Biomekanik Tingkatan 4
description
Transcript of Biomekanik Tingkatan 4
LAKUAN MOTOR & BIOMEKANIK
UNIT 4
ASAS BIOMEKANIK
4.1 Asas Biomekanik
Bio bermaksud sistem biologi (kehidupan)Mekanik bermaksud analisis daya dan kesannya.Biomekanik ialah kajian tentang daya yang bertindak ke atas tubuh manusia dan kesan yang dihasilkan daripada daya tersebut.
DefinisiMenurut Watkins (1999), biomekanik ialah kajian daya yang bertindak ke atas objek dan kesannya kepada pergerakan, bentuk, saiz dan struktur.Menurut Mc Ginnis (1999), biomekanik ialah kajian daya dan kesannya pada sistem khidupan.Menurut Hay (1985), biomekanik ialah kajian tentang tindakan daya dalaman dan luaran pada tubuh manusia dan kesan yang dihasilkan melalui tindakan tersebut.
Biomekanik berkaitan dengan pergerakan yang melibatkan:
Sistem ototSistem rangkaPrinsip mekanikal dalam pergerakan manusia
Kepentingan biomekanik ialah:Membantu tingkatkan kecekapan dan prestasi dalam aktiviti fizikalMerancang program latihan yang lebih berkesan dan selamat
Prinsip-prinsip biomekanik dalam pergerakan tubuh manusia ialah:
Sistem tuasBerfungsi untuk meningkatkan daya dan menambahkan kelajuan dalam sistem mekanikal jasad
4.1.1 Ciri-ciri Sistem Mekanikal Jasad
Bentuk badan manusia adalah berasaskan struktur rangka.Tulang-tulang akan bersambung melalui sendi yang bertindak sebagai tuas.Pergerakan berlaku melalui pengecutan otot.Sistem tuas rangka penting kerana mempengaruhi keupayaan mekanikal jasad.
Sistem Tuas Rangka
Tuas ialah satu struktur tegar yang bergerak pada satu titik tetap.Tuas terdiri daripada:
Beban = bertindak sebagai rintangan atau kerjaDaya = bertindak sebagai penguncupan ototFulkrum = bertindak sebagai sendi atau paksi
Terdapat tiga kelas tuas, iaitu:Tuas kelas pertamaTuas kelas keduaTuas kelas ketiga
• Klasifikasi tuas adalah ditentukan oleh tiga kedudukan, iaitu:
Kedudukan fulkrumKedudukan bebanKedudukan daya
Jenis-jenis Tuas
Tuas kelas pertama
• Berlaku apabila fulkrum berada di antara daya dan beban.
• menggunakan daya yang minimum untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan yang perlahan.
• Digunakan untuk:– keseimbangan– tingkatkan kelajuan dan
julat pergerakan– tidak meningkatkan daya
Contoh tuas kelas pertama
• Aktiviti pukulan dalam badminton– Fulkrum
=pergelangan tangan
– Daya= otot bahagian lengan
– Beban= berat tubuh badan
F
BD
Tuas kelas kedua
• Berlaku apabila beban berada di antara daya dan fulkrum.
• Menggunakan daya yang minimum untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan perlahan.
• Digunakan untuk:– Menghasilkan daya
gerakan
Contoh tuas kelas kedua
• Aktiviti lonjakan menggunakan lombol– Fulkrum =hujung
jari kaki– Daya=
penguncupan otot kaki
– Beban= berat badan
F
B
D
Tuas kelas ketiga
• Berlaku apabila daya berada di antara beban dan fulkrum.
• Menggunakan daya yang maksimum dan pergerakan pantas.
• Digunakan untuk:– Menambahkan kelajuan
Contoh tuas kelas ketiga
• Aktiviti menolak bola hoki– Fulkrum=
pergelangan tangan kiri
– Daya= tangan kanan
– Beban= bola hoki
F
D
B
4.2 Deskripsi Pergerakan Asas
Pergerakan asas adalah berdasarkan kepada tiga satah anatomi iaitu:
Satah sagital Satah frontal Satah horizontal (transverse)
Satah sagital
Satah yang membahagi badan kepada dua iaitu bahagian kanan dan kiri.Satah ini merentas dari depan ke belakang badan.Contoh pergerakan ialah:
FleksiHiperfleksiEkstensiHiperekstensiPlantar-fleksiDorsi-fleksi
Contoh rajah satah sagital
Fleksi Hiperekstensi
Ekstensi Plantar-fleksi
Dorsi-fleksi
Satah frontal
Satah yang membahagi badan kepada dua iaitu bahagian depan dan belakang.Satah ini merentas dari sisi kanan ke sisi kiri badan.Contoh pergerakan ialah:
abduksiaduksifleksi lateralinversieversi
Contoh rajah satah frontal
inversi
eversi
aduksi
abduksi
Fleksi lateral
kiri
kanan
Satah horizontal (transverse)
Satah yang membahagi badan kepada dua iaitu bahagian atas dan bawah.Satah ini merentas di bahagian tengah badan.Contoh pergerakan ialah:
RotasiSupinasiPronasiSirkumduksi
Contoh rajah satah horizontal
supinasi
pronasisirkumduksi
rotasi
4.2 Jenis-jenis pergerakan
Dalam aktiviti fizikal, pergerakan asas ini bergabung untuk menghasilkan daya maksimum.Bagi menghasilkan daya maksimum, pergerakan perlu menggunakan banyak sendi.Terdapat dua jenis pergerakan iaitu:
Pergerakan linearPergerakan putaran
Pergerakan Linear
Pergerakan yang melibatkan sesaran bergerak secara menegak atau mendatar pada arah, jarak dan masa yang sama.Terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Pergerakan rektilinearPergerakan kurvelinear
Pergerakan Rektilinear
• Pergerakan yang melibatkan sesaran mengikut landasan lurus.
• Contoh:– Pergerakan
lompatan acara palang dalam gimnastik.
– Kedudukan sendi bahu dan pinggul pada arah yang sama
Pergerakan Kurvelinear
• Pergerakan yang melibatkan sesaran mengikut landasan yang melengkung.
• Contoh:– Pergerakan fasa
lompatan dalam gimnastik.
– Kedudukan sendi pinggul dan bahu adalah sama.
Pergerakan Putaran/Rotasi/Bersudut
Berlaku apabila bahagian badan bergerak mengikut lengkung bulatan mengelilingi satu paksi putaran.Sesaran bergerak dengan sudut, arah dan masa yang sama.Terbahagi kepada dua:
Pergerakan putaran paksi dalamanPergerakan putaran paksi luaran
Pergerakan putaran paksi dalaman
• Pergerakan ini berlaku apabila kaki dinaikkan ke atas dan bahagian badan bersentuhan dengan tapak sokongan.
Pergerakan putaran paksi luaran
• Berlaku apabila tapak sokongan iaitu bahagian tengah palang berada di luar atau jauh daripada badan.
AKTIVITI• Anda dikehendaki berada dalam kumpulan.• Setiap kumpulan akan mendapat satu
topik.• Arahan : Cari tiga contoh aktiviti, sukan
atau permainan lain bagi setiap topik yang kumpulan anda dapat. Huraikan tentang sukan dan permainan tersebut.– Contoh: topik tuas kelas pertama.– Aktiviti tekan tubi. huraikan aktiviti ini berada
dalam tuas kelas pertama.