Bila Cinta PDF
Transcript of Bila Cinta PDF
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
1/72
Suria Fatin
1
Asrama, 1998
KAK ATIEN! Cepat la dahlama orang kat bawah ni!
jerit Shikin dari tingkat
bawah.
Bising betul Shikin ni, dah la aku baru balik latihan
hoki, itu pun dikira baik aku nak temankan.
Aku yang baru usai mandi menarik keluar baju
kurung ungu kegemaranku dari almari dan bersiap secepat
mungkin.
Mana Pika? soalku sejurus melihat Shikin sedang
menantiku di tangga.
Pika ada di pondok jaga, baru nak hantar kad
keluar dia, ujar Shikin sambil menarik tanganku supaya
segera berjalan menuju ke arah Pika yang kelihatan sedangbercakap dengan seseorang di pondok jaga.
Semakin hampir dengan pondok jaga, kedengaran
Bab 1
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
2/72
Bila Cinta
2
suara ketawa dan diselangi suara Syaqa yang seperti tidak
puas hati. Suka benar mereka mengusik Si Pika ni. He he
he biasalah tu, aku pun suka usik dia ni.
Aku dapat menangkap satu suara yang aku kenali.
Budak kecik, kamu masuk lambat ya tadi, outing
sorang aje tadi?
Aku dan Shikin meneruskan langkah ke arah Pika.
Pika, jom! ujar Shikin.Semua yang ada di situ diam. Kenapa pulak semua
diam, aku ni ada rupa hantu ke? Pada masa yang sama, Haez
Azar yang kelihatan gembira mengusik Pika sebentar tadi,
mengangkat kayu hokinya dan terus berlalu.
Kak Atien tengok dia orang ni, suka-suka kata
kat Pika, rungut Pika pada aku. Aku hanya tersenyum pada
mereka.
Kau orang ni tak mandi-mandi lagi, isy apa nak
jadi? Sengaja aku ingin mengusik mereka.
Kau tu entah-entah tukar baju aje kut, ujar Adi
padaku sambil disokong oleh Naim dan Rizal yang turut
berada di situ.
Kaki kau ujar Naim tiba-tiba. Namun belum
sempat Naim menghabiskan ayatnya, aku terus menarik
Shikin dan Pika.
Pergi mandi la budak-budak!!! jerit aku setelah
berlalu beberapa langkah.
Kak Atien, tadi Kak Amalina cari. Ujar Shikin
ketika kami sedang berjalan. Aku hanya membiarkan kata-katanya.
Huh, mesti tidak ada hal lain punya Kak Lina cari
aku! Apa dia ingat aku ni posmen dia ke? Tak ada masa aku
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
3/72
Suria Fatin
3
nak jadi posmen karat dia dengan Haez Azar. Haez ni pun
satu, kenapalah kau handsome sangat. Setiap kali tengok
muka kau, pasti aku rasa macam nak gila!
Tapi apa yang aku musykil sekarang, kenapa tiba-
tiba dia berubah. Semenjak aku masuk sekolah ni, tak pernah
dia nak tegur aku, pandang pun susah. Kenapa tak macam
dulu. Mungkin aku tak layak, entahlah tapi aku rasa tak
salah kalau aku minat pada dia.
AKU menyapu minyak angin yang diberikan Fizah ke kakiku.
Aduh, pedih sakit!
Aku menggosok-gosok perlahan tulang keringku
yang sudah kelihatan lebam dek penangan kayu hoki sibertuah tu tadi. Cikgu Zainal pun satu, gemar mengarahkan
pasukan perempuan lawan dengan lelaki. Mana adil!!!
Mataku tiba-tiba tertangkap pada bungkusan yang
berada di dalam almariku. Ya Allah macam mana aku boleh
lupa nak bagi dekat dia. Mama ni pun satu, suka pesan kat
aku bagi macam-macam pada Haez. Siapa anak dia sekarang
ni, aku atau Haez? Sikit-sikit acik, sikit-sikit acik! Huh,
malas aku nak kir. Tapi yang malas itujugak yang selalu aku
kir.
Sakit sangat ke? Tiba-tiba Shikin menyergah aku.
Mati terus khayalan aku terhadap lelaki pujaan aku seorang
itu.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
4/72
Bila Cinta
4
MATAKU memandang kosong
cermin solek di hadapanku.
Bilik yang begitu indah tidak
sedikit pun menyentuh perasaan. Aku tidak tahu bagaimana
hendak menggambarkan perasaan aku tika ini, bahkan aku
merasakan seperti hati ini bukan lagi milik tubuhku.
Mahu menangis pun tidak tetapi nak senyum
terasa perit.
Lamunanku tiba-tiba terhenti apabila terdengar
pintu bilikku diketuk dan dikuak perlahan.Haez berdiri di muka pintu dengan berbaju Melayu
dan berkain pelikat. Melihat Haez, baru aku tersedar yang
aku masih belum menukar pakaian. Serasa aku tidak keluar
dari bilik ini sejak waktu majlis akad selesai. Mungkin kerana
terlalu asyik memikirkan bagaimana hari-hari mendatang
yang bakal aku tempuhi dan yang penting sekali, tepatkah
keputusan yang aku buat ini?
Aku bangun lantas mencapai tuala dan pakaianku
dan terus ke bilik air.
Bab 2
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
5/72
Suria Fatin
5
Sewaktu aku keluar dari bilik air, Haez sudah pun
lena di atas soa. Penat agaknya.
Aku memperlahankan penyaman udara dan
menggantung kemas semula baju pengantinku. Gila betul
aku ni!
Rasanya akulah satu-satunya pengantin yang tidak
berperasaan, selalunya orang mesti gembira, kalau tidak pun
ada yang menangis, mungkin sebab dipaksa. Aku?
Sebaik sahaja aku ingin melelapkan mata, terdengar
Haez memanggil namaku.
Kenapa? Kalau acik nak selimut, ambil tepi tu,
ujarku. Malas rasanya ingin membuka mata.
Aku terdengar dia mengeluh.
Fatin, Haez rasa kita perlu berbincang, ujarnya
perlahan.
Aku bangun dan bersandar pada kepala katil sambil
memeluk lututku. Aku hanya menanti kata-kata seterusnya
daripada Haez.
Haez tau semua ni berlaku secara tiba-tiba dan
kita berdua sedar akan hakikat perasaan kita, ujar Haez
perlahan.
Engkau tu ahli nujum ke, boleh tahu perasaan aku
macam mana?
Haez rasa, kita sendiri dah tahu bagaimana
kesudahan kita nanti... sambung dia lagi.
Hah! Entah-entah dia ni ahli sihir dunia gelap,
boleh meramal masa depan.Tapi, kalau kita belum cuba belum tahu, kan?
Haez rasa kita perlukan ruang untuk mencuba, kalau dalam
masa setahun ni kita masih tak dapat teruskan, maka setakat
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
6/72
Bila Cinta
6
tu aja la. Macam mana? sambung Haez lagi tanpa ada
sahutan dariku.
Wah... wah... dah tahap nak minta ruang pula ni.
Memang sah la dia ni ahli sihir dunia gelap, tapi aku tak takut
langsung!
Fatin!
Mati terus khayalan aku apabila Haez menyergah
aku sebegitu. Apalah yang aku mengarut ni!
Fatin dengar tak apa yang Haez cakap? soalnya
kembali merendahkan suara.
Isy orang dengar la, ujarku sambil mengurut
dada. Terkejut aku dibuatnya.
Hmmm.. kalau macam tu, baguslah Fatin
sambunglah tidur. Katanya perlahan.
Aku sempat memandang sekilas pada wajahnya. Ada
kesedihan di situ. Tapi tak perlulah tunjuk depan aku. Cara
dia cakap pun macam aku tak kisah dengan semua ni, macam
aku tak sedih dengan semua ni. Sedihkah aku? Bukankah ini
yang pernah aku impikan suatu ketika dulu? Ah, aku tak
mahu kir.
USAI solat subuh, aku mengemaskan tempat tidur. Haez
masih lagi nyenyak di soa.
Alahai kenapalah kauhandsome sangat. Tapi
poyo, entah macam mana mama sayang sangat dengan diani.
Aku menguak perlahan daun pintu dan terus
menuju ke dapur. Pedih rasanya perutku. Baru aku perasan,
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
7/72
Suria Fatin
7
dari tengah hari semalam aku tidak menjamah apa-apa
makanan pun.
Sebaik sahaja melangkah ke pintu dapur, aku dapat
menangkap kelibat kak long yang sedang sibuk memasak.
Aku meneruskan misi aku mencari makanan.
Hai pengantin baru... awalnya bangun, tegur kak
long.
Kak long, bibik mana? soalku menukat topik.
Tengah mandikan Iskandar, kamu cari apa tu?
Kalau lapar, roti ada la. Nasi goreng tak siap lagi,
beritahunya.
Nasib baik kak long tak tanya lebih-lebih.
Aku mengambil sekeping roti dan terus berlalu di
situ apabila menyedari saudara-mara aku yang masih berada
di sini sudah mula sibuk ke dapur. Baik aku pergi sebelum
jadi bahan usikan mereka.
Aku turun ke ruang tamu, kelihatan bibik sedang
memakaikan baju ke tubuh Iskandar.
Bik, tinggalkan, pergi tolong kat dapur, arahku
pada bibik lantas menyambung tugas bibik sebentar tadi.
Inilah salah seorang buah hati aku, Iskandar. Lihat
sahaja wajah bersih Iskandar, boleh melenyapkan seketika
semua masalah aku.
Sedang aku leka bermain dengan Iskandar,
terdengar suara mama menjerit memanggil nama aku. Apa
sahaja la mama ni.
Fatin, kamu tak dengar mama panggil ke? Mamakini sudah berada di hadapanku.
Orang tengah jaga Is la mama... jawabku senang.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
8/72
Bila Cinta
8
Tinggal dia dekat bibik, kamu pergi panggil suami
kamu makan, arah mama.
Bibik sibuk dekat dapur la, nanti dia lapar dia la
keluar sendiri nanti. Jawabku malas.
Aku memandang mama, kelihatan wajahnya serius,
maknanya aku harus mengikut arahannya.
Aku mengangkat Is lantas kuhulurkan pada mama.
Isy ingat dia anak rajakah nak berjemput? Akumerungut di dalam hati sambil melangkah ke tingkat atas.
AKU membuka pintu bilik, tetapi terkejut dibuatnya tatkala
melihat Haez yang hanya bertuala. Haez juga kelihatan
terkejut, mungkin tidak menyangka aku akan masuk.
Acik, sarapan dah siap, kataku ringkas lantas
melangkah laju keluar dari bilik. Panas muka aku dibuatnya.
Mesti sudah memerah muka aku, minta-minta la dia tak
perasan.
Aku mengambil tempat di meja makan. Lapar betul
rasanya, tadi pun hanya sempat jamah sekeping roti. Segera
aku capai senduk dan mengisi pingganku dengan nasi goreng.
Baru aku ingin menyuap nasi, kelihatan Haez mendekati
meja dan mengambil tempat di sebelahku. Entah kenapa, aku
rasa segan pula dengan dia, sedikit pun aku tidak menoleh
padanya.
Fatin, tunggu apa lagi, tuangkanlah air untuksuami kamu tu, ujar mama yang juga berada di sebelahku.
Ala, kan teko tu ada sebelah mama, mamalah yang
tuangkan, balasku selamba.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
9/72
Suria Fatin
9
Satu cubitan hinggap di pehaku. Mama kalau bab
cubit ni dah jadi hobi dia agaknya.
Aku menurut arahan mama dan menghulurkan
secawan kopi pada Haez, dia menyambut dengan senyuman
yang aku sendiri tidak pasti maksudnya.
Wah, malu-malu pula pengantin baru ni. Usik
mak su, sengaja.
Bila masa entah aku malu, geram aku dengan mak
saudara aku yang memang terkenal dengan mulut becok tu.
Karang ada juga yang kena sumpah dengan aku ni, jadi katak.
Eh tak, baik jadi peti ais, gerenti tak kecoh lagi.
Sakit hati aku apabila menjadi bahan usikan
saudara-mara aku, tapi aku tetap kena bersabar. Kontrol jiwa.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
10/72
Bila Cinta
10
AKU menyumbat semua barang-
barang aku ke dalam kereta.
