Biografi Nabi Muhammad

download Biografi Nabi Muhammad

of 23

description

biografi rasulullah

Transcript of Biografi Nabi Muhammad

SEBELUM KEBANGKITAN SEBAGAI NABI

Tanda kenabian

SEBELUM KELAHIRAN1. Api sembahan kaum majusi di Rom dan Parsi terpadam mereka menyangkakan bahawa obor itu tidak akan padam dan mereka menganggap obor itu menjadi Tuhan mereka.2. Aminah bermimpi supaya meletakkan nama kepada anak dalam kandungannya Muhammad Aminah binti Wahab seorang wanita solehah, bermimpi dengan seorang berjubah putih dan meminta menamakan Muhammad. Waktu itu tidak ada seorang pun yag bernama Muhammad.

SEMASA KELAHIRAN 1. Dilahirkan dalam keadaan sudah berkhatan.2. Ketika lahir, kedua tapak tangan nabi melekap di tanah dan mukanya mendongak ke langit.3. Nabi Muhammad bersin dan mengucapkan Alhamdulillah

SELEPAS KELAHIRAN1. Ketika usia 4 tahun dadanya dibelah oleh malaikat jibril semasa banginda bermain2. Kumpulan awan yang menaungi baginda semasa berjalan satu mukjizat

KESAN TANDA KELAHIRAN KELUARGA :1. Mengagumi tanda kelahiran baginda2. Menjaga kedudukan baginda3. Memberi sokongan dan perlindungan kepada bagindaMASYARAKAT :1. Mengagumi baginda juga2. Mudah dipercayai oleh masyarakat 3. Mengakui keistimewaan dari baginda

Salasilah keturunan nabi Muhammad Keturunan nabi muahmmad merupakan keturunan sangat istimewa Nabi berasal daripada keturunan bangsawan Quraisy. Datuk nabi adalah seorang ketua penduduk Makkah dan dilantik sebagai pemegang kunci kaabah serta bertanggungjawab menjaga jemaah hajipada setiap musim haji. Gelaran Quraisy diberi kepada keluarga nabi kerana gelaran itu sangat mulia daripada keturunan arab yang lain. Disebelah bapa : Abdullah bin abd mutalib bin hashim bin abdul manaf bin qusai bin kilab Sisebelah ibun : aminah binti wahab bin abdul manaf bin zuhrah bin kilab Salasilah nabi Muhammad bermula daripada kilab bin murrah. Keluarga baginda amat dihormati.

Penyusuan nabi Muhammad s.a.wWanita yang menyusukan nabi 1. Aminah binti Wahab selama 3 hari2. Thuwaibah bal-Islamiyyah selama 4 bulan (hamba kepada abu lahab)3. Halimatus Sadiyah selama 4 tahun (sehingga nabi berusia 5 tahun) Ketika itu, payudara halimatus sadiyah dipenuhi susu sebelum ini tidak ada Kambing ternakannya membiak dengan banyak Peristiwa dada nabi terbelah

Nabi didik dalam masyarakat desa

Keadaan masyarakat arab tempat nabi dibesarkan Masyarakat yang penuh dengan nilai-nilai murni Hidup bersatu padu dan bekerjasama antara satu sama lain. Mesyarkat hidup berdikari dan mempunyai perasaan tanggungjawab Masyarakat yang ada jati diri yang kuat. Masyarakat yang menguasai bahasa arab dengan baik sekali. Pergaulan masyarakat yang baik. Masyarakat yang lembut dan mempunyai perasaan timbang rasa dan amanah.

Tujuan nabi dihantar ke desa Tubuh badan yang sihat kerana udara yang bersih Menguasai bahasa arab asli dengan fasih dan lancar Berlatih dengan kesusahan, dan merasa lebih bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Nilai murni masyarakat desa

RAJIN BEKERJAMereka mnecari sendiri anak yang ingin diasuh di Kota Makkah (Qabilah Bani Saad)

SEMANGAT YG TINGGI Walaupun ketika kelahiran nabi kemarau dan berlaku kesempitan hidup, Halimatus Sadiah tetap mengambil nabi anka yatim sebagai anak asuhan

KASIH SAYANGPenjagaan nabi hanyalah selama 2 tahun,tetpi kerana sayang Halimah meminta untuk memanjangkan masa penjagaan nabi Muhammad

BERTANGGUNGJAWAB & AMANAHAtas rasa bimbang akan keselamatan yang akan terjadi kepada Nabi Muhammad, halimah mahu menyerahkan semula baginda ke pangkuan keluarganya itu.

