Bloom

14
TAKSONOMI DAN DOMAIN TAKSONOMI BLOOM -Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif- objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. - Terdapat tiga domain utama yang menjadi tujuan pendidikan sebenar iaitu: I Domain Kognitif II Domain Afektif III Domain Psikomotor Domain Kognitif - Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran. - Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan- bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif. - Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman. - Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini. Domain Afektif - Menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah penerimaan atau penolakan. - Berubah-ubah daripada perhatian biasa terhadap fenomena yang tertentu hinggalah kepada ciri-ciri dalaman bagi perwatakan dan suara hati yang konsisten tetapi kompleks. - Dinyatakan di dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat, sikap, apresiasi, nilai, dan set emosi atau bias (bayangan perasaan). Domain Psikomotor - Menekankan kemahiran otot atau motor, beberapa pengendalian bahan dan objek yang dimanipulasi atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi otot saraf. - Dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Kesimpulan - Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar. - Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar. - Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar. KONSEP TAKSONOMI BLOOM - Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. - Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). - Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. ARAS TAKSONOMI BLOOM Menurut Benjamin S.Bloom aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap iaitu :- 1. Pengetahuan 2. Kefahaman 3. Aplikasi 4. Analisis 5. Sintesis 6. Penilaian Pengetahuan - menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi,

Transcript of Bloom

Page 1: Bloom

TAKSONOMI DAN DOMAIN

TAKSONOMI BLOOM-Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.- Terdapat tiga domain utama yang menjadi tujuan pendidikan sebenar iaitu:I Domain KognitifII Domain AfektifIII Domain Psikomotor

Domain Kognitif- Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.- Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif. - Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.- Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.

Domain Afektif- Menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah penerimaan atau penolakan.- Berubah-ubah daripada perhatian biasa terhadap fenomena yang tertentu hinggalah kepada ciri-ciri dalaman bagi perwatakan dan suara hati yang konsisten tetapi kompleks.- Dinyatakan di dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat, sikap, apresiasi, nilai, dan set emosi atau bias (bayangan perasaan).

Domain Psikomotor- Menekankan kemahiran otot atau motor, beberapa pengendalian bahan dan objek yang dimanipulasi atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi otot saraf. - Dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

Kesimpulan- Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.- Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.- Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

KONSEP TAKSONOMI BLOOM- Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.- Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).- Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

ARAS TAKSONOMI BLOOMMenurut Benjamin S.Bloom aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap iaitu :-

Page 2: Bloom

1. Pengetahuan2. Kefahaman3. Aplikasi4. Analisis5. Sintesis6. Penilaian

Pengetahuan- menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari. - Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya. - Contoh soalan :-- Pelancong Barat lebih suka……………..di bawah matahari. A. dijemurB. berjemurC. berjemurD. menjemur

Kefahaman- Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.- Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai. - Contoh soalan :-- Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah :- “ Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit.”A. Ke manakah Fahrin pergi?B. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital?C. Siapakah yang pergi ke hospital?D. Fahrin berada di hospital?

Aplikasi- Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah. - Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya. - Contoh soalan:-- “ Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian.”Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringan pakaian itu?i. Sejuk iii. mendungii. Berangin iv. PanasA. i dan ii sahajaB. i dan iii sahajaC. ii dan iv sahajaD. iii dan iv sahaja

Analisis - Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan

Page 3: Bloom

faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.- Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya. - Contoh soalan:-(a) Bezakan maksud ‘bersama’ dengan ‘bersama-sama’.(b) Bandingkan kelebihan belajar di dalam negara dengan luar negara.

Sintesis- Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi. - Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya. - Contoh soalan:-Gubahkan serangkap pantun yang berunsurkan nasihat. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Penilaian- Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Contoh soalan :-Berikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga alam sekitar.…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………TAKSONOMI KRATHWOHL- Diasaskan oleh, David R. Krathwohl- Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.- Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL

PerwatakanOrganisasiPenilaian

Page 4: Bloom

Gerak balasPenerimaan

Penerimaan- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian .

Gerak balas- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

Penilaian- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

Organisasi- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

Perwatakan- Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

PENGERTIAN KONSEP PENTAFSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENTAFSIRANSatu proses untuk mendapatkan maklumat dan penghakiman tentang produk pendidikan.Proses-langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.Maklumat- bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditafsir.Produk-pengetahuan, kemahiran, nilai yang pelajar perolehi melalui proses pendidikan.Penghakiman- proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.

Page 5: Bloom

Konteks pendidikanü Satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.ü Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, aktiviti dijalankan semasa p&p, aktiviti dijalankan secara berterusan dan aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

PENGUJIANPengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach (1970), “Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa: “Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkanoleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”. (Raminah1991:2).

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

PENILAIANPenilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “proses delineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan”.

Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang

Page 6: Bloom

telah ditetapkan itu telah tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan ataukeputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)-Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian khususnya dalam proses p&p-Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukanPembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai

Jadual Penentuan Ujian (JPU)-Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU)-Satu blue print ujian / test specification-Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran-Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran

Page 7: Bloom

merupakan taksonomi penguasaan-Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian-Membantu penggubal membina item soalan

Tujuan JPU-Ujian tidak dibina secara sembarangan-Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian-Panduan kepada penggubal soalan-Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa-Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang

Siapa yang membuat JPU-Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran-Guru-guru yang mengajar mata pelajaran

Ciri-ciri Utama JPU-Ada tajuk yang hendak diuji-Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji-Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jenis kemahiran yang diuji-Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian-Merangka secara nyata bidang yang akan diuji

Langkah-langkah Pembinaan JPU-Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji-Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran-Bina carta dua hala-Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran-Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid-Semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektif kurikulum

DIMENSI DALAM JPUKandungan ujian – berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi :i – skop atau kedalamannya ii – bilangan item untuk setiap tajuk iii – wajaran

Kemahiran – meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi Bloom)Jenis dan jumlah item – berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras kesukaran

Wajaran – peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi

Page 8: Bloom

setiap tajuk.Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat ‘representative’ kurikulum sekolah. Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir semester dan ujian akhir tahun

PEMBINAAN UJIANJenis Item Ujian Ujian objektif

Ujian subjektif / esei

Item Ujian ObjektifCalon dibekalkan dengan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak balas dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepatJawapan pendek berbentuk perkataan, angka atau frasa.Hanya satu jawapan yang betulMengikut Gronlund ujian terbahagi kepada item yang memerlukan calon membuat pilihan yang diberi dan memberi jawapan yang diperlukan

Jenis-jenis item ujian objektif Item pilihan jawapan bebasItem pilihan jawapan tetap

Item pilihan jawapan bebas

Page 9: Bloom

Memerlukan murid memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikanSoalan boleh berbentuk soalan atau pernyataan tergantungSoalan berbentuk item jawapan pendek atau item melengkapkanArahan yang diberi seperti isikan tempat kosong dengan … lenkapkan pernyataan berikut

contohItem jawapan pendeki. Tuliskan dengan perkataan nombor 23ii. siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan menunaikan solat Jumaat?i. ____________Item jawapan melengkapkani. Haiwan yang memakan daging dinamakan __________ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikuta. Johor __________b. Perlis __________

Item pilihan Jawapan TetapItem betul/salahItem memadankanItem pengelasanItem susun semulaItem aneka pilihan

Item Aneka PilihanBentuk soalanAyat tidak lengkapJenis jawapan terbaikJenis negatifInterpretifCantumanSoalan Objektif Aneka PilihanMengandungi dua bahagian- Stem – pokok soalan / tugasan soalan- Opsyen - pilihan jawapan yg diberiPilihan mengandungi :Kunci – jawapan yang betulPengganggu (distracktor) – bukan jawapanCon: Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui prosesA pemeluwapanB penyulinganC pendidihanD elektrolsisAir boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses – stemA,B,C,dan D – opsyenA,B, dan C – penggangguD - jawapanStem SoalanMungkin dalam bentuk soalan atau ayat tidak lengkapJelas tugasan yang diperlukan/yang perlu dijawab oleh calon

