bm. latihan pemahaman.doc

40
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Apabila cuti sekolah, Abu dan ayahnya sering ke sungai untuk memancing. Abu dan ayahnya sama-sama minat memancing. Abu pandai memancing. Dia belajar daripada ayahnya. Cara memasang umpan, membaling pancing dan merasai pancing semuanya dia tahu. Sambil memancing, Abu dan ayahnya berbual-bual tentang hobi mereka. Asyik berbual-bual, pancing Abu mula ditarik ikan. Batang pancingnya meliut kuat. Abu terus memegang pancingnya dengan kuat. Bapanya segera membantu Abu menarik pancingnya secara perlahan, kalau tidak ikan akan terlepas. Nasib Abu memang bertuah, dia mendapat seekor ikan lampam yang besar setelah dibantu oleh ayahnya. Dia semakin bersemangat. Dibalingnya sekali lagi pancing ke tengah sungai, tetapi kali ini tali pancingnya tersangkut di dahan pokok. Ayahnya menyuruh Abu menarik perlahan tetapi Abu tidak sabar, disentaknya tali tersebut dan terpelanting balik ke dahinya. Sifat gopohnya menyebabkan dahi Abu telah bengkak terkena ketulan timah yang tersangkut di hujung pancing. Mulai hari itu, Abu berjanji kepada ayahnya untuk berhati-hati dengan keadaan tersebut. 1 . Apakah hobi Abu? A. Melancong B. Berlari di pantai C. Suka memancing ikan D. Suka berehat di pantai 2 Daripada siapakah Abu mempelajari selok-belok memancing? A.Dengan bapanya B Melalui kawannya C Melalui pengalamannya

Transcript of bm. latihan pemahaman.doc

Page 1: bm. latihan pemahaman.doc

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Apabila cuti sekolah, Abu dan ayahnya sering ke sungai untuk memancing. Abu dan ayahnya sama-sama minat memancing. Abu pandai memancing. Dia belajar daripada ayahnya. Cara memasang umpan, membaling pancing dan merasai pancing semuanya dia tahu.

Sambil memancing, Abu dan ayahnya berbual-bual tentang hobi mereka. Asyik berbual-bual, pancing Abu mula ditarik ikan. Batang pancingnya meliut kuat. Abu terus memegang pancingnya dengan kuat. Bapanya segera membantu Abu menarik pancingnya secara perlahan, kalau tidak ikan akan terlepas.

Nasib Abu memang bertuah, dia mendapat seekor ikan lampam yang besar setelah dibantu oleh ayahnya. Dia semakin bersemangat. Dibalingnya sekali lagi pancing ke tengah sungai, tetapi kali ini tali pancingnya tersangkut di dahan pokok. Ayahnya menyuruh Abu menarik perlahan tetapi Abu tidak sabar, disentaknya tali tersebut dan terpelanting balik ke dahinya.

Sifat gopohnya menyebabkan dahi Abu telah bengkak terkena ketulan timah yang tersangkut di hujung pancing. Mulai hari itu, Abu berjanji kepada ayahnya untuk berhati-hati dengan keadaan tersebut.

1 . Apakah hobi Abu?

A. MelancongB. Berlari di pantaiC. Suka memancing ikanD. Suka berehat di pantai

2 Daripada siapakah Abu mempelajari selok-belok memancing?

A.Dengan bapanya

BMelalui kawannya

CMelalui pengalamannya

DKawannya yang membantu

3 Mengapakah Abu tidak tergesa-gesa menarik pancingnya apabila dimakan ikan?

Page 2: bm. latihan pemahaman.doc

ABimbang pancingnya patah

BBimbang ikan akan terlepas

CBimbang bahaya mata pancing

DBimbang umpannya akan putus

4 Maksud disentaknya ialah

Atarik perlahan.

Blepas secara perlahan.

Cditariknya dengan kuat.

Ddirampas dengan cepat.

Page 3: bm. latihan pemahaman.doc

5 Apakah pengajaran daripada peristiwa yang telah menimpa Abu?

ATaat itu baik

BSabar itu iman

CTakut dapat memberi kejayaan

DGopoh boleh memberi bencana

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Satu pameran dan jualan hasil pertanian telah diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV. Pameran tersebut diadakan selama seminggu. Saya telah membuat tinjauan di pameran ini.

