BM PEMAHAMAN UPSR

36
Kurikulum Zon Pekan 2013 BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN ) TAHUN ENAM Masa : Lima puluh minit Arahan Am: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Soalan 1 hingga Soalan 19 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. “ ______________ diminta mengisi borang pertandingan robotik ini,” kata urusetia pendaftaran kepada para peserta. A. Anda B. Awak C. Engkau D. Hamba Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2. Kami diminta oleh Cikgu Zainal _________________ tangan semasa latihan senaman itu. A. menjulurkan B. mengangkat C. mendepakan D. menghulurkan 3. Puan Lian ________________ berbual dengan jirannya sehingga tidak sedar bahawa anak kecilnya sedang menangis. A. lancar B. petah 1

Transcript of BM PEMAHAMAN UPSR

Page 1: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN )TAHUN ENAM

Masa : Lima puluh minit

Arahan Am: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 hingga Soalan 19Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “ ______________ diminta mengisi borang pertandingan robotik ini,” kata urusetia pendaftaran kepada para peserta. A. AndaB. AwakC. EngkauD. Hamba

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Kami diminta oleh Cikgu Zainal _________________ tangan semasa latihan senaman itu.A. menjulurkanB. mengangkatC. mendepakanD. menghulurkan

3. Puan Lian ________________ berbual dengan jirannya sehingga tidak sedar bahawa anak kecilnya sedang menangis.A. lancarB. petahC. hebatD. rancak

4. Pameran itu dibuka kepada orang ramai setiap hari ______________ pada hari Sabtu.A. kecualiB. danC. hinggaD. sejak

1

Page 2: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

5. _________________ minggu lalu, saya sekeluarga bercuti _____________Pulau Langkawi selama tiga hari.A. Di…dariB. Sejak…keC. Pada…diD. Dari…hingga

6. Air sungai di bahagian hulu itu mengalir ______________ ke muara.A. ligatB. cepatC. derasD. pantas

7. Nasihat Cikgu Jasmin itu berjaya _____________ Rohaida untuk belajar dengan lebih tekun. A. mendorongB. memaksaC. menyokongD. merenung

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Puan Siti Haida berasa cemas apabila menyedari bahawa ada seorang lelaki sedang ______________nya.A. menjejakiB. mengekoriC. mengiringiD. menyaingi

9. Kita___________berhati-hati semasa berada di jalan raya ____________mengelakkan kemalangan.A. perlu…untukB. harus…nescayaC. boleh…semogaD. dapat…supaya

2

Page 3: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Budak itu __________________ apabila kehendaknya tidak dituruti oleh ibunya.A. seragamB. beragamC. meragamD. meragamkan

11. Encik Musli dinasihati oleh ketuanya supaya tidak ______________antara urusan pejabat dengan masalah peribadinya.A. mengemaskinikanB. menyatupadukanC. mencampuradukkanD. menggabungjalinkan

12. _____________ sampah-sarap di hadapan bangunan itu telah mencemarkan pemandangan.A. HimpunanB. KumpulanC. LonggokanD. Cebisan

13. Para _____________ sedang membuat liputan tentang kejadian tanah runtuh itu.A. wartawanB. karyawanC. hartawanD. cendekiawan

14. Seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, emak membentangkan dua _____________ permaidani berwarna merah. A. helaiB. bidangC. kepingD. gelung

3

Page 4: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

15. Encik Zabidi tidak _______________ walaupun menyedari banyak wang yang disimpan oleh majikannya di dalam laci.A. gelap mataB. rambang mataC. mata duitanD. mata keranjang

16. Pelajar itu masih tidak pandai-pandai kerana perangainya ______________ ketika belajar di dalam kelas.A. bagai haruan makan anakB. bagai pahat dengan pemukulC. bagai ular kena paluD. bagai anjing menyalak bukit

17. Selepas latihan sukan, Hazrul tidak terus pulang ke rumah _____________ dia mengikut Khairil bermain bola.A. begitu jugaB. oleh sebabC. malahanD. sebaliknya