Kesan pembentukan diri dan pengalaman didesa Baginda menjadi seorang yang lembut tutur katanya, bersifat bentimbang rasa, amanah dan sabar. Dapat menguasai bahasa arab dengan mahir Kemahiran mengembala kambing yang hebat Pergaulan dengan masyarakat yang mesra Pembentukan tarbiyah kesederhanaan dan jauh dari sifat kepura-puraan

Kewafatan bapa dan ibu nabi Peristiwa kewafatan bapa Peristiwa kewafatan ibu Kesan kewafatan Menghargai ibu bapa Anak yatim di dalam Islam

KEWAFATAN BAPAKEWAFATAN IBU

Abdullah telah meninggal dunia selepas kembalinya beliau dari berniaga di Syam. Kemudian beliau jatuh sakit dan meninggal dunia di Yathrib (madinah) ketika usia 25 tahun. Semasa kecil beliau ingin dikorbankan untuk berhala, tetapi telah diselamatkan oleh Allah apabila bapanya Abd Mutalib menggantikannya dengan 100 ekor unta untuk mengelakkan kejadian tersebut. Dalam perjalanan pulang dari Yathrib selepas menziarahi pusara suaminya, aminah telah jatuh sakit dan meninggal dunia di satu tempat iaitu Abwa. Beliau pergi bersama nabi Muhammad dan juga khadamnya iaitu Ummu Aiman. Maka tinggallah nabi Muhammad menjadi anak yatim dan pulang ke makkah bersama Ummu Aiman

KESAN :1. DISAYANGI perasaan kasih sayang dari seorang datuk kepada cucunya. Memberi layanan istimewa Membawa kemana sahaja pergi sehinggakan perjumpaan dengan pembesar-pembesar Quraisy. Membenarkan baginda duduk di atas pangkuan datuknya semasa perjumpaan dengan pembesar Quraisy. Baginda rasa dihargai

2. KETINGGIAN PERIBADI Nabi dipelihara oleh Allah akan ketinggian peribadi dan akhlaknya. Digelar Al-Amin iaitu orang yang sangat dipercayai. Ketinggian akhlaknya menjadi buah mulut penduduk makkah

3. HIDUP BERDIKARI Kemahiran yang ada, baginga mengembala kambing bagi mencari nafkah Baginda tidak bergantung kepada bantuan orang lain Mengalami proses tarbiyah dari Allah.

MENGHARGAI JASA IBU BAPAANAK YAIM DALAM ISLAM

Tuntutan berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan berbakti kepada mereka. Adab terhadap ibu bapa: Mentaati mereka kecuali kepada maksiat Berbicara sopan & lemah lembut Mencium tangan setiap pagi & petang Bangun menghormati ketika mereka datang Memperbanyakkan berdoa untuk mereka Berusaha menggembirakan mereka Penjagaan anak yatim mestilah dijaga seperti anak sendiri Memberi bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang baik. Jika anak yatim itu kaya maka gunakan wangnya untuk perbelanjaan mereka, tetapi jangan boros Jika si penjaga miskin dibenarkan untuk mengambil sedikit sebagai upah penjagaan Jika si penjaga kaya maka bainya perlulah menahan diri dari mengambil harta anak yatim itu.

Harta anak yatim itu perlu diberi ketika mereka sudah dewasa dan pandai untuk menguruskan kewangan sendiri.

Kematian datuk nabi

Pengalaman nabi bersama datuk Datuknya mempunyai sebuah kerusi di bawah lindungan kaabah, dan anaknya kerap datang ke situ dan duduk di tanah sekelilingnya tanda hormat, tetapi baginda hadir, datuknya meletakkan baginda di atas kerusi panjang duduk bersamanya dan meletakkaan di atas bahu tanda sayang dan cinta kepada baginda.

Peritiwa kematian datuk nabi Kematian abdul mutalib merupakan satu pukulan ke atas Bani Hashim kerana tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan beliau. Kerana keperibadiannya yang indah dan baik, serta pemikiran, keadilan dan kekuatan. Nabi menangis dan begitu sedih sehingga baginda menangis disepanjang jalan menyusung mayat datuknya. Setelah kematian datuknya, Muhammad dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

Kesan kematian datuk nabi

Bersifat sabar1. Menghadapi ujian yang berat setelah kehilangan bapa dan ibu kemudian datuk yang disayangi.

Bersifat tabah 2. Tiada tempat pergantungan lagi

Menjadikan sebagai 1 cabaran 3. Menjadikan sebagai cabaran untuk lebih majukan diri dan berdikari

Pemeliharaan nabi oleh bapa saudaranya abu talib

Keperibadian abu talib Baik hati dan penyayang Bertanggungjawab - terhadap anak saudaranya walaupun mempunyai ramai anak Memegang amanah menjaga nabi dengan sebaiknya

Pengalaman yang diperolehi nabi bersama bapa saudaranya

Mengembala kambing untuk mendapatkan upah Menguruskan perniagaan ke syam ketika usia 12 tahun Melakukan perniagaan di Makkah dan di pasar-pasar berdekatan (Ukaz) Berpeluang menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang pidato, syair, dan sajak. Berpeluang melawat tempat yang menarik di syam, serta berpeluang mengenali masyarakat Rom dan meninjau sejauh mana kebenaran agama Nasrani dan agama-agama yang lain di syam.