Pameran ini disertai oleh petani-petani dari seluruh Kelantan. Menurut seorang pegawai pertanian, Encik Ahmad Ramlee, pameran ini diadakan untuk membantu petani menjual tanaman mereka terus kepada pembeli.

Seorang peserta pameran ini, Pak Harun menyatakan rasa gembira kerana dapat menjual hasil kebunnya seperti pisang, nangka, keledek dan sayur-sayuran dengan cepat dan mudah. Hasil jualannya memuaskan kerana ramai orang yang datang ke pameran itu.

Pameran ini dikunjungi oleh penduduk dari seluruh Kelantan dan para pelancong juga. Mereka berpuas hati dengan harga barang-barang di pameran itu.

6 Apakah yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV?

Page 4: bm. latihan pemahaman.doc

APameran dan jualan barangan kraftangan

BPameran dan jualan hasil pertanian

CPameran dan jualan hasil lukisan

DPameran dan jualan kain batik

7 Siapakah yang menyertai pameran ini?

APara petani dari seluruh negeri Kelantan

BPara pelancong dari seluruh Kelantan

CPara peneroka dari seluruh Kelantan

DPara penoreh dari seluruh Kelantan

Page 5: bm. latihan pemahaman.doc

8 Mengapakah Pak Harun gembira?

ADapat menyertai pameran ini

BDapat membeli hasil pertanian di pameran ini

CDapat melihat pameran dan jualan hasil pertanian

DDapat menjual hasil kebunnya dengan cepat dan mudah

9

Bagaimanakah keadaan sayur-sayuran di pameran itu?

ASegar dan mahal harganya

BSegar dan murah harganya

CSegar dan sederhana harganya

DTidak segar dan murah harganya

Page 6: bm. latihan pemahaman.doc

10 Siapakah yang pergi ke pameran ini?

APara petani sahaja

BPara nelayan sahaja

CPara penoreh getah sahaja

DPenduduk dari seluruh Kelantan dan para pelancong

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada masa dahulu, tidak jauh dari istana Maharaja, terdapat sepasang burung helang membuat sarang di atas sebatang pokok. Pada suatu hari, mereka mendapati salah seekor anak mereka di dalam sarang telah hilang ketika mereka keluar mencari makanan. Kejadian itu amat mendukacitakan helang tersebut. Mereka hendak

Page 7: bm. latihan pemahaman.doc

tahu siapa yang mencuri anak mereka itu.

Pada keesokannya, mereka berpura-pura terbang keluar mencari makanan. Mereka hinggap di atas sebatang pokok tidak jauh dari sarang mereka itu untuk melihat apa yang berlaku. Tidak lama kemudian, mereka ternampak seekor musang keluar dari lubang di dalam batang pokok di bawah sarang mereka itu. Musang itu memanjat naik lalu makan anak burung helang di dalam sarang itu.

"Oh, rupanya musang bedebah itu yang makan anak kita," kata helang jantan.

"Kita tak berdaya nak membunuh musang bedebah itu. Lagi pun, kita tak dapat masuk ke dalam lubangnya. Kita perlu mencari jalan lain untuk membunuhnya."

Pada suatu hari, helang betina ternampak seorang puteri sedang mandi bersama-sama beberapa orang dayang di sebuah kolam. Puteri menanggalkan kalung saktinya, lalu mandi dengan gembiranya di dalam kolam itu. Helang betina terbang turun lalu memagut kalung itu dan dibawanya terbang ke atas sebatang pokok di tepi kolam itu.

"Kalungku diterbangkan seekor helang!" teriak puteri itu dengan cemas. "Dayang! Cepat panggil pengawal. Suruh mereka tangkap helang yang melarikan kalungku itu,"

Inang pun segera memanggil beberapa pengawal. Helang betina itu sengaja terbang rendah dan perlahan-lahan supaya dapat dilihat dan diikut oleh pengawal. Setelah sampai di bawah pokok sarang mereka, helang sengaja memasukkan kalung puteri yang dicuri itu ke dalam lubang tempat musang itu tinggal.