18. Rumah papan itu masih lagi kukuh walaupun sudah berusia puluhan tahun.Perkataan seerti bagi kukuh ialahA. tegakB. kuatC. kerasD. teguh

19. Dalam keadaan terang, aku ternampak seseorang cuba masuk ke dalam rumah Encik Daud.Perkataan berlawan bagi terang ialahA. malapB. gelapC. suramD. kabur

Soalan 20 hingga Soalan 22

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

20. I Maria haus akan jawapan soalan tersebut. II Tayar kereta yang telah haus itu perlu diganti. III Tapak kasut yang dipakai oleh abang Kamal telah haus. IV Zaid membeli sebotol air di tepi jalan kerana dia berasa haus.

A. III dan IV sahajaB. I, II dan III sahajaC. II dan III sahajaD. II, III dan IV sahaja

4

Page 5: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

21. I Adik melukis gambar kartun di atas sebidang kertas. II Pak Malau membeli sebidang tanah di hujung kampung itu. III Mak Leha menghampar sebidang permaidani di tengah-tengah rumahnya. IV Walaupun telah dinasihati, abang tetap mahu membeli sebidang rumah di ibu kota.

A. I dan II sahajaB. II dan III sahajaC. I dan III sahajaD. II dan IV sahaja

22. I Malam tadi adik tidur dengan lemasnya. II Hazirah berasa lemas apabila sering dileteri oleh ibunya. III Lemas fikiran Karim apabila memikirkan masalah itu. IV Nelayan itu lemas di lautan apabila botnya karam dilanda ombak besar.

A. I dan II sahajaB. I dan III sahajaC. II dan III sahajaD. III dan IV sahaja

23. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Bilakah Guru Besar akan menyampaikan ucapannya?A. Guru Besar tidak ada di pejabat pada waktu ini.B. Guru Besar telah menyampaikan ucapannya semalam.C. Guru Besar akan merasmikan majlis itu pada petang nanti.D. Guru Besar akan menyampaikan ucapannya pada pukul 9 pagi nanti.

24. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Nazirah membuat minuman yang berperisa coklat.A. Bilakah Nazirah membuat minuman?B. Minuman apakah yang dibuat oleh Nazirah?C. Apakah perisa minuman yang dibuat oleh Nazirah?D. Sejak bilakah Nazirah membuat minuman itu?

Soalan 25 hingga Soalan 28

Pilih ayat yang betul.

25. A. Setengah orang tidak suka membaca akhbar. B. Kakak merajuk bila ditegur oleh ibu. C. Burung itu dikandang di dalam sangkar. D. Anggota polis sering meronda di kawasan itu.

5

Page 6: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

26. A. Haziq meminta ibu membelikannya sebuah basikal. B. Jamil membawa basikal ke sekolah setiap hari. C. Jalan yang bengkang-bengkok itu sukar untuk dinaiki. D. Alisa percaya suatu hari nanti beliau pasti jaya.

27. I Atlet itu telah dipilih sebagai peragawan negara. II Puan Yusni amat menyayangi anak tunggalnya itu. III Selimut yang kotor itu perlu direndam sebelum dicuci. IV Pak Dolah menebang lalang di belakang rumahnya semalam.

A. I dan IV sahajaB. II dan III sahajaC. III dan IV sahajaD. II, III, dan IV sahaja

28. I Petani-petani itu sedang tuai padi yang telah masak. II Bank itu tawar skim pinjaman yang menarik kepada pelanggannya. III Cuaca di kawasan peranginan tanah tinggi itu sangat dingin pada waktu pagi. IV Cikgu Irfan menyuruh murid-muridnya beratur di hadapan kelas.

