Bincangkan Bentuk Agama Dan Kepercayaan Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan

41
Bincangkan Bentuk Agama dan Kepercayaan Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam. Pengenalan : Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman kedatangan Islam ( 610 M) Ciri-ciri masyarakat Jahiliah, tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan. Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri- ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan. Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi. Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka. Isi : Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi ( agama langit ) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi ( agama ciptaan ) yang direka oleh manusia sendiri. 1. Agama Hanif : Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri. 2. Agama Yahudi : Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah

Transcript of Bincangkan Bentuk Agama Dan Kepercayaan Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan

Bincangkan Bentuk Agama dan Kepercayaan Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan  Islam.

 Pengenalan :

 Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman  kedatangan Islam ( 610 M)

Ciri-ciri masyarakat Jahiliah, tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.

Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.

Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.

Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.

 Isi :

Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi ( agama langit ) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi ( agama ciptaan ) yang direka oleh manusia sendiri.

1.         Agama Hanif :

Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

2.         Agama Yahudi :

Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.

3.         Agama Nasrani :

Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.

4.         Agama Wathani :

Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan

manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya.  Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.

5.         Agama Majusi :

Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.

6.         Agama penyembahan Cekarawala :

Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.

7.         Agama Animisme :

Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.

8.         Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme ) :

Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.

9.         Penyembahan Tuhan Padang Pasir.

Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.

10.       Kepercayaan tahyul :

Kepercayaan tangkal azimat Roh orang mati menjadi burung. Percaya kepada ahli nujum. Percaya kepada ahli sihir. Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri

membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan. Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia. Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari

perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang. Membuat keputusan melalui anak panah.

 

Kesimpulan :

Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di atas menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata.

Huraikan ciri-ciri agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat  pada zaman tamadun awal manusia.     

Pengenalan :

1. Konsep ketuhanan dan keagamaan tamadun awal manusia, mereka mempercayaai kepada agama yang menyembah banyak tuhan di samping mengadakan upacara pemujaan dan pengorbanan.

2. Agama merujuk kepada segala kepercayaan kepada tuhan, dewa atau roh nenek moyang serta kebangkitan dan tuntutan-tuntutan  yang berkaitan kepadanya.

3. Kewujudan pelbagai sistem kepercayaan dalam peradaban manusia ialah hasil daripada hubungan antara manausia dengan alam sekeliling. Mereka percaya alam sekeliling memudaratkan kehidupan manusia, maka manusia berdamai dengan alam sekeliling dengan melakukan upacara pemujaan dan pengorbanan.

Isi :

Menyembah banyak Tuhan :

Dalam tamadun awal manusia agama yang diamalkan adalah bersifat politeisme iaitu agama yang menyembah banyak tuhan dan dewa-dewi. Misalnya orang Sumeria, Mesir dan Indus menyembah banyak tuhan. Manusia pada zaman tamadun awal percaya dewa-dewi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.

Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu iaitu dewa langit, bagi orang Mesir pula tuhan yang paling penting Amon – Re iaitu tuhan matahari dan Osiris iaitu tuhan sungai Nil. Manakala dewa-dewi yang disembah oleh orang Indus ialah dewa bermuka tiga. Bagi orang Aryan mereka menyembah tuhan matahari (Mitra), langit (Dyaus) dan api (Agni). Tuhan yang paling popular ialah tuhan Indra.

 Menyembah Dewa -dewi :

Dalam masyarakat Sumeria, mereka percaya setiap kota mempunyai dewa penaung (patron deity). Orang-orang Sumeria menyembah dewa ini yang dipercayaai dapat melindungi kota-kota mereka.

Bagi orang-orang Mesir, mereka mempercayaai seluruh alam dikuasai oleh dewa-dewai yang akan menentukan hidup matinya sesuatu kehidupan. Mereka memuja banyak semangat roh binatang seperti kucing dan tanaman.

 Upacara Pemujaan dan Pengorbanan :

Masyarakat tamadun awal sering menjalankan upacara agama seperi pemujaan dan pengorbanan supaya mereka tidak ditimpa malapetaka. Bagi orang Sumeria upacara pemujaan dan pengorbanan dilakukan dalam kuil – kuil berbentu menara yang dipanggil Ziggurat.

Dalam masyarakat Indus mereka juga menjalankan upacara pengorbanan terutamanya binatang. Tetapi mereka tidak mengorbankan lembu kerana dianggap sebagai binatang suci.

Masyarakat Shang percaya bagi mengelakkan malapetaka, orang Shang perlu menjalankan upacara pengorbanan untuk tuhan-tuhan mereka.

Menyembah Banyak Objek dan Unsur Alam Semesta :

Bagi masyarakat Shang mengamalkan agama menyembah banyak objek dan unsur alam semesta seperti bumi, sungai, angin, binatang dan sebagainya. Mereka percaya tuhan yang paling berkuasa adalah tuhan T’ien iaitu tuhan langit.

Mereka percaya tuhan-tuhan ini boleh menguasai kehidupan manusia dan boleh menyebabkan malapetaka seperti kemarau, banjir dan wabak penyakit.

Bagi mengelakkan malapetaka belaku orang Shang menjalankan upacara pengorbanan supaya tuhan-tuhan mereka tidak marah.

Kepercayaan Kehidupan Selepas Mati :

Bagi orang-orang Sumeria mereka tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Oleh itu mereka tidak menghasilkan mumia atau makam yang kompleks.

Sebaliknya orang-orang Mesir, mereka mempercayaai kehidupan selepas mati. Justeru itu  dikalangan pemerintah mereka akan membina piramid untuk menyimpan mumia sebagai tempat bersemadi roh-roh mereka. Selain itu banyak barangan seperti makanan, perabut, harta juga disemadikan bersama-sama mumia.

Masyarakat Shang juga percaya kehidupan selepas kematian, mereka akan menanam raja-raja Shang ini bersama barang seperti harta, manusia seperti tawanan perang, petani bersama-sama raja yang telah mati dalam satu kawasan perkuburan.

Memuja Roh Nenek Moyang :

Orang-orang Shang memuja roh nenek moyang mereka kerana mereka percaya roh – roh ini mempunyai pengaruh yang kuat ke atas keghidupan mereka.

 Mereka percaya dengan penggunaan tulang – tulang nujum ( oracle bones ) untuk membuat ramalan terutamanya untuk mengetahui sesuatu perkara yang berkaitan dengan roh nenek moyang mereka.

Kesimpulan :

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Huraikan kepecayaan dan agama yang terdapat dalam masyarakat Cina.                      

Pengenalan :

Konsep tamadun dan salah satu ciri tamadun adalah kepercayaan dan agama. Konsep kepercayaan dan agama Latar belakang tamadun China. Menyenaraikan kepercayaan dan agama dalam tamadun China.

Isi-isi Penting :

Kepercayaan Alam Sekitar :

Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.

Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang :

Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta cina dengan menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan, dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh masyarakat Shang dan Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintah syurga dan menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh. Antara yang dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.

Kepercayaan kepada Anak Syurga :

Kepercayaan  kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga. Contoh Dinasti  Chou mengamalkan  kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti Chou.

Kepercayaan kepada dewa :

Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah ‘Dewa Biji-bijian’

Agama Buddha :

Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka.

Ajaran Confuciusnisme :

Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk menyebarkan idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan undang-undang. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan lima

kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini menekankan juga unit keluarga sebagai satu unit terpenting.

Ajaran Toisme :

Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama.

Kesimpulan :

Kepercayaan dan agama berperanan penting dalam perkembangan tamadun China, dimulai dengan kepercayaan alam sekitar, roh nenek moyang, fahaman dan bertukar kepada bentuk agama. Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan sistem pemerintahan agar taat dan patuh kepada pemerintah.

Bandingkan ciri-ciri kepercayaan dan agama antara masyarakat Mesir dengan Mesopotamia.

Pendahuluan :

Latarbelakang masyarakat Mesir. Latarbelakang masyarakat Mesopotamia. Maksud kepercayaan dan agama dan kaitannya ciri-ciri tamadun.