Tidak sabar rasanya ingin keluar
dari rumah ni. Bukannya aku tak suka tinggal kat rumah
ni tapi mama yang membuatkan aku rimas. Semua benda
dilihatnya tidak kena pada aku. Entahlah, mungkin kerana
krisis beberapa tahun dulu.
Aku menuju ke arah babah dan mencium
tangannya, begitu juga mama.
Kamu tu, nanti ingatkan la acik. Bawak keretabaik-baik, jangan nak cepat sampai aje, pesan babah.
Baik bos, balasku.
Seronoknya orang tu, nak pergi honeymoon.
Tengok-tengok tak lama lagi jadi nenek la aku ni, celah mak
su yang entah dari mana munculnya.
Menyampah betul aku dengan orang tua ni, patut lasampai ke tua tak ada orang berkenan. Kalau bab bergaya
bukan main lagi, tapi perangai macam hampas. Selalu aje
melekat kat rumah ni, macam tak ada rumah sendiri.
Bab 3
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
11/72
Suria Fatin
11
Acik! Cepat la sikit, jerit aku.
Pap! Terasa bahu aku ditampar.Apa mama ni, sakitlah! ngomelku sambil
mengusap bahu. Yang Si Haez ni pun satu, lagi lama dekat
sini nanti lebih banyak pula bebelan yang aku terpaksa dengar
daripada mak su.
Dia tu sekarang suami kamu, mana boleh panggil
acik lagi, bebel mama.
Macam-macam la mama ni.
Ha, betul tu! Apalah kamu ni, yang tu pun nak
diajar, celah mak su lagi.
Wahai suamiku! Cepatlah keluar, isterimu dah
lama menunggu, jeritku sekali lagi.
Okey tak? sambungku lagi sambil menyoal mama
yang sudah masam mencuka. Aku tersengih menampakkan
gigi yang tersusun cantik. Eh, ya ke cantik?
Tidak pasal-pasal satu cubitan hinggap di lenganku.
Pada masa yang sama, aku lihat Haez sudah pun berada di
muka pintu dengan bagasinya.
Ha, Haez banyak tu aja ke barang kamu? soal
mama sambil tersenyum pada Haez yang sedang menyarung
kasut.
Amboi mama dengan Si Haez ni, bukan main
lembut lagi dia bercakap. Kalau dengan aku, jangan haraplah!
Ada lagi ma, yang lain ada kat rumah mak, nanti
Haez singgah rumah mak dulu, beritahunya sopan.
Untung juga aku kahwin dengan orang dekat, nantitak payah gaduh pasal balik kampung, macam cerita dalam
TV tu. Tapi, wujudkah perkataan nanti tu? Ah, lupakan aja!
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
12/72
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
13/72
Suria Fatin
13
tenang. Aku beralih ke katil, seronok juga kalau lelapkan
mata sebentar. Sepanjang perjalanan tadi aku langsung tidak
tidur.
Sebaik sahaja aku terjaga daripada tidur, jam sudah
pun menunjukkan pukul empat setengah petang. Aku terus
bangun lalu mencapai beg pakaianku mencari tuala mandi.
Dekat mana pula aku letak ni? Pakai ajalah tuala yang ada di
sini.
Selepas mandi aku bersiap ingin keluar, ada lagibarang yang tertinggal di kereta. Rasanya Haez sudah pun
keluar, kasutnya tidak ada. Lantaklah, peduli apa aku dia nak
ke mana.
PEMANDANGAN tasik yang indah membuatkan aku
menangguhkan dulu niatku. Aku menuju ke arah kerusi
yang terletak di tepi tasik. Kenapalah hati aku tak mampu
menjadi setenang ini. Bila bersendirian begini, aku tidak dapat
mengawal diriku daripada mengingati seseorang. Seseorang
yang sentiasa dirindui.
Azlan, bagaimana keadaan kau sekarang? Hati aku
terasa perit bila teringat hubungan kita berakhir begini.
Azlan, maakan Fatin.
Tepatkah keputusan yang aku buat ni? Kalau tepat
kenapa aku masih teragak-agak. Perlukah aku lalui semua ini
dan yang penting, kenapa aku? Air mataku menitis apabila
memikirkan aku telah melukakan hati orang yang disayangi.
Kenapa ni? Fatin menangis ke? soal Haez tiba-
tiba.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
14/72
Bila Cinta
14
Ha? Mana ada, orang mengantuklah, cerita ni
boring. Aku mengesat air mataku.
Filem yang ditayang tidak sedikit pun menarik
perhatianku. Berkali-kali aku menguap sehingga menitis air
mata.
Aku terbayang saat aku bersama Azlan, walaupun
kami baru setahun berkenalan, aku berasa senang dengannya.
Tidak mungkin dengan mudah aku akan melupakannya.
Hai, jauh termenung?
Lamunanku terhenti apabila disapa, terbang semua
khayalanku. Haez mengambil tempat di sebelahku. Aku
segera mengesat air mata yang tadinya mengalir. Dia tak
perasan agaknya.
Hai! ujarku tidak tahu ingin berkata apa. Aku
lihat dia melepaskan pandangannya ke arah tasik kemudianberpaling menghadiahkan senyuman padaku. Wah kalaulah
beberapa tahun dahulu dia senyum macam ni, dah pasti aku
cair. Tapi sekarang hati aku telah terpaut pada seseorang. Tapi
secara jujurnya, tak tentu arah juga aku bila dia senyum
macam tu.He he he....
Kak Marni macam mana sekarang? soalku tanpa
berkir.
Pap! Aku menampar pipiku sendiri apabila
menyedari aku tidak patut membangkitkan tentang itu, Kak
Iza pun sudah pesan. Apalah bengap sangat aku ni, macam
mana boleh terkeluar soalan tu.
Errr... maafah kalau...
Dia sihat agaknya. Tak ada apa yang perlu
dirisaukan pasal dia, harap dia bahagia dengan pilihannya,
ujar Haez memotong kata-kata aku.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
15/72
Suria Fatin
15
Ada satu riak pada wajahnya yang sukar untuk aku
tasirkan. Apakah yang dia rasakan sekarang ni? Wajahnya
yang pada awalnya tadi agak ceria, hilang seri walaupun dia
cuba mengukir senyuman.
Dah nak senja ni, jomlah! Ajak Haez lantas
bangun.
Aku hanya mengekorinya perlahan-lahan.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
16/72
Bila Cinta
16
PINTU bilik yang diketuk bertalu-
talu mengejutkan aku daripada
tidur. Aku mencapai jam
tanganku yang diletakkan di atas meja sisi katil. Baru pukul
lima pagi, malaslah aku hendak bangun lagi.
Aku menarik semula selimutku supaya menutup
seluruh tubuh. Namun hasratku tidak kesampaian apabila
sekali lagi kedengaran pintu bilikku diketuk.
Isy... apa pulak ni? Aku menggaru-garu kepalaku
walaupun tidak gatal. Aku melangkah malas ke arah pintu dan
membukanya. Aku menggosok-gosok mataku kerana
pandangan masih kabur dan aku menguap lagi. Sebaik sahaja
aku membuka mata, aku lihat Haez terpacak di hadapanku.
Dia seperti sedang menahan tawanya.
Aku pantas menutup kembali pintu. Aku menepukdahi, terasa malu pula bila kelakuanku yang agak tidak
senonoh itu dilihatnya.
Eee malunya aku.
Bab 4
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
17/72
Suria Fatin
17
Aku mengemaskan kembali rambutku yang serabai
menggunakan jari dan menarik naas panjang sebelum
membuka kembali pintu.
Kenapa acik? soalku dengan muka selamba bagi
menyembunyikan rasa maluku.
Tak. Sebenarnya Haez nak ajak pergi joging. Tapi
kalau Fatin mengantuk tak apalah, katanya masih
tersenyum.
Eh tak, tunggu kejap! jawabku pantas.
Mana ada aku mengantuk. Siapa kata aku
mengantuk? Aku mengomel sendiri.
Kalau rasa nak ketawa, teruskan aje la tak payah
nak tahan-tahan. Kataku sebelum menutup pintu. Baik dia
ketawa terus, daripada tersengih-sengih macam kerang
busuk.
TENGAH HARI, kami masuk ke water park di Bukit Merah
ni. Aku memang suka bab main air ni. Sorang pun tak apalah,
aku peduli apa. Walaupun tak padan dengan umurku.
Bosan betul Si Haez ni, asyik menghadap buku tu
aje. Detik hatiku apabila melihat dia asyik dengan buku yang
aku sendiri tidak pasti tajuknya. Cakap dengan aku pun kalau
ada kepentingan.
Lapar tak? Jom makan. Haez nak ke sana, ya tak?
bebelku sendiri bila teringat patah ucapan yang acap kalikeluar dari mulut Si Haez tu. Keluar sekali, tetapi kalau
berjalan, dia lima ela di depan.
Kami kemudian berjalan di kedai-kedai yang
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
18/72
Bila Cinta
18
terdapat di situ. Bagi aku inilah percutian yang paling
membosankan. Tetapi nasiblah bercuti di sini, dekat sikit.
Lagipun aku tidak punya banyak masa. Sudah hampir
seminggu aku tinggalkan butik semata-mata kerana
perkahwinan ini, dan kalau bukan kerana mama, aku takkan
terlibat dengan percutian gila ni. Teringat aku ketika mama
membangkitkan isu bulan madu.
Nah! Mama menghulurkan sekeping sampul
berwarna merah, siap dengan reben lagi. Aku segeramengoyak sampul terebut.
Apa ni ma, babah? soalku pada mama dan babah
yang berada di hadapanku.
La, pakej bulan madu untuk kamu la, balas
mama.
Aku membelek tiket yang diberikan mama. Gila apanak suruh aku ke sana.
Yalah. tapi kenapa pula sampai kena ke Itali?
Buang masa la mama, ujarku lantas memasukkan semula
tiket ke dalam sampul dan meletakkannya di atas meja di
hadapan kami.
Apa lagi kamu ni. Orang nak suruh pergi
melancong pun susah! Mama mula mengeraskan suaranya.
Dah la paksa aku kahwin, lepas tu nak suruh aku
pergi buang masa aku yang cukup berharga ni, pulak. Huh,
kali ini jangan haraplah aku nak setuju.
Mama ingat Fatin tak ada kerja ke, mana boleh
tinggal butik tu lama-lama. Haez pun mesti tak ada masa
juga, balasku mencari alasan dan sudah pastinya aku tidak
mahu mengalah.
Butik... butik... butik. Tak habis-habis! Haez kir
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
19/72
Suria Fatin
19
macam mana? Mama mengalihkan pertanyaan pada Haez
yang duduk di sebelahku.
Nasib baiklah pada waktu itu Haez bersetuju
dengan aku. Dan akhirnya, demi tidak membangkitkan
kemarahan mama, aku bersetuju untuk ke sini sahaja.
Honeymoon la konon.
Aku berhenti di hadapan sebuah kedai cenderamata.
Ada sesuatu yang menarik pandanganku. Aku menarik Haez
yang berada beberapa langkah di hadapanku.
Ops... errr... masuk sini kejap, ajakku lalu
melangkah masuk ke dalam kedai tersebut. Cantik-cantik
cenderamata di sini. Aku membelek beberapa gelas yang unik
berwarna hitam putih.
Aku perasan sejak melangkah masuk ke kedai ini
kami seperti diperhatikan. Aku memerhati sekilas padaseorang gadis yang turut berada di dalam kedai itu. Cantik
betul gadis tu, dengan baju merah jambu dan jumper skirt
berwarna krim, dia tampak ringkas dan ayu. Tapi kenapa
dari tadi dia pandang ke arah kami.
Siapa pula ni? Aku kenal ke dia tu. Isy... tak ingat la.
Nak kata pelanggan aku... entah la, yalah kut. Well akukan
terkenal.Ha ha ha... perasan!
Aku tersentak apabila tiba-tiba Haez memaut
pinggangku. Aku cuba menolak tetapi bertambah erat pula
pautan Haez.
Kita ke tempat lain, ujar Haez lembut, lantas
menarik aku keluar dari kedai tersebut.
Errr... acik, susah la nak jalan macam ni, ujarkukerana tangan Haez masih di pinggangku.
