Bismillah Dengan Nama Allah Lagi Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

3
Bismillah dengan nama Allah lagi maha pemurah lagi maha pengasih. Saya panjatkan kesyukuran kepada mu Ya Allah kerana memberi kesempatan waktu, peluang & ruang menyertai Misi Bakti Kemboja 2.0 2015. Saya pada mulanya ragu-ragu untuk menyertai misi ini kerana saya ini merupakan pengalaman pertama kali buat diri saya. Benda yang paling saya takuti adalah apabila diberitahu semua lelaki kena sembelih lembu. "Habis la aku lepas ni sembelih ayam pun tak pernah ni sembelih lembu". Abang habib cakap misi tahun lepas ada juga orang yang tak sembelih. Tahun ini dia cakap semua orang kena sembelih. Isu yang saya pilih untuk Misi Bakti Kemboja 2.0 2015 adalah sembelih. Sepanjang saya di sana saya dapat menimba pelbagai pengalaman. Lembu-lembu di sana ada yang kurus dan ada yang berisi. Kampung pertama yang saya pergi lembu-lembunya semua yang jenis kurus- kurus. Di kampung pertama selepas beberapa orang sudah sembelih saya diberi peluang untuk sembelih lembu yang ketiga. Melihat reaksi saya pada ketika itu memang tak tahu nak luahkan macam mana. Pada awalnya saya diberi amanah untuk pegang banner di belakang lembu tersebut pun saya sudah meremang. Tetapi setelah beberapa kali di beri peluang untuk mengusap dan mendekati lembu secara dekat. Saya sudah mulai mempunyai keyakinan. Jadi saya pun di beri kepercayaan oleh abang-abang senior yang lain untuk menyembelih lembu. Pada masa itu abang faiz menerangkan pada man bagaimana kaedah untuk menyembelih lembu.

description

travelog kemboja

Transcript of Bismillah Dengan Nama Allah Lagi Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Page 1: Bismillah Dengan Nama Allah Lagi Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Bismillah dengan nama Allah lagi maha pemurah lagi maha pengasih. Saya panjatkan

kesyukuran kepada mu Ya Allah kerana memberi kesempatan waktu, peluang & ruang

menyertai Misi Bakti Kemboja 2.0 2015. Saya pada mulanya ragu-ragu untuk menyertai misi ini

kerana saya ini merupakan pengalaman pertama kali buat diri saya. Benda yang paling saya

takuti adalah apabila diberitahu semua lelaki kena sembelih lembu. "Habis la aku lepas ni

sembelih ayam pun tak pernah ni sembelih lembu". Abang habib cakap misi tahun lepas ada

juga orang yang tak sembelih. Tahun ini dia cakap semua orang kena sembelih.

Isu yang saya pilih untuk Misi Bakti Kemboja 2.0 2015 adalah sembelih. Sepanjang saya

di sana saya dapat menimba pelbagai pengalaman. Lembu-lembu di sana ada yang kurus dan

ada yang berisi. Kampung pertama yang saya pergi lembu-lembunya semua yang jenis kurus-

kurus. Di kampung pertama selepas beberapa orang sudah sembelih saya diberi peluang untuk

sembelih lembu yang ketiga. Melihat reaksi saya pada ketika itu memang tak tahu nak luahkan

macam mana. Pada awalnya saya diberi amanah untuk pegang banner di belakang lembu

tersebut pun saya sudah meremang.

Tetapi setelah beberapa kali di beri peluang untuk mengusap dan mendekati lembu

secara dekat. Saya sudah mulai mempunyai keyakinan. Jadi saya pun di beri kepercayaan oleh

abang-abang senior yang lain untuk menyembelih lembu. Pada masa itu abang faiz

menerangkan pada man bagaimana kaedah untuk menyembelih lembu.

Bismillah Allahuakbar, kalimah itu lah yang membuat kan saya meremang satu badan.

Terpercik darah pada kedua-dua belah tangan man. Di muka juga terpercik darah lembu.

Setelah itu man pun pergi basuh pisau dan tangan man yang di penuhi oleh darah lembu tadi.

Itu lah merupakan pengalaman man yang pertama menyembelih haiwan secara halal. Sebelum

ini tidak pernah pun man sembelih ayam atau burung puyuh ini kan pula sembelih lembu.

Page 2: Bismillah Dengan Nama Allah Lagi Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Berikut di kampung sebelah man di beri sekali lagi peluang untuk sembelih lembu seekor.

Melihat keadaan lembu di kampung sebelah ini agak agresif membuatkan man rasa cuak. Ada

juga lembu yang terlepas sebelum di sembelih. Namun man berjaya juga sembelih lembu yang

kedua walaupun pada mulanya agak takut-takut. Lembu yang kedua ini lembu keluarga man.

Jadi man harap korban yang man dan keluarga di terima oleh Allah s.w.t. Bagi menghilangkan

rasa penat sembelih lembu. Man,Abang Apai, Abang Zahidan, Daus dan abang Faiz pergi ke

rumah kampung di belakang tempat kami sembelih lembu untuk membersihkan badan.

Ternyata suasana di situ memang mengasyikkan dan rasa macam tak nak balik jer.

Kami berlima mandi ramai-ramai di kawasan telaga. Air dia memang begitu sejuk sekali. Kalau

diberi peluang sekali lagi saya akan pergi lagi ke sana. Insyallah!