Isi-isi :

Kepercayaan yang bersifat polytheistisme berasaskan unsur-unsur semula jadi. terdapat banyak tuhan yang diterima umum dan tuhan diperingkat bandar/tempatan.

Mesopotamia :

Penduduk Mesopotamia menyembah banyak tuhan atau dewa – dewi. Setiap tuhan mempunyai tugas yang berlainan. Antara tuhan mereka ialah Anu ( Tuhan Langit ), Enki ( Tuhan Air dan Laut ) dan Enlili ( Tuhan Bumi )

Mesir

Penduduk Mesir menyembah banyak tuhan. Mereka percaya alam ini dikuasai tuhan – tuhan yang menentukan nasib baik dan buruk penghuni bumi. Antara tuhan mereka ialah Amon – Re ( Tuhan Matahari ) Isis ( Tuhan Bulan ) dan Osiris ( Tuhan Sungai Nil )

Hubungan dengan raja/pemerintah :

Mesopotamia :

Raja dianggap sebagai wakil tuhan di dunia. Raja Babylon dipercayaai mempunyai hubungan dengan Tuhan Marduk. Semua arahan daripada raja perintah Marduk. Golongan pendita memainkan peranan penting dalam pentadbiran.

Mesir :

Firaun dipercayaai anak kepada Amon Re ( Tuhan Matahari ) iaiitu tuhan yang mempunyai kedudukan yang istimewa. Hubungan ini menjadi asas kepada asas pembentukan sistem teokrasi.

Tuhan mempunyai sifat manusia.

Mesopotamia :

Tuhan memiliki sifat manusia dari rupa bentuk fizikal dan berperasaan ( marah, benci, dan iri hati ). Sifat tuhan dijelmakan melalui ukiran patung.

Mesir :

Tuhan memiliki sifat manusi dan kehidupannya sama dengan kehidupan manusia. Tuhan mereka terdiri daripada lelaki dan perempuan serta mempunyai keluarga. Tuhan – tuhan orang Mesir mempunyai perasaan marah, balas dendam, bergaduh dan belas kasihan.

Upacara penyembahan tuhan.

Mesopotamia :

Mereka menjalankan upacara pemujaan bagi mengelakkan malapetaka akibat daripada kemarahan tuhan. Mereka menghidangkan makanan kepada tuhan dan upacara keagamaan diiringi dengan alat muzik.

Mesir :

Mereka menjalankan upacara pemujaan bagi menjamin keharmonian penduduk dengan alam sekitar dan mengelakkan malapetaka. Perayaan keagamaan diadakan bagi setiap tahun pada hari – hari tertentu. Perayaan untuk mengagungkan Amon – Re diadakan pada awal tahun baru. Persembahan drama keagamaan diadakan untuk memuja – muja tuhan. Contohnya drama lapan babak mengisahkan kehidupan Tuhan Osiris.

Institusi rumah berhala.

Mesopotamia :

Institusi Rumah berhala merupakan ciri penting dalam sistem kepercayaan. Mereka membina trumah berhala bertujuan untuk pusat ibadat dan pemujaan. Kuil yang paling terkenal ialah Ziggurat.

Mesir :

Institusi rumah berhala mempunyai ciri penting dalam sistem kepercayaan. Pembinaan rumah berhala bertujuan untuk pusat Ibadat dan penyembahan. Rumah ibadat yang terkenal ialah Kuil Agung Karnak.

Kepercayaan selepas mati.

Mesopotamia :

Mereka tidak mempercayaai kehidupan selepas kematian. Mereka percaya sekiranya mayat tidak dikebumikan, ianya akan merayau mencari makan. Mayat dikebumikan dengan bekalan makanan dan barang kegemaran si mati.

Mesir :

Mereka mempercayaan kehidupan selepas kematian berdasarkan dalam  “Buku Kematian”. Tuhan Osiris akan memberi nyawa selepas kematian. Mayat diawet, piramid dibina untuk menyimpan mayat dan harta Firaun.

Sumber kepercayaan.

Mesopotamia :

Berasaskan metos dan lagenda contohnya kitab Gillgamesh.

Mesir :

Berasaskan metos dan lagenda contohnya catatan di kuil dan istana.

Status tuhan.

Mesopotamia :

Tuhan dalam masyarakat Mesopotamia adalah sama taraf di antara negara kota.

Mesir :

Tuhan dalam masyarakat Mesir berbentuk hierarki keagungan

Kesimpulan :

Masyarakat Mesopotamia dan Mesir memberi perhatian yang sangat penting terhadap aspek kepercayaan dan agama. Kesannya banyak tinggalan sejarah seperti tapak – tapak kuil dan tempat pengkebumian.

Bagaimanakah alam sekitar dapat mempengaruhi ketamadunan manusia daripada masyarakat paleolitik kepada masyarakat yang bertamadun.

Pendahuluan :

Pengertian alam sekitar. Pengertian masyarakat paleolitik. Pengertian masyarakat bertamadun. Ciri-ciri asas masyarakat bertamadun.

Idea / isi  :

Alam sekitar mengubah corak penempatan masyarakat :

Perkembangan pertanian dan penternakan membolehkan manusia membina kawasan petempatan tetap di kawasan-kawasan tertentu dan mereka tidak lagi perlu berpindah randah kerana kini mereka sudah dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Manusia tidak lagi berpindah-randah untuk memburu binatang dan mengutip makanan. Corak masyarakat adalah lebih menetap dengan penanaman tanaman-tanaman makanan dan menternak binatang menjadi bertambah penting untuk menampung kehidupannya. Manusia mengubahsuaikan ekonomi memburu kepada ekonomi pertanian. Perkembangan penempatan-penempatan kekal dengan perkampungan diwujudkan di kawasan yang tanahnya subur dan berhampiran air yang diperlukan untuk kegiatan pertanian.

Alam sekitar melahirkan konsep pertanian dan berlaku revolusi pertanian :

Kemajuan pertanian dalam zaman ini menyebabkan manusia semakin berupaya mengawal dan menggunakan sumber alam. Ini menyebabkan kehidupan mereka lebih stabil dan terjamin baik sebagai individu mahupun sebagai satu komuniti. Peningkatan bukan sahaja berlaku bukan sahaja dari segi kuantiti, tetapi juga kualitinya. Ini menyebabkan kawasan petempatan itu semakin berkeupayaan menampung jumlah penduduk yang ramai. Kualiti pemakanan manusa bertambah baik dan bekalannya juga dapat diperolehi secara berterusan. Justeru wujud Revolusi pertanian yang berupaya mengawal bekalan makanan dan menawarkan secara berterusan, penggunaan alat-alat yang khusus untuk pertanian yang lebih baik dan pemilihan jenis tanaman dan ternakan yang sesuai. Kelahiran revolusi pertanian telah memberikan kesan yang besar kepada kehidupan manusia dan menjadi penyambung kepada permulaan tamadun. Manusia mula berhenti dengan cara hidup secara nomad dan mula hidup menetap secara bermasyarakat.

Alam sekitar mempengaruhi peralatan dan teknologi :

Pada zaman paleolitik alat batunya kasar kerana mereka berpindah randah. Selepas zaman bertamadun mereka telah menetap dan bercucuk tanam dan berlakunya pertambahan penduduk. Justeru peralatan adalah lebih halus dan juga diubahsuaikan dengan keperluan zaman. Keadaan ini menunjukkan manusia menggunakan alam untuk lebih inovatif dan kreatif. Contohnya penciptaan tenggala yang dicipta untuk memudahkan pertanian dan roda untuk mengangkut hasil pertanian bagi menampung permintaan yang banyak bukan sahaja mengubah corak pengangkutan tetapi

mempercepatkan perkembangan industri. Peningkatan teknologi membolehkan manusia menguasai persekitaran kehidupan dan merupakan asas kelahiran masyarakat yang kompleks.

