bioteknologi

9
1.0 Pengenalan Dewasa kini, pelbagai teknologi yang digunakan untuk melakukan sesuatu pembaharuan yang membawa kesejahteraan manusia sejagat. Salah satu teknologi yang digunakan untuk memaksimumkan pembaharuan adalah bioteknologi. Bioteknologi adalah satu bidang yang dapat meningkatkan kualiti manusia dari segenap aspek. Kesedaran penggunaan bioteknologi dalam pembangunan khususnya dalam bidang pertanian dan pembuatan telah membuatkan Malaysia meletakkan bidang ini sebagai satu bidang yang perlu dimajukan. Tidak dinafikan bahawa penggunaan bioteknologi mampu memberikan pelbagai kebaikan dan keuntungan kepada negara. Pelbagai penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan ke atas kelebihan penggunaan bioteknologi kepada manusia khususnya di Malaysia. Perkembangan bioteknologi terkini dalam pertanian mampu menghasilkan biji benih yang berkualiti tinggi dalam menghasilkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi dan produktif. Tidak ketinggalan juga, bioteknologi digunakan ke atas produk pembuatan di Malaysia terutamanya makanan dan minuman. Topik perbincangan tentang bioteknologi masih lagi hangat diperkatakan dengan menyaksikan perkembangan kreativiti dan ciptaan manusia dalam menghasilkan variasi produk dan barangan di pasaran terbuka. Sejajar dengan kemajuan ekonomi dan bioteknologi telah memberi pilihan kepada pengguna dalam kepelbagaian barangan dalam kehidupan mereka. Menurut Dawson (2006) bioteknologi merupakan salah satu bidang sains yang telah mengalami perkembangan yang besar dalam abad ke-21. Selain itu, bioteknologi juga telah ditakrifkan di dalam Protokol Cartagena iaitu aplikasi bagi teknik asid nukleik secara in vitro yang merangkumi teknik menggunakan DNA suntikan terus asid nukleik ke dalam sel ataupun organisma, dan teknik pembelahan sel melangkaui taksonomi. Menurut Propst (1996) pula menyatakan bahawa bioteknologi adalah sebagai penguasaan teknik baru yang dibangunkan pada pertengahan 1970-an sehingga 1980-an. Di samping itu, seorang pengkaji bioteknologi, Ahmad Parveez (2004) telah memberi konsep bioteknologi dengan lebih khusus iaitu bioteknologi sebagai teknik rekombinan DNA dan kejuruteraan genetik dengan memberi tumpuan khusus dan terkawal terhadap aspek keselamatan dan produk. Selain itu, mengikut latarbelakang masa bioteknologi telah lama digunakan terutamanya dalam bidang pertanian melalui proses pembiakan baka haiwan dan tanaman dengan ciri-ciri yang terpilih. Penghasilan makanan seperti keju, dadih, tempe dan pembuatan roti adalah bentuk asal cara penghasilan makanan menggunakan teknik bioteknologi dan ia bermula sejak era klasik beribu tahun dahulu. Lantaran itu, penulisan ini akan membincangkan tentang perkembangan bioteknologi terkini dalam bidang pertanian dan pembuatan di Malaysia serta memberi pendedahan perkembangan terkini dalam bidang pertanian dan bidang

description

bioteknologi

Transcript of bioteknologi

1.0 Pengenalan Dewasa kini, pelbagai teknologi yang digunakan untuk melakukan sesuatu pembaharuan yang membawa kesejahteraan manusia sejagat. Salah satu teknologi yang digunakan untuk memaksimumkan pembaharuan adalah bioteknologi. Bioteknologi adalah satu bidang yang dapat meningkatkan kualiti manusia dari segenap aspek. Kesedaran penggunaan bioteknologi dalam pembangunan khususnya dalam bidang pertanian dan pembuatan telah membuatkan Malaysia meletakkan bidang ini sebagai satu bidang yang perlu dimajukan. Tidak dinafikan bahawa penggunaan bioteknologi mampu memberikan pelbagai kebaikan dan keuntungan kepada negara. Pelbagai penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan ke atas kelebihan penggunaan bioteknologi kepada manusia khususnya di Malaysia. Perkembangan bioteknologi terkini dalam pertanian mampu menghasilkan biji benih yang