Bm k1 trial jhr 2011

13
I I SULIT JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2011 02/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 1 jam Satujam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. .. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satujawapan sahaja. Hitamkanjawapan anda pada kertas jawapan objektifyang disediakan. Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak 1 halaman tidak bercetak. [Lihat halaman sebelah 02/1 @ 2011 Hak Milik JPNJ

Transcript of Bm k1 trial jhr 2011

Page 1: Bm k1 trial jhr 2011

I

I

SULIT

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2011 02/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos

1 jam Satujam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. ..

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satujawapan sahaja. Hitamkanjawapan anda pada kertas jawapan objektifyang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak 1 halaman tidak bercetak.

[Lihat halaman sebelah 02/1 @ 2011 Hak Milik JPNJ

Page 2: Bm k1 trial jhr 2011

SULIT . 2 02/1

Soalan 1-7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. " akan melaksanakan tugas yang cikgu berikan dengan bersungguh-sungguh," kata Ani dan Ana kepada Cikgu Normah. ASaya

B Kita

CKamu( ~

DKami

2 Air sungai di kawasan itu akibat kemarau berterusan sejak beberapa bulan yang lalu. A tohor

B tandus

C tenang

D keruh

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Ketika sesi penggambaran, model wanita itu tersenyum sambil dagu. A menongkah

B menopang

C menangkup

D menekap

02/1 @ 2011 Hak Milik JPNJ SULIT

Page 3: Bm k1 trial jhr 2011

SULIT 3 02/1

4 Kejayaan Malaysia dipilih sebagai penganjur pelbagai acara peringkat antarabangsa merupakan dunia kepada kehebatan negara kita. A pengiktirafan

B ~ penghormatan

C penghargaan

D pengakuan

5 ________ alam semulajadi di pulau itu menarik pengunjung ke sana. A Kesegaran

B Keamanan

C Keindahan

D Kesejahteraan

6 Ribut petir yang tiba-tiba melanda telah menyebabkan kanak-kanak yang sedang seronok bermain di padang permainan itu berlari pulang dalam keadaan .. A porak-peranda x

B serbah-serbih

C kusut-masai

D compang-camping

7 Mei Chei pernah mempelajari cara-cara berenang zaman persekolahannya dahulu. A apabila

~B pada

C dari

D di

02/1 @ 2011 Hak Milik JPNJ SULIT

Page 4: Bm k1 trial jhr 2011

l

SULIT 4 02/1

Soalan 8 -14 Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

Pilih jawapan yang paling sesuai.

8 Kita perlu berhenti daripada melakukan apa-apa_pekerjaan kita lantas berdiri tegak A B

tatkala lagu "Negaraku" dinyanyikan. Tiada kesalahan. C D

9 Ahli jawatankuasa persatuan itu menganjurkan mesyuarat tergempar dalam keadaan A B

tergesa-gesa kerana kesuntukan masa . Tiada kesalahan. C D

10 Ketika ditemui, keadaan dirinya tidak terurus dan rambutnya tidak tersisir kerana A B

telah tiga hari tersesat di dalam hutan.Tiada kesalahan. C D

11 Sultan bertitah dalam majIis sambutan hari keputeraan bahawa baginda bersetuju A B

untuk memberikan kumia kepada rakyatjelata. C

Tiada kesalahan. D

12 Ayah dimasakkan oleh ibu juadah kegemarannya iaitu daging sup yang bercampur A B

dengan bebola ketam. Tiada kesalahan. C D

13 Suasana di kampung itu aman damai kerana penduduknya ramah-tamah serta A B

amat sopan santun . Tiada kesalahan. C D

14 Dia meninggalkan kampung untuk mengadu nasib di kota bagi memperoleh A B

pekerjaan berbekal kelulusan sijil sekolah rendah. Tiada kesalahan. C D

[Lihat halaman sebelah

0211 @ 2011 Hak Milik JPNJ SULIT

Page 5: Bm k1 trial jhr 2011

02/1 SULIT 5

Soalan 15 - 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

Bermuka-muka lamanya saya menunggunya di perhentian bas petang semalam. Walaupun duduk bermuka-muka tetapi mereka tidak bertegur sapa. Kita perlu berhati-hati ketika berbicara dengannya kerana dia pandai bermuka-muka. Karangannya yang bermuka-muka surat panjangnya itu banyak terdapat kesalahan tatabahasa, I dan IV sahaja