A. I dan II sahajaB. I dan III sahajaC. II dan IV sahajaD. III dan IV sahaja

Soalan 29 dan Soalan 30Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

29. “Wah, besarnya!” Sabri menjerit apabila melihat seekor ikan melompat di dalam tasik.A. Sabri melompat kegembiraan apabila ternampak seekor ikan yang besar di dalam tasik.B. Sabri gembira apabila ikan besar yang dijeritnya melompat di dalam tasik.C. Sabri berteriak kerana berasa kagum apabila melihat seekor ikan besar melompat di dalam tasik.D. Sabri terkejut apabila seekor ikan melompat di dalam sebuah tasik yang besar.

30. Affendi sudah membuat keputusan untuk tidak berharap pada sesiapa lagi.A. Affendi berharap agar dia tidak akan membuat keputusan untuk sesiapa lagi.B. Affendi telah mengambil keputusan untuk tidak bergantung pada orang lain.C. Sesiapa yang telah membuat keputusan perlu berharap pada Affendi.D. Keputusan yang dibuat oleh Affendi tidak mengharapkan sesiapa lagi.

6

Page 7: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

7

Demam kepialu ialah sejenis penyakit yang dapat mengancam nyawa. Demam ini disebabkan oleh sejenis bakteria, iaitu Salmonella typhi. Bakteria tersebut terdapat dalam air kencing dan najis pesakit demam kepialu dan pembawanya. Pembawa ialah seseorang yang mempunyai kuman di dalam badannya, tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda demam kepialu.

Demam ini merebak melalui makanan atau air yang tercemar oleh bakteria daripada orang yang dijangkiti. Demam ini juga disebarkan oleh pesakit yang membuang najis di merata-rata tempat. Sisa kumbahan yang mengandungi bakteria Salmonella typhi akan berjangkit kepada orang lain.

Antara gejala demam kepialu termasuklah demam setinggi 103 darjah celsius hingga 104 darjah celsius, lemah, sakit kepala, hilang selera makan dan sakit perut. Gejala lain termasuklah sembelit yang diikuti oleh cirit-birit, demam panas yang berlarutan selama tiga hingga empat minggu, dan ruam berwarna merah bunga mawar pada badan. Jika tidak dirawat, pesakit akan berada pada tahap yang serius. Pesakit akan mengalami pendarahan usus. Matanya menjadi layu dan cengkung. Pesakit juga tidak sedarkan diri sehingga menjadi keliru.

Sebagai langkah pencegahan yang efektif, cuci buah-buahan dan sayur-sayuran sehingga bersih. Minumlah air yang telah dimasak. Makanlah makanan yang dimasak sempurna dan masih dalam keadaan panas. Tutup semua makanan yang tidak dimakan. Pilihlah gerai yang bersih semasa makan di luar.

Selain itu, gunakanlah tandas yang bersih. Jagalah kebersihan persekitaran rumah dengan menghapuskan tempat pembiakan lalat. Akhir sekali, cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum makan, selepas makan, selepas ke tandas, atau selepas membuang sampah.

Page 8: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

31. Yang manakah bukan cara demam kepialu merebak?A. Melalui najis pesakit demam kepialu.B. Melalui air liur pesakit demam kepialu.C. Melalui air yang tercemar oleh bakteria demam kepialu.D. Melalui makanan yang mengandungi bakteria demam kepialu.

32. Pesakit berada pada tahap yang serius sekiranya...A. mengalami pendarahan usus.B. sakit kepala, sakit perut, dan demam panas.C. sembelit yang diikuti oleh cirit-birit.D. lemah, hilang selera makan dan sakit perut.

33. Apakah yang perlu dilakukan untuk mencegah demam kepialu?A. Melakukan senaman pada setiap ahri.B. Mengetahui jenis-jenis penyakit dan punca-puncanya.C. Mengamalkan penjagaan kebersihan dalam semua aspek.D. Mengenakan denda terhadap individu yang tidak mementingkan kebersihan.

34. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.A. Demam kepialu dapat membawa maut.B. Kita disarankan makan makanan yang masak setengah.C. Pembawa akan menunjukkan tanda-tanda demam kepialu.D. Bakteria Salmonella typhi terdapat dalam darah pesakit demam kepialu.