Apa masalahmamat ni? Tiba-tiba aje. Nampaknya
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
20/72
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
21/72
Suria Fatin
21
H AFEZ AZFAR bersandar pada
soa. Lampu apartmennya
pun tidak dinyalakan. Dia
melepaskan keluhan berat sementara matanya dipejam rapat.
Rasa penat berada di dalam bas tadi tiada apa-apa jika hendak
dibandingkan dengan berat galas di dalam hatinya.
Dia tersenyum apabila teringat gelagat Fatin ketika
menghantarnya ke Jalan Duta siang tadi. Kelam-kabut
jadinya, semuanya kerana terlewat bangun. Nasib Haez tidak
ditinggal bas. Sepanjang perjalanan dari Bukit Merah ke KL...Fatin tidak berhenti-henti merungut kerana Haez tidak
membangunkannya.
Ha... cepat la bawak turun beg tu, orang pergi
tengok bas, ujar Fatin kepadanya sebaik sahaja tiba di Jalan
Duta.
Fatin terkocoh-kocoh menuju ke arah kaunter
tanpa mempedulikan orang sekeliling. Entah berapa orang
yang dilanggarnya pun dia tidak pasti. Namun dia masih
mampu memberikan senyuman.
Bab 5
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
22/72
Bila Cinta
22
Bila dikirkan, Haez rasa cemburu dan pada masa
yang sama terdetik rasa kagum pada gadis itu. Bagaimana dia
masih mampu tenang, masih mampu ketawa. Padahal dia
harus menerima suatu yang bukan atas kehendaknya.
Haez menyalakan lampu meja di sebelah soa
apabila teleon bimbitnya sekali lagi berbunyi. Nama itu
muncul lagi di skrin teleon. Rasa rindu pada nama itu masih
belum terpadam, malah semakin menyesakkan dadanya.
Tetapi kenapa nama itu perlu muncul lagi setelah apa yangberlaku.
Haez sekadar merenung skrin teleonnya.
Untuk apa Marni? Detik hati Haez sebelum berlalu
ke bilik dan hanya membiarkan teleon terus berbunyi.
WAH! Berseri-seri nampak muka bos kita, ujar Shikin
sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam butik.
Tak ada maknanya, Shikin. Seri muka ke... tepung
talam ke... cekodok ke... bab membodek nombor satu.
Selamba aje aku memerli Shikin apabila melihatnya yangsudah tersengih-sengih seperti kerang busuk.
Eleh, Kak Atien ni... puji pun salah, ngomel
Shikin dengan muncung sudah sedepa.
Bukan salah... Kak Atien pun sedar, memang Kak
Atien sentiasa berseri-seri.So, tak payah nak tekankan lagi.
Sudah, pergi sambung kerja. Ni... Jojie mana? soalku.
Perasan! Ya la... orang tengah buat kerja la ni. Jojie
cuti, balas Shikin sambil tangannya lincah menyalin pakaian
pada patung.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
23/72
Suria Fatin
23
Hai... suka-suka aje cuti. Urgent ke? ujarku pula.
Entah la, Kak Atien... urgent la kut. Kalau taksalah, dia kata, nenek dia nak kahwin,
Ha? Macam-macam lakorang ni. Kata aku lantas
terus berlalu menuju ke pejabat.
Rindu rasanya pada pejabat ni. Di sinilah tempat
aku melakarkan imaginasi aku, berunding dengan pelanggan.
Semua atas dasar minat menyebabkan aku tidak pernah rasa
jemu bekerja. Tidak kisahlah kalau ada orang nak kata aku ni
gila kerja atau gila duit, sebab memang aku suka duit pun!
Kah kah kah!!! Aku mendepakan kedua-dua belah
tangan aku. Isy... kenapa aku gelak jahat ni. Nasib baik tak
ada orang, kalau tak bertambah kuatlah akta yang
mengatakan aku ni gila.
Hmmm..... rasanya tidaklah lama sangat aku cuti,tapi banyak pula benda yang aku kena uruskan.
PEN yang dari tadi digenggamnya, dilemparkan ke tepi. Azlan
tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap dokumenyang berada di hadapannya. Dia meraup wajahnya.
Kenapa terlalu sukar untuk melupakannya? Kenapa
aku harus tanggung semua ini... rintih hati Azlan.
Sebelum ini dia nekad akan cuba melupakan Fatin.
Tapi mengapa apabila melihat wajah itu, senyuman itu, hati
terasa bagai dicarik-carik. Terasa benci akan diri sendiri.Azlan teringat pada pertemuan tadi, tapi dia hanya
mampu memandang dari jauh. Pedih apabila menyedari
kenyataan bahawa insan yang dicintai tidak mungkin dimiliki.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
24/72
Bila Cinta
24
Sakit apabila terpaksa menerima hakikat hanya mampu
memandang dari jauh. Menatap di dalam sembunyi.
Agaknya inilah rasa orang yang pernah
dikecewakannya suatu ketika dahulu. Semua kerana rasa
benci terhadap wanita.
Azlan, you ingat seronok ke memendam rasa? I
benar-benar cintakan you. Dari dulu I sering perhatikan you
dari jauh, Ima menarik naas sebelum meneruskan kata-
katanya. Terasa sesak dada. Azlan masih diam tanpa sebarangreaksi.
Kemudian, you seperti memberi I harapan. Tapi
bila I luahkan perasaan I pada you... sambung Ima dengan
mata yang mula berkaca.
Maakan I... I tak mungkin dapat menerima mana-
mana perempuan di dalam hidup I, tegas Azlan bersahaja.Tapi kenapa? You tak boleh terus membenci
perempuan... ibu you juga seorang perempuan, desak Ima
dengan suara tersekat-sekat kerana menahan sebak.
Huh, ibu? Dah la I tak nak terus beri you
harapan. Baik hentikan semuanya di sini, balas Azlan
sebelum berlalu.
Kini kata-katanya pada waktu itu seperti memakan
diri. Ketika hadir seorang wanita yang berjaya mengubah
persepsinya, dia dilukai. Mungkinkah ini suatu pembalasan?
Azlan mencapai kembali pen yang dilempar tadi dan
dimasukkan ke dalam bekasnya. Pen pemberian Fatin yang
selama ini tidak pernah ditinggalkan diletakkan di dalam laci.
Hatinya perlu kuat, Fatin harus dilupakan. Khayalannya mati
apabila pintu biliknya diketuk. Azlan mengemaskan kertas-
kertas di atas meja yang berselerak dek tempias emosinya
sebentar tadi.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
25/72
Suria Fatin
25
Encik Azlan, ini dia surat ikatan penyerahan hak
yang encik minta. Najwa pekerjanya datang menyerahkan
dokumen yang diminta.
Kau ni cuba okus sikit boleh tak? Kan saya minta
surat aku janji dan sebut harga! Azlan mula meninggikan
suaranya.
Tapi... Najwa ingin menyambung kata-katanya
tetapi pantas dipotong oleh Azlan yang menyuruhnya keluar.
Gila apa bos aku ni? Tadi betul la dia minta surat ni,
takkan aku pekak kut, detik hati Najwa.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
26/72
Bila Cinta
26
GELAS yang berisi air kosong
itu sudah hampir separuh
diminum, namun insan yang
dinanti masih belum tiba. Aku merenung jam di pergelangan
tangan. Perasaanku bercampur baur ketika ini. Harap-harap
dia datang, kerana selama ini sudah banyak kali aku cuba
menghubunginya tetapi tiada jawapan. Nasiblah akhirnya
dapat juga aku buat temu janji dengan dia. Itu pun sebab aku
teleon pejabat. Entah apa yang sibuk sangat pun tak tahu.
Tapi pelik juga sebab sebelum ni, Shikin pernah cakap waktu
aku cuti dulu dia sibuk cari aku.
Bosan pula menunggu Si Azlan ni, kalau tak mahu
datang cakaplah awal-awal. Puas aku membebel sendiri. Aku
mencapai kentang goreng di hadapan lalu disusun satu per
satu menjadi satu perkataan. W. I. T. C. H isyapasalahli
sihir pula. Aku mengubah pula dengan menyusun secara
bertingkat-tingkat.Hai! Nak tukar proesion ke? Jadi arkitek pulak...
design bangunan?
Bab 6
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
27/72
Suria Fatin
27
Opocot Mak Zah kau jatuh!Fuh, terkejut aku. Nasib
baik tak melatah betul-betul. Imaginasi aje lebih.
Hah! Hai duduklah, ujarku sambil mengurut
dada. Terkejut aku. Dah la lambat, lepas tu muncul mengejut.
Nasib baik hidup lagi aku ni. Kalau kena heartattack nanti
ramai pula yang makan hati. Akukan ramai peminat. Wah...
perasan betul aku ni.
Ya, Fatin nak cakap apa? Maafah, Azlan tak ada
banyak masa ni, ujar Azlan sebaik sahaja duduk.
Hatiku sedikit tersentuh apabila dia berkata begitu.
Selama ini Azlan tak pernah pun begini, dia juga pernah kata
yang apabila bersama dengan aku, masa bagai terhenti dan
tidak kisah kalau melayan kerenahku seharian pun.
Hmmm... Shikin dah beritahu semuanya, kan? Jadi
Fatin nak pulangkan ni, ujarku perlahan lantasmenghulurkan kotak yang sedari tadi aku terletak di atas
meja.
Azlan menyambut kotak itu dan aku lihat dia
tersenyum.
Anything else? soal Azlan yang kelihatan tenang
sahaja.
Tingkahnya membuatkan aku serba salah. Seolah-
olah pertemuan ini tidak mempunyai makna dan reaksinya
ketika aku memulangkan cincin lamarannya tidak aku duga.
Aaa... errr tak ada apa dah. Okeylah Fatin
pergi dulu. Aku terus bangun dan berlalu.
Tahan la aku, Azlan. Kenapa tak tahan, aku nak
pergi ni. Isy apa kesudahan ni, tak macam dalam drama
yang aku selalu layan tu. Bukankah waktu-waktu macam ni
hero seharusnya tahan heroin daripada pergi atau sekurang
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
28/72
Bila Cinta
28
kurangnya minta aku berikan penjelasan. Takkan aku nak
patah balik. Oh, tak mungkin!!!
AZLAN menoleh ke arah Fatin yang baru sahaja melangkah
keluar dari restoran itu. Hatinya terasa bagai dicarik-carik.
Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya apabila cuba
menahan kesedihan berhadapan dengan insan yang disayangi.
Senyuman yang dilemparkan pada Fatin sebentar tadi bagaikan
suatu virus yang kini memakan dirinya. Kotak cincin yang
sejak dari tadi berada di tangan, digenggam erat.
AKU melangkah masuk ke dalam butik. Sudah hampir
setengah hari aku tinggalkan butik. Semua kerana suatu
pertemuan yang sia-sia.
Kenapa semuanya berakhir begini? Aku tidak
pernah menjangka Azlan akan menunjukkan reaksi sebegitu.
Apa aku ni tak langsung bermakna pada pandangan dia?Kenapa dia setenang tu, palsukah kata-katanya suatu ketika
dulu? Memanglah aku yang bersalah, aku yang
mengkhianatinya. Tetapi sekurang-kurangnya izinkanlah aku
memberi penjelasan, paling tidak pun, marahlah aku, atau
katakan saja kau bencikan aku. Jika begitu, sekurang-
kurangnya aku tahu macam mana perasaan kau.
Wah... aku macam tak percaya. Ini tak boleh jadi...
ingat aku hadap sangat ke dengan dia. Huh! Boleh jalanlah!
Helo, sis! Hidup lagi ke ni? tanya Shikin sambil
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
29/72
Suria Fatin
29
tangannya melambai-lambai di hadapan muka aku. Terkejut
juga aku apabila melihat wajah Atie dan Jojie yang begitu
hampir denganku.
Apa? soalku agak malas.
Tak ada la... kita orang tengok sejak dari masuk
tadi, Kak Atien asyik duduk kat sini. Muka macam orang tak
berperasaan aje.... sudah macam zombie, tapi mulut asyik
terkumat-kamit macam baca mantera, terang Shikin
bersungguh.
Apa zombie? Kau orang ni tak ada kerja ke? Baik
pergi sambung kerja sekarang sebelum Kak Atien jadizombie
betul-betul! ugutku pada mereka berdua. Tahu pun kelam-
kabut bila aku cakap macam tu.
