Bm 1 Percubaan 2015

25
JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR UJIAN PERCUBAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2015 011 - BAHASA MELAYU PEMAHAMAN Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh EMPAT pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. SULIT 011 Bahasa Melayu 2010 50 minit

description

BM Percubaan 1

Transcript of Bm 1 Percubaan 2015

PAGE 18SULIT 011

JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR

UJIAN PERCUBAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2015

011 - BAHASA MELAYUPEMAHAMANLima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh EMPAT pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak.

Lihat sebelah

011 SULIT

Soalan 1 - 19Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 Ameng melarang Kumar________________sarang tebuan di atas pokok itu.

Amenguis

Bmengait

Cmemetik Dmenjolok

2Semua murid Tahun Enam Seroja akan menyertai rombongan ke Pulau Langkawi. ___________akan bertolak pada pukul 8.00 pagi.

AMereka BKami

C Kita

DDia

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.3Mutalib sedang_____________segulung tikar ketika mengharungi banjir yang melanda kampungnya.A mengelekB membimbitC mengandar

D menjunjung

4 Program Kecemerlangan UPSR 2010 dihadiri oleh semua murid tahun enam__________ Mei Hua.

Atetapi

Bkecuali

Cmeskipun

Dmanakala

5Pasukan Laksamana lebih hebat______________Pasukan Syahbandar dalam acara

balapan semasa temasya sukan sekolah baru-baru ini.

A dari

B akan

C hingga

D daripada

6Ikan masin yang baru dibeli oleh ibu di pasar tani berbau __________.

Aharing

Bhanyir

Chapak

Dhamis

7Kamu ________ bimbang jika mendapat markah yang rendah dalam Ujian Percubaan UPSR , kata Cikgu Razaha kepada Asyraf.

A tolong

B minta

C usahD sila

8Cikgu Hamizan _________ melanjutkan pelajaran ke luar negara pada hujung tahun ini.

Atelah

Bakan

CmasihDsedang

9Zakiah___________layak menerima anugerah sebagai Tokoh Murid sempena

Hari Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan.

Abenar

Bpaling

Csekali

D sungguh

10______________daripada hasil tangkapan ikan itu dibahagi sama rata kepada Pak Hassan dan Tauke Lim.ASesetengahBSekalianC SeparuhD Segala

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11Doktor Hazizul sedang __________________Sazali untuk memastikan tahap kesihatannya dalam keadaan baik.ApemeriksaBmemeriksaC pemeriksaanDmemeriksakan

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah

12131415161718192021Pak cik, sila duduk di ___________ kakak saya ,kata Faisal kepada lelaki tua itu. A tengah

B sebelah

C hadapanD belakangBeberapa _________________ tanah Pak Harun sedang dibersihkan oleh pekerjanya menggunakan sebuah jentolak.

A deret

B petak

C relung

D kajang

Ayah menghadiahi ibu se ___________ kalung mutiara dan se__________ cincin yang dibeli semasa berkunjung ke Sabah.

A urat butir

B untai butir

C urat bentuk

D untai bentuk

Penduduk Kampung Tualang telah ________________ untuk bergotong - royong membina surau baharu di kampung itu.

A bulat kata

B bulat hati

C ikut kataD ada hatiAmira _________________ ketika menunggu keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR yang akan diumumkan oleh guru kelasnya.

A berdenyut - denyut

B berdegup - degup.

C berdetap - detap

D berdebar-debar

Empangan Batu yang terletak di negeri Selangor _________________

kerana musim kemarau melanda sejak lima bulan yang lalu.

A kering - kontang

B pontang - pantingC limpah - ruahD licin - licauPasukan pengakap itu ditugaskan untuk mendirikan khemah. ___________________, mereka juga diminta mencari kayu api di hutan yang berhampiran.A Di samping itu

B Namun begitu

C Oleh sebab itu

D Lantaran itu

Pekerja dari Kementerian Kesihatan telah_____________setiap rumah di kawasan itu dengan ubat untuk mengelak pembiakan nyamuk Aedes.

A meniup

B mengepam

C menyembur

D menyiramSekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia telah menemukan bunga Raflesia yang aneh di Hutan Simpan Belum .

Pilih perkataan seerti bagi aneh.

A unik

B pelik

C janggal

D istimewa

Saiful berasa teruja kerana berpeluang mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Nuang pada minggu hadapan.

Pilih perkataan berlawan bagi teruja.

A cuak

B ceria

C sedihD bosan

Soalan 22 - 23

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.2223

I Anyaman tikar mengkuang yang dibuat oleh Mak Lijah amat halus buatannya.

II Pertuturan Cik Azita begitu halus bunyinya membuatkan Adi tertawan.

III Gula halus itu dicampur dengan telur untuk dijadikan adunan kuih donat.

IV Kasutnya menjadi halus kerana telah lama dipakai.A I dan II sahaja

B I dan III sahaja

C I, II dan III sahaja

D I, III, dan IV sahaja

I Hujan lebat telah menyebabkan rumah di kampung itu ditenggelami air.

