Bincangkan perjuangan Gerakan Islah / Islamiah dalam ... · PDF fileKaum tua menentang kaum...

2
Bincangkan perjuangan Gerakan Islah / Islamiah dalam gerakan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu hingga Perang Dunia Kedua. A. PENGENALAN 1. Gerakan kesedaran yang pertama digerakkan oleh mereka yang berpendi ikan agama dari timur tengah. Mereka menerima pengaruh dan ilham dari gerakan Reformis Islam yang diketuai oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. 2. Kaum muda ini bermatlamat untuk memajukan bangsa Melayu berasasaan perjuangan agama Islam. Lidah rasmi yang pertama bagi Kaum Muda ini ialah al-Imam. 3. Di antara para pemimpin umatnya ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al- Hadi, Hj. Abbas bin Mohd Taha dan Syeikh Mohd Salim al-Kalali. B. ISI Matlamat Perjuangan 1. Memajukan kaum Melayu berasaskan ajaran lslam.yang sebenar iaitu berpandukan al-Quran dan Hadis. Mereka bermatlamat untuk membebaskan orang Melayu dari amalan-amalan taklid buta serta amalan khurafat serta bidaah. Semua amalan inilah yang menghalang kemajuan orang Melayu. Pengamalan Islam yang sebenarnya merupakan jawapan kepada segala masalah sosial, ekonomi dan politik yang dihadapi oleh orang Melayu. 2. Kaum Muda menekankan kepentingan sistem pendidikan kepada bagi.kemajuan orang Melayu. Pendidikan adalah kunci kepada kemajuan. Kaum Muda melihat pendekatan pendidikan dari sudut yang lebih liberal. Pendidikan di kalangan kaum perempuan juga dipentingkan. Selain menekankan kepentingan pendidikan agama, pendidikan bercorak moden seperti penekanan Bahasa Inggeris juga dititikberatkan. 3. Di dalam aspek politik, Kaum muda bersikap anti penjajah dan bersikap tidak mahu bekerjasama. Kaum muda mengacak penjajah Inggeris kerana gagal memberikan pendidikan yang cukup dan seterusnya memajukan orang Melayu. Kaum Muda berhasrat untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British. 4. Kaum muda juga bersifat anti birokrasi elit Melayu. Raja-raja dan para pembesar Melayu diingatkan supaya memelihara kepentingan orang Melayu. Mereka diseru agar melakukan sesuatu seperti menubuhkan persatuan bagi menggalakkan pendidikan dan pembangunan ekonomi. 5. Kaum muda turut menuntut orang Melayu menceburkan diri di datam bidang perniagaan, menubuhkan koperasi dan menggunakan sistem kemudahan di bank. Strategi perjuangan kaum muda 1. Melalui akhbar dan majalah Al-Imam Muncul pada bulan Julail 1906 di Singapura. Ianya satu penerbitan bulanan dan dihentikan penerbitannya pada bulan Disember 1908. Tujuan al-Imam ialah untuk mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan kepada mereka itu (orang Melayu).

Transcript of Bincangkan perjuangan Gerakan Islah / Islamiah dalam ... · PDF fileKaum tua menentang kaum...

Page 1: Bincangkan perjuangan Gerakan Islah / Islamiah dalam ... · PDF fileKaum tua menentang kaum muda kerana kegiatan dan idea-idea kaum muda ini menggugat kedudukan mereka sebagai elit

Bincangkan perjuangan Gerakan Islah / Islamiah dalam gerakan kesedaran kebangsaan di Tanah

Melayu hingga Perang Dunia Kedua.

A. PENGENALAN

1. Gerakan kesedaran yang pertama digerakkan oleh mereka yang berpendi ikan agama

dari timur tengah. Mereka menerima pengaruh dan ilham dari gerakan Reformis Islam

yang diketuai oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.

2. Kaum muda ini bermatlamat untuk memajukan bangsa Melayu berasasaan perjuangan agama

Islam. Lidah rasmi yang pertama bagi Kaum Muda ini ialah al-Imam.

3. Di antara para pemimpin umatnya ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al- Hadi,

Hj. Abbas bin Mohd Taha dan Syeikh Mohd Salim al-Kalali.

B. ISI

Matlamat Perjuangan

1. Memajukan kaum Melayu berasaskan ajaran lslam.yang sebenar iaitu berpandukan al-Quran dan

Hadis. Mereka bermatlamat untuk membebaskan orang Melayu dari amalan-amalan taklid buta

serta amalan khurafat serta bidaah. Semua amalan inilah yang menghalang kemajuan orang

Melayu. Pengamalan Islam yang sebenarnya merupakan jawapan kepada segala masalah sosial,

ekonomi dan politik yang dihadapi oleh orang Melayu.