Uish... semenjak dah jadi isteri orang ni, makin
garang pula, rungut Jojie.Apa kau kata Jojie? Aku macam terdengar ada
orang minta kurangkan gaji aje. Sengaja aku ingin
menyakat.
Tak adalah bos. Ni ha... cerita kat Atie, isteri Wak
Leman tu bela kucing Siam, bukan main garang lagi! jerit
Jojie yang sedang berjalan menuju ke arah stor.
Oh... macam tu ya. Setahu Kak Atien la kan, isteri
Wak Leman tu dah lama meninggal. Balasku sebelum
melangkah masuk ke dalam bilik.
ISTERI?
Kenapa kadang-kadang aku boleh lupa yang aku ini
sudah pun menjadi isteri orang.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
30/72
Bila Cinta
30
Aku mengalihkan tubuhku supaya mengiring.
Bantal yang berada di sebelah aku dakap erat.
Setelah sebulan aku sah menjadi isteri orang,
sebentar tadi aku menerima panggilan daripada Haez.
Katanya kami perlu pulang ke rumah mama hujung minggu
ni juga, dalam erti kata lain esok la tu! Mama ni pun satu,
ada aja arahan yang nak diberi, sudah tu bukan nak beritahu
awal-awal. Apa pula rancangan mama kali ini?
AKU tiba di Sungai Petani lebih kurang jam dua petang tadi
dan pada ketika itu Haez belum pun sampai. Puas aku dengar
bebelan daripada mama kerana tidak pulang sekali dengan
Haez. Kalau Haez duduk kat KL tak apalah, ni Terengganu.Sedang aku leka menonton televisyen, terdengar
bunyi enjin kereta di luar. Haez sudah sampai la tu.
Fatin! Kedengaran suara mama memanggil aku
dari luar.
Alah... nak apa lagi, tahu la menantu kesayangan
dia dah pulang.Sampai sahaja di pintu, aku hanya memandang ke
arah mama dan pada ketika itu Haez sedang mengangkat
begnya keluar dari kereta. Mama menjegilkan mata padaku
seperti memberi isyarat. Aku memandang mama sekali lagi.
Ha, kenapa yang tercegat macam patung dekat
situ? tegur mama apabila menyedari aku tidak membantu
suamiku itu.Erk....
Ooo... aham... aham. Banyak songeh betul la
mama ni.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
31/72
Suria Fatin
31
Oh, suamiku yang tersayang sudah tiba rupa-
rupanya. Bagaimana dengan perjalanan kanda? Tahukah
bahawa dinda sudah lama menanti, ujarku pada Haez lantas
menghulur tangan padanya dan tangannya kucium.
Haez kelihatan sedikit terkejut dengan kelakuan
aku yang secara tiba-tiba itu. Pandai juga aku berlakon, kalau
tak salah aku ni kali kedua aku terpaksa menebalkan muka
bersalaman dengannya. Kali pertama, sudah semestinya
waktu selepas akad. Wah, nampak sangat aku ni isteri mithali,kan?
Ketika ingin melangkah masuk ke dalam rumah,
mama berbisik pada aku.
Tak payah laoversangat!
Aku hanya tersenyum, memang aku sengaja nak
mengenakan mama.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
32/72
Bila Cinta
32
A
PA? Aku meletak kembali
cawan ke atas meja di
hadapanku. Tersedak aku
dibuatnya. Macam mana mama boleh terkir macam ni.
Tidak! Tak mungkin aku dapat ikut kehendak mama dan
babah kali ini.
Alah... betul kata babah kamu tu. Kau orang dah
kahwin, sampai bila nak tinggal berasingan macam ni? soal
mama yang bersetuju dengan saranan babah.
No way, mama! Kalau mama nak Fatin tinggalkankerjaya Fatin, Fatin tak setuju! balasku tanpa sedar sedikit
meninggikan suara.
Setelah apa yang aku usahakan dan aku kecapi demi
cita-cita aku ini, tak mungkin aku akan lepaskan begitu
sahaja.
Kamu sedar sikit yang kamu tu perempuan dansekarang dah jadi isteri orang! Apa salahnya kalau kamu
lupakan butik kamu tu dan tinggal aja bersama Haez. Dia
pun mampu! marah mama tidak puas hati.
Bab 7
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
33/72
Suria Fatin
33
Suasana menjadi semakin tegang, babah hanya
mendiamkan diri, begitu juga Haez.
Isy... takkan nak gaduh lagi ni. Suasana sekarang
benar-benar mengingatkan aku pada pertengkaran aku dan
mama dulu. Pada waktu aku memilih untuk melanjutkan
pelajaran di dalam bidang rekaan. Hasilnya hampir berbulan
aku dan mama tidak bercakap. Okey... kalau mama tetap nak
paksa aku, aku pun takkan berganjak daripada pendirian aku
sekarang. Huh! Ni Fatin la... dengan kuasa bulan, akanmenghukummu! Isy... aku merepek lagi!
Ha, kenapa kamu diam? Aku memandang ke arah
mama apabila disoal begitu.
Mama... Fatin akan tetap dengan keputusan Fatin!
Aku malas ingin berkata panjang. Lagipun segan rasanya
bertengkar di depan Haez.Kamu tak aham ke cakap mama! Kalau dah mama
cakap macam tu macam tu la! Cakap aja berapa ganti rugi
untuk butik kamu tu, mama boleh ganti! ujar mama turut
tidak mahu mengalah.
Aku lihat babah cuba menenangkan mama. Bukan
duit yang aku mahu. Mama tak aham dan tak mungkin akan
aham.
Ma... Belum sempat aku menghabiskan kata-kata,
terasa tanganku disentuh Haez. Aku memandang ke
arahnya.
Sudah la... tak payah risau. Biar Haez aja yang
minta tukar. Kalau susah-susah... Haez berhenti pun tak
apa, ujar Haez yang tiba-tiba bersuara.
Aku membulatkan mata memandang ke arahnya.
Apa yang dia cakap ni?
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
34/72
Bila Cinta
34
Isy... takkan la sampai macam tu, ujar babah
serba salah dengan Haez manakala mama hanya mampu
terdiam.
Tak apalah babah lagipun Haez memang dah
minta transer, tapi sampai sekarang tak dapat keputusan.
Kalau berhenti pun tak apa, sebab Haez ada terima tawaran
daripada kawan. Dia ajak kerja dengan syarikat amily dia,
tambah Haez lagi sambil tersenyum.
Kalau macam tu tak apalah Haez tapi malu pulamama dengan Fatin ni. Sepatutnya isteri yang kena ikut
suami, ini tak! Kata mama lantas bangun menuju ke bilik.
Terasa juga aku... teruk sangatkah aku ni, tapi...
JAM menunjukkan hampir pukul dua belas tengah malam.
Seram sejuk pula rasa duduk di luar ni. Tak sedar pula berapa
lama aku termenung di sini. Terleka dibuatnya berada di tepi
kolam ni. Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Haez tentu
sudah tidur, mungkin letih memandu dari Terengganu.
Tanggapanku meleset apabila sebaik sahaja aku
melangkah masuk ke dalam bilik, kelihatan Haez sedang
khusyuk di hadapan lap-topnya. Aku meneruskan langkahku
menuju ke arah bilik air untuk membersihkan muka. Alah...
kenapalahmamat ni tak tidur lagi, gerutu hatiku.
Acik tak nak tidur lagi ke? soalku setelah melihat
Haez masih lagi sibuk dengan kerjanya sedangkan aku sudah
bersiap untuk tidur.
Kenapa? Cerah sangat ke? Nak Haez tutup
lampu? soalnya.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
35/72
Suria Fatin
35
Mana ada cerah pun setakat lampu meja yang
dipasang.
Eh, tak adalah... saja tanya, jawabku lantas
menarik selimut. Aku sebenarnya rasa bersalah pula apabila
tidak langsung mahu mengalah. Beberapa kali aku mengalih
posisi namun mataku masih begitu degil. Aku berpaling ke
arah Haez yang masih sibuk dengan kerjanya.
Kenapa? soal Haez tiba-tiba sedangkan matanya
masih tertumpu pada lap-topnya. Ha? Dia perasan ke akutengok dia. Isy... dah sah dia ada kuasa sihir!
Eh... tak adalah. Acik betul-betul tak kisah ke?
dugaku.
Haez membuka cermin mata yang hanya dipakai
sekali-sekala itu lalu diletakkan di atas meja. Entah kenapa
aku rasa suka pula melihat dia buat begitu. Macam bergayasangat. Alamak! Macam mana boleh terkir macam tu? Ala
biasa la tu watak jahat selalu berlagak cool.Hu hu hu....
Sudahlah tak payah kir pasal tu. Haez dah
buat keputusan dan itulah yang Haez mahu, tegas Haez
sambil memandang ke arahku sekejap sebelum kembali
menyambung kerjanya.
Tapi... Aku masih merasa ragu. Itu bukan jawapan
yang aku mahukan.
Dia kembali berpaling padaku.
No more tapi tadi bukan Fatin nak tidur dah
ke? Tak mengantuk dah keornak Haez temankan baru boleh
tidur? tanya Haez tanpaku sangka.
Makai!!!
Eh, bila orang cakap tak mengantuk?Huwahhh
mengantuknya. Tak tahan dah ni. Betul mengantuknya.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
36/72
Bila Cinta
36
Okeylah, selamat malam! ujarku cepat-cepat. Sengaja buat
begitu takut lainpulak yang jadi.
Wah, pandai tak aku berlakon? Agaknya dia perasan
tak aku berlakon tadi?Hu hu hu... tak kut. Tapi macam mana
ni? Aku tak mengantuk lagi pun. Alah, pejam ajalah. Aku tak
dapat bayangkan kalau ahli sihir tu tidur di sebelah aku. Apa
akan jadi pada aku? Mungkin senyap-senyap dia akan tikam
aku atau menggunakan kuasanya untuk membunuh aku,
macam dalam anime yang aku tengok semalam. Oh tidak!Imaginasiku semakin melampau sekarang. Inilah akibatnya
kalau suka sangat tonton televisyen.
Haez tersenyum sendiri. Entah kenapa
kebelakangan ini dia semakin mudah tersenyum, walaupun
kerana perkara yang kecil. Fatin berjaya buat dia tersenyum.
Haez merenung wajah Fatin, dia tahu Fatin masihbelum tidur. Apa istimewanya Fatin, jika hendak
dibandingkan dengan Marni yang jauh lebih manis dan
sopan? Tetapi dia tahu ada sesuatu kelainan di dalam diri
Fatin yang membuatkan dia lain daripada orang lain. Dia
punya sesuatu, sesuatu yang benar ingin diketahui Haez.
Baginya, Fatin merupakan gadis yang biasa tetapi penuh
rahsia.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
37/72
Suria Fatin
37
TELEFON yang berbunyi
membuatkan tidurku sedikit
terganggu, padahal aku juga
yang kunci jam. Ah, baru pukul lima setengah pagi. Pantas
aku mematikan jam. Mataku masih belum dapat dibuka
sepenuhnya. Malam tadi entah pukul berapa baru aku boleh
tidur.
Aku menarik selimut supaya menutupi seluruh
tubuhku. Ha... syoknya tidur sejuk-sejuk macam ni.
Mami Su! Mami Su! Tiba-tiba terasa bahukudigoncang. Ini tak lain mesti Si Adam, mesti mama yang
suruh dia gerakkan aku.
Aku menarik selimut yang menutupi wajahku.
Apa Adam... jangan la kacau Mami Su nak tidur,
ujarku malas.
Aku melihat jam yang terpapar di skrin teleonku.enam empat puluh lima pagi dah? Cepatnya. Argh!!! Tapi
aku masih mengantuk.
Tuk ma panggil Mami Su. Bangun la tuk ma
Bab 8
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
38/72
Bila Cinta
38
kata kalau bangun lambat nanti rezeki tak come in! kata
Adam sementara tangannya masih menggoncang tubuhku.
Banyak la kau! Dengusku di dalam hati.
Adam baru saja berumur empat tahun. Tapi kalau
bab bercakap, kalah mak su aku.
Adam keluar dulu. Cakap kat tuk ma, Mami Su
ada kerja, ujarku lantas menarik semula selimut. Banyak la
aku punya kerja!