berkualiti tinggi dalam menghasilkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi dan produktif. Tidak ketinggalan juga, bioteknologi digunakan ke atas produk pembuatan di Malaysia terutamanya makanan dan minuman. Topik perbincangan tentang bioteknologi masih lagi hangat diperkatakan dengan menyaksikan perkembangan kreativiti dan ciptaan manusia dalam menghasilkan variasi produk dan barangan di pasaran terbuka. Sejajar dengan kemajuan ekonomi dan bioteknologi telah memberi pilihan kepada pengguna dalam kepelbagaian barangan dalam kehidupan mereka. Menurut Dawson (2006) bioteknologi merupakan salah satu bidang sains yang telah mengalami perkembangan yang besar dalam abad ke-21. Selain itu, bioteknologi juga telah ditakrifkan di dalam Protokol Cartagena iaitu aplikasi bagi teknik asid nukleik secara in vitro yang merangkumi teknik menggunakan DNA suntikan terus asid nukleik ke dalam sel ataupun organisma, dan teknik pembelahan sel melangkaui taksonomi. Menurut Propst (1996) pula menyatakan bahawa bioteknologi adalah sebagai penguasaan teknik baru yang dibangunkan pada pertengahan 1970-an sehingga 1980-an. Di samping itu, seorang pengkaji bioteknologi, Ahmad Parveez (2004) telah memberi konsep bioteknologi dengan lebih khusus iaitu bioteknologi sebagai teknik rekombinan DNA dan kejuruteraan genetik dengan memberi tumpuan khusus dan terkawal terhadap aspek keselamatan dan produk. Selain itu, mengikut latarbelakang masa bioteknologi telah lama digunakan terutamanya dalam bidang pertanian melalui proses pembiakan baka haiwan dan tanaman dengan ciri-ciri yang terpilih. Penghasilan makanan seperti keju, dadih, tempe dan pembuatan roti adalah bentuk asal cara penghasilan makanan menggunakan teknik bioteknologi dan ia bermula sejak era klasik beribu tahun dahulu. Lantaran itu, penulisan ini akan membincangkan tentang perkembangan bioteknologi terkini dalam bidang pertanian dan pembuatan di Malaysia serta memberi pendedahan perkembangan terkini dalam bidang pertanian dan bidang pembuatan seperti hidroponik dan aeroponik, kawalan biologi terhadap makhluk perosak, pemprosesan ekstrak dalam pembuatan dan sebagainya. Selain itu, perbincangan ini juga ada mendedahkan tentang kaedah-kaedah yang dilakukan bidang tersebut di dalam penggunaan bioteknologi.

2.0 PenutupKesimpulannya, bioteknologi dapat memberikan manfaat kepada negara berdasarkan atas usaha dengan mewujudkan Dasar Bioteknologi Negara (DBN) pada tahun 2005 yang memupuk penyelidikan dan pembangunan secara berperingkat serta memberi panduan kepada usaha pembangunan bioteknologi negara. Terdapat beberapa sasaran yang perlu dicapai dalam proses dasar tersebut termasuklah dari segi kemajuannya. Perkembangan bioteknologi ini juga perlu sejajar dengan fitrah manusia yang mana bioteknologi ini haruslah tidak disalahgunakan oleh pihak tertentu. Walaupun ianya memberi keuntungan kepada negara secara amnya, tindakan pengawalan terhadap kajian yang dijalankan perlu mengikuti etika dan peraturannya. Kecenderungan kepada bioteknologi mengakibatkan negara bertungkus-lumus dalam penyelidikannya kerana ianya membawa sesuatu yang dapat menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan petani atau pengusaha tempatan. Jaminan terhadap penggunaan bioteknologi telah memberi peluang yang baharu kepada golongan tersebut dalam melakukan aktiviti yang mendatangkan keuntungan kepada diri sendiri. Pembangunan modal insan juga akan dipergiatkan untuk memenuhi keperluan industri dan memupuk semangat keusahawanan dengan penubuhan pusat kecemerlangan. Ini kerana, bioteknologi bersedia menjadi penggerak berasaskan pengetahuan serta menyumbang kepada pertumbuhan dan penjanaan kekayaan, pelaburan baharu dan peluang pekerjaan di samping memberi manfaat dari pelbagai aspek sosial dan alam sekitar.

