Bina Ujian

32
INTERAKSI 4 : PEMBINAAN UJIAN PEMBINAAN UJIAN LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN Terdapat lima langkah am pembinaan item ujian, iaitu; 1. Menyediakan JSU Langkah awal dalam pembinaan item ujian adalah dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Hal ini bertujuan untuk memastikan item- item ujian yang dibina ini meliputi keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini akan dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat menguukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang guru ingin pelajarnya kuasai. Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada guru tentang bentuk soalan yang digunakan. 2. Menulis Item Ujian Setelah siap menyediakan JSU, guru boleh bersedia bagi membina atau menulis item-item ujian. Terdapat beberapa prinsip bagi pembinaan item ujian yang sama dan boleh digunakan untuk menulis item-item ini, iaitu; o Arahan menjawab bagi setiap stem hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar. o Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajar memberikan jawapan seperti yang dikehendaki soalan. o Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/ kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan atau kepintaran am. o Sekiranya soalan dalam bentuk item betul atau salah/ pernyataan yang "tidak benar", arahan bagi soalan tersebut hendaklah jelas. Contohnya dengan menggunakan huruf besar. o Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki. 3. Menyemak Item Ujian Selepas semua item ujian siap ditulis, guru perlu menyemak semula item- item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut: o Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami oleh murid. o Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami murid dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.

description

nkjdbvkjsbkc sklzcnkjz

Transcript of Bina Ujian

Page 1: Bina Ujian

INTERAKSI 4 : PEMBINAAN UJIAN

PEMBINAAN UJIAN

LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN

Terdapat lima langkah am pembinaan item ujian, iaitu;

1. Menyediakan JSU Langkah awal dalam pembinaan item ujian adalah dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Hal ini bertujuan untuk memastikan item-item ujian yang dibina ini meliputi keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini akan dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat menguukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang guru ingin pelajarnya kuasai. Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada guru tentang bentuk soalan yang digunakan.

2. Menulis Item Ujian Setelah siap menyediakan JSU, guru boleh bersedia bagi membina atau menulis item-item ujian. Terdapat beberapa prinsip bagi pembinaan item ujian yang sama dan boleh digunakan untuk menulis item-item ini, iaitu;

o Arahan menjawab bagi setiap stem hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar.

o Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajar memberikan jawapan seperti yang dikehendaki soalan.

o Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/ kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan atau kepintaran am.

o Sekiranya soalan dalam bentuk item betul atau salah/ pernyataan yang "tidak benar", arahan bagi soalan tersebut hendaklah jelas. Contohnya dengan menggunakan huruf besar.

o Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki.

3. Menyemak Item Ujian Selepas semua item ujian siap ditulis, guru perlu menyemak semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:

o Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami oleh murid.

o Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami murid dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.

Page 2: Bina Ujian

o Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran.

o Soalan yang diberi, terutamanya soalan objektif tidak mengandungi petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki.

4. Menilai Item Ujian Selepas semua item disemak oleh penggubalnya, item-item ini perlu disemak oleh pakar mata pelajaran. Semakan ini perlu dilakukan bagi menentukan perkara-perkara berikut;

o Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan mudah difahami oleh murid.

o Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk murid menjawabnya.

o Soalan-soalan yang dibina mencukupi dan seimbang untuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.

o Jawapan yang diberikan oleh penggubal soalan adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya kajian rintis dilakukan terhadap keseluruhan item ujian. Kajian ini bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-item kepada murid yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran. Tujuannya adalah untuk menentukan perkara-perkara berikut;

o Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajar dan tidak terdapat kesilapan ejaan/ istilah yang digunakan.

o Soalan yang kehendak soalan adalah jelas dan soalan yang mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.

o Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran yang diajar guru dan tidak ada soalan yang terkeluar daripada kandungan tersebut.

o Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut kehendak soalan.

Page 3: Bina Ujian

PEMBINAAN ITEM UJIAN

PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF

Menurut Gronland (1977), soalan objektif dibentuk daripada beberapa item yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa. Hal ini bermaksud item/ soalan objektif mempunyai jawapan tepat/ tertentu/ spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan, padanan atau pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul, atau perkataan pelengkap yang betul.

BAHAGIAN-BAHAGIAN ITEM OBJEKTIF

Page 4: Bina Ujian

•Stimulus (rangsangan)

•Bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan didasarkan.

•Berbentuk – teks, grafik, jadual, perbualan

•Stem (badan)

•Mengandungi tugasan dan berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan.

•Jawapan pilihan

•Mengandungi jawapan pilihan, berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah ataujadual.

ITEM-ITEM OBJEKTIF

Page 5: Bina Ujian

1. Pembinaan Item Beraneka Pilihan Terdiri daripada :

o —Stimulus

o —Stem

o —Jawapan pilihan

Dikatakan sukar dibina dan sukar dijawab tapi mudah diperiksa (mudahmenggunakan OMR), perlu dijawab dengan tepat.

Prinsip penyediaan soalan berbentuk beraneka pilihan;

o Arahan hendaklah jelas dan mudah difahami.

o Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga.

o Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan.

o Tuliskan setiap jawapan pilihan secara menarik supaya setiap jawapan yang diberikan adalah munasabah.

o Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak.

o Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang.

o Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.

o Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud suatu sistem susunan jawapan pilihan.

Contoh Item Beraneka Pilihan

Page 6: Bina Ujian

1. Banyak maklumat dapat diperolehi murid-murid .......................... Pameran Antidadah yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

A di

B antara

C dengan

D daripada

PEMBINAAN ITEM BETUL-SALAH

Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki murid untuk menentukan sama ada pernyataan yang diberikan betul atau salah.

PRINSIP ITEM BETUL-SALAH

1. Arahan hendaklah jelas.

2. Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga supaya murid tidak membuang masa untuk memahaminya.

3. Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, supaya dapat mengelakkan murid daripada meneka jawapan.

4. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.

5. Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas betul atau yang jelas salah.

6. Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada yang salah, untuk mengelakkan murid meneka jawapan.

7. Elakkan daripada menggunakan perkataan selalu atau tidak pernah dalam pernyataan, untuk mengelakkan murid meneka jawapan.

8. Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan jawapan yang salah.

CONTOH ITEM BETUL- SALAH

Page 7: Bina Ujian

PEMBINAAN ITEM MENGISI RUANG KOSONG

Item ini terdiri daripada dua bahagian

Stimulus (jika ada)

Pernyataan yang mengandungi ruang kosong untuk diisi murid.

Item ini sangat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki murid memberikan jawapan pendek yang tepat.

PRINSIP-PRINSIP PEMBINAAN ITEM MENGISI RUANG KOSONG

1. Arahan hendaklah jelas sama ada murid perlu mengisi ruang kosong dalam kertas soalan atau kertas jawapan.

2. Pernyataan ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas.

3. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.

4. Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang penting sahaja.

5. Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam sesuatu pernyataan, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.

6. Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan supaya perkataan yang dikehendaki jelas kepada pelajar.

CONTOH ITEM MENGISI RUANG KOSONG

—Tiga warna utama yang telah dipelajari dalam kelas sains ialah ________, ________dan ________.

