGENALAN...
Transcript of BIL PERKARA MUKA SURAT PENGENALAN...
KUMPULAN D’LAKE
- 1 -
BIL PERKARA MUKA SURAT
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kumpulan 2
1.2 Borang Pengesahan Ketua Kumpulan 3
1.3 Ringkasan Eksekutif 5
BAB 2 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK
2.1 Kaitan Dengan Fungsi Utama Jabatan 6
2.2 Memenuhi Kehendak Pelanggan dan Stakeholder 7
2.3 Kaitan Dengan Keadaan Agenda Nasional 7
2.4 Kaitan Dengan Keadaan Dan Ekosistem Semasa 8
2.5 Pembuktian Melalui Analisis &Ujicuba 8
BAB 3 TINDAKAN PENYELESAIAN
3.1 Cadangan Penyelesaian 10
3.2 Pelan Tindakan Penyelesaian
a) Kaedah Analisa Jurang
b) Kaedah DesignThinking
10
11
3.3 Pelaksanan Tindakan Penyelesaian
a) Kaedah 5W 1H
b) Kaedah BlueOceanStrategy
c) Tindakan Ujicuba Prototaip
11
12
12
3.4 Perakuan Daripada Pihak Bertauliah 13
BAB 4 KEBERHASILAN PROJEK
4.1 Kesan Jangka Pendek 14
4.2 Nilai Tambah 14
4.3 Pembuktian Melalui Data dan Sumber Rasmi 14
BAB 5 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI
5.1 Tindakan Penyeragaman 16
5.2 Langkah-LangkahReplikasi dan Pengkomersilan 17
5.3 Kekangan Projek 19
LAMPIRAN 20
KUMPULAN D’LAKE
- 2 -
BAB 1
PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG KUMPULAN
Nama Kumpulan : D’Lake
Nama Organisasi& Alamat : Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah
Jalan Kota, 75560 Melaka
No Telefon & Faks : 06-284 2222 & 06-282 3848
Tarikh Kumpulan Ditubuhkan : November 2015
Bilangan Ahli : 10 orang
Nama Projek : Kesukaran Menimbulkan Cap Jari Oleh
Peralatan Sedia Ada
Tarikh Projek Dipersembahkan : Januari 2016
Tarikh Mula Projek : Januari 2016
Tempoh Pelaksanaan Projek : 6 bulan
Tarikh Siap Projek : Jun 2016
Tarikh Penambahbaikan Projek : Januari 2017
Bidang Projek : Inovasi Sosial
Kategori Projek : Kategori Penambahbaikan
Senarai Nama Ahli Kumpulan :
1) Puan Faridah bt Abdul Jalil @ Abas - Ketua Kumpulan
2) Insp. Norilawati bt Shahor - Penolong Ketua 1
3) Insp. Mohd AzmilAzwa bin AzmirAzwa - Penolong Ketua 2
4) SjnJunainah bt Hassiam - Ketua Grafik & IT
5) KplMasli bin Ali - Ketua Perhubungan Awam
6) L/KplAhmadFahmi bin Abd Karim - Ketua Rekaan Prototaip
7) L/KplAhmadSaifunizam bin AbdHamid - Teknikal dan Runner
8) En. Mohd Nazri bin Mohd Nor - Ketua Multimedia dan Montaj
9) En. Mohd Salleh bin Othman - Setiausaha
10) En. Rahmat bin Mohd - Bendahari
KUMPULAN D’LAKE
- 3 -
1.2 BORANG PENYERTAAN KUMPULAN
Borang penyertaan kumpulan telah mendapat pengesahan Ketua Jabatan pada15 Ogos 2017dan
telah dihantar kepada Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan), Ibu
Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman pada 17 Ogos 2017.
KUMPULAN D’LAKE
- 5 -
1.3 RINGKASAN EKSEKUTIF
- Suatu alat bernama Cyanowand D’Lake telah dicipta bagi menangani masalah kesukaran
menimbulkan cap jari oleh peralatan sedia ada. Projek ini telah dibentangkan di Konvensyen
Kumpulan Inovatif & Kreatif Peringkat PDRM pada Tahun 2016 dan telah berjaya merangkul
tempat pertama dalam Kategori Teknikal. Sehubungan dengan itu, kumpulan D’Lake akan
mewakili PDRM dalam Anugerah Konvesyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif, Kementerian
Dalam Negeri bagi Tahun 2017.
