Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

download Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

of 70

Transcript of Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    1/70

    4551/2 BIOLOGI 2

    Biolog i 2 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    BENTUK KERTAS SOALAN

    Kertas Biologi 2 4551/2 mengandungi 9 soalan. Bahagian A mengandungi 5 soalan

    dan membawa 60 markah, manakaa Bahagian B mempunyai 4 soalan yangmembawa 40 markah. Markah keseluruhan kertas ini adalah 100 markah.

    Soalan di Bahagian A adalah berbentuk soalan struktur dan calon dikehendakimenjawab SEMUA soalan di dalam ruang yang disediakan. Soalan di Bahagian B

    pula merupakan soalan pilihan berbentuk esei, di mana calon boleh memilih mana-mana dua soalan dari bahagian ini.

    Masa yang diperuntukkan bagi menjawab kertas ini adalah 2 jam 30 minit sahaja.Semua calon didapati dapat memanfaatkan masa yang diperuntukkan kerana dapatmencuba semua soalan di Bahagian A dan dua soalan di Bahagian B.

    PRESTASI KESELURUHAN

    Pada keseluruhannya prestasi calon adalah lebih baik daripada tahun sebelumnyakerana calon dapat mengemukakan jawapan dan respon yang lebih relevan danmantap, khususnya bagi soalan esei di Bahagian B.

    PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON

    Kumpulan Tinggi

    Kebanyakan calon dalam kumpulan ini dapat menguasai Bahagian A denganmantap. Jawapan calon adalah ringkas tetapi padat. Calon dapat mengenalpasti

    istilah bagi struktur dan konsep dengan tepat. Calon dapat mentafsir danmemanfaatkan maklumat dalam rajah rangsangan dengan sepenuhnya.

    Jawapan calon dalam kumpulan mempunyai kesinambungan antara setiap satuceraian soalan. Calon juga mempamerkan penguasaan yang tinggi bagi konstrukyang kompleks seperti analisis dan sintesis, khususnya dalam Bahagian B. Darijawapan yang dikemukakan oleh calon, kumpulan ini menunjukkan penguasaansemua kemahiran high order thinking yang tinggi.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    2/70

    Biolog i 2 2 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kumpulan Sederhana

    Calon kumpulan ini dapat menguasai kebanyakan konstruk kemahiran high orderthinking dan dapat mempersembahkan jawapan yang baik. Penguasaan calondalam Bahagian A banyak memberi kelebihan kepada calon. Pada Bahagian B,calon dalam kumpulan ini masih mempunyai ruang untuk mempertingkatkan

    penguasaan fakta biologi agar calon dapat memantapkan jawapan bagi soalanberbentuk respon terbuka. Calon kumpulan ini mampu melonjakkan prestasi merekake kelompok cemerlang jika mereka dapat memastikan penguasaan dalam tajuk-tajuk berat dan abstrak.

    Kumpulan Rendah

    Calon menguasai kebanyakan konstruk yang biasa dan menjawab pada arassederhana dan rendah. Jawapan calon di Bahagian A kurang tepat dan kurangpadat. Pada Bahagian B, calon juga kurang kurang mampu menggabung jalinpelbagai kemahiran menjawab. Jawapan calon biasanya cetek dengan fakta.Konsep asas biologi juga tidak dikuasai dengan baik oleh calon dalan kumpulan ini.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    3/70

    Biolog i 2 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    PRESTASI TERPERINCI

    BAHAGIAN A

    Soalan 1(a)(i)

    Calon cemerlang dapat melabel organel P sebagai cell membrane atau plasmamembrane dan melabel S sebagai rough endoplasmic reticulum dengan tepat.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    4/70

    Biolog i 2 4 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon kumpulan ini tidak dapat mengenalpasti sama ada sel adalah sel haiwan atausel tumbuhan, dengan itu calon tidak dapat menamakan P sebagai membran selatau membran plasma. Calon hanya meneka P sebagai dinding sel (cell wall).

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    5/70

    Biolog i 2 5 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 1(a)(ii)

    Calon dapat mengemukakan fungsi kromosom yang membawa kod genetik yangmenentukan ciri dan fungsi sel dengan tepat dan jelas.

    Jawapan calon di atas hanya menyatakan fakta bagi fungsi kromosom, iaitukandungan kromosom. Walau bagaimanapun, calon tidak dapat mengemukakanpenerangan bagi fakta dengan jelas. Ini menunjukkan bahawa penguasaan calontentang fungsi kromosom masih lemah.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    6/70

    Biolog i 2 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon hanya menghafal perkara atau fakta yang berkaitan dengan kromosom. Calontidak dapat mengaitkan konsep kromosom itu sendiri dengan fungsinya.