Alam sekitar mempengaruhi perkembangan kegiatan ekonomi :

Perubahan orientasi ekonomi daripada sara diri kepada komersial. Mereka menyimpan lebihan hasil untuk meningkatkan pengeluaran. Pada peringkat paleolitik alam sekitarnya adalah hutan dan sungai. Kegiatan mereka tertumpu kepada memburu, memungut hasil hutan dan menangkap ikan. Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, dimana mereka mula menetap di kawasan yang subur di tepi sunggai dan menjalankan pertanian secara agresif. Lebihan hasil ditukarkan dan ada juga yang diperdagangkan. Contoh, pertukaran perdagangan antara Tamadun India dengan Tamadun Mesopotamia.

Alam sekitar mempengaruhi perkembangan sistem kepercayaan :

Percaya kepada kuasa-kuasa luar biasa yang dianggap suci, berpunca daripada kepercayaan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakatnya. Mereka juga menjalankan upacara ritual dan amalan korban untuk meningkatkan kesuburan tanaman dan binatang ternakan. Keadaan ini akhirnya mewujudkan konsep ketuhanan dalam sejarah ketamadunan manusia.

Alam sekitar mempengaruhi pertumbuhan penduduk :

Kemajuan pertanian dalam zaman ini menyebabkan manusia semakin berupaya mengawal dan menggunakan sumber alam. Ini menyebabkan kehidupan mereka lebih stabil dan terjamin baik sebagai individu mahupun sebagai satu komuniti. Keadaan ini membawa kepada berlakunya pertambahan penduduk yang semakin pesat. Kehidupan di satu-satu kawasan petempatan juga menjadi semakin kompleks. Pertumbuhan penduduk memang mendorong masyarakat meneroka kawasan-kawasan baru yang tanahnya yang subur untuk pertanian. Pertumbuhan bilangan penduduk dan wujudnya perbandaran menggalakkan perkembangan pasaran baru, peningkatan hasil pengeluaran pertanian dan kemajuan dalam bidang teknologi untuk pertanian yang mendorong kepada kelahiran masyarakat yang kompleks.

Alam sekitar mewujudkan pengkhususan kerja :

Kehidupan yang bertambah kompleks telah menyebabkan masyarakat perlu kepada pengkhususan kerja untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Misalnya masyarakat memerlukan pemimpin untuk mengkoordinasi dan memberi arahan kepada mereka. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendita untuk menjalankan kegiatan agama. Kesan daripada pertumbuhan penduduk yang mendadak melahirkan institusi sosial atau kerajaan yang berfungsi mengawal dan menyelia urusan pemerintahan dan pentadbiran dan menyelesaikan masalah dan hak rakyat yang semakin kompleks. Peningkatan produktiviti yang dapat menjamin keperluan bekalan di satu-satu kawasan membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Ini membawa kepada bermulanya penambahan bilangan kerja dalam masyarakat.

Alam sekitar mewujudkan sistem dalam masyarakat (organisasi sosial) :

Dalam masyarakat munculnya institusi-institusi pemerintahan, keagamaan, pendidikan dan sebagainya sebagai organisasi untuk membolehkan manusia dapat adaptasi dan mengawal alam sekeliling mereka. Pemimpin, pahlawan dan pendita muncul sebagai orang berkuasa. Pahlawan dapat senjatanya. Paderi pula dengan pengetahuannya mengenai tuhan. Sementara majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat dan pengetahuan itu menjadi pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di suatu petempatan terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.

Kesimpulan :

Alam sekitar telah mengubah corak kehidupan dan masyarakat. Situasi ini telah melahirkan tamadun-tamadun awal seperti Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir yang lebih kompleks sesuai dengan zamannya.

Bincangkan sumbangan  Artashastra oleh Kautilya dalam bidang ketenteraan di India.

Pengenalan : 1. Konsep ketahanan 2. Konsep Pertahanan 3. Latar belakang Kautilya. Isi-isi Penting :  Pendekatan ‘bheda’ iaitu melaga-lagakan musuh dengan menimbulkan isu-isu

sensitive : Pendekatan ini dilaksanakan oleh seseorang pemerintah kepada musuh mereka.

Pemerintah perlu menimbulkan isu-isu sensitive antara kedua-dua belah pihak. Hal ini membolehkan pemerintah tersebut memilih untuk menyebelahi mana-mana pihak yang kuat kemudian memusnahkannya.

Menggunakan cara ‘saman’ iaitu melakukan perdamaian dengan Negara lemah bagi meraih sokongan :

Pemerintah berusaha mencari perdamaian dengan pihak atau Negara yang lemah. Sekiranya pemerintah  bermusuh dengan Negara yang lemah  ia akan merugikan masa. Oleh itu, jalan terbaik untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh adalah dengan cara ‘saman’ atau perdamaian.

Pemberian ‘dana’ iaitu rasuah dalam pelbagai bentuk kepada musuh yang masih belum ketahui kekuatannya :

Pemberian dana atau rasuah akan dapat melalaikan musuh sekaligus pihak musuh yang kuat tidak akan menganggap  pemberian dana sebagai tanda permusuhan. Ini memberi peluang perkukuhkan kedudukan pemerintah.

Memperkenalkan teori ‘mandala’ iaitu pemerintah hendaklah bijak mencari kawan dan berbaik-baik dengan  musuh yang akan diperangi :

Pemerintah perlulah bijak mengatur strategic dengan mencari kawan atau berbaik-baik dengan musuh Negara yang diperangi . Apabila berlaku peperangan maka pihak yang diperlakukan sedemikian akan membantu pemerintah tersebut.

Konsep ‘danda’ iaitu menggunakan kekerasan kepada musuh atau orang yang jahat :

Konsep ini adalah idea Kautilya sendiri untuk menghadapi ancaman musuh dengan menggunakan tipu muslihat. Danda iaitu kayu atau besi yang kuat untuk memukul.

Kautilya menyarankan ancaman kekerasan perlu digunakan kepada musuh atau orang yang jahat.

Menubuhkan unit pengintip untuk mendapatkan rahsia dan menyampaikan maklumat kepada pemerintah :

Kautilya menyarankan pemerintah tidak terlalu mempercayai orang luar walaupun anak atau isteri kerana mereka boleh menjadi ejen musuh sekaligus menjatuhkan kuasa raja. Selain itu, makanan raja perlu diuji terlebih dahulu kerana dibimbangi makanan tersebut akan mengandungi racun. Pemerintah yang baik mempunyai musuh dalam selimut. Kautilya mencadangkan supaya raja atau pemerintah sentiasa memerhatikan gerak-geri askarnya menerusi ejen pengintip untuk mencari rahsia dan menyampaikan maklumat pengkhianatan kepada pemerintah.

Matlamat spritiual :  dituntut dengan cara berjuang bersungguh-sungguh walaupun nyawa sendiri terkorban atau   berjuang sehingga mati

Kautilya menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan kejahatan: Sehubungan dengan itu, orang yang kuat tidak perlu berasa simpati dan kasihan

kepada golongan yang lemah. Raja yang bersikap jujur dan bersimpati kepada musuh adalah bodoh kerana pemerintah tersebut akan mudah dikalahkan oleh musuhnya.

Kesimpulan : Artashastra merupakan sumber rujukan pemikir ketenteraan India yang menkadi

rujukan pemerintah untuk mengekalkan kuasa. Menjadi rujukan tentera sehingga ke hari ini kerana terdapat teori taktik dan strategi yang masih relevan.

Jelaskan sumbangan Asoka dalam mencipta keagungan Empayar Maurya di India.

Pengenalan :

Merupakan empayar yang pertama di India bermula pada tahun 321 S.M. Diasakan oleh Chandragupta Maurya. Pentadbiran empayar ini begitu menyerlah semasa pemerintahan rajanya yang ketiga

iaitu Asoka. Asoka telah menaiki takhta pada tahun 273 S.M dengan gelaran Devanampiya

Plyadasi. Beliau telah menjadikan Empayar Maurya sebagai sebuah empayar yang agung

melalui perluasan kuasa,keagamaan dan pembaharuan sistem politik.