Nasib baik dengar cakap pula Si Adam ni. Sebelum
memejamkan mata, aku sempat mengerling ke arah tempat
tidur Haez, dan dia tiada di situ.
Ah lantaklah, aku mengantuk ni!
Rasanya baru lima minit aku terlena, sekali lagi
tidurku diganggu. Bahuku digoncang lagi tapi kali ini
lebih lembut. Adam lagi la ni.
Ah, malas aku nak layan....
Aku menarik selimut menutup seluruh tubuh.
Kenapa banyak sangat rintangan untuk aku tidur ni. Aku
cuba untuk menyambung kembali tidurku tetapi tidak
berjaya.
Sayang oi... jangan la kacau... mengantuk ni!
ngomelku malas bercampur geram.
Aku menolak tangan yang sedari tadi berada di
bahuku. Aik? Kenapa besar pula tangan Si Adam ni. Aku
buka mataku perlahan-lahan.
Mak kau! Bukan Adam, Haez rupa-rupanya.
Aku pantas menutup kembali mataku, berpura-pura tidur. Tak boleh buka mata, malunya aku. Dah la aku
pergi sebut sayang. Tak pasal-pasal pula dia perasan nanti.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
39/72
Suria Fatin
39
Sorry ganggu. Sebenarnya nak ajak pergi rumah
mak sekejap. Tapi kalau Fatin mengantuk, tak apalah,
terang Haez lembut.
Ish... serba salah pula aku. Aku membuka mataku
kembali. Aku lihat dia berada di meja kerja dan tersenyum
ke arahku.
Ya la... tapi kena tunggu orang mandi dulu. Aku
segera bangun dan mencapai tuala sebelum melangkah
malas ke bilik air. Isy... tension betul! Dari semalam adasahaja benda yang menyakitkan hati. Mamat ni pula, entah
kenapa dari tadi asyik tersengih-sengih macam kerang
busuk.
Cepat sikit mandi tu ya sayang! usik Haez sebaik
sahaja aku menutup pintu bilik air.
Argh! Jeritku. Geram betul! Itu tak lain nak perliaku la tu. Salah aku juga, yang aku pergi sebut sayang tadi
buat apa, tapi... aku ingat Adam. Ah, peduli apa aku. Tapi...
bencinya!!!
Haez hanya tersenyum sebelum melangkah keluar
dari bilik.
SEMINGGU sudah berlalu dan semalam Haez meneleonku.
Katanya, pertukarannya telah diluluskan dan pada hujung
bulan ini dia akan berpindah ke sini.
Oh tidak! Aku tak dapat terima kenyataan ni. Isy...
leceh la, lepas ni hilanglahprivacy aku dekat rumah sendiri.
Aku mengemas lakaran-lakaran yang bersepah di
atas meja, dan bersiap ingin keluar. Sebentar lagi aku ada
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
40/72
Bila Cinta
40
temu janji dengan pelanggan di Le Meridien Hotel. Masih
ada satu jam lagi, sempatlah aku singgah Kinokuniya untuk
beli buku kegemaranku atau lebih tepat lagi, komik. Ramai
orang berpandangan aku seperti budak-budak kerana minat
aku terhadap benda-benda seperti ini. Kata mereka, tak
berpadanan dengan umur aku. Tapi aku peduli apa, komik
dan anime banyak memberi inspirasi di dalam kerjaya aku
sebagai pereka esyen. Tapi aku akui la, sedikit sebanyak ia
mempengaruhi corak pemikiran, itu la sebabnya imaginasiaku dahsyat.
Aku melangkah keluar dari butik dan berjalan
menuju ke Kinokuniya. Tidak jauh pun dari butik aku.
Separuh jalan, aku terasa malas pula nak masuk. Tetapi
alang-alang dah dekat, masuk ajalah.
Aku meneruskan langkahku ke arah sudut
kegemaran. Semenjak aku melangkah masuk tadi, entah
kenapa aku terasa diri diperhatikan. Aku menoleh ke kanan,
jantungku bagai disentap apabila terpandang wajah itu.
Wajah insan yang sering muncul di dalam sketsa mindaku.
Azlan!
Aku melambai ke arahnya sambil tersenyum. Tak
sangka pula dapat bertembung dengannya, aku sangkapertemuan yang lepas merupakan pertemuan yang terakhir.
Dia tak nampak aku ke? Kenapa dia pusing ke arah
lain? Terdetik hatiku apabila melihat reaksi Azlan seperti
tidak perasankan aku. Bukankah tadi dia memandang ke
arah aku?
Tak apalah, biar aku yang pergi tegur dia. Tapisebaik saja aku memulakan langkah, aku lihat dia pantas
melangkah keluar.
Dia tak nampak aku ke? Atau... dia sengaja nak
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
41/72
Suria Fatin
41
larikan diri dari aku? Isy... tak mungkin. Dia tak perasan la
tu. Tapi malu pula aku dari tadi asyik melambai sorang-
sorang. Amoi ni pun dari tadi pandang aku semacam, baik
aku keluar. Terbantut niat aku nak cari komik
kegemaranku.
AKU suka suasana di KL Sentral ini. Aku dapat melihat
pelbagai ragam gelagat manusia. Sudah lama rasanya aku
tidak naik LRT. Entah apa mimpi aku hari ni.
Aku tertarik melihat satu pasangan yang duduk
tidak jauh daripada tempat aku berdiri sekarang. Tangan
lelaki itu melingkari bahu pasangannya sambil bermain
dengan bayi yang dipegang oleh wanita itu. Sesekali akudapat lihat dia menghadiahkan senyuman kepada wanita itu.
Aku dapat rasa, betapa bahagianya mereka.
Bertuahnya wanita tu. Kalaulah aku yang berada
di tempatnya alangkah bagusnya. Ini tidak, pada luaran
semua orang ingat aku bertuah, punya segala-galanya
kerana berkerjaya hebat pada usia begini. Huh, sebenarnya
akulah orang paling malang. Ada kerjaya tetapi tak direstui
mama, ada kekasih tetapi semakin menjauh malah aku
sekarang punya suami tetapi sekadar pada nama.
Aku melihat jam di pergelangan tangan. Alamak,
lagi sepuluh minit! Ni semua berangan punya pasal. Aku
memulakan langkahku pantas.
Aduh! Kerana tergesa-gesa, secara tidak sengajaaku terlanggar seseorang.
Buta ke? marah gadis yang berlanggar dengan
aku tu. Cantik perempuan ni, tapi tak berbudi bahasa,
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
42/72
Bila Cinta
42
hampeh! Dia kemudian berlalu begitu saja, aku pun tak
sempat nak minta maa.
Eh, kejap! Macam pernah tengok la perempuan ni.
Tapi di mana ya? Ah, lantaklah! Aku pun dah lambat ni.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
43/72
Suria Fatin
43
PAGI ini seperti biasa, aku bangun
lewat lagi. Nasib baik malam
tadi aku sudah siap mengemas
rumah. Ya. Hari ni merupakan satu hari yang bakal memberi
impak pada aku walaupun impaknya tidaklah sebesar hari aku
bergelar isteri.
Argh! Macam mana ni? Hari ni Haez akan pindah
masuk. Apa harus aku buat? Bentang permaidani merah dan
taburkan kelopak mawar sebaik saja dia masuk sambil
menyanyi lagu You Were Meant For Me? Atau aku bolehtukar suasana rumah ni, tutup semua langsir, nyalakan lilin
banyak-banyak... mainkan lagu tema The Phantom O The
Opera dan aku akan berusaha buatkan dia lari dari sini dan
takkan kembali? Ataupun... aku tinggalkan mesej pada dia,
katakan aku terpaksa pergi ke luar negara buat sementara
waktu, padahal aku tak akan kembali lagi buat selama-
lamanya?Ha ha ha! Apa yang aku kirkan ni? Aku menggaru-garu
kepala walaupun tidak gatal.
Bab 9
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
44/72
Bila Cinta
44
Hmmm... hakikat tetap hakikat dan aku harus
terima ataupun lebih tepat aku sepatutnya menerima hakikat
ini semenjak aku menerima panggilan daripada mama
beberapa bulan yang lalu. Panggilan yang menyatakan
hakikat pada masa itu aku bakal bergelar isteri kepada Haez
Azar. Bukan pada insan yang telah melamar aku pada malam
yang sama aku menerima panggilan itu.
Hujung minggu ni kamu boleh balik tak? soal
mama sebaik saja aku menjawab salamnya.Kenapa ma? Rasanya tak boleh, banyak kerja la.
Ada hal penting ke? balas aku. Mimpi apa pula mama ni
teleon malam-malam macam ni.
Mesti la penting. Takkan kamu tak boleh balik
sekejap pun? soal mama lagi seakan mendesak. Rasanya baru
dua minggu lepas aku balik sana, bukannya aku tak nak balik,tapi banyak kerja yang perlu aku selesaikan.
Apa yang penting sangat tu, cakap sekarang tak
boleh ke ma?
Sudahlah, kalau kamu tak nak balik, ni... mama
nak beritahu siang tadi amili Uncle Rosli kamu datang,
meminang kamu untuk Haez!
Apa ma? Fatin tak setuju! bentakku. Apa yang
mama cakap ni?
Kenapa pula tak setuju? Kamu ingat kamu tu
muda sangat? Nak harap kamu cari sendiri, agaknya sampai
mama mati pun belum tentu. Asyik sibuk dengan kerja yang
kononnya bagus sangat. Kata-kata mama kedengaran keras.
Tapi ma ni soal hidup Fatin. Fatin dah
Dari dulu semua orang kena ikut kata kamu, tak
kira. Mama dah pun terima pinangan tu, kamu jangan nak
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
45/72
Suria Fatin
45
malukan mama. Kalau tak, jangan panggil mama lagi!
marah mama kemudian berlalu pergi.
Kata-kata mama pada ketika itu masih lagi
terngiang-ngiang. Aku tidak mungkin lupa hari itu, hari aku
menerima dua kejutan besar di dalam hidup aku.
Malam itu aku telah dilamar Azlan. Memang aku
gembira mendengar luahan hati Azlan tetapi aku sengaja
tidak memberi jawapan pada ketika itu. Kononnya nak tiru
macam di dalam lem tu, bila dilamar, cakap nak kirkandulu. Huh, belum apa-apa... balik rumah malam tu, aku
terima panggilan maut daripada mama.
Bunyi loceng pintu membuatkan aku kembali ke
alam nyata. Itu mesti tak lain. Kalau bukan Haez, mesti
budak piza. Eh, mana ada aku pesan piza. Mengarut aja aku
ni! Aku pantas melangkah menuju ke arah pintu, dan sepertiyang aku jangkakan, memang Haez, bukan budak piza atau
Pak Mat, ketua pengawal keselamatan yang cukup berhemah
di sini.
Sila, harap acik tak kisahlah... apartmen ni tak la
besar mana pun, ujarku kepada Haez yang kelihatan sedikit
kekok melangkah masuk ke rumahku.
Oh... tak... tak apa... cantik. Terasa macam lem
dulu-dulu pula. Semua hitam putih, ujarnya sambil berjalan
menuju ke arah soa. Hitam dan putih adalah warna
kegemaran aku, kalau boleh semua benda aku nak hitam dan
putih. Hiasan dalaman rumah aku ni pun semua aku punya
idea. Tapi kalau orang tengok rumah aku ni, rasa-rasanya
mesti ingat aku ni psiko. Oh tidak!
Tak ada la semua... tu bunga tukan warna merah.
Lagi... ha, ni majalah ni warna-warni. Nak tambah warna lagi,
buka TV. Ni TV warna tau, balasku sambil menunjuk ke arah
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
46/72
Bila Cinta
46
majalah yang berada di atas meja dan TV pada Haez. Aku
lihat dia hanya tersenyum.
Aaa... tak apalah, acik duduk dulu, Fatin pergi buat
air kejap, tambah aku apabila melihat Haez masih diam.
Terasa janggal pula bila terdapat lelaki di dalam rumah ni,
biasanya aku duduk sorang aja. Tambah pula... aku tak tahu
nak berbual-bual apa dengan dia. Aku macam tak percaya
yang aku bakal tinggal sebumbung dengan seorang lelaki
walaupun pada hakikatnya dia suami aku.Argh!!! Macammana hari-hari aku seterusnya.