    Soalan 1(b)

    Calon dapat menerangkan kesan serta merta ketidakhadiran Golgi Apparatus danorganel S, iaitu Rough endoplasmic reticulum, terhadap fungsi mereka dalam

    penghasilan enzim luar sel. Calon juga dapat mengaitkan turutan prosespenghasilan enzim luar sel yang akan terganggu akibat ketiadaan Golgi Apparatusdan organel S dengan tepat dan sistematik.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    7/70

    Biolog i 2 7 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon hanya dapat menerangkan kesan akhir ketidakhadiran Golgi Apparatus dan

    organel S terhadap penghasilan enzim luar sel. Calon tidak mengaitkan bagaimanaturutan proses penghasilan enzim terganggu apabila sel tidak mempunyai organelyang tersebut di atas.

    Kesilapan yang sering berlaku ialah jawapan calon tidak menepati kehendak soalan.Calon hanya menghafal proses penghasilan enzim dan tidak mengaitkannya dengansituasi yang diberi dalam pokok soalan.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    8/70

    Biolog i 2 8 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 1(c)

    Calon dapat menerangkan mengapa sperma mengandungi lebih mitokondria fungsimitokondria kepada sperma dalam ayat yang pendek dan padat.

    Walaupun bagaimanapun, terdapat juga calon yang lebih cenderung memberipenerangan tambahan yang tidak berkaitan.

    Calon tidak dapat mengaitkan situasi yang diberi dengan fungsi mitokondria, sepertiyang dirangsang oleh soalan. Calon hanya dapat memberikan fungsi mitokondriatanpa penerangan bagi keperluan tenaga yang banyak kepada sperma.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    9/70

    Biolog i 2 9 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 1(d)

    Calon dapat menyatakan bahawa enzim yang dihasilkan oleh lisosom adalah sejenisenzim hidrolitik, dan bagaimana enzim berkenaan berperanan dalam penyingkiran

    organel yang rosak dalam sel.

    Calon mempunyai idea tentang peranan lisosom dalam menghasilkan enzim tetapicalon tidak dapat menerangkan secara saintifik bagaimana enzim yang dihasilkanterlibat dalam penyingkiran organel yang rosak daripada sel.

    Jawapan calon tidak menepati kehendak soalan.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    10/70

    Biolog i 2 10 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 2 (a)

    Calon menguasai konstruk pengetahuan dengan menamakan proses pengangkutanaktif untuk pergerakan bahan X dan resapan ringkas untuk bahan Y.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    11/70

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    12/70

    Biolog i 2 12 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon tidak dapat memberi jawapan dengan tepat kerana memberi contoh bahan Xyang diangkut secara pengakutan aktif secara kurang tepat.

    Calon tidak dapat memberikan contoh yang sesuai kerana tidak menguasai konstrukpengetahuan tentang contoh bahan X dan Y yang diangkut melalui prosespengangkutan aktif dan resapan.

    Soalan 2(b)(ii)

    Calon dapat memberikan huraian dengan tepat tentang pergerakan Y (oksigen)secara resapan dari kawasan berkepekatan tinggi dalam alveolus ke kawasanberkepekatan rendah dalam kapilari darah.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    13/70

    Biolog i 2 13 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon tidak dapat menerangkan keseluruhan proses pergerakan Y. Kebanyakancalon dapat menjawab salah satu sama ada pergerakan Y dari dari alveolus kekapilari darah atau pergerakan Y dari kawasan kepekatan tinggi ( tekanan separaoksigen yang tinggi ) ke kawanan kepekatan rendah ( tekanan separa oksigenrendah )

    Calon tidak dapat menggunakan istilah yang tepat bagi partial pressure Y dalamalveolus berbanding partial pressure Y dalam kapilari darah.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    14/70

    Biolog i 2 14 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 2(c)

    Kebanyakan calon dapat menguasai konstruk aplikasi dengan baik. Calon dapatmenerangkan urutan fakta keadaan sel yang flaccid/terplasmolisis apabiladirendam dalam larutan gula yang hipertonik.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    15/70

    Biolog i 2 15 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Terdapat juga calon yang kurang menguasai konstruk aplikasi dengan baik dan tidak

    dapat menerangkan urutan fakta dengan tepat apa yang terjadi kepada sel yangberada dalam larutan gula yang hipertonik.