Keadaan nabi dipelihara oleh bapa saudara baginda

1. KECERDASAN AKAL Memilih kebenaran atau kebatilan walaupun masih remaja semasa PERJANJIAN AL-FUDUL, mereka berjanji akan memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah dan akan membasmi kezaliman di Makkah.

2. KEKUATAN ROHANI Usia 14 atau 15 tahun, baginda menikut bapa saudaranya berperang untuk memungut anak panah musuh untuk bapa saudaranya. Memupuk semanagan kepahlawanan dan kesabaran dalam medan peperangan.

3. KEKUATAN ROHANI Ketika menghadapi ujian dan cabaran Allah. Semasa menghadapi musuh berani dan tahan cabaran Semasa kemenangan tentang kebendeaan tidak terpengaruh dengan kebendaan yang ada.

4. SAHSIAH YANG UNGGUL Semasa memasuki gerbang dewasa, baginda berusaha untuk mencari rezeki yang halal dan bertungkus lumus, bahkan baginda tidak pernah sesekali ingin melakukan perkara yang dilarang.

Kesan pengalaman bersama bapa saudaranya1. Baginda memahami erti kehidupan dan keperitan kehidupan2. Mempunyai jati diri dan semangat daya juang yang tinggi.3. Berminat dalam perniagaan dan mengembala kambing4. Mempunyai sifat dan akhlak yang mulia dan baik serta membenci kemungkaran.5. Berminat mencari ilmu pengetahun yang baru.

Pekerjaan nabi Muhammad Semasa kecil mambantu bapa saudaranya- mengembala kambing Semasa dewasa : berniaga/usahawan

FAKTOR YANG MENDORONG NABI BEKERJA:1. Belajar hidup berdikari2. Perihatin terhadap keluarga 3. Membantu meringankan bebanan keluarga bapa saudaranya4. Bersimpati terhadap kesusahan orang lain5. Mencari rezeki yang halal dengan usaha sendiri

AKHLAK DLM MELAKSANAKAN PEKERJAAN :(IKHLAS,TABAH,SABAR,AMANAH,RAJIN,GIGIH)

IKTIBAR:1. Tidak mudah berputus asa2. Sanggup menempuh kesulitan3. Bekerja dengan penuh ikhlas4. Menjalankan tugasan dengan penuh tanggungjawab5. Bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugasan

Perkahwinan nabi Muhammad s.a.w Perkahwinan nabi bersama isterinya Siti Khadijah merupakan seorang bangsawan yang terkenal, cantik, baik hati, dan kaya. Beliau telah terpikat dengan keluhuran dan peribadi rasulullah yang begitu indah menyebabkan beliau begitu kagum akan baginda. Oleh kerana itu, khadijah menawarkan baginda menguruskan perniagaan beliau di Syam dan ditemani oleh pembantu kahdijah iaitu Maisarah. Maisarah telah menceritakankepada kahdijah akan segala kebaikan dan keindahan akhlak yang ditunjukkan oleh baginda terhadap orang yang ditemuinya. Bahkan, kehebatan dan keunggulan peribadinya membuatkan perniagaan khadijah semakin maju dan mendapat keuntungan yang lumayan atas keindahan akhlak yang disukai oleh masyarakat luar.

Hasil daripada perjalanan nabi ke syam, Allah telah melatih nabi pelbagai situasi dalam pergaulan sama ada dengan hamba, pembesar, orang miskin dan sebagainya. Bahkan cara berinteraksi, mengendalikan harta atau perniagaan sera sikap tanggungjawab. Tambahan pula, banyak perkara ghaib yang maisarah lihat antaranya adalah, awan menanungi baginda sepanjang perjalanan ke syam. Bahkan pokok yang nabi berteduh itu bergerang menutupi cahaya yang kena kepada nabi. Oleh yang demikian, khadijah terlalu terpikat dan ingin mengahwini baginda. Akhirnya, Perkahwinan nabi muhammad telah dikurniakan 6 orang cahaya mata, 2 orang lelaki, iaitu qasim dan Abdullah, dan 4 orang perempuan, iaitu zainab, umi kalsum, ruqayah dan Fatimah. Khadijah merupakan seorang isteri yang banyak berkorban dan membantu nabi dalam perjuangan suci suaminya itu.