Isi :

Menyebarkan Ajaran Agama Buddha :

Mengadakan siri lawatan ke seluruh negara pada tahun ke 11 pemerintahannya. Melawat tempat suci dan menganjurkan perbincangan keagamaan. Melantik pegawai khas iaitu Dharma Mahamatra untuk menyebarkan nilai-nilai murni

di dalam ajaran Buddha. Menganjurkan Majlis Buddha yang ke tiga untuk menyelesaikan perbezaan Mazhab

yang berlainan.

Menghantar misi-misi keagamaan ke Luar Negara :

Mubaligh Buddha dihantar ke Sri Lanka,Asia Barat ,Mesir dan Eropah Timur untuk meneyebarakan agama Buddha.

Mengukir Doktrin Buddha Di atas Batu, Tiang dan Gua Di Seluruh Jajahan Takluk :

Supaya rakyat dapat mengamalakan nilai-nilai moral seperti mengawal nafsu, Mengamalkan sikap toleransi terhadap agama .

Pentadbiran :

Empayar yang diasaskan meliputi seluruh bahagian utara India termasuk Afghanistan dan Baluchistan kecuali India selatan.

Sesetengah tanah jajahan diberi kuasa autonomi dan sesetengahnya pula di tadbir oleh wizurai.

Berjaya menyatukan seluruh empayarnya menerusi penggunaan bahasa Prakrit. Hubungan diplomatic dengan beberapa orang raja seperti Ptolemy II , Raja Mesir

menerusi penubuhan organisasi Philanthropik

Sosial :

Menubuhkan hospital untuk manusia dan haiwan di seluruh empayar serta menghulurkan bantuan dan derma kepada goklongan Brahman dan pengikut agama lain

Membina rumah rehat untuk kemudahan pelancong.

Kesimpulan :

Asoka telah berjaya membentuk satu unit pentadbiran yang kukuh dan ini terbukti dengan keluasan Eampayar Maurya.

Namun selepas Asoka meninggal dunia pada tahun 232 S.M empayar tersebut mula mengalami keruntuhan dan digantikan dengan Empayar Gupta.

 

Huraikan sejarah penubuhan Baitulmal dan pelaksanaannya pada zaman Bani Umayyah.

Pendahuluan :

Merupakan institusi kewangan yang bertanggungjawab menyelenggara harta umum. Institusi ini juga dikenali dengan istilah perbendaharaan negara. Institusi Baitulmal tidak berfungsi dengan aktif pada zaman awal kerajaan Islam

kerana perkembangan dan penaklukan Islam belum luas lagi dan sumber pendapatan negara tidak banyak.

Isi :

Sejarah Penubuhan Baitulmal :

Sejarah penubuhan institusi ini dipercayai telah wujud sejak zaman Rasulullah S.A.W. lagi, namun disebabkan pendapatan negara Islam tatkala itu adalah kecil seperti rampasan perang atau yang didapati melalui perjanjian damai maka hasilnya dibahgikan segera kepada mereka yang berhak menerimanya.

Penubuhan Baitulmal secara rasmi ialah pada masa Umar al-Khattab menjadi khalifah pada tahun 13 Hijrah. Pada masa ini agama Islam berkembang pesat dan pemerintahannya mendapat harta yang banyak hasil daripada rampasan perang dan juga daripada daerah taklukan yang luas. Ini memerlukan pengurusan yang cekap dan tersusun rapi supaya setiap perbelanjaan yang dilakukan tidak membazir dan mengikut apa yang ditentukan oleh undang-undang Islam. Sehubungan itu, Khalid b. al Walid mencadangkan agar khalifah Umar menubuhkan satu institusi kewangan negara bagi menguruskan harta Negara. Pada peringkat awalnya perbendaharaan ini dikenali dengan Diwan atau Khazanah dan akhirnya diberi nama Baitulmal.

Khalifah Umar b. al- Khattab telah melantik Uqail b. Abu Talib, Makhramah b. Naufal dan Jubair b. Mu’tam untuk mengendalikan Baitulmal.

Kota Madinah dijadikan pusat pentadbiran Baitulmal. Institusi Baitulmal ini kemudiannya ditubuhkan disetiap wilayah Islam sebagai cawangan Baitulmal yang berpusat di Madinah. Di setiap cawangan Baitulmal ini dilantik pegawai-pegawai Baitulmal yang menjalankan tugasnya dibawah pentadbiran Baitulmal pusat.

Dengan penubuhan institusi Baitulmal ini khalifah Umar telah mengasaskan penyelarasan pentadbiran kewangan negara dan penggunaan harta awam yang bersesuaian dengan perkembangan pentadbiran social, ekonomi, dan politik Negara pada masa itu. Bermula pada masa itu, Baitulmal sebagai wakil yang menjalankan pengurusan harta dan membelanjakannya untuk kepentingan rakyat dan negara bersesuaian dengan kehendak undang-undang Islam.

Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Bani Umayyah :

Baitulmal telah dijadikan sebagai sebuah daripada institusi penting bagi menyimpan hasil pendapatan negara. Seorang pegawai telah dilantik sebagai wakil khalifah untuk mengurus dan mengendalikan institusi ini.

Baki perbelanjaan wilayah-wilayah jajahan takluk kerajaan Bani Umayyah daripada cukai-cukai wilayah tersebut akan dihantar kepada kerajaan pusat untuk disimpan di Baitulmal.

Pada zaman pemerintahan khalifah al-Walid Baitulmal amat penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi. Beliau telah menggalakkan pembangunan industri perusahaan dan pembuatan. Al-Walid juga telah mendirikan beberapa pusat angkatan laut di Syria, Mesir, Afrika dan sebagainya yang memerlukan pembiayaan yang besar yang sebahagian perbelanjaannya diambil daripada Baitulmal.

Pada zaman khlifah Umar b. Abd. Aziz masalah kewangan yang dihadapi oleh Baitulmal telah diatasi dengan langkah berjimat-cermat dan tidak melakukan pembaziran. Beliau telah menyerahkan sebahagian besar kekayaan dan barang kemas isterinya dan beberapa bidang tanahnya di Khaibar untuk dijadikan harta Baitulmal. Harta Baitulmal ini telah berjaya mewujudkan beberapa projek besar ekonomi bagi faedah rakyat seperti membuka ladang-ladang baru, membaiki dan membina saluran air, membina jalan-jalan raya bagi memudahkan penganggkutan dan aktiviti perdagangan.

Pelaksanaan Baitulmal juga melibatkan bidang ketenteraan juga. Kerajaan Bani Umayyah juga mempunyai pasukan tentera laut yang kuat. Pada zaman al-Walid pasukan tentera laut Bani Umayyah amat kuat sehngga dapat menguasai Laut Mediteranean. Dari segi penaklukan zaman al-Walid dan Hisyam empayar Islam telah luas hingga ke Lautan Atlantik dan Banjaran Gunung Pyreness di Eropah, sementara di sebelah Timur hampir ke sempadan China. Perbelanjaan yang besar dan sumber kewangan persediaan ketenteraan dan usaha penaklukan datangnya dari Baitulmal.

Kesimpulan :

Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Bani Umayyah telah membantu ekonomi umat Islam dan pemerintahnya dalam membangunkan negara.

Sumber-sumber kewangan Negara yang tersimpan di Baitulmal merupakan hasil pelaksanaannya yang diuruskan dengan cekap dan berlandaskan undang-undang syariah

Bandingkan Konsep Ketuhanan Dan Keagamaan Antara Pandangan Islam Dengan Tamadun-Tamadun Awal Manusia.

Pengenalan :    

Konsep ketuhanan dan keagaaman menurut pandangan Islam adalah berlandaskan kepada kaidah iaitu mentauhidkan Allah swt yang esa. Agama Islam menekankan aspek syariah dalam menentukan peraturan kehidupan. Berbeza dengan konsep ketuhanan dan keagamaan tamadun awal manusia, mereka mempercayai kepada agama yang menyembah banyak tuhan di samping mengadakan upacara pemujaan dan pengorbanan.

