Bm k1 d6 Ujian Siri 1 Sesi Akademik 2015_skm Kmy

download Bm k1 d6 Ujian Siri 1 Sesi Akademik 2015_skm Kmy

of 10

description

exam paper

Transcript of Bm k1 d6 Ujian Siri 1 Sesi Akademik 2015_skm Kmy

BM K1 D6 UJIAN SIRI 1 SESI AKADEMIK 2015_SKM KMY

SULIT 10 031

SULIT

Ujian Siri I (2015)_Tahun 6_Kertas 1

NO.KAD PENGENALAN / NO.SIJIL KELAHIRAN

ANGKA GILIRAN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH

031BAHASA MELAYU

Kertas 1

Tahun 6Mac 201550 minit Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga atau empat pilihan jawapan iaitu A, B dan C atau A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Berfikirlah dengan teliti ketika kamu memilih jawapan. Jika kamu hendak menukar sesuatu

jawapan, padamkan tanda yang tidak dikehendaki itu sehingga bersih dan kemudian

hitamkan pilihan kamu yang baharu.

___________________________________________________________________________Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

031

[Lihat halaman sebelah

Disediakan oleh : PANEL BM SKM KMY

SULIT Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 20Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1

Kita mestilah menyayangi ibu bapa kita dengan sepenuh hati kerana __________ telah menjaga dan mendidik kita sejak kecil.

Adia

Bbeliau

Ckalian

Dmereka

2

Mesyuarat Agung PIBG sekolah tersebut dihadiri oleh __________ ibua bapa dan penjaga murid sahaja.

Apara

Bsemua

Cseluruh

Dsegelintir

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2

3

Kamaludin __________ anak ikan di dalam parit di belakang rumahnya.

Amenyauk

Bmencedok

Cmengambil

Dmenangkap

Gambar 2

Soalan 4 berdasarkan Gambar 3

4

Siapakah __________ yang berani melanggar perintah beta? tanya sultan kepada bendahara.

Ateraju

Bpersada

Cmahkota

Dgerangan

Gambar 3

Soalan 5 berdasarkan Gambar 4

5

Lim Swee Tee telah memenangi beberapa __________ pingat dalam sukan berkuda.

Abiji

Bbutir

Cbuah

Dbentuk

Gambar 4

6

Saya tidak tahan akan bau __________ apabila berada di tandas awam itu. Kata Santy kepada kawannya.

Atengik

Bhanyir

Charing

Dmasam

Soalan 7 berdasarkan Gambar 5

7

Paluan __________ kedengaran sebaik sahaja mempelai diarak ke rumah pengantin.

Agong

Bgendang

Ckompang

Gambar 5

Soalan 8 berdasarkan Gambar 68

Setelah diijab kabulkan, pasangan pengantin tersebut akan __________ penghidupan baru.

Amerestui

Bmerintangi

Cmelengkapi

Dmenempuhi

Gambar 6

Soalan 9 berdasarkan Gambar 6

9

Rosli mengait tiga __________ nyiur dengan menggunakan se __________ galah.

Abutir ... ruas

Bbiji ... batang

Cpohon ... bilah

Dbuah ... puntung

Gambar 6

Soalan 10 berdasarkan Gambar 7

10

__________ dijatuhi hukuman penjara sepuluh tahun, kata hakim kepada penjenayah itu

AAwak

BEncik

CKalian

DBeliau

Gambar 7

11

Penduduk Sungai Manik memulau Otoh Hirang kerana telah menjadi __________ tentera Jepun pada zaman penjajah dahulu.

Atali barut

Badu domba

Clintah darat

Dtulang belakang

Soalan 12 berdasarkan Gambar 8

12

Encik Borhan dan anak-anaknya memasukkan peralatan berkelah ke dalam __________ kereta mereka.

Abonet

Bkokpit

Cbagasi

Gambar 8

13

Buah limau dapat menggelakkan daripada sembelit. __________ buah limau juga dapat melicinkan kulit.

