Bilik darjah mesra budaya

8
Bilik Darjah Mesra Budaya huzaini ismail 4:43 AM No comments Cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap anak didik. Perancangan dan kaedah perlu dilakukan untuk memenuhi masa yang diperuntukan, menepati kehendak objektif dan matlamat, berkesan sepanjang waktu pengajaran dan menarik perhatian dan tidak membosankan lebih-lebih lagi kelas yang mempunyai murid-murid dari pelbagai latar belakang, kaum dan agama contohnya orang Melayu, Cina, India dan Sikh. Persekitaran yang mesra budaya perlu diwujudkan bagi

Transcript of Bilik darjah mesra budaya

Page 1: Bilik darjah mesra budaya

Bilik Darjah Mesra Budaya huzaini ismail     4:43 AM  No comments

Cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan

persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan

yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif

kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan

merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang

berlaku terhadap anak didik.

Perancangan dan kaedah perlu dilakukan untuk memenuhi masa yang

diperuntukan, menepati kehendak objektif dan matlamat, berkesan sepanjang waktu

pengajaran dan menarik perhatian dan tidak membosankan lebih-lebih lagi kelas

yang mempunyai murid-murid dari pelbagai latar belakang, kaum dan agama

contohnya orang Melayu, Cina, India dan Sikh. Persekitaran yang mesra budaya

perlu diwujudkan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran yang

kondusif, tenteram dan berkesan kepada semua murid.

            Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diguna pakai dalam mewujudkan

persekitaran yang mesra budaya terutama yang melibatkan isu bangsa dan bahasa

sangat penting kepada guru dalam merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang sesuai dimana semua bangsa mempunyai hak yang sama rata dimana mereka

Page 2: Bilik darjah mesra budaya

semua berpeluang untuk belajar dengan menggunakan kaedah dan pendekatan

yang sesuai yang telah dirancang oleh guru.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yan pertama yang boleh diguna pakai

oleh guru dalam mewujudkan kelas yang mesra budaya ialah pembelajaran secara

kooperatif. Melalui kaedah ini, guru menjadi pemantau dan fasilitator kepada murid

dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dimana semua murid

tanpa mengira latar belakang, bangsa dan budaya dapat disatukan dalam satu kelas

dan dapat menjalani proses pembelajaran dengan sempurna. Hal ini dapat

mengurangkan jurang perbezaan antara murid yang berlainan bangsa dan budaya.

Selain itu, melalui pembelajaran kooperatif murid-murid disusun dalam

satu kumpulan dimana setap kumpulan mempunyai murid yang berbeza latar

belakang, bangsa dan agama. Kaedah yang digunakan ini dapat menambah minat

murid-murid dalam aktiviti pembelajaran dimana setiap murid dapat berkomunikasi

seasama mereka dan mereka juga dapat berbincang tentang hal -hal yang

melibatkan asal usul bangsa mereka. Oleh itu, perpaduan antara murid tanpa

mengira latar belakang, bangsa, agama dapat direalisasikan dengan jayanya.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya ialah penglibatan

murid secara aktif dan menyeluruh. Penglibatan murid secara aktif dan

menyeluruh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira bangsa

memberi penyumbang kepada kewujudan kelas yang mesra budaya dimana murid-

murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran secara aktif mengikut kehendak

mereka sendiri dengan bantuan guru sebagai pemantau, fasilitator dan penilai.

Sebagai tambahan, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

digunakan dalam mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budaya ialah guru

perlu merancang dan menyediakan modul dan bahan-bahan pengajaran yang

Page 3: Bilik darjah mesra budaya

sesuai kepada murid yang berlainan bangsa contohya guru perlu menyediakan alat

bantu mengajar(ABM)  yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan dimana

ABM itu perlulah mengikut kesesuaian semua bangsa dan mereka semua boleh

menerima ABM tersebat sebagai alat untuk tujuan pembelajaran.

Suasana bilik darjah yang mesra budaya dapat membantu meningkatkan

tahap pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang kepada semua murid

dimana mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah tanpa

mengira perbezaan. Hak kesaksamaan rata perlu diamalkan bagi membolehkan

semua kaum dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan

sempurna. Oleh itu iklim kelas yang mesra budaya akan mengurangkan peratus

murid yang terpinggir dikalangan golongan tertentu apabila hak kesaksamaan

diamalkan.

Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim kelas yang

mesra budaya justeru itu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan

dengan sempurna jika guru dan murid berkerjasama. Kaedah yang boleh dilakukan

untuk mewujudkan kelas yang mesra budaya juga ialah guru perlulah merancang

aktiviti yang sesuai bagi semua bangsa contohnya guru menyediakan permainan

bahasa, kuiz dan sebagainya. Permainan bahasa penting dalam mewujudkan kelas

yang mesra budaya dimana murid-murid dapat bertukar-tukar maklumat tentang

sebutan sesuatu perkara dalam bahasa mereka sendiri. Contohnya sebuatan ”apa

khabar”, orang Melayu menyebut ”apa khabar”, orang Cina menyebut ”ni hao ma”

dan orang India menyebut ”wane’kem”.

Bagi mewujudkan kelas yang mesra budaya, isu yang sensitif tidak boleh

dibangkitkan didalam kelas yang mempunyai pelbagai latar belakang. Pendekatan

dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan bagi mengawal

Page 4: Bilik darjah mesra budaya

iklim kelas yang mesra budaya perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-

murid dan latar belakang mereka kerana hal ini boleh mempengaruhi minat  mereka

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran justera itu proses untuk mewujudkan

iklim dan persekitaran yang mesra budaya dikalangan murid tidak dapat dilakukan

dengan jayanya.

Seterusnya kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan

persekitaran kelas yang mesra budaya, guru perlulah memainkan peranan yang

penting dan menjadi contoh kepada pelajar dalam mewujudkan situasi atau

persekitaran yang mesra budaya antara pelajar disesebuah sekolah. Antara kaedah

yang boleh dipraktikan oleh guru ialah kaedah membuat persembahan oleh

pelajar. Dalan kes ini, pelajar digalakkan untuk melakukan perbincangan dengan

rakan mereka dari pelbagai bangsa dan mereka membuat persembahan tentang

tajuk yang telah diberi oleh guru. Sebagai contoh jika guru mengajar tentang pakaian

tardisional, murid-murid perlu membuat persembahan tentang pakaian tradisonal

bangsa mereka dengan menamakan pakaian mereka contohnya orang Melayu ”baju

kurung”, orang Cina ”chong sam” dan India ’sari”.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga, kaedah yang boleh

digunakan oleh guru ialah menyerap budaya dari pelbagai kaum mengikut

kesesuaian aktiviti yang ingin dijalankan. Sebagai contoh, semasa aktiviti

pengajaran dan pembelajaran, guru boleh memasukkan unsur budaya sesuatu

bangsa dalam aktiviti yang dijalankan dengan penjelasan bersama campuran unsur

budaya justeru murid-murid akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu

bangsa dan mereka akan cuba untuk menghormatinya. Disamping itu, guru juga

digalakkan memberi dorongan kepada murid dengan mengatakan bahawa

sesuatu bangsa mempunyai kelebihan masing-masing.

Page 5: Bilik darjah mesra budaya

Kaedah pengajaran yang boleh digunakan untuk mewujudkan persekitaran

kelas yang mesra budaya juga ialah guru dan murid-murid boleh menghias kelas

dengan mempamerkan semua unsur-unsur budaya sesebuah bangsa melalui hasil

kerja tangan murid dari pelbagai bangsa. Suasana kelas boleh dipadatkan lagi

dengan hasil kerja tangan mereka seperti lukisan, anyaman dan archa didalam

kelas. Guru juga perlulah memberi dorongan kepada mereka dalam penghasilan

karya seni dimana ia menggambarkan identiti sesuatu bangsa.

Di samping itu juga, kaedah yang boleh digunakan ialah menyediakan ruang

belakang kelas yang dikenali sebagai ”red carpet”. Di ruangan ini, guru dan

murid berbincang dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sambil

membuat bulatan diatas karpet merah. Melalui kaedah ini hubungan silaturahim

antara murid dapat dilakukan dengan jayanya dengan kata lain mereka boleh belajar

tentang cara untuk belajar dan berbincang sesama mereka tanpa mengira bangsa.

Sebagai kesimpulannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan akan memberi kesan positif kepada perkembangan nilai murni, perpaduan

dan kerjasama antara murid tanpa mengira bangsa justeru ia menjadi menyumbang

utama dalam mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budya.