II Bulu kucing kesayangan Amir itu sungguh lebat dan panjang.

III Pokok mangga di halaman rumah nenek berbuah dengan lebat pada tahun ini.

IV Ranting-ranting pokok yang rendang itu sungguh lebat.A I dan II sahaja

B II dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D I, III, dan IV sahaja

Soalan 24Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

24Fauziah berasa gembira kerana telah terpilih sebagai pemain terbaik dalam perlawanan bola jaring.

A Perlukan Fauziah berasa gembira?

B Mengapakah Fauziah berasa gembira?

C Bagaimanakah Fauziah boleh berasa gembira?

D Adakah Fauziah berasa gembira menjadi pemain terbaik?

Soalan 25

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.25Mengapakah Puan Halimah dan Encik Hakim tidak turun ke sawah hari ini?

A Ya. Puan Halimah dan Encik Hakim tidak turun ke sawah hari ini.

B Bukan Puan Halimah dan Encik Hakim yang turun ke sawah hari ini .

C Puan Halimah dan Encik Hakim memang tidak suka turun ke sawah. D Puan Halimah dan Encik Hakim tidak turun ke sawah hari ini kerana hujan lebat.

Soalan 26 - 27Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.26Para pemain sedang giat menjalani latihan untuk membina kecergasan.

A Latihan itu giat dijalani oleh para pemain untuk mencergaskan badan.B Para pemain perlu giat membina kecergasan dan menjalani latihan .

C Latihan yang giat dapat menjamin pemain membina kecergasanD Kecergasan untuk pemain-pemain perlu dijalankan secara giat.

27 Saya minum bersama-sama Karim pagi tadi, kata Razali kepada Aziz.

A Aziz memberitahu Karim bahawa dia sudah minum pagi tadi.

B Razali memberitahu Aziz yang dia minum dengan Karim pagi tadi.C Setelah membertahu Aziz, Razali keluar minum dengan Karim pagi tadi .

D Razali memberitahu Aziz bahawa dia telah minum bersama-sama Karim pagi tadi.

Soalan 28 - 30Pilih ayat yang betul.28A Saya tidak akan membantah pelantikan kamu sebagai ketua pasukan koir ini.

B Azizah menghidangkan suaminya nasi lemak dan ayam goreng.

C Tepung , air dan garam diperlukan membuat adunan roti canai.

D Pihak polis menemui dua butir bom di kawasan hutan itu.

29I Oleh sebab keretanya rosak, dia tidak dapat pergi ke pejabat.

II Orang tua yang tinggal di seberang jalan itu sudah mangkat .

III Beg tangan Puan Suraya itu diperbuat daripada kulit lembu .

IV Aminah menyerahkan buku latihannya ke guru kelasnya.

A I dan II

B I dan III

C I, III dan IV

D II, III dan IV

30I Lembu-lembu ternakan Pak Hassan gemuk-gemuk belaka.

II Beberapa ekor anak ayam mematuk beras yang dijemur oleh ibu di halaman.

III Bila waktu petang, semua nelayan mendarat di jeti bersama hasil tangkapan.

IV Kakak mengirimkan sekotak bungkusan berisi buku sempena hari lahir adiknya..A I dan III

B II dan IV

C I, II dan III

D II, III dan IV

Soalan 31 - 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Malam tadi, aku sakit perut dan muntah-muntah. Ayah dan ibu membawa aku ke klinik. Doktor memberikan aku ubat dan surat cuti sakit. Setelah makan dua keping roti bakar dan minum segelas susu yang disediakan oleh ibu , aku berasa agak sihat. Selepas itu, aku membaca senaskhah majalah di ruang tamu.

Sedang leka membaca, tiba-tiba aku terdengar tangisan yang kuat seorang kanak-kanak. Aku menjenguk ke luar jendela. Aku melihat pembantu rumah jiranku mendukung Alia , anak jiranku sambil berjalan ke pintu pagar. Dia turut membawa sebuah beg pakaian yang besar.

Aku berasa hairan. Pelbagai persoalan bermain-main dalam kotak fikiranku. Hatiku juga tidak tenang. Aku tertanya-tanya ke manakah Alia akan dibawa . Teksi yang berhenti di hadapan pintu pagar rumah jiranku itu amat mencurigakan . Aku sempat melihat plat teksi lalu mencatat nombornya . Tanpa membuang masa, aku terus menelefon ibu Alia di pejabat.

Tengah hari itu, kawasan rumah jiranku dipenuhi orang ramai. Rupa-rupanya, pembantu rumah jiranku telah menculik Alia dan dia ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya. Ibu Alia mengucapkan terima kasih kepadaku.

31. Mengapakah penulis tidak pergi ke sekolah ?

A Dia ingin membaca majalah di rumahnya B Dia ingin bermain dengan anak jirannya C Dia muntah-muntah dan sakit perutD Dia mengikut ibu bapanya ke klinik

32. Suara siapakah yang didengari penulis?

A Anak pembantu rumah

B Pembantu rumah

C Anak jiran

D Penulis

33. Apakah yang dilakukan oleh penulis untuk menghilangkan rasa curiganya?

A Penulis menelefon ibu Alia B Penulis menelefon pihak polis C Penulis menelefon pihak klinik D Penulis menelefon ibu dan bapanya34. Pilih penyataan yang tidak benar tentang petikan.