Page 8: Bina Ujian

PEMBINAAN ITEM PADANAN

Item ini terdiri daripada dua set maklumat yang perlu dipadankan oleh murid. Kedua-dua set maklumat ini terdiri daripada perkataan, set, pinsip atau pernyataan.

Perlu dipastikan bahawa maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan dengan maklumat dalam set kedua.

Item ini sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan murid mengaitkan fakta dan konsep.

PRINSIP-PRINSIP PEMBINAAN ITEM PADANAN

1. Arahan hendaklah jelas sama ada murid perlu membuat padanan satu ke-satu atau padanan yang lain.

2. Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga.

3. Aras kesukaran bagi setipa perkaitan hendaklah setara.

4. Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan padanannya.

5. Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu maklumat supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.

6. Bilangan padanan tidek terlalu banyak.

CONTOH ITEM PADANAN

PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIF Item subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak spesifik seperti jawapan kepada item objektif. Item ini membenarkan subjektiviti dalam jawapan yang diberikan. Item ini digunakan untuk pelajar mempamerkan kedalaman pengetahuan yang dimiliki. Maka, item ini sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis, membuat pertimbangan, menilai, membuat keputusan yang memerlukan

Page 9: Bina Ujian

kemahiran berfikir.

PRINSIP AM PENYEDIAAN ITEM SUBJEKTIF

1. Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran agar agar soalan yang dihasilkan menepati kriteria yang diingini.

2. Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada murid perlu manjawab dalam kertas soalan atau kertas jawapan.

3. Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga.

4. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.

5. Soalan perlu ditulis supaya murid dapat membayangkan satu kerangka struktur yang akan memandu murid untuk mnejawab soalan tersebut.

6. Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.

7. Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek daripada soalan berjawapan panjang supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.

PEMBINAAN ITEM ESEI BERJAWAPAN PENDEK

Item jenis ini memerlukan murid memberikan jawapan pendek yang memberi peluang kepada mereka menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri.

Item bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman, dan aplikasi/ penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir.

Item jenis ini boleh dibina agar jawapannya menjadi lebih objektif.

PEMBINAAN ITEM ESEI BERJAWAPAN TERBUKA

Item bentuk ini membenarkan murid merancang dan memberikan jawapan secara bebas.

Item ini amat sesuai untuk mengukur konstruk, yang memerlukan murid menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Item jenis ini juga membolehkan murid mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif.

Page 10: Bina Ujian

Disebabkan jawapannya amat terbuka, maka pembina item perlu menyediakan skema/ peraturan permarkahan yang jelas, terperinci dan menyeluruh agar penilaian pencapaian pelajar dapat dibuat sewajarnya.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN ITEM BERJAWAPAN TERBUKA

KEKUATAN KELEMAHAN

Item jenis ini menggalakkan murid untuk;

Meneroka pelbagai cara atau pendekatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat.

Mempamerkan sesuatu idea yang asli.

Menggabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat .

Mengenal pasti, memilih, menyusun, dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk komunikasi bertulis.

Namun begitu, item jenis ini memerlukan

Pemeriksa yang terlatih untuk memeriksa jawapan.

Masa yang panjang untuk memeriksa jawapan.

Masa yang panjang untuk murid menulis jawapan.

Murid menulis secara jelas dan boleh dibaca.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN JENIS ITEM OBJEKTIF

KEKUATAN ITEM-ITEM SUBJEKTIF KELEMAHAN ITEM-ITEM SUBJEKTIF

Persampelan kandungan yang luas.

Dapat diperiksa secara objektif.

Dapat diperiksa oleh mesin.

Sukar membina item terutama bagi aras yang tinggi.

Menggalakkan tekaan.

Page 11: Bina Ujian

Cepat dan mudah diperiksa.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN JENIS ITEM SUBJEKTIF

KEKUATAN ITEM-ITEM SUBJEKTIF KELEMAHAN ITEM-ITEM SUBJEKTIF

Keupayaan mengukur objektif pengajaran pada peringkat tinggi.

Dapat mengelakkan daripada tekaan.

Item mudah dibina.

Persampelan kandungan agak sempit.

Susah dan lambat diperiksa.

Tidak dapat diperiksa secara objektif.

Tidak dapat diperiksa oleh mesin.

Posted by Qadariah at 09:14

PEMBINAAN UJIAN

1. Ujian Objektif

ia memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul dan paling baik.

pemeriksa yang berlainan akan memberikan markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama.

- ia terbahagi kepada dua iaitu :

1. item respon bebas - memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan. Contohnya, jawapan di hujung soalan dan melengkapkan pernyataan.

2. item respon tetap - memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Contohnya, item dua pilihan seperti betul-salah, setuju-tak setuju. Selain itu, soalan padanan dan soalan aneka pilihan.

- ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu ;

1. stimulus(rangsangan) - bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan itu didasarkan ; berbentuk teks,grafik,jadual/perbualan.

Page 12: Bina Ujian

2. stem - bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.

3. jawapan pilihan - bahagian soalan yang mengandungi pilihan jawapan (A B C D)(i ii iii iv) yang biasanya berbentuk angka, simbol, masa, gambar rajah dll.

- prinsip pembinaan soalan objektif :

elakkan meletakkan jawapan semua di atas.

elakkan penggunaan perkataan yang membawa maksud negatif dalam soalan dan jawapan.

pernyataan, petikan dan maklumat seperti peta, rajah, jadual dan sebagainya hendaklah mempunyai perkaitan langsung dengan soalan.

elakkan penggunaan rangkai kata yang berulang dan berbunga-bunga.

tatabahasa hendaklah konsisten dalam semua pilihan jawapan.

elakkan penggunaan bahasa asing yang tidak lazim dan sukar difahami.

2. Ujian Subjektif

satu pernyataan bersifat pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan,pengalaman,kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

ia terbahagi kepada dua jenis iaitu :

~ item jenis struktur

item disusun dan diatur secara automatik serta berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar / berkaitan dengan satu2 tema.

terbentuk daripada satu atau dua bahagian iaitu jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataan dan bahan2 yang disertakan pada soalan.

beberapa item pendek boleh dihubungkan menjadi set item2 yang dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sama.

ia juga mengandungi item objektif dan item esei.

~ item jenis esei

memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan dengan menggunakan perkataan sendiri.

gerak balas memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi mengumpul fakta, menilai fakta, mengatur idea dan menggembleng idea2 secara logik untuk menghasilkan jawapan asli.

Page 13: Bina Ujian

ia boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi.

tindak balas bersifat subjektif --> berbeza dari segi mutu / merit.

~ Prinsip pembinaan soalan esei :

penulis semak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran --> soalan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran.

arahan jelas iaitu panjang jawapan sama ada pelajar perlu menjawab dalam kertas soalan (isi ruang kosong) atau dalam kertas jawapan.

soalan ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga2.

aras kesukaran perlu setara.

~ Jenis item terbahagi kepada dua iaitu :

tindak balas terhad - membataskan isi dan bentuk tindak balas. Had kepada skop / topik tertentu. Ukur aras kognitif isi yang terbatas --> kurangkan masalah kebolehpercayaan pemarkahan.

tindak balas lanjutan.

Pembinaan ujian

Pendahuluan

Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini berguna bagi guru untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P.

