BINA INSAN GURU

17
INSTITUT PENGURUAN MALAYSIA KAMPUS RAJANG, BINTANGOR KERTAS CADANGAN LAWATAN PENANDA ARAS BINA INSAN GURU PERINGKAT 4 TAHUN 2015 KUMPULAN PENGAJIAN BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2011. TARIKH : 7 MAC 2015 TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA SIBU

description

KERTAS KERJA

Transcript of BINA INSAN GURU

Page 1: BINA INSAN GURU

INSTITUT PENGURUAN MALAYSIAKAMPUS RAJANG, BINTANGOR

KERTAS CADANGAN LAWATAN PENANDA ARAS

BINA INSAN GURU PERINGKAT 4

TAHUN 2015

KUMPULAN PENGAJIAN BAHASA MELAYU 1

AMBILAN JUN 2011.

TARIKH : 7 MAC 2015

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA SIBU

Page 2: BINA INSAN GURU

1.0. Pendahuluan

Profesion keguruan merupakan satu profesion yang sering dipandang

mulia.Kemuliaan profesion keguruan sangat bergantung dengan ketrampilan serta

kesungguhan para guru dalam melaksanakan pelbagai program yang menjurus kepada

kejayaan sekolah dari segenap aspek.Kemuliaan profesion ini turut dipandang mulia

dari aspek ketinggian rohani serta akhlak guru itu sendiri. Lantaran daripada itu

pelbagai usaha telah digerap dan diterapkan oleh pihak kerajaan bagi memenuhi

tuntutan tersebut. Keperluan pembentukan nilai serta tanggungjawab guru dalam

merealisasikan hasrat serta matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Dasar

Pendidikan Negara menjadikan program Bina Insan Guru wajid diambil oleh para guru

yang sedang atau akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda

Perguruan. Selain daripada memenuhi prasyarat kelayakan mendapat segulung Ijazah,

program ini juga mampu membentuk keperibadian guru agar mampu berdikari dalam

dunia yang serta mencabar.

Keperluan membentuk insan yang benar-benar berketrampilan tinggi akan

menjamin kejayaan apa yang dirancang dan dihasratkan oleh kerajaan. Atas sebab itu

para pelajar Program Pendidikan Guru ambilan jun 2011 diwajidkan mengikuti program

Bina Insan Guru peringkat 4. Peringkat 4 ini para guru/pelajar dikehendaki mengadakan

lawatan penanda aras ke sekolah cemerlang. Lawatan ini adalah bertujuan memberi

pendedahan serta perkongsian maklumat dengan pengurusan sekolah cemerlang dari

segenap aspek. Perkongsian maklumat ini bukan sahaja membantu guru meningkatkan

ilmu pengetahuan terutama dalam aspek pengurusan dan kepimpinan, malah ia mampu

dijadikan panduan dalam memastikan setiap guru mampu menilai aspek yang

menyumbang kepada kejayaan sesebuah sekolah. Lawatan ini juga merupakan salah

satu makanisme tambahan dalam pembentukan jati diri serta meningkatkan

perkembangan diri guru dalam aspek meningkatkan kejayaan. Melalui lawatan ini juga

adalah diharapkan para peserta mampu mengambil iktibar cara pengurusan sesebuah

sekolah.

Tema utama lawatan ini adalah berteraskan perkongsian maklumat menjamin

kejayaan semua. Atas sebab itulah diharapkan lawatan ini akan mampu memberi seribu

Page 3: BINA INSAN GURU

faedah kepada para peserta. Keperluan lawatan ini juga mampu memberi peluang

kepada semua peserta merealisasikan hasrat anjakan pendidikan Negara iaitu PIPM

( Plan Induk Pendidikan Negara.

2.0. Tema

“ Perkongsian Maklumat menjamin Kejayaan bersama”

3.0. Rasional

Lawatan ini diadakan dengan harapan mampu meningkatkan pengetahuan para

peserta bagaimana pengurusan sekolah cemerlang selain diharapkan mendapat

sesuatu yang positif untuk dijadikan panduan dalam usaha mencipta kejayaan sekolah

masing-masing. Lawatan ini juga diharapkan mampu memberi pendedahan kepada

para peserta cara pengurusan segala asset sekolah yang menjadi penyumbang setiap

kejayaan. Kejayaan dan kecemerlangan sekolah yang dilawat mampu dijadikan contoh

kepada semua peserta disamping meningkatkan kerjasama antara ahli atau peserta.