- Projek ini merupakan projek penambahbaikan peralatan sedia ada melalui penciptaan alat baru
yang menggunakan bahan utama dari alam semulajadi iaitu sekam padi dan bahan-bahan lain
yang jauh lebih murah dan mudah didapati. Antara bahan lain yang digunakan adalah soda
bikarbonat, superglue dan lain-lain lagi. Setelah proses ujicuba dilaksanakan, ternyata telah
memberikan keputusan yang positif dan cap jari yang terhasil adalah cap jari yang berkualiti
tinggi dan memberikan hasil yang sama baik dengan menggunakan peralatan yang mahal di
pasaran. Ini memudahkan proses analisis dilaksanakan di makmal.
- Dengan menggunakan CyanowandD’Lake, telah berlaku penjimatan dari segi kos dan masa.
Selain itu, hasil kerja, produktiviti dan proses kerja juga telah berjaya ditingkatkan yang mana
secara tidak langsung turut meningkatkan motivasi pekerja. Kesimpulannya, objektif projek untuk
memudahkan proses penimbulan cap jari di tempat yang sukar melalui penciptaan alat
Cyanowand D’Lake telah berjaya dicapai dengan jayanya.
KUMPULAN D’LAKE
- 6 -
BAB 2
SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK
2.1 KAITAN DENGAN FUNGSI UTAMA JABATAN
VISI DAN MISI PDRM PIAGAM PELANGGAN PDRM
VISI PDRM
Sebagai Peneraju Dalam Menjadikan Malaysia
Negara Selamat, Aman Dan Sejahtera.
MISI PDRM
Memberi Perkhidmatan Profesional dan Berkualiti
Dalam Melindungi Negara dan Menjamin
Persekitaran Yang Selamat Bagi Masyarakat
Memberi jawapan akuan terima dan
tindakan susulan yang akan diambil kepada
semua surat menyurat yang diterima secara
rasmi melalui pos/berdaftar/faks dan e-mel
dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari
tarikh penerimaan
Melayan dalam tempoh 15 belas minit
selepas mendapat nombor giliran
Bertindak atau berada di tempat kejadian
dalam tempoh 15 minit setelah menerima
maklumat kejadian
Memaklumkan status siasatan kepada
mangsa bagi:-
- perkembangan siasatan kes dalam tempoh
4 minggu dari tarikh laporan diterima
- keputusan kes dalam tempoh 2 minggu
selepas keputusan diperolehi
Menerima/melayan/menyiasat semua
Aduan Pelanggan yang diterima tanpa
prasangka dan maklumkan perkembangan
dalam tempoh 4 minggu dari tarikh aduan
diterima
- Signifikan pemilihan projek adalah dengan melihat hubungkait tajuk projek dengan organisasi.
Apabila masalah kesukaran menimbulkan cap jari ini berlaku, maka ini akan mengakibatkan
kertas pertuduhan (investigationpaper) lambat disiapkan dan akan menurunkan kadar peratusan
penyelesaian kes. Jabatan akan dianggap lambat dalam melakukan siasatan dan secara tidak
langsung persepsi masyarakat terhadap jabatan akan terjejas. Ini amatlah bercanggah dengan
Piagam Pelanggan PDRM yang berjanji ingin memberikan perkhidmatan berkualiti kepada
pelanggan iaitu akan memaklumkan status siasatan kepada mangsa/pengadu. (Pemakluman
perkembangan siasatan kes dalam tempoh 4 minggu dari tarikh laporan diterima dan
pemakluman keputusan kes dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diperolehi).
KUMPULAN D’LAKE
- 7 -
2.2 MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN DAN STAKEHOLDER
- Pelanggan iaitu masyarakat menerima perkhidmatan dari warga kerja PDRM dan jabatan
akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan visi dan misi PDRM tercapai iaitu menjadikan
Malaysia negara yang selamat, aman dan sejahtera dan menjamin persekitaran yang selamat.
- Sebarang kes yang dilaporkan kepada pihak polis, akan cuba disiasat dan diselesaikan
dengan secepat mungkin. Oleh itu, alat Cyanowand D’Lake yang dicipta ini merupakan salah satu
usaha dalam mempercepatkan proses kerja Pegawai Penyiasat dan Penolong Pegawai Penyiasat
agar dapat memenuhi kehendak pelanggan yang terlibat terutama dalam sekali kes-kes jenayah
yang melibatkan penggunaan cap jari. Contohnya seperti kes pecah rumah dan rompakan.
