Bincangkan pembaharuan politik yang dilaksanakan oleh ... · PDF fileBincangkan pembaharuan...

3
Bincangkan pembaharuan politik yang dilaksanakan oleh Jepun di Myanmar pada tahun 1941- 1945 dan kesan-kesannya kepada gerakan nasionalisme. A. PENGENALAN. 1. Jepun menyerang negara-negara Asia Tenggara mulai tahun 1941 selaras dengan dasar imperialismenya. Semua negara Asia Tenggara kecuali Thailand ditawan oleh Jepun antara tahun 1941-1945. 2. Jepun melaksanakan pelbagai dasar dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Pendudukan Jepun memberi kesan ke arah perjuangan rakyat Myanmar untuk mencapai kemerdekaan. B. ISI 1. Dasar pentadbiran Jepun dari segi politik. a) Jepun membentuk Tentera Kemerdekaan Myanmar sebagai satu pertubuhan untuk menyatukan para nasionalis dengan harapan dapat membentuk pentadbiran Myanmar yang merdeka. b) Jepun menubuhkan Jawatankuasa Pentadbiran Pusat yang diketuai oleh Dr. Ba Maw. Usaha ini bertujuan untuk memberi keyakinan kepada nasionalis tempatan bahawa mereka diberi peluang untuk mentadbir Negara sendiri. c) Pada 1 Ogos 1943, Jepun memberi kemerdekaan kepada Myanmar dan Dr. Ba Maw dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaan bersama kabinetnya. Perlembagaan baharu diisytiharkan. Nasionalis tempatan seperti Thakin Mya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Aung San dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Than Thon sebagai Menteri Pembekalan dan Pengangkutan, dan Thakin U Un sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri. d) Jepun menyerahkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya di peringkat daerah kepada orang tempatan. Jepun mengamalkan pemerinthan bercorak ketenteraan dan menggalakkan penduduk tempatan terlibat dalam ketenteraan. e) Jepun bertindak menyatukan kesemua parti politik di Myanmar dalam gabungan yang dikenali sebagai Doboma Siyetha Asiayone. Gabungan ini kemudiannya dipanggil Maha Bama Asiayone. 2. Kesan kepada gerakan nasionalisme di Myanmar i. Kemenangan dan slogan Jepun. a. Kemenangan Jepun memusnahkan tanggapan dalam kalangan rakyat Mynmar bahawa British ialah sebuah kuasa yang kuat. Kemenangan tersebut telah member kesedaran bahawa mereka juga mampu bangkit dan berjaya mengambil alih tanah air sendiri. b. Slogan “Asia untuk orang Asia” dan rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” telah membangkitkan semangat kebangsaan untuk membebaskan Negara daripada belenggu penjajah dan mengukuhkan usaha untuk menghapuskan pengaruh dan kebudayaan Barat. Nasionalis mula sedar bahawa Jepun bercita-cita mengeksploitasi ekonomi dan menjajah Negara-negara Asia Tenggara melalui slogan mereka itu.

Transcript of Bincangkan pembaharuan politik yang dilaksanakan oleh ... · PDF fileBincangkan pembaharuan...

Page 1: Bincangkan pembaharuan politik yang dilaksanakan oleh ... · PDF fileBincangkan pembaharuan politik yang dilaksanakan oleh Jepun di Myanmar pada tahun 1941-1945 dan kesan-kesannya

Bincangkan pembaharuan politik yang dilaksanakan oleh Jepun di Myanmar pada tahun 1941-

1945 dan kesan-kesannya kepada gerakan nasionalisme.

A. PENGENALAN.

1. Jepun menyerang negara-negara Asia Tenggara mulai tahun 1941 selaras dengan dasar

imperialismenya. Semua negara Asia Tenggara kecuali Thailand ditawan oleh Jepun antara

tahun 1941-1945.

2. Jepun melaksanakan pelbagai dasar dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Pendudukan

Jepun memberi kesan ke arah perjuangan rakyat Myanmar untuk mencapai kemerdekaan.

B. ISI

1. Dasar pentadbiran Jepun dari segi politik.

a) Jepun membentuk Tentera Kemerdekaan Myanmar sebagai satu pertubuhan untuk menyatukan

para nasionalis dengan harapan dapat membentuk pentadbiran Myanmar yang merdeka.

b) Jepun menubuhkan Jawatankuasa Pentadbiran Pusat yang diketuai oleh Dr. Ba Maw. Usaha ini

bertujuan untuk memberi keyakinan kepada nasionalis tempatan bahawa mereka diberi peluang

untuk mentadbir Negara sendiri.

c) Pada 1 Ogos 1943, Jepun memberi kemerdekaan kepada Myanmar dan Dr. Ba Maw dilantik

sebagai Perdana Menteri kerajaan bersama kabinetnya. Perlembagaan baharu diisytiharkan.

Nasionalis tempatan seperti Thakin Mya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Aung San

dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Than Thon sebagai Menteri Pembekalan dan

Pengangkutan, dan Thakin U Un sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.

d) Jepun menyerahkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya di peringkat daerah kepada orang tempatan.

Jepun mengamalkan pemerinthan bercorak ketenteraan dan menggalakkan penduduk tempatan

terlibat dalam ketenteraan.

e) Jepun bertindak menyatukan kesemua parti politik di Myanmar dalam gabungan yang dikenali

sebagai Doboma Siyetha Asiayone. Gabungan ini kemudiannya dipanggil Maha Bama

Asiayone.