Isi :

Konsep Ketuhanan Dan Keagamaan Menurut Pandangan Islam.

Terdapat dua bentuk ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w:

Di Mekkah:

Ajaran berbentuk Tasyri’ Kulli ( ajaran secara umum ) sebagaimana yang termaktub di dalam Al – quraan, melalui surah – surah Makkiyah sebanyak 93 surah. Ia menyentuh mengenai Hablum Minallah (Hubungan  antara HambaNya dengan Allah ). Iaitu berhubung dengan akidah, keimanan, akhlak dan peribadatan.

Di Madinah :

Ajarannya berbentuk Tasyri’ Juzi ( ajaran secara khusus ) sebagai mana disebut di dalam surah Madaniyah ayat 21. Ia menerangkan persoalan Hablum Minannas ( hubungan antara individu, manusia dengan individu yang lain ) iaitu berhubung dengan kenegaraan, ekonomi, kemasyarakatan dan lain – lain lagi.

Aspek-aspek  Ajaran Islam :

Aspek Akidah :

Tauhid : mengesakan Allah swt sebagai tuhan yang berhak disembah, memiliki segala kesempurnaan, berkuasan mencipta alam semesta. Dengan sendirinya, menolak segala ajaran anthropomorphisme, iaitu segala bentuk penyembahan berhala dan penyamaan tuhan dengan makhluk Nya.

 Mempercayai enam rukun iman : beriman kepada Allah, kepada Malikat, kitan – kitab suci Allah, para rasul, hari Kiamat dan Qada dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah swt.

 Mempunyai tanggungjawab terhadap amalan sendiri. Mempercayaai bahawa syurga adalah tempat kediaman di akhirat nanti nagi mereka yang mematuhi perintah Allah dan neraka adalah tempat manusia yang mengingkari perintah Allah

 Perkara – perkara selepas mati: mempercayaai adanya alam barzakh (kubur ), hari nisab, hari kiamat, titian siratul mustaqim, nikmat dalam syurga dan lain – lain lagi. Di dalam ajaran Islam ini, umat Islam boleh terus beribadat kepada Allah dengan mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Semua bentuk penyembahan dilarang melakukannya melalui perantaraan.

 Aspek Syariah:

Ajaran ini membezakan dengan ajaran – ajaran jahiliah kerana ia membentuk cara hidup sendiri melalui syariah – syariah yang merupakan undang – undang atau tatacara bagi manusia hidup sementara di bumi ini. Di dalam syariah terdapat pelbagai bentuk peraturan yang diturunkan oleh Allah melalui wahyu Nya kepada Rasullah s.a.w. hanya mengamalkan peraturan dan undang – undang ini sahaja yang terselamat dari kesesatan di dunia dan beroleh keberuntungan di akhirat kelak.

Aspek Akhlak:

Ajaran ini tidak lengkap tanpa peraturan berhubung dengan akhlak. Di dalamnya terdapat peraturan yang menegah umat Islam khasnya dan umat manusia amnya supaya tidak melakukan kejahatan dan tidak berperikemanusiaan seperti merompak, minum arak, berjudi dan sebagainya. Ajaran Islam juga menggalakkan manusia supaya berakhlak mulia, menjalinkan silaturahim dan tolong menolong.

 Dengan melaksanakan tiga aspek ajaran Islam ini sahaja, barulah umat Islam secara individu atau bermasyarakat boleh dianggap beriman kepada Allah, rasul – Nya dengan sebenar – benarnya. Aspek ini telah membezakan keagamaan setiap penganut Islam dengan keagamaan orang – orang Jahilian sebelum Islam.

Konsep Ketuhanan Dan Keagamaan Menurut Pandangan Tamadun Awal Manusia.

Menyembah banyak Tuhan.

Dalam tamadun awal manusia agama yang diamalkan adalah bersifat politeisme iaitu agama yang menyembah banyak tuhan dan dewa – dewi. Misalnya orang – orang Sumeria, Mesir dan Indus menyembah banyak tuhan. Manusia pada zaman tamadun awal percaya dewa – dewi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.

 Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu iaitu dewa langit, bagi orang Mesir pula tuhan yang paling penting Amon – Re iaitu tuhan matahari dan Osiris iaitu tuhan sungai Nil. Manakala dewa – dewi yang disembah oleh orang Indus ialah dewa bermuka tiga. Bagi orang Aryan mereka menyembah tuhan matahari ( Mitra ), langit (Dyaus) dan api ( Agni ). Tuhan yang paling popular ialah tuhan Indra.

Menyembah Dewa – dewi.

Dalam masyarakat Sumeria, mereka percaya setiap kota mempunyai dewa penaung ( patron deity ). Orang- orang Sumeria menyembah dewa ini yang dipercayaai dapat melindungi kota – kota mereka.

Bagi orang – orang Mesir, mereka mempercayaai seluruh alam dikuasai oleh dewa – dewai yang akan menentukan hidup matinya sesuatu kehidupan. Mereka memuja banyak semangat roh binatang seperti kucing dan tanaman.

Upacara Pemujaan dan pengorbanan.

Masyarakat tamadun awal sering menjalankan upacara agama seperi pemujaan dan pengorbanan supaya mereka tidak ditimpa malapetaka. Bagi orang Sumeria upacara pemujaan dan pengorbanan dilakukan dalam kuil – kuil berbentu menara yang dipanggil Ziggurat.

 Dalam masyarakat Indus mereka juga menjalankan upacara pengorbanan terutamanya binatang. Tetapi mereka tidak mengorbankan lembu kerana dianggap sebagai binatang suci.

 Masyarakat Shang percaya bagi mengelakkan malapetaka, orang Shang perlu menjalankan upacara pengorbanan untuk tuhan – tuhan mereka.

 Menyembah banyak Objek dan Unsur Alam semester :

Bagi masyarakat Shang mengamalkan agama menyembah banyak objek dan unsur alam semesta seperti bumi, sungai, angin, binatang dan sebagainya. Mereka percaya tuhan yang paling berkuasa adalah tuhan T’ien iaitu tuhan langit.

 Mereka percaya tuhan – tuhan ini boleh menguasai kehidupan manusia dan boleh menyebabkan malapetaka seperti kemarau, banjir dan wabak penyakit.

 Bagi mengelakkan malapetaka belaku orang Shang menjalankan upacara pengorbanan supaya tuhan – tuhan mereka tidak marah.

Kepercayaan kehidupan selepas mati.

Bagi orang – orang Sumeria mereka tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Oleh itu mereka tidak menghasilkan mumia atau makam yang kompleks.

 Sebaliknya orang – orang Mesir, mereka mempercayaai kehidupan selepas mati. Justeru itu  dikalangan pemerintah mereka akan membina piramid untuk menyimpan mumia sebagai tempat bersemadi roh – roh mereka. Selain itu banyak barangan seperti makanan, perabut, harta juga disemadikan bersama – sama mumia.

 Masyarakat Shang juga percaya kehidupan selepas kematian, mereka akan menanam raja – raja Shang ini bersama barang seperti harta, manusia seperti tawanan perang, petani bersama – sama raja yang telah mati dalam satu kawasan perkuburan.

 Memuja Roh Nenek Moyang :

 Orang – orang Shang memuja roh nenek moyang mereka kerana mereka percaya roh – roh  ini mempunyai pengaruh yang kuat ke atas keghidupan mereka.

 Mereka percaya dengan penggunaan tulang – tulang nujum ( oracle bones ) untuk membuat ramalan terutamanya untuk mengetahui sesuatu perkara yang berkaitan dengan roh nenek moyang mereka.

Kesimpulan :

Apa-apa sahaja yang berkaitan

Bandingkan Objektif Pelayaran Dan Penerokaan Antara Tamadun China Dengan Tamadun Islam.