3.0Dasar Bioteknologi Negara (DBN) 2005Merujuk kepada teras pembangunan Dasar Bioteknologi Negara (DBN), objektif pembangunan bioteknologi telah ditetapkan dalam tempoh RMKe-9 iaitu menggunakan potensi bioteknologi sebagai sumber penjanaan keyaan yang semakin berkembang serta meningkatkan aplikasi bioteknologi dalam pelbagai sektor ekonomi. Pembangunan bioteknologi telah mensasarkan utntuk menggandakan bilangan syarikat bioteknologi kepada 400 buah syarikat menjelang tahun 2010. Usaha membangunkan syarikat akan diberikan penekanan supaya mempunyai kualiti, nilai tambah yang tinggi dan intensif pengetahuan dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Untuk tujuan itu, teras strategik yang pertama adalah mengubah dan meningkatkan kewujudan nilai dalam sektor pertanian melalui bioteknologi. Kedua, memanfaatkan kelebihan biokepelbagaian untuk tujuan komersil bagi penemuan produk yang berkaitan dengan kesihatan dan menjadikan Malaysia dalam pasaran biogenerik yang berkembang. Ketiga, menyediakan peluang pertumbuhan dalam industri biopemprosesan dan pembuatan. Keempat, mengabil faedah daripada pemusatan teknologi untuk membangunkan industri bioinformatik baru. Kelima, mempromosikan BioNexus sebagai jenama unik untuk menarik pelaburan asing dan tempatan dalam bidang bioteknologi. Keenam, mewujudkan persekitaran yang sesuai dengan rangka kerja institusi sokongan iaitu swasta, kawal selia dan kewangan bagi membantu pembangunan industri bioteknologi yang kukuh lagi pelbagai. Ketujuh, usaha meningkatkan pembangunan modal insan bagi memenuhi keperluan negara dan menubuhkankan pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan R&D serta mempercepatkan pembangunan, penyebaran dan pengkomersilkan teknologi.Pembangunan di dalam BioteknologiPembangunan bioteknologi adalah sebagai satu usaha untuk mengembangkan ekonomi di sepanjang rantaian nilai dan penekanan akan diberikan kepada industri bioteknologi. Selain itu, untuk mewujudkan sumber kekayaan baru, langkah-langkah akan diambil untuk memperkukuhkan asas industri serta menarik ramai penyertaan sektor swasta yang lebih besar melalui pelaburan dan pewujudan perniagaan dalam komponen straegik rantaian nilai bioteknologi. Antara pembangunan yang terkandung di dalam DBN ialah bioteknologi pertanian, bioteknologi penjagaan kesihatan, bioteknologi perindustrian, bioinformatik dan pembangunan jenama Malaysia.