Seorang pengawal pun cuba mengeluarkan kalung dari lubang itu. Tetapi didapati di dalamnya ada seekor musang. Apa lagi! Pengawal itu pun segera membunuh musang itu dengan pedangnya. Selepas itu kalung di dalam lubang itu pun diambilnya. Dengan demikian, dapatlah helang tinggal dengan aman di sarang itu tanpa gangguan dan ancaman lagi.11 Burung helang membuat sarang di mana?

Adi dalam rumah

Bdi atas tanah

Cdi atas pokok

Ddi atas batu

Page 8: bm. latihan pemahaman.doc

12 Di manakah musang itu membuat sarang?

Adi dalam lubang bawah pokok

Bdi tepi lubang bawah pokok

Cdi bawah pokok tepi batu

Ddi atas pokok tepi lubang

13 Siapakah yang mencuri kalung tuan puteri?

AHelang jantan

CAnak helangBHelang betina

Page 9: bm. latihan pemahaman.doc

DMusang

14 Mengapakah helang sengaja terbang rendah?

ASupaya pengawal menangkapnya

BSupaya pengawal membunuhnya

CSupaya pengawal memukulnya

DSupaya pengawal melihatnya

15 Mengapakah pengawal itu membunuh musang?

ADisangkanya musang itu kecil

Page 10: bm. latihan pemahaman.doc

BDisangkanya musang itu besar

CDisangkanya musang itu berbahaya

DDisangkanya musang itu pencuri

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya

Arnia dan Azam dalam perjalanan pulang dari sekolah. Ketika mereka sampai di persimpangan jalan, mereka terdengar suara kucing yang mengiau-ngiau dari arah semak di tepi jalan.

Tanpa membuang masa, mereka bergegas ke arah suara itu. Seekor anak kucing sedang mengiau-ngiau kesakitan. Mereka menghampiri kucing tersebut. Kakinya luka dan berdarah. "Kemungkinan kucing ini telah dilanggar oleh kereta", kata Arnia.

Azam mengelap luka di kaki kucing itu dengan sapu tangan. Akhirnya, mereka bercadang untuk membawa pulang kucing itu. Dalam perjalanan pulang, kucing itu tidak berhenti mengiau-ngiau.

Tiba di rumah, Arnia terus memberi kucing itu minum susu. Kemudian, beliau merawat kaki kucing itu. Arnia memberi kucing itu nama Tompok. Setelah sembuh, kucing itu menjadi lebih sihat. Setiap petang Arnia dan Azam membawa kucing itu untuk bersiar-siar. Kadang-kadang mereka bermain dengan Tompok. Tompok mempunyai ekor yang panjang dan bulu yang lembut. Warnanya pula bertompok-tompok. Arnia dan Azam sangat sayang kepada kucing itu.

16 Mengapakah Arnia dan Azam berhenti di persimpangan jalan?

Page 11: bm. latihan pemahaman.doc

AKerana lupa jalan pulang

BKerana ada kucing melintas

CKerana mereka tersesat jalan

DKerana terdengar suara mengiau-ngiau

17 Apakah sikap yang dipamerkan oleh Arnia dan Azam?

ASikap rajin dan taat

BSikap zalim dan sombong

CSikap tidak membuang masa

DSikap prihatin dan penyayang

18 Di manakah kucing itu dibawa oleh Arnia dan Azam?

Page 12: bm. latihan pemahaman.doc

AKe sekolah

BKe rumah Azam

CKe rumah Arnia

DKe klinik haiwan

19 Apakah yang dilakukan oleh Arnia untuk menyelamatkan kucing itu?

AMembawa pulang ke sekolah

BMembersihkan bulu kucing itu

CMemberi nama pada kucing itu

DMemberi susu dan merawat kucing itu

Page 13: bm. latihan pemahaman.doc

20 Pada pendapat kamu, apakah yang akan berlaku kepada kucing itu jika Arnia dan Azam tidak menyelamatkannya?

AMungkin kucing itu lari

BKucing itu mungkin mati

CKucing itu akan gembira

DKucing itu akan mengikut Arnia dan Amin pulang

Baca puisi di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Permainan congkak pilihan yang muda,Boleh bermain di mana sahaja,Sekali bermain pemainnya dua,Dikumpul di hujung untuk dikira.

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa,Melenggang-lenggok menari di udara,Merah, hijau, kuning pun ada,Mengubat hati yang duka lara.