- Oleh itu, projek ini dibangunkan adalah untuk merealisasikan Piagam Pelanggan PDRM
dan untuk mencapai aspirasi PDRM di bawah peruntukan Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967 iaitu
mencegah dan mengesan penjenayah serta untuk memenuhi hasrat Pegawai Penyiasat dan
Penolong Pegawai Penyiasat yang mahukan suatu alat dicipta bagi membantu mereka
melaksanakan tugas dengan lebih efisien dan efektif. Oleh itu, apabila alat ini dicipta, semakin
cepat masa diambil untuk menjalankan siasatan dan semakin cepat juga masa diambil untuk
memaklumkan kepada orang awam status kes mereka. Sehubungan dengan itu, kepercayaan
masyarakat kepada jabatan akan meningkat dan nama baik serta reputasi PDRM akan dapat
dikekalkan.
- Penggunaan alat Cyanowand D’Lake ini ternyata akan dapat membantu berbanding
peralatan sedia ada kerana harganya yang jauh lebih murah dan boleh dibekalkan kepada semua
individu yang terlibat.
2.3 KAITAN DENGAN AGENDA NASIONAL
- Dewasa kini, setiap hari terpapar di dada-dada akhbar mengenai kes-kes jenayah yang
rata-rata kesemuanya melibatkan penggunaan cap jari iaitu seperti kes pecah rumah, ragut dan
sebagainya. Alat Cyanowand D’Lake yang dicipta dan dibangunkan dalam projek ini sebenarnya
adalah bertepatan sekali dengan isu di atas yang mana merupakan salah satu isu nasional.
Semakin lama masa diambil bagi proses penimbulan cap jari, maka semakin lama masa diambil
menyelesaikan sesuatu kes. Sedangkan masyarakat umum mengetahui bahawa kes-kes ini tidak
mudah untuk diselesaikan dan merupakan satu bebanan yang wajib dipikul atas dasar
tanggungjawab kepada negara. Seperti yang kita sedia maklum, hasrat pihak kerajaan adalah
untuk mengurangkan kadar jenayah negara yang merupakan salah satu daripada enam Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Menyedari betapa pentingnya bagi pihak polis untuk
mencapai matlamat ini, maka projek ini telah dibangunkan untuk membantu pihak jabatan
menyahut hasrat kerajaan. Usaha menambahbaik perkhidmatan oleh pihak jabatan telah cuba
dilakukan dan kumpulan mengharapkan agar kadar jenayah selepas ini dapat dikurangkan melalui
projek kecil ini.
- Selain itu, projek ini juga dilaksanakan untuk menyahut seruan pihak kerajaan dalam
mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan. Ini adalah kerana kerajaan setiap tahun telah
membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi membekalkan peralatan penimbulan cap jari
KUMPULAN D’LAKE
- 8 -
yang diimport dari luar negara sedangkan alat yang dicipta oleh kumpulan D’Lake jauh lebih
murah dan menghasilkan cap jari yang mempunyai kualiti yang sama dan mampu dianalisis. Jika
alat ini digunakan sepenuhnya di dalam jabatan maka kos perolehan yang ditanggung oleh pihak
kerajaan dalam membekalkan peralatan yang mahal akan dapat dikurangkan dan pembaziran
dapat dielakkan. Oleh itu, wang tersebut dapat digunakan dan disalurkan ke tempat yang lain
yang lebih memerlukan. Selain itu, sisa pepejal bahan-bahan Cyanowand D’Lake yang telah
digunakan juga boleh digunakan semula untuk proses yang sama secara berulang-ulang kali.
2.4 KAITAN DENGAN KEADAAN DAN EKOSISTEM SEMASA
- Setiap hari kita tidak terlepas daripada membaca berita mengenal pelbagai kejadian
jenayah yang berlaku di seluruh negara. Kes bunuh, samun, ragut dan banyak lagi sering
dilaporkan di media cetak dan elektronik. Insiden ini telah melahirkan rasa takut kepada
masyarakat khususnya rakyat Malaysia yang mahukan keselamatan mereka terjamin. Pelancong
dari luar Malaysia juga turut terkesan dengan kejadian-kejadian jenayah dan ini secara tidak
langsung memberi keburukan kepada ekonomi Malaysia iaitu dari aspek pelancongan negara.
