BM Penulisan(Kemaskini)

download BM Penulisan(Kemaskini)

of 45

Transcript of BM Penulisan(Kemaskini)

Muka depan soalan

1. PENGENALAN BAHAGIAN A* Soalan ini wajib dijawab.

* Soalan berpandukan gambar, peta atau graf. * Gambar tunggal atau bersiri.Satu gambarDua gambar

Tiga gambarEmpat gambar

* Membina 5 ayat lengkap berdasarkan gambar, peta atau graf.TERUSKAN

2. PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN A1. Baca dan fahami arahan soalan. 2. Lihat gambar/ peta/ graf dengan teliti.

3. Bulatkan atau tanda pada aktiviti-aktiviti yang dilakukan / perkara berkaitan.4. Catat aktiviti / maklumat berkaitan.

5. Catat aktiviti / maklumat mengikut keutamaan dan seimbang. 6. Mulakan ayat dengan kata nama atau kata gantinama.7. Bina ayat-ayat yang gramatis berdasarkan aktiviti dan nilai. 8. Semak ayat-ayat yang di tulis.Gambar 1 AktivitiTERUSKAN

1. Membeli ikan 2. Memasukkan ikan 3. Menyusun ikan

4. Membeli daging 5. Memotong daging

6. Menimbang daging

3. PANDUAN JAWAPAN BAHAGIAN A

1. Puan Aminah pergi ke pasar bersama suaminya untuk membeli ikan . 2. Pak cik Ahmad sedang memasukkan beberapa ekor ikan ke dalam beg plastik untuk pelanggannya. 3. Seorang penjual ikan sedang menyusun ikan yang telah dibasuhnya di atas meja khas. 4. Pak cik Abu sedang memotong daging dengan menggunakan pisau pemotong untuk pelanggannya.5. Pembantu Pak cik Abu sedang menimbang daging yang telah dipotong untuk diberikan kepada pelanggan.TERUSKAN

1. PENGENALAN BAHAGIAN B Soalan ini wajib dijawab.

Mengandungi tiga soalan. Pilih satu soalan untuk ditulis. Soalan terbahagi kepada dua iaitu karangan berformat dan tidak berformat.

Satu

2. PROSES MENULIS KARANGAN. 2.1. Memilih tajuk / soalan. Soalan ini wajib dijawab. Mengandungi tiga soalan.

Pilih satu soalan untuk ditulis. Soalan terbahagi kepada dua iaitu karangan berformat dan tidak berformat.

2.2. Merangka karangan.

Karangan terbahagi kepada :i. Pendahuluan. ii. Isi. iii. Penutup. Catat segala fakta atau isi. Rangka dibuat supaya karangan tidak terkeluar.

2.3. Menulis karangan. Karangan ditulis berpandukan rangka. Sekurang-kurangnya ada empat isi. Setiap isi diikuti dengan huraian dan contoh-contoh.

Digalakkan menggunakan penanda wacana. Diakhiri dengan penutup .

3. MENYEMAK KARANGAN Menyemak adalah wajib. Tujuan untuk menambah yang tertinggal dan membaiki kesalahan.

2. PANDUAN MENULIS KARANGAN BAHAGIAN B1. Baca dan fahami soalan. 2. Tentukan jenis karangan

3. Tentukan tajuk karangan / tugasan soalan 4. Gariskan pada jenis karangan dan tajuk karangan / tugasan soalan. 5. Merangka karangan. 6. Menulis karangan dengan memperluaskan isi. 7. Satu perenggan satu isi. 8. Pastikan setiap karangan mempunyai 4 isi. 9. Digalakkan menggunakan penanda wacana. 10. Semak karangan

BAHAGIAN B [masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah] Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tuliskan sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1. Kamu menyertai pertandingan syarahan. Tajuk syarahan kamu ialah Faedah-faedah bersukan. Tuliskan syarahan kamu itu.

ATAU2. Komputer amat berguna kepada pelajar masa kini. Bincangkan kepentingan dan kebaikan komputer kepada pelajar. ATAU 3. Menonton Televisyen Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan daripada Keburukan Itulah tajuk pertandingan bahas yang kamu sertai. Sebagai pencadang, tuliskan hujah-hujah kamu bagi menyokong tajuk itu.