Garisan dilukis menjadi tumpuan,Semasa melompat tak kena garisan,Jumlah pemain tiada batasan,Lompat ketinting mendapat gelaran.

21 Siapakah yang suka bermain congkak?

Page 14: bm. latihan pemahaman.doc

AOrang tua

BOrang lelaki

COrang muda

DKanak-kanak

22 Mengapakah guli dikumpul di hujung?

ALubangnya lebih besar

BUntuk mengira jumlahnya

CSupaya permainan cepat tamat

DMemberikannya kepada lawan

23

Page 15: bm. latihan pemahaman.doc

Rangkap kedua puisi berkaitan dengan

Aangin.

Bpenari.

Ckapal terbang.

Dlayang-layang.

24 Berapa orangkah diperlukan untuk bermain lompat ketinting?

ADua

BLima

CBebas

DEmpat

Page 16: bm. latihan pemahaman.doc

25 Apakah yang dimaksudkan dengan "menari di udara"?

APesta tarian

BMelayang-layang

CBerlenggang-lenggok

DTarik-menarik di udara

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.Ismail:Hari ini pasukan bola keranjang negeri Pahang akan melawan pasukan bola keranjang negeri Johor di Stadium Tertutup di Kuantan. Adakah awak mahu pergi?Yusof:Ah, aku tidak minatlah!Ismail:Mengapa awak tak minat? Permainan bola keranjang memang seronok.Yusof

Page 17: bm. latihan pemahaman.doc

:Sebenarnya aku tidak berapa faham, terutama cara hendak mendapatkan mata.Ismail:Eh, senang saja! Kalau pemain melontar di luar kawasan D dan jaringannya tepat. Pasukan itu mendapat tiga mata.Yusof:Kalau dua dan satu mata?Ismail:Kalau pemain dapat menyumbat gol di dalam kawasan D, pasukan akan mendapat dua mata. Untuk lontaran percuma sekiranya masuk gol dapat pula satu mata.Yusof:Oh, begitu!Ismail:Yang paling menarik ialah bagaimana hantaran bola dibuat. Hantaran tepat dan sempurna.Yusof:Kalau begitu, mari kita pergi.Ismail:Baiklah.

26 Di manakah perlawanan bola keranjang antara Pahang dan Johor akan berlangsung?

ADi Johor

BDi Stadium Johor

CDi bandar Kuantan

D

Page 18: bm. latihan pemahaman.doc

Di Stadium Tertutup Kuantan

27 Mengapakah Yusof tidak mahu pergi menyaksikan perlawanan bola keranjang?

ASebab dia tidak berminat

BSebab permainannya tidak mencabar

CSebab Kuantan jauh dari tempatnya

DDia memang tidak suka sejak kecil lagi

28 Bahagian manakah Yusof tidak faham dalam permainan bola keranjang?

APeraturan

BPengadilan

Page 19: bm. latihan pemahaman.doc

CBagaimana memperoleh mata

DTidak faham secara keseluruhan permainan

29 Mengikut keterangan Ismail, berapa matakah bagi setiap pelontar lontaran percuma yang berjaya?

AMendapat empat mata

BMendapat satu mata

CMendapat tiga mata

DMendapat dua mata

30 Mengapakah Yusof akhirnya bersetuju pergi menyaksikan perlawanan bola keranjang?

ASetelah dia faham akan keterangan Ismail

Page 20: bm. latihan pemahaman.doc

BSetelah dia diberi peluang bermain

CSetelah dia dipujuk oleh Ismail

DSetelah dia didesak oleh Ismail

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Setiap hari kita menggunakan minyak kelapa sawit untuk menggoreng atau menumis makanan. Kita jarang mengkaji kandungan kolestrol di dalam minyak tersebut. Menurut kajian Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) bahawa mereka yang sering menggunakan minyak kelapa sawit sebagai bahan makanan adalah berupaya mengurangkan sebanyak 7 hingga 38 peratus kolestrol dalam darah.

Sekiranya dibandingkan dengan lemak binatang yang digunakan dalam mentega, minyak kelapa sawit kurang 50 hingga 100 kali ganda kolestrol berbanding dengan lemak binatang. Selain itu, minyak kelapa sawit sebenarnya boleh memberikan kelegaan kepada kesihatan terutama dalam mengurangkan risiko di serang penyakit jantung dan barah.

