Bismilahirahmanirahim (Yb)2

3
TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATUK HJ. JOHAN BIN ABDUL AZIZ BISMILAHIRAHMANIRAHIM Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia. Yang berusaha Encik Razak Bin Said, Guru Besar SK Kg. Rinching, Yang dihormati Tuan Hj Shamsudin b. Md Yassin, Yang Dipertua PIBG SK Kg. Rinching, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru, AJK PIBG, Para ibu bapa serta murid-murid yang diraikan sekalian. Bersyukur kita kerana pada pagi yang mulia ini dapat kita bersama-sama menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SK Kampong Rinching bagi tahun 2014. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan di sekolah demi kepentingan murid-murid. Walau apa pun nama yang diberi untuk majlis seperti ini, yang pasti Majlis Anugerah Cemerlang merupakan satu majlis khas untuk meraikan murid-murid yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik khususnya pada peringkat UPSR. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada murid-murid cemerlang SK Kg. Rinching. Saya amat percaya bagi melahirkan murid-murid yang cemerlang, banyak agenda dan usaha yang telah direncanakan oleh pihak sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk mencapai hala tuju yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sasaran untuk membawa pendidikan negara mencapai standard pendidikan berkualiti di peringkat antarabangsa perlu digalas semua pihak. Pelbagai program diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran seperti

description

TEKS UCAPAN

Transcript of Bismilahirahmanirahim (Yb)2

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATUK HJ. JOHAN BIN ABDUL AZIZ

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.

Yang berusaha Encik Razak Bin Said, Guru Besar SK Kg. Rinching,

Yang dihormati Tuan Hj Shamsudin b. Md Yassin, Yang Dipertua PIBG SK Kg. Rinching,

Guru-guru Penolong Kanan,

Guru-guru,

AJK PIBG,

Para ibu bapa serta murid-murid yang diraikan sekalian.

Bersyukur kita kerana pada pagi yang mulia ini dapat kita bersama-sama menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SK Kampong Rinching bagi tahun 2014. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan di sekolah demi kepentingan murid-murid. Walau apa pun nama yang diberi untuk majlis seperti ini, yang pasti Majlis Anugerah Cemerlang merupakan satu majlis khas untuk meraikan murid-murid yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik khususnya pada peringkat UPSR. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada murid-murid cemerlang SK Kg. Rinching.

Saya amat percaya bagi melahirkan murid-murid yang cemerlang, banyak agenda dan usaha yang telah direncanakan oleh pihak sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk mencapai hala tuju yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sasaran untuk membawa pendidikan negara mencapai standard pendidikan berkualiti di peringkat antarabangsa perlu digalas semua pihak. Pelbagai program diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran seperti Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai platform untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak serta menggalakkan penglibatan komuniti dengan sekolah. Inisiatif ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dimana salah satu daripada 11 anjakan iaitu menyediakan pendidikan berkualiti dengan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.Hadirin yang dihormati,

Usaha menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut amat penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21. Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah berlaku secara semula jadi. Namun, dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak. Sepatutnya, ibu bapa menitikberatkan soal pembelajaran anak-anak secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah.Kepada para pendidik pula, orang ramai terutama ibu bapa sentiasa mengukur pencapaian anda berdasarkan standard kualiti yang telah anda janjikan. Anda jangan cepat berasa puas dengan pencapaian anda pada hari ini. Sebagai seorang pendidik, anda mesti sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan agar perkhidmatan pendidikan akan menjadi contoh kepada perkhidmatan yang lain. Seperti yang kita semua sedia maklum, murid-murid merupakan tiang negara dan bakal pemimpin negara. Jadi asuhan, bimbingan dan dorongan dari segi semua aspek kehidupan dari peringkat awal lagi adalah amat penting. Pencapaian mereka dari segi akademik sahaja tidak memadai. Malahan pembangunan dan perkembangan yang tinggi dalam aspek keperibadian dan sahsiah diri juga adalah perlu diberi perhatian yang sama berat.Hadirin Sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran era baru yang menuntut supaya kita sentiasa bersedia meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan.Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, tahniah sekali lagi buat para penerima anugerah, guru-guru yang berdedikasi dan para ibu bapa yang penuh komited menyokong kecemerlangan anak-anak. Terima kasih sekali lagi kerana sudi mengundang saya ke majlis yang penuh bermakna ini. Dengan lafaz Bismilahirahmanirahim, saya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Kampong Rincing bagi tahun 2014.

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.