Biodata Penulis Sains T5 2020

1
TEMA Buku Teks Sains Tahun 5 SK ini dihasilkan berdasarkan enam tema Sains Tahap 2, iaitu Inkuiri dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Angkasa serta Teknologi dan Kehidupan Lestari. Buku Teks Sains Tahun 5 SK ini mengandungi 10 unit, iaitu Kemahiran Saintifik, Manusia, Haiwan, Tumbuh-tumbuhan, Elektrik, Haba, Pengaratan, Jirim, Fasa Bulan dan Buruj serta Mesin. Penerbitan Buku Teks Sains Tahun 5 SK ini dihasilkan berdasarkan sukatan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 5 SK. Buku ini dihasilkan mengikut kesesuaian tahap murid tahun 5 khususnya untuk kegunaan murid sekolah kebangsaan. Buku ini ditulis oleh tiga orang penulis yang telah dipilih berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan mereka yang bersesuaian dengan buku ini. Mohd Ramadhan bin Anwar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga telah mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI Sains) sebelum memulakan kerjaya sebagai pendidik pada tahun 2005. Beliau pernah mengikuti Kursus Asas Pentadbiran Pendidikan Jepun di Tokyo, Jepun anjuran Japanese International Cooperation Agency (JICA). Buku Teks Sains Tahun 5 KSSR (Semakan) ini merupakan buku teks kelima yang ditulis oleh beliau selepas Buku Teks Sains KSSR Tahun 1, 2, 4 dan 6. Beliau berkhidmat sebagai guru Sains selama 15 tahun dan kini menjalankan tugas sebagai Ketua Panitia Sains (DG48) di Sekolah Kebangsaan Sendayan, Seremban. Siti Roha binti Abd Karim dilahirkan pada 28 Januari 1969 di Pontian, Johor. Beliau memulakan perkhidmatan pada tahun 1992 di SK Kg Sawah, Pekan Nanas selama 25 tahun sebelum ke SK Kayu Ara Pasong dan SK Tengku Mahmood Iskandar 2, Pontian sebagai PK Pentadbiran sehingga kini. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan (Kepujian). Beliau juga merupakan Panel Pembina DSKP Sains SK (KSSR dan KSSR Semakan), Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) Sains SK dan Panel Penilai Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin merupakan seorang pendidik yang mendapat latihan Diploma Perguruan Asas di Institusi Perguruan Perempuan Melayu, Melaka pada tahun 1990-1992. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Universiti Terbuka Malaysia. Kini beliau bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum di Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor. Beliau mempunyai 26 tahun pengalaman mengajar mata pelajaran Sains sekolah rendah. Buku Teks Sains Tahun 5 KSSR (Semakan) ini merupakan buku Sains ke 11 yang ditulis oleh beliau bersama penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Transcript of Biodata Penulis Sains T5 2020

Page 1: Biodata Penulis Sains T5 2020

TEMABuku Teks Sains Tahun 5 SK ini dihasilkan berdasarkan enam tema Sains Tahap 2, iaitu Inkuiri dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Angkasa serta Teknologi dan Kehidupan Lestari. Buku Teks Sains Tahun 5 SK ini mengandungi 10 unit, iaitu Kemahiran Saintifik, Manusia, Haiwan, Tumbuh-tumbuhan, Elektrik, Haba, Pengaratan, Jirim, Fasa Bulan dan Buruj serta Mesin.

Penerbitan Buku Teks Sains Tahun 5 SK ini dihasilkan berdasarkan sukatan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 5 SK. Buku ini dihasilkan mengikut kesesuaian tahap murid tahun 5 khususnya untuk kegunaan murid sekolah kebangsaan. Buku ini ditulis oleh tiga orang penulis yang telah dipilih berdasarkan kelayakan, pengalaman dan pengetahuan mereka yang bersesuaian dengan buku ini.

Mohd Ramadhan bin Anwar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga telah mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI Sains) sebelum memulakan kerjaya sebagai pendidik pada tahun 2005. Beliau pernah mengikuti Kursus Asas Pentadbiran Pendidikan Jepun di Tokyo, Jepun anjuran Japanese International Cooperation Agency (JICA). Buku Teks Sains Tahun 5 KSSR (Semakan) ini merupakan buku teks kelima yang ditulis oleh beliau selepas Buku Teks Sains KSSR Tahun 1, 2, 4 dan 6. Beliau berkhidmat sebagai guru Sains selama 15 tahun dan kini menjalankan tugas sebagai Ketua Panitia Sains (DG48) di Sekolah Kebangsaan Sendayan, Seremban.

Siti Roha binti Abd Karim dilahirkan pada 28 Januari 1969 di Pontian, Johor. Beliau memulakan perkhidmatan pada tahun 1992 di SK Kg Sawah, Pekan Nanas selama 25 tahun sebelum ke SK Kayu Ara Pasong dan SK Tengku Mahmood Iskandar 2, Pontian sebagai PK Pentadbiran sehingga kini. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan (Kepujian). Beliau juga merupakan Panel Pembina DSKP Sains SK (KSSR dan KSSR Semakan), Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) Sains SK dan Panel Penilai Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin merupakan seorang pendidik yang mendapat latihan Diploma Perguruan Asas di Institusi Perguruan Perempuan Melayu, Melaka pada tahun 1990-1992. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Universiti Terbuka Malaysia. Kini beliau bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum di Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor. Beliau mempunyai 26 tahun pengalaman mengajar mata pelajaran Sains sekolah rendah. Buku Teks Sains Tahun 5 KSSR (Semakan) ini merupakan buku Sains ke 11 yang ditulis oleh beliau bersama penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.