I dan III sahaja

I, III dan IV sahaja

II, III dan IV sahaja

Rosli telah menerima ganjaran yang lumayan dalam pertandingan mengubah lagu. Setiap insan yang melakukan kebaikan akan mendapat ganjaran pada kernudian hari. Para dermawan itu telah memberikan ganjaran kepada anak-anak yatim. Pengalaman pahit ini akan menjadi ganjaran bagi saya. I dan II sahaja

III dan IV sahaja

I, II dan III sahaja

II, III dan IV sahaja

Sekolah bagi kanak-kanak istimewa itu dapat mendidik mereka menjalani kehidupan. Saya membeli sejambak bunga ros bagi ibu sempena sambutan Hari Ibu. Laporan kewangan bagi tahun ini akan dibentangkan tidak lama lagi. Halim sentiasa bagi duit belanja kepada anak-anaknya pada setiap hari persekolahan. I dan III sahaja

II dan IV sahaja

I, II dan III sahaja

II, III dan IV sahaja [Lihat halaman sebelah

02/1 @20Il HakMilikJPNJ SULIT

Page 6: Bm k1 trial jhr 2011

02/1 SULIT 6

Soalan 18 - 21

.,. I

.....

I ,~

Bahagian yang bergaris dalarn ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak.

Tandakan sarna ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18 Walaupun keluarga Farah miskin tetapi dia merupakan murid yang paling pandai di dalam kelasnya.

A paling pandai sekali di dalam kelasnya.

B paling pandai sekali dalam kelasnya.

C paling pandai dalam kelasnya.

D paling pandai di dalam kelasnya.

19 Salmah memasukkan pelbagai rempah ratus ke dalam periuk untuk memasak kari kegemaran ayahnya. A memasuk pelbagai rempah ;<...

B memasukkan pelbagai rempah

C memasuk pelbagai rempah ratus x,

D memasukkan pelbagai rempah ratus

20 Pelbagai faedah akan dimiliki oleh kita jika membaca pelbagai jenis bahan bacaan.

Akita akan miliki x

B akan kita miliki

C dimiliki akan kita ~

D akan dimiliki oleh kita

21 Teriakan demi teriakan tidak putus-putus kedengaran di pasar borong pada awal

pagi. A Teriakan tidak putus

B Teriakan tidak putus-putus

C Teriakan demi teriakan tidak putus

D Teriakan demi teriakan tidak putus-putus

02/1 @ 2011 Hak Milik JPNJ SULIT

Page 7: Bm k1 trial jhr 2011

SULIT 7 02/1

Soalan 22 - 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sarna atau maksudyang paling harnpir dengan

ayat yang dicetak tebaI.

22 Mangsa-mangsa banjir di kawasan tanah rendah akan dipindahkan secepat

mungkin oleh pasukan bomba. A Pasukan bomba akan memindahkan mangsa-mangsa banjir ke kawasan tanah

rendah secepat mungkin. B Secepat mungkin mangsa-mangsa banjir telah dipindahkan oleh pasukan

bomba dari kawasan tanah rendah. C Pemindahan pasukan bomba akan dilakukan secepat mungkin kepada mangsa

mangsa banjir di kawasan tanah rendah. D Pemindahan mangsa-mangsa banjir di kawasan tanah rendah akan dilakukan

oleh pasukan bomba secepat mungkin.

23 Kesungguhan dan keterampilan pemuda itu merupakan faktor utama dia diterima bekerja di syarikat yang ternama itu. A Syarikat yang terkenal itu menerima pemuda itu sebagai pekerja terutamanya

disebabkan kesungguhan dan keterampilannya.o B Pemuda yang mempunyai kesungguhan dan keterampilan itu telah diterima

untuk bekerja di syarikat yang temama itu.. C Oleh sebab dia mempunyai kesungguhan dan penampilan, pemuda itu

diterima bekerja di syarikat yang ternama itu. D Punca utama dia diterima bekerja di syarikat yang terkenal itu adalah kerana

kesungguhan dan keterampilan pemuda itu.

24 "Akan saya buktikan kepada kalian bahawa saya mampu rnelakukan kerja

ini," kata Munirah kepada rakan-rakannya.

A Munirah berazam bahawa dia akan membuktikan kemampuannya untuk melakukan kerja ini kepada rakan-rakannya

B Munirah meriegaskan bahawa dia akan membuktikan kemampuannya untuk melakukan kerja itu kepada rakan-rakannya.

