Biodata Pengasas Pengakap

14
Biodata Pengasas Pengakap Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan : BP Tarikh Lahir : 22 Februari 1857 Tempat Lahir : London, England Pendidikan Awal : Charter House, London Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

description

pengakap

Transcript of Biodata Pengasas Pengakap

Page 1: Biodata Pengasas Pengakap

Biodata Pengasas Pengakap

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell

Nama Singkatan : BP

Tarikh Lahir : 22 Februari 1857

Tempat Lahir : London, England

Pendidikan Awal : Charter House, London

Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British

Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell

Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell

Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Page 2: Biodata Pengasas Pengakap

SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP

Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran

Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell.

Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di Universiti

Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau

mempunyai tujuh orang adik-beradik.Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan

tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di

luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-

kanak.

BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan

ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor

pada tahun 1903.Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP

merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang

dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu.Kepantasan dan kecekapan

kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907,

ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di

Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea

itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys.

BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak

dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka yang

ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan

dasar dasar asas seorang manusia.Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia,

BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia.

Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady

Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja

mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan

Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang

aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang

diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia.

Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai

yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke

serata dunia kecuali negara-negara komunis.Pergerakan pengakap telah memberi peluang

Page 3: Biodata Pengasas Pengakap

kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan

kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. Pada mulanya masyarakat menganggap

perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal

perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap

malah di kalangan masyarakat biasa.Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah

scperti 'Baron’ dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau

menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga

berumur 80 tahun.Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk

menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah

berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.

Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya

pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan

dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya.Kata-kata

akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah :

TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU.

Page 4: Biodata Pengasas Pengakap

Sejarah Pengakap Dunia

Pengakap Dunia adalah bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England.

Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau

tersebut. Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell. Ia

merupakan seorang bekas Mejar tentera British yang penuh pengalaman dari medan

peperangan. Secara tidak langsung, bermulalah sejarah pergerakan pengakap dunia.

Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah

mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku

"Scouting For Boys" yang ditulis oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah menyebar luas

melalui peneroka dan pedagang British. Pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang

baik daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia

ditubuhkan.

Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan

pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah

diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia

manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Beliau

telah mendapat banyak pingat kebesaran Negara. Hal ini merupakan penghargaan ke atas

sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap.

Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya.

Page 5: Biodata Pengasas Pengakap

SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands

menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb Julai 1910, 2

tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England.

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak

Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura.

Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh

G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.Pada

tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler

dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli

pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di

Penang Free School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong

Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya.

Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar

(MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di

Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan

pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan

Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada

tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada

tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku

Ahmad Temenggong.Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan

pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957,

Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan

Page 6: Biodata Pengasas Pengakap

Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak

Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap

1910 Singapura F.C. Sands

1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) .

1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .

1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman

1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff

1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker

1926 Perak I.R. Wheeler

1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone

1926 Selangor Ameen Akbar

1928 Johor

1927 Terengganu A.J. Gracle

1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong

1931 Perlis

Page 7: Biodata Pengasas Pengakap

Tujuan Penubuhan Pengakap

PERSAUDARAAN PENGAKAP RAJA MALAYSIA (SELEPAS INI DISEBUT “PPRM”)

ditubuhkan dengan tujuan:

1.1 Memelihara serta menyemarakkan Semangat Pengakap di kalangan Pengakap Raja

dan Pengakap di semua Peringkat;

1.2 Meninggikan taraf pencapaian Pengakap di semua peringkat dari segi pengetahuan,

kemahiran dan perkhidmatan kemasyarakatan dengan daya upaya yang telah diperolehi

melalui Pengakapan;

1.3 Menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara di dalam sebarang bidang

yang terdaya sesuai dengan prinsip dan dasar Pengakapan;

1.4 Membantu Persekutuan Pengakap Malaysia (selepas ini disebut "PPM") peringkat

Daerah/Negeri/Negara di dalam menjalankan pentadbiran dan aktiviti;

1.5 Mengurus dan menjalankan Kumpulan Terbuka; dan

1.6 Menjalankan tugas-tugas lain selaras dengan objektif penubuhan PPM.

Page 8: Biodata Pengasas Pengakap

Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia - Matlamat dan Tujuan Perbadanan

Matlamat

Matlamat Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 4; semakan Akta Parlimen, Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968:

4. Matlamat Perbadanan adalah untuk menyediakan satu pertubuhan yang terbuka untuk semua Pengakap-Pengakap di Malaysia untuk membolehkan mereka memainkan peranan kepada hasrat dan maksud seperti yang dinyatakan di dalam seksyen 5 Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Akta 409 Perundangan Malaysia), dan melaksanakan perkara-perkara lain sebagaimana Perbadanan atau Majlisnya berpendapat ia berkaitan atau membawa kepada pencapaian kepada tujuan tersebut.

Tujuan dan Maksud-Maksud

Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 5; semakan Akta Parlimen, Akta No. 409 tahun 1989; Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968:

5. (1)Tujuan Perbadanan ialah bagi menggalakkan kewarganegaraan yang baik di kalangan budak-budak dengan membentuk watak mereka dan bagi mencapai maksud ini dengan:

a. melatih mereka mengenai perangai patuh, taat dan bergantung kepada diri sendiri;

b. menanam sifat-sifat setia dan bertimbangrasa kepada orang lain; c. mengajar mereka perkhidmatan-perkhidmatan yang berguna untuk awam dan

pertukangan tangan yang berguna untuk mereka sendiri; dan d. memperbaiki kesuburan jasmani, akal dan rohani mereka.

(2)Prinsip-prinsip dan amalan-amalan Perbadanan hendaklah berdasarkan kepada Ikrar Pengakap dan Undang-Undang Pegakap dan prinsip-prinsip dan amalan-amalan lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah Perbadanan.

Page 9: Biodata Pengasas Pengakap

CARTA ORGANISASI MAJLIS PENGAKAP MALAYSIA

Ketua Pengakap Negara/Yang DipertuaDato' Seri Shafie Salleh

Naib Yang DipertuaTan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar

Ketua Pesuruhjaya Pengakap NegaraDato' Kaharudin Momin

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara(Antarabangsa)

Dr Mohammed Mukhyuddin bin Sarwani

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

(Latihan)Haji Abdul Shukor bin Mohsin

Ketua Setiausaha KerjaMohd Zaki Nuruddin

BendahariDatuk Haji Aziz Jamaludin bin

Mhd Tahir

Setiausaha Kerja LatihanHaji Rahmat bin Jaafar

Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap

Negara

Pesuruhjaya-pesuruhjaya Ibu Pejabat

Page 10: Biodata Pengasas Pengakap