Umum mengetahui bahawa ekonomi Malaysia berada dalam keadaan tidak stabil berikutan
kejatuhan harga minyak dunia. Oleh itu, melalui peralatan yang dicipta oleh kumpulan D’Lake
secara tidak langsung akan dapat membantu pihak jabatan dalam mengurangkan kadar jenayah.
Apabila kadar jenayah berkurangan maka kepercayaan masyarakat kepada jabatan akan
meningkat. Rasa takut masyarakat dan juga pelancong dari luar negara juga akan dapat
dikurangkan dan ini meningkatkan kembali kadar peratusan pelancong yang mana akan dapat
menjana ekonomi negara.
2.5 PEMBUKTIAN MELALUI ANALISIS& UJICUBA
Kumpulan D’Lake telah melaksanakan 14 kali mesyuarat dan 2 kali sesi ujicuba sepanjang
tempoh pelaksanaan projek KIK pada tahun 2016. Kaedah yang digunakan untuk tujuan
penyelesaian adalah 5W, 1H. Kaedah ini digunakan untuk mengumpul data dan melihat punca-
punca paling mungkin kesukaran menimbulkan cap jari supaya alat yang bakal dicipta bertepatan
dengan data tersebut.
KAEDAH 5W, 1H
What – Apakah data yang dikumpul Data punca-punca paling mungkin kesukaran
menimbulkan cap jari
Why – Mengapa data ini dikumpul Untuk mengenalpasti punca-punca paling mungkin
tertinggi dan mencari jalan penyelesaian
Where – Di mana data diperolehi Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Melaka Tengah
When – Bila data dikumpul Sebulan sebelum alat dibangunkan
Who – Siapa yang terlibat Pegawai Penyiasat, Penolong Pegawai Penyiasat dan
individu yang terlibat dalam pengendalian cap jari
How – Bagaimana data diperolehi Melalui edaran borang selidik
KUMPULAN D’LAKE
- 9 -
Kaedah yang digunapakai ini telah memberikan data seperti di bawah:-
Kod Punca-Punca Jumlah
A Alat Tidak Efisien 42
B Alat Sukar Dikendalikan 34
C Proses Kerja Berulang 25
D Ketidakpatuhan 15
E Sumber Kuasa 10
JUMLAH 126
KUMPULAN D’LAKE
- 10 -
BAB 3
TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN
3.1 CADANGAN PENYELESAIAN
- Melalui data yang diterima, kumpulan D’Lake telah menggunakan kaedah SCAMPER untuk
mencari idea bagi mencipta alat penimbulan cap jari yang baru. SCAMPER merupakan satu
metodologi kreatif yang digunakan kumpulan bagi mengkaji, menjana dan menganalisis idea.
Proses yang terlibat adalah seperti berikut:-
S C A M P E R Substite–
ganti
Combine –
gabung
Adopt
–
adaptasi
Modified –
Ubahsuai
Purposed
–
Tujuan
Eliminate
–
Hapus
Revise
–
Kaji semula
Mencipta
alat khas
Gabung
fungsi alat
sedia ada di
pasaran
Mewujudkan
alat yang
berkos
rendah
Lebih
elegan dan
bergaya
Memudahkan
proses
penimbulan
cap jari
Masalah
kesukaran
penimbulan
cap jari
Mengikut
kesesuaian
3.2 PELAN TINDAKAN PENYELESAIAN
A) KAEDAH ANALISA JURANG
Jurang penggunaan peralatan sedia ada / semasa dan keperluan masa kini
Jurang
Peralatan sedia ada / Peralatan semasa Keperluan Masa Kini Keadaan alat baru yang diharapkan
Peralatan sedia ada / Peralatan semasa Keperluan Masa Kini Keadaan alat baru yang diharapkan
1. Kaedah penimbulan cap jari sedia
ada terhad hanya di Makmal
Forensik
2. Cap jari sukar didapati di tempat
yang sukar dan sempit
3. Tiada penciptaan alat yang mudah
dikendalikan bagi penghasilan cap
jari
4. Masa yang diambil untuk
menghasilkan cap jari adalah lama
5. Tidak semua individu pandai
mengendalikan peralatan sedia ada
Tema Projek:
Ke Arah Menambahbaik
Kaedah Penimbulan Cap
Jari Konvensional
1. Lebih efisien, mudah dikendalikan,
mudah alih
2. Dapat digunakan secara meluas dan
tidak terhad kepada unit tertentu sahaja
– memudahkan tugas pegawai penyiasat
3. Berkos rendah – Mengurangkan kos
kerajaan dalam pembekalan ‘IO KIT’
kepada Pegawai Penyiasat untuk
menjalankan siasatan
4. Mesra alam dan mesra pengguna –
Menggunakan bahan-bahan semulajadi
tanpa bahan kimia (GoGreen)
5. Lebih relevan - mempercepat carian
dan penimbulan cap jari
6. Bergaya dan elegan - sesuai dengan
status PDRM
7. Mudah diselenggara
KUMPULAN D’LAKE
- 11 -
B) KAEDAH DESIGN THINKING
- Pada tahun 2017, Kumpulan D’Lake telah melaksanakan penambahbaikan yang memberi fokus
kepada alat Cyanowand yang telah dicipta dan dibangunkan.Penekanan telah diberikan kepada bahan-
bahan yang bakal digunakan bagi mempersiapkan diri mewakili PDRM ke peringkat seterusnya. Untuk
sesi penambahbaikan, ahli kumpulan telah bersetuju untuk menggunapakai kaedah DesignThinking
bagi memantapkan lagi penggunaan alat yang dicipta. 5 proses yang terlibat dalam kaedah tersebut
adalah seperti berikut:-
i. Empati (Emphatize – Who?)
