BIL. - ums.edu.my ? ‚ Aturcara Majlis Anugerah ... Majlis ini dilaksanakan dengan...

download BIL. - ums.edu.my ? ‚ Aturcara Majlis Anugerah ... Majlis ini dilaksanakan dengan gabungan dua majlis utama universiti iaitu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC

of 42

  • date post

    04-Feb-2018
  • Category

    Documents

  • view

    353
  • download

    58

Embed Size (px)

Transcript of BIL. - ums.edu.my ? ‚ Aturcara Majlis Anugerah ... Majlis ini dilaksanakan dengan...

  • Muka Surat 1 daripada 40

    BIL.

    PERKARA

    MUKA SURAT

    1

    Perutusan Naib Canselor 2

    2 Perutusan Pendaftar 3

    3

    Aturcara Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU), UMS Tahun 2016

    4

    4

    Statistik Penerima Anugerah Bagi Tahun Penilaian 2016

    5

    5

    Penerima Anugerah Jasamu dikenang 7

    6

    Penerima Anugerah Jasa Setia (20 Tahun Berkhidmat) 12

    7

    Penerima Anugerah Jasa Bakti (10 Tahun Berkhidmat) 15

    8

    Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2016 20

    9

    Penerima Anugerah Khas Tahun 2016

    - Anugerah Khas Universiti - Anugerah Khas Kepimpinan - Penghargaan Khas Naib Canselor

    30

    10

    Penerima Anugerah Inovasi Tahun 2016

    - Anugerah Tokoh Kepimpinan - Anugerah Kumpulan Pengerak Inovasi - Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik - Anugerah Penjanaan Pendapatan Terbaik - Anugerah Penerbitan - Anugerah Laman Web - Anugerah Pengurusan Makmal - Anugerah Pengurusan Organisasi - Anugerah Kreativiti Eco-Campus

    32

    11

    Senarai Ahli Jawatankuasa 34

    12

    Catatan 39

  • Muka Surat 2 daripada 40

    SEKAPUR SIRIH

    Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin

    Naib Canselor

    Universiti Malaysia Sabah

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan

    Salam Negaraku Malaysia.

    Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita dianugerahi

    kesihatan yang baik dan kelapangan masa untuk turut sama memeriahkan Majlis Anugerah

    Kecemerlangan Universiti (AKU) Tahun 2016 Universiti Malaysia Sabah pada kali ini. Saya ingin mengambil

    kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah yang

    memberikan komitmen cemerlang sepanjang tahun 2016, jawatankuasa pelaksana yang diketuai

    Pendaftar, En. Noman Datuk Haji Ahmad serta penghargaan dan terima kasih kepada kakitangan UMS

    yang mula menginjak persaraan.

    Sebagai penjawat awam, kita dituntut untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan cemerlang kepada

    masyarakat sepanjang berkhidmat. Bagi menjadikan kita sentiasa cemerlang, haruslah kita tanamkan

    dalam akal dan jiwa kita untuk menjadi kakitangan yang sentiasa dinamik, lestari dan berintegriti. Kata

    pujangga, orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

    Oleh hal yang demikian, saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan kompetensi diri dan fokus

    terhadap tanggungjawab masing-masing. Budayakan kreativiti dan amalkan inovasi dalam setiap

    pekerjaan rutin yang kita lakukan, nescaya kita akan dapat meningkatkan prestasi yang akhirnya akan

    menghasilkan perkhidmatan berkualiti dan efisien. Jadikan pekerjaan itu suatu tugas yang seronok untuk

    dilakukan.

    Sebelum mengakhiri coretan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua

    penerima anugerah yang telah menabur bakti kepada UMS. Inilah bukti yang anda sentiasa dihargai!

    Syabas kepada seluruh jawatankuasa pelaksana dan semua pihak yang bertungkus-lumus merancang,

    menyusun, mengatur dan menganjur acara berprestij ini. Komitmen dan kerjasama yang tuan-tuan dan

    puan-puan berikan sangat dihargai dan anda semua layak untuk berbangga atas pencapaian ini.

    Sekian, terima kasih.

  • Muka Surat 3 daripada 40

    SEULAS PINANG

    Noman Haji Ahmad

    Pendaftar

    Universiti Malaysia Sabah

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam

    Negaraku Malaysia.

    Bersyukur ke hadrat llahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Majlis Anugerah Kecemerlangan

    Universiti (AKU) 2016 Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi dapat diadakan dengan jayanya. Syabas

    dan tahniah kepada semua pihak yang telah menggembleng tenaga, idea dan pandangan untuk

    memastikan kelancaran penganjuran majlis ini. Tanpa usaha dan iltizam anda sekalian, ia pasti tidak

    mampu memenuhi objektif yang telah digariskan.

    Sesungguhnya, penganjuran Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) tahun 2016 ini merupakan

    manifestasi dan komitmen pihak pengurusan untuk menghargai sumbangan dan kecemerlangan

    kakitangan UMS. Majlis ini dilaksanakan dengan gabungan dua majlis utama universiti iaitu Majlis

    Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Majlis Anugerah Inovasi (MAI) dengan harapan agar

    budaya kerja cemerlang, mengutamakan kualiti, kreatif dan inovatif menjadi amalan berterusan demi

    memastikan kecemerlangan universiti.