35. Rangkai kata langkah pencegahan yang efektif bermaksud...A. cara menolak yang terbaik.B. tindakan penegahan yang betul.C. ikhtiar menghalang yang sesuai.D. usaha pengawalan yang berkesan.

8

Page 9: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

9

Seuntai Kata Buat Guru

Guruku,

semalam engkau tegak berdiri

melontarkan buih-buih ilmu

kepada kami, pendengar setia

engkau tetap sabar melayan kerenah kami

yang culas lagi mentah.

Guruku,

hari ini kaumasih seperti semalam

di tanganmu penuh buku

di dadamu terisi ilmu

sebagai bekalan buat kami

meniti usia, menjejak dunia, menempa sejarah.

Guruku,

kini aku tegak berdiri sepertimu dahulu

mengharung dunia yang penuh pancaroba

semalam aku bicara “satu”

esok mereka sudah betah bicara ‘dua’ dan ‘tiga’

hari ini mereka datang kepadaku

dengan satu ungkapan keramat

“Terima kasih, cikgu!”

Page 10: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

36. Berdasarkan puisi, apakah sifat yang perlu ada pada guru?A. Sabar dalam menangani pelbagai perangai murid.B. Tegas dalam menguatkuasakan peraturan di bilik darjah.C. Sanggup berkorban wang ringgit demi kejayaan murid.D. Berpuas hati dengan tugasan mengajar murid mengikut had waktu yang ditetapkan.

37. Apakah bekalan yang dibawa untuk meniti perjalanan hidup?A. JiwaB. IlmuC. WangD. Makanan

38. Nilai murni yang dimiliki oleh anak murid penyajak dalam puisi ini ialah...A. menepati janjiB. cinta akan negaraC. menghargai jasa guruD. berani membuat keputusan

39. Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.A. Guru penyajak kurang ilmu di dada.B. Penyajak kini bergelar seorang guru.C. Guru penyajak sering merungut ketika mengajar anak murid.D. Penyajak tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru di dalam kelas.

40. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa culas lagi mentah?A. Leka dan kurang ilmuB. Leka dan tidak matangC. Malas dan masih belum dewasaD. Malas dan mengharapkan sokongan

KERTAS SOALAN TAMAT

10

Page 11: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

JAWAPAN

1 A 11 C 21 B 31 B

2 C 12 C 22 D 32 A

3 D 13 A 23 D 33 C

4 A 14 B 24 C 34 A

5 C 15 A 25 D 35 D

6 C 16 B 26 A 36 A

7 A 17 D 27 B 37 B

8 B 18 D 28 D 38 C

9 A 19 B 29 C 39 B

10 C 20 D 30 B 40 C

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PAPAR

11

Page 12: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

UJIAN TERANCANG 1BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN )

TAHUN ENAMMasa : Lima puluh minit

Arahan Am: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C, dan D.Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 hingga Soalan 19Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “ Bagaimana keadaan adik _____________ yang sakit itu, Sarah? Saya harap ____________ akan cepat sembuh, ” kata Cikgu Asri.A. kita…kamuB. kami…kalianC. kamu…diaD. mereka…beliau

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Kami diminta oleh Cikgu Zainal _________________ tangan semasa latihan senaman itu.A. menjulurkanB. mengangkatC. mendepakanD. menghulurkan

3. Puan Lian ________________ berbual dengan jirannya sehingga tidak sedar bahawa anak kecilnya sedang menangis.A. lancarB. petahC. hebatD. rancak

4. Suasana di tapak pesta itu amat ___________dengan kehadiran para pengunjung.

12

Page 13: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

A. sesatB. sesakC. semakD. sendat

5. _________________ minggu lalu, saya sekeluarga bercuti _____________Pulau Langkawi selama tiga hari.A. Di…dariB. Sejak…keC. Pada…diD. Dari…hingga

6. Mak Siti memerah pakaian yang basah itu______________menyidainya di ampaian.A. laluB. sambilC. keranaD. malahan

7. _____________________ kejadian itu, hubungan Adi dan Radzi semakin renggang.A. SambilB. SemenjakC. SekiranyaD. Sementara