Pendahuluan:

1. Pelayaran bermaksud mengembara atau berjalan kemerata tempat dengan menggunakan laluan air.

2. Penerokaan bermaksud usaha penyelidikan, mengkaji dan menjelajah kawasn yang baru dijumpai atau diduduki.

3. Latarbelakang sejarah pelayaran dan penerokaan ( P & P ) Cina.4. Latarbelakang sejarah ( P&P ) Tamadun Islam.5. Pengenalan kepada tamadun China dan islam.

 Isi-isi :

Meluaskan Pengaruh :

Bagi memperkukuhkan politik Islam, banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh pemerintah Islam. Semasa pemerintah Abdul Malik Bin Marwan dan Al Walid bin Abd. Malik seluruh Afrika Utara, Semenanjung Siberia dan India Utara dikuasai oleh tentera Islam.

Semasa pemerintahan Dinasti Han, Maharaja Wu Ti telah menghantar misi ke Yueh Chih dengan tujuan untuk mengadakan penentangan puak Hsiung Nu yang mengancam kawasan sempadan Utara China. Misi tersebut akhirnya berjaya. China berjaya menguasai sebahagian Asia Tengah termasuk Lembah Tarim. Pada abad pertama Masihi, Jenderal Pan Chao dilantik sebagai wizurai Kashgar dan meluaskan pengaruh hingga ke sempadan Syria.

Perdagangan :

Di zaman Khalifah Al – Walid, pada pedagang Islam telah mengadakan hubungan perdagangan hingga ke negara China. Pedagang Islam yang terkenal sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan laut antara timur dengan barat. Meraka telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan pedagang di Asia Tenggara, India dan China. Mereka berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari Timur.

Penerokaan China juga untuk kepentingan perdagangan sehingga berjaya menemui jalan sutera ke barat. Melalui jalan ini mereka telah membawa bendera sutera yang berharga ke Eropah dan membawa balik barang dagangan dari barat seperti bulu binatang dan batu permata. Kapal – kapal dagang China telah sampai ke Cittigara, Jawa Timur dan Pulau Maluku. Dibawah pernaungan Maharaja Yung Lo, Laksamana Cheng Ho ( 1371 – 1434 ) telah mengetuai ekspedisi pelayaran ke Asia Tenggara untuk memperluaskan perdagangan melalui sistem ufti.

 Agama :

Objektif penerokaan juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Pada zaman Rasullah s.a.w, baginda telah mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman untuk kegiatan dakwh. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ramai pendakwah Islam yang

menjelajah keseluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Sheikh Abdul Aziz antara pendakwah yang berjaya mengislamkan Melaka, Sheikh Ismail menyebarkan Islam ke Acheh dan Maulana Ibrahim ke Gerisik Jawa.

Pada tahun 399 Masihi, orang China melakukan penerokaan ke India untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan mempelajari agama Budha. Mubaligh Fa Xian telah merentasi gurun Taklamakan dalam perjalannya ke India. Beliau berusaha mempelajari Budha yang tulin dan kemudiannya kembali semula ke China melalui jalan darat. Mubaligh Xuang – Zang telah mengembara ke India melalui Samarkhan dan Bactria dan berjaya mengumpulkan buku suci Budha untuk dibawa ke China.

Ilmu Pengetahuan :

Penerokaan yang dilakukan oleh orang Islam juga bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Melalui aktiviti ini orang Islam dapat memperlajari Ilmu pengetahuan tamadun lain seperti India, Itali dan Andalusia. Kedatangan orang Islam ke Mesir menyebabkan banyak karya intelektual Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan parsi. Bidang perubatan, astronomi dan matematik Yunani dan India dipelajari dan mempengaruhi perkembangan Intelektual islam.

Tokoh pelayaran China seperti Hsuan – Tsang, I – Ching dan Fa Hsien mengembara dengan tujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan terutamanya berkait rapat dengan bahasa Sanskrit, budaya dan agama. Fa – Hsien berjaya menghasilkan buku yang memberi deskripsi lengkap tentang sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat India. I – Ching berjaya mengumpulkan 4000 naskhah yang mengandungi 500,000 seloka Tritaka dari india dan diterjemahkan ke dalam 230 buah jilid buku.

Diplomatik :

Kerajaan Islam telah menghantar utusan bertujuan untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar. Di zaman Nabi Muhammad s.a.w telah menghantar perutusan ke Parsi dan Habsyah. Utusan Nabi Muhammad disambut dengan baik oleh kerajaan tersebut. Sultan Kerajaan Acheh, Sultan Alauddin Riayat Shah ( 1588 – 1604) menghantar utusan ke Istanbul untuk menemui Sultan Ahmad I, sebagai balasan Sultan Turki telah mengirim binatang yang tinggi kepada Sultan Acheh.

Pada abad pertama masihi orang China mengembara dengan tujuan misi politik. Utusan China telah sampai ke Constinopel dan mengadakan hubungan dengan empayar Rom. Pada abad ke – 15 Masihi, Maharaja Ming telah menghantar utusan menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kesultanan Melayu Melaka. Ini dapat memperluaskan lagi pengaruh dan kekuasaan China.

Kesimpulan:

Apa-apa sahaja yang berkaitan

Jelaskan Perbezaan Antara Sistem Ekonomi Islam Dengan Sistem Ekonomi Kapitalisme Yang Diamalkan Di Barat.

Pengenalan:

 Menurut pandangan Islam : ekonomi ialah satu ilmu yang mengakji kegiatan manusia yang selaras dengan tuntutan sejarah Islam sama ada di peringkata perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapat keredaan Allah s.w.t

Ekonomi menurut pandangan Barat : Kajian sains sosial tentang bagaimana sumber – sumber ekonomi yang terhad digunakan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

Isi-isi :

PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DENGAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME.

Kebebasan Terhadap dan Menurut Nilai-nilai Akhlak :

ISLAM : Tidak sahaja memberi kebebasan tetapi terhad dalam ekonomi malah ia juga memberikan perlindungan terhadap apa yang diperolehi. Nilai – nilai akhlak dan sifat – sifat menjadi asas pengisian prinsip berkenaan.

BARAT: kebebasan tidak terhad dan mementingkan keuntungan yang maksimum.

Cara Mendapatkan Harta :

ISLAM : Cara mendapatkan harta haruslah dengan jalan yang halal ( bukan dengan melakukan amalan riba, penipuan, rasuah, ekspolitasi dan cara – cara yang bertentangan dengan syarak ) tertakluk kepada syariat Islam.

 BARAT : Harta merupakan hak milik persendirian secara mutlak boleh digunakan secara bebas untuk mendapatkan keuntungan dan tiada kawalan dari sudut perundangan.

Peranan Pihak Berkuasa:

ISLAM : SYARIAH Islam mengharuskan berlakunya campurtangan pihak pemerintah dalam kegiatan – kegiatan ekonomi, sama ada dalam bentuk pengurusan, penyusunan, agihan dan perancangan. Canpurtangan pihak pemerintah adalah bertujuan untuk melindungu dan menjaim kestabilan serta keadilan sosial dengan syarat ia mestilah berlandaskan syariah.

 BARAT : Peranan pemerintah adalah minimum selagi pemilik harta mengikut saluran undang – undang.

 Sistem Percukaian :

ISLAM : sistem percukaian islam disyariatkan. Pemilik harta dikenakan bayaran zakat mengikut kadar dan cukai-cukai yang lain untuk diagihkan kepada pihak – pihak yang berhak bagi mengurangkan jurang antara golongan berharta dan golongan tidak berharta.

BARAT: Pembayaran cukai tidak disyariatkan dan bertanggungjawab membayar cukai kepada pemerintah serta tanggungjawab lain ( derma dan sumbangan berdasarkan budi bicara ).

 Prinsip permuafakatan :

ISLAM : Menekakan semangat muafakat untuk mengurangkan pertelingkahan antara majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli, pengeluar dengan pengguna.

