Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan...
-
Upload
sharmila-dharshenee -
Category
Documents
-
view
63 -
download
5
description
Transcript of Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Pintar Dapat Membantu Mempertingkatkan...
1.0 PENGENALAN
Tugasan pertama Kursus Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru pada kali ini
menghendaki para guru pelatih semester 8 untuk menganalisis teori-teori kepimpinan
pendidikan yang boleh diaplikasikan oleh guru novis apabila diberikan amanah untuk
mengendalikan sesebuah panitia. Antara isi yang telah dikupas adalah berkaitan gaya
kepimpinan yang sesuai dipraktikkan oleh seseorang guru novis seperti gaya kepimpinan
demokratik dan teori transformational. Menurut Trotter(1986) guru novis merujuk kepada guru
yang telah mempunyai pengalaman mengajar, tetapi untuk jangka masa kurang dari satu tahun
di sekolah atau dalam bilik darjah. Justeru, beberapa kaedah perlu diaplikasikan oleh guru novis
tersebut untuk mempengaruhi ahli-ahli panitia lain yang lebih senior daripadanya supaya
bersikat lebih positif terhadap tugas, proaktif, berkesan dan produktif.
Tugasan kedua pula menghendaki guru pelatih untuk menulis esei reflektif tentang
bagaimana penggunaan aplikasi telefon bimbit pintar dapat membantu mempertingkatkan
komitmen terhadap profesionalisme keguruan. Justeru, saya sebagai guru pelatih perlu
berpandangan masa hadapan dan proaktif terhadap peranan dan implikasi penggunaan media
komunikasi elektronik khususnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru merupakan
pasukan atau peneraju yang amat penting dalam mendidik pelajar. Ini adalah kerana seorang
guru bukan hanya setakat mengajar di dalam bilik darjah malahan hingga di luar sekolah.
Peranan guru sentiasa diperlukan walaupun pada era ini perkembangan teknologi maklumat
nyata sedikit sebanyak telah meringankan beban seorang guru. Tugas guru sentiasa berubah-
ubah mengikut peredaran zaman dan konteks semasa yang berlaku.
Secara keseluruhannya, tugasan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional
Guru telah memberikan celik akal kepada saya supaya memikirkan alternatif-alternatif yang
sesuai dengan perkembangan semasa terhadap PdP serta memberikan ruang kepada saya
untuk menganalis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat yang lebih
tinggi.
1
2.0 PENULISAN
2.1 Penulisan Esei Deskriptif
2
persediaan dari segi mental dan
fizikal
kepimpinan demokratik -membina
hubungan/repo-pendengar yang baik
Mebuat keputusan bersama
teori transformasional untuk membentuk
tenaga kerja berpencapaian tinggi
-Motivasi inspirational -rangsangan intelektual
pengaruh yang ideal-pertimbangan keindividualan
Guru novis merujuk kepada guru yang telah mempunyai pengalaman mengajar, tetapi
untuk jangka masa kurang dari satu tahun di sekolah atau dalam bilik darjah. Menurut Trotter
(1986), guru novis adalah peringkat pertama untuk mencapai penguasaan dalam bidang yang
diceburi dan memerlukan pengalaman bertahun-tahun untuk beranjak ke peringkat mahir dan
hanya segelintir daripada mereka akan mencapai perkembangan di peringkat pakar. Secara
amnya, seseorang mengambil jangka masa antara 10 hingga 15 tahun untuk beranjak dari
peringkat novis menjadi seorang pakar dalam bidangnya. Seharusnya, guru novis perlu diberi
peluang untuk mengendalikan tugasan sekolah supaya mereka akan mendapat pengalaman
untuk menguruskan sesuatu organisasi. Sebagai contoh dengan memberi peluang kepada guru
novis untuk menjadi Ketua Panitia agar mereka dapat menimba pengalaman baru dan
mengaplikasikan segala teori yang telah dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru.