Jenis-jenis Ujian

Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif :

1) Ujian Objektif

Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.

Page 14: Bina Ujian

Item Respons Bebas

i. Jenis soalan:

contoh:

a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)

b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)

ii. Item Melengkapkan Penyataan

contoh:

a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah

turun.

b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya

bekerja.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.

Item Salah - Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

Item Padanan

Page 15: Bina Ujian

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/perkara di sebelah kanan.

Kata Bilangan Contoh

1. Kata Adjektif Sifatan A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.

2. Kata Adjektif Pancaindera B. Budak baik selalu dipuji.

3. Kata Adjektif Bentuk C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.

4. Kata Adjektif Perasaan D. Dia amat rindu akan emaknya.

Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.

a. Item aneka pilihan berbentuk soalan

b. Jenis jawapan terbaik

c. Analogi

Item Jenis Cantuman

Teknik Kloz

Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

Page 16: Bina Ujian

2) Soalan Subjektif :

Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-

1. Item Jenis Struktur

2. Item Jenis Esei

Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian

Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:

i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity)

a. Kesahan Isi

b. Kesahan Ramalan

c. Kesahan Serentak

d. Kesahan Gagasan

ii. Kebolehpercayaan Ujian

Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.

Page 17: Bina Ujian

Rumusan

Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu sendiri.

Posted by Herney Aqilah at 12:32 PM

Labels: pentaksiran bahasa melayu

Proses Pembinaan Ujian Setiap kali guru ingin membina ujian, guru haruslah merancang ujian berkenaan dengan rapi terlebih dahulu. Perancangan adalah penting bagi memastikan ujian yang bakal dibina dan diskor akan dapat memberikan maklumat atau satu gambaran yang tepat tentang pencapaian seseorang pelajar bagi sesuatu kelas. Ujian yang dibina perlulah mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan kesahan berasaskan kepada prinsip-prinsip pembinaan item-item. Proses pembinaan ujian melibatkan prosedur-prosedur tertentu, dan setiap prosedur pula mempunyai kriteria tertentu dan perlu dipatuhi. Pembinaan item-item sama ada item-item objektif atau subjektif perlu menepati tiga kriteria utama: keakuran, ketepatan dan kesesuaian (Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional, 2006). Pada setiap kriteria pula terdapat tiga sub-kriteria lagi (rujuk Jadual 2.1). Semua kriteria perlu dipenuhi sepenuhnya untuk memastikan item-item yang dibina mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi (Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional, 2006). Jadual 2.1 Jadual Kriteria Pembinaan Item-item KEAKURAN KURIKULUM Item-item mestilah menepati kehendak hasil pembelajaran yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran PENENTUAN Item-item mestilah menepati Penentuan atau format ujian merujuk kepada jenis item-item dan juga kertas item (Kertas 1 atau Kertas 2) PELUANG Pelajar mesti berpeluang untuk mempelajari sesuatu tajuk atau sub-tajuk dengan mengambil kira peralatan, kepakaran guru KETEPATAN KONSTRUK Perkara yang ditaksir sama ada pengetahuan, kemahiran atau nilai mestilah tepat dan jelas. Pelajar seharusnya boleh memberikan bukti-bukti yang diharapkan sama ada kognitif, psikomotor atau efektif TAJUK Tajuk atau konteks yang hendak ditaksir merupakan perkara-perkara biasa yang telah dipelajari pelajar. Ini penting untuk memastikan pelajar yang tidak dapat menjawab adalah kerana tidak menguasai perkara berkenaan, bukan disebabkan oleh perkara tersebut luar biasa baginya KOMPONEN Komponen item-item dari aspek stimulus atau arahan adalah jelas supaya pelajar dapat memberikan respons yang diharapkan. Laras bahasa, ekspresi atau stail ditulis dengan sempurna dan tidak mengelirukan pelajar KESESUAIAN ARAS KESUKARAN Item-item mestilah menepati aras kesukaran yang hendak ditaksir sama ada RENDAH, SEDERHANA atau TINGGI. Guru yang berpengalaman mampu mengenal pasti aras kesukaran item-item PENTING Perkara yang ditaksir mestilah perkara penting dalam pembelajaran. Elakkan mentaksir perkara yang remeh supaya kewibawaan item-item terpelihara ADIL Item-item mestilah adil dan tidak memberi kelebihan

Page 18: Bina Ujian

kepada mana-mana golongan atau kelompok tertentu sama ada dari segi agama, bangsa, jantina, tempat tinggal dan status ekonomi (Sumber: Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional, 2006). Menurut Bhasah (2003), sebelum guru membina ujian, guru perlu tahu objektif ujian tersebut dibina supaya ujian yang dibina benar-benar dapat mencungkil kemahiran yang diperlukan daripada pelajar. Kenyataan ini disebabkan matlamat utama sesuatu ujian adalah untuk mendapatkan maklumat yang benar tentang pencapaian pelajar dalam satu-satu mata pelajaran selepas sesuatu pengajaran dibuat. Smith dan Adams (1996) pula telah menggariskan 5 langkah yang harus diikuti untuk membina ujian iaitu: Kenal pasti objektif ujian yang hendak dibina Konstruk instrumen untuk mengukur pencapaian berpandukan objektif ujian yang ditetapkan oleh guru pembina item-item tersebut Mentadbir instrumen yang telah dibina oleh guru kepada pelajar Menganalisis data terhadap skor(markah) yang diperolehi oleh pelajar Menilai instrumen Sementara itu, Bashah (2003) pula menyarankan bahawa dalam pembinaan dan penggunaan Ujian Rujukan Kriteria (URK) pula terdapat enam teknik mengesan kesahan dan kebolehpercayaan ujian, iaitu: (i) ketepatan kandungan dan objektif; (ii) pembinaan dan analisis item-item; (iii) format, pembentukan dan pentadbiran; (iv) kesahan; (v) kebolehpercayaan; dan (vi) penggunaan keputusan ujian. Setiap ujian yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses pembinaan item-item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot-test) dan pra-ujian bagi memastikan item-item ujian adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan). Akhir sekali, sebelum ujian tersebut boleh dijalankan, item-item ujian biasanya dikaji dan dinilai oleh pakar pembina item-item. Keseluruhan proses kaji-semula ini boleh membantu dalam memastikan mutu dan kualiti item-item ujian itu sah, boleh dipercayai dan adil kepada kumpulan-kumpulan yang menduduki ujian itu (Gay & Airasian, 2003). Rajah 2.1 menunjukkan carta alir proses pembinaan item-item ujian, pengesahan ujian dilakukan dalam dua peringkat, iaitu; (i) disahkan oleh pakar untuk memastikan ujian yang dibina akur Kurikulum dan mengikut Sukatan Pelajaran; dan (ii) disahkan pelajar melalui analisis kesahan dan kebolehpercayaan hasil dari respon pelajar kepada ujian (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Rajah 2.1: Carta Alir Proses Pembinaan Item-item Ujian Penggubalan instrumen pentaksiran memerlukan perancangan yang rapi, teliti dan sistematik agar keputusan yang diperolehi benar-benar tepat bagi membolehkan sebarang tindakan susulan yang bakal dijalankan adalah tepat dan selaras. Penetapan dan penentuan objektif pengajaran yang jelas dalam bilik darjah akan dapat membantu guru dalam menyediakan instrumen penilaian yang berkesan dan sesuai bertepatan dengan objektif penilaian yang ditetapkan. Melalui penyediaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) pula dapat memberikan panduan kepada penggubal item-item bagi memastikan instrumen yang digubal itu memiliki kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi (Nitko, 2003).