ASelain itu

BDengan itu

CSelepas itu

DOleh seab itu

Soalan 14 berdasarkan Gambar 9

14

Tragedi November yang menimpa dirinya itu __________ kekal dalam ingatannya.

Atelah

Bmasih

Csudah

Dsedang

Gambar 9

Soalan 15 berdasarkan Gambar 10

15

Mereka terpaksa __________ di pondok buruk itu kerana hujan turun dengan lebatnya.

Aberehat

Bberteduh

Cberlidung

Dbermalam

Gambar 10

16

Pengurus syarikat elektronik terkenal itu sedang menjalankan __________ untuk memilih pekerja baru.

Atemu ramah

Btemu muka

Ctemu duga

Dtemu bual

Soalan 17 berdasarkan Gambar 11

17

Mereka bergotong-royong __________ salah sebuah rumah yang roboh dipukul ribut.

Amembina

Bmembaiki

Cmengimpal

Dmembangun

Gambar 11

18

Opah sedang __________ beras pulut dengan ragi untuk membuat tapai, ujar emak memberi penerangan kepad kami.

Amenguli

Bmengisar

Cmengepal

Dmenumbuk

Soalan 19 dan Soalan 20 berdasarkan Gambar 12

19

Kesesakan lalu lintas di Jalan Tun Razak pagi tadi berpunca __________ kemalangan jalan raya.

Adari

Boleh

Cdaripada

Dterhadap

Gambar 12

20

Perkataan berlawan bagi situasi atau keadaan yang sedang berlaku di Jalan Tun Razak itu ialah __________.

Asuram

Bbening

Cgelisah

Dlengang

Soalan 21 berdasarkan Gambar 13

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

21

Sejak bilakah Mak Cik Gayah mula belajar mengayam tikar mengkuang?

ASeingat mak cik, semenjak mak cik masih kecil lagi.

BKalau anak mahu belajar, marilah mak cik tunjukkan.

CMak cik belajar mengayam tikar daripada ibu mak cik.

DMula-mula belajar mengayam tikar memanglah susah.

Gambar 13

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

22

Setiap pelajar yang melanggar peraturan sekolah akan didenda atau dihukum.

ABilakah setiap pelajar akan didenda jika melanggar peraturan sekolah?

BApakah yang menyebabkan setiap pelajar melanggar peraturan di sekolah?

CApakah tindakan terhadap setiap pelajar yang melanggar peraturan sekolah?

DBagaimanakah pelajar yang didapati melanggar peraturan sekolah akan didenda?

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

23ASungguhpun Sidek anak orang kaya, namun dia tidak pernah besar diri.

BHang Tuah cuba campur tangan untuk menghapuskan kumpulan lanun itu .

CMalaysia mengekspot minyak kelapa sawit ke beberapa buah negara ambil angin.

DSemenjak pertengkaran itu, Hisyam dan Ghani sering batu api antara satu sama lain.

Soalan 24 dan Soalan 25

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

24IRajagopal sudah muak dengan juadah di kantin sekolahnya.

IITekaknya berasa muak apabila terhidu bau busuk dari kilang getah itu.

IIILori itu sudah muak dengan besi-besi buruk yang dimuatkan ke dalamnya.

IVEncik Radhi sudah muak dengan sikap salah seorang pekerjanya yang suka menipu.

A

B

C

DI dan II sahaja

I dan III sahaja

II dan IV sahaja

I, II dan IV sahaja

25IAbang mengikut makan ke majlis kenduri kahwin sepupunya.

IIKami sekeluarga sedang makan buah rambutan di dusun Pak Hassan.

IIIDia makan hati semenjak ditinggalkan oleh suaminya setahun yang lalu.

IVPuan Normah bekerja makan gaji dengan kerajaan sejak tiga tahun yang lalu.

A

B

C

DII dan III sahaja

II dan IV sahaja

I, III dan IV sahaja

II, III dan IV sahaja

Soalan 26 dan Soalan 27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

26

Noridah berkata, Saya akan ke bandar untuk membeli kain langsir dan selendang..