Perkara asas yang diperlukan untuk memimpin guru-guru supaya bersikap lebih positif
terhadap tugas adalah gaya kepimpinan itu sendiri. Kepimpinan yang berkesan dapat
memaksimumkan kecekapan pekerja dan pencapaian matlamat organisasi (Akhiar,2012).
Seandainya saya yang ditugaskan untuk memegang tanggungjawab tersebut, perkara pertama
yang akan saya lakukan adalah dengan mengaplikasi kepimpinan demokratik kerana gaya ini
diiktiraf sebagai gaya yang terbaik dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah. (Akhiar
et.al,2012). Sebagai seorang guru novis yang tidak mempunyai banyak pengalaman, terlebih
dahulu saya perlu menjadi seorang pendengar yang baik dan meminta pandangan setiap ahli
panitia bagi menjalankan sesuatu program tersebut. Melalui cara ini, ahli-ahli panitia akan
berasakan diri mereka lebih diambil berat tentang keputusan yang bakal diperolehi. Secara
langsung, produktiviti dalam kalangan guru akan meningkat. Sekiranya saya membuat
keputusan tanpa mengambil kira pendapat ahli panitia yang lain, seolah-olah saya
mengamalkan gaya kepimpinan autokratik ke atas diri mereka, lama kelamaan mereka akan
sama ada memberontak ataupun menarik diri daripada membuat sesuatu tugasan yang
diberikan kepada mereka. Misalnya,Cikgu Fatimah perlu diberikan peluang untuk mengutarakan
pendapatnya dalam menganjurkan program ‘Bintang Kecil’ walaupun pendapatnya tidak relevan
namun, kita tidak harus mengabaikan penglibatan beliau. Sebaliknya, kita harus menjelaskan
mengapa pendapatnya tidak dapat diterima. Kepelbagaian pandangan ini membenarkan ahli
panitia untuk menangani setiap masalah selepas menganalisis setiap perspektif, dan
menyediakan penyelesaian dengan cara yang serupa. Cara pengurusan ini membenarkan
3
kreativiti dan pemikiran kreatif dengan membenarkan semua orang untuk menjadi sebahagian
daripada proses membuat keputusan.
Seterusnya, saya akan membina hubungan atau repo yang baik dengan semua guru di
sekolah tersebut. Ini merupakan perkara utama seseorang pemimpin yang mempunyai sifat
demokratik akan membina hubungan baik dengan ahlinya. Hubungan baik yang terjalin antara
saya dengan ahli-ahli panitia saya akan menjadi jambatan untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan oleh panitia. Melalui hubungan baik yang terjalin saya dapat memastikan
terdapatnya kerja berpasukan dalam kalangan ahli-ahli panitia saya. Kerja berpasukan
merupakan aspek penting untuk memastikan sesebuah organisasi dapat diurus dan ditadbir
dengan baik serta membolehkan aktiviti yang dirancang terlaksana dengan lancar
(Akhiar,2012). Misalnya, sekiranya saya bermuka masam sepanjang masa serta tidak pandai
beramah mesra dengan guru-guru senior, saya akan dilabelkan sebagai ‘sombong’ dan akan
dipulaukan oleh mereka. Apatah lagi, memberi kerjasama dalam organisasi. Saya perlu
menawan hati serta mendapatkan kepercayaan ahli-ahli saya supaya dapat memimpin mereka
bersikap lebih positif terhadap tugas , proaktif, berkesan dan produktif. Sekiranya, saya gagal
membina hubungan baik dengan ahli-ahli panitia, struktur organisasi saya akan menjadi kucar
kacir dan ia akan menjejaskan keseluruhan perjalanan panitia. Justeru, saya perlu membina
hubungan kemasyarakatan dan menguasai kebolehan berkomunikasi yang berkesan dengan
ahli-ahli panitia saya. Seperti yang diketahui. kebanyakkan guru senior di sekolah adalah
mereka yang telah berkerja lama dan mempunyai pengalaman yang lebih luas daripada kita,
justeru saya perlu berkomunikasi dengan mereka secara lemah lembut. Misalnya, sekiranya
guru Sughan tidak dapat menghadiri mesyuarat kerana perlu melatih dan membawa murid-
murid untuk persembahan koir, saya seharusnya memahami keadaan beliau. Kemudian,
memberitahu mengenai agenda yang telah dibincangkan dalam mesyuarat panitia dan meminta
beliau membuat surat tunjuk sebab supaya tidak berlaku salah faham di antara ahli-ahli panitia.