Berdasarkan maklum balas yang diterima dari Pegawai Penyiasat, Penolong
Pegawai Penyiasat melalui edaran borang kaji selidik
ii. Takrifan (Define – What?)
Data yang diperolehi menunjukkan tentang punca-punca paling mungkin kesukaran
menimbulkan cap jari oleh peralatan sedia ada
iii. Penjanaan Idea (Ideate – How?)
Mencipta dan membangunkan alat yang baru bagi menambahbaik kaedah penimbulan
cap jari yang sedia ada
iv. Prototaip (Prototype – How?)
Penjanaan idea-idea kreatif hasil perbincangan ahli kumpulan bagi mencipta prototaip
atau alat yang baru
v. Ujicuba (Test – Why?)
Ujicuba dilaksanakan bagi memastikan alat yang dicipta berfungsi dengan baik dan pihak
kumpulan telah mendapatkan pandangan dan buah fikiran dari pihak bertauliah iaitu
Pensyarah dari Universiti Teknologi Mara dan borang kajiselidik diedarkan semula
kepada individu yang berkenaan.
3.3 PELAKSANAAN TINDAKAN PENYELESAIAN
A) Kaedah 5W, 1H
- Kaedah ini telah dipilih oleh kumpulan D’Lakesebagai pelaksanaan tindakan penyelesaian.
Pelaksanaan kaedah tersebut adalah seperti Rajah di bawah:-
KAEDAH 5W, 1H
What – Apakah cadangan penyelesaian Mencipta satu alat penimbulan cap jari yang baru menepati
keadaan yang diharapkan (Kaedah Analisa Jurang)
Where – Di mana alat ini akan digunakan Di Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM
Who – Siapa yang mencipta alat ini Hasil buah fikiran dan idea ahli kumpulan dan diterajui oleh
Ketua Rekaan Prototaip
When – Bila alat dibangunkan Tahun 2016 dan mengalami proses penambahbaikan pada
tahun 2017
Why – Mengapa dibangunkan Supaya Piagam Pelanggan PDRM dapat dicapai dan
memantapkan lagi perkhidmatan jabatan kepada masyarakat
How – Bagaimana dibangunkan Menggunakan bahan berkos rendah yang bersesuaian dari
alam semulajadi melalui penciptaan prototaip dan menerima
sumbangan idea dan buah fikiran dari pihak yang bertauliah
KUMPULAN D’LAKE
- 12 -
B) KAEDAH BLUE OCEAN STRATEGY
- Menggunapakai Kaedah BlueOceanStrategy bagi mencapai matlamat jabatan dan juga
transformasi pihak kerajaan dalam melaksanakan langkah penjimatan. Kaedah tersebut adalah seperti
beikut:
RAISE
Peningkatan prestasi KPI jabatan dalam menyelesaikan kertas siasatan berkaitan kes-kes jenayah yang melibatkan
penghasilan cap jari
ELIMINATE
Menghapuskan pembaziran masa yang diperlukan bagi
penimbulan cap jari konvensional, dan kos perolehan
oleh pihak kerajaan bagi membekalkan IO KIT kepada
semua pegawai penyiasat
CREATE
Mencipta dan membangunkan alat cyanowand
yang lebih fisien, relevan, elegan, bergaya, mudah
dikendalikan, mudah alih, tidak terhad, mudah dibaiki,
mudah diselenggara, tidak memerlukan kepakaran
khusus, boleh digunapakai oleh semua peringkat,
menghasilkan keputusan yang sama baik dengan
peralatan sedia ada, berkos rendah, tidak menggunakan
tenaga elektrik dan menggunakan bahan dari alam
semulajadi
REDUCE
Mengurangkan kos pembuatan dan pencemaran alam sekitar kerana menggunakan bahan dari alam semulajadi
C) TINDAKAN UJICUBA PROTOTAIP
- Ujicuba dilaksanakan bagi memastikan alat yang dicipta berfungsi dengan baik dan menghasilkan
hasil keputusan yang sama malahan jauh lebih baik berbanding peralatan sedia ada.