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

PEMBINAAN UJIAN SOALAN OBJEKTIF DAN SOALAN SUBJEKTIF

SOALAN OBJEKTIF

Definisi : merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.

Merupakan item respon tetap (memilih satu jawapan beberapa jawapan).

Mengandungi pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item.

Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:

Page 19: Bina Ujian

1. Item respon bebas

2. Item respon tetap (item objektif pilihan)

Item respon bebas

Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.

Contoh;

1. Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________

2. Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.

Item respon tetap (item jenis pilihan)

Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.

Jenis soalan respon tetap;

1. Format salah betul2. Padanan3. Aneka pilihan

Format salah betulSoalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).

Contoh;Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:Hitam – Putih ( ),

PadananSoalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.

Aneka PilihanAneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.Jenis item aneka pilihan;

1. Berbentuk soalan

2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap

3. Analogi

Page 20: Bina Ujian

4. Antonim

5. Jenis negatif

6. Mengisi tempat kosong

7. Jenis campuran

8. Teknik kloz

9. Mengelaskan

Panduan pembinaan

1. Pokok soalan (stem)•Bahasa mudah difahami•Berbentuk soalan / ayat tidak lengkap•Kesukaran mengikut aras kesukaran taksonomi•Kurangkan soalan berbentuk negatif (10%-hitamkan / garis)•Gambar, rajah, dan carta disertakan bagi soalan yg berkaitan.

2. Bahan ransangan

3. Pilihan jawapan•Jawapan yang disediakan haruslah logik.•Ditulis sejajar (semua huruf / semua angka)•Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.•Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.•Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.•Tiada perkataan yg berulang•Pastikan satu jawapan shj yg betul

4. Distraktor (penganggu jawapan)4. Struktur item (roman & abjad)

Kelebihan

1. Mudah disemak

2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)

3. Menguji banyak topik

4. Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)

5. Mengukur proses mental yang tinggi

Kelemahan

1. Murid tidak dapat mengeluarkan idea.

2. Potensi untuk meneka jawapan tinggi

Page 21: Bina Ujian

3. Sukar untuk dibina

4. Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran

5. Calon bijak tidak perlu belajar banyak

6. Tidak dapat mengukur keaslian

SOALAN SUBJEKTIF

Definisi : Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

Terdapat dua jenis

1. Tindak balas terhad (struktur – jwpn : 1 frasa, 1 ayat, 1 pernyataan)

2. Tindak balas lanjutan (esei)

Prinsip pembinaan soalan jenis strukturItem jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis eseiAras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Panduan Pembinaan Item Subjektif

Membentuk JSU

Mengubal soalan berdasarkan prinsip berikut :1.Tugas / arahan soalan jelas2.Perkataan yg digunakan setaraf dgn pencapaian bahasa calon.3.Menggunakan perkataan yg kelas (jelaskan, bandingkan, dan lain-lain)4.Mengubal bilangan soalan secara berpatutun.5.Sediakan satu skema pemarkahan.

Kelebihan

Mudah digubal

Sesuai untuk semua mata pelajaran

Sesuai untuk semua aras taksonomi

Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.

Page 22: Bina Ujian

Mengurangkan konsep meneka.

Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.

Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.

Kelemahan

Bidang yg diuji terhad

Soalan boleh diramal

Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.

Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.

Pembinaan Item Objektif dan Subjektif

4.0 PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF 

Pengenalan 

Membuat pilihan mengenai jenis ujian yang akan diberikan kepada pelajar anda bagi tujuan mengukur pencapaian mereka boleh menjadi sukar dan

rumit seperti menulis atau membina item itu sendiri. Ada dua jenis kategori ujian a) item objektif yang memerlukan pelajar membuat pilihan jawapan

yang betul dari beraneka pilihan atau memberi jawapan dalam bentuk perkataan atau jawapan pendek atau melengkapkan ayat b) item subjektif

atau esei yang membenarkan pelajar membentuk dan menyediakan jawapan yang asal dan tepat. Item objektif termasuklah aneka pilihan, betul-

salah, padanan dan melengkapkan sementara item subjektif memerlukan esei jawapan pendek, jawapan terbuka , penyelesaian masalah atau item

ujian pencapaian.

Kebiasaannya, apabila diberikan tugasan untuk membina instrumen ujian mereka akan menghadapi kesan emosi iaitu gembira atau risau atau

kedua-duanya sekali. Kerisauan timbul kerana mungkin mereka belum pernah melakukannya dan gembira mungkin kerana diberi peluang untuk

mencuba dan berkongsi pengetahuan dan kemahiran mengenai apa yang patut diukurkan. Bagi yang sudah bersedia, mereka mungkin telah pun

bersedia dengan penulisan dan pembinaan yang dihajati. Namun persediaan dan pengetahuan tentang pembinaan item merujuk kepada ketetapan

yang telah disandarkan merupakan satu ujian yang agak getir. Dengan berpandukan panduan dan peraturan yang telah ditetapkan seseorang

pembina item atau soalan boleh merancang dan menentukan kehendak yang diperlukan atau jenis soalan atau item yang perlu disediakan. 

Objektif

Diakhir bab ini, anda seharusnya dapat :

• Merancang pelbagai instrumen pengukuran untuk menilai pencapaian pelajar didalam sesuatu matapelajaran

• Membuat padanan item ujian mengikut objektif

Page 23: Bina Ujian

• Membina ujian objektif dan ujian esei 

• Memberi maklumbalas berasaskan ujian pencapaian pelajar 

4.1 Jadual Penentuan Ujian

Pembinaan ujian yang akan dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keperluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. Sampel perancangan

ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh

dilaksanakan pengguna. Kaedah ini boleh mmemastikan pengguna diuji dengan ujian yang relevan dan sah mengikut kebolehan yang sebenar

dengan memberi keyakinan bahawa pengguna mempunyai asas pengetahuan mengenai perkara yang dipelajari. 

Setiap ujian yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot-test) dan pra-

ujian bagi memastikan item ujian adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan). Akhir sekali, sebelum ujian tersebut boleh dijalankan,

item ujian biasanya dikaji dan dinilai oleh pakar pembina item. Keseluruhan proses kaji-semula ini boleh membantu dalam memastikan mutu dan

kualiti item ujian mempunyai sifat kesahan, kebolehpercayaan dan pengukuran yang adil. (Hale, 1980)

“A Table of Specifications consists of a two-way chart or grid (Kubiszyn & Borich, 2003; Linn & Gronlund, 2000; Mehrens & Lehman, 1973; Ooster,

2003) relating instructional objectives to the instructional content. The column of the chart lists the objectives or "levels of skills" (Gredler, 1999,

p.268) to be addressed; the rows list the key concepts or content the test is to measure. According to Bloom, et al. (1971), "We have found it useful

to represent the relation of content and behaviors in the form of a two dimensional table with the objectives on one axis, the content on the other.

The cells in the table then represent the specific content in relation to a particular objective or behavior" .