2. Kesan kepada gerakan nasionalisme di Myanmar

i. Kemenangan dan slogan Jepun.

a. Kemenangan Jepun memusnahkan tanggapan dalam kalangan rakyat Mynmar bahawa

British ialah sebuah kuasa yang kuat. Kemenangan tersebut telah member kesedaran

bahawa mereka juga mampu bangkit dan berjaya mengambil alih tanah air sendiri.

b. Slogan “Asia untuk orang Asia” dan rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama

Asia Timur Raya” telah membangkitkan semangat kebangsaan untuk membebaskan

Negara daripada belenggu penjajah dan mengukuhkan usaha untuk menghapuskan

pengaruh dan kebudayaan Barat. Nasionalis mula sedar bahawa Jepun bercita-cita

mengeksploitasi ekonomi dan menjajah Negara-negara Asia Tenggara melalui slogan

mereka itu.

Page 2: Bincangkan pembaharuan politik yang dilaksanakan oleh ... · PDF fileBincangkan pembaharuan politik yang dilaksanakan oleh Jepun di Myanmar pada tahun 1941-1945 dan kesan-kesannya

ii. Pentadbiran Jepun.

a. Walaupun Jepun melibatkan pemimpin tempatan dalam pentadbiran Myanmar tetapi

pentadbiran tersebut adalah di bawah kongkongan Jepun. Ini disebabkan kuasa

pemimpin Myanmar, iaitu Dr. Ba Maw amat terhad.

b. Kuasa pemerintahan sebenar dalam tangan pemimpin Jepun iaitu Dr. Gotawa, bekas ahli

Jemaah Menteri di Tokyo yang menjadi Penasihat Tertinggi kerajaan Myanmar ketika

itu.

c. Jepun hanya menyerahkan jawatan seperti Timbalan Pesuruhjaya di peringkat daerah

kepada orang tempatan. Bidang kuasa Timbalan Pesuruhjaya di peringkat daerah hanya

meliputi hal-hal umum dan tidak penting.

d. Selaras dengan pemerintahan bercorak ketenteraan, Jepun menggalakkan penduduk

tempatan melibatkan diri dalam kegiatan dan latihan ketenteraan. Latihan seperti ini

memberi kesan mendalam terhadap masyarakat tempatan Myanmar. Pembentukan

Tentera Kebangsaan Myanmar di bawah Aung San dan Ne Win telah menyemarakkn

lagi semangat dan keazaman mereka untuk berjuang menuntut kemerdekaan Burma.

e. Pengisytiharan kemerdekaan Myanmar oleh Jepun telah menguatkan lagi kezaman para

nasionalis tempatan untuk mendapatkan kemerdekaan Myanmar daripada British selepas

Perang Dunia Kedua. Peluang pentadbiran dalam kerajaan baharu memberi latihan

pentadbiran dan keyakinan kepada para nasionalis untuk mentadbir negara sendiri tanpa

bantuan pihak Jepun mahupun British.

f. Walaupun kerajaan yang dibentuk di bawah Dr. Ba Maw merupakan kerajaan boneka

sahaja, namun pengalaman yang mereka peroleh dapat mengukuhkan keyakinan mereka

dalam menentukan nasib Negara selepas Jepun menyerah kalah dan selepas kedatangan

semula British.

iii. Hubungan sulit dengan British

a. Kemerdekaan yang diberikan oleh Jepun tidak bermakna kerana tentera Jepun masih

berkuasa.

b. Golongan Thakin di bawah pimpinan Aung San telah menentang Jepun. Apabila Jepun

menubuhkan Tentera Kemerdekaan Myanmar, Aung San telah menggunakan sebagai

saluran menentang Jepun.

c. Aung San bergerak secara sulit menjalinkan hubungan dengan orang Karen di bawah

pimpinan Hanson Kya Doe. Mereka membuat hubungan dengan pegawai tentera British,

iaitu Major H.P. Seagrim.

iv. Gerakan bawah tanah

a. Kekejaman dan penderitaan semasa pendudukan Jepun melahirkan semangat anti-Jepun.

Nasionalis tempatan telah bersatu dibawah Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis yang

dipimpin oleh Aung San. LPRAF akhirnya menjadi sebuah pertubuhan berpengaruh

dalam menuntut kemerdekaan Negara.

b. Aung San dan pemimpin Thakin yang lain menentang Jepun secara berpura-pura

bekerjasama dengannya. Selaku Menteri Pertahanan dalam kabinet Jepun, Aung San

mendapat bantuan Than Thon untuk membentuk Tentera Kemerdekaan Myanmar yang

anti-Jepun.

Page 3: Bincangkan pembaharuan politik yang dilaksanakan oleh ... · PDF fileBincangkan pembaharuan politik yang dilaksanakan oleh Jepun di Myanmar pada tahun 1941-1945 dan kesan-kesannya

c. LPRAF menentang Jepun dengan menjalankan sabotaj dan gerakan bawah tanah.

Penentangan terhadap Jepun bertujuan untuk menubuhkan Negara Myanmar yang

berdaulat. Golongan penentang memusnahkan beberapa kawasan strategik secara

gerakan gerila.

d. Mulai bulan Mac 1945, LPRAF bekerjasama dengan British dan menentang Jepun

secara terbuka.

C. KESIMPULAN.

1. Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa pelaksanaan petadbiran Jepun di Myanmar

amat penting kepada rakyat Myanmar. Tindakan Jepun memberi latihan politik, pentadbiran dan

ketenteraan adalah satu langkah dapat untuk membentuk kerajaan sendiri.

2. Namun begitu, ternyata bahawa pentadbiran Jepun di Myanmar tidak berjaya meyakinkan para

nasionalis Myanmar. Akhirnya para nasionalis Myanmar tidak hilang kepercayaan dan

keyakinan terhadap Jepun dan mengambil langkah dengan menjalinkan kerjasama dengan

British bagi mendapatkan kemerdekaan Myanmar.