Bioteknologi Artikel

5
Bioteknologi: kelebihan dan ancamannya terhadap sarwajagat Posted: Disember 18, 2007 in think tank thought 48 Bioteknologi merupakan satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai segi, misalnya dalam bidang pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar. Pada abad ke 21 ini bioteknologi memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan, misalnya penggunaan cap jari DNA bagi mengesan penjenayah; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dari organisma diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen bagi mengubati penyakit yang diwarisi dan tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor pertanian. Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai bahan asas dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk. Dalam erti kata lain bioteknologi merupakan kajian sains mengenai benda hidup dengan menggunakan teknik atau proses teknologi untuk meningkatkan penghasilan sumber hidupan dan penghasilan pelbagai produk lain. Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu ‘biologi’ dan ‘teknologi’. Kamus Dewan mentakrifkan ‘biologi’ sebagai ilmu hayat atau benda-benda hidup. Sementara ‘teknologi’ itu pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi. Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi: “Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus.”

description

artikel

Transcript of Bioteknologi Artikel

Bioteknologi: kelebihan dan ancamannya terhadapsarwajagatPosted: Disember 18, 2007 inthink tank thought 48

Bioteknologi merupakan satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai segi, misalnya dalam bidang pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar. Padaabadke 21 ini bioteknologi memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan, misalnya penggunaan cap jari DNA bagi mengesan penjenayah; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dari organisma diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen bagi mengubati penyakit yang diwarisi dan tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor pertanian.Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai bahan asas dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk. Dalam erti kata lain bioteknologi merupakan kajian sains mengenai benda hidup dengan menggunakan teknik atau proses teknologi untuk meningkatkan penghasilan sumber hidupan dan penghasilan pelbagai produk lain.Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu biologi dan teknologi.Kamus Dewanmentakrifkan biologi sebagai ilmu hayat atau benda-benda hidup. Sementara teknologi itu pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi.Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi: Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus.Dalam sejarah tamadun manusia terawal sepertiMesirdanBabylondicatatkan bahawa masyarakat mereka telah menghasilkan minuman dan makanan seperti bir, roti dan keju. Namun pada masa itu, manusia tidak mengetahui bahawa proses untuk menghasilkan bahan-bahan tersebut merupakan suatu proses sains dipanggil bioteknologi. Apabila saintis sepertiMeischermenemuiDNAdalam nukleus sel dan James D. Watson sertaFrancis Crick(1953) mencadangkan bahawa DNA berbentuk heliks ganda dua, bidang bioteknologi telah berkembang dengan pesat.Sebelum 1970-an, istilah bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalamindustripemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifikBaratuntuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalampenyelidikanbiologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia.Bioteknologi terus mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu tanpa mengira agama, warna kulit dan cara hidup seseorang. Sama ada disedari atau tidak, kita telahpun menjadi pengguna kepada hasil bioteknologi itu. Terdapat 5,000 syarikat di seluruh dunia yang berasaskan bioteknologi dengan nilai pasaran mencecah RM2.8 trilion.Justeru, menyedari kepentingan bioteknologi dalam pembangunan dunia sejagat, kerajaanMalaysiatelah meletakkan bidanginisebagai salah satu bidang berkepentingan untuk dimajukan dalam Pelan RancanganMalaysiake-8.PerdanaMenteri, Datuk Seri AbdullahAhmad Badawipada 28 April 2005 telah melancarkanNegarayang menggariskan sembilan teras utama dalam membangunkan bidang bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru.Kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion untuk pembangunan bioteknologi manakala sektor awam dan swasta pula dijangka melabur sebanyak RM30 billion. Ini akan membuka ruang kepada bioteknologi menjadi antara penyumbang terbesar pendapatannegara.Kerajaan juga telah meletakkan sasaran sumbangan sebanyak 2.5 peratus daripada industri bioteknologi kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2010. Sumbangan industri bioteknologi kepada KDNK juga dijangka meningkat kepada empat