BM 2012

3
SOALAN BAHASA MELAYU PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR ANTARA NEGERI 2012 Negeri Bahagian B Bahagian C Soalan 1 Soalan 2 Selangor Langkah-langkah Mengatasi Sungai Cetek Setiap murid mempunyai impian untuk mengecapi kejayaan. Huraikan langkah-langkah untuk menggalakkan rakan sebaya anda mencapai impiannya Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak agar berjimat cermat. Huraikan pendapat anda. Terenggan u Kepentingan Sungai kepada manusia Pasukan permainan sekolah yang anda wakili telah mengalami kekalahan dalam pertandingan peringkat daerah. Cadangkan langkah-langkah untuk membaiki kelemahan pasukan anda sebagai persiapan untuk pertandingan pada tahun hadapan. Guru merupakan golongan insan yang perlu dihormati. Huraikan cara-cara untuk menghormati guru anda. Perak Kesan-kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara kita Anda ahli koperasi sekolah.Huraikan faedah- faedah yang anda peroleh dengan menjadi ahii koperasi sekolah. Ibu bapa berperanan menentukan kejayaiur anak- anak dalam peperiksaan. Bincangkan usaha-usaha ibu bapa untuk membantu anak-anak membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Pahang Punca-punca Keracunan Makan an Budi Bahasa Budaya Kita Nyatakan ciri-ciri seorang yang berbudi bahasa. Ibu bapa merupakan ketua dalam institusi keluarga.Huraikan peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga bahagia. Kedah Kepentingan Hutan Pertandingan memancing telah diadakan di tempat anda. Anda dan rakan-rakan telah menyertai pertandingan tersebut. Ceritakan pengalaman anda. Kini, gejala vandalisme semakin membimbangkan. Huraikan peranan masyarakat untuk membendung gejala ini. Melaka Cara-cara Menghargai Warga Tua Seorang sahabat anda telah mengutus surat kepada anda. Dia meminta anda menceritakan persediaan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang bakal dihadapi pada hujung tahun ini. Balas surat rakan anda itu. Keluarga memainkan peranan penting dalam menangani masalah sosial yang semakin membimbangkan semua pihak. Berikan pendapat anda berdasarkan pernyataan di atas. Kelantan U saha-usaha ntuk menyemaikan sikap berbudi bahasa Setiap pelajar diwajibkan mematuhi undang- undang dan peraturan yang terdapat di sekolah. Nyatakan pendapat anda tentang sebab-sebab perlunya undang-undang dan peraturan sekolah dipatuh oleh pelajar . Sahabat pena anda ingin mengetahui tentang sambutan perayaan salah satu kaum di Malaysia. Tulis sepucuk surat kepada sahabat pena anda itu Perlis Kepentingan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan seharian. Anda telah menyertai Kem Kecemerlangan PMR anjuran pihak sekolah. Huraikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang anda mengikuti program tersebut. Setiap orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Huraikan ciri-ciri keluarga impian anda. SBP Usaha-usaha untuk meningkatkan minat remaja terhadap permainan tradisional Baru-baru ini anda telah terpilih menyertai Kem Bina Insan yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling di sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai kem itu. Pertubuhan Sukarela merupakan satu persatuan atau organisasi yang melakukan sesuatu aktiviti kemasyarakatan secara sukarela. Tulis sebuah rencana tentang kepentingan menyertai Pertubuhan Sukarela.

description

Analisis soalan BM 2012

Transcript of BM 2012

Page 1: BM 2012

SOALAN BAHASA MELAYU PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR ANTARA NEGERI 2012

Negeri Bahagian B Bahagian CSoalan 1 Soalan 2

Selangor Langkah-langkah Mengatasi Sungai Cetek

Setiap murid mempunyai impian untuk mengecapi kejayaan. Huraikan langkah-langkah untuk menggalakkan rakan sebaya anda mencapai impiannya

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak agar berjimat cermat. Huraikan pendapat anda.

Terengganu Kepentingan Sungai kepada manusia

Pasukan permainan sekolah yang anda wakili telah mengalami kekalahan dalam pertandingan peringkat daerah. Cadangkan langkah-langkah untuk membaiki kelemahan pasukan anda sebagai persiapan untuk pertandingan pada tahun hadapan.

Guru merupakan golongan insan yang perlu dihormati. Huraikan cara-cara untuk menghormati guru anda.

Perak Kesan-kesan kemasukan pendatangasing tanpa izin ke negara kita

Anda ahli koperasi sekolah.Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menjadi ahii koperasi sekolah.

Ibu bapa berperanan menentukan kejayaiur anak-anak dalam peperiksaan. Bincangkan usaha-usaha ibu bapa untuk membantu anak-anak membuat persiapan menghadapipeperiksaan.

Pahang Punca-punca Keracunan Makan an

Budi Bahasa Budaya KitaNyatakan ciri-ciri seorang yang berbudi bahasa.

Ibu bapa merupakan ketua dalam institusi keluarga.Huraikan peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga bahagia.

Kedah Kepentingan Hutan Pertandingan memancing telah diadakan di tempat anda. Anda dan rakan-rakan telah menyertai pertandingan tersebut. Ceritakan pengalaman anda.

Kini, gejala vandalisme semakin membimbangkan. Huraikan peranan masyarakat untuk membendung gejala ini.

Melaka Cara-cara Menghargai Warga Tua

Seorang sahabat anda telah mengutus surat kepada anda. Dia meminta anda menceritakan persediaan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang bakal dihadapi pada hujung tahun ini. Balas surat rakan anda itu.

Keluarga memainkan peranan penting dalam menangani masalah sosial yang semakin membimbangkan semua pihak. Berikan pendapat anda berdasarkan pernyataan di atas.