PENGAJARAN :1. Perkahwinan ialah suatu sunnah2. Dapat menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan3. Membina kasih sayang dalam keluarga4. Dapat menambahkan zuriat5. Mengembangkan ajaran Islam

Peristiwa hajarul aswad Banjir besar melanda hingga menyebabkan kaabah hampir runtuh dan mereka berpakat untuk membina kaabah semula. Mereka masing-masing menyumbang duit dalam usaha membaik pulih kaabah. Kemudian timbul satu permasalahan iaitu tiada orang yang mahir dalam pembinaan rumah menggunakan batu, lalu mereka menemui seseorang yang pakar dan selesai masalah pertama. Kemudian timbul masalah kedua ialah mereka bertelingkah (4 suku kaum arab, Bani Quraisy, Bani Aus, Bani Abdul Dar, dan Bani Makhzum) siapakah yangpaling layak untuk meletakkan hajarul aswad itu ke tampatnya. Kemudian, mereka melantik hakim, dan hakim memutuskan bahawa siapa yang mula-mula masuk ke Masjidil haram adalah orang yang paling layak untuk meletakkan hajarul aswad. Ternyata, Nabi Muhammad lah orang yang paling layak itu. Kemudian, atas kebijaksanaan baginda, baginda membentangkan serbannya dan meletakkan hajarul aswad itu di atas serbannya kemudian, meminta setiap dari mereka memegang setiap penjuru dan menghantar sehingga ke penjuru kaabah, rasulullah meletakkan batu itu ketempat asalnya. Mereka semua senang hati dan tidak timbul pertelingkahan antara kaun arab itu.

KELEBIHAN MENGUCUP HAJARUL ASWAD: Mengikut sunnah nabi Tempat dimakbulkan doa bagi orang Islam Menjadi saksi pada hari kiamat

PEMASYHURAN KENABIAN DAN DAKWAH ISLAMIYAH

Peristiwa gua hira Permulaan wahyu Pengajaran kisahPERMULAAN WAHYU: Nabi Muhammad telah menuju ke Gua Hirak yang terletak di sebuah bukit Jabal Nur di bahagian sebelah barat laut . Tujuan baginda ke Gua Hira adalah kerana : Beribadat kepada Allah seperti solat, zikir dll Mengasingkan diri dari suasana jahilian yang bermaharajalela di bumi makkah. Membersihkan jiwa sambil bertafakur Nabi berulang alik dari rumah ke Gua Hirak selama beberapa bulan. Pada suatu hari baginda bermimpi ternampak cahaya seperti pancaran sinar yang terang di waktu pagi tanda akan datang kebaikan. Pada 17 ramadhan tahun 610M, sedang baginda beribadah datang Malaikat Jibril membawa wahyu dan meminta banginda untuk membaca tetapi banginda tidak tahu membaca. Lalu baginda berlari pulang ke rumah dan meminta isterinya untuk menyelimutkan baginda. Setelah itu,baginda menceritakan kepada khadijah, kemudian khadijah membawa baginda berjumpa dengan sepupunya iaitu Waraqah bin Naufal. Beliau mengatakan bahawa Nabi merupakan Namus iaitu pembawa wahyu.

PENGAJARAN KISAH: Nabi gigih beribadah dan tidak mudah dipengaruhi dengan masyarakat sekelilingnya yang sesat. Membaca dan rajin bertanya adalah cara mendapatkan ilmu. Islam menggalakkan kita menuntut ilmu dengan seberapa banyak yang mungkin. Apabila Allah ingin mendorong seseorang hamba berdakwah kepada kebaikan dan pengislahan, Dia akan mencampakkan ke dalam hatinya, rasa benci kepada kesesatan dan kerosakan yang dilakukan oleh masyarakatnya. Perlulah mendapatkan kepastian yang lebih mendalam lagi sebelum menyatakan sesuatu terhadap apa yang kita rasakan. Contoh : kejadian di dalam Gua Hirak. Menjadi seorang isteri yang sentiasa bersama suami dikala senang mahupun susah, serta memberi semangat dan ketenangan. Pentingnya ilmu pengetahuan dala m kehidupan agar kita tidak sesat dan silap pedoman. Contoh : waraqah bin naufal yang mempunyai ilmu tentang tafsiran yang dialami oleh nabi di Gua Hirak.

Mukjizat AQ Makna AQ Mukjizat AQ Kalimah AQ dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja qaraa yang bernaksud mengumpulkan dan menghimpunkan sesuatu. Iaitu menghimpunkan perkataan tertentu dalam bacaan. AQ ialah kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan melalui malaikat, di dalam bahasa arab secara mutawatir bermula dengan surah al-fatihah sehingga surah an0nas dan membacanya adalah sebagai ibadat. Nama AQ: 1. Al-furqan 2. Al-zikr 3. Al-tanzil 4. Al-kitab.

MUKJIZAT AQ:1. Keindahan bahasa sasteranya serta logik penggunaan kata-katanya. 2. Keharmonian segala prinsip dan teori yang dibawa.3. Kebenaran dalam ramalan dan berita yang akan datang.4. Kesahihan kisah silam termasuk umat terdahulu.5. Pembuktian sains tentang kebenaran segala teorinya.