    Dalam masa yang sama, ia sebagai motivasi sekali gus memberi suntikan semangat agar semua

    kakitangan dari segenap lapisan perjawatan sentiasa beriltizam untuk menunjukkan prestasi cemerlang

    dalam bidang masing-masing.

    Akhir kata, setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan semoga anda terus

    mempamerkan kecemerlangan dan sentiasa produktif dalam bidang tugasan kerja hakiki masing-masing.

    Bagi yang tidak meraih sebarang anugerah, ia bukan bermakna anda gagal, namun pihak penilai melihat

    terdapat ruang penambahbaikan yang boleh ditingkatkan ke arah peningkatan kecemerlangan dalam

    kerjaya dan universiti secara keseluruhannya.

    Sekian dan terima kasih.

  • Muka Surat 4 daripada 40

    ATUR CARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN UNIVERSITI (AKU) 2016

    UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

    TARIKH : 12 Julai 2017 (Rabu) MASA : 8.30 Pagi TEMPAT : Dewan Resital, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

    MASA AKTIVITI 8.30 pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Para Penerima Anugerah serta Tetamu Jemputan 8.40 pagi - Ketibaan Pegawai-Pegawai Utama dan Ketua-Ketua JFPIU 8.45 pagi - Ketibaan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) 8.55 pagi - Ketibaan Professor Dr. D. Kamarudin D. Mudin, Naib Canselor 9.00 pagi - Majlis Bermula

    - Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku - Bacaan Doa

    - Ucapan Aluan Pendaftar En. Noman Haji Ahmad Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) 2016

    - Ucapan Naib Canselor Professor Dr. D. Kamarudin D. Mudin, Naib Canselor - Penyampaian Anugerah Perkhidmatan:

    Anugerah Jasamu Dikenang

    Anugerah Jasa Setia

    Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

    Anugerah Khas Universiti

    Anugerah Khas Kepimpinan Universiti

    Penghargaan Khas Naib Canselor

    - Persembahan

    - Penyampaian Anugerah Inovasi:

    Anugerah Tokoh Kepimpinan

    Anugerah Kumpulan Penggerak Inovasi

    Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik

    Anugerah Penjanaan Pendapatan

    Anugerah Penerbitan

    Anugerah Laman Web

    Anugerah Pengurusan Makmal

    Anugerah Pengurusan Organisasi

    Anugerah Kreativiti Ekokampus

    - Perasmian:

    Pelancaran Tabung-Tabung Endowmen

    Pelancaran e-Book Governan

    - Nyanyian Lagu Bertekad Cemerlang

    - Nyanyian Lagu Anugerah Untukmu

    12.35 tgh. - Majlis Dijangka Selesai

    Kod pakaian : Formal

  • Muka Surat 5 daripada 40

    STATISTIK PENERIMA

    ANUGERAH BAGI TAHUN

    PENILAIAN 2016

  • Muka Surat 6 daripada 40

    STATISTIK PENERIMA ANUGERAH BAGI TAHUN PENILAIAN 2016

    Bil Kategori

    Kumpulan

    Anugerah Perkhidmatan

    Cemerlang

    Anugerah Jasa Bakti

    Anugerah Jasamu

    Dikenang

    Anugerah Jasa Setia

    Jumlah Keseluruhan

    Catatan

    A) KUMPULAN AKADEMIK

    1

    KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI & GRED KHAS

    0 2 1 1 4

    2

    KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL [AKADEMIK]

    52 28 5 14 99

    JUMLAH AKADEMIK 52 30 6 15 103

    B) KUMPULAN BUKAN AKADEMIK

    1

    KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI & GRED KHAS

    0 0 0 0 0

    2

    KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL [BUKAN AKADEMIK]

    22 15 2 2 41

    3 KUMPULAN PELAKSANA I

    92 50 7 5 154

    4 KUMPULAN PELAKSANA II

    28 26 1 3 58

    JUMLAH BUKAN AKADEMIK 142 91 10 10 253

    JUMLAH PENERIMA MENGIKUT KATEGORI ANUGERAH

    194 121 16 25 356

    JUMLAH KESELURUHAN 356

    PERBANDINGAN PENERIMA ANUGERAH TAHUN 2015 DAN TAHUN 2016

    KATEGORI KUMPULAN Anugerah

    Perkhidmatan Cemerlang

    Anugerah Jasa Bakti

    Anugerah Jasamu Dikenang

    Anugerah Jasa Setia

    JUMLAH PENERIMA TAHUN 2015 218 155 24 154

    JUMLAH PENERIMA TAHUN 2016 194 121 16 25

    JUMLAH PERBEZAAN PENERIMA ANUGERAH

    -24 -34 -8 -129

    -195 JUMLAH KESELURUHAN PERBEZAAN

  • Muka Surat 7 daripada 40

    PENERIMA ANUGERAH

    JASAMU DIKENANG

  • Muka Surat 8 daripada 40

    ANUGERAH JASAMU DIKENANG KAKITANGAN BERSARA PADA 02 JULAI 2016- 01 JUN 2017

    BIL BUTIR