Jadual penentuan ujian bukan sahaja membantu mengenalpasti kandungan pelajaran yang diajar dikelas tetapi juga turut mengenalpasti objektif

pelajaran bagi setiap tahap domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Guru akan tentunya yakin bahawa mereka mengukur pembelajaran

pelajar dari awal hingga akhir dan sudah pasti guru tidak akan lupa mengenai kandungan apa yang patut di ajar. 

Enam elemen yang perlu diketahui sebelum membina jadual penentuan ujian bagi ujian adalah : (1) keseimbangan sasaram ujian; (2) keseimbangan

tahap pembelajaran; (3) format ujian; (4) jumlah item; (5) bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran; dan (6) kebolehan kemahiran

yang dipilih bagi setiap rangkakerja. Spesifikasi yang terbentuk berdasarkan enam elemen ini akan membolehkan keseimbangan tahap pengujian

yang mewakili setiap unit yang seimbang sasaran dan tahap pembelajaran.

Aktiviti

Ambil satu contoh kertas ujian yang pernah anda lihat. Berdasarkan item ujian tersebut senaraikan beberapa objektif pengajaran yang anda dapat

perolehi. 

Jadual penentuan ujian dibina sebelum ujian di tulis. Seharusnya ianya hendaklah dibina sebelum pengajaran dimulakan. (Kubiszyn & Borich. 2003;

Mehrans & Lehman, 1973; Ooster. 2003). Memang banyak masa dan tenaga diperlukan bagi membina spesifikasi ujian. (Kubiszyn & Borich, 2003).

Linn and Gronlund (2000) menyatakan "Walaupun prosesnya mengambill dan memakan masa yang lama, tugasab yang dijalankan dalam

pembentukan jadual penentuan ujian akan membolehkan kerja persediaan lebih mudah dimasa depan.

4.1.1. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran

Merujuk pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai / dikuasai murid selepas sesi Pengajaran dan & Pembelajaran. Objektif pengajaran

merupakan asas pemilihan bahan dan peralatan pengajaran, pengetahuan asas yang berkaitan yang (pengetahuan sedia ada), isi pelajaran; di

samping mencadangkan aktiviti guru-murid dalam proses pengajaran-pembelajaran. 

Page 24: Bina Ujian

Pernyataan objektif pengajaran adalah berasaskan:

i. Hasil yang akan diperolehi murid;

ii. Prestasi atau tingkahlaku murid yang boleh dilihat atau diukur, selepas sesi pengajaran;

iii. Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkahlaku;

iv. Darjah atau peringkat perubahan tingkah-laku yang dijangkakan.

v. 

Di samping itu, objektif pengajaran hendaklah melibatkan:

i) Perkara yang masih belum dikuasai murid;

ii) Masa bilakah objektif tersebut hendak dicapai (misalnya, di akhir pengajaran);

iii) Kesinambungan dengan pengalaman pelajaran terdahulu;

iv) Maklumat yang dapat menunjukkan sesuatu yang dikehendaki (misalnya, kemahiran intelektual yang harus dilaksanakan).

Jadual penentuan ujian dibentuk untuk memberi suatu gambaran mengenai kandungan dan format item ujian bagi mengukur objektif pembelajaran.

Setiap item penentuan ujian mengandungi perkara-perkara berikut : nombor pengenalan objektif, tahap gred, rangkuman matapelajaran, pengenalan

tujuan, penerangan kemahiran, rangsangan dan sample item. Penentuan ujian boleh memberi arah kepada guru dalam memaklumkan pencapaian

pelajar dalam pengajaran yang telah diberi. Guru juga boleh membimbing pelajar tentang persediaan menghadapi ujian. 

Bagi tujuan ujian berpusat, diantara proses yang dijalankan pembentukan jadual penentuan ujian termasuklah : (1) menentukan dan membentuk

piawaian (2) membina spesifikasi ujian (3) membina item (4) mendaftar dan mentadbir ujian dan (5) penskoran, analisa dan pelaporan. Bagi tujuan

menentukan piawaian, maklumbalas dari ahli-ahli dari pelbagai bidang hendakah diperolehi. Untuk tujuan itu, tujuan ujian, jenis hasil ujian, bilangan

item ujian dan masa yang diperlukan untuk mentadbir ujian, jenis item, definisi kandungan dan kemahiran, ciri-ciri ujian seperti format, kesusahan

dan ujian diskriminasi ; kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Pembinaan ujian merangkumi pembinaan item dan pengujian awal. Pendaftaran dan

pentadbiran ujian melibatkan calon, tempat ujian dan pentadbiran ujian. Langkah terakhir melibatkan penskoran, analisa dan pelaporan keputusan.

(Hecht, 1974)

4.1.2 Pengertian Jadual Penentuan Ujian

Sebelum sesuatu ujaian dapat dibina dengan sempurnanya, satu jadual penentuan ujian atau disebut sebagai JPU mestilah dibentuk terlebih dahulu.

JPU merupakan satu blue-print ujian yang perlu dibina. JPU dibina hanya setelah pembina dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak

dibina. Pembinaan JPU membantu pembina ujian mendapatkan skor yang boleh dipercayai dan sah dari segi keputusan yang akan dibuat ke atas

kandungan ujian berkenaan. 

Dalam proses membina ujian, ujian yang sah dan boleh dipercayai prosedur berikut hendaklah diikuti.

Page 25: Bina Ujian

1. merancang ujian

2. menggubal soalan

3. memilih dan menyelaras soalan

4. memprauji soalan

5. memasang kertas soalan

4.1.2.1 Perancangan Ujian dan Pembinaan Jadual Penentuan Ujian

Perkara yang penting dalam perancangan ujian ialah pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) (Test Table of Specification).

Dalam pembinaan Jadual Penentuan Ujian langkah-langkah berikut hendaklah diikuti.

4.1.2.2. Mengkaji Sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran dikaji untuk memperolehi maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Isi kandungan sukatan pelajaran

dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap satu isi kandungannya. Antara aspek-aspek yang dianalisis ialah

(i) skop dan kedalaman kajian pada sesuatu tajuk

(ii) pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk

(iii) kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk yang lain

(iv) kekomplekskan sesuatu tajuk

(v) masa pengajaran yang diberi bagi sesuatu tajuk

4.1.2.3 Menganalisis Objektif Pendidikan

Di samping itu objektif pendidikan dianalisis untuk menentukan jenis-jenis kemahiran yang perlu di uji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji.

Lazimnya aras kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya.

Maklumat-maklumat yang tersebut di atas ini adalah amat penting kepada penggubal soalan dan penggubal ujian kerana dengan ini sifat ujian itu

ditentukan, bilangan soalan bagi setiap ujian ditentukan, dan pada aras kemahiran dan kesukaran apakah yang ia perlu diuji. 

Berdasarkan penganalisaan inilah Jadual Penentuan Ujian dibina. Lazimnya Jadual Penentuan Ujian mengandungi tiga paksi utama.