Page 10: Bloom

Tidak mengandungi sebarang bayangan (clues) jawapanTidak mengandungi maklumat yang tidak berkaitan dengan tugasan soalan

Opsyen, Pengganggu dan KunciPilihan jawapan sama dengan stem soalanTiap pengganggu mempunyai hubungan atau seragamElakan memberi bayanganElakan guna perkataan seperti semua di atas, tiada satu punElak mengulang maklumat yang samaPastikan satu sahaja jawapanSusun kunci secara rawak dan bilangan seimbang untuk tentukan A,B,C/D

Jenis soalan Aneka pilihan -Bentuk soalanSetiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan jawapan hanya satu daripada pilihan itu betulContoh:Apakah alat yang digunakan untuk menentukan pH tanah?A AmmeterB VoltmeterC Meter pHD Multi meter

Ayat tidak lengkapSetiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yang betul.Contoh :Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British memberi kesan terhadapA kemasukan buruh asing beramai-ramaiB industri membuat kereta berkembang pesatC migrasi penduduk dari luar bandar ke badarD industri perlombongan bijih timah berkembang pesat

Jenis Jawapan TerbaikSetiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua pilihan ada kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaja pilihan yang paling tepat atau terbaikContoh:Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut mempunyai unsur keobjektifan yang tinggi?A. Memeriksa soalan demi soalanB Menanda kertas jawapan dengan berhati-hatiC memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapanD Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah

Soalan Item NegatifKesemua pilihan adalah betul keuali satu yang salah. Yang salah inilah yang tidak dikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti ‘kecuali’, ‘yang tidak benar’, ‘bukan’, dan ‘tidak’Contoh:Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut kecualiA sesuai digunakan untuk ujian sumatif

Page 11: Bloom

B dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggiC jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan objektifD boleh menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman dengan berkesan

Soalan Item InterpretifSoalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar rajah, jadual, graf atau petikan karanganContoh:Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepadaA internetB perdaganganC telekomunikasiD pengangkutan

Jenis Cantuman/GabunganSoalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betulContoh:Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu?I. JongII. RakitIII. PerahuIV. Kapal layarA. I, II dan IIIB I, II dan IVC I, III dan IVD II, III dan IV

Cara Menulis item Aneka PilihanPokok soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat tidak lengkapSoalan hendaklah ringkas tetapi padatPilihan jawapan juga perlu ringkasPilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang samaPilihan jawapan tidak bertindih atau diulangElakkan daripada menggunakan pilihan jawapan, semua di atas, tiada satu pun yg betulPokok soalan tidak membayangkan jawapan

Aras Item ObjektifItem-item objektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbezaMengikut Bloom Teksonomi ada 6 aras, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintisis dan penilaian

Item Aras PengetahuanSoalan yang menguji kebolehan calon mengingat semula fakta, istilah, konsep dsbSoalan berbentuk mudah spt apa, siapa, di mana, labelkan, dan bilaCon: Bilakah Malaysia merdeka?(A) 1957

Page 12: Bloom

(B) 1964(C) 1967(D) 1969

Item Aras KefahamanMenguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta atau konsep atau prinsipBentuk soalan seperti asingkan, terangkan, bezakanCon: Pokok padi tidak mati walaupun akarnya tenggelam dalam air kerana(A) akarnya panjang(B) batangnya lembut(C) pokoknya ada pelampung(D) ada ruang udara dalam batangnya Item Aras Aplikasi Menguji kebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asasBentuk soalan seperti kirakan, gunakan, selesaian dsbCon: Hakim mempunyai wang sebanyak RM10.00, bapa saudara m emberinya RM 2.00, manakala kakaknya memberinya RM5.00. Cari jumlah wang Hakim.