ANoridah mengatakan bahawa di bandar ada kain langsir dan selendang.

BKain langsir dan selendang itu akan dibeli oleh Noridah jika dia ke bandar.

CNoridah berkata bahawa kain langsir dan selendang itu boleh di beli di bandar.

DNoridah berkata bahawa dia akan ke bandar untuk membeli langsir dan selendang.

Soalan 27 berdasarkan Gambar 14

27

Pada setiap hari minggu Puan Sarimah pergi ke pasar untuk membeli lauk-pauk.

A

Puan Sarimah pergi pada setiap pasar minggu untuk membeli lauk-pauk.

B

Puan Sarimah pergi ke pasar minggu pada setiap hari untuk membeli lauk-pauk.

C

Puan Sarimah pergi ke pasar pada setiap hari minggu untuk membeli lauk-pauk.

Gambar 14DPuan Sarimah pergi pada setiap hari ke pasar minggu untuk membeli lauk-pauk.

Soalan 28 dan Soalan 29

Pilih ayat yang betul.

28AKristina Lee tidak mahu lagi ke sekolah sehingga minggu lepas.

BMereka menunggu kepulangan kami di simpang tiga menghala pekan baru.

CAbdul Rahman memandu motosikalnya ke pekan untuk membeli keperluan dapur.

DNajib adalah salah seorang murid tahun enam yang berjaya dalam pertandingan itu.

29AEmak menyuruh adik menyidai bajunya di ampaian.

BPos kad itu diterimanya pada Jumaat minggu yang lalu.

CAh Leong mendapat baca buku cerita yang mudah-mudah.

DPengemis itu mencuba meraihkan simpati orang ramai yang lalu di situ.

Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang betul.

30IKakak saya ialah siswazah di Universiti Malaya.

IIIbu baru menerima sepucuk surat daripada kakak.

IIIAyah telah mengali di belakang rumah sebuah perigi batu.

IVPeralatan perkhemahan itu telah mereka cuci sejak semalam.

A

B

C

DI dan II sahaja

II dan III sahaja

I, II dan III sahaja

I, II dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hari ini 2 November 2005, aku dan keluarga sibuk melakukan persiapan akhir untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Sejak pagi lagi, ibu sudah tidak menang tangan menyediakan pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Pada petang itu, ibu memasak ketupat, rendang daging, gulai ayam, dan kuah kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku, iaitu lontong.

Di belakang rumah, ayah dan abang long pula sedang sibuk mengacau dodol. Tahun ini merupakan tahun kedua kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adik-adikku pula bersorak riang sambil bermain bersama-sama kawannya di halaman rumah. Sambil bermain sesekali kedengaran mereka menyanyikan lagu Balik Kampung dan lagu hari raya.Jangan terlalu suka sangat bermain tu! jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Dalam kesibukan di dapur, ibu tetap berasa bimbang akan keselamatan dua orang adikku itu. Sayup-sayup kedengaran suara adik-adikku meyakinkan ibu bahawa mereka dalam keadaan selamat ketika bermain. Mereka seolah-olah tidak sabar lagi menanti ketibaan Syawal yang mulia. Biasalah... pada hari raya budak-budaklah yang paling gembira. Selepas selesai membantu ibu, aku beralih ke ruang tamu pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya yang telah diterima daripada sanak saudara dan kawan-kawan. Kad-kad itu aku gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga. Dalam pada itu sempat juga aku membaca sebahagian daripada kad-kad tersebut.Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya, kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula merasakan keseronokan berhari raya bersama dengan sanak saudara di kampung. Suasana hari raya di kampung ayah amat meriah kerana mereka berhari raya dalam kumpulan atau satu rombongan yang ramai. Meraka akan beredar dari satu rumah ke satu rumah yang lain.

31

Berapa orangkah adik-beradik penulis?

A2 orang adik-beradik.

B3 orang adik-beradik.