3.1Bioteknologi dalam pertanianUsaha meningkatkan pewujudan nilai di dalam sektor pertanian akan di laksanakan untuk membangunkan kemampuan negara dalam bioteknologi pertanian. Pengetahuan dan kepakaran yang ada dari pelbagai institusi seperti Institut Penyelidikkan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan Lembaga Getah Malaysia akan dimanfaatkan untuk membangunkan bidang yang terpilih. Penerokaan teknologi baru bukan sahaja di dalam bioteknologi pertanian, tetapi ianya juga untuk bidang bioteknologi penjagaan kesihatan, bioteknologi industri, bioinformatik, kejuruteraan genetik dan genomik serta proteomik fungsian akan diterajui bersama oleh institusi berkenaan serta Institut Genom Malaysia yang khusus baru ditubuhkan.Aplikasi teknologi pelantar bioteknologi akan di galakkan seperti kejuruteraan genetik, genomik dan proteomik fungsian untuk mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi untuk menambahbaik produktiviti agronomi tanaman dan ternakan. Selain itu, aktiviti bioteknologi pertanian yang lain seperti biopharming adalah digalakkan un. Aktiviti bioteknologi pertanian lain yang akandigalakkan termasuk biopharming, iaitu penggunaan tumbuh-tumbuhan atauternakan transgenik bagi mengeluarkan protein bernilai tinggi.6.21 Institut Bioteknologi Pertanian Kebangsaan di MARDI akan berperanansebagai pusat kecemerlangan negara bagi R&D, pengkomersilan dan penyebaranbioteknologi pertanian. Institut ini juga akan membangunkan perkongsian bersinergidengan Agropolis yang akan dijadikan sebagai pusat kecemerlangan bagipemprosesan dan pengeluaran makanan. Agropolis akan menganjurkan pameranbertaraf antarabangsa seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pertanian172MUKASURATberasaskan Pelancongan Malaysia (MAHA) untuk mempamerkan produk danperniagaan pertanian negara bagi membantu penyebaran teknologi dan amalanpertanian moden.Bioteknologi Penjagaan Kesihatan6.22 Bioteknologi membolehkan penemuan dan pembangunan produk danrawatan penjagaan kesihatan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, Malaysiaperlu membangunkan bidang pengkhususan yang strategik dalam rantaian nilaibioteknologi memandangkan pelaburan yang besar diperlukan untuk melaksanakankeseluruhan proses penemuan sehingga pengkomersilan. Sehubungan ini, usahaakan ditumpukan kepada pemanfaatan biokepelbagaian negara yang luas danpengetahuan tempatan mengenai ubat tradisional dan pelengkap (T/CM) untukmenerajui pembangunan industri farmaseutikal dan nutraseutikal. Bidang terpilihlain yang dibangunkan termasuk kontrak R&D biogenerik, diagnostik dan vaksinterutamanya bagi penyakit yang sering berlaku.6.23 Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Kebangsaan (NIPN) dan InstitutKebangsaan Produk Asli, Vaksin dan Biologikal (NINPVB) akan diwujudkansebagai pusat kecemerlangan R&D dalam bidang bioteknologi berkaitan penjagaankesihatan. NIPN akan memberikan tumpuan kepada penggunaan secara optimumsumber biologi semula jadi daripada tumbuh-tumbuhan, marin dan mikrob untukdigunakan dalam nutraseutikal, kosmoseutikal dan fitofarmaseutikal. NINPVBakan melaksanakan pelbagai program untuk menggalakkan perubatan herbadengan memanfaatkan pengetahuan tempatan dalam T/CM serta meningkatkanpengeluaran vaksin. Di samping itu, Pusat Pengesahan Produk Biologi akandibina di Johor untuk menentusahkan kandungan produk herba, nutraseutikaldan fitofarmaseutikal bagi mematuhi peraturan pendaftaran dan jaminan kualiti.Bioteknologi Perindustrian6.24 Keupayaan negara dalam industri pembuatan dan pemprosesanmenyediakan pelbagai peluang bagi pembangunan industri bioteknologi. Bidangpertumbuhan bioteknologi yang dikenal pasti termasuk pembangunan pemangkinbiologi seperti enzim dalam penyediaan