    Calon juga mempunyai masalah menggunakan istilah yang betul untukmenerangkan suatu proses atau keadaan larutan. Sepatutnya sel menjadi flasidbukan become hypertonic.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    16/70

    Biolog i 2 16 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 2(d)

    Kebanyakan calon dapat mengaplikasikan pengetahuan tentang osmosis dalampengawetan makanan. Calon dapat menyatakan kedua-dua keburukan kaedahpengawetan makanan dengan tepat.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    17/70

    Biolog i 2 17 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon dapat mengaplikasikan pengetahuan tentang osmosis dalam pengawetanmakanan tetapi hanya dapat menyatakan satu sahaja keburukan menggunakan

    kaedah tersebut pada makanan.

    Terdapat juga calon yang tidak dapat memberi respon tentang kebaikan dankeburukan kaedah yang digunakan. Calon sering mengaitkan keburukan kaedah inidengan kesegaran buah dan pertumbuhan bakteria.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    18/70

    Biolog i 2 18 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 3(a)(i)

    Kebanyakan calon dapat menamakan jenis pembahagian sel sebagai meiosis.Kebanyakan calon kumpulan ini telah menguasai konstruk pengetahuan dan dapatmenyatakan jenis pembahagian sel dengan betul.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    19/70

    Biolog i 2 19 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Walau bagaimanapun, terdapat calon yang tidak dapat menguasai konstrukpengetahuan yang menyebabkanya tidak dapat menyatakan jenis pembahagian seldengan betul. Contohnya, kesilapan menamakan jenis pembahagian sel itu sebagaimitosis.

    Soalan 3(a)(ii)

    Kebayakan calon dapat menyusun peringkat-peringkat pembahagian sel denganbetul iaitu R P S Q.

    Berdasarkan jawapan di atas, terdapat calon yang tidak dapat menguasai konstrukpengetahuan dan tidak dapat menyusun peringkat-peringkat pembahagian sel

    mengikut urutan yang betul.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    20/70

    Biolog i 2 20 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 3(b)(i)

    Calon dapat menerangkan perlakuan kromosom dalam peringkat R dengan tepat .

    Calon juga dapat menguasai konstruk kefahaman dan dapat menerangkanperlakuan kromosom dalam peringkat R dalam ayat yang panjang dan berulang-ulang. Walau bagaimanapun, ada kalanya calon kurang menguasai konstrukkefahaman dan kurang tepat untuk menerangkan perlakuan kromosom dalamperingkat R dengan betul.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    21/70

    Biolog i 2 21 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Terdapat juga calon yang tidak dapat menguasai konstruk kefahaman dan tidakdapat menerangkan perlakuan kromosom dalam peringkat R dengan betul .

    Soalan 3(b)(ii)

    Calon dilihat telah menguasai konstruk kefahaman dan dapat menyatakan satukepentingan perlakuan kromosom dalam 3(b)(i).

    Terdapat juga calon yang tidak menguasai konstruk kefahaman dan tidak dapatmenyatakan satu kepentingan perlakuan kromosom dalam 3(b)(i) dengan tepat.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    22/70

    Biolog i 2 22 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 3(c)

    Calon dapat menguasai konstruk aplikasi dengan baik dan dapat menerangkandengan tepat bagaimana zigot terbentuk.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    23/70

    Biolog i 2 23 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Walau bagaimanapun, terdapat juga calon yang kurang menguasai konstruk aplikasidengan baik dan tidak dapat menerangkan dengan tepat bagaimana zigotterbentuk.

    Kebanyakan calon kumpulan rendah tidak dapat menguasai konstruk pengetahuan

    dan tidak dapat menerangkan bagaimana zigot terbentuk dengan tepat.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    24/70

    Biolog i 2 24 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 3(d)(i)

    Calon kumpulan ini telah menguasai konstruk aplikasi dan dapat menyatakanbilangan kromosom anak itu dengan tepat.Ada juga calon cemerlang yang menulis44+X atau 44+XO yang juga jawapan alternatif yang betul.

    Calon juga dapat menguasai konstruk aplikasi dan dapat menyatakan bilangankromosom dalam kariotip dengan tepat. Bagaimanapun, ada juga calon yang tidakdapat menulis bilangan kromosom dengan betul.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    25/70

    Biolog i 2 25 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Terdapat juga calon yang tidak dapat menguasai konstruk aplikasi dan tidak dapatdapat menyatakan bilangan kromosom anak itu dengan tepat. Calon tidakmemahami rajah dan tidak tahu yang mana satu kromosom menyebabkan tidakdapat menyatakan jawapan dengan betul.

    Soalan 3(d)(ii)

    Kebanyakan calon dapat menguasai konstruk aplikasi dengan baik dan dapatmenamakan penyakit genetik yang dialami oleh anak itu dengan tepat.