Ujicuba pertama (Bulan April 2016)
Bahan yang digunakan Superglue, Sekam Padi, Soda Bikarbonat, Kelongsong Peluru
Hasil keputusan Gagal iaitu cap jari dapat ditimbulkan namun tidak kekal lama dan mudah hilang
apabila digosok.
Ujicuba kedua (Bulan Mei 2016)
Bahan yang digunakan Bahan tambahan ethanol dan lilin
Hasil keputusan Berjaya iaitu cap jari dapat ditimbulkan dan dan tidak dapat dihilangkan dengan segera
KUMPULAN D’LAKE
- 13 -
- Ujicuba pertama dan kedua telah berjalan dengan lancar akan tetapi usaha dalam menambahbaik
peralatan dan bahan digunakan giat dilaksanakan oleh kumpulan dalam menghasilkan prototaip terbaik.
Usaha tambahbaiktelah dilaksanakan sepanjang Tahun 2017 dan pihak kumpulan telah mendapatkan
pandangan dan buah fikiran dari pihak bertauliah iaitu Pensyarah dari Universiti Teknologi Mara. Oleh
itu, satu surat permohonan dalam melaksanakan ujikaji bahan-bahan yang ingin digunakan telah dihantar
kepada pihak berkenaan.
Taklimat dari Dr. Raja Kamarulzaman bin Raja Ibrahim
3.4 PERAKUAN DARIPADA PIHAK BERTAULIAH
KUMPULAN D’LAKE
- 14 -
BAB 4
KEBERHASILAN PROJEK
4.1 KESAN JANGKA PENDEK
- Meningkatkan mutu penghasilan cap jari yang berkualiti untuk dianalisis
- Mengelakkan pembaziran kos dan masa yang seterusnya akan meningkatkan produktiviti
kerja
- Menyelesaikan masalah kelewatan perkembangan kes yang melibatkan penimbulan cap
jari
- Kepuasan pelanggan meningkat iaitu apabila cap jari yang dihasilkan bersifat kekal
dengan menggunakan alat cyanowand, maka cap jari tersebut mudah dianalisis, kes akan
diselesaikan dengan cepat dan secara tidak langsung meningkatkan kadar penyelesaian
kes
- Objektif organisasi dan KPI jabatan tercapai
- Motivasi individu yang terlibat dalam penggunaan alat meningkat kerana tiada kerja
tertunda atau tertangguh
4.2 NILAI TAMBAH
- Menyokong hasrat kerajaan dalam melaksanakan langkah penjimatan dengan menghasil
alat yang jauh lebih murah dengan menggunakan bahan dari alam semulajadi iaitu sekam
padi dan mengurangkan pencemaran udara (GoGreen)
- Penggunaan alat ini boleh diperluas ke jabatan luar selain dari PDRM iaitu:-
a) Jabatan Imigresen
- Bagi mengesan pendatang tanpa izin (PATI) yang menyeludup masuk ke negara melalui
alat cyanowand bagi pengesanan cap jari
b) Jabatan Kimia (Seksyen Kriminalistik)
-Mengurangkan beban kerja PDRM apabila jabatan luar dapat mengendalikan sendiri
penghasilan cap jari melalui alat dicipta dengan pengawasan yang minimum kerana
mudah dikendalikan dan hanya hantar ke Makmal untuk dianalisis
-Membantu membuat penambahbaikan dalam bidang Sains Forensik.
-Membuktikan kepada masyarakat bahawa PDRM sebagai agensi penguatkuasaan
terulung.
