bm morfologi

Click here to load reader

  • date post

    11-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    4.422
  • download

    9

Embed Size (px)

Transcript of bm morfologi

NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________

Bahagian A Soalan 1 Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan jenis-jenis perkataan dalam bahasa Melayu. PENGENALAN MORFOLOGI Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentu dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. Perkataan juga adalah bentuk bahasa yang terkecil tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Morfem pula boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah forfem yang dapat wujud bersendirian contohnya sekolah dan laut. Sebaliknya morfen terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Contohnya imbuhan ber- perlu wujud bersama-sama dalam bersekolah dan an dalam lautan. Unit-unit ini tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

1

NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Asal usul orang-orang Melayu (penutur asli bahasa Melayu) amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno iaitu nenek moyang orang-orang Melayu. Penutur-penutur asal bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia. Mereka dating dari daerah Yunan dan terdapat dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia yang menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum masihi dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto. Kemudian datang pula golongan kedua yang dikenali sebagai Melayu Deutro yang menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara. Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masingmasing. Walau bagaimanapun, antara bahasa-bahasa yang berlainan hari ini masih dapat dilihat unsur-unsur persamaannya. Bahasa Melayu sekarang menghadapi masa depan yang amat cerah. Kedudukannya sebagai bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin dari segi penggunaan yang luas dan diperakui oleh rakyat Malaysia. Dasar Pendidikan Kebangsaan Negara juga telah menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu. Mereka telah menerima pendidikan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu juga berupaya dan bersaing dengan bahasa-bahasa moden yang lain di dunia ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Rusia dan bahasa-bahasa lain. Mungkin yang masih perlu dilakukan terhadap bahasa Melayu ialah meningkatkan status penggunaannya, iaitu dari segi menimbulkan unsur-unsur keindahan. Demi menjaga kedaulatannya, kita harus berusaha mengindahkannya, mewujudkan unsur-unsur yang menjadikannya lebih murni, supaya apa-apa yang diperkatakannya bukan sahaja tepat tetapi juga dalam bentuk yang menarik dan___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

2

NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________

menyentuh cita rasa yang tinggi. Inilah cabaran yang harus diterima oleh rakyat Malaysia pada tahun-tahun akan datang. JENIS-JENIS PERKATAAN DALAM BAHASA MELAYU Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. Sempadan perkataan ini bersifat abstrak, iaitu hanya wujud dalam fikiran kita. Ia tidak ditandai apabila kita menggunakan perkataan, baik dalam tulisan atau pun pertuturan. Perkataan mengandungi berbagai-bagai bentuk yang dapat dijeniskan seperti berikut: i) ii) iii) iv) i) Kata tunggal Kata terbitan Kata majmuk Kata ganda Kata Tunggal Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar. Ia tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal terbahagi kepada dua jenis. Jenis yang pertama merupakan unit yang bebas dan berdiri sendiri sebagai satu ayat. Contohnya; - makan - saya - sihat - sungguh - bahaya 3

___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________

Jenis kedua ialah kata tugas iaitu unit-unit yang tidak dapat berdiri dengan sendiri tetapi memerlukan sekurang-sekurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contohnya: - di mana? - untuk siapa? - ke Johor? Kata tunggal yang dilihat dari segi persukuana kata, boleh mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku kata pula boleh dibentuk oleh satu vokal (V) sahaja atau satu vokal disertai konsonan (K) atau beberapa konsonan. Konsonan demikian hadir sama ada di hadapan vokal atau di belakangnya secara serentak. Ia terdiri daripada satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kata atau lebih dan akronim. Jenis akronim ialah bentuk yang dihasilkan umumnya melalui pencatuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau pencantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu. Contohnya: - cerpen - jentolak - tadika - Petronas - Proton bermaksud bermaksud bermaksud bermaksud bermaksud cerita pendek jentera tolak taman didikan kanak-kanak Petroleum Nasional Perusahaan Otomobil Nasional

ii)

Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang

mendapat atau menerima imbuhan iaitu satu proses yang menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar yang kemudiannya melahirkan kata terbitan.. Sama ada imbuhan itu di awal, sisipan, akhiran atau apitan. 4

___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________

Kebanyakan kata dasar yang menerima imbuhan ialah morfem bebas sementara imbuhan merupakan morfem terikat. Contoh kata terbitan yang mempunyai kata dasar daripada morfem bebas seperti berjalan dan lukisan. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat. Ia harus diimbuhankan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Proses pengimbuhan juga boleh berlaku pada kata dasar daripada jenis terbitan dan kata majmuk. Contoh perkataan yang mengandungi kata dasar daripada jenis kata terbitan dan kata majmuk ialah: i) imbuhan dengan kata dasar terbitan. - peN - meN ii) - ber + + + ketua ketepi + kan = pengetua = mengetepikan = berdarah panas + an = penguatkuasaan

imbuhan dengan kata dasar majmuk. darah panas kuat kuasa - peN +

Kata terbitan awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan seperti pelari, pendatang, pelajar, mahasiswa, juruterbang, tatacara dan sebagainya. Awalan dalam bahasa Melayu yang wujud dalam kata kerja terbitan pula contohnya seperti melawan, membawa, mendaki, berjalan, belajar, terjebak, disusun dan sebagainya. Manakala awalan yang wujud dalam kata adjektif pula contohnya seperti terbesar, terputih, terendah, secantik, secerah, setebal dan sebagainya. Kata terbitan akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh akhiran kata nama ialah pakaian, jahitan, sasterawan, seniwati, hadirin, ustazah dan sebagainya. Manakala contoh akhiran kata kerja pula ialah buatkan, gunakan, besarkan duduki, dekati dan sebagainya. Kata terbitan berapitan wujud dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Contoh apitan kata nama ialah pelaksanaan, pembuatan, pendapatan, penggunaan, kedukaan dan sebagainya. Contoh apitan kata kerja ialah memainkan, mentakrifkan, menggunakan, berbantalkan, digunakan, diperdengarkan dan sebagainya. 5

___________________________________________________________________________________________________________ _ HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH) ___________________________________________________________________________________________________________

Manakala contoh apitan kata adjektif pula seperti kearaban, kecinaan, keinggerisan dan sebagainya. Akhir sekali kata terbitan bersisipan wujud dalam sisipan kata nama dan sisipan kata adjektif. Contoh sisipan kata nama seperti kelengkeng, telunjuk,seruling dan sebagainya. Manakala sisipan kata adjektif pula seperti selerak, gelembung, serabut, gemilang dan sebagainya. iii) Kata Majmuk Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Proses pemb