1. Paksi Kandungan

Page 26: Bina Ujian

- Tajuk

- Subtajuk

2. Paksi Kemahiran

- Aras kemahiran

3. Paksi Wajaran

- Peratusan pemberatan setiap tajuk

- Bilangan soalan

4.1.2.4 Kepentingan Jadual Penentuan Ujian

Jadual Penentuan Ujian yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantu penggubal soalan dan pembina ujian. Antara kepentingan adanya Jadual

Penentuan Ujian ialah:

1. Ujian akan dibina secara sistematik.

2. Keesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.

3. Taburan tajuk adalah seimbang, dan pelajar diuji pada keseluruhan 

kurikulum.

4. Taraf, mutu dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke

setahun, walaupun dibina oleh pembina yang berlainan.

5. Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan dan pembina ujian.

Aktiviti

Ambil item ujian yang pernah anda gunakan atau bina dan cuba bina satu jadual penentuan ujian. 

4.1 Pembinaan Item Ujian Objektif

Ujian pencapaian adalah perlu bagi pendidik untuk mengetahui objektif maklumbalas pelajar tentang banyak manakah mereka faham dan belajar.

Page 27: Bina Ujian

Jika diguna dengan betul, ianya boleh menilai tahap pengetahuan setiap pelajar dan juga membandingkan pencapaian antara sekolah. Ujian

pencapaian yang sering digunakan disekolah adalah hasil dari pembinaan guru matapelajaran itu sendiri. 

Ujian yang menepati pencapaian dan kehendak adalah ujian yang dibina oleh guru berkenaan bagi kegunaan kelas tertentu. Guru boleh

menyesuaikan informasi yang mereka fikir penting bagi membolehkan kesesuaian dengan tahap pelajar mereka. Jika dibina dengan betul, ujian yang

dibina dan dijalankan itu akan berupaya memberi maklumat berguna dan tepat mengenai pengetahuan yang dapat diperolehi dari pelajar atau murid

mereka. 

Langkah 1. Merekabentuk Ujian

Langkah pertama dalam merekabentuk sesuatu ujian yang berkesan adalah mengenalpasti apa yang anda mahu murid pelajari dari sesuatu unit

pengajaran. Pertimbangkan keutamaan objektif dan masukkan soalan-soalan pertimbangan mengenai apa yang penting dalam objektif pengajaran

dan pembelajaran. Namun begitu, jika ujian tidak menumpukan kepada objektif-objektif kehendak, murid tidak akan berpeluang menunjukkan tahap

dan daya kefahaman aspek-aspek yang lain dan anda tidak akan dapat membuat penilaian tepat keatas setiap kebolehan dan pengetahuan murid

anda.

Objektif pembelajaran yang ingin anda sampaikan bukan sahaja dapat memberikan maklumat yang akan diberi dalam ujian tetapi bentuk spesifik

ujian yang akan dijalankan. Sebagai contohnya, adalah penting dan murid seharusnya mampu menyelesaikan masalah matematik yang memerlukan

jawapan bertulis yang panjang dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Jenis soalan yang akan digunakan juga bergantung kepada objektif

pembelajaran. Jika murid diperlukan untuk memahami bagaimana kesan sejarah yang berlaku adalah berkaitan dan mengakibatkan perubahan

kepada keadaan, mungkin soalan jawapan pendek atau soalan esei adalah lebih sesuai. Jika murid diperlukan untuk mengingati tarikh penting dalam

sejarah, mungkin soalan pelbagai pilihan ( objektif ) atau soalan mengisi tempat kosong adalah lebih bermakna.

Langkah 2. Menulis Soalan ujian 

Sebaik sahaja anda telah menyatakan kepentingan objektif pembelajaran dan dalam masa yang sama telah menentukan jenis-jenis soalan dan

rekabentuk soalan yang akan digunakan, anda mungkin telah bersedia untuk memulakan langkah berikutnya iaitu membina satu ujian yang efektif

dan langkah tersebut adalah menulis soalan ujian.

Prinsip Am

Meski pun terdapat pelbagai jenis dan bentuk soalan-soalan ujian seperti soalan pelbagai pilihan (multiple choice) , soalan mengisi tempat kosong

(fill-in-the-blank) atau soalan jawapan pendek (short answer), soalan betul-salah (true-false), soalan padanan (matching) dan soalan esei (essay)

dibina berlainan cara , prinsip pembinaan yang sama digunakan untuk tujuan pembinaan. 

1. Arahan bagi setiap jenis soalan hendaklah mudah dan ringkas. 

Page 28: Bina Ujian

2. Gunakan bahasa yang mudah dan jelas. Jika bahasa yang digunakan tidak di fahami, murid yang memahami bahan ujian tetapi tidak mempunyai

kemahiran bahasa yang baik akan menghadapi masaalah dalam menjelaskan pengetahuan mereka. Jika bahasa yang digunakan tidak jelas , murid

yang mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi sekali pun akan menjawab dengan tidak betul atau tepat oleh kerana tafsiran mereka mengenai

soalan ujian tidak sama dengan kehendak instruktor berkenaan. 

3. Bina dan tulis item atau soalan yang memerlukan pengetahuan spesifik atau kebolehan yang dapat dibentuk dari unit tersebut dan bukannya

kepintaran am atau kebijaksaan ujian. 

4. Jangan memberi cadangan jawapan bagi sesuatu soalan kepada soalan yang lain. Ini akan menjadikan ujian tersebut kurang berkesan, kerana

murid yang bijak akan mempunyai kelebihan berbanding rakan mereka yang mempelajari dan mengetahui perkara yang sama tetapi kurang bijak

dalam kemahiran mengambil ujian. 

5. Jangan menulis soalan ujian dalam bentuk yang negatif. Jika anda memerlukan soalan berbentuk negatif, “tandakan” atau bezakan maksudnya

kerana soalan ini akan membawa murid untuk menjawab soalan dengan tidak betul. 

6. Tentukan unit dan ketepatan jawapan. Contohnya, adakah anda bersedia menerima jawapan kepada soalan matematik dalam integer bundal. 

Langkah 3 . Semakan Akhir 

Akhir sekali, buat penilaian semula keatas ujian tersebut. Adakah arahan yang diberikan tepat ? Adakah objektif pembelajaran yang dipilih sesuai dan

mencukupi dan seimbang ? Adakah soalan yang diberi dinyatakan dalam bahasa yang tepat dan mudah serta jelas ? Perhatian hendaklah diberikan

agar soalan yang diberi tidak membawa pelajar kepada jawapan yang dapat dikesan. Soalan ujian yang lemah tahap pembinaannya bukan sahaja

tidak mengukur tahap pengetahuan murid tetapi sekadar mengukur kebolehan murid mengambil ujian. 

Mentafsir Keputusan Ujian

Jika anda sudah pun berpuas hati dengan pengunaan prinsip am pembinaan ujian yang telah anda lakukan, anda tentu yakin terhadap ujian yang

telah anda bina dan seterusnya memastikan bahawa ujian tersebut akan memberi pengetahuan keatas pelajar anda. Dengan mengambilkira

kepelbagaian dalam soalan yang telah dibina berlandaskan objektif pembelajaran sebagai ujian sampingan, anda boleh membina profil pengetahuan

dan kemahiran objektif bagi setiap murid anda. Skoran yang dihasilkan dari ujian sampingan ini boleh menjadi satu kaedah mengetahui keseluruhan

skoran ujian dimana anda akan dapat mengenal pasti bahagian manakah yang perlu dititikberatkan. Sesuatu ujian yang dikendalikan dengan baik

akan dapat membantu memaklumkan sejauh manakah pembelajaran yang diperolehi oleh murid dan seterusnya membantu murid menyelami

sepenuhnya objektif pembelajaran tersebut. 