Contoh karangan:

Gotong-royong7.30 pagi Ibu bapa dan murid-murid membanjiri perkarangan sekolah dengan membawa pelbagai peralatan untuk bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah seperti tajak, parang, kereta sorong dan penyapu. 8.00 pagi Guru Besar, Tuan Haji Abdul Rashid Hamid menyampaikan taklimat mengenai kerja gotong-royong itu. Beliau melahirkan rasa terharu dan terima kasih terhadap sambutan daripada ibu bapa bagi menjayakan gotong-royong itu. 8.30 pagi Aktiviti gototng-royong membersihkan persekitaran sekolah dimulakan. Ibu bapa dan guru membersihkan kawasan persekitaran sekolah. Murid-murid pula membersihkan bilik darjah masingmasing. 10.30 pagi Kerja-kerja pembersihan diberhentikan seketika untuk membasahkan tekak sambil menikmati kuih-muih di kantin sekolah. Sambil minum mereka berbual-bual. 11.00 pagi Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Zulkifli Adnan sampai. Beliau bersama-sama ibu bapa menanam anak-anak pokok hiasan sumbangan seorang dermawan yang juga bekas murid sekolah ini. 12.00 tengah hari Gotong-royong berakhir. Semua hadirin sekali lagi dijemput ke kantin sekolah untuk makan tengah hari. Sebelum bersurai, Tuan Haji Abdul Rashid dan Encik Zulkifli, masing-masing menyampaikan ucapan ringkas dan terima kasih.

Contoh Karangan : Laporan Tahunan Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Putrajaya 4 Tahun 2003

Guru PenasihatPengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa

: Puan Sri Suhana binti Ibrahim Puan Jauhariah binti Abd Jabar : Karimah binti Hamzah : Burhanuddin bin Walid : Siti Sarah binti Mohammad Yusof : Salim bin Bakri : Harliana binti Roslan Raihana binti Zailan Mahaya binti Omar Narimah binti Arif Hafizullah bin Harlizan

Sepanjang tahun ini pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh persatuan. Langkah itu selaras dengan matlamat penubuhannya, iaitu untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dikalangan ahli. Pada penggal pertama, persatuan ini telah menganjurkan Minggu Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan bercerita, mendeklamasi sajak, bersyair, berpantun dan syarahan. Pada penggal kedua pula, persatuan telah menganjurkan pertandingan menulis karangan, pertandingan drama sebabak antara kelas bagi murid tahap dua sempena sambutan Bulan Kemerdekaan. Persatuan ini juga telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Seramai 40 murid dan 4 orang guru pengiring menyertai lawatan itu. Semua aktiviti yang dirancangkan pada tahun ini telah dapat dijalankan dengan berkesan. Kejayaan menganjurkan pelbagai aktiviti itu kerana mendapat kerjasama penuh daripada ahli. Diharap pelbagai aktiviti itu diteruskan pada tahun depan. Laporan disediakan oleh,

25 OKTOBER 2003SITI SARAH BINTI MOHAMMAD YUSOF

.................................................... (SITI SARAH BINTI MOHAMMAD YUSOF) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Putrajaya 4.

Contoh Karangan Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Panel hakim yang arif, barisan pencadang, serta hadirin sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Sebagai pembangkang, saya tidak bersetuju dengan tajuk perbahasan Rancangan Televisyen Lebih Banyak Mendatangkan Keburukan Kepada KanakKanak Hadirin sekalian, Pihak pencadang menyatakan rancangan televisyen melalaikan kanak-kanak daripada belajar. Dakwaan itu tidak benar kerana aktiviti harian kanak-kanak sebenarnya telah dijadualkan. Tidak timbul masalah mereka membuang masa atau lalai dengan menonton televisyen. Mengenai rancangan bercorak ganas pula, sebenarnya kenyataan mengenai golongan mana yang dibenarkan menonton siaran itu dipaparkan sebelum siaran. Berdasarkan maklumat itu, ibu bapa boleh menyelia anak-anak mereka supaya menonton siaran yang sesuai. Hadirin sekalian, Rancangan hiburan bercorak pendidikan lebih banyak mendapat perhatian kanak-kanak. Hal ini sudah tentu mendorong mereka memperoleh pelbagai pengajaran, disamping berhibur. Rancangan dokumentari, berita atau ehwal semasa pula dapat menyalurkan maklumat kepada kanak-kanak. Maklumat tersebut dapat membantu mereka lebih peka terhadap keadaan sekeliling, sekali gus membuka minda mereka. Hadirin sekalian, Berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan, kami tidak berganjak membangkang tajuk perbahasan Rancangan Televisyen Lebih Banyak Mendatangkan Keburukan Kepada Kanak-Kanak. Sekian, terima kasih.