Minyak kelapa sawit juga mengandungi kesan "anti-thrombotik" yang berupaya menyembuhkan penyakit jantung dan pembuluh darah yang tersumbat. Malahan protein dan vitamin E juga terkandung di dalam minyak kelapa sawit.31 Minyak kelapa sawit seringkali digunakan untuk

Amenggoreng atau menumis makanan.

Bmengubat penyakit jantung dan barah.

Cmengubat penyakit pembuluh darah tersumbat.

D

Page 21: bm. latihan pemahaman.doc

dijadikan bahan kajian dalam penyelidikan-penyelidikan oleh pengkaji.

32 Kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) menunjukkan bahawa

Akandungan kolestrol dalam minyak kelapa sawit adalah tinggi.

Bkebanyakan mentega diperbuat daripada minyak kelapa sawit dan bukan lemak binatang.

Cminyak kelapa sawit berupaya mengurangkan sebanyak 7 hingga 38 peratus kolestrol dalam darah.

Dminyak kelapa sawit berupaya menyembuhkan penyakit jantung dan pembuluh darah yang tersumbat.

33 Pilih pernyataan yang benar mengenai petikan

Akandungan kolestrol dalam mentega yang dibuat daripada kelapa sawit adalah lebih tinggi.

Page 22: bm. latihan pemahaman.doc

Bkandungan kolestrol dalam mentega yang di buat daripada lemak haiwan adalah lebih tinggi.

Ckandungan kolestrol dalam mentega yang dibuat daripada kelapa sawit adalah 50 hingga 100 kali ganda lebih tinggi.

Dkandungan kolestrol dalam mentega yang dibuat daripada lemak binatang adalah 50 hingga 100 kali ganda lebih rendah.

34 Minyak kelapa sawit dikatakan berupaya menyembuhkan penyakit jantung dan pembuluh darah yang tersumbat kerana

Amengandungi kesan "anti-thrombotik".

Bmengandungi protein dan vitamin E

Cmengandungi lemak binatang.

Dmengandungi kolestrol.

35 Berikut adalah bahan yang terkandung dalam minyak kelapa sawit kecuali

Page 23: bm. latihan pemahaman.doc

Akolestrol.

Blemak haiwan.

Canti-thrombotik.

Dprotein dan vitamin E.

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sejak akhir-akhir ini timbul gejala kurang meminati makan sayur dikalangan kanak-kanak. Menyedari hakikat ini, timbul satu cadangan supaya menghidangkan sayur-sayuran yang pelbagai warna untuk mereka. Kempen makan sayur-sayuran juga hendaklah bersama-sama dengan buah-buahan. Pengasing daging dan ikan amat perlu bagi mengelakkan mereka hanya memilih makanan kesukaan mereka. Masalah ini telah disuarakan oleh Persatuan Pengasuh Berdaftar dengan kerjasama Yayasan EMKAY.

Harus diingat sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan. Tambahan pula, makanan ini mengandungi makanan berserat. Lemak dan kalori yang rendah dalam sayur-sayuran dan buah-buahan, boleh membantu menyeimbangkan berat badan. Selain itu, ia juga dapat melindungi badan daripada penyakit kanser dan jantung. Oleh yang demikian, kebijaksanaan ibu bapa mempengaruhi anak-anak mereka merupakan faktor utama bagi menjayakan galakan ini.36 Mengapakah dicadangkan agar dihidangkan sayur-sayuran yang pelbagai warna untuk kanak-kanak?

AKerana untuk mempelbagaikan khasiat

Page 24: bm. latihan pemahaman.doc

BKerana untuk mempelbagaikan hidangan

CKerana kanak-kanak sukakan kepelbagaian warna

DKerana untuk menangani masalah kurang minat memakan sayur di kalangan kanak-kanak

37 Pengasingan daging dan ikan amat perlu untuk

Amengelakkan pengambilan protein dan lemak yang berlebihan.

Bmengelakkan mereka memilih makanan kesukaan mereka.

Cmengelakkan pengambilan lemak yang berlebihan.

Dmengelakkan berlaku pembaziran.

38 Persatuan Pengasuh Berdaftar dengan kerjasama Yayasan EMKAY telah menyuarakan perkara-perkara berikut kecuali

Page 25: bm. latihan pemahaman.doc

Apengasingan antara daging dan ikan dalam satu hidangan.

