Biochar - Kebaikan Dan Keburukan

2
Biochar. Apa itu biochar? Pertama kali saya dengar apabila rakan saya membuat projek SIFE di mana saya menganggap benda itu tidak ada apa-apa nilai langsung selain daripada serbuk arang hitam. Namun, sejak kebelakangan ini biochar ini sering disebut sebagai pemangkin bagi revolusi pertanian justeru menarik minat saya untuk mengetahui lebih mendalam tentang biochar ini. Nama “Biochar” itu datang daripada Peter Reed yang merujuk kepada sebarang charcoal yang digunakan sebagai agen pembaik tanah untuk pertanian dan ianya diilhamkan daripada ‘terra petta’, sejenis tanah subur di Amazon. Charcoal itu pula datang daripada pembakaran bahan organik seperti sisa pertanian contohnya rumput,kayu, hampas pokok (daripada padi, kelapa sawit, atau tebu), atau sisa kumbahan daripada haiwan, dan dihasilkan melalui proses pembakaran kurang oksigen atau disebut sebagai pyrolysis. Berbanding daripada baja yang hanya menambah nutrient, biochar memerangkap dan nutrient ke dalam tanah menjadikan tanah itu lebih subur dan mempercepatkan pertumbuhan tanaman. Apa yang menarik lagi, biochar juga boleh mengurangkan perlepasan karbon dioksida, seterusnya menarik minat kerajaan untuk melabur RM3.98 juta untuk loji penghasilan biochar dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Nasmech Technology Sdn Bhd. Prof Madya Dr Rosenani Abu Bakar, saintis tanah UPM memberitahu biochar adalah agen penghalang climate change dengan mengubah sisa tumbuhan yang sudah mati kepada biochar seterusnya mengurangkan pertukaran sisa tumbuhan kepada karbon dioksida. Namun begitu, terdapat beberapa persoalan mengenai biochar ini. Menurut Michigan, 2012, memberitahu bahawa ciri-ciri biochar yang dihasilkan daripada kayu adalah berlainan dengan sisa kumbahan ayam. Laporan yang mengatakan bahawa biochar meningkatkan produktiviti tanaman kebanyakannya datang daripada biochar sisa kumbahan ayam. Keberkesanan biochar ini sebenarnya bergantung kepada jenis biochar apa yang digunakan? Kepada tumbuhan apa biochar digunakan? Tanah apa yang biochar diaplikasikan. Untuk mengatakan bahawa biochar ini adalah salah satu benda ajaib yang sesuai kepada semua jenis keadaan adalah satu tanggapan silap. Kedua, biochar dikatakan memerangkap karbon untuk tempoh masa tertentu tetapi berapakah “tempoh masa tertentu” itu? Tiada jaminan yang mengatakan biochar ini tidak akan terurai oleh kerana ianya bahan organik yang boleh diuraikan mikroorganisma. Ketiga, kebanyakan syarikat besar menggabung baja kimia dengan biochar untuk mendapat hasil maksimum tetapi ini akan menyumbang kepada nitrogen oksida yang 300 kali lebih bahaya daripada carbon dioksida sebagai gas rumah hijau dan punca kepada hujan asid. Tiada bukti kukuh yang menyatakan biochar boleh mengurangkan penghasilan nitrogen oksida apabila berada di dalam tanah. Keempat, jika dilakukan secara skala besar untuk tanaman, ada kemungkinan humus (bahan organik semulajadi yang telah reput semulajadi dan membantu untuk kesuburan tanah) akan dikeluarkan dan digantikan dengan biochar yang kosong atau sedikit nutrient daripada humus yang sedia ada.

description

Kebaikan dan Keburukan Biochar untuk Pertanian

Transcript of Biochar - Kebaikan Dan Keburukan

Page 1: Biochar - Kebaikan Dan Keburukan

Biochar. Apa itu biochar? Pertama kali saya dengar apabila rakan saya membuat projek SIFE di manasaya menganggap benda itu tidak ada apa-apa nilai langsung selain daripada serbuk arang hitam.Namun, sejak kebelakangan ini biochar ini sering disebut sebagai pemangkin bagi revolusi pertanianjusteru menarik minat saya untuk mengetahui lebih mendalam tentang biochar ini.