Contoh karangan:

Muhammad Ikhwanol bin Ali, No.17, Jalan Pinang Sebatang, Taman Subang Indah, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. 25 Januari 2004.Menemui kakanda Muhammad Aqeel yang kini berada di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, semoga sentiasa sihat hendaknya. Apa khabar? Adinda dan keluarga di sini sihat dan begitu juga harapan kami kepada kakanda. Kakanda, Tahun ini adinda akan menduduki peperiksaan UPSR. Untuk itu adinda mula membuat persediaan dengan mendapatkan bimbingan daripada guru. Selain itu, adinda mengikuti kelas tambahan di sekolah. Adinda juga mula mengulang kaji pelajaran menggunakan buku kerja yang dibeli oleh ayahanda. Bagi memastikan pembelajaran teratur, adinda menyediakan jadual waktu belajar sendiri. Kakanda Adinda mengabil masa selama sejam sehari untuk mengadakan perbincangan bersama rakan di perpustakaan. Jika ada soalan yang sukar diselesaikan, kami bertanya kepada guru. Kami membuat banyak latihan menggunakan buku latihan yang terdapat diperpustakaan. Ini dapat menjimatkan wang ayahanda dan bonda untuk membeli buku-buku tersebut. Kami juga membuat latihan menggunakan soalan-soalan tahun lepas. Adinda berharap mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Adinda juga bercita-cita mengikut jejak kakanda ke menara gading. Semoga berjumpa lagi, salam manis daripada adinda. Wassalam. Adindamu yang jauh, Muhammad Ikhwanol

Contoh karangan: Air sangat penting kepada semua benda hidup. Tuliskan sebuah karangan tentang kegunaan air dan cara menjimatkan air. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Air merupakan keperluan bagi semua benda hidup, sama ada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tanpa air, semua benda hidup akan mati. Tiga perempat daripada bumi diliputi air. Sumber air diperolehi daripada sungai, perigi, laut, tasik, hujan dan juga mata air. Air penting untuk kegunaan harian manusia. Air digunakan sebagai minuman dan diperlukan untuk kerja-kerja rumah tangga seperti memasak, membasuh juga membersihkan badan dan pakaian. Air juga penting untuk kegiatan ekonomi. Pak Tani menggunakan air untuk menyiram sayur-sayuran mereka. Tanpa air yang cukup tanaman tidak akan membesar. Hasil yang dikeluarkan juga sedikit. Air juga digunakan untuk menternak ikan air tawar dan perusahaan perlombongan. Air dapat menyelamatkan harta benda sekiranya berlaku kebakaran. Anggota bomba menggunakan air untuk memadamkan api semasa kebakaran. Oleh kerana air mempunyai banyak kegunaannya, kita haruslah berjimat cermat semasa menggunakannya. Salah satu cara ialah menggunakan air di rumah kita sentiasa terbuka. Anak-anak juga patut dielakkan daripada bermain air semasa mandi.

4. KESALAHAN-KESALAHAN TATABAHASA

Perbendaharaan kata.Contoh 1: Arif ke sekolah dengan menaiki basikal * Arif ke sekolah dengan menunggang basikal.

Contoh 2: Sila serahkan laporan ini ke pegawai tadbir sekolah. * Tolong serahkan laporan ini kepada pegawai tadbir sekolah. Contoh 3: Fatimah sangat sibuk akan kerja-kerja sekolahnya * Fatimah sangat sibuk dengan kerja-kerja sekolahnya.

Struktur ayat.Contoh 1: Lambat amat sekali budak itu sampai ke sekolah * Budak itu sangat lewat sampai ke sekolah. Contoh 2: Sazali masih sudah walaupun malam sudah larut. * Sazali masih belum pulang walaupun sudah lewat malam . Contoh 3: Kereta api itu dijangka hendak sampai setengah jam lagi. * Kereta api itu dijangka tiba setengah jam lagi.

Imbuhan.Contoh 1: Alimi berjumpa sebuah dompet di tepi jalan raya. * Alimi terjumpa sebuah dompet di tepi jalan raya. Contoh 2: Pak Saud telah menceburi bidang mengukir tembaga sejak berusia 15 tahun. * Pak Saud telah menceburi bidang pengukiran tembaga sejak berusia15 tahun. Contoh 3: ( Cara Menulis ) Kebolehan - ke bolehan disekolahkan - di sekolahkan penyayang - peyayang

Ejaan.1. Tulisan tidak jelas. 2. Salah ejaan 3. Menggunakan perkataan Inggeris.

Tanda baca.1. Salah bentuk huruf besar / huruf kecil. 2. Tidak menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul. 3. Salah penggunaan tanda baca. 4. Tidak menggunakan tanda baca. 5. Tanda baca tidak jelas.

1. PENGENALAN BAHAGIAN C Satu teks bahan sastera atau bukan sastera. Mengandungi sekurang-kurangnya 5 pengajaran atau nilai murni. Soalan ini wajib dijawab.

2. PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C1. Memahami arahan soalan.

2. Baca kali pertama untuk memahami keseluruhan petikan. 3. Baca kali kedua untuk mengesan nilai murni / pengajaran 4. Garis atau catat nilai murni/ pengajaran dalam petikan. 5. Menulis dan menghurai nilai murni/ pengajaran. 6. Mulakan huraian dengan pendahuluan. 7. Akhiri huraian dengan kesimpulan. 8. Semak semula jawapan yang ditulis.

