Bincangkan Kaedah Yang Dibentuk Menggunakan Sistem Modifikasi

6
Bincangkan kaedah yang dibentuk menggunakan sistem modifikasi iaitu sistem kontrak sebagai intervensi masalah pengurusan tingkah laku bilik darjah.

description

Contoh soalan peperiksaan EDU.

Transcript of Bincangkan Kaedah Yang Dibentuk Menggunakan Sistem Modifikasi

Bincangkan kaedah yang dibentuk menggunakan

Bincangkan kaedah yang dibentuk menggunakan sistem modifikasi iaitu sistem kontrak sebagai intervensi masalah pengurusan tingkah laku bilik darjah.Sistem Kontrak Tingkah LakuMerupakan satu kontrak berstruktur yang dibentuk oleh guru dengan seseorang murid atau dengan kumpulan murid.Kontrak ini akan dibentuk setelah mendapat persetujuan kedua-dua pihak terhadap tingkah laku yang diingini. Bagi memastikan keberkesanan kontrak ini, maka guru perlu : 1. Berjumpa dengan murid yang bermasalah tersebut dan terangkan rasional dan langkah-langkah yang perlu untuk memastikan murid tersebut mematuhi kontrak tersebut berkesan.2. Meminta bantuan pihak-pihak lain seperti guru-guru lain dan ibu bapa untuk memastikan murid tersebut mematuhi kontrak yang dipersetujui.

3. Menetapkan matlamat jangka masa panjang supaya murid dapat mengekalkan tingkah laku yang diingini walaupun kontrak sudah berakhir.

Langkah-langkah membina kontrak tingkah laku ialah:

1. Libatkan murid dalam pembentukan kontrak.2. Tingkah laku yang diingini perlu dinyatakan dalam bentuk yang positif. 3. Peneguhan dan ganjaran yang dijanjikan di dalam kontrak perlu diberikan dengan kerap dan segera pada permulaan jangka masa kontrak. (Dan sebagainya.)

Sistem Kontrak Tingkah Laku boleh dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu :1. Kontrak Sosial2. Kontrak Akademik

Contoh Permulaan Esei

Ia adalah amat penting bagi seseorang guru mengadakan suatu sistem modifikasi tingkah laku yang formal dan berstruktur untuk memastikan tingkah laku yang hendak dibentuk dapat dicatatkan dengan jelas beserta dengan akibat dan peneguhan yang akan diterima. Terdapat dua jenis sistem yang boleh digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku secara berstruktur dan sistematik iaitu Sistem Kontrak Tingkah Laku dan Sistem Token Tingkah Laku. Bahagian Penerangan EseiMaka selain daripada sistem ekonomi token, sistem ekonomi kontrak boleh digunakan sebagai intervensi ataupun langkah bagi masalah pengurusan tingkah laku di bilik darjah. Sistem ekonomi token merupakan satu kontrak berstruktur yang dibentuk oleh guru dengan seorang murid atau dengan kumpulan murid. Kontrak akan dibentuk setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak terhadap tingkah laku yang diingini.

Maka dalam sistem kontrak tingkah laku terdapat dua jenis iaitu Kontrak Sosial yang bermaksud kontrak yang mudah digunakan untuk mengubah tingkah laku sosial murid. Contohnya apabila guru mengarahkan kesemua muridnya menghantar segala kerja rumah mereka ke dalam kotak yang disediakan di depan meja cikgu. Kerja rumah tersebut mesti dihantar sebelum waktu rehat setiap hari dan guru akan menyemak kotak tersebut pada waktu rehat. Siapa yang menghantar kerja rumah tepat pada masanya akan diberi hadiah pada hujung bulan. Melalui kontrak jenis ini, guru akan memberikan ganjaran kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang positif/kehendaki melalui tingkah laku mereka.

Manakalan Kontrak Akademik adalah kontrak yang mudah digunakan untuk membantu masalah tingkah laku akademik murid. Contohnya, pelajar menulis satu surat perjanjian diantaranya bersama guru kedengaran seperti Saya Ashvinder Kaur, bersetuju untuk menyiapkan 10 soalan Matematik di dalam Buku Latihan m/s 20, dan cuba mendapatkan 7 betul supaya saya mendapat 10 minit tambahan untuk bermain komputer dan ia disertai dengan tarikh, nama murid/guru dan tandatangan murid/guru. Melalui kontrak jenis ini, murid akan bersetuju untuk melakukan/ menyiapkan aktiviti pembelajaran mengikuti kriteria yang telah ditetapkan untuk mendapatkan ganjaran daripada guru.

Penutup Esei Maka kaedah sistem kontrak tingkah laku yang dibentuk menggunakan sistem modifikasi sebagai intervensi sememangnya berkesan dalam menguruskan tingkah laku seseorang pelajar di dalam bilik darjah.