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Puan Siti Haida berasa cemas apabila menyedari bahawa ada seorang lelaki sedang ______________nya.A. menjejakiB. mengekoriC. mengiringiD. menyaingi

9. Kita___________berhati-hati semasa berada di jalan raya ____________mengelakkan kemalangan.

13

Page 14: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

A. perlu…untukB. harus…nescayaC. boleh…semogaD. dapat…supaya

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Budak itu __________________ apabila kehendaknya tidak dituruti oleh ibunya.A. seragamB. beragamC. meragamD. meragamkan

11. Encik Musa dinasihati oleh ketuanya supaya tidak ______________antara urusan pejabat dengan masalah peribadinya.A. mengemaskinikanB. menyatupadukanC. mencampuradukkanD. menggabungjalinkan

12. Puan Saida membeli senaskhah majalah Wanita _______________bulan Ogos.A. keluarB. keluaranC. terkeluarD. pengeluaran

13. Sebelum majlis bermula, keadaan di dalam dewan itu ____________dengan suara para peserta yang berbual sesama sendiri.A. kacau-bilauB. kucar-kacirC. hiruk-pikukD. huru-hara

14. Hazmi___________________membuka pintu rumah apabila terdengar namanya dipanggil orang.

14

Page 15: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

A. terikut-ikutB. tergesa-gesaC. terbawa-bawaD. terpinga-pinga

15. Kejayaan anak Pak Mail dalam pertandingan pidato peringkat kebangsaan menjadi ____________ penduduk kampung.A. buah mulutB. berat mulutC. perang mulutD. banyak mulut

16. Ibu berpesan kepada ayah supaya membelikannya dua______________ roti dan se ______________ sayur bayam.A. buku…ikatB. biji…batangC. butir…bentukD. keping…helai

17. “Jangan percaya _________________ cakap orang yang lidah bercabang itu,” kata Ayu kepada adiknya.A. awal-awalB. bulat-bulatC. cepat-cepatD. benar-benar

18. Penduduk kampung membantah cadangan pembinaan loji kumbahan najis di kampung itu.Perkataan seerti bagi membantah ialahA. menyerangB. menghalauC. menentangD. memberontak

19. Masalah kewangan yang dihadapinya cukup merunsingkan fikirannya.Perkataan berlawan bagi merunsingkan ialahA. meyakinkanB. menyatakanC. menerangkanD. menenangkan

Soalan 20 hingga Soalan 22

15

Page 16: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

20. I Walaupun budak itu kecil, tetapi akalnya tajam. II Jalan menuju ke puncak bukit itu sangat tajam. III Orang buta biasanya mempunyai pendengaran yang tajam. IV Jari kakak luka kerana terkena mata pisau yang tajam itu.

A. I dan II sahajaB. I dan III sahajaC. I, II dan III sahajaD. I, III, dan IV sahaja

21. I Pada minggu lepas, saya mengunjungi pameran buku di Kuala Lumpur. II “Lepas makan jangan lupa cuci pinggan,” pesan ibu kepada kakak. III Kapal terbang itu sudah lepas ke Pulau Pinang. IV Abang saya merupakan graduan lepas Universiti Malaya.

A. I dan II sahajaB. II dan III sahajaC. I, II, dan III sahajaD. I, III dan IV sahaja

22. I. Beberapa keping biskut di dalam bekas itu telah hancur. II. Harapan Said hancur apabila permohonan pinjamannya ditolak oleh pihak bank. III. Ibu menumbuk cili itu hingga hancur. IV. Suara peserta pertandingan nyanyian itu hancur.

A. I dan II sahajaB. II dan III sahajaC. I, II, dan III sahajaD. I, III dan IV sahaja

23. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Apakah punca yang menyebabkan projek perumahan itu terbengkalai?A. Pihak pemaju akan disaman oleh para pembeli.B. Para pembeli mengadukan masalah itu kepada pihak berkuasa.C. Pihak pemaju gagal mengurus projek itu dengan baik.D. Projek perumahan itu akan disambung oleh pemaju yang lain.

24. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

16

Page 17: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

Persembahan dikir barat diadakan selepas persembahan drama.A. Apakah acara yang dipersembahkan?B. Mengapakah persembahan dikir barat diadakan?C. Bilakah persembahan dikir barat diadakan?D. Di manakah persembahan dikir barat diadakan?

Soalan 25 hingga Soalan 28Pilih ayat yang betul.

25. A. Setengah orang tidak suka membaca akhbar. B. Kakak merajuk bila ditegur oleh ibu. C. Burung itu dikandang di dalam sangkar. D. Anggota polis sering meronda di kawasan itu.

26. A. Azmi mengambil ayahnya segelas air. B. Pemburu itu membawa sebatang senapang. C. Tayar basikal Amin pancit kerana terkena paku. D. Di waktu malam, kami tidak dibenarkan ke kawasan itu.

27. I Atlet itu telah dipilih sebagai peragawan negara. II Puan Yusni amat menyayangi anak tunggalnya itu. III Selimut yang kotor itu perlu direndam sebelum dicuci. IV Pak Dolah menebang lalang di belakang rumahnya semalam.

A. I dan IV sahajaB. II dan III sahajaC. III dan IV sahajaD. II, III, dan IV sahaja

28. I. Acara sukan itu berlangsung selama tiga setengah jam. II. Masa yang diperuntukkan kepada kami terlalu singkat. III. Sekolah di kawasan pendalaman itu masih banyak kekurangannya. IV. Pesta jualan murah itu diadakan selama sebulan.

A. I dan II sahajaB. II dan III sahajaC. II dan IV sahajaD. I, IIII, dan IV sahaja

Soalan 29 dan Soalan 30

17

Page 18: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

29. “Wah, besarnya! ” Sabri menjerit apabila melihat seekor ikan melompat di dalam tasik.A. Sabri melompat kegembiraan apabila ternampak seekor ikan yang besar di dalam tasik.B. Sabri gembira apabila ikan besar yang dijeritnya melompat di dalam tasik.C. Sabri berteriak kerana berasa kagum apabila melihat seekor ikan besar melompat di dalam tasik.D. Sabri terkejut apabila seekor ikan melompat di dalam sebuah tasik yang besar.

30. Affendi sudah membuat keputusan untuk tidak berharap pada sesiapa lagi.A. Affendi berharap agar dia tidak akan membuat keputusan untuk sesiapa lagi.B. Affendi telah mengambil keputusan untuk tidak bergantung pada orang lain.C. Sesiapa yang telah membuat keputusan perlu berharap pada Affendi.D. Keputusan yang dibuat oleh Affendi tidak mengharapkan sesiapa lagi.

Soalan 31 hingga Soalan 35Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

9:00 pagiAyah dan atuk masih berada di sisi kawah di belakang rumah. Beberapa orang penduduk kampung turut berada di situ untuk membantu mereka memasak rendang. Ibu dan kakak sibuk menyiapkan pelamin di bilik pengantin. Aku dan Ramli sedang mencuba-cuba mikrofon dan pembesar suara yang disewa daripada Pak Cik Mahat.

9:45 pagiNasi minyak serta lauk-pauk siap dimasak. Lagu “Selamat Pengantin Baru” mula berkumandang di udara. Ayah masuk ke rumah untuk menyalin pakaian. Atuk mengarahkan aku dan Ramli mengemaskan kerusi meja di bangsal tetamu.

10:15 pagiSanak saudara terdekat mula tiba. Masing-masing membawa hadiah untuk Kak Long. Kumpulan Kompang Sinar Bahagia tiba dengan segala peralatan mereka.

11:30 pagiPara tetamu memenuhi kedua-dua buah bangsal yang disediakan. Ayah tidak cukup tangan melayan saudara-mara dan sahabat-handai. Aku, Ramli dan beberapa orang saudaraku yang lain sibuk menghidangkan makanan.