(A) RM17.00(B) RM19.00(C) RM 21.00(D) RM 23.00

Item Aras AnalisisMenguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea besar kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubunganBentuk soalan seperti bezakan, hubungkan dsbnyaCon: Semasa tumbuhan hijau melakukan proses fotosintis apakah bahan yang diperlukan

A air dan cahayaB air dan karbon dioksidaC air, oksigen dan cahayaD air, karbon dioksida dan cahaya

Item Aras Sintesis Menguji kebolehan calon untuk menggabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat satu rumusan.Con: Dalam satu eksperimen, seketul batu kapur dimasukkan ke dalam bikar yang mengandungi asid. Gas yang terhasil boleh memadamkan api. Gas itu terdiri daripada gas

(A) oksigen(B) hidrogen(C) nitrogen(D) karbon dioksida

Item Aras Penilaian Menguji kebolehancalon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.

Page 13: Bloom

Con : Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan murid-murid ialah

(A) merujuk setiap kes salah laku kepada guru disiplin(B) meletakan seorang pegawai polis di setiap sekolah(C) mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes salah laku(D) memupuk nilai-nilai murni serta menekankan khidmat bimbingan dan kaunseling

Ujian Esei/SubjektifSoalan yang memerlukan calon memberi tindak balas sama ada lisan/bertulisTindak balas berbentuk terhad atau lanjutanMemerlukan calon menulis jawapan berbentuk satu ayat, perenggan (terhad) atau esei penuh (lanjutan)

Jenis soalan subjektifJawapan pendekSoalan berstrukturSoalan esei

Soalan pendek/respon terhadTerhad apa yang harus dijawabContoh soalan- senaraikan lima komponen utama …- nyatakan tiga kelebihan …- apakah definisi … mengikut …?

Soalan Esei Tindak Balas LanjutanMembolehkan calon memilih, menyusun dan menyampaikan jawapan yang difikir kan sesuaiSoalan jenis ini dapat menguji kebolehan calon mengemukan pendapat, idea dan membuat penilaian secara bebasSoalan ini dapat menguji peringkat kem. Soalan yang lebih tinggi seperti aras sintisis, analisis dan penilaianContoh; Huraikan peranan sektor swasta dalam usaha memajukan ekonomi negara .Cth: ” Sejauhmanakah anda setuju dengan kenyataan kenaikan harga minyak boleh menyebabkan inflasi ” Aras Item SubjektifMengingat semulaCon: Berikan definisi …Siapakah …Apakah …FahamanCon: Bandingkan …Huraikan …Apakah tujuan … AplikasiCon: Bagaimanakah …Terangkan cara …AnalisisCon: Mengapakah / apakah punca …Terangkan sejauh mana …

Page 14: Bloom

SintesisCon: JelaskanBerdasarkan, huraikan

PenilaianCon: Nilaikan ideaMengikut …, apakah pendapat anda

Panduan Menulis Soalan EseiTetapkan dahulu tugasan soalan yang hendak dibinaMulakan setiap tugasan dengan perkata an seperti: huraikan, bandingkan dsbTentukan setiap tugasan soalan jelas dan tidak mengelirukanSebaiknya soalan dapat membezakan calon yang benar-benar belajar dapat faedah

kesimpulanJPU perlu disediakan oleh guru bila ingin membuat satu-satu ujian untuk menentu kan sama ada ujian itu sah atau boleh dipercayaiPembinaan item soalan yang teliti mengelakan keputusan ujian yang diraguiSetiap guru yang mengajar dalam satu- satu mata pelajaran perlu bertanggung jawab memastikan pencapian murid setara dengan apa yang diharapkan

JENIS PENILAIAN BAHASA

UJIAN FORMATIFmerupakan penilaian yang dibuat secara berterusan-sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

Contoh: soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan.

TUJUANMengesan masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.Mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajaran.Pelajar mengetahui kelemahan mereka.Guru dan pelajar dapat mengubah kaedah p&p-tingkatkan pencapaian dalam peperiksaan.