Dakwah nabi Muhammad secara sulit dan terangan Orang awal memeluk islam Dakwah nabi secara sulit Dakwah nabi secara terang Pengajaran kisah

Orang terawal memeluk Islam:1. Siti Khadijah isteri baginda2. Ali r.a sepupu Nabi (kanak-kanak terawal 10 tahun)3. Zaid bin Harithah bekas hamba4. Bilal bin Rabah hamba sahaya pertama Kemudiannya, proses wahyu terhenti dalam tempoh yang lama selama 3 tahun, dalam masa yang pendek adalah selama 6 bulan. Nabi begitu sedih dan berdukacita. Dan perintah berdakwah semula - ketika nabi sedang berjalan tiba-tiba baginda terdengar satu suara dari langit dan kemudian beliau mendongak ke langit. Lalu, baginda melihat orang itu adalah, malaikat yang mendatanginya di gua itu. Baginda berasa sungguh takut dan baginda pulang lalu menyelimutkan dirinya. Lalu turunlah ayat: surah al-mudassir bangunlah wahai orang yang berselimut dan berikanlah peringatan kepada mereka.

DAKWAH SECARA SULIT DAKWAH SECARA TERANG

Hanya disampaikan kepada keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Berlaku di rumah Arkam bin Abi Arkam Seramai 40 orang yang memeluk Islam Berlaku selama 3 tahun

SEBAB DAKWAH SECARA RAHSIA: Bilangan umat islamyang masih sedikit Golongan jahiliah sukar menerima berubahan secara mendadak Binbang ancaman daripada golongan jahiliah.

214. Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat,

Dalil dakwah secara terang-terangan (al-asyuara : 214) Baginda menyeru di bukit sofa Ditentang oleh kaum musyrik- mereka ingin menentang tetapi telah ditahan oleh abu talib bapa saudaranya. Walaupun telah dinasihati oleh bapa saudaranya, tetapi baginda tetap akan pendiriannya berpegang teguh pada Allah. Selama 10 tahun

SEBAB: Menyahut seruan dan perintah Allah supaya berdakwah secara terang-terangan Bilangan orang islam semakin bertambah Mereka bersedia menghadapi tekanan orang musyrikin.

KESAN: Ramai yang menentang dakwah nabi termasuklah abu lahab, bapa saudara baginda Ada diantara mereka yang memeluk islam setelah mereka mengetahui kebenaran Islam. Orang musyrikin menyiksa dan memaksa umat islam kembali kepada penyembahan berhala.

PENGAJARAN :1. Sabar hadapi ujian daripada Allah2. Setiap kejayaan perlukan perubahan.3. Sanggup berkorban di jalan dakwah walaupun kematian yang akan mengundang4. Berdakwah secara berhikmah dan mempunyai perancangan yang terbaik.5. Sentiasa berpegang teguh kepada akidah yang benar walaupun mendapat tentangan yang hebat dari orang musyrikin.6. Seorang pendakwah mestilah sentiasa mengambil berat tentang kaumnya yang lain mereka juga perlukan kebenaran 7. Kesabaran dan ketabahan wajar dijadikan contoh dalam sesebuah perjuangan.

Hijrah ke habsyah HIJRAH KALI 1 : tahun ke-5 selepas kerasulan bersamaan 615 masihi (10 LELAKI 5 PEREMPUAN) HIJRAH KALI 2 : tahun ke-7 kerasulan bersamaan 617 masihi ( 83 LELAKI 18 PEREMPUAN)

Kaum musyrikin menentang keras dakwah nabi Mereka mencaci nabi dan para sahabat Mereka juga menyiksa para sahabat nabi sehingga ada yang mati syahid. Setelah beberapa tahun mereka disiksa, maka nabi menawarkan untuk berhijraj ke habsyah. Mereka pergi ke habsyah pada tahun ke-5 selepas kerasulan bersamaan 615 masihi. Sesudah sampai mereka dilayan dengan baik oleh raja najashi. Selepas 3 bulan tersebar luas menyatakan bahawa orang kaum musyrikin tidak lagi menyiksa orang Islam .kemudian para sahabat kembali ke makkah. Tetapi sebenarnya tentangan mereka lebih hebat, dan orang islam dipulaukan, lalu mereka berhijrah ke habsyah semula. Kemudian, kaum musyrikin datang untuk membawa orang islam pulang, tetapi raja tidak mahu kerana mereka itu tetamu beta. Para sahabat hidup aman di habsyah.

IKTIBAR: Sentiasa menghormati tetamu Rela berkorban untuk agama Saling bantu membantu antara satu sama lain Berani atas kebenaran Mentaati pemimpin

Peristiwa isra mikhraj Sebelum Semasa Pengajaran daripada isramikhraj

SEBELUM Dada nabi dibedah dan dibasuh dengan air zam-zam oleh mikail dan jibril. Dibuangnya ketulan hitam (alaqah) tempat syaitan berbisik was-wasnya. Kemudian, dimasukkan ( hikmah, ilmu dan iman) Setelah itu menaiki binatang tunggangannya iaitu burra.