4.3 PEMBUKTIAN MELALUI DATA & SUMBER RASMI
Projek kumpulan D’Lake telah mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Sebelum projek Selepas projek Objektif
Alat tidak efisien, sukar dikendalikan
dan melibatkan kos yang tinggi
Alat lebih efisien dan elegan,
mudah dikendalikan dan
melibatkan kos yang jauh
lebih murah
Memudahkan proses
penimbulan cap jari di tempat
yang sukar menggunakan alat
cyanowand
KUMPULAN D’LAKE
- 15 -
Alat cyanowand ini telah memberikan impak yang besar dalam menambahbaik kaedah
penghasilan cap jari melalui peralatan sedia ada.Impak tersebut adalah seperti berikut:-
i. Penjimatan kos
Sebelum projek dilaksanakan Selepas projek dilaksanakan Impak
a) SirchieCyanowand Kit
(peralatan sedia ada yang
hanya terdapat di Makmal
Forensik, Bukit Aman)
=RM628.95
Peralatan lain yang ada di
pasaran
b) FumingBox = RM1000.00
c) CFM = RM6949.83
CyanowandD’Lake
=RM30
Superglue RM3.80
Soda Bikarbonat RM2.50
Pemetik Jari RM18.00
Lilin RM3.00
Ethanol RM3.50
Penjimatan sebanyak
=RM598.95
Penjimatan sebanyak
=RM970.00
Penjimatan sebanyak
=RM6919.83
ii. Peningkatan hasil kerja
Sebelum projek dilaksanakan Selepas projek dilaksanakan Impak
Peralatan sedia ada tidak efektif &
efisien, sukar dikendalikan, terhad
dan hanya ada di Ibu Pejabat Polis
Kontinjen dan Makmal Forensik
Bukit Aman
Proses cap jari menggunakan
CyanowandD’Lake menjadikan
kerja penimbulan lebih mudah
dan cepat. Cap jari juga tidak
mudah tercemar.
Produktiviti kerja meningkat
apabila cap jari yang berkualiti
terhasil dan lebih mudah untuk
dianalisis
iii. Peningkatan produktiviti dan proses kerja
Sebelum projek dilaksanakan Selepas projek dilaksanakan Impak
Hanya individu berkemahiran
sahaja yang boleh menggunakan
peralatan dan mengambil sampel
cap jari yang diperlukan
Semua individu boleh
menggunakan
CyanowandD’Lake kerana cara
penggunaannya yang mudah
tanpa proses pengulangan
Penggunaaan sumber manusia
dan peralatan yang optimum
tanpa proses pengulangan
berkali-kali dan hasil seperti
mengunakan peralatan yang
mahal yang berada di pasaran
iv. Penjimatan masa
Sebelum projek dilaksanakan Selepas projek dilaksanakan Impak
Proses CFM perlu dilakukan di
Makmal Forensik atau Jabatan
Kimia
Proses CFM tidak perlu dibuat di
Makmal Forensik atau Jabatan
Kimia keran
CyanowandD’Lakeboleh terus
digunakan di lapangan / tempat
kejadian
Mengurangkan masa
dengan menjalankan in-situ
CFM dan hanya
menghantar sampel untuk
dianalisis
CFM –Cyanoacrylate (Superglue) FumingMethod
KUMPULAN D’LAKE
- 16 -
BAB 5
POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI
5.1 TINDAKAN PENYERAGAMAN
- Tindakan penyeragaman telah diambil bagi memastikan peralatan yang dicipta dapat digunapakai
di jabatan. Oleh itu, langkah pertama yang diambil oleh kumpulan D’Lake adalah dengan
menghantar surat permohonan kepada pihak jabatan bagi menyeragamkan penggunaan alat
CyanowandD’Lake ke seluruh negeri Melaka meliputi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dan
Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Selain itu, kumpulan juga telah
menggunakan alat yang dicipta dalam membantu menyelesaikan kes kecurian kenderaan Banda
Hilir Report 2460/16, kes pecah rumah Bukit Baru Report 2543/16 dan Tanjung Minyak Report
1839/16 yang mana telah berjaya menimbulkan cap jari suspek.
