BM Presentation

download BM Presentation

of 6

description

bm

Transcript of BM Presentation

  • NAMA : KOMATHY A/P CHANDRA SEKARAN

    UNIT : PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK ( SJKT )

    PROGRAM : PPISMP

    NAMA KURSUS : PENGANTAR BAHASA MELAYU

    KOD KURSUS : BMZ 1034

    NAMA PENSYARAH :

  • PENGGOLONGAN KATA

    * KATA NAMA

    * KATA KERJA

    * KATA ADJEKTIF

    * KATA TUGAS

  • Dalam Bahasa Melayu, penggolongan kata dibahagikan kepada empat kategori iaitu Kata Nama, Kata Kerja , Kata Adjektif dan Kata Tugas. Golongan Kata Nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama. Lazimnya kata ini menamakan orang, benda dan tempat. Golongan Kata Nama boleh pula dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik (makna) perkataan iaitu Kata Nama Khas, Kata Nama Am dan Kata Ganti Nama. Kata Nama Khas merujuk sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Katanama khas terbabahagi kepada kata nama khas hidup dan kata nama khas tidak hidup. Kata nama am pula ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya dan dibahagi kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit. Manakala kata ganti nama ialah bentuk kata yang mengantikan kata nama am atau kata nama khas. Dibahagi kepada dua jenis iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri dipecahkan lagi kepada kata ganti diri tanya dan kata ganti diri orang. Kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata ganti nama diri pertama,kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.

  • Golongan Kata Kerja merangkumi sejumlah kata dasar yang dapat menjadi unsur inti dalam frasa kerja. Golongan kata kerja dibahagaikan kepada dua kategori iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut setelah kata kerja tersebut dinamakan objek. Contohnyamenendang bola. Menendang ialah kata kerja transitif, bola ialah objek. Kata kerja transitif dibahagi pula kepada dua iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek.contohnya bersembahyang, bergurau, tersenyum dan sebagainya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang perlu diikuti oleh pelengkap.

  • Golongan Kata Adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif dan tidak mempunyai subgolongan yang ketara. Namun, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sembilan jenis berdasarkan makna perkataan iaitu sifat, warna, ukuran, bentuk, pancaindera, waktu, cara, perasaan danjarak.

  • Golongan Kata Tugas ialah golongan kata yang bersifat pelbagai jenis iaitu mengandungi golongan kecil perkataan yang berbeza-beza. Sifat kata tugas sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa endosentrik (frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif). Kata tugas hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri atau pendepan. Berdasarkan tugas-tugas ini, kata tugas dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti kata hubung, kata nama, kata pembenar, kata bilangan, kata arah, kata seru, kata tanya, kata perintah, kata bantu, kata nafi, kata penguat, kata penegas, dan kata sendi .