PROSEDUR UJIAN FORMATIFMenentukan tajuk pengajaranü Guru tentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan dalam satu tahun.ü Susun tajuk pengajaran mengikut peringkat kesukaran.ü Bagi tajuk yang luas, pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil.ü Sebelum beralih ke tajuk lain, guru perlu adakan ujian formatif-nilai penguasaan pelajar bagi tajuk yg telah diajar.

Menentukan aspek dan tahap penguasaanü Guru tentukan aspek-aspek tertentu bagi setiap tajuk pengajaran yang perlu dikuasai pelajar.ü Kemudian,guru perlu tentukan tahap penguasaan pelajar terhadap aspek tersebut.ü Misalnya, apabila 80%-90% pelajar sudah dapat menguasai sesuatu tajuk, ini

Page 15: Bloom

bermakna mereka sudah menguasai tajuk itu.

Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajukü Guru perlu susun elemen-elemen yang terdapat dalam setiap tajuk pengajaran pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran.ü Guru seterusnya mengaitkan semua elemen tersebut agar ia saling bertautan dan tidak berpisah.

Membina soalan ujianü Setiap elemen tadi harus diuji kepada setiap pelajar sekurang-kurangnya 1 soalan.ü Soalan ujian yg sesuai perlu dibina utk ukur penguasaan pelajar terhadap elemen ini.

Mencadangkan tindakan susulanü Selepas ujian dibuat, tindakan susulan perlu dibuat berdasarkan keputusan ujian ini.ü Jika pelajar masih lemah dalam sesuatu tajuk sebagai tindakan susulan, guru perlu ulang semula atau ubah pendekatan pengajaran

UJIAN SUMATIFv Penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal atau akhir tahun).v Bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun serta keberkesanan sesuatu kurikulum.Contoh :- Penilaian akhir tahun, peperiksaan percubaan UPSR dan PMR

TUJUAN¡ Memberikan gred kepada pelajar – membuat perbandingan pencapaian di kalangan pelajar.

¡ Sebagai petunjuk sama ada pelajar berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak.

LANGKAH – LANGKAH PELAKSANAANMembentuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

ü Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap tentang tajuk pengajaran,objektif pengajaran dan bilangan pengajaranü Memastikan keesahan ujian dari segi cakupan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran yang ingin disampaikan

2. Membina Soalanü Soalan dibina berdasarkan kepada JSU dan haruslah menguji objektif pengajaran yang telah ditetapkanü Kertas soalan perlu mengandungi arahan yang jelas tentang bilangan soalan yang perlu dijawab

3. Mengumpulan Soalan Secara Sistematikü Soalan perlu dikumpul mengikut bentuknya seperti soalan objektif diasingkan daripada soalan mengisi tempat kosong.ü Soalan ini juga disusun mengikut tajuk atau kesukarannya

4. Menguji Soalan Melalui Kajian Rintis

Page 16: Bloom

ü Mengkaji kesesuaian soalan kepada sampel pelajar dan membaiki soalan-soalan bagi memastikan ujian mempunyai keesahan yang tinggi.ü Aras kesukaran dan daya diskriminasi soalan perlu juga dikira

Menyiapkan Skema Pemarkahanü Skema ini terdiri daripada jawapan kepada soalan ujian dan markahnya.ü Menjadi panduan semasa memeriksa jawapanü Menyelaras pemarkahan supaya tidak berlaku ketidakadilan dalam pemberian markah

UJIAN BAKATØ Ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar.

Ø Terbahagi kepada 2 kumpulan;i. Ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-besaranii. Ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan tertentu

UJIAN PENCAPAIANü Ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang diajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan, pengalaman dan aplikasi.ü Menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baruü Mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk yang diuji

Tujuanü Memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.ü Memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya.ü Mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya

¡ Terbahagi kepada 2 jenis iaitu ujian rujukan norma dan ujian kriteria¡ Ujian Rujukan Norma – membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar lain ( UPSR).¡ Ujian Rujukan Kriteria – membandingkan pencapaian pelajar dengan beberapa kriteria tertentu seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk pecahan