Surat Kelulusan Penyeragaman
KUMPULAN D’LAKE
- 17 -
- Selain itu, kumpulan juga bercadang ingin meminda Piagam Pelanggan jabatan terutama sekali
perkara ke-3 iaitu tentang mempercepatkan pemakluman status siasatan kepada mangsa
(Pemakluman perkembangan siasatan kes dalam tempoh 4 minggu dari tarikh laporan diterima
dan pemakluman keputusan kes dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diperolehi). Namun
cadangan ini hanya digunapakai untuk kes-kes jenayah yang melibatkan proses penimbulan cap
jari kerana penciptaan alat Cyanowand D’Lake didapati telah memberikan impak positif kepada
jabatan. Walaubagaimanapun, pindaan iniperlu mendapat persetujuan dari pihak tertinggi jabatan
dan ia mengambil masa untuk dilaksanakan.
- Kumpulan juga bercadang untuk meminda arahan kerja, fail meja dan manual prosedur kerja
(standard operatingprocedure) berkaitan dengan proses penimbulan cap jari kerana didapati
apabila menggunakan alat yang dicipta, penjimatan masa berlaku dan ada proses kerja menjadi
lebih singkat berbanding menggunakan peralatan sedia ada. Namun pindaan mengenai arahan
kerja, fail meja dan manual prosedur kerja (standard operatingprocedure) hanya akan dapat
dilaksanakan apabila penyeragaman dan pindaan Piagam Pelanggan telah dipersetujui oleh pihak
atasan tertinggi jabatan.
5.2 LANGKAH-LANGKAH REPLIKASI DAN PENGKOMERSIALAN
i) Kumpulan D’Laketelah melaksanakan lawatan ke Universiti Teknologi Mara (UTM),
Skudai bagi tujuan penambahbaikan peralatan dan sebagai salah satu langkah sebelum
melaksanakan proses replikasi. Penambahbaikan dilaksanakan untuk mengkaji bahan-
bahan yang digunakan agar ianya betul-betul selamat dan menepati salah satu objektif
projek yang ingin menghasilkan peralatan yang mesra alam. Kumpulan telah berhubung
dengan pensyarah melalui emel dan aplikasi whatsapp.
Lawatan ke UTM Skudai
KUMPULAN D’LAKE
- 18 -
ii) Kumpulan telah melaksanakan pameran dan berkongsi pengalaman kepada agensi
kerajaan lain yang berminat untuk mengetahui bagaimana cara peralatan ini dicipta.
Antaranya adalah kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Melaka
yang telah hadir ke IPD Melaka Tengah dan seterusnya menjemput kumpulan
melaksanakan pameran di tempat mereka. Perkongsian ini membolehkan kumpulan
menjalin hubungan dan bertukar-tukar maklumat.
Pameran di Perkeso Melaka
iii) Kumpulan turut berkunjung ke INTAN, Bukit Kiara bagi mendapatkan maklumat
mengenai prosedur yang perlu dilaksanakan bagi mempatenkan peralatan yang dicipta.
Lawatan ke INTAN Kuala Lumpur
iv) Kumpulan telah menghubungi pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
berkenaan permohonan paten namun proses pendaftaran agak rumit dan juga memerlukan
bantuan dan kerjasama dari Urus Setia Ketua Polis Begara (Penyelidikan dan
Pembangunan) serta kelulusan dari pihak pengurusan tertinggi PDRM.
v) Pihak NationalInstitutesofBiotechnology Malaysia (NBIM) telah menunjukkan minat
terhadap peralatan yang dicipta terutamanya tentang idea penggunaan sekam padi.
KUMPULAN D’LAKE
- 19 -
Perjumpaan kumpulan dengan pihak NBIM telah dilaksanakan beberapa kali namun
tiada sebarang keputusan diambil dan masih lagi di peringkat perbincangan.
5.3 KEKANGAN PROJEK
i) Kekurangan dana dalam menambahbaik peralatan dan bahan yang digunakan. Oleh itu,
kumpulan berusaha menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati bagi tujuan
penjimatan. Selain itu, bagi tujuan mereplikasi dan mempatenkan peralatan yang dicipta
juga memerlukan sejumlah wang yang mana telah membantutkan hasrat kumpulan untuk
memastikan hak cipta terpelihara.
KUMPULAN D’LAKE
- 20 -
LAMPIRAN
• Hazardous materials Identification system Is a numerical hazard rating by American
Coatings Association
KUMPULAN D’LAKE
- 21 -
MAKMAL KIMIA OPTIK DAN BIOSENSOR
FAKULTI SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), SKUDAI, JOHOR
Alat yang digunakan untuk Ujian Ujian sedang di jalankan
SPEKTRUM YANG DIPEROLEHI DARI LONG PATH GAS CELL (ZOOM IN)