12:00 tengah hariRombongan pengantin tiba. Ketibaan mereka disambut dengan paluan kompang dan pencak silat.

31. Apakah yang dilakukan oleh ayah dan atuk pada pukul 9:00 pagi?

18

Page 19: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

A. mencuci kawahB. menghias pelaminC. memasak lauk-paukD. menghidangkan makanan

32. Siapakah yang melangsungkan perkahwinan?A. “aku”B. RamliC. kakak “aku”D. Pak Cik Mahat

33. Yang berikut dilakukan oleh “aku” kecuali…A. menghidangkan makanan.B. menguji sistem pembesar suara.C. mengemaskan meja dan kerusi.D. menyambut rombongan pengantin.

34. Rangkai kata tidak cukup tangan bermaksud…A. sangat gembira.B. sentiasa mesra.C. terlalu sibuk.D. agak malu.

35. Yang berikut benar tentang petikan kecuali…A. majlis itu dimeriahkan oleh Kumpulan Kompang Sinar Bahagia.B. rombongan pengantin tiba pada waktu tengah hari.C. ayah “aku” begitu sibuk melayan para tetamu yang datang.D. “aku: merupakan anak sulung dalam keluarganya.

Soalan 36 hingga Soalan 40

19

Page 20: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG, guru-guru, para ibu bapa dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua jemputan dan ibu bapa yang dapat hadir pada petang ini. Pertama sekali saya memohon maaf kerana Majlis Anugerah Cemerlang ini telah ditunda beberapa kali. Hal ini disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana akhirnya majlis ini dapat diadakan.Para hadirin sekalian,Sepanjang tahun ini Sekolah Kebangsaan Desa Cemara telah mencapai banyak kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Dalam Peperiksaan UPSR 2011, sebanyak 16 orang murid telah mendapat 5 A. Hal ini merupakan suatu kejayaan yang besar kerana sejak tiga tahun sebelum itu pencapaian sekolah tidak begitu memberangsangkan. Dalam bidang kokurikulum juga, sekolah ini telah mencapai kejayaan yang membanggakan. Kita telah menyertai empat acara permainan, iaitu bola sepak, bola jaring, badminton serta bola baling.Dalam permainan bola jaring dan badminton, pasukan lelaki kita telah berjaya menjadi johan di peringkat daerah, manakala dalam permainan bola sepak dan bola baling pula kita telah berjaya mendapat tempat kedua di peringkat zon. Sementara itu, dalam pertandingan Pidato Diraja, wakil sekolah kita telah berjaya ke peringkat negeri. Sekolah juga turut mengambil bahagian dalam pertandingan Kuiz Kesihatan peringkat daerah dan berjaya menduduki tempat ketiga. Sesungguhnya, kejayaan yang dicapai itu merupakan hasil usaha dan kesungguhan murid-murid berlatih di samping tunjuk ajar dan bimbingan guru-guru di sekolah ini.Para hadirin sekalian,Seperti mana yang telah kita ketahui, hari ini merupakan hari yang amat bermakna kepada semua murid yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini. Pada hari ini, kecemerlangan mereka dalam pelajaran akan dihargai. Kepada murid-murid yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Jadikan ini sebagai iktibar pada masa akan datang. Akhir kata, selamat maju jaya kepada semua.

36. Ucapan di atas disampaikan oleh…A. Guru BesarB. Ketua DarjahC. Ketua PengawasD. Pegawai Pendidikan Daerah

37. Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk…A. memberikan anugerah kepada murid yang cemerlang dalam pelajaran.B. memberikan penghargaan kepada guru yang banyak berjasa.C. menyampaikan anugerah kepada murid yang berjaya dalam acara sukan.D. memberikan penghargaan kepada wakil Pertandingan Pidato Diraja.