Seorang guru transformasional merupakan pemimpin yang mempunyai visi,
beraniberinspirasi, pengambil risiko dan berfikrah (Akhiar Pardi,2012). Justeru, sebagai langkah
pertana saya perlu membina motivasi diri saya dahulu sebelum mengendalikan Panitia yang
telah diamanahkan kepada saya. Motivasi secara umumnya merupakan satu daya yang
menggerakkan seseorang untuk mencapai sesuatu objektif. Ditinjau dari aspek kerja, motivasi
merupakan usaha yang dilakukan oleh seseorang pekerja bagi mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Ia merupakan keinginan, kehendak dan kemahuan untuk melakukan sesuatu yang
baik (Mahmood Naza Mohamed dan Sabitha Merica, 1985). Motivasi dapat mempengaruhi
4
prestasi kerja. Seperti yang telah diketahui, guru novis merupakan guru baru yang akan
berkhidmat di sekolah, motivasi guru novis yang tinggi menghasilkan keputusan yang baik
dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya, dalam tugasan yang telah diamanahkan. Oleh
yang demikian, saya akan cuba sedaya upaya untuk membina motivasi agar dapat
menonjolkan diri saya supaya guru-guru senior yang lain tidak memandang rendah terhadap
keupayaan diri saya. Tidak dinafikan fakta bahawa kebanyakkan guru novis, mempunyai
motivasi yang rendah kerana mereka masih khuatir dan gementar untuk melaksanakan tugas
yang telah diamanahkan kepada mereka namun ia tidak akan mematahkan semangat ingin
tahu saya sebagai seorang guru novis di sekolah baru saya. Sehubungan itu, saya akan
melengkapkan diri saya dengan lebih ilmu pengetahuan mengenai mengendalikan sesebuah
panitia dengan berkesan. Saya tidak akan teragak-agak untuk mendapatkan pertolongan dari
guru senior dalam segala aspek perjalanan program anjuran panitia yang saya ketuai.
Selain itu, saya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal terlebih dahulu agar dapat
memimpin guru-guru yang lebih senior daripada saya. Sebaik-baiknya, status saya sebagai
seorang guru novis tidak harus dijadikan sebagai alasan untuk tidak menjalankan
tanggungjawab sebagai ketua panitia dengan baik. Sebaliknya, saya akan sentiasa berusaha
untuk meningkatkan tahap profesionalisme perguruan saya disamping menunjukkan kecekapan
dalam bidang yang ditugaskan. Persediaan dari segi mental amat penting bagi seseorang guru
apatah lagi bagi guru permulaan seperti saya. Sebagai orang baru dalam kalangan ahli-ahli
panitia, mungkin ada yang terasa kerana saya diberikan jawatan sebagai ketua sebaik sahaja
tiba. Setiap langkah saya akan diawasi baik dari pemakaian hinggalah cara saya membawa diri.
Justeru, saya perlu mencari jalan supaya pandangan serong ini dapat diperbaiki dengan
menunjukkan perwatakan positif seperti penyayang, bertolak ansur, beramah mesra dan
berdikari. Misalnya, saya perlu merancang organisasi Panitia dengan ilmu yang telah dipelajari
serta cuba mengaplikasikan segala ilmu yang telah ditimba agar tidak diperlekehkan oleh guru
senior yang lain. Pada hujung mesyuarat pula, ahli-ahli panitia disediakan jamuan ringan
supaya dapat mengelakkan keadaan tegang yang boleh menyebabkan guru senior tidak
mematuhi arahan saya. Sebelum itu saya perlu melatih diri supaya mengamalkan sifat terbuka
kepada kritikan guru dan tidak patah semangat apabila dilontarkan tomahan palsu.