4.0. Matlamat

Program lawatan penanda aras ini bermatlamatkan pendedahan dengan suasana serta

perkongsian maklumat mampu dijadikan tauladan untuk mencapai kejayaan

berlandaskan pengalaman orang lain.

5.0. Objektif

Adalah diharapkan melalui lawatan ini para peserta dapat :

5.1. Menghayati serta menilai sifat-sifat kepimpinan yang tinggi

5.2. Mendalami serta memahami pola pengurusan yang menjamin kejayaan

5.3. Mengambil contoh budaya sekolah cemerlang untuk diaplikasikan disekolah

masing-masing

5.4. Mengetahui kepentingan sumber-sumber pendidikan yang menyumbang

sesuatu kejayaan

Page 4: BINA INSAN GURU

5.5. Mengujudkan semangat kerjasama serta sikap mengambil berat antara

peserta.

5.6. Melatih diri dalam system pengurusan, merancang, melaksana serta

mengurus sesuatu.

6.0. Tarikh pelaksanaan

Tarikh : 7 Mac 2015

Hari : Sabtu

Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang

7.0. Tempat lawatan

Sekolah Kebangsaan Agama, Bandar Sibu. dan Sekolah Bandar Sibu No. 3

8.0. Kumpulan sasaran

Semua pelajar PPG ambilan Jun 11, Kumpulan BM 1 ( 30 orang )

9.0. Ahli Jawatan Kuasa Induk.

Penaung : Puan Ellenor Empai ak Gilbert Antas

( Pensyarah BIG kumpulan BM 1)

Pengerusi : En. Muzzamil

Timb. Pengerusi : Abdul Rahman Peri

Setiausaha : Hafisah Bt

Timb. Setiausaha : 1. Rohani bt

2. Loh Chin Beng

3. Lily Raoh.

Bendahari : Joana Yap

Timb. Bendahari : Ngayun ak Montegrai

Jawatan Kuasa Kecil

AJK Kertas kerja

1. Matsah Ak Rugis

AJK ICT/Media

1. Mary Umat

Page 5: BINA INSAN GURU

2. Merebai

3. Ching Siew Nyen

4. Jeffery

5. Kandau Sigat

2. Ivy

3. Jata

AJK Perhubungan

1. Amelan

2. Sharifah

AJK Cenderahati

1. Alfreda

2. Aida

AJK Pandu Arah

1. Chawong

2. Benedict

AJK Juruacara majlis penutupan

1. Aida

2. Rohani

AJK Bacaan Doa

1. Ali

AJK Rakaman/Buletin

1. Indra

2. Mohd Yaakub

10.0. Tentantif program

Lawatan ke sekolah cemerlang

Tarikh : 7 Mac 2015

Tempat : SK Agama, Bandar Sibu

Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Aturcara program

Masa Aturcara

9.00 pagi Berkumpul

9.10 pagi Pendaftaran

9.30 pagi Sesi ambil gambar

Ucapan ketua rombongan Abang Azaman

Taklimat Guru Besar (En. Sharkawi Bin Hamdan)

Agihan kumpulan

- Ustaz Sheril

Page 6: BINA INSAN GURU

- Cikgu Azizee

- Cikgu Siti Rokiah

Kajian tindakan- Cikgu Amir Bin Hamzah

Ulasan Guru Besar

Penyampaian cenderamata

Sesi bergambar

1.00 petang Bersurai

Lawatan Guru Cemerlang

Tarikh : 7 Mac 2015

Tempat : SK Bandaran No.3 Sibu.