Kelantan U saha-usaha ntukmenyemaikan sikap berbudi bahasa

Setiap pelajar diwajibkan mematuhi undang-undang dan peraturan yang terdapat di sekolah. Nyatakan pendapat anda tentang sebab-sebab perlunya undang-undang danperaturan sekolah dipatuh oleh pelajar .

Sahabat pena anda ingin mengetahui tentang sambutan perayaan salah satu kaum di Malaysia. Tulis sepucuk surat kepada sahabat pena anda itu

Perlis Kepentingan amalanberbudi bahasa dalam kehidupan seharian.

Anda telah menyertai Kem Kecemerlangan PMR anjuran pihak sekolah. Huraikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang anda mengikuti program tersebut.

Setiap orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Huraikan ciri-ciri keluarga impian anda.

SBP Usaha-usaha untuk meningkatkan minat remaja terhadap permainan tradisional

Baru-baru ini anda telah terpilih menyertai Kem Bina Insan yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling di sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai kem itu.

Pertubuhan Sukarela merupakan satu persatuan atau organisasi yang melakukan sesuatu aktiviti kemasyarakatan secara sukarela. Tulis sebuah rencana tentang kepentingan menyertai Pertubuhan Sukarela.

Page 2: BM 2012

Negeri Bahagian CSoalan 3 Soalan 4 Soalan 5

Selangor Sekolah anda telah mengadakan sambutan Hari Koperasi Sekolah. Tuliskan laporan tersebut selengkapnya.

Semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat amat penting untuk mewujudkan sebuah negara yang harmoni. Bincangkan cara-cara memupuk semangat perpaduan di kawasan kejiranan anda.

Cerpen dapat membantu murid menghayati karya sastera di sekolah. Pelbagai pengajaran diperoleh menerusi pembacaan cerpen. Huraikan keistimewaan cerpen yang anda baca.

Terengganu Anda akan menyertai pertandingan syarahan anjuran anjuran Jabatan Kesihatan Daerah. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah “Peranan ibu bapa penting untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam keluarga”

Kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun. Huraikan peranan kerajuaan untuk mengurangkan kadar kemalangan.

Peribahasa seperti kacang lupakan kulit memberikan nasihat supaya jangan melupakan jasa insan yang pernah menolong kita. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

Perak Sekolah anda telah mengadakan sukan tahunan. Sebagai wartawan majalah sekolah, anda telah ditugaskan untuk menyediakan laporan kejohanan tersebut. Sediakan laporan tersebut selengkapnya

Remaja pada masa sekarang mudah terpengaruh dengan budaya negatif. Huraikan sebab-sebab berlakunya perkara tersebut.

Peribahasa belakang parang kalau diasah lagikan tajam bermaksud orang yang bodoh jika belajar akan menjadi pandai. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

Pahang Anda akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Tajuk syarahan ialah “ Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara ”. Sediakan teks syarahan selengkapnya.

Belakangan ini, kejadian kejadian jenayah sering berlaku di kawasan setempat .Hal ini menjadi kebimbangan pelbagai pihak. Nyatakan peranan masyarakat dalam menjamin keselamatan setempat.

Peribahasa “ Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” bermaksud cita-cita tanpa usaha tidak akan tercapai.Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

Kedah Maklumat di hujung jari. Bincangkan kepentingan penggunaan internet pada masa kini.

Aktiviti kokurikulum wajib disertai oleh semua pelajar. Sebagai setiausaha persatuan, anda dikehendaki menulis satu laporan tentang aktiviti tahunan persatuan yang anda sertai. Tulis laporan itu selengkapnya

Peribahasa ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’ bermaksud melatih anak daripada kecil. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa ini.

Melaka Baru-baru ini anda telah menyertai aktiviti perkhemahan yang telah dianjurkan oleh unit beruniform di sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai aktiviti perkhemahan tersebut.

Anda telah dipilih untuk mewakili kelas dalam pertandingan syarahan anjuran Persatuan Bahasa Melayu di sekolah anda. Tajuk syarahan tersebut ialah ‘Amalan Hidup Sihat’. Tulis syarahan anda itu selengkapnya.

“Bagai menatang minyak yang penuh”. Peribahasa di atas bermaksud memelihara anak dengan penuh kasih sayang. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa di atas.

Kelantan Sekolah anda telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan. Ceritakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan tersebut.

Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna.Huraikan kebaikan internet kepada pelajar.

Peribahasa ‘Sebab nila setitik rosak susu sebelanga’ membawa maksud kerana yang sedikit rosak yang banyak. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

Perlis Sekolah anda telah mengadakan aktiviti gotong-royong. Selaku setiausaha KelabAlam Sekitar, anda diminta menyediakan laporan tentang aktiviti tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Kejadian kanak-kanak dan remaja hilang daripada pangkuan keluarga semakin menjadi-jadi walaupun usaha-usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menanganinya. Huraikan peranan masyarakat untuk mengatasi masalah tersebut.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan bermaksud jika ada azam, apa-apa yang dihajati akan dicapai. Tuliskan sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

SBP Kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum melayakkan seseorang murid itu dinobatkan sebagai murid cemerlang. Bincangkan faktor-faktor kejayaan murid cemerlang

Kebersihan sungai adalah tanggungjawab kita bersama. Namun, masyarakat kini masih tidak mengambil peduli tentang pencemaran sungai yang semakin serius. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang patut diambil bagi mengatasi pencemaran sungai.

Kata-kata hikmat Bahasa Jiwa Bangsa jelas menunjukkan bahawa sesuatu bangsa itu terkenal kerana mempunyai bahasa yang berdaulat. Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.

Page 3: BM 2012