Persediaan fizikal pula bermaksud kemana sahaja kita ditempatkan untuk berkhidmat,
perkara asas yang perlu kita lakukan adalah mempelajari adat kawasan setempat agar dapat
diterima oleh masyarakat sekeliling. Zaaba atau Zainal Abidin Ahmad (1950) berpendapat
bahawa tatacara berkomunikasi yang perlu digunakan oleh guru perlu mengikut budaya
5
setempat. Sekiranya, saya ditempatkan di sekolah pedalaman di Gua Musang, Kelantan
seharusnya mempelajari dialek masyarakat setempat dan menghormati budaya mereka iaitu
tidak memakai pakaian yang menjolok mata agar dapat merapatkan silaturahim. Selain itu,
sebagai seorang pemimpin organisasi, saya perlu sentiasa mencerminkan penampilan diri yang
menarik.Tambahan pula,penampilan diri ini dapat mencerminkan perwatakan saya sama ada
rajin atau malas, justeru saya perlu menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang
sihat dan idak kelihatan lesu. Sebaik-baiknya, kita tidak harus memberikan alasan bahawa diri
tidak sihat dengan kerap kerana ia akan memburukkan imej kita di mata guru lain. Sebagai
contoh, sekiranya terdapat program anjuran panitia pada hujung minggu, kita tidak harus
mencari alasan untuk tidak pergi malah, melakukan yang terbaik agar ahli-ahli panitia terdorong
untuk mengambil bahagian secara sukarela. Ia selaras dengan amalan nilai Profesionalisme
Keguruan yang digunal berlandaskan Tatasusila Profesion Keguruan, pada domain kedua iaitu
domain profesion.
Seterusnya, saya akan menggunakan inovasi dalam kalangan guru untuk mencapai
permuafakatan dalam organisasi. Meskipun baharu dalam alam sekolah, guru permulaan
seharusnya berupaya menyediakan ahli panitanya untuk mengintegrasikan ilmu dari pelbagai
disiplin serta meningkatkan ilmu secara meluas dan liberal. Saya sebagai ketua panitia perlu
menggalakkan ahli-ahli panitia supaya berfikiran kreatif dan membuka fikiran kepada idea-idea
baharu, bertindak secara konstruktif. Sebagai contoh, sekiranya peralatan muzik bagi
pertandingan ‘Battle of the Band’ tidak mencukupi, saya akan menggalakkan guru-guru untuk
menghasilkan alat muzik dari bahan terbuang. Misalnya, drum digantikan dengan paip yang
telah disusun dan diikat mengikut melodi, marakas digantikan dengan tempurung kelapa yang
diisi dengan duit syiling dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjimatkan masa serta
tidak perlu lagi merungut tentang masalah peralatan yang tidak mencukupi. Sememangnya,
jaringan tanpa wayar sangat membantu dan mempunyai penyelesaian untuk setiap masalah.
Oleh itu, saya akan memperbanyakkan penggunaan teknologi dalam aktiviti yang dianjurkan
oleh panitia saya supaya guru-guru senior bersedia untuk anjakan paradigma dan mencuba
sesuatu yang baru tanpa teragak-agak. Walaubagaimanapun, saya akan menunjukkan
semangat profesionalisme yang tinggi tetapi tidak keterlaluan agar guru-guru lain mengikut jejak
langkah saya.
Secara tuntasnya, terdapat beberapa kaedah yang dapat digunakan untuk memimpin
ahli-ahli panitia mata pelajaran yang lebih senior supaya bersikap lebih positif terhadap tugas.