4.1.1 Item Aneka Pilihan

Soalan yang sering digunakan didalam ujian adalah soalan/item aneka pilihan. Item aneka pilihan dikatakan lebih mudah dan skorannya juga lebih

senang dikendalikan daripada soalan esei tetapi adalah agak susah dari segi menjawab dengan betul tanpa mengetahui keperluan pengetahuan

sebenar dari soalan/item betul-salah. Namun, soalan item aneka pilihan merupakan jenis soalan yang sukar untuk dibina. Berikut adalah beberapa

langkah pembinaan badi menyediakan soalan/item aneka pilihan. 

Page 29: Bina Ujian

1. Nyatakan dengan jelas arahan-arahan samada anda memerlukan jawapan yang tepat atau jawapan terbaik bagi setiap soalan/item.

2. Jangan ulang perkataan-perkataan pada setiap alternatif tetapi hendaklah memasukkan perkataan didalam badan utama soalan. Ini akan

memudahkan soalan dibaca dan opsyen mudah dibandingkan. Struktur nahu atau tatabahasa soalan utama hendaklah tidak mempunyai atau

mengandungi pembayang bagi respon yang betul. 

3. Jadikan alternatif menarik dengan tujuan merangsang pemikiran agar menarik bagi murid yang belum mencapai objektif pembelajaran yang

ditetapkan. 

4. Pastikan pilihan jawapan diletakkan secara rawak. 

5. Pastikan semua pilihan anda selaras. Pembina baru selalunya membina jawapan yang panjang dan berhati-hati dan dengan demikian akan

mengakibatkan pembayang jawapan diberikan. 

6. Jangan biasakan memberi jawapan “ Kesemua diatas “ atau “Tiada satu diatas” sebagai alternatif.

7. Kawal aras kesukaran soalan dengan menyediakan alternatif.

Item aneka pilihan mempunyai tiga komponen asas iaitu :

i) Stimulus 

Adalah maklumat khusus dimana item itu didasarkan dan berbentuk teks, grafik, jadual, perbualan dan lain-lain lagi.

ii) Stem

Adalah bahagian yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap, soalan dan lain-lain lagi.

iii) Pilihan/Opsyen

Adalah perkara-perkara yang diberikan sebagai pilihan jawapan dan biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain lagi.

Komponen ini mengandungi dua fungsi :

a) Kunci bagi pilihan betul atau terbaik

b) Pengganggu/Distraktor yang bertujuan untuk menganggu pelajar dari jawapan sebenar

4.1.2 Item Benar-Salah

Item ini mempunyai pernyataan lengkap samada benar atau salah. Ianya amat sesuai untuk menguji fakta. Item ini menghendaki pelajar

menentukan jawapannya benar atau salah atau palsu mengenai pernyataan yang diberi.

4.1.3 Item Mengisi Ruang Kosong

Item jenis ini memerlukan anda memberi rsepon pendek dan kekadang memberi peluang anda menyampaikan idea bebas anda berpandukan

kandungan pelajaran atau pun mengikut format yang telah diberikan. Kebiasaannya format item ini amat berguna untuk menguji pengetahuan,

komprehensi dan aplikasi mudah. Format agak lebih objektif dari format item esei, namun penskorannya agak subjektif. Tahap membuat tekaan

adalah kurang berbanding ujian aneka pilihan kerana peluang meneka dengan tepat adalah lemah. Oleh kerana jawapan bagi soalan ini adalah

pelbagaian, maka pemeriksa haruslah memiliki kunci jawapan dan pengetahuan dan kefahaman keatas perkara subjek. Dalam setiap hal, pembina

item sahaja yang mengetahui idea dengan jelas dan juga jawapan yang dituntut, maka, adalah perlu untuk mengadakan model jawapan alternatif

dan juga kriteria pengredan berkaitan item ujian. 

Item ini menghendaki jawapan dalam mengemukakan masaalah dan beberapa penyelesaian masalah atau stimulus dan tindak balas. Setiap

penyelesaian masalaah atau tindak balas boleh digunakan sekali, lebih dari sekali atau tidak digunakan langsung. Item ini menghendaki

Page 30: Bina Ujian

murid/pelajar memadankan masalah dengan penyelesaiannya atau stimulus dan tindak balas yang betul.

Contoh 4. Apakah tiga warna utama yang telah anda pelajari dalam kelas sains ?

Tiga warna utama yang telah dipelajari dalam kelas sains ialah _______________ , 

______________ dan ______________ . ( 3 markah)

4.2 Pembinaan Item Ujian Subjektif

Item subjektif ialah item yang membenarkan subjektiviti dalam respons yang diberikan. Item ini digunakan supaya pelajar boleh mempamerkan

kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Pelajar boleh memberi respons dengan mengemukakan pelbagai jawapan yang bersikaft

polikotomus. Oleh itu item ini mampu disesuaikan untuk menguji tahap kognitif yang lebih tinggi seperti mentaksir kemahiran menganalisis,

mensintesis atau membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara yang mana memerlukan pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir. Item

subjektif juga memberi kebebasan yang agak luas kepada pelajar bukan sahaja dari segi mempersembahkan respons, tetapi juga panjang atau

pendek respons itu.

• Pada pendapat anda item ujian yang manakah lebih sesuai , ujian objektif kah atau ujian subjektif ?

• Cuba anda bina beberapa item ujian objektif atau pun item ujian subjektif.

4.2.1 Kata Tugas Item Ujian

Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang berfungsi untuk menyatakan tugasan yang hendak disampaikan oleh

penuli item tersebut. Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item atau soalan. Oleh itu

pemilihan dan penggunaan kata tugas yang sesuai pada suatu item adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan

hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan respons seperti dihasratkan dalam peraturan pemarkahan.

Kata tugas mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan objektif penilaian yang menggunakan item berkenaan, dimana kata tugas boleh

membayangkan kerencaman tugasan sesuatu item. Walau bagaimana pun suatu kata tugas itu tidaklah unik bagi sesuatu objektif penilaian sahaja,

kerana terdapat kata tugas yang sama apabila dikaitkan dengan tugasan item yang berlainan akan menagih corak dan jenis respons yang berlainan.

Terdapat kata tugas yang dapat berdiri dengan sendiri untuk menyatakan tugasan item. Walau bagaimanapun terdapat kata tugas yang memerlukan

sokongan item daripada beberap perkataan lain untuk menjadikan penyampaian tugasan sesuatu item itu lebih jelas. 

4.2.2 Item Esei Jawapan Terbatas

Item jawapan terbatas berkecenderungan menghadkan bentuk dan respons pelajar. Bentuk respons biasanya dihadkan melalui skop yang disoal dan

markah yang diperuntukkan. Manakala panjangnya respons adalah dari segi ruangan jawapan yang disediakan. Biasanya item ini memerlukan

pelajar memberikan respons dalam satu prasa atau beberapa ayat atau satu perenggan.