Banyak ni aja barang acik? Aku meletakkan
secawan kopi di hadapan Haez dan mengambil tempat di soa
sebelahnya. Aku cuba berlagak biasa, harap-harap dia tidak
perasan kejanggalan aku.
Buat masa sekarang, ni aja la. Hmmm... tak sunyike duduk seorang-sorang kat rumah ni? soal Haez. Cawan
di hadapannya dicapai.
Siapa kata duduk sorang? balasku. Dia meletakkan
kembali cawan ke atas meja. Reaksinya menunjukkan seperti
dia terkejut. Nak tergelak pula aku.
Bell! Bell! Mana pula dia pergi ni.
Siapa? soal Haez.
Kucing la... entah mana pula dia pergi, tidur
agaknya, balas aku dengan mata masih meliar mencari
kelibat Bell.
Aku memandang ke arahnya, kelihatan reaksinya
sama seperti tadi. Aku buat lawak ni, kenapa dia tak gelak
atau senyum macam biasa. Ini tidak. Asyik buat muka tidak
ada perasaan saja. Agaknya spesis dari dunia gelap memang
macam ni. Tapi sekurang-kurangnya cakaplah sesuatu,
tidaklah aku rasa kekok macam ni.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
47/72
Suria Fatin
47
Hmmm, tak apalah acik. Fatin kena pergi butik ni,
tu bilik acik. Buatlah apa yang patut dan satu lagi, kunci
rumah ada dekat tepi pintu tu. Okeylah, Fatin nak pergi
bersiap ni. Pesanku lantas segera bangkit dari soa. Baik juga
aku keluar, daripada duduk di dalam suasana yang pelik
macam ini. Nampaknya sekarang aku sudah dapat merasakan
aura dunia kegelapan di dalam rumah aku ni.
HONDA JAZZ hitam dipandu perlahan. Ke mana sebenarnya
yang aku nak pergi pun tak pasti. Takkanlah nak pergi butik
pula, akukan cuti hari ni. Isy... nak ke mana ni?
Nampaknya... aku tak ada pilihan lain. Aku
melangkah masuk ke dalam butik. Boleh tahan pula akutengok pelanggan hari ni, tak sia-sialah aku datang walaupun
cuti.
Eh bos, kata cuti. Kenapa datang pula ni? soal
Jojie yang entah muncul dari mana. Tiba-tiba saja, nasib baik
aku tak melatah.
Hai... nikan butik aku. Tak boleh ke kalau aku
datang? ujar aku pada Jojie sementara dia hanya tersengih
seperti kerang busuk.
Haahkan... betul juga tu, macam mana boleh
terlupa pula. Jojie menggaru-garu kepalanya.
Yalah tu macam-macam la kamu! Ni, pergi
panggil Shikin, cakap aku tunggu kat dalam, ujarku sebelum
melangkah menuju ke pejabat.
Aku bersandar pada kerusi sambil jari-jemari aku
mengetuk meja. Apa aku nak buat ni? Kerja pun tak banyak
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
48/72
Bila Cinta
48
sekarang, sebab itulah aku boleh ambil cuti. Tempahan untuk
minggu depan pun aku sudah siapkan.
Aku merenung skrin komputer di hadapanku,
takkanlah aku nak main game. Bosanlah, tak adagame baru
pun.
Hai, Kak Atien... jauh termenung! Bila pulalah Si
Shikin ni masuk, bukan tahu nak ketuk pintu dulu.
Tak ada maknanya termenung. Kak Atien tengah
kir pasal kerja ni, Yalah sangat aku kir pasal kerja.
Shikin hanya tersenyum, aku tahu dia mesti tak
percaya pun cakap aku. Aku mana ada masalah sangat pun
kalau hal kerja. Kalau ada pun, aku takkan termenung
macam ni.
Ha! Kamu ni pun satu. Masuk sini bukan tau nak
ketuk pintu, tak pun bagilah salam, tegurku apabila melihatShikin masih tersenyum.
Ops, sorry! Terlupa. Hmmm... kenapa Kak Atien
nak jumpa Shikin ni? Shikin menarik kerusi di hadapanku
dan terus duduk.
Hai... siapa jemput kamu duduk? Ni, cash yang
Kak Atien suruh bank-in semalam dah buat? soalku sambiltangan bermain dengan pen di atas meja.
Penat la berdiri. Duit tu dah selesai semalam lagi,
jawab Atie sambil menghulurkan ail kepada aku.
Fabrik untuk Puan Mona tu dah sampai? soalku
lagi.
Cepat la pula Si Shikin ni buat kerja, selalu kalauaku suruh, dua tiga hari baru jalan. Kan bagus kalau dia
belum bank-in lagi duit tu, ada la juga kerja yang aku nak
buat.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
49/72
Suria Fatin
49
Belum sampai lagi, kenapa? Kan kita baru order
semalam, ujar Shikin sambil merenung aku. Betul juga tu,
macam mana aku boleh lupa pula.
Hmmm... tak apalah kalau macam tu, pergilah
buat kerja kamu. Aku beralih semula pada skrin komputer.
Bosan betullah, selalu kalau banyak kerja, banyak sangat
pula.
Kak Atien nampak peliklah. Kenapa tak duduk
rumah aja hari ni? Bukan Abang Haez pindah hari ni ke?tanya Shikin yang masih merenung ke arah aku.
Apa yang pelik pula ni? Memanglah dia pindah hari
ni, apa kena-mengena Kak Atien kena duduk rumah pula?
balasku sambil mata masih lagi tertancap pada skrin
komputer.
Tak adalah. Selalunya Kak Atien kalau cuti, takmahu diganggulah, tak mahu dengar langsung pasal hal
butiklah, tapi hari ni, boleh pula datang kerja, bebel Shikin.
Kamu pun sama dengan Jojie. Nikan butik Kak
Atien, suka hatilah nak kerjaor cuti. Sudahlah, pergi
sambung kerja. Nanti kita lunch sekali. Balas aku sambil
memberi isyarat menyuruh dia keluar dari bilik. Kalau tak
buat macam tu, mesti lagi banyak soalan yang bakal muncul
dari mulut Shikin.
AZLAN menatap pelan yang masih belum lengkap sepenuhnya
di skrin komputer. Hanya jumlah beban menanggung bagi
setiap tiang sahaja yang belum dimasukkan. Setelah berpuas
hati dengan pelan tersebut, Azlan beralih pula pada pelan di
atas meja yang memerlukan tandatangannya.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
50/72
Bila Cinta
50
Azlan cuba sedaya upaya menumpukan perhatian
terhadap kerjanya namun tidak berjaya. Panggilan dari
abangnya dua hari lepas sedikit sebanyak membuatkan
kirannya terganggu. Bukan sebab itu sahaja. Wajah Fatin
yang semakin cuba dilenyapkan, entah kenapa semakin kerap
pula menghantuinya.
USAI mandi dan solat, Haez merebahkan badannya di atas
katil, matanya merenung ke arah siling.
Betulkah keputusan yang aku buat ni? Detik hati
Haez.
Jam sudah pun menunjukkan pukul dua petang.
Lapar pula rasanya. Semenjak dari pagi tadi dia tidakmenjamah apa-apa pun. Barang-barang pun sudah siap
dikemasnya. Teleon yang berada di sebelah, pantas dicapai
apabila terdengar bunyi mesej masuk.
Mesej daripada Marni dibiarkan dulu, jemarinya
pantas mencari nombor teleon Adi. Tiba-tiba dia teringat
kawan baiknya yang seorang tu. Sudah lama rasanya dia tidak
berjumpa dengan Adi. Semenjak mereka tamat pengajian di
UTP.
Ada juga orang yang boleh teman aku makan, ujar
Haez sendiri.
LAMA betul aku tak jumpa kau, macam tak percaya pula
kau transer ke sini, ujar Adi sebaik sahaja pelayan yang
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
51/72
Suria Fatin
51
menghidangkan makanan mereka beredar. Memang dia tidak
menyangka langsung, sahabat baiknya itu akan menjadi rakan
sekerjanya pula.
Itulah pasal, aku sebenarnya dah naik menyampah
tengok muka kau. Dari sekolah menengah, lepas tu kat UTP
(Universiti Teknologi Petronas) ni pula, terpaksa kerja sekali,
cerita Haez. Dia menarik gelas yang berada di hadapannya.
Perut yang sejak dari tadi kosong perlu diisi sesuatu. Tidak
pernah dibuatnya makan tengah hari pukul tiga petang.Alah... itu kau yang ikut aku. Anyway, bila kau
masuk kerja? soal Adi.
Isnin ni, jawab Haez ringkas dan bersahaja.
Bukan apa, cuma dia rasa tidak sesuai untuk berbincang soal
kerja sekarang. Nasi goreng yang berada di hadapannya lebih
menarik perhatian.Oh, senang pula kau minta transer? Nasi goreng
di hadapannya hanya dikuis-kuis, masih kenyang rasanya.
Senang kau kata. Dah berapa lama aku minta. At
last dia orang kasi sebab aku cakap aku nak berhenti.
Sudahlah, aku malas cakap pasal kerja selagi tak masuk hari
Isnin, balas Haez.
Okey... okey... aku tukar topik. Hmmm... so apa
khabar girlriend kesayangan kau tu? Still dengan dia lagi
ke?
Soalan Adi memang sudah dijangkakan Haez. Dia
sudah mengagak, kalau jumpa Si Adi ni, memang tak ada
benda lain nak ditanya.
Aku dah kahwin, balas Haez perlahan.
Wait! Kau jangan kata, at last, kau kahwin juga
dengan Marni? Tak. Aku macam tak percaya. Dari dulu aku
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
52/72
Bila Cinta
52
tengok kau orang ni memang tak padan. Tak sangka pula...
Sudu dan garu yang berada di tangannya diletakkan di tepi
pinggan.
Bukan dengan Marni la.... Kau nikan, dari dulu
memang suka busybody! ujar Haez malas.
Fatin la. Kau pun kenal dia. Kau boleh tak kalau
tak pandang aku macam tu, tambah Haez lagi apabila
melihat Adi yang masih merenung ke arahnya.
Fatin? soal Adi yang masih memandang ke arah
Haez.
Haez sekadar mengangguk. Pinggan nasi goreng
yang masih bersisa di hadapannya ditolak sedikit. Entah
kenapa, seleranya mati tiba-tiba.
Fatin. Kau macam mana? Ha... dari dulu aku cakap
kau tak nak percaya. Kan dulu aku ada kata kau tak ber...
Adi, enough okay.Aku tak nak kau ungkit benda
lepas. Makan tu bagi habis, kalau tak kau bayar sendiri!
Pintas Haez sebelum sempat Adi menyambung kata-katanya.
Mana boleh, kan kau yang kata nak belanja aku.
WEH! Itukan budak yang baru pindah kat sekolah ni? Dahsyat
betul, macam mana Cikgu Zainal senang-senang aja pilih dia
masuk team hoki sekolah? ujar Adi sambil tangannya lincah
membuka penutup botol mineral. Adi kemudian mengambil
tempat di sebelah Haez.Budak manapulak? soal Haez ingin tahu.
Alah... budak yang kau perhati dari tadi itulah.
Ingat aku tak perasan ke? Nasib baik aku ni bukan Amalina.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
53/72
Suria Fatin
53
Kalau tak, confrm dia cemburu tengok kau asyik tenung
perempuan lain macam tu, perli Adi sengaja.
Yalah tu... mana ada aku tenung dia. Kalau kau
maksudkan budak perempuan yang pakai T-shirt kelabu tu,
anak kawan baik mak ayah aku. Famili kita orang memang
rapat. Dekat sekolah lama dulu dia antara top player,
mungkin sebab tu cikgu pilih dia kut, terang Haez yang
kemudian kembali berdiri
Oh. Siapa nama dia? soal Adi.
Cikgu Zainal dah panggil tu. Jom sambung balik
latihan. Haez pantas berlari kembali ke tengah padang.
Haez tersenyum sendiri apabila mengenangkan
zaman persekolahannya dahulu. Pertemuan dengan Adi
sebentar tadi membuatkaan Haez terkenangkan kisah lama.
Begitu banyak rasanya kenangan yang ditinggalkan di sekolahdulu. Haez memberhentikan keretanya di hadapan Seven
Eleven. Ada beberapa barang yang perlu dibelinya.