SEMASA

SEMASA ISRA Sepanjang perjalanan nabi akan ditemani oleh malaikat Jibril, dan baginda harus menunaikan solat sunat 2 rakaat pada setiap perhentian yang mereka berhenti iaitu :1. Kota thaibah merupakan tempat rasulullah melakukan hijrah2. Bukit tursina tempat nabi musa menerima wahyu3. Baitul laham nabi isa dilahirkan Dalam perjalanan baginda diganggu oleh Jin Irfit dengan obor api dan dapat menyaksikan peristiwa dan gambaran perkara ajaib dan ghaib. Semasa sampai di masjidil Aqso, baginda solat 2 rakaat, menjadi imam bagi rasul dan dan nabi-nabi

SEMASA MIKRAJ Dari masjidil Aqso baginda dimikrajkan ke langit terdekat Langit 1: melihat nabi adam sebagai bapa sekalian manusia ( Allah perlihatkan roh dan jasad para syuhada dan yang menerima azab Allah)] Langit 2 : nabi yahya bin zakaria Langit 3: nabi yusuf Langit 4: nabi idris Langit 5:nabi harun Langit 6:nabi muasa menangis kerana umatnya tidak ramai memasuki syurga Langit 7: nabi Ibrahim mendengar tulisan al-qalam di luh mahfuz Akhirnya bertemu dengan Allah azawajjalla Allah mewahyukan solat 50 waktu Dan berlaku perbincangan dengan nabi musa- menyatakan umat baginda tidak mampu untuk menunaikan sebanyak 50 waktu itu. Kemudian baginda meminta Allah mengurangkan sehingga menjadi 5 waktu solat.

SELEPAS MIKRAJ Turun ke langit, seterusnya turun ke baitul makdis lalu menunggang burra pulang ke Makkah. Lalu banginda menceritakan @ mengkhabarkan perkara ghaib itu kepada umatnya.

PENGAJARAN:1. Menunjukkan keyakinan dan meningkatkan keimanan umat Islam terhadap Allah dan perkara ghaib2. Peristiwa isra mikraj ini merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah 3. Memberi peringatan kepada manusia bahawa balasan dan azab Allah keatas perbuatan dan tingkah laku yang dilakukan di dunia. 4. Sentiasa mengingati dan takut kepada kekuasaan Allah.

Perjanjian aqabah Perjanjian aqabah 1 Perjanjian aqabah 2 Pengajaran kisah

Peristiwa Perjanjian aqabah 1Perjanjian aqabah 2

TarikhZulhijjah tahun ke 12 selepas kerasulan, bulan julai 621 masihiZulhijjah tahun ke-13 selepas kerasulan, bulan jun 622 masihi

WaktuMalam Malam

Pihak yang terlibatRasulullah & 12 orang lelaki madinahRasullullah & 73 orang lelaki dan 2 wanita madinah

Perjanjian Aqabah Pertama (Perjanjian Wanita) -Berlaku pada tahun 621 masihi / tahun ke 12 kerasulan -Di antara Rasulullah dengan penduduk Madinah ( 12 lelaki dan seorang perempuan) Perjanjian Aqabah Pertama dinamakan juga' dgn Perjanjian Wanita 'kerana disertai oleh seorang wanita-Berlaku ditempat bernama Aqabah Isi-Isi perjanjian: Tidak menyekutukan Allah Tidak membunuh anak Tidak membuat fitnah atau khianat Tidak mencuri Tidak melakukan zina Tidak menderhaka kepada Rasulullah

Perjanjian Aqabah Kedua- Berlaku pada tahun 622 masihi / tahun ke 13 kerasulan-Diantara Rasulullah dengan penduduk Madinah (73 lelaki dan 2 perempuan )

-Isi-Isi perjanjian : 1. Menjadikan Rasulullah pemimpin mereka 2. Berjanji menjaga dan mempertahankan keselamatan Rasulullah 3. Berjanji utk berjuang mempertahankan Islam 4. Sanggup bekerjasama ,membantu Rasulullah dan orang Islam

HIKMAH :1. Syiar islam mula berkembang2. Bilangan dan kekuatan umat islam semakin bertambah3. Menjalankan persaudaraan antara umat islam di makkah dan madinah4. Mendapatkan bantuan dan sokongan penduduk madinah

IKTIBAR :1. Taat kepada pemerintah2. Menepati janji3. bekerjasama

HIJRAH KE MADINAH DAN PERISTIWA BERKAITAN

Hijrah ke madinah Latar belakang hijrah Factor berlaku hijrahHIJRAH RASULULLAH KE MADINAH

Pengertian Hijrah: Pada Bahasa : Perpindahan dari suatu tempat ke satu tempat Segi Istilah : Perpindahan Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Islam dari Mekah ke MadinahMasa berlaku Hijrah - 12 Rabiul Awal, tahun ke13 Nabi Muhammad menjadi Rasul Bersamaan 2 Julai 622 masihi

Hijrah juga bermaksud : Perubahan diri drpd keadaan yg kurang baik kpd keadaan yg lebih baik

Sebab-sebab berlaku Hijrah Perintah dari Allah swt - untuk mempertahankan IslamDakwah Rasulullah ditentang hebat oleh musyrikin MekahAncaman terhadap umat Islam semakin memuncak & menjadi-jadiPermintaan dari penduduk Madinah & mereka memberi jaminan keselamatan kepada Rasulullah dan sahabat.Salah satu strategi dakwah Rasulullah s.a.w.