makanan dan makanan haiwan, produkbahan pencucian, pemprosesan tekstil dan proses perindustrian lain.Biopemprosesan merupakan antara bidang pertumbuhan yang boleh digunapakai dalam pengeluaran biobahan seperti bioplastik, biofuel dan bahan kimiayang khusus seperti kandungan kosmetik serta bahan kimia bagi kegunaansektor elektronik. Bidang pertumbuhan yang ketiga ialah kontrak biopembuatan.6.25 Kemudahan Amalan Pengeluaran Baik Terkini (cGMP) yang direka bentukselaras dengan standard dan garis panduan antarabangsa akan siap dibina danberoperasi sepenuhnya pada bulan Jun 2006 merupakan sebahagian daripadausaha untuk menggalakkan biopembuatan. Kemudahan tersebut akan menyediakanMUKASURAT173BAB 6RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 2006-2010laluan bagi Malaysia menjadi pengeluar pembuatan kontrak ramuan farmaseutikalaktif. Kemudahan pelbagai produk ini akan digunakan untuk pengeluaran pelbagaiproduk biofarmaseutikal berasaskan kultur sel mamalia dan manusia.6.26 Harga minyak mentah yang tinggi beserta dengan keperluan mendapatkantenaga boleh diperbaharu bagi menggantikan bahan api fosil yang semakinberkurangan menjadikan biofuel sebagai bidang pertumbuhan yang berdayamaju. Permintaan terhadap bahan api terbiodegradasi termasuk diesel sawitoleh negara maju dijangka mencapai 10.5 juta tan metrik menjelang tahun2007. Malaysia mempunyai 3.9 juta hektar ladang kelapa sawit dan lebih daripada360 kilang minyak kelapa sawit. Sehubungan ini, Malaysia berkeupayaan danberkemampuan untuk memenuhi permintaan biofuel global yang semakinmeningkat. Selaras dengan Dasar Biofuel Negara yang diumumkan pada bulanOgos 2005, pelbagai strategi akan dilaksanakan untuk meningkatkan penggunaanbiofuel sebagai alternatif kepada diesel berasaskan petroleum.Bioinformatik6.27 Pertambahan data dan maklumat yang dijanakan berikutan kemajuanteknologi telah mewujudkan keperluan untuk menyusun dan mengatur sertamenguruskan maklumat. Pemusatan ICT dan bioteknologi atau lebih dikenalisebagai bioinformatik, menyediakan fungsi sokongan yang penting untukmengumpul, menyimpan, mengklasifikasi, menganalisis dan mengedarkanmaklumat biologi yang diperoleh daripada penjujukan gen serta analisis fungsianbagi projek penyelidikan. Selain merupakan sumber pertumbuhan baru,bioinformatik juga menyumbang kepada penemuan dan pembangunan produksecara lebih ketara. Inisiatif strategik akan diperluas kepada bioinformatik danpengkomputeran grid bagi menyokong pembangunan bioteknologi negara.6.28 Keupayaan dan kepelbagaian asas ICT sedia ada dalam institusipenyelidikan termasuk MIMOS, universiti dan Koridor Raya Multimedia (MSC)akan digunakan secara optimum untuk mempercepat pembangunan subsektorbioinformatik. Pengkomputeran grid akan diguna pakai sebagai kaedah untukmengurangkan kos pelaburan dalam R&D melalui perkongsian kemudahan.Sehubungan ini, fasa kedua Rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia(MyREN) akan dilaksanakan untuk meningkatkan jaringan antara pelbagai universitidan institusi penyelidikan serta industri dan rantaian antarabangsa bagimeningkatkan usaha kerjasama penyelidikan.Pembangunan Jenama Malaysia6.29 Usaha gigih akan diambil ke arah menjadikan Malaysia sebagai destinasipilihan bagi pelaburan dalam bioteknologi. Sehubungan ini, MBC akan memberikantumpuan kepada usaha untuk menarik pelaburan, meneroka peluang perkongsiandan menyokong usahawan bioteknologi tempatan mewujudkan perniagaan. Bagi174MUKASURATtujuan ini, jenama BioNexus akan dipromosi untuk memasarkan inisiatifbioteknologi Malaysia kepada pelabur dan rakan kongsi yang berpotensi. Bagimemperkukuh jenama ini, pakej insentif yang menarik akan ditawarkan kepadasyarikat tempatan dan asing yang berstatus BioNexus.