C Munirah mahu membuktikan bahawa dia dan rakan-rakannya mampu melakukan kerja-kerja itu. X

D Munirah mahu kalian membuktikan kemampuannya melakukan kerja-kerja itu kepada kawan-kawannya. l'l(

[Lihat halaman sebelah

02/1 @ 2011 Hak Milik JPNJ SULIT

Page 8: Bm k1 trial jhr 2011

SULIT 8 02/1

Soalan 25 - 27 Pilih ayat-ayat yang betul,

25 I Kerja yang sia-sia itu dilakukanjuga, mengapalah! II Apatah yang dibisikkan oleh ibu kepada ayah sejak tadi. III Bagaimanakah cadangan itu boleh dilaksanakan denganjayanya? IV Tempat yang akan kita kunjungi itu jauh lagikah?

A I dan II sahaja

B I dan III sahaja

C II dan III sahaja

D III dan IV sahaja

26 I Penglibatan sukarelawan dalam kerja mencari dan menyelamat mangsa tsunami amat dihargai.

II Pada hujung minggu, banyak orang berkunjung ke pusat beli-belah. III Apa-apa yang diperkatakannya tentang rakannya adalah benar. IV Penulis yang mempunyai banyak pengalaman dapat menghasilkan karya

yang bermutu. A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja >Z­

C I, II dan I;tsahaja

D II, III dan IV sahaja

27 I Yang berbaju biru itu ialah sahabat karib ibu saya. II Kamal yang mempunyai dua ekor amab yang sangat jinak III Pelajar itu mengaku bahawa dialah yang mengambil buku itu. IV Salmah memberitahu Siti yang dia akan berpindah ke Selangor.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

\ c D

I, II dan III sahaja

II, III dan IV sahaja

02/1 @2011 HakMilikJPNJ SULIT

Page 9: Bm k1 trial jhr 2011

SULIT 9 02/1

Soalan 28 - 30 Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

28 Peribahasa arang habis, besi binasa bermaksud

A nasib malang yang bertimpa-timpa.

B kerugian yang tidak disangka-sangka,

C pembaziran yang berterusan.

D usaha yang sia-sia.

Soalan 29 berdasarkan gam bar di bawah.

29 Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi di atas ialah

A bagai aur dengan tebing.

B bagai isi dengan kuku.

C sedikit-sedikit lama-Iamajadi bukit.

D hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

30 Dengan sekali pandang sahaja, jurulatih itu mengetahui bahawa pemuda itu mernpunyai bakat dalam permainan badminton.

Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi di atas ialah

A Jauhari juga yang mengenal manikam.

B Terkilas ikan di air telah tahujantan betinanya.

C Bagaimana rentak, begitulah tarinya.

D Rendah gunung tinggi harapan.

[Lihat halaman sebelah

02/1 @ 2011 Hak Milik JPNJ SULIT

Page 10: Bm k1 trial jhr 2011

02/1 SULIT 10

i 1

Soalan 31 - 35 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tiba-tiba berjurai air mata mengalir keluar ke pipi Cikgu Fatimah sebaik sahaja habis membaca surat tersebut. Cikgu Faridah dan Cikgu Noriah turut terharu ketika sarna-sarna membacanya. Cikgu Fatimah menundukkan mukanya ke meja dan menangis teresak - esak.

" Eh! Tadi Cikgu Darus ketawa . Tiba-tiba Cikgu Fatimah menangis pula. Ada apa ni, mari saya baca," minta Cikgu Harun. Dia kehairanan melihat keadaan tersebut .

Cikgu Harun selesai membaca . Dia merenungi hadiah tersebut. "Benar! Inilah hadiah yang paling murni. Hadiah yang ikhlas dan jujur. Lebih baik dari hadiah - hadiah yang mahal - mahal tu jika untuk bermuka-muka," katanya, turut terharu apabila melihat hadiah terse but.

Cikgu Abdullah juga turut terharu apabila membaca surat itu. "Cikgu Fatimah .... ," kata Guru Besar, "terimalah hadiah yang ikhlas dan jujur dari murid cikgu tu . Saya rasa kita patut membantunya."

"Ramli tu murid yang baik, cikgu. Saya pernah melawat rumahnya . Dia memang miskin, tetapi ibunya sangat bertanggungjawab. Pakaian sekolahnya sentiasa bersih. Ramli tu, faham pula dengan keadaan hidupnya," terang Cikgu Fatimah sambil tersedu­sedu.

"Oh! Kalau begitu dia patut mendapat bantuan dari sekolah kita," tegas Cikgu Abdullah.