A Alia menangis dengan kuat. B Penulis sempat mencatat nombor plat teksi. C Pembantu rumah jiran penulis telah ditahan di rumahnya. D Alia dan pembantu rumah jiran penulis menaiki teksi di hadapan rumah.35. Perkataan mencurigakan dalam petikan bermaksud

A ragu-ragu. B putus asa. C gundah. D gusar.Soalan 36- 40Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

SUNGKAI, Isnin Seekor ular sawa yang ditangkap oleh penduduk kampung semasa bekerja di Ladang Kelapa Sawit FELDA Trolak Utara telah dihantar ke Zoo Taiping dua hari yang lalu.

Haiwan sepanjang 7 meter dan seberat 120 kilogram itu memasuki perangkap yang dipasang sejak dua bulan lalu oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Ipoh dengan kerjasama penduduk di situ. Ular berkenaan ditangkap kekenyangan setelah menelan seekor anak kambing kepunyaan penduduk kawasan tersebut.

Pengarah PERHILITAN Perak, Encik Abdul Rauf bin Ahmad berkata, ular sawa berkenaan ditangkap ekoran aduan penduduk kampung yang mendakwa ular sawa tersebut telah melulur haiwan ternakan mereka. Pihak PERHILITAN segera mengambil tindakan dengan memasang perangkap di kawasan ladang tersebut.

Beliau menyarankan agar penduduk FELDA tersebut membersihkan kawasan ladang masing-masing agar tidak diancam oleh reptilia berbisa seperti ular sawa. Beliau juga mengingatkan penduduk supaya sentiasa berwaspada, terutama apabila berada di kawasan hutan. Menurut beliau lagi, pihak PERHILITAN bersedia untuk mengambil langkah memasang perangkap jika ada lagi aduan daripada penduduk kawasan terbabit.

Penduduk kampung bersyukur dan menghargai tindakan pihak PERHILITAN yang bertindak pantas menyelesaikan masalah gangguan binatang berbisa di kawasan mereka.

36. Bilakah ular sawa itu dihantar ke Zoo Taiping?

A Sabtu

B Ahad

C Isnin

D Rabu

37. Siapakah yang bertanggungjawab memasang perangkap ular sawa tersebut?

A Pihak Zoo Taiping

B Pihak PERHILITAN

C Encik Abdul Rauf bin Ahmad

D Penduduk FELDA Trolak Utara

38. Apakah nasihat pihak PERHILITAN kepada semua penduduk di kawasan tersebut?

A Memasang perangkap

B Menghubungi pihak PERHILITAN

C Bergotong - royong membersihkan ladang

D Membersihkan ladang dan sentiasa berhati-hati

39. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan. A Ular sawa itu kekenyangan setelah menelan seekor kambing.

B Pihak PERHILITAN segera memasang perangkap setelah menerima aduan.

C Penduduk kampung segera memasang perangkap untuk menangkap ular sawa.

D Penduduk kampung menghargai tindakan pihak PERHILITAN menangkap ular sawa.

40. Perkataan melulur dalam petikan bermaksud

A membaham B mengunyah C memamah D menelanKERTAS SOALAN TAMAT

JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

JAWAPAN UJIAN PERCUBAAN BM 011 PEMAHAMAN [2010]

1D21D

2A22B

3A23C

4B24B

5D25D

6C26A

7C27D

8B28A

9B29B

10C30B

11B31C

12B32C

13C33A

14D34C

15A35A

16D36A

17A37B

18A38D

19C39C

20B40D

JADUAL SPESIFIKASI ITEM BAHASA MELAYUPerkara :PERCUBAAN UPSR BM 011- PEMAHAMAN TAHUN 6

Tahun : 2015BIL.KONTEKSRendahSederhanaTinggiJUMLAH

1.Kata Ganti Diri--11

2.Kata Kerja-112

3.Kata Hubung1--1

4.Kata Sendi 1--1

5.Kata Adjektif-11

6Kata Perintah1--1

7Kata Bantu-1-1

8Kata Penguat-1-1

9Kata Bilangan1--1

10Kata Arah-1-1

11Pengimbuhan-1-1

12Kata Ganda-112

13Perkataan Berlawan-11

14Perkataan Seerti1--1

15Kata Banyak Makna112

16Peribahasa/ Simpulan Bahasa-1-1

17Penjodoh Bilangan112

18Penanda Wacana-1-1

19Soalan kepada jawapan-1-1

20Jawapan kepada soalan-1-1

21Ayat sama maksud-112

22Penggunaan Kata Yang Tepat1--1

23Pilih ayat-ayat betul1113

24Pemahaman 11225

25Pemahaman 21225

10181240

SULIT

011

Bahasa

Melayu

2010

50 minit

PAGE Lihat sebelah

011 SULIT