MAK! MAK! Alan nak ikut. Alan tak nak tinggal dengannenek. Azlan menarik lengan baju ibunya yang sudah sedia
ingin melangkah keluar dari rumah bersama sebuah beg
besar.
Mak, Alan janji... Alan tak akan nangis. Alan tak
nakal. Alan nak ikut mak, tambah Azlan lagi sedangkan
ibunya sedikit pun tidak berpaling ke arahnya. Pautan pada
lengan ibunya direntap kasar dan ibunya berlalu pergi begitu
sahaja tanpa sepatah kata.
Peristiwa dua puluh tahun dahulu terasa masih
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
54/72
Bila Cinta
54
segar di ingatan Azlan walaupun pada ketika itu dia masih
terlalu mentah untuk memahami segala-galanya namun
pengalaman itu membuatkan dia menjadi lebih matang
daripada usianya.
Azlan masih teringat bagaimana dia terpaksa
berpisah dengan abangnya yang diserahkan kepada keluarga
angkat kerana neneknya tidak mampu untuk menyara
mereka berdua. Dia juga juga masih ingat bagaimana dirinya
sering dijadikan buah mulut orang kampung. Bagaimana diaterasa begitu terhina, semuanya kerana seorang perempuan
yang sepatutnya menjadi pendorong dan pelindungnya pada
usia sebegitu.
Kau tengok tu... itulah cucu Mak Ngah Zainab.
Alah, yang mak dia lari ikut lelaki kaya. Lepas tu ditinggalnya
budak tu dekat mak ngah.
Kata-kata sindiran seperti itu sudah menjadi
makanannya ketika itu. Bagaimana seorang budak yang baru
berusia lapan tahun terpaksa menerima semua itu? Adilkah
untuk dia menanggung semua itu? Segala cacian, sindiran,
yang diterimanya dahulu masih terngiang-ngiang rasanya.
Alan janji, Alan takkan nangis.
Argh! Memang aku takkan menangis! Takkan!!!
Azlan menjerit sepuas hati, cawan yang semenjak tadi berada
di tangannya dilempar ke dinding. Hatinya terasa begitu sakit
setiap kali teringat peristiwa lepas.
Azlan bersandar di soa, matanya dipejam rapat.
Cuba mencari kembali ketenangan. Dia menarik naas
panjang dan satu keluhan berat dilepaskan. Wajahnya diraupbeberapa kali.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
55/72
Suria Fatin
55
ALAHAI... malaslah nak mandi. Lagipun baru pukul enam
setengah pagi, aku menggumam sendiri sambil mengemas
katilku. Elok juga kalau aku pergi cari benda untuk mengisi
perut pagi-pagi ni. Rasanya roti yang aku beli hari tu masih
ada.
Dengan rambut yang masih kusut masai, aku
melangkah keluar dari bilik.
Baru selangkah keluar dari bilik, aku terdengar
bunyi yang datangnya dari arah dapur. Takkan Bell pula? Akuberpaling ke arah ruang tamu, kelihatan Bell sedang nyenyak
di atas soa. Alamak! Rumah aku kena masuk pencuri ke? Tak!
Takkan perogol atau pembunuh bersiri yang terlepas dari
penjara. Tak pun...argh... apa aku nak buat. Tak. Tak. Aku tak
nak mati lagi.
Isy... apa yang aku kir ni. Nanti dulu, malam tadiaku tak kunci pintu ke? Ni mesti kes mengantuk sangat
semalam sampai lupa nak kunci pintu. Itulah, balik lambat
lagi.
Aku mencapai bingkai gambar yang tergantung
pada dinding, hanya itu yang aku terkir untuk capai. Aku
menggosok-gosok mataku yang masih terasa kabur.
Aku melangkah perlahan dan bersembunyi di
sebelah pintu dapur, aku takkan terus masuk ke dapur. Yalah,
entah-entah... orang jahat tu pakai senjata berbahaya mana
aku tahu. Bila aku terdengar seperti dia ingin melangkah
keluar dari dapur, aku menggenggam kemas bingkai gambar
keluli itu dan bersedia untuk melakukan serang hendap. Ini
kalau kena ni, confrm pengsan.
Satu... dua... tiga!
Argh!!!
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
56/72
Bila Cinta
56
AKU masih lagi kaku di situ walaupun bingkai tersebut sudah
terlepas dari tangan aku. Apa aku dah buat ni? Rasa bersalah
yang teramat sangat menyerang aku bila melihat Haez yang
terduduk di hadapanku sambil memegang kepalanya. Isy...
macam mana aku boleh lupa yang sekarang ni aku bukan lagi
tinggal sorang.
Gila apa, ngomel Haez yang masih memegang
kepalanya yang terasa begitu sakit.
Aaa!!! jeritku sekuat hati.
Kenapa jerit macam tu? soal Haez pelik.
Darah! Darah! Aku mula menjadi kelam-kabut.
Alamak! Berdarah lapulak! Apa aku nak buat ni???
Aku duduk di sebelahnya, kelihatan darah mengalir
membuatkan aku risau dan terasa begitu bersalah.
Aduh, sakitlah! Haez pantas menolak tangan aku
yang menyentuh dahinya.
Memanglah sakit. Kalau tak, tak adalah berdarah
macam ni....
Aku berdiri semula dan mula mundar-mandir di
hadapannya. Isy... apa aku nak buat ni?
Hospital. Hospital. Ya... kita pergi hospital. Aku
pantas menarik tangannya supaya berdiri.
Fatin... tak! Haez merenung ke arahku.
Aku melepaskan kembali tangannya secara tidak
sengaja dan menyebabkan dia terduduk.
Aduh! Haez menggeleng-gelengkan kepalanya.
Ha. Semua salah Fatin. Hmmm... ambulans, call
ambulans. Ya... right! Aku pantas melangkah ingin menuju
ke arah teleon namun terasa lenganku ditarik.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
57/72
Suria Fatin
57
Haez kini sudah pun berdiri di sebelahku dan
memandang tepat ke arahku.
Tenang sikit boleh tak? Cuba tarik naas perlahan-
lahan, ujar Haez padaku.
Kenapa? Aku ni kalut sangatkah? Mana ada. Biasa
aja aku rasa. Aku menarik naas dan menghembus perlahan
seperti yang diarahkan Haez. Memang aku memerlukan
oksigen pun pada waktu ini.
Ha... macam itulah. Okey, sekarangkan lebih
tenang.So, boleh tak kalau Haez nak mintak kalau ada frst
aidke atau apa-apa yang berkaitan? soal Haez perlahan pada
aku.
Ya...frst aid, macam mana aku boleh tak teringat.
Lagipun bila tengok balik luka dia tak adalah sampai tahap
perlu panggil ambulans. Aku saja yang ter over.Ha... ada. Tapi lepas la dulu tangan ni, macam
mana Fatin nak pergi ambil. Kataku padanya.
Pantas saja tangannya melepaskan pautan yang
agak kuat itu dan dia terus berlalu mengambil tempat di soa.
Apalah aku ni... apa yang dah aku buat kat dia ni?
Aku ni memang selalu buat sesuatu tanpa berkir denganbetul.
PETI KECEMASAN yang selama ini hanya menjadi hiasan di
dalam almari, akhirnya digunakan juga. Biasalah tu... macamdalam karangan autobiograi yang pernah aku tulis masa
sekolah rendah dulu. Aku sebuah peti kecemasan. Eh, apa
yang aku merepek ni? Isy!
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
58/72
Bila Cinta
58
Aku letakkan peti itu di atas meja dan duduk di
sebelah Haez.
Tak apa... biar Haez buat sendiri, ujar Haez
apabila melihat aku membuka peti kecemasan yang berada di
hadapan kami itu.
Tak payah... biar Fatin yang buat. Acik duduk
diam-diam, balasku kemudian. Tangannya yang ingin
mencapai kapas aku tepis. Kelihatan dia tidak lagi
membantah, wajahnya masih serius. Marah benarkah dia? Takapa... aku tak kisah pun kalau dia marah. Mana tidaknya...
kalau aku jadi dia pun aku akan marah. Sakit tu....
Fatin, sebut Haez lembut memanggil nama aku.
Dia memandang ke arah aku yang sedang
membersihkan lukanya.
Haez minta maa sebab tadi. Haez tercakap Fatingila. Sorry ya... terkeluar, kata Haez kesal. La... kenapa dia
pula nak minta maa ni. Kan ke yang salahnya aku. Ish!
Tak... tak! Fatin yang salah. Fatin ingatkan pencuri
atau perogol. Tak pun pembunuh bersiri tadi yang pecah
masuk rumah. Terasa serba salah pula aku.
Haez menolak tangan aku yang sedangmembersihkan lukanya.
Kenapa? Acik janganlah marah sangat. Kalau nak
marah pun, tunggu lepas Fatin siap bubuh ubat. Aku
menepis tangannya yang cuba menghalang aku daripada
menyentuh dahinya.
Tak... tapi... boleh tak perlahan sikit... sakitlah!
Wajah Haez kelihatan berkerut.
Aku memandang ke arahnya. Aku tak perasan pula
aku terkasar dengannya. Cuma aku ni memang tak boleh
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
59/72
Suria Fatin
59
kawal diri kalau dalam keadaan kelam-kabut. Yalah... mana
tak kelam-kabut, aku dahlah terasa bersalah teramat sebab
buat dia sampai jadi begini, alih-alih dia pula nak minta maa
pada aku.
Sorry.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
60/72
Bila Cinta
60
HARI pertama masuk sudah
banyak kerja yang Haez perlu
lakukan. Dia menyusun ail-ail
di atas mejanya supaya menjadi lebih teratur dan kemas. Dia
cukup tidak suka kerja yang tidak teratur.
Terasa kering pula tekaknya. Oleh kerana insiden
pagi tadi dia tidak sempat bersarapan. Penat-penat buatkan
sarapan, alih-alih semuanya tak menjadi. Mangkuk yang
berisi nasi goreng yang dimasaknya pagi tadi semuanya ke
lantai gara-gara dia terjatuh.Aku ni, ada gaya macam orang jahat ke? Detik hati
kecil Haez.
Haez melangkah menuju ke arah pantri dengan
cawan berisi Cadbury 3 in 1 untuk mencari air panas.
Sekurang-kurangnya air ni bolehlah buat aku bertahan
sampai tengah hari kalau kerja banyak, gumam Haez sendiri.
Haez menarik kerusi yang berada di pantri itu lalu duduk
berhadapan dengan tingkap.
Cantik juga pemandangan di sini. Eh... kan butik
Bab 10
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
61/72
Suria Fatin
61
Fatin pun dekat sini. Tapi tingkat berapa ya? Isy... tak ada
masalah aku nak survey tempat ni. Haez baru teringat
tentang tempat kerja Fatin yang tidak pernah diambil
tahunya.
Plaster yang dilekat Fatin pagi tadi disentuh
perlahan. Sakit yang terasa memang tidak dinakan tetapi
bila teringat reaksi Fatin pagi tadi membuatkan Haez
tersenyum sendiri. Kelam-kabut... tapi cute. Lawak pun ada.
Hai... hari pertama datang kerja dengan bertampalmacam ni, apa cerita? soal Adi yang baru perasan dahi Haez
berplaster.
Mati terus lamunan Haez apabila ditegur Adi yang
baru memasuki pantri. Haez bangkit menuju ke arah singki
bersama cawan yang sudah pun kosong.
Aku ni ada gaya macam pencuriorpembunuh ke?Tak pun perogol bersiri? soal Haez tiba-tiba tanpa menjawab
soalan Adi.
Adi memandang Haez pelik.
Ini apa punya soalan ni? balas Adi namun belum
sempat dia meneruskan kata-katanya, teleon Haez yang
berada di atas meja berbunyi.
Adi mencapai teleon yang betul-betul berada di
sebelahnya namun dengan pantas Haez menyambar dari
tangan Adi.
Adi memandang tepat ke arah kawannya yang
sorang itu.
Marni? soal Adi pada Haez yang berada di
hadapannya. Dia seakan pelik.
Sorry Ill call you back, jawab Haez lalu segera
mematikan talian.
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
62/72
Bila Cinta
62
So... its Marni? soal Adi sekali lagi.