2. Tulis beberapa nilai/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

CONTOH PETIKAN II Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan bukubuku barunya dari beg. Kakaknya berkata, biar kakak tolong kamu balut buku-buku itu, Liza menjawab, Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.( - bertanggungjawab ) ( - berdikari )

Liza merupakan anak yang suka menolong ibu dan ahli keluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya mencuci kereta.( ringan tulang )

Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri .Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.( pandai mengurus diri )

Pada hari minggu, Liza dan keluarga selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.( memenohkan masa lapang )

CONTOH JAWAPAN II Liza adalah seorang pelajar yang bertanggungjawab. Buku-buku baru yang diberi pinjam segera dibalutnya. Dia juga seorang yang berdikari. Dia tidak memerlukan pertolongan kakaknya kerana dia dapat melakukannya. Selain itu, dia juga ringan tulang. Dia selalu menolong ibu dan ayahnya. Liza juga pandai mengemas diri dan mengemas bilik. Disamping itu, dia memenohkan masa lapang pada hari minggu dengan membuat kerja-kerja berfaedah seperti membersihkan kawasan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Jesteru itu, tempat tinggal mereka bersih, cantik dan kehidupan mereka bahagia.

Berdasarkan petikan tersebut terdapat beberapa nilai murni dan pengajaran.Kita tidak boleh memasuki bilik kakak ketika kakak tiada di rumah. Kalau kita ingin memasuki bilik seseorang, kita hendaklah meminta kebenaran. Kita juga tidak boleh bermain barang-barang kepunyaan seseorang terutamanya barang-barang yang diperbuat daripada kaca. Sebagai adik kita hendak mendengar nasihat kakak atau abang. Kalau kita tidak mendengar nasihat, kemungkinan perkara tidak diingini akan berlaku. Sebagai ibu pula patut memarahi anak yang melakukan kesalahan. Kalau kita melakukan kesalahan kita hendaklah memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi. Oleh itu, kita hendaklah menjaga tingkah-laku kita agar sesuatu yang tidak ingini berlaku.

DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KATA HUBUNG DAN PENANDA WACANA. 1. Kerana / sebab 2. Dan 3. Supaya 4. Sambil 5. Agar 6. Untuk 7. Walau bagaimanapun 8. Oleh sebab itu, 9. Oleh yang demikian 10. Namun begitu, 11. Jesteru itu, 12. Selain itu, 13. Dan lain-lain lagi.

3. PANDUAN PEMARKAHAN BAHAGIAN C Membuat ulasan yang jelas dan tepat. Menggunakan ayat yang gramatis. Menggunakan pelbagai kata atau kosa kata.

Penggunaan ejaan, imbuhan dan tanda baca yang betul .

FUNGSI PENANDA WACANA

Penanda Tambahan - Selain itu , Tambahan pula , Lagipun, Dan juga, Penanda Akibat - Dengan demikian, Oleh itu , Sebagai akibatnya, Jadi , Oleh hal yang demikian , Penanda Contoh - Misalnya,Umpamanya,Contohnya,Khususnya, Terutamanya,

Penanda Keterangan - Dengan kata lain,Ringkasnya,Tegasnya,Sebenarnya, Yakni,Iaitu, Penanda Masa/Waktu - Pertamanya,Keduanya,Berikutnya,Kemudian,Kini, Selepas itu,Sekarang,Pada masa itu, Keesokannya, Pada ketika itu,,Seterusnya,Sekarang ini, Penanda Perbandingan - Sebagai perbandingan,Demikian juga, Penanda Alternatif - Namun demikian,Walau bagaimanapun,Sebaliknya, Tetapi, Namun,Jika tidak, Selain dari itu,

BENTUK PENGEJAAN KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP

antarabangsa beritahu bumiputra jawatankuasa kakitangan kerjasama olahraga matahari setiausaha sukarela suruhanjaya tandatangan tanggungjawab warganegara pesuruhjaya

Semua kata majmuk dieja terpisah

tengah hari pasar raya kereta api urus setia atur cara ibu bapa

kemas kini campur aduk bandar raya temu duga kata alu-aluan pilihan raya

* ARAHAN-ARAHAN2. Ulaskan nilai murni. 3. Huraikan faedah-faedah.

LAIN

1. Tuliskan perkara-perkara menarik.

4. Tuliskan ulasan yang berkaitan.

5. Ulaskan perwatakan.6. Ulaskan perumpamaan. 7. Berikan pendapat kamu. 8. Huraikan kesan-kesan.

9. Nyatakan aspek-aspek penting.10. Nyatakan sifat-sifat positif.