    Terdapat calon yang kurang menguasai konstruk aplikasi dengan baik dan tidakdapat menamakan penyakit genetik yang dialami oleh anak itu dengan tepat tetapimempunyai idea atau kurang pasti tentang nama penyakit itu .Contoh jawapan :Turner disease, Klinefelter Syndrome dan Down Syndrome.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    26/70

    Biolog i 2 26 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 3(d)(iii)

    Kebanyakan calon dapat menguasai konstruk aplikasi dengan baik dan dapatmenerangkan dengan tepat sebab bagi jawapan dalam 3(d)(ii). Calon ada idea tetapijawapan diberi kurang tepat.

    Terdapat juga calon yang kurang menguasai konstruk aplikasi dengan baik dan tidakdapat menerangkan dengan tepat sebab bagi jawapan dalam 3(d)(ii). Calon adaidea tetapi jawapan yang diberi kurang tepat.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    27/70

    Biolog i 2 27 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 3(d)(iv)

    Kebanyakan calon kumpulan ini dapat menguasai konstruk aplikasi dengan baikdan dapat menerangkan dengan tepat bagaimana sinar radioaktif bolehpenyebabkan penyakit genetik ini.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    28/70

    Biolog i 2 28 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon dilihat kurang menguasai konstruk aplikasi dan tidak dapat menerangkandengan tepat bagaimana sinar radioaktif boleh menyebabkan penyakit genetik ini.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    29/70

    Biolog i 2 29 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 4(a)

    Calon mempamerkan kebolehan untuk mengenalpasti nama peringkat protin danmenamakannya dengan tepat. Soalan ini dapat dikuasai oleh kebanyakan calon.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    30/70

    Biolog i 2 30 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Terdapat juga calon yang tidak dapat memanfaatkan maklumat yang dibekalkanoleh rajah. Calon membuat tafsiran terhadap peringkat organisasi protin secaratekaan. Calon tidak dapat mengaitkan pengetahuan tentang organisasi protindengan rajah.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    31/70

    Biolog i 2 31 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 4(b)

    Calon dapat menamakan struktur protin X dengan tepat dan menyatakan bagaimanaprotin X terbentuk, bagi menghuraikan struktur protin X.

    Terdapat calon yang hanya dapat menyatakan kandungan struktur protin X tetapitidak dapat menghuraikan bagaimana struktur itu disusun atur.

    Sebahagian kecil calon tidak mempunyai pengetahuan asas yang jelas tentangstruktur protin X. Calon juga tidak dapat menghuraikan bentuk susunan unit asasprotin X.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    32/70

    Biolog i 2 32 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 4(c)

    Sebahagian calon dapat menyatakan nama proses, nama substrat dan nama produkhasil penguraian protin X dengan tepat.

    Calon kumpulan sederhana hanya dapat menyatakan proses yang menyebabkan

    protin X diuraikan atau kepada molekul yang lebih kecil. Hampir semua calon gagalmemberi jawapan yang baik untuk soalan ini. Calon tidak menggunakan maklumatbergambar untuk menerangkan pembentukan dipeptida selepas berlakunyapenguraian sesuatu protin. Walaupun struktur protein X berbentuk linear, hidrolisisterhadap protin akan menghasilkan polipeptida atau pun dipeptide. Walaubagaimanapun, calon tahu bahawa penguraian protin melibatkan penguraian ikatanantara molekul dalam protin.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    33/70

    Biolog i 2 33 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Sebahagian kecil calon dirasakan terkeliru dan tidak langsung menggunakan rajahuntuk membantu mereka menjawab soalan ini. Fakta asas penguraian protin tidakdiaplikasikan. Walaupun dinyatakan bahawa X adalah protin, calon tidakmenggunakan maklumat yang diberi bagi membantunya menjawab.

    Soalan 4(d)

    Calon kumpulan ini dapat menyatakan ciri utama yang digunakan untuk

    mengkelaskan protin haiwan sebagai protin kelas pertama.

    Atau sebagai protin yang tidak boleh disintesis oleh badan organisma itu sendiri.

    Terdapat juga calon yang dapat mengaitkan protin kelas pertama dengan asid aminotidak perlu atau dengan kewujudan asid amino tertentu atau menyatakan bahawaprotin itu sendiri yang tidak tidak dapat disintesis oleh badan, dan bukannya asidamino. Calon keliru dengan konsep protin kelas pertama.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    34/70

    Biolog i 2 34 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 4(e)(i)

    Calon kumpulan tinggi dapat menyatakan perubahan yang berlaku kepada molekulprotin apabila terdedah kepada suhu yang tinggi. Calon dapat mengaitkan bagimanasuhu menyebabkan denaturasi pada molekul protin.