Wajah Haez kelihatan cuak.Oh please it is N. O. Y. B! ujar Haez, malas
melayan soalan daripada Adi. Teleon yang berada di tangan
dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
Hai... Marni dah tukar nama jadi noyb ke? Ooo...
nama manja mungkin? perli Adi. Dia yakin nama Marni yang
terpapar pada skrin teleon Haez sebentar tadi.
It is None O Your Business! Balas Haez
sebelum melangkah keluar. Banyak lagi kerja yang boleh
dilakukan daripada melayan Si Adi tu.
AZLAN nak jumpa aku? Macam tak percaya pun ada. Aku
meneliti sekali lagi mesej yang terpapar di skrin teleon
bimbitku. Alah... apalah aku ni, baca berapa kali pun macamlah
mesej tu boleh bertukar-tukar.
Aku tersenyum sendiri. Akhirnya sudi juga Azlan
berjumpa dengan aku lagi. Bukan apa, kelakuannya sebelum
ini benar-benar buatkan aku keliru. Sekurang-kurangnya biladapat jumpa dia nanti mungkin aku dapat kembalikan
hubungan kami seperti dulu walaupun tidak mungkin
menjadi serapat dahulu. Namun aku tetap tidak mahu
kehilangan seorang sahabat sebaik Azlan.
Aku meletak semula teleon di atas meja.
Kau duduk jauh sikit, sebab asyik tenung kaulahaku tak jadi buat kerja. Aku menolak teleon itu jauh sedikit.
Eh, sekejap. Baik aku check lagi sekali mesej tu. Betulkah dia
nak keluar dengan aku... tapi kenapa dia tak cakap pun pukul
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
63/72
Suria Fatin
63
berapa dan di mana. La... kan aku belum balas lagi aku setuju
ke tak nak keluar. Mungkin sebab tu dia tak cakap. Alah
kalau aku tak balas mesej nanti, sure dia call aku macam
biasa. Tapi apa salahnya kalau aku balas mesej tu.
Aku mencapai semula teleon yang berada di hujung
meja dan pantas membalas mesej daripada Azlan tadi. Setelah
berpuas hati, aku menyimpan teleonku ke dalam beg tangan.
Tidak sampai beberapa minit selepas itu, teleonku
berbunyi. Ha... kan aku dah kata, dia mesti teleon sendiri.Aku mencapai beg yang berada tidak jauh daripada aku itu,
namun secara tidak sengaja beg itu terjatuh.
Isy... ni yang aku malas ni. Hari ni semua benda
yang aku lakukan, semuanya serba tak kena. Aku tunduk dan
segera mencapai teleon terjatuh di bawah meja.
Ya helo... I setuju.So, you just set the time andplace. Anytime anywhere, ujarku sebaik sahaja menjawab
panggilannya.
Isy... kenapa aku rasa macam ter over pula ayat
aku. Tapi kenapa dia senyap pula ni.
So, tambahku bila dia masih lagi senyap. Kenapa
pula lamamat ni.
Helo. Akhirnya kedengaran satu suara dari hujung
talian. La... ni macam bukan suara Azlan, tapi siapa pula ni?
Aku terdiam, isy salah aku juga, bukan nak tengok dulu
siapa yang call.
Aaa... this is Haez but sorry. How did you know
that Im gonna ask you out? tanya Haez pelik.
Isy... macam mana aku nak buat ni... malunya
tersilap orang.
Aduh! Kepala aku terhantuk pada meja bila aku
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
64/72
Bila Cinta
64
cuba kembali pada kedudukan asal. Sakitnya kepala aku.
Itulah semua sebab beg aku yang terjatuh bawah meja tadi.
Kalau tak, tak adalah aku nak jawab teleon di bawah meja.
Sorry, the number you have dialed is out o
service, ujarku spontan sebelum menamatkan talian.
Isy... apa aku merepek ni. Dah terang-terang aku
angkat teleon tadi. Yang aku pergi menyamar jadi operator
teleon buat apa. Aku menampar dahiku sendiri bila
menyedari kebodohan aku sendiri.
Teleonku berbunyi sekali lagi. Nama Haez tertera
di skrin. Dia ni teleon la petang nanti ke... tak pun cakap
dekat rumahkan senang. Malu tadi pun tak habis lagi.
Hmmm so the answer is, apa kata dekat
rumah aja. Pukul berapa tak confrm lagi, ujar Haez sebaik
sahaja aku menjawab panggilannya.Aduh, dia ni memang sengaja nak malukan aku ni.
Oh,shut up! Kalau nak gelak, teruskan. Tak payah
nak perli, ujarku padanya.
Aku menjarakkan sedikit teleon dari telinga.
Tawanya yang sememangnya pasti begitu ikhlas itu
membuatkan aku sakit hati dan menyakitkan telinga. Yangdia pergi gelak betul-betul tu kenapa.
Hmmm.... teruskanlah gelak tu. Kalau dah boring
gelak sorang, ajak satu opis sekali, perliku geram apabila dia
masih tidak berhenti ketawa.
Okey kejap, nak buat announcement, balas
Haez dengan tawa yang masih bersisa.
Whatever! Kataku sebelum mematikan talian.
Isy... dia ni muka saja nampak baik, tapi perangai
betul-betul macam ahli sihir. Dia memang pun ahli sihir. Tak
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
65/72
Suria Fatin
65
pun, mungkin dia raja kejahatan dari dunia gelap yang
sedang menyamar. Tak apa aku tak takut akukan watak
utama.
Eh, aku lupa pula nak tanya sebab apa dia teleon
aku. Ah, lantaklah!
AKU masih ingat, suatu ketika dahulu seseorang pernah
berkata padaku, untuk membuatkan orang menyukai kita,
kita terlebih dahulu perlu menyukainya. Cuba cari kebaikan
seseorang yang kita benci kerana itu akan menghindarkan
kita daripada membencinya. Aku akan sentiasa ingat kata-kata
itu walaupun terasa payah untuk melaksanakannya.
Abang Fatin rindu abang, detik hatiku. Entahkenapa tiba-tiba aku terasa rindu pada arwah abang.
Isy... kenapa aku nak sentimental pula ni. Alamak,
tersalahmoodla pulak! Akukan gembira sekarang ni.
Aku melangkah keluar dari bilik menuju ke arah
Shikin dan Jojie yang berada di kaunter. Sekarang sudah pun
menunjukkan jam lapan malam, aku tidak mahu terlewatuntuk temu janji dengan Azlan malam ni.
Shikin, malam ni Kak Atien balik awal. Jangan
lupa buat apa yang Kak Atien suruh tadi, pesanku pada
Shikin sambil menyerahkan kunci kepadanya.
Gembira nampak? tegur Jojie pada aku.
Mestilah... ada date, balasku ringkas.Aku meneliti penampilanku buat kali terakhir pada
cermin yang terletak di tengah-tengah butik.
Ooo... kirim salam dekat Abang Haez ya, sampuk
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
66/72
Bila Cinta
66
Atie pula. Bila masa pula aku kata nak keluar dengan Haez
ni? Pandai-pandai aje dorang ni.
Bukan Haez, tapi dengan Azlan, ujarku.
Shikin dan Jojie saling berpandangan. Ah, lantaklah
mereka nak kir apa. Sebaik sahaja aku ingin melangkah
keluar, aku berpatah balik ke arah Shikin.
Shikin, tumpangkan Kak Atien boleh? Please
terlupa pula tadi kereta tinggal di bengkel. Aku memandang
ke arah Shikin yang kelihatan tercengang.
Jojie, kau dekat sini sorang okey, kan? Tapi jangan
mengada-ada nak tutup awal pula. Aku memandang ke arah
Jojie pula.
Tapi... Shikin yang masih di kaunter kelihatan
teragak-agak. Mungkin mencari alasan untuk mengelak. Tak
ada, aku tak kira. Dia kena hantar aku juga.
Ala... Kak Atien dinnerkat Azur, Shangri-La. Nanti
Kak Atien belanja kamu sekali la. Tapi kamu duduk meja jauh
sikit tau. Ucapku lantas menarik tangan Shikin yang baru
terkial-kial mengambil begnya.
AKU tiba di Shangri-La, Putrajaya lewat sedikit dari masa
yang dijanjikan. Semua ni Shikin punya pasal, kalau biar aku
yang pandu tadikan dah lama sampai. Pemandu berhemah la
konon.
Aku dapat menangkap susuk tubuh Azlan yangsedang menanti di meja sebaik sahaja aku melangkah masuk
ke Azur.
Sorry, ujarku pada Azlan yang kini berada di
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
67/72
Suria Fatin
67
hadapanku. Azlan memandang ke arahku kemudian beralih
pada Shikin yang berada di sebelah.
Kereta I rosak, Shikin tumpangkan, ujarku yang
sudah pun mengambil tempat di hadapannya.
Aku memandang ke arah Shikin yang masih berdiri
di sebelah aku.
I know enjoy your dinner, ujar Shikin dan terus
berlalu dari situ.
You sihat? soal Azlan.
I okey you macam mana? Lama I tak dengar
cerita pasal you. Ingatkan you dah tak mahu jumpa I lagi,
balasku sebaik sahaja pelayan yang menghidangkan makanan
berlalu.
Azlan menarik naas panjang kemudian dia
tersenyum pada aku.
I bukannya tak mahu jumpa dengan you, cuma
Kata-kata Azlan tergantung di situ apabila teleonku
berbunyi.
Aku perhati nama yang tertera pada skrin teleon
bimbitku. Apa hal pula mama teleon aku ni. Aku menekan
punat cancelpada teleonku.Sorry, ma lepas ni Fatin callbalik. Aku kembali memandang ke arah Azlan.
Sorry tadi you cakap apa? Cuma apa? soalku
pada Azlan.
Ha? No. Nothing. Makanlah nanti sejuk tak
sedap pula, balas Azlan sambil tersenyum pada aku.
Aku kut yang salah dengar tadi. Aku membalassenyumannya.
Tujuan I ajak you keluar malam ni sebenarnya...
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
68/72
Bila Cinta
68
Belum sempat Azlan menghabiskan kata-katanya,
teleonku berbunyi sekali lagi.
Mama ni betul-betul potong line. Sekali lagi butang
cancelmenjadi sasaran.
My mum... sorry. Okey teruskan, ujarku
padanya.
Kenapa tak angkat? Mana tahu ada hal penting ke,
tanya Azlan padaku.
Yalah tu... mama memang sentiasa ada hal penting.
Kalau tak, tak ada pasal dia nak callaku.
Tak apa nanti I calldia balik.So?
Tak ada apa I just want to say that. Kalau kita
dah tak ada jodoh, kita tetap boleh berkawan, kan? ujar
Azlan. Kata-katanya benar buat aku terharu. Memang itu pun
yang aku harapkan.
Sure, ujarku sambil tersenyum padanya.
Teleonku berbunyi lagi. Isy... mama ni memang tak
pandai cari masa betullah.
Sorry, excuse me or a while, pintaku pada Azlan
sebelum bangun dan melangkah kerest room.
Aku menjawab panggilan daripada mama, dan
seperti biasa aku terpaksa menerima ceramah percuma
daripada mama sebagai mukadimah. Yang paling aku tak
dapat terima mama kata hendak datang rumah aku. Macam
tak percaya lapulak.
Selama aku tinggal di sini, inilah kali pertama
mama nak datang ke rumah aku. Apa pula mimpi dia kali ni.Entah-entah dia ada rancang sesuatu. Isy malas aku nak
kir.
Aku melangkah semula kembali ke meja. Namun
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
69/72
Suria Fatin
69
ada satu lagi kejutan buatku. Kenapa Haez ada di sini? Dia
kenal dengan Azlan ke? Aku meneruskan langkah ke arah
mereka. Aku dapat lihat mereka berdua berbual seperti sudah
lama kenal.
Fatin? Buat apa kat sini? soal Haez pada aku.
Bukankah aku yang patut tanya macam tu. Aku
memandang ke arah Azlan yang tidak langsung memandang
ke arah aku.
Acik... Hanya itu yang terkeluar dari mulutku. Ah,
aku tengah bingung ni.
Oh, kenalkan...
-
8/3/2019 Bila Cinta PDF
70/72
Bila Cinta
70
No. ISBN:- 978-967-5067-76-1
Jumlah muka surat: 344
Harga Runcit:-
Semenanjung