6
Guru novis seharusnya mempunyai pengetahuan luas mengenai gaya kepimpinan yang perlu
dipraktikkan supaya tidak menjejaskan prestasi mereka kelak.
2.2 Penulisan Esei Reflektif
Gambar rajah 2 menunjukkan kebaikan penggunaan telefon pintar dalam
mempertingkatkan komitmen guru terhadap profesionalisme.
7
Mengakses maklumat
dengan cepat dan mudah.
Membantu menyimpan
data dan maklumat
murid.
Menjimatkan kos,masa dan
tenaga membuat alat
bantu Evernote
dapat mengantikan
ketidak
Mengubah corak
pembelajaran dan
mewujudkan
Guru dapat berhubung
dengan murid pada bila-bila
masa.
Abad ke-21 sememangnya sinonim dengan era digital. Letusan teknologi maklumat dan
komunikasi menyebabkan kepentingan kemahiran abad ke-21 semakin diberi penekanan pada
masa kini. Guru merupakan tunjang utama dalam mempraktikkan penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi serta menyebarkan pengetahuan tersebut kepada pelajar.
Penggunaan teknologi pendidikan seharusnya menjadi sebahagian daripada pedagogi program
pendidikan guru di zaman kini. Sebagai contoh, pengintegrasian kemahiran abad ke-21 boleh
diterapkan dalam kalangan guru dan pelajar dengan menggunakan di dalam bilik darjah. Bentuk
komunikasi dua hala tidak bersemuka ini menjadi lebih mudah dan cepat serta sangat
membantu dalam banyak aspek terutamanya dalam mempertingkatkan komitmen terhadap
profesionalisme saya sebagai guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam
bilik darjah.
Penggunaan telefon bimbit pintar ternyata amat membantu dalam PdP kerana segala
maklumat mudah diperolehi dalam hanya sekelip mata. Hal ini membantu guru mengendali
pengajaran dengan lebih efektif dan efisien malahan murid-murid juga memperolehi maklumat
dengan cepat. Di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah, telefon pintar telah
dianggap sebagai agen yang berupaya untuk meningkatkan potensi dan kemahiran belajar
dalam kalangan pelajar (William, 2000). Negara kita juga tidak ketinggalan dalam mengikuti
arus perdana moden ini. Kebanyakan aktiviti dalam bilik darjah dirancang berdasarkan
penemuan inkuiri, pembelajaran koperatif, pembelajaran berdasarkan projek dan
konstruktivisme yang selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang
mewujudkan generasi yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi. Penggunaan telefon
pintar membolehkan murid mencari maklumat yang diperlukan pada bila-bila masa sahaja
tanpa ada batasan.
Aplikasi yang sedia ada dalam setiap telefon pintar seperti ‘Google Chrome’ dan
‘Internet’ membolehkan murid mencari semua maklumat yang berkaitan dengan kehendak
tugasan yang diberikan. Bagi guru pula, telefon pintar menjadi rakan apabila dikehendaki
menjawab soalan murid-murid yang agak kompleks ataupun semasa mereka ingin mencari
maklumat tambahan mengenai sesuatu topik yang diajar, dimana mereka hanya perlu
mencarinya di telefon pintar mereka dalam beberapa minit sahaja. Secara tidak langsung,
perkara ini akan mempertingkatkan komitmen terhadap profesionalisme guru kerana beliau
tidak perlu mengelak daripada menjawab pertanyaan murid. Pada masa yang sama, guru akan
disanjung tinggi oleh murid kerana mereka akan beranggapan ‘guru saya sangat pandai’ kerana
dapat menjawab soalan yang kompleks. Selain itu, Aplikasi dalam telefon pintar ini boleh dimuat
8
turun dari App Store seperti iTunes U dan iBooks untuk membolehkan pelajar terlibat dengan isi
kandungan secara interaktif, mencari maklumat dalam sekelip mata dan mengakses melalui
perpustakaan di mana sahaja mereka pergi atau berada (maklumat dihujung jari) melalui e-
perpustakaan. Pada tahun 90an, buku teks amat tebal, kemudian menjadi nipis sekitar
tahun2000-an, dan kini ia terus mengikut arus teknologi yang mengalir pantas. Kini, mini
perpustakaan yang memuatkan pelbagai jenis buku menjadi pilihan ramai. Di samping itu,
aplikasi iBooks membolehkan pengguna termasuk pelajar untuk mencipta buku teks interaktif
tersendiri pada iBooks dan iBookstore. Pengajaran melalui iBooks dapat meningkatkan tahap
kognitif dan konstruktivisme dalam pembelajaran pelajar di dalam kelas. Pelajar akan lebih aktif
untuk menerokai kandungan dalam buku teks serta cepat dalam proses ingatan. Jadi, tidak
hairanlah sekiranya pada masa hadapan buku teks digantikan dengan iBooks di telefon pintar.