C4 orang adik-beradik.

D5 orang adik-beradik.

32

Semua yang berikut ialah makanan yang disediakan oleh ibu penulis, kecuali

Adodol.

Bketupat.

Clontong.

Drendang.

33

Frasa tidak menang tangan dalam petikan bermaksud

Aterlalu sibuk.

Btidak bertenaga.

Ctergopoh-gapah.

Dkekurangan tenaga kerja.

34

Pilih aktiviti yang tidak dilakukan oeh penulis dan keluarganya pada hari tersebut.

AMengacau dodol.

BBalik ke kampung.

CMembantu ibu memasak.

DMenggantung kad ucapan hari raya.

35

Apakah nilai murni yang sesuai dikaitkan dengan petikan di atas?

ATegur-menegur.

BIngat-mengingati.

CBantu-membantu.

DHormat-menghormati.

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

MINGGU KESELAMATAN JALAN RAYA

Bersempena minggu keselamatan jalan raya bagi tahun ini, berbagai-bagai acara akan dijalankan seperti Peraduan Melukis Poster dan Pertandingan Memandu Cermat. Acara-acara ini khas untuk kanak-kanak sekolah rendah di Daerah Hilir Perak.

Murid-murid tahap dua dipelawa memasuki peraduan tersebut. Mereka yang berminat sila daftarkan nama anda kepada guru kelas masing-masing melalui borang yang disediakan. Peralatan boleh didapati daripada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah masing-masing.

Syarat-syarat Pertandingan

Peraduan Melukis Poster:

(a) Tajuk : Keselamatan Di Jalan Raya

(b) Kertas lukisan berukuran 35 x 25 cm

(c) Nama, kelas dan nama sekolah ditulis di sudut atas sebelah kanan kertas lukisan(d) Semua lukisan hendaklah diserahkan kepada PPD Hilir Perak sebelum 29 Julai 2013

Peraduan Memandu Cermat:

(a) Diadakan pada hari Ahad 24 Julai 2005, pukul 9.00 pagi.

(b) Tempatnya di Dataran Menara Condong, Teluk Intan.(c) Penerangan selanjutnya boleh didapati daripada Urus Setia dan Anggota Jawatakuasa

Peraduan Memandu Cermat.

Hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan akan diberi kepada johan, naib johan dan tempat ketiga. Dua belas hadiah saguhati serta sijil penyertaan bagi tiap-tiap peraduan.

36

Jika murid tahap dua ingin mengambil bahagian, mereka perlu mendaftarkan nama

Akepada guru kelas.

Bkepada guru kanan.

Ckepada Guru Belas.

Dkepada guru bimbingan.

37

Lukisan-lukisan di bawah ini memenuhi syarat-syarat pertandingan, kecuali

ALukisan yang diserahkan kepada PPD Hilir Perak pada 28 Julai 2013.

BLukisan yang telah dihasilkan pada kertas yang berukuran 35 x 25 inci.

CLukisan yang pelukisnya sudah mendaftarkan nama melalui borang yang disediakan.

DLukisan yang di sudut atas sebelah kanannya ditulis nama, kelas, dan nama sekolah.

38

Perkataan cermat dalam petikan bermaksud

Aberhati-hati.

Bberjimat-jimat.

Cbertolak-ansur.

Dberansur-ansur.

39

Johan pertandingan bagi setiap kategori akan membawa pulang

Ahamper dan sijil penyertaan.

Bhamper dan sijil penghargaan.

Cwang tunai dan sijil penyertaan.

Dwang tunai dan sijil penghargaan.

40

Pihak penganjur pertandingan Minggu Keselamatan Jalan Raya telah menyediakan

Asebanyak 12 hadiah kepada para pemenang.

Bsebanyak 15 hadiah kepada para pemenang.

Csebanyak 24 hadiah kepada para pemenang.

Dsebanyak 30 hadiah kepada para pemenang.

KERTAS SOALAN TAMAT

PAGE 2015 SKM, KMY

SULIT