peratus menjelang 2015 dan lima peratus pada 2020.Sejajar dengan itu, kerajaan akan membangunkanMalaysiaiaitu rangkaian pusat kecemerlangan terdiri daripada institusi terbaik dalam negara yang menawarkan subsektor khusus bioteknologi dengan permulaannya akan tertumpu kepada tiga pusat kecemerlangan iaitu bioteknologi pertanian diPenyelidikandan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Universiti Putra Malaysia (UPM); genomik dan biologi molekular diUniversiti Kebangsaan Malaysia(UKM), manakala pusat kecemerlangan bidang farmaseutikal dan nutraseutikal akan dibina di tapak asalBiodi Dengkil.Teras-teras yang digariskan dalam Dasar Bioteknologi Negara ialah:Ads by OffersWizard Pembangunan Bioteknologi Pertanian merubah dan memperluaskan nilai penciptaan dalam sektor pertanian melalui bioteknologi. Penubuhan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) yang berada di bawah seliaan Majlis Pelaksanaan Dasar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. MBC diletakkan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Pembangunan Bioteknologi dan Penjagaan Kesihatan Menggunakan kelebihan biodiversiti negara dengan melakukan penemuan komersial dalam pembangunan produk-produk asli, termasuk meletakkan Malaysia dalam peta pasaran bi-generik. Pembangunan Bioteknologi Perindustrian Memastikan pertumbuhan peluang-peluang dalam aplikasi pemprosesan bio-termaju dan teknologi bio-pembuatan. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pengambilalihan teknologi Menubuhkan pusat kecemerlangan, dalam institusi sedia ada atau baru dengan mengadakan kerjasama antara kumpulan penyelidikan pelbagai bidang. Pembangunan sumber tenaga Membina kemampuan sumber tenaga bioteknologi negara bagi memenuhi keperluan pasaran melalui pelbagai skim khas, program dan latihan. Pembangunan prasarana kewangan Menawarkan dana makmal ke pasaran yang kompetitif dan insentif untuk menggalakkan penglibatan ahli akademik, sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Pembangunan kerangka kerja peraturan dan perundangan Mewujudkan persekitaran kondusif melalui penyemakan kerangka kerja prosedur dan perundangan secara berterusan selaras dengan standard dan amalan global. Membangunkan regim perlindungan harta intelek yang mampu menyokong aktiviti R&D dan pengkomersialan. Kedudukan strategik mewujudkan strategi pemasaran global untuk membina jenama bioteknologi Malaysia yang diiktiraf.Jika rancangan iniberjaya, industri bioteknologi negara dijangka mampu mewujudkan 280,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 selain meningkatkan imej pertanian negara sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama yang tinggal diluarbandar.Walaupun demikian, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi terutamanya dari segi status halal haram dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusiawi dan alam. Menerusi kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam.Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja antara spesis tetapi juga antara manusia, haiwan dan tumbuhan mendatangkan risikoseriusserta ibarat meletakkan manusia sebagai tikus makmal.Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan merebak tanpa sempadan. Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, pencemaran genetik tidak dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke generasi (Mohideen Abdul Kader, A guide to Genetically-modified Foods in Malaysia).Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagaiMolekul, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia. Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintisBritishtelah mempelopori kajian mengenai kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji.Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett Tesearch Institute selepas melahirkan kegusarannya kepada media.Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan.Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan makanan tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum ditarik balik dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Administration (FDA).Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain.Selain kesannya terhadap kesihatan dan alam, makanan yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi ini juga tidak terlepas daripada isu halal haramnya. Surah al-Baqarah ayat 172 bermaksud, Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar menyembah hanya kepada-Nya.Al Quran dan Sunnah memandang soal halal haram makanan ini sebagai suatu yang besar yang mana mampu memberi kesan terhadap kehidupan di dunia dan di akhirat. Menurut perkiraan Islam, soal halal haram makanan akhir yang diambil bergantung juga dengan persoalan asas bagaimana ia dihasilkan, dari mana ia dihasilkan dan siapa yang menghasilkannya.Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu. (al-Baqarah: 168).