Selain itu, penggunaan telefon pintar dalam PdP juga dapat menjimatkan masa dan kos
untuk membuat alat bantu mengajar (abm) yang memakan tenaga dan kos yang tinggi.
Sebenarnya pada zaman teknologi ini, guru hanya perlu menyambungkan telefon pintar ke
projektor untuk menayangkan video atau gambar yang berkaitan dengan subtopik yang diajar.
Misalnya, guru Bahasa Inggeris (BI) dapat mengajar BI dengan lebih efektif tanpa
menggunakan abm di kad manila malah hanya perlu muat turut aplikasi seperti Android Belajar
Bahasa Inggeris 6000, English Grammar Test, Speak English Daily untuk mengajar kosa kata,
literatur dan tatabahasa. Aplikasi yang berbentuk interaktif ini dapat merangsang kemahiran
berfiikir aras tinggi murid-murid. Mengikut pendekatan teori tingkah laku, setiap rangsangan
menimbulkan tindak balas danpembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan
dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan lain akan
mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran
asas tatabahasa minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran
yang baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah video
interaktif berkaitan tatabahasa dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik.
Oleh kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerak balas yang berlaku juga
positif. Tingkah laku memberikan perhatian akan dilazimkan, iaitu pelajar akan terus
memberikan perhatian apabila belajar aplikasi ini. Hal ini, selaras dengan matlamat kerajaan
untuk melahirkan generasi pelajar yang mempunyai fikiran aras tinggi dimana penggunaan abm
yang berbantukan telefon pintar mendidik murid-murid menggunakan daya fikir tinggi dan minda
untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal
9
intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Tambahan pula, kemahiran berfikir dan pemikiran
konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.
Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan komponen yang sangat penting dalam
mendasari inovasi dunia pendidikan pada masa kini. Perkembangan teknologi mudah alih masa
kini turut mengubah corak pembelajaran (Naismith,Lonsdale, Vavoula & Sharpless, 2004 dalam
Fairose, Jamaludin & Mohamed Amin, 2010). Berbagai-bagai aplikasi komunikasi yang terdapat
dalam telefon pintar seperti whatsapp, facebook, flickr, dan tumblr juga menyediakan platform
untuk guru dan murid berhubung tanpa perlu mengeluarkan duit. Komunikasi tanpa jaringan ini
amat membantu dan menjimatkan duit kerana guru hanya perlu menghantar pesanan untuk
menyiapkan kerja rumah kepada murid dengan menggunakan whatsapp dan tidak lagi seperti
zaman dahulu kala dimana guru hanya dapat berhubung dengan murid apabila berjumpa
dengan murid keesokan hari di sekolah. Murid juga boleh membuat panggilan video dengan
guru ataupun rakan sekiranya tertimbul sebarang kemusykilan berkaitan mata pelajaran.
Seperti yang diketahui, tiada sebarang caj dikenakan untuk membuat panggilan video dan
panggilan suara whatsapp justeru, murid dapat mengoptimumkan penggunaannya dengan cara
yang baik.