    Calon dapat memberi penerangan bagaimana suhu tinggi mengubah bentuk molekulsutera tetapi kurang lengkap. Calon tidak dapat menerangkan dengan lebihterperinci kesan suhu terhadap ikatan antara molekul yang menyebabkan perubahanbentuk struktur protin dalam sutera.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    35/70

    Biolog i 2 35 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon hanya dapat menyatakan kesan denaturasi protin apabila terdedah kepadasuhu tinggi. Calon mengulangi sifat sutera yang menjadi berkedut, yang diberi dalampokok soalan, sebagai sifat protin.

    Soalan 4(e)(ii)

    Calon dapat mencadangkan tindakan yang tepat untuk mengekalkan kualiti fabrik,dengan cara yang ringkas dan jelas.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    36/70

    Biolog i 2 36 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Jawapan calon kurang tepat kerana tidak dapat mengaitkan sutera sebagi sejenisprotin. Oleh itu suhu yang dicadangkan menunjukkan bahawa calon tidakmempraktikkan pengetahuan tentang sifat protin yang terdapat pada sutera dalamkehidupan seharian. Calon tidak mempamerkan pengetahuan tentang sifat protindan kesan suhu dan asid atau alkali terhadap protin. Calon juga tidak dapatmengaitkan bahawa sutera adalah sejenis protin. Calon juga mungkin tiadapengetahuan bahawa sutera adalah sejenis protin.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    37/70

    Biolog i 2 37 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 5(a)

    Calon cemerlang dapat menentukan ketiga-tiga lokasi dengan tepat di mana tendonyang memegang otot bisep dilekatkan kepada tulang humerus, scapula dan radiusuntuk menunjukkan keberfungsian otot berkenaan dalam pergerakan tangan. Calon

    juga melukiskan dengan jelas tendon yang terlibat.

    Calon kumpulan ini hanya dapat melukiskan satu atau dua daripada tempat lekatantendon pada tulang dengan tepat. Calon boleh melukis tetapi bahagian teknikaldalam melukis rajah biologi tidak mantap.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    38/70

    Biolog i 2 38 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon lemah dalam melukis rajah biologi yang yang tepat. Calon lemah dalampengetahuan asas tentang fungsi dan struktur tisu tendon atau otot yang dapatditerjemahkan ke dalam bentuk rajah. Rajah lukisan calon menunjukkan carapembelajaran calon lebih kepada menghafal dan bukan memahami.

    Soalan 5(b)

    Calon cemerlang dapat memberikan ciri penyesuaian tisu P dengan tepat. Calonpeka dengan perkataan ciri penyesuaian dalam pokok soalan. Calon dapatmemberikan lebih daripada satu ciri penyesuaian bagi tisu P.Calon sederhana pula biasanya dapat memberikan satu ciri utama atau ciri asastendon, namun jawapan calon masih diterima.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    39/70

    Biolog i 2 39 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon kumpulan rendah mudah terkeliru dengan konsep kenyal dan tidak kenyal.Oleh itu jawapan yang diminta mungkin mudah tetapi calon masih gagalmemberikan jawapan yang tepat.

    Soalan 5(c)

    Calon dapat menerangkan tindakan anta gonistik aantara otot bisep dan trisepdengan jelas semasa pergerakan meluruskan tangan.

    Calon kumpulan ini juga dapat menerangkan mekanisme melurus danmembengkokkan tangan dengan baik.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    40/70

    Biolog i 2 40 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon lemah kurang jelas dengan konsep tindakan antagonistic antara dua ototrangka pada tangan. Calon keliru dengan otot yang terlibat untuk mengecut dan

    membengkokkan tangan. Arah pergerakan tangan juga tidak dinyatakan secarajelas.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    41/70

    Biolog i 2 41 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 5(d)

    Calon cemerlang dapat mengaitkan dengan baik kesan terhadap kesihatanseseorang akibat kerosakan pada tisu X, iaitu rawan. Calon juga dapat memberikantanda-tanda penyakit yang sesuai. Pengetahuan calon terhadap penyakit yangmelibatkan tulang dan tisu yang berkaitan dengannya baik, dan dapat diaplikasikan

    kepada situasi yang diberi.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    42/70

    Biolog i 2 42 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon mempunyai pengetahuan yang mencukupi, namun menghadapi sedikitmasalah dalam mengaitkannya dengan situasi yang diberi. Calon lebih cenderung

    untuk menjawab dari sudut pengetahuan am.

    Calon tidak dapat memberikan jawapan secara saintifik untuk menerangkankeadaan yang dihadapi oleh pesakit. Pendekatan jawapan calon hanya sesuaiuntuk penerangan kepada mereka yang tidak mempelajari Biologi.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    43/70

    Biolog i 2 43 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 5 (e)

    Calon cemerlang dapat memberi penerangan yang jelas tentang keperluanmelakukan senaman memanaskan badan sebelum acara. Calon juga banyakmemasukkan pengalaman semasa bersukan dan pengetahuan tambahan yangdidapati semasa kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Calon dapatmemberikan maklumat yang sesuai dalam jawapan dan dapat menerangkan kesankepada otot dan atlet sekiranya langkah memanaskan badan tidak dilakukan

    sebelum acara.