Memujuk Rasulullah untuk mempraktikkan ajaran Islam & kepercayaan mrk secara bergilir-gilir Menawarkan Rasulullah saw pangkat, harta kekayaan & wanita supaya meninggalkan dakwah IslamMemulaukan dan mengenakan sekatan ekonomi kepada Rasulullah , Bani Hasyin, Bani Abdul Mutalib dan orang Islam selama 3 tahunMelakukan pelbagai penyiksaan terhadap orang IslamMerancang membunuh Rasulullah saw

Usaha-usaha Musyrikin Mekah menyekat Dakwah Rasulullah

Strategi Rasulullah mengukuhkan kedudukan Islam dan Umat Islam di MadinahMempersaudarakan golongan Muhajirin dan AnsarMembina masjid Nabawi sebagai tpt beribadat & perjumpaan umat IslamMembuat perjanjian dengan penduduk Madinah termasuk orang-orang Yahudi untuk mengiktiraf baginda sebagai pemimpin Madinah

Muhajirin ialah : Orang Islam Mekah yang berhijrah bersama-sama Rasulullah ke MadinahAnsar ialah :Penduduk Islam Madinah yang membantu Rasulullah & orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah

Iktibar dari peristiwa HijrahUsaha dakwah hendak mempunyai strategi yang mantapUmat Islam wajib bekorban untuk meninggikan martabat IslamKesatuan aqidah menjadi asas perpaduan umat Islam

Piagam madinah Konsep Kesan positif setelah piagam madinah termetrai Pengajaran daripada pembentukan

Dikenali sebagai SAHIFAH AL-MADINAH merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di duniaIanya merupakan perjanjian yang mengikat perjanjian formal antara dirinya dengan semua suku kaum yang penting di yathrib(madinah)

TUJUAN: Menyatukan bani aus dan khazraj Menetapkan sejumlah hak-hak dan kewajipan bagi kaum muslim (muhajirin dan ansar) Berdaulat serta bertanggungjawab mememlihara keamanan Negara madinah

Aspek perbezaan sebelum & selepas piagam madinahAspek perbandingan sebelumSelepas (KESAN POSITIF)

PERKEMBANGAN ISLAMDakwah islam terhalang dan sukar diterima masyarakatIslam tersebar pesat dan terbentuknya Negara islam di negara madinah

KERJASAMA ANTARA KAUMSaling bermusuhanHidup bersatu pada dan aman damai

EKONOMIEkomoni mundur Ekonomi semakin stabil dan maju

KEHIDUPAN RAKYATUmat islam menderita, diseksa dan tiada pembelaan dan perlindunganUmat islam berada dalam kemakmuran, aman dan terjamin keselamatan

Pengajaran :1. Mewujudkan sebuah Negara yang berperaturan demi menjaga keselamatan rakyat seluruhnya.2. Kepimpinan yang bijaksana menjadi contoh dalam segenap kehidupan termasuk pentadbiran Negara yang berdaulat dan merdeka.3. Persefahaman dan undang-undang yang kemas dapat merapatkan jurang perbezaan antara pelbagai kaum.4. Undang-undang yang menjadikan Allah sebagai tunggak dan tonggak utama akan menghasikan sebuah Negara yang dirahmati dan dinaungi oleh Allah.

Pembentukan Negara madinah Langkah bagi pembentukan Negara Analisa umum pembentukan Negara dan piagamnya

LANGKAH2:1. Nabi telah menukarkan Yathrib kepada Kota Madinah bagi meniup roh keimanan dan kekuatan di dalam kota makkah.2. Populasi Negara madinah yang terdiri daripada kaum ansar dan muhajirin, yahudi dan bangsa arab.3. Pembentukan madinah dengan pelan yang strategic Mendirikan masjid sebagai tempat beribadah dan pusat pentadbiran Mengikat tali persaudaraan antara ansar dan muhajirin, serta mewujudkan persefahaman dan membantu antara satu sama lain Mengadakan perjanjian dengan yahudi supaya sama-sama mempertahankan kemanan madinah dari ancaman luar4. Pembentukan madinah diperkukuhkan dengan piagam madinah 5. Permuafakatan bertulis antara kaun dan masyarakat majmuk.

ANALISIS:1. Kerjasama dan toleransi yang dilaksanakan oleh baginda di kalangan penduduk kota madinah yang terdiri dari perbagai bangsa dan agama.2. Seorang pemimpin yang berwibawa dan berkaliber dalam pembentukan sistem undang-undang mengikut kehendak Negara dan menjaga kebajikan rakyat.3. Termetraikan piagam madinah orang yahudi tidak boleh keluar berperang melainkan dengan keizinan ketua Negara iaitu Rasulullah s.a.w.4. Piagam madinah menekankan toleransi, kerjasama dan permuafakatan bagi membanteras kegiatan yang merosakkan keamanan Negara.