Masa : 1.30 petang hingga 4.30 petang

Masa Aturcara

1.30petang Pendaftaran

2.00 petang Suai kenal

2.30 petang Ceramah daripada guru cemerlang

Sesi soal jawab

3.30 petang Penyampaian cenderamata

3.45 petang Sesi bergambar

4.00 petang Jamuan ringan

4.30 petang Bersurai

10. Tugas dan tanggungjawab AJK

Page 7: BINA INSAN GURU

AJK Tugas

Pengerusi 1. Mempengerusikan mesyuarat

2. Memantau perjalanan aktiviti

Timbalan pengerusi 1. Membantu pengerusi mempengerusikan mesyuarat

2. Membantu pengerusi menguruskan lawatan

Setiausaha 1. Membuat surat panggilan mesyuarat

2. Mencatat dan mengedarkan minit mesyuarat

3. Menulis surat-surat yang berkaitan

Timbalan setiausaha Membantu setiausaha dalam urusan surat-menyurat

AJK kertas kerja 1. Merancang penghasilan kertas kerja

2. Membuat usul dan mencatat hasil perbincangan untuk

membuat kertas kerja

3. Menyusun aktiviti dan membuat kertas cadangan

AJK ICT/Media 1. Mengedar maklumat melalui media

2. Menghubungi rakan

AJK perhubungan awam 1. Menghubungi pengurusan tempat lawatan secara

lisan/surat

Cenderahati 1. Menguruskan cenderahati (membeli, membalut dan

menyerahkan cenderahati.

AJK Pandu Arah 2. Menjadi pakar rujuk jalan

Bacaa Doa 3. Membaca doa semasa majlis penutupan

AJK Rakaman/Buletin 1. Membuat rakaman

2. Mengedarkan bahan rakaman

Tugas-tugas khas 1. Membantu melaksanakan tugas-tugas sampingan

11.0 Anggaran perbelanjaan

Page 8: BINA INSAN GURU

1 Pengangkutan ketempat

lawatan

Ditanggung sendiri oleh peserta

2 Cenderahati Kutipan dari kalangan peserta ( anggaran

RM150.00)

3 Makan/minum Ditanggung sendiri oleh peserta

Jumlah kos RM150.00

12.0. Harapan

Adalah diharapkan melalui lawatan penanda aras ini mampu menambahkan ilmu

pengetahuan para peserta mengenai corak kepimpinan sesebuah sekolah cemerlang.

Lawatan ini juga diharap mampu meningkatkan lagi nilai jati diri dikalangan semua

peserta yang terlibat.Ini bermakna ilmu yang diperolehi semasa lawatan ini mampu

diaplikasikan dan disesuaikan dengan persekitaran dan budaya sekolah masing-

masing.

13.0. Penutup

Lawatan penanda aras ini sememangnya satu perkara yang harus diikuti oleh

mana-mana guru dan bakal guru. Ia bukan sahaja memberi peluang guru dan bakal

guru meningkatkan ilmu pengetahuan, malah ia mampu dijadikan panduan agar

perkongsian ilmu ini mampu menjadikan setiap sekolah diseluruh Malaysia mencapai

kejayaan yang cemerlang. Pengalaman yang sebegini besar sangat memberi menafaat

kepada semua dalam meningkatkan profesensi diri agar mampu meralisasikan

matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaa,.Dasar Pendidikan Negara

seterusnya Plan Induk Pendidikan Malaysia.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Page 9: BINA INSAN GURU

____________________________ ___________________________

( ) ( Muzzammil B. )

Ketua AJK Kertas cadangan Pengerusi Lawatan Penanda

Aras kumpulan BM 1

Page 10: BINA INSAN GURU

PPG Ambilan Jun 2011Kumpulan Pengajian Bahasa MelayuInstitut Kampus Rajang, 96509 BintangorSarawak

______________________________________________________________________

Tarikh : 10 Februari 2015

Kepada

Semua pelajar Ambilan Jun 2011 Kumpulan BM1

Tuan/puan

SURAT PANGGILAN MESYUARAT LAWATAN PENANDA ARAS 1/2015

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

….2. sehubungan dengan itu satu mesyuarat khas akan diadakan seperti butiran dibawah.