    Calon sangat cetek dalam jawapan dan tidak mengaitkan jawapan denganpengetahuan saintifik yang dipelajari dalam kelas Biologi. Calon hanya menjawabberdasarkan pengalaman dan tidak bermaklumat yang dapat menunjukkan bahawaamalan ini adalah kebiasaan kepada seorang pelajar atau atlet.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    44/70

    Biolog i 2 44 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 6 (a)(i)

    Calon memahami kehendak soalan ini dan dapat memberi jawapannya dengan tepatmengikut kehendak soalan. Calon dapat menerangkan mengapa kelenjar pituitariadalah kelenjar tanpa duktus yang juga bertindak sebagai kelenjar utama.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    45/70

    Biolog i 2 45 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Terdapat juga calon yang memahami kenapa kelenjar pituitari adalah kelenjar tanpaduktus dan sebagai kelenjar utama tetapi tidak dapat memberi penjelasan yangtepat sebagaimana kehendak soalan. Ada di antara calon yang menggunakan istilahbiologi yang tidak tepat berkait dengan interaksi ini.

    Terdapat juga calon yang gagal menjelaskan mengapa kelenjar pituitari adalahkelenjar tanpa duktus yang bertindak sebagai kelenjar utama. Penerangan calonsecara umum dan tidak menggunakan istilah sains dan konsep yang betul. Adacalon yang tidak tahu apa itu kelenjar pituitari.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    46/70

    Biolog i 2 46 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 6 (a) (ii)

    Calon dapat menerangkan peranan kelenjar pituitari dalam proses pengawalaturantekanan osmosis dalam badan apabila pengambilan air adalah terlalu sedikit.Penerangannya merangkumi bagaimana perubahan tekanan osmosis dalam darahdikesan, kesan ke atas perembesan ADH, dan air kencing yang dihasilkan kesanperembesan ADH dengan tepat.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    47/70

    Biolog i 2 47 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Jawapan yang diberi oleh calon tidak memberi penerangan yang tepat tentangperanan kelenjar pituitari dalam pengawalaturan tekanan osmosis dalam badanapabila pengambilan air terlalu sedikit. Jawapan sebahagian daripada calonmenggambarkan mereka faham kehendak soalan tetapi mereka tidak dapatmemberi penerangan yang tepat dan jelas.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    48/70

    Biolog i 2 48 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon tidak dapat menerangkan peranan kelenjar pituitari dalam pengawalaturantekanan osmosis dalam badan apabila pengambilan air terlalu sedikit. Jawapancalon menggambarkan seolah-olah mereka tidak pernah mempelajari tentang

    proses osmoregulation. Ada antara calon yang tidak memahami maksud tekananosmosis tinggi dan tekanan osmosis rendah.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    49/70

    Biolog i 2 49 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 6 (b)

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    50/70

    Biolog i 2 50 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Berdasar Rajah 6.2, calon dapat menamakan Q dan bahan kimia yang digunakanuntuk pemindahan impulse melalui Q. Seterusnya menerangkan pemindahan impulssaraf dari neurone P ke neurone R.Penerangan calon menggunakan istilah dan konsep biologi yang tepat danmemenuhi kehendak soalan.

    Calon dapat menamakan Q dengan tepat dan menerangkan proses pemindahanimpulse. Penerangan diberi tidak lengkap dan kurang menggunakan istilah-istilahsains dengan tepat.

    Calon hanya memberi penerangan mengikut Rajah 6.2 yang diberi sahaja. Calon

    tidak tahu langsung proses pemindahan impulse sepanjang neurone.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    51/70

    Biolog i 2 51 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    BAHAGIAN B

    Soalan 7(a)

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    52/70

    Biolog i 2 52 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon kumpulan tinggi dapat menerangkan proses biologi yang berlaku kepadatumbuhan berpandukan kepada situasi yang diberikan melalui rajah. Calon dapatmenggunakan pengetahuan berkenaan penggelangan pokok berkayu dan faktabiologi yang terlibat dengannya. Jawapan calon kemas dan teratur, mencerminkankemantapan kefahaman dan kemahiran mengolah pengetahuan secara sistematik.