Perjanjian hudaibiyah Latar belakang perjanjian dan faktor-faktornya Hikmah perjanjian Berlaku pada zulkaedah tahun ke-6 hijrah. Ia berlaku semasa, nabi bersama 14oo orang dan 70 ekor unta ingin mengerjakan umrah dan haji telah dihalang oleh kaum musyrikin. Kaum musyrikin tidak membenarkan mereka masuk ke makkah untuk membuat haji dan umrah. Kamudian, nabi menghantar usman bin affan untuk memberitahu tujuan kedatangan. Usman bin affan ditahan dan kemudiannya, berita itu telah didngari oleh nabi maka termetrai BAIAH RIDWAN yang mana ia dibuat sebagai menuntut bela atas kematian usman bin affan. Perjanjian ini telah diketahui oleh kaum musyrikin, lalu mereka melepaskan usman kerana takut, dan meminta orang islam untuk berdamai. Kaum musyrikin menghantar SUHAIL BIN AMRU untuk berunding, lalu termetrailah PERJANJIAN HUDAIBIYAH yang diambil dari tempat mereka berhenti.

FAKTOR UTAMA PERJANJIAN HUDAIBIYAH:1. Desas-desus kematian usman bin affan mereka menuntut bela atas kematian usman dengan termetrainya BAIAH RIDWAN. Khabar palsu untuk melemahkan orang islam2. Kaum musyrikin memohon untuk berunding bagi mengelakkan serangan umat islam usman selamat dan dikembalikan, mereka menghantar suhail bin amru untuk berunding daripada berlakunya peperangan dan pertumoahan darah.3. Peperangan demi peperangan sebelumnya tidak mahu lagi menyaksikan peperangan yang berakhir dengan kematian. Perjanjian ini bagi meredakan api peperangan daripada lebih marak dan gelombang permusuhan timbul.

ISI PERJANJIAN:1. Genjatan senjata 10 tahun2. Orang islam dibenarkan masuk ke makkah pada tahun berikutnya ( tinggal selama 3 hari dan bawa senjata bersarung)3. Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan4. Orang islam yang lari ke makkah tidak perlu dikembalikan, tetapi orang quraisy yang lari ke pihak islam tanpa kebenaran perlu dipulangkan.5. Kedua-dua belah pihak boleh buat perjanjian dengan mana-mana qabilah arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.

HIKMAH:1. Memberi peluang kepada perkembangan islam dengan lebih meluas tanpa ada sekatan dan tentangan dari musyrikin2. Masyarakat hidup dengan aman dan damai tanpa berlakunya peperangan dan pertumpahan darah.3. Membuka jalan pembukaan kota makkah sehingga membebaskan dan memerdekakan kota suci makkah daripada cemngkaman jahiliah dan belenggu syirik.4. Pihak islam mampu menjalinkan perjanjian dan permuafakatan dengan qabilah lain untuk membina kekuatan orang islam.

Permbinaan masjid pertama Masjid quba masjid 1 dalam islam Pembinaan masjid nabawi Pengajaran daripada pembinaan masjid pertama Masjid dibina kerana ia merupakan asas ketaqwaan pada Allah s.w.t. Solat Jumaat pertama telah didirikan sesudah hijrah dan lokasi itu telah dinamakan Masjid Jumaat.

PENGAJARAN PEMBINAAN MASJID:

1. Masjid adalah pusat perhubungan dan perpaduan rakyat.2. Masjid menjadi lambing kekuatan, jentera perpaduan, dan pusat setempat yang memberi khidmat sosial kepada seluruh umat islam3. Masjid bertindak sebagai tempat perhubungan hamba dengan tuhannya dan muslimin sesama mereka.

Persaudaraan muhajirin dan ansar Konsep program persaudaraan Objektif program persaudaraan Pengajaran daripada program persaudaraan Muhajirin ialah : Orang Islam Mekah yang berhijrah bersama-sama Rasulullah ke MadinahAnsar ialah :Penduduk Islam Madinah yang membantu Rasulullah & orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah

SEBAB:Supaya agama islam dapat disebarkan dengan lebih meluasUntuk mewujudkan masyarakat islam tanoa mengira penduduk asal atau pendatang.Mewujudkan suasana aman dan tenteramMengelakkan orang muhajirin berasa terasing untuk memulakan hidup baru.

Bentuk bantuan yg diberikan oleh orang ansar:1. Tempat tinggal2. Makanan3. Wang4. Tenaga5. HartaIKTIBAR:1. Menyedari kepetingan persaudaraan dalam islam2. Persaudaraan dalam islam tidak mengira bangsa dan keturunan3. Kita hendaklah saling sayang menyayangi dan bantu membantu sesame insane4. Kita memerlukan pengorbanan masa dan tenaga untuk mewujudkan masyarakat yang aman dan makmur5. Umat islam perlu berhijrah untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang.

SURIANITA NASWAR