"Saya ingin jadikan dia anak angkat saya, cikgu," Cikgu Fatimah meluahkan hasratnya pula.

"Hm! Memang baik begitu. Sempena Hari Guru kita pada tahun ini sepatutnya ada sesuatu kebaikan yang dapat kita lakukan. Saya berharap cikgu-cikgu yang lain juga dapat melakukan sesuatu kepada murid-murid lain yang susah seperti murid Cikgu Fatimah tU,"syor Cikgu Abdullah kepada guru-guru sekolahnya.

"Insya-Allah.cikgu, Kami juga akan menuruti jejak Cikgu Fatimah," ujar Cikgu Harun .

Guru-guru yang lain mengangguk-angguk. " Cikgu Fatimah, maafkan saya kerana menyinggung perasaan cikgu tadi," kata

Cikgu Darus. Cikgu Fatimah tersenyum.

( Dipetik daripada cerpen Hadiah Hari Guru, antologi SehijauWarna Daun, Tingkatan 1,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

31 Cikgu Fatimah menangis kerana dia

A ditertawakan oleh Cikgu Darus.

B tergamam menerima hadiah daripada muridnya.

C dimarahi oleh Cikgu Abdullah.

D terharu membaca surat daripada muridnya. /

02/1 @ 2011 Hak Milik JPNJ SULIT

Page 11: Bm k1 trial jhr 2011

( .. SULIT 11 02/1

32 Peristiwa dalam petikan cerpen tersebut berlaku di

A rumah Ramli.

B bilik guru.

e bilik darjah.

D bilik pengetua.

33 Yang berikut ialah perwatakan Ramli berdasarkan petikan.

A Mengenangjasa

B Menghormati orang tua

e Gigih berusaha

D Amanah

34 Yang berikut merupakan pengajaran yang dapat diambil daripada petikan cerpen kecuali

Akita hendaklah prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik. /'

B kitajanganlah mempersenda-sendakan pemberian orang.

e kita hendaklah mengamalkan budi pekerti yang mulia.

D kita hendaklah meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan.

35 Cerpen Hadiah Hari Guru mengutarakan tema

A cabaran dalam kehidupan.

B pengorbanan seorang guru.

e kegigihan menuntut ilmu.

D penghargaan jasa guru.

[Lihat halaman sebelah

02/1 @ 2011 Hak Milik JPNJ SULIT

Page 12: Bm k1 trial jhr 2011

\. ,

SULIT -12 02/1

Soalan 36 - 40 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudianjawab soalan-soalan yang berikutnya.

BAHASA

Mari kita berbahasa Sebaiknya.

Bahasa adalah pengatur pucuk fikiran yang bertabur bahasa adalah pelentur ranting perasaan yang bersiur.

Dengan bahasa terlihat fakta padu terlihat sinar ilrnu terlihat cinta biro.

Dengan bahasa pemimpin memaparkan arah di pentas siasah, dengan bahasa orang beriman menikmati ibadah khusyuk dan pasrah.

Mari kita berbahasa sebaiknya.

Dengan bahasa budi dipertinggi mesra diperlebar dengan bahasa kita menjadi kita bersama.

Jika tanpa bahasa bagaimana akan kita setujui perjanjian ini?

Mari kita berbahasa sebaiknya.

RAHMAN SHAARI (Dipetik daripada antologi

Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

02/1 @ 2011 Hak Milik JPNJ SULIT

Page 13: Bm k1 trial jhr 2011

SHUT 13 02/1

36 Penyajak menyeru masyarakat A mempelajari pelbagai bahasa.

B mempertingkatkan ilmu pengetahuan.

C menggunakan bahasa dengan betul.

D meningkatkan aktiviti bahasa.

37 Yang berikut menunjukkan kepentingan berbahasa kecuali A memartabatkan bangsa.

B menyampaikan sesuatu idea.

C mengeratkan hubungan silaturahim.

D memupuk rasa muhibah dan perpaduan kaum. ,

38 terlihat fakta padu terlihat sinar ilmu

Apakah unsur gaya bahasa yang digunakan dalam baris-baris sajak di atas? A Simile

B Epifora

C Anafora

D Inversi

39 Ranting perasaan

Frasa di atas ialah gaya bahasa A hiperbola.

B personifikasi.

C sinkope.

D metafora.

40 Nilai murni yang terdapat dalam rangkap keenarn ialah A keimanan.

B bersatu padu.

C budi pekerti.

D toleransi. KERTASSOALANTAMAT

0211 @20ll Hak Milik JPNJ SUUT