Gambar 1:
Penggunaan whatsapp, chrome dan facebook dapat menjimatkan kos
Selain itu, sumbangan besar penggunaan aplikasi telefon pintar adalah memudahkan
penyimpanan maklumat dan data murid dengan adanya sistem gmail, evernote dan dropbox.
Guru dapat menyimpan data murid serta memperbaikinya dari masa ke masa dengan
menggunakan aplikasi Microsoft atau Evernote dalam telefon pintar kemudian, menyimpannya
dalam fail di gmail tersebut. Data yang disimpan ini tidak akan hilang ataupun dimusnahkan
kerana apabila guru membukanya di browser baru ia akan sentiasa berada di situ. Segala
penyimpanan data menjadi mudah dengan adanya telefon pintar ini. Tambahan pula, kini
10
segala keputusan murid di key-in dalam sistem data base sekolah dimana ibu bapa dapat
menyemak pencapaian anaknya menerusi sistem ini sahaja. Tidak seperti dulu, guru tidak perlu
bersusah payah untuk menulis pencapaian murid di kad laporan dan memberikannya kepada
murid. Pemberian kad laporan kepada murid telah membawa kepada masalah salah laku murid
seperti tidak memberikannya kepada ibu bapa kemudian, murid-murid menandatangani sendiri
kad pencapaian masing - masing. Walaubagaimanapun, isu ini tidak akan tertimbul dengan
adanya sistem kad laporan secara talian ini dimana guru dan ibu bapa dapat berinteraksi tanpa
bersemuka. Segala tingkah laku murid juga akan di key-in oleh guru dalam talian ini. Lebih-lebih
lagi penggunaan sistem telefon pintar memudahkan urusannya dimana guru tidak perlu
bergantung pada computer riba untuk mengisinya. Guru dapat mengisinya pada bila-bila masa
sahaja. Selain efektif, ia juga amat meringankan beban guru. Guru tidak lagi perlu memikul kad
laporan dan fail peribadi ke bilik guru. Sekiranya sesebuah kelas itu mempunyai 40 orang murid
tidak mungkin guru itu dapat memikul fail setiap murid ke bilik guru. Namun, penyimpanan
maklumat dalam telefon pintar telah memudahkan tugas guru kerana data setiap murid dapat
disimpan dengan terancang dan teratur tanpa perlu memikul beg- beg besar ke sekolah.
Gambar 3: Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
Seterusnya, penggunaan telefon pintar dalam PdP juga dapat menggantikan
ketidakhadiran guru dengan adanya aplikasi Evernote. Evernote dapat digunakan sebagai satu
cara untuk memastikan kelas tetap diteruskan walaupun guru tersebut tidak hadir. Evernote
memudahkan guru untuk berkongsi buku nota dengan guru ganti. Rancangan pelajaran,
lembaran kerja, kunci jawapan dan contoh kerja yang telah siap dapat dikongsikan bersama
guru ganti. Hal ini untuk memastikan kelas guru tersebut tetap dijalankan walaupun beliau tidak
11
berada di situ ketika PdP. Sebagai contoh, guru hanya perlu berkongsi buku nota dengan kelas
beliau mengajar. Selepas membina satu buku nota awam (public notebook), beliau perlu
kongsikan pautan URL dengan kelas tersebut. Melalui cara ini, apa sahaja catatan yang
ditambahkan boleh dilihat oleh murid-murid kelas tersebut (atau ibu bapa mereka). Aplikasi
Evernote ini juga membantu mereka untuk melaksanakan tugasan dengan cepat dan mudah
untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Evernote dapat membantu guru untuk
menjadikan tugasan mereka dapat dilakukan secara tersusun dan terancang bagi menyimpan
atau mencatat maklumat tentang tugasan pelajar atau nota rujukan. Contohnya, seorang guru
yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni boleh mengambil gambar tugasan-tugasan
murid mereka seperti gambar lukisan atau projek seni. Kemudian, mereka boleh memuat turun
ke dalam Evernote dan menyimpan gambar tersebut mengikut kelas yang diajar. Guru tersebut
tidak perlu membawa balik semua tugasan projek tersebut ke rumah kerana semua gambar
tersebut ada di dalam Evernote.