    Calon kumpulan ini mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menjawabsolan, tetapi persembahan calon tidak padu. Calon tidak menggunakan maklumatdaripada rajah sebaiknya kerana calon perlu menterjemahkan situasi yang diberikankepada situasi biasa sebelum memberikan jawapan.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    53/70

    Biolog i 2 53 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon tidak dapat menerangkan kejadian yang ditunjukkan dalam rajah. Calon gagalmengaitkan kesan penggelangan pada batang pokok dengan gangguan kepadatranslokasi bahan organik yang dihasilkan semasa photosintesis. Calon tidakmenyatakan mengapa bahagian atas gelang membengkak. Malahan calonmenyatakan secara am yang bahagian atas pokok yang membengkak, bukan

    bahagian atas gelang pada batang pokok.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    54/70

    Biolog i 2 54 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 7(b)

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    55/70

    Biolog i 2 55 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan ini agak mencabar bagi calon. Calon kumpulan tinggi juga terperangkapdengan perkataan transpirasi yang terdapat dalam soalan. Kebanyakan calonmenjawab berkaitan dengan proses transpirasi dan bukannya bagaimana transpirasimembantu dalam penyejukan tumbuhan. Kebanyakan jawapan calon tersasardaripada kehendak soalan.

    Calon sederhana hanya dapat memberikan sebahagian daripada prosespengangkutan air ke daun yang membantu dalam penyejukan tumbuhan. Calontidak menekankan peranan air yang berfungsi untuk menyerap haba daripadatumbuhan semasa ia diangkut keluar daripada daun.

    Calon lemah tidak menjawab mengikut kehendak soalan. Jawapan yang diberi olehkebanyakan calon dalam kumpulan ini menerangkan transpirasi dan tidak langsungmengaitkan jawapan dengan penyejukan dalam tumbuhan.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    56/70

    Biolog i 2 56 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 7(c)

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    57/70

    Biolog i 2 57 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Terdapat calon yang tidak menghadapi masalah untuk memberi respon yangmantap bagi soalan ini. Calon mempamerkan kemahiran yang tinggi dalammenjawab soalan analisis dengan menggariskan persamaan dan perbezaan antarakedua-dua jenis sistem peredaran darah bagi X dan Y. Calon telah dapatmengenalpasti jenis peredaran darah dan dapat membandingkan kedua-duanyadengan tepat.

    Segelintir calon dapat menguasai fakta tetapi dalam bentuk terasing. Penguasaancalon bagi konstruk analisis masih lemah. Calon tidak menghadapi masalah untukmemberikan persamaan pada kedua-dua sistem peredaran darah, tetapi agak jelasyang calon tidak mantap untuk memberikan jawapan bagi membezakan keduanya.Terdapat juga calon yang mencampuradukkan beberapa aspek perbezaan danmenyukarkan pemeriksa untuk mengesan idea yang ingin disampaikan oleh calon.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    58/70

    Biolog i 2 58 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 8

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    59/70

    Biolog i 2 59 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon dapat mengenalpasti Rajah 8.1 sebagai paya bakau. Calon dapatmenerangkan peranan paya bakau yang bertindak untuk melindungi faktor biotik danabiotik serta kepentingan paya bakau kepada aktiviti dan keperluan manusia.Calon juga dapat menerangkan peranan paya bakau sebagai habitat pelbagai faunadan flora dalam mengekalkan biodiversiti yang secara langsung dapat mengelakkankesan terhadap alam sekitar dan kepupusan spesies fauna jika ekosistem ini tidakdipelihara dan dipulihara.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    60/70

    Biolog i 2 60 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon dalam kumpulan ini dapat menerangkan beberapa peranan ekosistem payabakau. Calon tidak dapat menerangkan secara tepat dan jelas tentang perlunyasebuah ekosistem paya bakau dipelihara dan dipulihara, sebaliknya cenderungmenerangkan tentang pencemaran alam sekitar, penipisan lapisan ozon. Calonkurang menguasai dan memahami kehendak konstruk menilai kerana tidak dapatmengembangkan fakta dalam format cause and effect.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    61/70

    Biolog i 2 61 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kebanyakan calon kumpulan ini tidak dapat menerangkan mengapa sebuahekosistem paya bakau perlu dipelihara dan dipulihara dengan tepat ; iaitu perananekosistem paya bakau. Ramai juga calon yang keliru dengan stimulus (Rajah 8.1),maka cenderung menerangkan tentang konsep pengkolonian dan sesaranekosistem paya bakau dan tidak memenuhi kehendak soalan.

    Soalan 8(b)

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    62/70

    Biolog i 2 62 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Ramai calon dapat mentafsir rajah dan menerangkan dengan tepat tentang kesanpertambahan kepekatan gas karbon dioksida ke atmosphera dalam suatuekosistem; iaitu berkisar tentang kejadian dan kesan rumah hijau seperti kehendaksoalan. Calon mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang betul tentang kesanrumah hijau.