Tarikh : 14 Februari 2015

Tempat : Bilik Melur 1 ( IPG Kampus Rajang )

Masa : 1700 petang

Agenda : 1. Penubuhan AJK Induk

2. Ucapan pengerusi Induk

3. Penubuhan AJK kerja

4. Penetapan Tarikh, masa dan tempat lawatan

5. Hal-hal lain.

3. Kehadiran tuan/puan mampu melancarkan mesyuarat ini nanti

Sekian. Terima kasih

Yang benar,

__________________________

( )

Setiausaha Lawatan Penanda Aras

Page 11: BINA INSAN GURU

MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA LAWATAN PENANDA ARAS KE SK AGAMA

BANDAR SIBU KALI PERTAMA TAHUN 2015

Tarikh : 14 Mac 2015

Tempat : Bilik Melur ( IPG Kampus Rajang )

Masa : 5.00 petang

Agenda : 1. Perlantikan AJK Induk

2. Ucapan pengerusi

3. Perlantikan AJK kerja

4. Penetapan tempat, masa dan tarikh lawatan

5. Hal-hal lain

6. Penangguhan mesyuarat

______________________________________________________________________

1. Perlantikan AJK Induk

- Semua ahli bersetuju melantik Cikgu Muzzamil sebagai pengerusi dan Cikgu

Abdul Rahman sebagai timbalannya.

- Bagi setiausaha semua sebulat suara melantik Cikgu Hafisah.

- Bendahari pula diserahkan kepada Cikgu Joana

Tindakan : semua ahli

2. Ucapan pengerusi.

- Mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bagi

membincangkan lawatan ini nanti.

- Mengucapkan terima kasih diatas kepercayaan serta berharap semua

memberi kepercayaan penuh kepada barisan yang telah dilantik.

- Berharap agar ahli yang dilantik ke jawatan kuasa kecil menerima tugas

dengan ikhlas dan rela.

Tindakan : semua ahli

Page 12: BINA INSAN GURU

3. Perlantikan AJK kerja.

- Sila rujuk lampiran yang disediakan.

Tindakan : Semua ahli.

4. Penetapan tempat, tarikh dan masa.

- Semua ahli bersetuju mengadakan lawatan penanda aras ini pada cuti

pertengahan penggal satu iaitu pada 17 Mac. Walaubagaimanapun tarikh

tersebut tertakluk kepada persetujuan pihak sekolah yang terbabit. Justeru itu

pengerusi mengharapkan agar AJK perhubungan nanti cuba untuk merisik

dahulu sebelum surat menyusul.

- Cikgu Indra dan Cikgu Sharifah mencadangkan agar lawatan ini diadakan ke

Sekolah Agama Sibu dan semua ahli sebulat suara bersetuju.

- Masa mengadakan lawatan dicadangkan jam 10 pagi. Ini bagi memberi ruang

kepada rakan yang jauh.

- Masa berkumpul ditetapkan jam 9.00 pagi dan bergerak ke tempat lawatan

jam 9.30 pagi. Oleh yang demikian, pengerusi mencadangkan agar rakan

yang jauh dating awal.

- Cikgu Ngayun mencadangkan agar untuk pergi ke sekolah tersbut ahli-ahli

berkongsi kenderaan.

- Pengerusi mohon agar AJK pandu arah membantu rakan yang masih tidak

tahu arah jalan ke sekolah tersebut. Atas sebab itu perbuhungan melalui

telefon amat diperlukan.

- Taklimat perjalanan program lawatan akan disampaikan oleh ketua

rombongan sebelum bergerak ke tempat lawatan.

Tindakan : Semua ahli/ajk terlibat

5. Hal-hal lain

Page 13: BINA INSAN GURU

- Cikgu lili mengutarakan mengenai cenderahati dan semua bersetuju untuk

membeli cenderahati kenaangan kepada pihak sekolah .

- Untuk itu pengerusi mencadangkan agar semua ahli membuat kutipan dan

ajk yang berkenaan akan menguruskan hal ini.

- Pengerusi juga menjelaskan jika ada majlis penutupan aturcara yang telah

dirangka akan dilaksanakan dan berharap semua ajk memainkan peranan.

Tindakan : AJK terlibat.

6. Mesyuarat ditangguhkan jam 1830 petang dan dicadangkan oleh Ckgu Merebai

serta disokong oleh Cikgu Kandau.

Minit dicatat oleh, Disahkan oleh,

_______________________ _________________________

( ) ( )

Setiausaha Pengerusi

Lawatan BIG PPG 11BM1 Lawatan BIG PPG 11 BM 1