38. Kali terakhir Sekolah Kebangsaan Desa Cemara mencapai kecemerlangan dalam UPSR ialah pada tahun…

20

Page 21: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

A. 2006.B. 2007.C. 2008.D. 2009.

39. Perkataan iktibar dalam petikan di atas membawa maksud…A. ikutan.B. teladanC. panduan.D. pedoman.

40. Pernyataan yang berikut benar tentang kejayaan Sekolah Kebangsaan Desa Cemara kecuali…A. wakil Pidato Diraja berjaya ke peringkat negeri.B. penyertaan pasukan bola sepak hanya di peringkat zon sahaja.C.pasukan badminton lelaki lebih berjaya daripada pasukan badminton perempuan.D.pencapaian murid dalam UPSR 2010 lebih baik daripada pencapaian murid dalam UPSR 2011.

KERTAS SOALAN TAMAT

Jeffie*010313JawapanKertas 1

21

Page 22: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

1. C2. C3. D4. B5. C6. A7. B8. B9. A10.C11.C12.B13.C14.B15.A16.A17.B18.C19.D20.D21.A22.C23.C24.C25.D26.C27.B28.C29.C30.B31.C32.C33.D34.C35.D36.A37.A38.C39.B40.D

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PAPAR

22

Page 23: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

UJIAN TERANCANG 1BAHASA MALAYSIA ( PENULISAN )

TAHUN ENAM

NAMA MURID :.................................................................... MASA : 1 JAM 15 MINIT

KELAS :....................................................................

Kertas ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

Bahagian A[ 10 markah ]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut.

...................................................................................................................................................................

…..............................................................................................................................................................

………………………………………………………………………………………………………………………………………

Bahagian B

23

Page 24: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

[ 30 Markah ]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Soalan 1 Kadar kemalangan di negara kita kian meningkat dari semasa ke semasa. Tuliskan sebuah karangan tentang “Cara-cara Mengatasi Kemalangan Jalan Raya”.

ATAU

Soalan 2Pada hari itu, ibu dan ayah kamu tidak ada di rumah atas suatu urusan. Sebagai anak yang bertanggungjawab, kamu ingin meringankan beban ibu kamu dengan membantu mengemas rumah. Ceritakan apa yang telah kamu lakukan sepanjang ketiadaan ibu bapa kamu di rumah.

ATAU

Soalan 3Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu dan ceritakan kepadanya tentang persediaan serta persiapan kamu bagi menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ).

NO. SOALAN

............................................................................................................................................

24

Page 25: BM PEMAHAMAN UPSR

25

Page 26: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

Bahagian C[ 20 Markah]

Tulis lima pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan sahaja.

Hari itu hari minggu. Nazim mengikut ayahnya ke pasar raya untuk membeli-belah. Sepanjang perjalanan, Nazim berbual-bual dengan ayahnya tentang pelbagai perkara. Antara topik utama perbualan mereka ialah pentingnya mematuhi peraturan di jalan raya. Nazim kagum akan sikap ayahnya. Beliau bukan sahaja memandu dengan cermat, malah sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya. Ayahnya tidak pernah mengherdik pemandu lain walaupun sesetengah pemandu memandu secara berbahaya dan melanggar peraturan lampu isyarat. Selain itu, Nazim kagum akan sikap ayahnya yang mudah memberikan pertolongan kepada orang lain. Misalnya, hari itu ayahnya membantu membaiki kerosakan enjin kereta seorang wanita. Walaupun wanita itu memberinya wang, namun ayah menolaknya atas alasan pertolongannya itu ikhlas. Ayah Nazim bijak juga mengurus perbelanjaan. Beliau sentiasa berjimat cermat ketika berbelanja. Beliau lebih dahulu merancang barang-barang yang hendak dibeli dan menganggarkan kosnya. Sememangnya, Nazim berasa bertuah dan berbangga mempunyai ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Nazim berazam untuk mencontohi perilaku ayahnya itu.

26

Page 27: BM PEMAHAMAN UPSR

Kurikulum Zon Pekan 2013

27