Item jenis ini tidak terhad kepada menguji pengetahuan sahaja. Dengan menghadkan bentuk dan panjangnya respons pelajar, pemarkahan lebih

terselaras dan dapat meninggikan kebolehpercayaan skor ujian. Respons yang diharapkan lazimnya dibina atau dipandu berdasarkan stimulus dan

tugasan item. Dalam menyediakan item respons terhad, butiran yang disoal boleh melampaui tahap pengetahuan seperti mentaksir kemahiran

aplikasi atau menyelesaikan masalah. 

Item jawapan terbuka berupaya memfokuskan tugasan item kepada sesuatu tujuan yang khusus namun item jawapan terbuka tidak sesuai

digunakan untuk menguji kemahiran intelek yang lebih tinggi. Item jawapan terbuka tidak mampu mengumpulkan evidens yang mencukupi tentang

Page 31: Bina Ujian

kemahiran berfikir plelajar dan berkemungkinan banyak memberi respons secara terbuka.

4.2.3 Item Esei Jawapan Terbuka

Item jawapan terbuk bersifat polikotomus dan mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada pelajar secara bertulis. Item ini memberikan

kebebasan kepada pelajar untuk merancang dan membentuk jawapan. Pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan mereka,

mengorganisasikan idea, membina hujah yang logis, membentangkan penilaian sesebuah pemikiran atau mengaitkan pemikiran dan perasaan. Oleh

itu jenis item ini sesuai untuk mengukur konstruk yang memerlukan pelajar menggunakan beberapa kombinasi kemahiran seperti menginterpretasi,

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Meskipun begitu , darjah kebebasan ini tertakluk kepada keperluan tugasan, stimulus dan prompt

yang diberi. Item jenis ini membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif mereka kepada pentaksir.

Dalam item respons terbuka, pelajar diperlukan mengutip dan memilih isi-isi dan idea-idea daripada pengetahuan sendiri, menyusun idea-idea dan

isi-isi itu dan seterusny menulisnya dengan cara yang logik dan dapat difahami. Peraturan pemarkahan yang disediakan perlulah jelas, terperinci dan

komprehensif.

Kekuatan item jawapan terbuka adalah ia boleh :-

a) Menerokai pelbagai pilihan, cara ata pendekatan bagi menyelesaikan masaalah

b) Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat. 

c) Menghasilkan sesuatu idea yang asli.

d) Menyatu dan mengabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat daripada pelbagai sumber pembelajaran.

e) Mengenalpasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk suatu komunikasi.

Namun item jawapan terbuka juga mempunyai kekangan dalam :-

a) Memerlukan pemeriksa yang terlatih untuk membuat penskoran

b) Memerlukan masa yang agak panjang untuk penskoran dan perbandingan dengan item objektif

c) Penskoran respons pelajar dilakukan secara subjektif dan boleh memberikan kesan ‘halo’ ( potensi dalam ketidaktepatan pemerhatian kesan dari

terlalu membuat kesimpulan lebihan keatas sesuatu bukti atau keutamaan atau pengaruh )

d) Memerlukan pelajar menulis dengan bentuk tulisan yang jelas dan boleh dibaca. Bentuk tulisan yang kuang jelas dan sukar dibaca akan

menjejaskan pemeriksa untuk memahami idea atau maklumat yang disampaikan dan boleh menjejaskan skor pelajar.

• 1. Senaraikan jenis item ujian yang anda tahu dan nyatakan kelebihan dan kekurangan yang anda boleh fikirkan.

2. Bincangkan jata-jata tugas yang sesuai dalam membina item ujian

Rumusan

Dalam bab ini, kita telah membincangkan mengenai jenis-jenis item ujian. Membina item atau soalan ialah satu keadah mengukur dan menilai

pencapaian pelajar. Program ini memerlukan guru yang terlatih, penglibatan pelbagai kepakaran, kurikulum dan kaedah pengajaran khas. Membina

item ujian bukan sahaja mengambil masa yang lama tetapi memerlukan penelitian. Item ujian boelh membantu mengukur pencapaian kognitif

pelajar atau murid jika ianya dibina dengan betul.

Glosari 

Page 32: Bina Ujian

Item Aneka-Pilihan . Item aneka-pilihan boleh digunakan untuk mengukur pengetahuan dan konsep yang kompleks. Oleh kerana item aneka-pilihan

boleh dijawab dengan cepat anda boleh menilai kemahiran murid dalam pelbagai bidang dalam ujian sejam.Item ini mudah diberi markah. Item

aneka-pilihan yang baik sukar dibina dan ditadbirkan. 

Item Betul-Salah. Oleh kerana peluang untuk membuat tekaan adalah tinggi, item ini dianggap rendah kebolehpercayaannya. Sesuai digunakan pada

ketika tertentu sahaja. 

Item Esei. Item esei membolehkan anda mengukur kebolehan pelajar dalam menyusun, menerangkan dan menyatakan pendapat dalam bahasa yang

sendiri. Kajian menunjukkan pelajar akan belajar dengan lebih tekun jika menghadapi ujian esei dari menghadapi ujian anaeka-pilihan; pelajar akan

bersedia untuk menumpukan hal dan isu yang lebih luas. Ujian esei juga membolehkan anda memberi komen mengenai pencapaian pelajar, tahap

pemikiran dan tahap kefahaman yang tinggi dan juga boleh mengesan kekurangan pelajar. Namun ujian esei hanya mampu mempamirkan bilangan

soalan yang rendah dan kandungan kesahan adalah rendah. Kebolehpercayaan ujian iuga agak subjektif dan pengredan adalah tidak konsisten.

Item Objektif. Item objektif termasuklah betul-salah, mengisi tempat kosong, padanan dan aneka-pilihan. Perkataan objektif menunjukkan bahawa

hanya satu jawapan sahaja yang diperlukan. Bergantung kepada kemahiran membaca dengan pantas dan menerangkan jawapan. 

Item Padanan. Format memadan adalah efektif untuk menguji perhubungan diantara perkataan dan defines, kejadian dan tarikh, kategori dan

contoh. 

Item Jawapan Pendek . Bergantung kepada objektif anda, ujian jawapan pendek boleh dijawab dalam bentuk satu ayat atau lebih. Mudah ditulis

namun agak sukar untuk di skor. Membolehkan anda melihat kebolehan pelajar anda menyatakan pendapat mereka. 

Jadual Penentuan Ujian. Jadual penentuan ujianmengandungi carta dua-hala atau grid yang mengaitkan objektif arahan dengan kandungan arahan.

Lajur senarai carta menyenaraikan objektif ( tahap kemahiran) dan barisnya menyenaraikan kunci konsep pengukuran ujian tersebut. 

Rujukan : 

1. Hale, Gordon et al (December 1980), "Effects of Item Disclosure on TOEFL Performance," Research Report No. 8, Educational Testing Service,

Princeton, NJ. 

2. ED322060. (1988) Social Studies Grade 8. Blue Prints for Testing Minimum Performance Test Item Specifications.

3.< Hecht, James T. (1974) The Development and Structure of Professional Examinations Planned for National Use.

4. Childs, R.A. (1989) ED315426 .ERIC Clearinghouse on Tests Measurement and Evaluation 

Washington DC., American Institutes for Research Washington DC. 

5. Notar, Charles et al (2004). The table of specifications: insuring accountability in teacher

made tests. Journal of Instructional Psychology.

Balik Seterusnya