    Kebanyakan calon kumpulan rendah tidak dapat menerangkan kesan rumah hijauke atas perubahan iklim dan kemandirian spesies .Calon lebih cenderongmengaitkan penyakit tertentu atau kesihatan dengan kesan rumah hijau.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    63/70

    Biolog i 2 63 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon salah mentafsir maklumat dari rajah 8.2 dan tidak memahami kehendaksoalan. Calon mengaitkan rajah dengan kesan penipisan lapisan ozon, hujan asid,pelepasan asap oleh kilang dan kenderaan dan jerebu kesan dari pembakaran

    hutan. Calon tidak menguasai konstruk sintesis.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    64/70

    Biolog i 2 64 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 9(a)

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    65/70

    Biolog i 2 65 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kebanyakan calon kumpulan tinggi dapat menguasai konstruk mensintesis. Calondapat menerangkan dengan tepat proses pencernaan protein dan lipid dalamsaluran alimentari yang berkenaan.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    66/70

    Biolog i 2 66 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kebanyakan calon kumpulan ini dapat menguasai konstruk pengetahuan dankefahaman tetapi kurang menguasai konstruk sintesis. Segelintir calon gagalmemberikan persamaan bagi pencernaan protien dan lipid (ikan kukus) dalamsaluran alimentari yang berkenaan.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    67/70

    Biolog i 2 67 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kebanyakan calon kumpulan ini kurang menguasai konstruk pengetahuan danlemah dalam menguasai konstruk sintesis. Calon tidak dapat menerangkan dengantepat nama enzim, bahan, dan hasil dari proses pencernaan protein dan lipid dalamsaluran alimentari yang berkenaan.

    Soalan 9(b)

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    68/70

    Biolog i 2 68 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kebanyakan calon telah menguasai konstruk pengetahuan, kefahaman danpenilaian. Calon dapat menyatakan dengan tepat kandungan dalam contohmakanan yang diberi dan telah dapat mengaitkannya dengan masalah kesihatan jikapengambilannya secara berlebihan.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    69/70

    Biolog i 2 69 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon telah menguasai konstruk pengetahuan tetapi kurang menguasai konstrukkefahaman dan penilaian. Calon kurang tepat dalam mengkaitkan masalahkesihatan dengan pengambilan protein dan lipid secara berlebihan. Calon tidakdapat menerangkan sebab salur darah tersumbat.

    Terdapat juga calon yang kurang menguasai konstruk pengetahuan dan juga lemahdalam menguasai konstruk kefahaman dan penilaian. Calon salah tafsir kehendaksoalan. Calon membincangkan jawapan tentang kekurangan serat dan vitamin C.Calon tidak dapat menyatakan dengan tepat kelas makanan yang ada dalam contohmakanan yang diberi dan tidak dapat mengkaitkan masalah kesihatan jikapengambilan kelas makanan protein dan lipid secara berlebihan.

  • 7/27/2019 Biology K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    70/70

    SARANAN KEPADA CALON

    1. Calon perlu mempunyai penguasaan yang kukuh khususnya berkaitandengan pengetahuan asas biologi.

    2. Calon perlu didedah dan digalakkan untuk membuat lakaran saintifik yangdapat membantu dalam meningkatkan kefahaman calon dalam

    pembelajarannya.3. Calon perlu mengaitkan ilmu Biologi dengan kehidupan seharian dan

    mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman Biologi dalam mengurus diridan alam sekitar.

    4. Calon harus mantap dengan tajuk-tajuk asas Biologi yang diajar di Tingkatan4 kerana asas yang kukuh akan memudahkan calon memahami tajuk-tajuklain dengan konsep-konsep yang lebih abstrak dan berat.

    5. Calon perlu menguasai konstruk-konstruk yang lebih tinggi seperti aplikasi,analisis dan sintesis untuk mendapatkan kemahiran Biologi yang menyeluruh.

    SARANAN KEPADA GURU

    1. Guru perlu menggunakan banyak contoh di mana aplikasi pengetahuan dankefahaman Biologi diterapkan kepada calon semasa proses pengajaran danpembelajaran (P&P).

    2. Guru perlu mempunyai pengalaman sebagai pemeriksa untuk meningkatkankemahiran guru semasa P&P.

    3. Guru harus mengajar secara berpusatkan calon supaya calon dapat merasaidan meneroka sendiri aplikasi Biologi dalam kehidupan mereka.

    4. Guru boleh mengadakan pendedahan teknik menjawab bagi soalan-soalankonstruk yang kompleks kepada calon untuk membantu calon menguasaikemahiran berkomunikasi melalui jawapan yang tepat.