Gambar 2:
Aplikasi Evernote yang
dapat mengganti
ketidakhadiran guru.
Sebagai kesimpulan, pada dunia pendidikan abad ke-21, guru merupakan pasukan atau
peneraju yang amat penting dalam mendidik pelajar. Ini adalah kerana seorang guru bukan
hanya setakat mengajar di dalam bilik darjah malahan hingga di luar sekolah. Peranan guru
sentiasa diperlukan walaupun pada era ini perkembangan teknologi maklumat nyata sedikit
sebanyak telah meringankan beban seorang guru. Tugas guru sentiasa berubah-ubah mengikut
peredaran zaman dan konteks semasa yang berlaku. Ledakan perkembangan kecanggihan
teknologi dan persaingan dalam dunia global menuntut agar peranan dan tanggung
jawabseorang pendidik itu untuk membuat transformasi bukan sahaja dari aspek teknik
12
pengajaran malah merentasi penggunaan peralatan teknologi dan dalam masa yang sama
masih berpegang kepada nilai-nilai tempatan dan sentiasa berpaksikan kepada
FalsafahPendidikan Kebangsaan supaya dapat mempertingkatkan komitmenterhadap
profesionalisme perguruan.
(2962 patah perkataan)
13
3.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, tugasan Kursus Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional
Guru telah mengubah persepsi saya bahawa peranan guru novis adalah tidak penting dan
boleh berada di zon selesa. Ia juga telah menyedarkan saya bahawa guru perlu berperanan
sebagai agen sosial yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap murid. Justeru, guru perlu
membimbing murid menggunakan teknologi yang tidak lagi asing kepada mereka iaitu telefon
pintar dengan cara baik.
Kerjaya guru kini dianggap sebagai sebuah profesion yang mulia. Tidak kiralah
peringkat guru sama ada berada pada novis ataupun pakar yang penting adalah dapat
melahirkan modal insan yang berguna kepada masyarakan dan negara. Selain itu,
profesionalisme guru novis semasa pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran di
Sekolah amat dititiberatkan. Hal ini kerana cabaran guru novis sangat tinggi terutamanya dalam
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru novis atau guru permulaan yang baru
menamatkan program pendidikan dikenali sebagai guru novis Khalid (2009). Guru permulaan
seharusnya mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi yang meliputi aspek kesedian,
pengetahuan dan motivasi guru permulaan semasa pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini
amat mempengaruhi hasil pembelajaran dan seterusnya peningkatan pencapaian pelajar. Oleh
itu, guru novis hendaklah menyahut cabaran iaitu melengkapkan diri dengan persediaan
sebelum pengajaran, pengetahuan yang luas mengenai topik yang hendak diajar dan motivasi
yang tinggi bagi mempamerkan keyakinan diri dan kesungguhan semasa mengajar.
14
RUJUKAN
Akhiar Pardi et Al.(2012). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Guru. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn.Bhd.
Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd.
Haminah Budi (2012).Profesionalisme Guru Novis Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)
http://www.slideshare.net/HamidahBudi/profesionalisme-guru-novis-dalam-pengajaran-
dan-pembelajaran-pp. Dilayari pada 16 Julai 2015.
Mok Soon Sang (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen3: Profesional Keguruan)
Sekolah Rendah. Subang Jaya:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Penggunaan ICT dalam PnP. http://www.slideshare.net/isuict12/penggunaan-ict-dalam-pp.
dilayari pada 15 Julai 2015.
Yahya Don. (2006). Psikologi Sosial dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
15
16