Bpengasingan antara sayur dan daging dalam satu hidangan.

Cmasalah kurang minat memakan sayur di kalangan kanak-kanak.

Dperlunya hidangan sayur-sayuran yang pelbagai warna kepada kanak-kanak.

39 Sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu menyeimbangkan berat badan kerana

Amengandungi lemak dan kalori yang rendah.

Bmengandungi makanan berserat.

Cmengandungi vitamin.

Dmengandungi mineral.

40

Page 26: bm. latihan pemahaman.doc

Memakan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengurangkan risiko diserang penyakit

Akanser dan taun.

Bkanser dan jantung.

Cjantung dan darah tinggi.

Dkencing manis dan darah tinggi.

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.ATURCARA MAJLIS HARI GURU7.30 pagi-Murid-murid dan guru-guru berkumpul di tapak perhimpunan.7.40 pagi-Bacaan doa dan nyanyian rangkaian lagu.7.50 pagi-Ucapan wakil murid.8.10 pagi-Ucapan Guru Besar.8.40 pagi-Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri.9.20 pagi-Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia.9.50 pagi-Persembahan dan permainan.

Page 27: bm. latihan pemahaman.doc

11.20 pagi-Jamuan.12.00 tengah hari-Bersurai.

41 Bilakah sambutan Hari Guru diadakan setiap tahun?

A16 Feb

C16 MacB16 Mei

D16 April

42 Di manakah murid-murid berhimpun?

Page 28: bm. latihan pemahaman.doc

ADi atas pentas

BDi dalam kelas

CDi dalam dewan

DDi tapak perhimpunan

43 Apakah acara seterusnya selepas guru besar memberikan ucapan?

AJamuan

BUcapan dari wakil murid

CBacaan dan rangkaian lagu

DPerutusan Pengarah Pelajaran Negeri

44

Page 29: bm. latihan pemahaman.doc

Berapakah tempoh masa majlis ini berlangsung?

A4 jam

B5 jam

C4 jam 30 minit

D5 jam 30 minit

45 Mengapakah sambutan Hari Guru diadakan?

AUntuk murid bergembira bersama guru

BSupaya murid dapat memohon maaf pada Hari Guru

CSupaya murid dapat memberikan hadiah kepada guru

DUntuk mengenang dan menghargai jasa guru sebagai pendidik

Page 30: bm. latihan pemahaman.doc

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Lemang ialah sejenis makanan tradisional yang disukai oleh masyarakat Melayu. Biasanya lemang disediakan pada Hari Raya Aidilfitri.

Lemang dibuat daripada pulut dan santan. Rasanya seperti ketupat pulut, namun lemang lebih lazat. Lemang lazimnya dimakan dengan rendang daging atau rendang ayam.

Lemang dimasak di dalam buluh. Untuk membuat lemang, buluh akan dipotong mengikut panjang setiap ruas. Daun pisang dimasukkan ke dalam buluh sebagai pengalas di sekeliling permukaannya. Kemudian, beras pulut dan santan dimasukkan ke dalam buluh itu. Buluh ini diletak berdekatan dengan bara api dan dibiarkan hingga masak.

Kini, lemang bukan sahaja disukai oleh masyarakat Melayu malah masyarakat lain di Malaysia.

46 Apakah makanan yang sangat disukai oleh masyarakat Melayu?

APulut

BKetupat

CLemang

DRendang

Page 31: bm. latihan pemahaman.doc

47 Bilakah lemang biasanya disediakan?

APada Hari Raya Aidilfitri

BPada Tahun Baru Cina

CPada Hari Krismas

DPada Hari Guru

48 Lemang biasanya dimakan dengan __________.

Adaging goreng

Bayam bakar

Ckuah gulai

Drendang

Page 32: bm. latihan pemahaman.doc

49

Daun apakah yang dimasukkan ke dalam buluh sebagai pengalas dalam proses membuat lemang?

ADaun getah

BDaun pisang

CDaun kelapa

DDaun pandan

50 Apakah bahan yang dimasukkan ke dalam buluh sebelum diletakkan berdekatan bara api?

AGandum

BBeras pulut

C

Page 33: bm. latihan pemahaman.doc

Daging ayam

DBeras pulut dan santan