BARAT : Hubungan antara majikan dengan pekerja dalam bentuk kontrak yang diwujudkan bagi melicinkan hubungan antara mereka. Kerajaan campurtangan bagi mewujudkan kerjasama antara majikan dengan pekerja. Dengan itu wujud hubungan tiga hala antara kerajaan majikan dan pekerja.

Prinsip Istikhlaf ( pertanggungjawaban ) :

ISLAM :  Manusia adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini dan pemegang amanah untuk memakmurkan dunia. Prinsip ini menggariskan pemilikan harta hendaklah melalui cara diredai oleh Allah s.w.t

KAPITALIS : prinsip ini hanya wujud di kalangan majikan dengan pekerja, penjual dengan pembeli tanpa dikaitkan dengan tuhan.

Prinsip Berkerja dan Ganjaran :

ISLAM : untung dan rugi adalah lumrah dalam muamalah islam, malah ia menadi asasnya. Berdasarkan prinsip ini, mekanimse seperti ini mudarabah dan syarikat digalakkan dalam aktiviti ekonomi.

BARAT : Meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan untuk mengelakkan kerugian dan mengambil keuntungan lebih banyak untuk menyelamatkan keadaan semasa berhadapan dengan kerugian.

Prinsip Menjauhkan Perbuatan Merosakkan :

ISLAM : Melarang segala bentuk keruntuhan akhlak, kerosakan masyarakat, kepincangan keluarga dan kerosakan masyarakat dalam kegiatan ekonomi.

BARAT : Juga melarang kerosakan tetapi tiada kawalan syariat, cuma dilakukan di atas tanggungjawab moral.

 Matlamat Ekonomi :

ISLAM  : Syariat tidak digugurkan ( dikekalkan ). Setiap kali kegiatan ekonomi sama ada kecil atau besar akan menjadi ibadah dan diberi ganjaran pahala jika dilakukan mengikut kehendak – kehendak syarak’

BARAT : berbentuk sekular dan syariat digugurkan bermula pada abad ke – 16 dan seterusnya.

 Kesimpulan :

Apa-apa sahaja yang berkaitan

Huraikan  ciri-ciri  ekonomi Feudalisme pada zaman pertengahan awal di Eropah ( 476 – 1050M ) .

Pendahuluan :

Ekonomi adalah suatu ilmu yang mengkaji pengeluaran, pengagihan, pertukaran dn penggunaan bahan-bahan atau barang-barang yang bersifat kekurangan serta

beraneka. Ekonomi juga merupakan suatu ilmu sains sosial kerana kajian ekonomi bisanya melibatkan aspek-aspek gelagat ( perilaku ) manusia.

Zaman Pertengahan awal di Eropah juga dikenali sebagai zaman gelap . Zaman ini bermula selepas kejatuhan tamadun Rom. Eropah mengalami zaman kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran. Pada masa itu juga tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan. Sistem masyarakat pada zaman gelap di Eropah ini dikenali sebagai sistem Feudalisme.

Isi :

Ciri-Ciri Ekonomi Feudalisme :

Sistem ekonomi feudalisme tiada hubungan dengan dunia luar. Serangan orang gasar menyebabkan tidak wujud satu pemerintahan pusat yang berkesan. Rakyat menyerahkan tanah dan diri mereka kepada tuan-tuan tanah, iaitu lords dan berjanji untuk bertempur dan menyerahkan sebahagian daripada tanaman mereka kepada lord. Mereka yang memegang tanah daripada tuan tanah dkenali sebagai lord’s tenant atau vassal.

Sistem ini disebut feudalisme di mana hubungan peribadi antara lord dan vassal adalah berasaskan kontrak yang tidak bertulis. Dalam institusi feudalisme , raja mempunyai kuasa mutlak dan berada di kedudukan yang tertinggi, diikuti  oleh count, lord, manor dan serf. Setiap seorang mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing yang bergantung kepada jenis tanah.

Ekonomi Masyarakat Feudal :

Di bawah sistem manor, tanah dibahagikan kepada beberapa ladang yang disebut manor dan ketuanya digelar lord/siegneur dan pekerja di bawah mereka digelar petani.

Kaedah pertanian mereka dikenali sistem tanah lapang dan diamalkan untuk menjamin kesuburan tanah. Tanah dibahagikan kepada tiga bahagian untuk penanaman mengikut pusingan:

Pusingan pertama dikenali sebagai tanaman musim bunga di mana oat dan barli ditanam, pusingan kedua melibatkan tanaman musim gugur, iaitu gandum. Pada pusingan ketiga, tanah rang dibiarkan kosong.

Di bawah sistem manor, kehidupan petani tertutup kerana keperluan seperti makanan, pakaian dan peralatan dihasilkan dalam isntitusi manor. Oleh yang demikian, tiada hubungan dagang dengan dunia luar. Dalam sistem manor , pertukaran barangan diutamakan.

Kesimpulan :

Apa sahaja yang berkaitan

Jelaskan Struktur Dan Ciri-Ciri Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah.

Pengenalan :

Difinisi jahiliah : bodoh atau sesat.

Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup. Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk. Tidak mempunyai peradaban. Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. Tidak boleh membaca dan menulis.

Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi, penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Isi- isi Penting :

Struktur Masyarakat Arab Jahiliah

Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Badwi dan Hadari. Dalam Masyarakat Hadari terdapat lima golongan iaitu:

Golongan bangswan – ahli perniagaan dan pemerintah tempatan. Golongan agama ( pendeta ) – tukang tilik dan penyair. Golongan hamba. Wanita. Masyarakat awam dan rakyat biasa

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah :

Aspek agama dan kepercayaan :

Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul. Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya pengaruh asing disamping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang dipercayaan dapat mengawai dan membantu kehidupan seharian.

Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh Masyarakat Parsi.

Agama Nasrani disebarkan oleh orang-orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara Semenanjung Tanah Arab, mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran merupakan pusat agama ini.

Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar-saudagar yang berasal dari Palestine. Penganut asal agama ini ialah Bani Israeil. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh

Nabi Musa telah dipinda oleh orang-orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat Arab, dengan menyatakan agama mereka benar daripada Allah s.w.t.  Agama Yahudi bertapak di Yaman dan Madinah.

Disamping itu terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail a.s sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.

Penganut agama-agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi dikalangan masyarakat Arab tidak ramai, mereka menjalani kehidupan berdasarkan ajaran yang dianuti kecuali penganut Yahudi didapati lebih kejam terhadap penganut ajaran lain.

Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahan berhala. Penyembahan berhala mucul selepas kewafatan Nabi Ismail a.s  Masyarakat berkehendakan perantara bagi menghubungkan mereka dengan Allah s.w.t Mereka mencipta berhala-berhala daripada kayu-kayu dan batu dan diletakkan disekliling Kaabah. Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan.

Di samping mempercayaai berhala, masyarakat Arab percaya kepada anamisme dan tahyul. Objek cakrawala dan objek di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima kasih ke atas apa yang mereka terima. Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda-tanda baik dan buruk yang ditunjukan sesuatu objek.

Kepelbagaian dalam agama turut menyumbang kepada amalan-amalan lain yang berbagai rupa termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.

Aspek Politik dan pentadbiran :

Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas dikalangan masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman di selatan di kuasai oleh kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah. Di bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.

Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas. Terdapat Majlis Tindakan   ( Darul Nadwah ) oleh jabatan-jabatan pentadbiran dan ada pemimpin yang bergelar Sheikh. Namun ciri-ciri politiknya mempunyai unsur-unsur jahikliah. Mereka mengamalkan politik berkabilah yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat. Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin menguasai puak-puak lain. Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan ketenteraman yang amat penting. Disamping itu ketua-ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua-ketua suku iaitu Mala’ tetapi golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan Mala’  dan menjaga kepentingan kaum yang lemah. Kecelaruan politik masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan.

Aspek Ekonomi :

Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan diantara bandar di Syiria dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab. Namun akibat penjajahan oleh Rome ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman. Perdagangan Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu dengan pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang. Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Makkah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.

Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada anak-anaknya. Misi-misi perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barang rempah, permata, emas, sutera dan lain-lain diimport. Manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain-lain dieksport melalui pelabuhan-pelabuhan. Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf ( Moyang Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine dan Parsi diwujudkan. Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam. Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan. Musim sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara ( Syam ).

Pasar-pasa diadakan di Makkah dan sekitarnya. Barangan bijirin, buah-buahan, pakaian, hamba abdi yang tidak ditebus setelah mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar-pasar. Sistem tukar barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.

Aspek Sosial :

Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba. Golongan bangsawan wujud di bandar. Mereka berpuak-puak berdasark pertalian darah dan semangat assabiyah amat tebal. Setiap puaknya melantik seorang sheikh di kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja. Suku Badwi pula hidup berpuak – puak dan ketua puak dipilij di kalangan anggota yang berpengaruh. Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga besar disebut bani. Suku Badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering berpindah randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.

Semangat Assabiyyah menyuburkan cirri-ciri jahilian. Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain. Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara – perkara kecil. Peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan  dan dijadikan hamba abdi.

Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang-undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan pembunuhan. Kaum wanita dipandang hina. Bayi perempuan ditanam hidup-hidup bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darun Nadwah dijadikan tempat

keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh.

Aspek Ilmu Pengetahuan :

Kebanyakkan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan mereka saudagar-saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan. Selain keuntungan mereka mengejar keseronokan. Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata yang terhasil melalui pemikiran yang sepontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya. Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri-ciri kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.

Nilai-nilai Positif Dan Mulia Masyarakat Arab Jahiliah :

Walaupun orang – orang Arab jahilian digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab jahiliah memiliki sifat – sifat positif dan mulia. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat. Adakalanya mereka sanggup berhutang semata – mata ingin menghormarti tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya. Di samaping itu orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang telah dikotakan. Mereka akan menunaikan janji walaun melibatkan soal keselamatan nyawa. Orang – orang Arab Jahiliah juga memiliki sifat – sifat positif yang lain antaranya menghormati dan mentaati pemimpin.

 

Kesimpulan :

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Bandingkan   sumbangan Legalisme dan Confusianisme dalam pembentukan sistem politik tamadun China. 

Pengenalan :

Latar Belakang kelahiran aliran Confusianisme dan Legalisme :

1. Kedua-dua falsafah ini lahir pada akhir zaman Dinasti Chou Timur. (770-221S.M). Kemunculan aliran falsafah ini disebabkan oleh perubahan politik dan krisis sosial yang memuncak ekoran percubaaan wilayah-wilayah kecil membebaskan diri daripada kerajaan Chou. Kegawatan ini menyebabkan munculnya ramai golongan intelek dan pemikir yang mahu membawa pemulihan berdasarkan prinsip moral atau politik yang telah melahirkan lebih seratus aliran falsafah antaranya aliran Confusianisme dan Legalisme

2. Falsafah Confusianisme diasaskan oleh Kung Fu Tze yang berasal daripada golongan bangsawan. Karya –karya yang mengandungi ajaran ini dikenali sebagai Chiang atau klasik. Lima klasik utama yang dihasilkan oleh Confusius ialah Books of Odes,  Books of History, Books of Changes, Books of Rites, dan Spring and Autumn Annals.

3. Dalam falsafah legalisme terdapat beberapa tokoh-tokoh legalis antaranya ialah Shang Yang yang menghasilkan karya berjudul ” Book Of Lord Shang ” dan Han Fei dengan karyanya Han Fei Tzu.          

Isi :

Ciri-ciri utama aliran legalisme dan aliran Confusianisme :

Doktrin :

1. Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban dalam masyarakat.   Menurut Han Fei penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan hukuman yang berat  perlu untuk mengawal manusia yang bertindak liar sekaligus melahirkan keamanan dan kesejahteran rakyat. 

2. Manakala aliran Confusianisme merupakan himpunan idea yang bersifat yang berpandukan etika berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik. Falsafah ini memberi keutamaan kepada manusia dan kehidupan sosialnya.  Oleh itu fafsafah ini mengabaikan aspek-aspek yang bersifat kerohanian dan kehidupan selepas mati. Ia menganjurkan supaya manusia belajar mengatur diri mereka dengan baik melalui prinsip moral

3. Kedua-duanya menyumbang kepada proses penyatuan  politik China

Konsep Pemusatan Kuasa :

1. Aliran legalisme ini menekankan pemerintahan bercorak pemusatan kuasa ditangan seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang. Dengan itu masyarakat yang ideal akan lahir jika petani dan tentera dipimpin oleh raja yang maha berkuasa. Sebagai contoh Maharaja Shih Hung Ti daripada dinasti Chin telah berjaya menyatukan seluruh wilayah China di bawah pentadbirannya.

2. Manakala dalam aliran Confusianisme menegaskan bahawa urusan pemerintahan adalah soal  yang bersifat etika dan kepimpinan melalui teladan. Justeru itu moral dan etika yang baik amat penting dianuti oleh setiap pemerintah. Sekiranya nilai-nilai ini dapat dipupuk pemerintah akan beroleh sokongan rakyat sebagai balasan kepada kebaikan pemerintahannya.  Dengan itu aliran ini menganjurkan pembentukan negara mesti bercorak paternalistik . Menurut Confucius pemerintah hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebajikan rakyat. Manakala institusi keluarga pula merupakan model terbaik untuk diikuti.

3. Kedua-dua pemikiran ini menyumbang kepada sistem politik China.

Matlamat Untuk Negara Dalam Pendekatan yang Berbeza :

1. Dalam aliran Confusianisme kerjasama antara pemerintah dan rakyat merupakan kunci dalam segala kejayaan dalam bidang ekonomi, soisal dan politik.

2. Dalam aliran legalisme segala aktiviti ekonomi, sosial, dan politik harus bertumpu kepada negara dan bukan  individu.  Semua lapisan rakyat mesti berkidmat untuk kepentingan pemerintah dan negara.

3. Pembentukan sistem politik negara China, menggunakan pendekatan yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama.

Kegemilangan Sejarah Lampau :

1. Dalam aliran legalisme mengambil masa silam sebagai model adalah tidak tepat. Menurut mereka setiap zaman memerlukan kaedah-kaedah yang  berbeza berdasarkan keadaan dan situasi semasa.

2. Manakala dalam aliran Confusianisme pendidikan yang bertunjangkan tradisi zaman silam, dijadikan sebagai panduan berguna untuk membina keseimbangan dalam hubungan mereka dengan pemerintah, dikalangan ahli keluarga dan juga dengan anggota masyarakat yang lain. Kestabilan ini  akan wujud apabila setiap orang mengetahui peranan dan kedudukan masing-masing.   

3. Perbezaan pandangan antara kedua ideologi di atas, perbezan doktrin tersebut telah menyumbang kepada sistem politik China.

Memupuk Kesetiaan Kepada Raja :

1. Falsafah Legalisme mengambil pendekatan undang-undang memastikan rakyat memberi ketaatan kepada raja.

2. Confucianisme menekankan unsur-unsur moral dan etika bagi memastikan rakyat memberikan ketaatan kepada raja.

3. Kedua-dua menyumbang kepada sistem politik China sehingga rakyat memberikan kesetiaan kepada raja

Mengekalkan Displin Rakyat :

1. Legalisme menggunakan kuasa tentera dan kekerasan contoh dinasti Chin.2. Confucianisme mengambil pendekatan  birokrasi dan kebijaksanaan para sarjana

seperti yang dilakukan oleh Dinasti Han.3. Kedua-dua pendekatan ini digunakan oleh pemerintah China terkemudian bagi

mengekalkan disiplin rakyat.

Kesimpulan :

Kedua-dua aliran ini berbeza kerana fokus yang berlainan. Aliran Confusianisme menekankan etika dan nilai murni kemanusiaan manakala dalam aliran legalisme kejayaan matlamat negara mesti berteraskan hukuman yang keras dan berat.