2. Kaum Muda menekankan kepentingan sistem pendidikan kepada bagi.kemajuan orang Melayu.

Pendidikan adalah kunci kepada kemajuan. Kaum Muda melihat pendekatan pendidikan dari

sudut yang lebih liberal. Pendidikan di kalangan kaum perempuan juga dipentingkan. Selain

menekankan kepentingan pendidikan agama, pendidikan bercorak moden seperti penekanan

Bahasa Inggeris juga dititikberatkan.

3. Di dalam aspek politik, Kaum muda bersikap anti penjajah dan bersikap tidak mahu

bekerjasama. Kaum muda mengacak penjajah Inggeris kerana gagal memberikan pendidikan

yang cukup dan seterusnya memajukan orang Melayu. Kaum Muda berhasrat untuk

membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British.

4. Kaum muda juga bersifat anti birokrasi elit Melayu. Raja-raja dan para pembesar Melayu

diingatkan supaya memelihara kepentingan orang Melayu. Mereka diseru agar melakukan

sesuatu seperti menubuhkan persatuan bagi menggalakkan pendidikan dan pembangunan

ekonomi.

5. Kaum muda turut menuntut orang Melayu menceburkan diri di datam bidang perniagaan,

menubuhkan koperasi dan menggunakan sistem kemudahan di bank.

Strategi perjuangan kaum muda

1. Melalui akhbar dan majalah

Al-Imam

Muncul pada bulan Julail 1906 di Singapura. Ianya satu penerbitan bulanan dan dihentikan

penerbitannya pada bulan Disember 1908. Tujuan al-Imam ialah untuk mengingatkan mana yang

lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan

suara yang menyeru dengan kebajikan kepada mereka itu (orang Melayu).

Page 2: Bincangkan perjuangan Gerakan Islah / Islamiah dalam ... · PDF fileKaum tua menentang kaum muda kerana kegiatan dan idea-idea kaum muda ini menggugat kedudukan mereka sebagai elit

Selain itu terdapat juga akhhbar dan majalah lain yang menjadi medan kepada idea dan penulisan

kaum muda; Neraca (Singapura 1911-1915), Al-Ikhwan (P.Pinang 1926-1931), Saudara (P.

Pinang 1928-1941), dan Edaran Zaman (P. Pinang 1925-1930)

2. Masjid dan madrasah

Penyampaian idea perjuangan melalui perbincangan agama dimasjid dan madrasah. Kaum muda

juga terlibat di dalam penubuhan Madrasah Al-Ikbal yang dibuka pada

21 November 1907. Melalui madrasah ini mata pelajaran yang bukan bersifat keagamaan seperti

bahasa Inggeris, bahasa Melayu, Matematik, Geografi, dan Sejarah telah diperkenalkan bersama

mata pelajaran bersifat keagamaan.

Madrasah-madrasah lain yang turut diasaskan oleh Kaum Muda ialah seperti Madrasah Al- Hadi

(Melaka 1917), Madrasah Muhammadiah (Kota Bharu 1917), dan madrasah Al- Diniah (Kg.

Lalang Perak, 1924)

Perselisihan antara kaum muda dan kaum tua

Kaum muda mendapat tentangan darinada kaum tu. Kaum tua merupakan terdiri daripada

hierarki agama rasmi, elit Melayu tradisional dan golongan agama di luar bandar. Pertentangan

pendapat ini berlaku melalui akhbar-akhbar. Lidah rasmi kepada kaum Tua adalah aklbar Lidah Benar

dan Suara Benar. Kaum muda telah dianggap sebagai kurang ajar dan tidak bertata susila. Kaum

tua menentang kaum muda kerana kegiatan dan idea-idea kaum muda ini menggugat kedudukan

mereka sebagai elit agama di dalam masyarakat Melayu sama ada di peringkat negeri mahupun di

peringkat kampung-kampung.

Para mufti telah mengeluarkan fatwa yang mengutuk kaum muda sebagai kafir dan Qadiani.

Kaum muda telah dilarang untuk berkhutbah dan memberi syarahan di masjid. Terdapat beberapa

penerbitan kaum yang diharamkan penyebarannya di beberapa negeri.

C. KESIMPULAN

Perjuangan kaum muda boleh dianggap berjaya dilemahkan oleh perjuangan kaum tua. Kaum tua

telah menggunakan kelebihan kedudukan mereka sebagai elit agama untuk mempengaruhi sultan dan

juga pemerintah Inggeris bagi menekan dan menindas perjuangan kaum muda. Kaum muda telah gagal

untuk mewujudkan gerakan massa. Menjelang tahun-tahun sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua,

perjuangan nasionalisme Melayu lebih tertumpu pula kepada usaha-usaha untuk memperbaiki taraf

sosio ekonomi orang Melayu. Perjuangan corak ini pula lebih mendapat tempat dalam gerakan

massa.