Nama “Biochar” itu datang daripada Peter Reed yang merujuk kepada sebarang charcoal yangdigunakan sebagai agen pembaik tanah untuk pertanian dan ianya diilhamkan daripada ‘terra petta’,sejenis tanah subur di Amazon. Charcoal itu pula datang daripada pembakaran bahan organik sepertisisa pertanian contohnya rumput,kayu, hampas pokok (daripada padi, kelapa sawit, atau tebu), atau sisakumbahan daripada haiwan, dan dihasilkan melalui proses pembakaran kurang oksigen atau disebutsebagai pyrolysis.

Berbanding daripada baja yang hanya menambah nutrient, biochar memerangkap dan nutrient ke dalamtanah menjadikan tanah itu lebih subur dan mempercepatkan pertumbuhan tanaman. Apa yangmenarik lagi, biochar juga boleh mengurangkan perlepasan karbon dioksida, seterusnya menarik minatkerajaan untuk melabur RM3.98 juta untuk loji penghasilan biochar dengan kerjasama Universiti PutraMalaysia (UPM) dan Nasmech Technology Sdn Bhd.

Prof Madya Dr Rosenani Abu Bakar, saintis tanah UPM memberitahu biochar adalah agen penghalangclimate change dengan mengubah sisa tumbuhan yang sudah mati kepada biochar seterusnyamengurangkan pertukaran sisa tumbuhan kepada karbon dioksida.

Namun begitu, terdapat beberapa persoalan mengenai biochar ini. Menurut Michigan, 2012,memberitahu bahawa ciri-ciri biochar yang dihasilkan daripada kayu adalah berlainan dengan sisakumbahan ayam. Laporan yang mengatakan bahawa biochar meningkatkan produktiviti tanamankebanyakannya datang daripada biochar sisa kumbahan ayam. Keberkesanan biochar ini sebenarnyabergantung kepada jenis biochar apa yang digunakan? Kepada tumbuhan apa biochar digunakan? Tanahapa yang biochar diaplikasikan. Untuk mengatakan bahawa biochar ini adalah salah satu benda ajaibyang sesuai kepada semua jenis keadaan adalah satu tanggapan silap.

Kedua, biochar dikatakan memerangkap karbon untuk tempoh masa tertentu tetapi berapakah “tempohmasa tertentu” itu? Tiada jaminan yang mengatakan biochar ini tidak akan terurai oleh kerana ianyabahan organik yang boleh diuraikan mikroorganisma.

Ketiga, kebanyakan syarikat besar menggabung baja kimia dengan biochar untuk mendapat hasilmaksimum tetapi ini akan menyumbang kepada nitrogen oksida yang 300 kali lebih bahaya daripadacarbon dioksida sebagai gas rumah hijau dan punca kepada hujan asid. Tiada bukti kukuh yangmenyatakan biochar boleh mengurangkan penghasilan nitrogen oksida apabila berada di dalam tanah.

Keempat, jika dilakukan secara skala besar untuk tanaman, ada kemungkinan humus (bahan organiksemulajadi yang telah reput semulajadi dan membantu untuk kesuburan tanah) akan dikeluarkan dandigantikan dengan biochar yang kosong atau sedikit nutrient daripada humus yang sedia ada.

Page 2: Biochar - Kebaikan Dan Keburukan

Abu Ali merupakan seorang penulis bebas yang mempunyai pengalaman dalam alam sekitar.Kunjungi alamsekitar.my di http://alamsekitar.my untuk lebih tips dan informasi mengenai alamsekitar.